Pahang Daily Online |
- Panas: Gara-Gara 'Kenyataan Tidak Sealiran', Prof Aziz Bari Akhirnya Di Gantung Dari UIAM Hari Ini!
- Dakwaan "Ryan Albrey" Pasal Lynas Terhadap MB Pahang "Di Bidas Dalam Berita Harian", Hari ini !!
- Rayu Undi PRU13, Najib Taja Ketua Kampung Dari Parlimen Pekan Menunaikan Haji Secara Percuma
- Nizar: 'Surat Tunjuk Sebab' Kepada Aziz Bari, Satu 'Penghinaan Kepada UIAM' Serta IPT Di Malaysia !
Panas: Gara-Gara 'Kenyataan Tidak Sealiran', Prof Aziz Bari Akhirnya Di Gantung Dari UIAM Hari Ini! Posted: 19 Oct 2011 10:20 PM PDT KUALA LUMPUR, 20 Okt - Seperti yang dijangka, akibat beberapa kenyataan beliau yang sukar diterima oleh kerajaan UMNO BN sekarang maka akhirnya pakar perlembagaan dan Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari (foto) digantung tugas dan dilarang menjejaki universiti terbabit hari ini. Notis tersebut telah dikeluarkan kepadanya oleh Unit Undang-Undang UIAM sendiri. Pensyarah paling kanan di Fakulti Undang-Undang itu digantung bergaji sehingga notis selanjutnya dikeluarkan. Selain itu, difahamkan Aziz juga tidak dibenarkan memasuki pejabatnya di kampus Gombak ekoran kad aksesnya harus dipulangkan kepada pentadbiran universiti. Difahamkan penggantungannya itu akan menjejaskan lebih 100 pelajarnya daripada daripada peringkat Sarjana Muda hingga ke Doktor Falsafah (PhD). Aziz berkhidmat dengan UIAM sejak 22 tahun lalu. Sementara itu, dalam surat tunjuk sebab yang diserahkan tangan kepada Aziz, beliau dituduh "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti". Aziz diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya. Aziz dalam masa yang sama disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung reaksinya kepada titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan sebuah gereja di Petaling Jaya. Selepas dikritik pelbagai pihak, Aziz kemudian menjelaskan Akta Hasutan 1948 memperuntukan tidak menjadi kesalahan mengkritik Raja-Raja Melayu selagi tidak tuntut pemansuhan institusi tersebut. [Apa yang terjadi kepada Prof Aziz Bari ini memang sudah lama kami jangkakan. Penggantungan beliau itu akhirnya akan membawa kepada pemecatan, jika dia masih tidak mahu mengikut aspirasi kerajaan dengan mengeluarkan kenyataan sebenar tentang perlembagaan dan undang-undang itu sendiri. Selama lebih 22 tahun bertugas di UAIM maka sudah pasti beribu-ribu graduan undang-undang yang telah mendapat ilmu daripada beliau sebenarnya. Soalnya, kenapa kerajaan harus menyekar golongan akademik yang memang "pakar" dalam bidangnya untuk bersuara dan mengeluarkan pandangan?. Bukankah ia kebebasan dan hak kita sebagai rakyat Malaysia. Kenapa harus takut dengan pandangan yang berbeza?. Jika ini keadaannya, maka kita yakin tahap universiti di Malaysia akan terus menjunam di mata dunia pada masa akan datang. Apapun, syabas dan tahniah buat Prof Aziz Bari. Teruskan usaha sedarkan rakyat tentang perlembagaan dan undang-undang yang sebenarnya di negara ini]. |
Dakwaan "Ryan Albrey" Pasal Lynas Terhadap MB Pahang "Di Bidas Dalam Berita Harian", Hari ini !! Posted: 19 Oct 2011 08:59 PM PDT KUANTAN, 20 Okt - Orang ramai disekitar bandar ini terutamanya mereka yang membantah projek kilang memproses rare-earth milik syarikat Australia, Lynas Corporation hari ini dikejutkan dengan satu kenyataan terbuka daripada penulis Yope Key Dare dalam ruangan surat pembaca akhbar Berita Harian. Kenyataan beliau itu dikatakan bagi menjawab dakwaan seorang rakyat dari negara terbabit (Australia) yang bernama Ryan Albrey (foto) yang dikatakan telah menemubual Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob, soal Lynas sebelum ini. Ryan dalan video terbarunya mendedahkan kononnya pandangan Adnan mengenai kemungkinan wujud kaitan antara beberapa pemimpin Cina yang menentang projek RM2000 juta itu, dengan rangkaian antarabangsa mereka. Malah, beliau juga dikatakan menuduh MB Pahang itu bersikap perkauman lalu memanipulasikan pandangan Adnan itu dengan membayangkan kononnya Adnan menganggap masyarakat Cina di negeri ini sebagai pengkhianat kerana masyarakat Cina di sini hendak tolong menolong negara China. Putar belit Ryan lagi ialah, Negara China sendiri tidak dapat menerima kemasukan pelaburan projek Lynas lalu syarikat itu melihat Negara China sebagai musuh, yang kerana itulah juga kononnya menyumbang kepada pandangan Adnan berkenaan. (Hakikatnya ialah, Lynas mendapat kelulusan untuk membina kilangnya di China, malah di Australia sekalipun, tetapi memilih Malaysia khususnya Kuantan, atas pelbagai pertimbangan termasuk bersifat ekonomi dan sosial). Sedangkan projek Lynas ini dakwa Ryan lagi, ialah berkaitan kebimbangan masyarakat Kuantan, bukan setakat Cina tetapi Melayu yang menentang kononnya bimbang mengenai bahaya radiasi daripada projek itu. Seterusnya DI SINI Kenyataan di mukasurat 33 akhbar Berita Harian hari ini tentang isu Lynas [Kami tidak mahu mengulas panjang tentang apa yang didedahkan oleh pembaca terbabit. Bagi kami mereka yang menentang ada hujjahnya dan mereka yang menyokong juga ada alasan tersendiri. Masalahnya, rakyat Australia terbabit menemuramah MB Pahang dan kemudiannya sengaja membuat kenyataan panas tentang kenyataan beliau itu. Bukan senang mana-mana pihak boleh menemubual MB Pahang tentang isu Lynas ini sebenarnya. Bertuah benar kepada sesiapa yang berjaya berbuat demikian. Soal tuduhan dan dakwaan yang dilemparkan terhadap pemimpin terbabit hanya rakyat sendiri yang berhak menilainya. Justeru itu, kepada yang tertinggal video wawancara beliau dengan MB Pahang itu, link yang disertakan untuk tonton wawancara itu. Video I | Video II | Video III]. |
Rayu Undi PRU13, Najib Taja Ketua Kampung Dari Parlimen Pekan Menunaikan Haji Secara Percuma Posted: 19 Oct 2011 11:55 AM PDT Kehangatan desas-desus parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat ini kian terasa sekarang. Apatah lagi, kini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikatakan sudah memaklumkan penempatan petugas-petugas "sambilannya" untuk berkhidmat di pusat-pusat pengundian di seluruh negara. Maknanya Pilihanraya Umum Ke-13 akan tiba bila-bila masa dari sekarang. Disamping kita dihebohkan dengan pemberian "MyKad" kepada warga asing untuk mengundi BN, kita juga kini sedang memikirkan apakah SPR akan melaksanakan satu pilihanraya yang telus, bebas dan adil seperti yang diharapkan rakyat agaknya?. Apakah SPR akan terus menipu untuk kepentingan politik pemerintah seperti sekian lama?. Inilah yang menimbulkan persoalan sekarang. Dalam pada kita sibuk membicarakan soal pilihanraya umum, PDO mendapat satu maklumat sulit dari Pekan semalam. Ia berkaitan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menaja kesemua Ketua Kampung (Tok Empat) dalam Parlimen Pekan untuk menunaikan fardhu haji di Mekah sekarang. Rombongan terbabit dikatakan tidak termasuk mereka yang sudah menunaikan haji, hanya mereka yang belum sahaja dibawa oleh pihak yang berkenaan. Semuanya adalah bagi meraih undi simpati menjelang PRU-13 akan datang. Itulah pandangan beberapa orang penduduk Pekan yang ditemui oleh krew kami. [Difahamkan, ramai Ketua Kampung dan Ketua UMNO yang tidak melepaskan peluang keemasan tersebut. Kini mereka menunggu ketibaan Najib dan Rosmah di tanah suci katanya. Difahamkan, PM dan isterinya itu akan turut serta rombongan berkenaan dan media arus perdana diarahkan untuk memainkan isu "PM & Isterinya Tunai Haji" secara besar-besaran bagi menarik simpati orang Melayu kononnya mereka sudah insaf dan kembali ke pangkal jalan. Promosi haji mereka akan dimainkan setiap hari agar ia terkesan dihati rakyat. Dalam masa yang sama itulah, Najib akan umumkan pembubaran parlimen bagi membawa kepada PRU-13. Semua skrip ini telah disiapkan oleh pihak terbabit sekarang. Soalnya, jika benar dakwaan ini maknanya Najib telah mengarahkan Lembaga Tabung Haji (LTH) telah memasukkan senarai nama Ketua Kampung berkenaan tanpa mengikut keutamaan. Kemungkinan besar, ramai dikalangan rakyat Malaysia yang sepatutnya boleh menunaikan fardhu haji pada tahun ini akhirnya dinafikan hak gara-gara mahu memasukkan orang-orang Najib. Apakah ini adil buat rakyat Malaysia?. Justeru itu, berhati-hatilah dengan semua ini!]. |
Nizar: 'Surat Tunjuk Sebab' Kepada Aziz Bari, Satu 'Penghinaan Kepada UIAM' Serta IPT Di Malaysia ! Posted: 19 Oct 2011 11:34 AM PDT KUALA LUMPUR, 20 Okt -Timbalan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (foto) berkata, tindakan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pensyarah undang-undang, Profesor Abdul Aziz Bari adalah tragedi baru serta satu penghinaan kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang dihormati di negara ini. "Saya berpendapat tindakan tersebut adalah satu tragedi dan juga penghinaan kepada institusi pengajian tinggi terutamanya UIAM, yang mana kita tahu universiti tersebut adalah sebuah universiti antarabangsa yang mendapat pengiktirafan dunia. "Saya melihat seolah-olah ada tangan-tangan tentu yang mengarah agar dikeluarkan surat tunjuk sebab kepada Abdul Aziz," jelasnya ketika ditemui di parlimen. Tambah Nizar lagi, pemberian surat tunjuk sebab itu sebenarnya telah menaikkan martabat Abdul Aziz sebagai seorang profesor. Katanya, ia merupakan penghinaan kepada tokoh-tokoh akademik yang telah menggunakan kebijaksanaan mereka untuk berbincang serta membahas isu-isu yang ada di negara ini tetapi dikenakan tindakan jika tidak disenangi oleh pihak-pihak tertentu. "Saya tekankan di sini seolah-olah ada satu arahan yang dibuat oleh pihak atasan barangkali ada pihak dalam UMNO BN yang merasakan apa yang didedahkan oleh Abdul Aziz itu akan memberi kesedaran yang meluas kepada warga akademik dan juga rakyat. "Sepatutnya yang dilakukan oleh kerajaan mahupun institusi pengajian tinggi adalah beri kebebasan untuk mereka meluahkan pendapat kerana ia tidak libatkan politik, malah beliau merupakan seorang profesor dan pakar dalam Perlembagaan Malaysia sudah tentu ia mempunyai sebab tertentu untuk berhujah jadi kenapa ia dihalang," sambungnya. Nizar juga berpendapat tindakan itu merupakan satu sekatan untuk tokoh akademik bebas berpendapat serta merupakan satu sejarah baru dalam dunia akademik negara ini dan akan menyebabkan seluruh dunia memandang serong kepada institusi pengajian tinggi di Malaysia. Sebelum itu, Abdul Aziz mengundang kontroversi berhubung kenyataan mengenai perlembagaan dan Raja-Raja Melayu. Menurut sumber, Abdul Aziz diberikan surat tunjuk sebab itu petang tadi tetapi tidak jelas mengenai kandungan surat tersebut. Abdul Aziz kini disiasat mengikut Akta Hasutan berikutan laporan polis Ezam Mohd Nor pada 13 Oktober lalu. Difahamkan sekurang-kurangnya lima laporan polis dibuat tentang isu ini [Memang agak aneh dan menghairankan kita berada dalam negara Malaysia yang tercinta ini. Undang-undang "double standard" terus diamalkan untuk mencengkam suara rakyat melakukan perubahan. Lihat bukti, laporan polis Ezam Md Nor begitu cepat disiasat ketika dia sudah bersama UMNO BN semula berbanding ketika didalam Parti Keadilan dulu. Soalnya, bagaimana pihak berkuasa menilai sesuatu laporan dan menjalankan siasatan?. Jika ini keadaannya, maka beruntunglah siapa yang bersama pembangkang dan kemudian kembali menyertai UMNO BN. Mereka akan dilayan lebih adil dari yang sepatutnya. Umum mengetahui, ketika menjadi Ketua Pemuda Keadilan dulu, sudah berkotak-kotak laporan polis yang dibuat oleh Ezam terhadap pemimpin UMNO. Namun, hingga kini ia didiamkan dan Ezam sendiri tidak berani lagi bersuara atas kesemua laporan yang dibuatnya sekarang. Apakah ini namanya perjuangan tegakkan kebenaran seperti yang dilaungkan?. Ini maknanya dia tidak jujur dalam perjuangan]. sumber |
You are subscribed to email updates from PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan