Pahang Daily Online |
- Sensasi: Bekas Peguam Anwar, Zulkifli Nordin Kini Di Lantik Sebagai Naib Presiden PERKASA Hari Ini
- Warta Pahang: Pemimpin "Kontroversi" PAS, Haji Mat Sabu Bakal Berceramah Di Kerdau Malam Ini
- Eksklusif: Video 'Wacana Sinar Harian' Siri Lapan, Isu 'Dilema Dan Perlaksanaan Hudud' Di Malaysia
- Warta Pahang: 'OCPD Kuantan' Harap Masyarakat Bantu Pasukan Keselamatan Tangani Kes Jenayah
- Ahmad Maslan, Isa Samad Belum Di Lantik Secara Rasmi Sebagai Pengerusi KPF Maka Tiada Konflik !
Sensasi: Bekas Peguam Anwar, Zulkifli Nordin Kini Di Lantik Sebagai Naib Presiden PERKASA Hari Ini Posted: 26 Oct 2011 06:06 AM PDT Ramai pihak yang terkejut dengan perlantikan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin (foto) sebagai Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) yang baru hari ini. Zulkifli khabarnya telah dilantik ke jawatan itu menerusi usul tergempar yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Tertinggi NGO itu, Zahid Md Arip. Usul berkenaan kemudiannya diterima sebulat suara oleh ahli dewan. Dengan perlantikan itu, bermakna Zulkifli adalah Ahli Parlimen Bebas yang pertama mengikut jejak Datuk Ibrahim Ali (Presiden Perkasa dan Ahli Parlimen Pasir Mas). Zulkifli mengisi jawatan berkenaan yang sebelum ini dikosongkan Datuk Mokhtar Samad. Zahid ketika membentangkan usul tergempar itu berkata, peguam tersebut merupakan bekas penyokong ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perlantikan itu juga pastinya akan menambahkan kebencian rakyat terhadap beliau sebenarnya. Tambahan pula, sejak dia keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dia dilihat sering bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam banyak program rasmi di luar negara. Malah, Zulkifli dilihat begitu "cemerlang" dengan tugasannya untuk "menganyang Anwar" dari luar selepas dipecat dari PKR. Tindakan beliau amat disenangi oleh kerajaan UMNO BN, lantaran itu kini beliau mendapat berbagai kedudukan yang selesa. Malah, dia juga mendapat anugerah gelaran "Datuk" pada tahun lalu. Biar pun rakyat dilihat tidak suka dengan Zulkifli, namun dia sedikit pun tidak hairan dengan semua itu. Malahan, kini dia lebih banyak menggasak pembangkang menerusi media, hatta di parlimen sekali pun. Kemungkinan besar untuk beliau bersama UMNO mungkin akan menjadi, jika dia tidak mempunyai kerusi untuk ditandingi pada Pilihanraya Umum akan datang. Bertanding sebagai calon bebas mungkin akan menyebabkan dia mendapat malu kali ini. Senario yang sama bakal terjadi kepada Ibrahim Ali di Pasir Mas. Lantaran itulah, jalan terbaik dia perlu bersama NGO dalam membina kekuatan dirinya dari luar kepartian. [Pahang Daily Online mengucapkan syabas dan tahniah atas perlantikan beliau ini. Tambahan pula dia kini adalah Ahli Parlimen Bebas dan tidak mempunyai platform yang terbaik untuk meneruskan perjuangannya. Mungkin dengan bersama Perkasa, masa depan politiknya akan kembali cerah agaknya. Tambah pula jika Perkasa meletakkan calonnya bersama BN pada pilihanraya umum ini nanti. Apapun, hanya rakyat yang bijak sahaja boleh menilai tahap kepimpinan mereka yang terbabit. Mereka pasti akan menggunakan kuasa undi pada pilihanraya umum akan datang untuk mengajar pemimpin khianat terbabit. Syabas dan tahniah kepada Zulkifli Nordin atas kejayaan yang beliau lalui ini. Dia punyai hak untuk menentukan hala tuju politiknya selepas ini. Malahan dia juga ada hak untuk menjadi penegur yang baik di parlimen sekiranya itu yang dia mahukan. Masalahnya, Zulkifli dilihat bukan lagi menjadi penegur yang baik tetapi lebih selesa menjadi "pengampu yang profesional kepada UMNO BN" kata sesetengah orang sekarang. Inilah kehebatan beliau sebenarnya]. |
Warta Pahang: Pemimpin "Kontroversi" PAS, Haji Mat Sabu Bakal Berceramah Di Kerdau Malam Ini Posted: 26 Oct 2011 12:53 AM PDT KERDAU, 26 Okt - Timbalan Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu dan Naib Presiden, Salehuddin Ayub akan berceramah di Kompleks PAS Darul Hikmah sempena Sambutan Ulangtahun PAS Peringkat Negeri Pahang dekat sini jam 9.00 malam ini. Hari kedua program tersebut menyaksikan berlangsungnya acara sukan rakyat melibatkan Pasti, aktiviti konvoi ARC dan motivasi kepada isteri pimpinan PAS Pahang oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, YB Zailah Yusof. Sementara itu majlis perasmian telah disempurnakan oleh Mat Sabu kira-kira jam 3.00 petang tadi. Orang ramai masih kelihatan berpusu-pusu hadir bagi menyaksikan pameran dan jualan di tapak karnival yang disediakan. Orang ramai adalah dijemput hadir dalam program malam ini. Turut akan berceramah ialah Ketua Penerangan PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang. Dalam satu kenyataannya sebelum ini, beliau berkata Kerdau dipilih kerana PAS Pahang diasaskan di situ pada tahun 1955 oleh Pesuruhjayanya yang pertama Allahyarham Mohd Yassin Salleh. Kehadiran Mat Sabu di Kerdau malam ini dijangka mendapat sambutan hangat dari kalangan rakyat kerana beliau semakin "kontroversi" dengan isu "Mat Indera" yang dimainkan oleh media pro-UMNO sekarang ini. Sementara itu difahamkan, pihak penganjur sudah memberi kata dua kepada Unit Amal PAS untuk berhati-hati dalam mengawal keselamatan pada malam ini. Ia berikutan, tindakan beberapa pihak yang tidak senang dengan kehadiran Mat Sabu dalan ceramah anjuran pembangkang mutakhir ini. Apapun, diharapkan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku hendaknya. Demokrasi perlulah dipertahankan!. Pelancaran konvoi ARC oleh Ketua Pemuda PAS iaitu Ustaz Nasharuddin PAS semakin hari disokong oleh generasi muda sekarang ini sebenarnya Unit Amal PAS diberikan taklimat untuk pastikan keselamatan terjamin Sebahagian daripada anggota Nisa' PAS yang bertugas sebagai urusetia Anak-anak muda peserta ARC turut menyertai acara yang dijalankan Antara pimpinan PAS Negeri Pahang yang hadir ke program tersebut ADUN Beserah dan Yang DiPertua PAS Bera juga turut dilihat bersama Sebahagian gerai jualan yang kelihatan begitu suram tanpa pengunjung Anak muda ARC kelihatan memenuhi tapak aktiviti program berkenaan Kawasan yang disediakan untuk PAS kawasan promosikan produk mereka [Biar pun sambutan Ulangtahun ini adalah untuk parti PAS, namun agak mengecewakan bilamana tidak ramai kelibat penyokong dan ahli parti yang hadir memeriahkan aktiviti yang diadakan pada sebelah siang hari. Ini menyebabkan beberapa peniaga yang menjalankan operasi di tapak terbabit mengeluh kerana gagal mencapai target yang diharapkan. Orang ramai mula berbondong-bondong hadir ke lokasi berkenaan pada sebelah malamnya iaitu semasa program ceramah diadakan. Diharapkan pada masa akan datang pihak penganjur dapat mencari alternatif bagaimana caranya untuk menarik seberapa ramai ahli dan penyokong yang tinggal berdekatan untuk hadir beramai-ramai. Situasi ini sama seperti apa yang berlaku di Cherating baru-baru ini. Apapun, kami ucapakan syabas dan tahniah kepada PAS Pahang sempena ulangtahun ke-60 perjuangan mereka. Semoga perjuangan akan diteruskan hingga Islam ditegakkan atas mukabumi ini hendaknya. Salam Perjuangan leluhur buat semua pejuang!]. |
Eksklusif: Video 'Wacana Sinar Harian' Siri Lapan, Isu 'Dilema Dan Perlaksanaan Hudud' Di Malaysia Posted: 25 Oct 2011 01:15 PM PDT Wacana Sinar Harian siri kelapan yang bertajuk "Hudud Dilema dan Perlaksanaannya" ini telah berlangsung di Auditorium Karangkraf di Shah Alam pada 25 Oktober (Selasa). Moderator adalah Dr.Maszlee Malik Pensyarah di Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Tiga tokoh telah diundang sebagai Ahli Panel iaitu Prof.Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah Pensyarah di Universiti Pertahanan Malaysia (Pendakwah Bebas), Dato'Mohd Amar Abdullah (Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan), dan Mohd Isa Abd Ralip (Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia). Ikuti video tesebut:- [Firman Allah, "Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir"]. (5:44) |
Warta Pahang: 'OCPD Kuantan' Harap Masyarakat Bantu Pasukan Keselamatan Tangani Kes Jenayah Posted: 25 Oct 2011 01:04 PM PDT KUANTAN 26 Okt - Penglibatan dan kerjasama antara masyarakat dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat membantu pasukan keselamatan itu menangani dan mengurangkan kadar jenayah di daerah ini. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff (foto) berkata, berikutan kerjasama erat itu, daerah ini berjaya mencatatkan penurunan kadar jenayah sebanyak 17 peratus setakat ini. Menurutnya, angka itu memberi kesan positif kerana sebelum ini kadar jenayah di daerah ini mencatatkan 60 peratus manakala selebihnya dilaporkan di daerah lain. "Dengan kerjasama masyarakat seperti Rukun Tetangga (RT), Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ia banyak membantu polis menangani jenayah yang berlaku di sesuatu lokasi," katanya. Beliau berkata sedemikian kepada pemberita selepas majlis ramah mesra dan meraikan kenaikan pangkat 14 anggota polis dari Balai Polis Beserah anjuran Badan Kebajikan Kemanusiaan dan Kemiskinan Mukim Beserah dan Sungai Karang (Bakkiss) di sini, baru-baru ini. Jasmani berkata, bagi meneruskan usaha tersebut, penubuhan balai polis di sesuatu lokasi penting dan setakat ini, balai itu di kawasan Perindustrian Gebeng sudah siap dan menunggu masa beroperasi manakala hanya tinggal 2% untuk selesai dekat Cherating. [Selain Yang Dipertua Bakkiss, Wan Azlan Wan Salleh, hadir sama Ketua UMNO Bahagian Indera Mahktota, Datuk Mohd Hazmi Yusof dan Timbalannya, Datuk Shaharudin Shamsudin, Ketua Kampung Balok, Zainon Ali. Sementara itu, Wan Azlan berkata, majlis tersebut sebagai tanda penghargaan terhadap anggota dari balai polis itu membantu menjaga keselamatan dan kesejahteraan para penduduk di kawasan tersebut] sumber |
Ahmad Maslan, Isa Samad Belum Di Lantik Secara Rasmi Sebagai Pengerusi KPF Maka Tiada Konflik ! Posted: 25 Oct 2011 11:41 AM PDT KUALA LUMPUR, 26 Okt - Pengerusi Felda Holdings Bhd, Tan Sri Isa Abdul Samad secara rasminya masih belum dilantik sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan (foto). Beliau berkata Pengurus Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab kini masih memegang jawatan sebagai Pengerusi KPF. "Pengerusi KPF sekarang ialah Pengurus Besar Felda yang mempunyai kuasa eksekutif dalam pelbagai bidang dalam perjalanan urusan Felda. "Sekiranya Tan Sri Isa menjadi Pengerusi KPF, beliau tidak mempunyai kuasa eksekutif, maka tidak akan timbul konflik kepentingan," katanya ketika menjawab soalan Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) ketika menggulung perbahasan Bajet 2012 berkaitan Felda pada persidangan Dewan Rakyat, semalam. Ahmad Kasim mempertikai pelantikan Isa sebagai Pengerusi KPF yang dianggap akan menimbulkan konflik kepentingan. Ahmad Maslan berkata pelantikan Isa sebagai Pengerusi KPF akan diputuskan oleh Lembaga Pengarah Felda mengikut undang-undang yang diperuntukkan dalam Akta Koperasi 1993 dan undang-undang kecil KPF. [Pelantikan Isa Samad sebagai ketua Koperasi Permodalan Felda Malaysia (KPF) adalah tidak sah kerana beliau tidak layak untuk menjadi ahli dalam persatuan itu. Lembaga pengarah KPF telah meluluskan kemasukan Isa sebagai ahli lembaga berkenaan tanpa mengambil kira undang-undang dan peraturan-peraturan yang mengawal koperasi. Akibatnya pihak pengurusan KPF yang tidak senang dengan pelantikan yang didakwa dilakukan sewenang-wenangnya telah meminta nasihat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Difahamkan cadangan Isa yang juga Pengerusi Felda sebagai ahli lembaga pengarah KPF dan menjadikan beliau pengerusi koperasi berkenaan telah diluluskan pada mesyuarat khas Lembaga Pengarah pada 22 Jun lalu. Tindakan itu didakwa menimbulkan kekeliruan kerana di sebalik keputusan Lembaga Pengarah, Pengurus Besar Felda dan Ketua KPF sebelumnya, Zukifli Wahab telah mempengerusikan mesyuarat lembaga pada 8 September lalu untuk membincangkan kerusinya untuk diisi oleh Isa. Ini menimbulkan tandatanya sama ada pelantikan Isa sememangnya telah berkuat kuasa. Persoalan inilah yang perlu difikirkan]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan