Sabtu, 22 Oktober 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 Akan Di Bentangkan Di Dewan Rakyat Pada Hari Isnin Ini !

Posted: 21 Oct 2011 12:39 PM PDT

KUALA LUMPUR 22 Okt - Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin, kata Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang (foto). Ambrin berkata, beliau akan memberi taklimat kepada anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negara (PAC) di Parlimen pada hari sama. "Jabatan Audit Negara ingin memaklumkan segala persiapan telah dibuat supaya LKAN 2010 dibentang pada Isnin, bersekali dengan laporan maklum balas yang disediakan Perbendaharaan Malaysia," katanya. Beliau menjelaskan sejak 2010, LKAN tidak dibentang pada hari yang sama dengan pembentangan belanjawan negara bagi membolehkan kedua-dua perkara berkenaan mendapat liputan saksama. "Sejak tahun 1982 lagi, LKAN dimaklumkan kepada Jemaah Menteri sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat supaya kerajaan dapat mengetahui isu-isu yang dibangkitkan oleh audit dan bersedia beri penjelasan apabila diperlukan," katanya. Ambrin jelaskan, LKAN bagi negeri dimaklum terlebih dahulu kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebelum dibentang di Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

[Isu Laporan Ketua Audit Negara yang lambat dibentangkan di Dewan Rakyat hangatbaru-baru ini, apabila ramai pemimpin pembangkang yang mahukan jawapannya. Malah, mereka juga hairan kerana belum pernah terjadi dalam sejarah Malaysia, laporan tersebut dilenggahkan dan tidak dibuat semasa pembentangan Bajet. Namun, semuanya berlaku di zaman PM Najib Razak. Soalnya, kenapa ia lengah-lengahkan?. Apakah Ketua Audit Negara telah bertemu dan mendapat maklumat berbagai-bagai kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO BN itu sendiri. Lantaran, sengaja melengahkannya untuk membuat beberapa perkara penting yang boleh memalukan Kerajaan UMNO BN. Jika ini keadaannya, maka apakah kita boleh jamin laporan yang akan dibentangkan itu nanti telus dan adil?].

Warta Pahang: Lelaki 'Nyaris Maut', Bila Kereta Di Hempap Tanah Runtuh Dekat Genting Highlands!

Posted: 21 Oct 2011 12:11 PM PDT

BENTONG, 22 Okt – Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya tiba-tiba dihempap tanah runtuh ketika melalui Kilometer 13.9 dekat Genting Highlands malam semalam. Dalam kejadian pukul 11.30 malam itu, mangsa berusia 40-an memandu seorang diri ke tanah tinggi tersebut dalam keadaan hujan renyai-renyai. Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Supritendan Mohamad Mansor Mohd. Nor berkata, setibanya di lokasi, tebing jalan itu runtuh dan menghempap bahagian hadapan kereta mangsa. "Kejadian itu mengakibatkan bahagian atas dan hadapan kereta berkenaan kemik. Mangsa yang cedera ringan kemudian dibawa ke klinik berhampiran. "Kenderaan mangsa juga telah dikeluarkan daripada runtuhan itu oleh pasukan bomba dan penyelamat. "Pasukan itu juga telah membuat lencongan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja membaik pulih," katanya yang memberitahu, operasi pusat peranginan tersebut tidak terjejas dan berjalan seperti biasa. Mohamad Mansor mengingatkan pengunjung yang ingin ke pusat peranginan itu agar lebih berhati-hati ketika memandu memandangkan keadaan cuaca kini yang tidak menentu.

[Orang ramai, terutamanya mereka yang berkunjung ke kawasan peranginan Genting Highlands dinasihatka berhati-hati berkunjung ke situ di musim tengkujuh ini. Jika tidak mereka sudah pasti akan berhadapan dengan berbagai insiden tanah runtuh yang pasti akan berlaku bila struktur tanah berubah akibat hujan. Mujurlah dalam kejadian terbaru ini, tiada kemalangan jiwa terjadi. Jika tidak sudah pasti ia lebih kecoh dan menggemparkan. Berhati-hatilah ketika memandu dijalanraya. Pandu cermat jiwa akan selamat. Ingatlah orang yang tersayang ketika memandu].

Datuk Dr.Hassan Ali Bakal Menghadiri Himpunan Sejuta Umat Di 'Stadium Shah Alam' Petang Nanti !

Posted: 21 Oct 2011 11:17 AM PDT

SHAH ALAM, 22 Okt - Exco Hal Ehwal Islam Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali (foto) berkata beliau akan menyertai Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang bakal berlangsung petang ini di Stadium Shah Alam. Hassan Ali berkata kehadirannya itu bukan atas kapasiti rasmi atau mewakili PAS namun sebagai individu beragama Islam. "Saya akan hadir, melangkah keluar dari rumah atas nama Aqidah, saya akan berada di situ selama tiga jam atas nama Aqidah serta kepulangan saya ke rumah juga atas nama Aqidah, tidak tidur malam kalau saya tidak pergi kerana ia adalah isu Aqidah, kalau bola, Selangor lawan Kelantan tiada keperluan untuk saya hadir." katanya. Terdahulu, PAS mencapai kata sepakat untuk tidak menyertai HIMPUN. Keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat biro politik di pejabat agung PAS Selasa malam lalu. Presidennya, Datuk Seri Abd Hadi Awang berkata keputusan PAS bersikap berkecuali kerana menghormati kehendak penganjur program yang tidak mahu melibatkan mana-mana parti politik. Menurut penganjur HIMPUN, yang merupakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam, perhimpunan tersebut bertujuan menentang apa yang dikatakan percubaan untuk menyebar ajaran Kristian kepada orang Islam. Hassan dengan tegas mengulangi pendiriannya untuk menyertai HIMPUN sebagai individu. Menurutnya lagi, MB Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut beri kelepasan kepada mana-mana penjawat Kerajaan Selangor yang mahu sertai perhimpunan atas dasar individu. "Kita harus bersyukur kerana masih ada dari kalangan kita yang tampil untuk membela, berjuang dan individu ini telah membuka langkah, takkanlah Hassan Ali yang berumur 64 sebagai seorang muslim tidak tergerak untuk hadir."kata Dr.Hassan Ali.


Mengulas lanjut, Hassan Ali menafikan dakwaan kononnya beliau adalah salah seorang pengerak HIMPUN. "Saya tidak terlibat dalam penganjuran HIMPUN, saya dalam apa cara dan keadaaan sekali pun tidak pernah terlibat secara langsung bagi menghubungkan penganjur ini dengan mana-mana pihak." jelasnya. Tegasnya, HIMPUN bukan bertujuan timbulkan ketengangan mahupun meniup api kemarahan dikalangan umat Islam dan penganut Kristian. Katanya kesempatan perjumpaan ini adalah untuk sedarkan serta umat Islam tentang kebejatan isu keruntuhan aqidah. Hassan Ali berkata masyarakat bukan Islam turut mempunyai hak untuk berhimpun secara aman. Beliau turut alukan dialog antara agama lebih giat diadakan dari kalangan pakar. "Ini adalah perhimpunan yang aman, berbudaya dan sopan, yang penting penganjuran ini bukalah untuk timbulkan ketegangan dan emosi yang tidak terkawal antara penganut Islam dan bukan Islam."katanya lagi.

[Kehadiran Datuk Dr.Hasaan Ali pastinya akan mencetuskan lebih banyak spekulasi selepas ini. Tambahan pula, beliau adalah Exco Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab tentang hal-hal agama di negeri tersebut. Namun, beliau berhak hadir atas kapasiti peribadi dan pihak-pihak yang berkenaan tidak wajar menimbulkan spekulasi kononnya dia antara tulang belakang himpunan tersebut. Ramai pihak terutamaya ahli dan penyokong PAS kini melihat Dr.Hassan adalah liabiliti kepada parti itu. Malah, ada yang begitu berani menuduh kononnya beliau mengidam jawatan MB Selangor dan bila-bila masa akan berkompromi dengan UMNO jika jawatan tersebut diberi kepadanya. Semua ini telah dijawab oleh Dr.Hassan, dan beliau mengaku masih yakin dengan perjuangan yang dibawa oleh PAS. Apapun, kehadiran beliau adalah yang amat ditunggu-tunggu pihak media].

Tiada ulasan: