Pahang Daily Online |
- Panas: Felda Terus Cuba Menipu Peneroka, Lantik Peguam Dan Tubuhkan Mahkamah Timbang Tara Bagi Menutup Kelemahan Agensi Itu Sebenarnya !
- Anwar: 'Laporan Ketua Audit Negara', Bukti Dasar Tranformasi Najib Itu Ternyata Gagal Sebenarnya
- Ibrahim Ali Nafi 'Perkasa' Bersifat Perkauman Dan Ingin Menyaingi Peranan Parti UMNO Bela Melayu
Posted: 26 Oct 2011 10:23 PM PDT Rata-rata peneroka di seluruh negara sebenarnya menyatakan kekecewaan terhadap FELDA yang terus cuba untuk menipu peneroka bagi menutup kelemahan mereka sejak sekian lama. Terbaru, mereka mempergunakan Gabungan Generasi Wawasan Felda (GWGF) yang dipimpin oleh Tan Sri Rozali Ismail (foto), untuk cuba meredakan kemarahan peneroka terhadap agensi itu selama ini. Lantaran itu GWGF diarahkan menubuhkan "Skuad Peguamku" bagi membela dan mempertahankan isu-isu yang dibawa oleh peneroka terhadap Felda. Apa yang jelas tindakan tersebut hanya bertujuan untuk mengaburi mata peneroka yang selama ini terpedaya dengan peratusan Kadar Perahan Gred (KPG) buah sawit yang dimanipulasi oleh Felda sejak sekian lama. Baru-baru ini, Rozali dengan bangganya memaklumkan kepada media yang Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (BAPAK) telah melantik 23 peguam dari kalangan anak-anak peneroka Felda untuk selesaikan aduan berkaitan perkara itu secara percuma. Beliau turut mengatakan bahawa Skuad Peguamku akan membantu peneroka terutamanya dalam proses "timbangtara" berkaitan isu KPG yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Kononnya jalan tengah untuk membolehkan peneroka tidak dikemukakan ke mahkamah ialah dengan membawa kes itu ke Majlis Timbang Tara yang dipengerusikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan. Malah katanya, proses itu bermula bila Felda membuat kajian dan berbincang dengan wakil peneroka yang diwakili oleh Skuad Peguamku. Jika persetujuan dicapai oleh kedua-dua belah pihak maka kes itu akan dianggap selesai. Namun jika ia tidak selesai barulah kes itu akan dibawa ke Majlis Timbang Tara. Kononnya ia bagi menjaga hubungan baik peneroka dengan Felda untuk jangkamasa panjang. Sedangkan Felda sebenarnya tiada hak lagi ke atas tanah mereka, kerana masing-masing sudah mempunyai geran hak milik sendiri yang sah. Namun, Felda cuba untuk berkuasa buat selamanya. BAPAK dilihat gagal saingi ANAK kerana mereka adalah tali barut Felda Keratan akhbar Metro (25 Oktober) berkaitan kenyataan Rozali Ismail Peguam Persoal Motif Felda Tubuh Timbang Tara Sementara itu, menurut seorang pengamal undang-undang di Pahang iaitu Peguam Mohd Harris Abdullah (foto) berkata apa motif Felda menubuhkan Majlis dan Mahkamah Timbang Tara kerana ia tiada dalan perjanjian asal peneroka menyertai tanah rancangan Felda dulu. Malah dalam perjanjian itu tiada pun klausa timbangtara seperti yang diperkatakan. Beliau juga mempersoalkan apakah kewajaran Ahmad Maslan pula dilantik sebagai Pengerusi Majlis Timbang Tara. "Mahkamah Timbangtara macam ana sedangkan dalam perjanjian asal takde pun klausa Timbangtara .. Apa kes Ahmad Maslan pula jadi Pengerusi Majlis Timbangtara. Dia bukan Mahkamah dalam erti kata sebenar. Ofis Penimbangtara yang dilantik pun boleh digunakan sebagai Mahkamah. Itu la sebabnya dia nak Timbanggtara .. bila Timbangtara esok dia letak la kroni dia sebagai penimbangtara ... mudah la kerja dia. Peneroka juga yang akan merana", kata beliau. Apa yang pasti dalam kes ini Felda akan menggunakan kuasa yang ada untuk terus memaksa peneroka tunduk kepada mereka buat selama-lamanya. Inilah yang menjadi matlamat Felda. [Apa yang dilakukan oleh Felda ini sebenarnya sudah boleh dibaca oleh para peneroka. Apa guna ada peguam jika hanya untuk selesaikan kes di luar mahkamah dan sebagai gimik semata-mata. Mana mungkin peguam yang dilantik oleh Felda akan memberi kemenangan kepada para peneroka. Justeru itu, para peneroka digesa terus bangkit untuk mempertahankan hak mereka. Tanah itu kini bukan lagi milik sesiapa, tetapi milik mereka. Felda hanya agensi pengendali dan mereka tiada hak lagi ke atas tanah-tanah peneroka. Mereka yang perlu keluar dari Felda sekarang dan bukan memaksa peneroka untuk terus berhutang buat selamanya. Sudahlah berhutang, peneroka pula ditipu dan hasil mereka diselewengkan. Kemudia dalam masa yang sama mereka membina mercu tanda mewah dan jalanlan projek perniagaan yang gagal membawa keuntungan di sana sini. Akhirnya peneroka menderita tetapi beberapa kerat peimpin atasan Felda kaya raya dengan kemewahan yang ada. Apakah generasi muda Felda mahu terus ditipu buat selamanya?. Maka itu, jom lakukan perubahan demi masa depan anak-anak kita pada masa akan datang. Teruskan perjuangan!]. |
Anwar: 'Laporan Ketua Audit Negara', Bukti Dasar Tranformasi Najib Itu Ternyata Gagal Sebenarnya Posted: 26 Oct 2011 09:02 PM PDT SHAH ALAM, 27 Okt - Pendedahan Laporan Ketua Audit Negara menjadi bukti dasar transformasi yang dirangka Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak gagal dengan pengumuman pelbagai janji untuk menangani kepincangan kelemahan dan ketirisan yang ternyata janji-janji tersebut masih belum dipenuhi. Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hasil penelitian prestasi terhadap pelaksanaan aktiviti di bawah 32 Kementerian dan Jabatan Persekutuan dan pengurusan 7 syarikat kerajaan mendedahkan terdapat beberapa kelemahan yang berpunca daripada penyeliaan yang kurang rapi, ketiadaan pemantauan yang berkesan, kekurangan peruntukan kewangan dan kekurangan kakitangan serta kepakaran. "Laporan Ketua Audit Negara juga mendedahkan kelemahan, kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dalam 45 aktiviti/projek di bawah pelbagai Kementerian/Jabatan Persekutuan," katanya yang juga Ketua Pembangkang Parlimen. Anwar menjelaskan yang mengaibkan adalah pendedahan terhadap kepincangan beberapa aktiviti/projek yang mensasarkan golongan berpendapatan rendah dan rakyat termiskin antaranya seperti berikut. Wujud kelemahan pengurusan Program Pembasmian Kemiskinan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM691.52 juta pada tahun 2010 dan didapati mengalami kegagalan 54.4% daripada pencapaian objektifnya. Seterusnya ,kelemahan pengurusan Skim Insentif Peningkatan Hasil Padi di bawah Kementerian Pertanian yang dedahkan kegagalan Kerajaan Persekutuan membayar insentif berjumlah RM110.67 juta kepada 73,291 pesawah kerana peruntukan yang tidak mencukupi. Kemudian, kelemahan pengurusan penyenggaraan jalan persekutuan yang diswastakan di negeri Sarawak setelah sejumlah RM462.46 juta telah dibelanjakan. Selain itu, Kelemahan pengurusan projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Ke-2 di pelbagai kementerian dan jabatan yang terdedah kepada pelbagai bentuk penyelewengan perbelanjaan, bayaran dan peruntukan. Justeru tambah Anwar, Pakatan Rakyat tuntas menyatakan segala perubahan dan setiap reformasi sistem yang menyeluruh memerlukan iltizam politik yang jitu serta ikhlas demi manfaat rakyat Malaysia. "Tanpa iltizam serta kegigihan dan tiadanya penyertaan rakyat untuk bersama-sama membangunkan negara ini, segala kebijakan mahupun dasar yang dirangka pastinya menemui kegagalan," tambah Anwar lagi. [Apa yang jelas dapat dilihat, kelewatan untuk membentangkan Laporan Ketua Audit Negara sebenarnya ada kaitan dengan berbagai kepincangan yang telah didedahkan. Tahniah kepada Ketua Audit Negara kerana berjaya membuktikan kepada rakyat yang Kerajaan Barisan Nasional sewajarnya ditukaran pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Ini kerana jelas parti itu digunakan sebagai "kantung emas" oleh beberapa kerat pemimpin yang berkuasa untuk mencari keuntungan duniawi semata-mata. Gemar mengagihkan projek sesama sendiri, ahli keluarga dan saudara mara. Relah dipergunakan untuk merompak wang rakyat sesuka hati mereka. Bersekongkol untuk melakukan penyelewengan, kononnya mereka berad ada pihak yang benar. Rakyat dimomokkan dengan berita pembangunan agar mereka leka akan ditipu buat selamanya selagi kerajaan yang ada terus memerintah. Inilah hakikat yang berlaku di depan mata kita sekarang sebenarnya. Justeru, lakukan perubahan demi generasi masa depan kita]. |
Ibrahim Ali Nafi 'Perkasa' Bersifat Perkauman Dan Ingin Menyaingi Peranan Parti UMNO Bela Melayu Posted: 26 Oct 2011 08:50 AM PDT KUALA LUMPUR 27 Okt - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan kekal sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan tidak berhasrat menyaingi atau mengatasi peranan UMNO sebagai tunggak pemerintahan negara ini. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali (foto) berkata, Perkasa tidak akan menukarkan statusnya kepada parti politik, sebaliknya akan berperanan sebagai benteng pertahanan negara daripada ancaman musuh yang cuba menggugat Perlembagaan Persekutuan, keharmonian agama, perpaduan rakyat, kesejahteraan ekonomi, ketenteraman awam dan keselamatan negara. "Perkasa ditubuhkan sebagai sebuah pertubuhan yang menunjangi kepentingan orang Melayu dan Bumiputera. "Justeru, Perkasa tidak boleh dilihat sebagai sebuah pertubuhan rasis, organisasi Melayu ultra atau persatuan perkauman apabila ia hanya bertindak melindungi kepentingan orang Melayu dan Bumiputera semata-mata," katanya kepada pemberita selepas berucap pada Perhimpunan Agung Kedua Perkasa di Setiawangsa semalam. Sementara itu, Ibrahim juga menafikan tuduhan pelbagai pihak bahawa pertubuhan itu bersikap perkauman. Beliau sebaliknya berkata, Perkasa sebenarnya merupakan sebuah pertubuhan yang memangkin perpaduan rakyat di negara ini. [Penafian Ibrahim Ali ini mungkin boleh diterima oleh sesetengah pihak. Namun ramai juga dipihak yang lain tidak dapat menerima apa yang disuarakan. Perkasa biar pun nampak UMNO, namun ia juga amat ditakuti oleh orang-orang UMNO. Ini kerana perjuangan NGO tersebut jelas untuk bangsa dan agama. Ia berbeza dengan parti-parti politik yang terdapat di negara kita yang begitu akur dan tunduk kepada pihak lain dalam banyak isu termasuklah agam itu sendiri. Lantara memikirkan masa depan orang Melayu akhirnya Perkasa ditubuhkan, Ramai yag tidak dapat menerima pendekatan mereka sekarang kerana tindakan beberapa kerat ahilinya yang gemar membuat provokasi d ceramag pembangkang. Ini menyebabkan ada pihak yang menuduh dan percaya NGO itu didalangi oleh UMNO. Segalanya terletak ditangan pimpinan NGO terbabit untuk menentukan halatujunya]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan