Rabu, 19 Oktober 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Mydin Jatuhkan Imej Kerajaan BN, Tergamak Jual Barangan 'Percuma' Parti Itu Di Pasaraya Mereka !

Posted: 19 Oct 2011 02:02 AM PDT

Apa sudah jadi dengan Mydin Mohamed Holdings Bhd (foto) agaknya?. Persoalan ini dibuat susulan tindakan rangkaian pasaraya terbabit mencari untung dengan menjual barangan percuma atas nama Barisan Nasional (BN). Umum mengetahui barangan seperti t-shirt, topi, payung, bendera, kipas dan yang lainnya itu adalah cenderahati percuma yang diberikan kepada penyokong BN untuk berkempen setiap kali musim pilihanraya. Maknanya barangan terbabit adalah "percuma" dan diberikan kepada orang ramai supaya dipakai dan digunakan untuk menyokong parti terbabit menjelang pilihanraya. Anehnya, kini barangan itu dijual "lelong murah" tanpa segan silu dan rasa bersalah oleh pihak Mydin. Tambah mengejutkan barangan itu dijual juga dengan harga borong. Tindakan ini jelas sekali satu penipuan yang nyata oleh pihak Mydin sebenarnya. Barangan percuma yang diperolehi daripada BN dijual pula kepada orang ramai. Soalnya, siapakah yang membekalkan barangan terbabit?. Tindakan terbabit seolah-olah menunjukkan yang BN kini sudah tidak diperlukan lagi oleh rakyat hinggakan barangan jenama parti itu pun terpaksa dijual secara borong di rangkaian pasaraya Mydin. Apakah BN juga sudah ketandusan dana untuk berhadapan dengan pilihanraya umum ke-13, lantaran itu terpaksa melelong produk mereka untuk menampung kewangan yang berkaitan. Apa yang jelas Mydin telah memalukan BN sekarang. Selepas mereka diberi projek Kedai Rakyat 1Malaysia oleh kerajaan, maka akhirnya inilah balasan yang diterima. Satu penghinaan dan penganiayaan kepada BN. Apakah mereka harus berdiam diri dan membiarkan Mydin mencari untung dengan produk percuma itu agaknya?. Maka itu jom boikot Mydin !.


Bukti, ini dia sebahagian daripada barangan BN yang dilelong oleh Mydin

[Tindakan Mydin ini jelas sekali menjatuhkan imej dan maruah BN sebenarnya. Soalnya sekarang, apakah selama ini Mydin yang menjadi pembekal barangan pilihanraya BN?. Jika itu keadaannya, maka tidak hairanlah kerajaan memberikan projek Kedai Rakyat 1Malaysia kepada pihak terababit. Rupanya, ada "give n take" dalam urusan yang berkenaan. Peniaga Melayu terus dianaktirikan, sebaliknya Mydin yang sudah kaya raya itu dikayakan lagi. Masalahnya, kenapa Mydin sanggup menjual barangan "Percuma" di pasaraya terbabit. Bukankah semua produk BN itu adalah diberikan secara percuma kepada rakyat dan petugas pilihanraya mereka?. Apakah BN tahu yang mereka akan kalah dalam Pilihanraya Umum Ke-13 nanti, maka aal-awal lagi sudah melelong barangan cenderahati jenama BN itu?. Nampaknya, petanda awal kejatuhan BN sudah kian terasa dengan senario yang berlaku ini agaknya. Maka itu fikirkanlah].

Eksklusif: Video Chegubard Lancar Risalah Cincin RM24 Juta Rosmah Mansor Pada 16 Oktober Lalu !

Posted: 18 Oct 2011 11:23 PM PDT



[Kalau apa yang didedahkan oleh Chegubard ini adalah fitnah dan jika ia tidak benar, maka isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor harus serta boleh mengambil tindakan mahkamah. Tetapi jika tiada sebarang tindakan mahkamah di ambil, maka kita rakyat akan sedia maklum bahawa ia adalah sesuatu perkara yang benar, lagi lagi apabila sebarang tindakan yang kurang wajar di ambil oleh pihak pihak yang berselindung disebalik Rosmah Mansor dalam membuat perkara yang tidak berteraskan undang undang terhadap Chegubard. Nampaknya, BN (Bini Najib) semakin kepanasan sekarang ini bila ada rakyat Malaysia yang berani bangkit untuk membuat pendedahan demi pendedahan yang sungguh menggemparkan].

Wajarkah Hanya PM Sahaja Yang Berkuasa Untuk Tentukan Tarikh Pilihan Raya Umum Negara Kita !

Posted: 18 Oct 2011 07:30 PM PDT

Bahang Pilihanraya Umum Ke-13 kini semakin terasa. Di sana sini orang mula memperkatakan tentang PRU. Ramalan besar mengatakan pembangkang (Pakatan Rakyat) bakal mengambil alih Putrajaya kini kian disensasikan, walau pun ia dinafikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri. Malah, Susulan dari itu, ada pula suara-suara sumbang mengatakan "langkah mayat mereka dulu jika pembangkang berhasrat menawan Putrajaya dan mereka akan pertahankan Putrajaya hingga titisan darah yang terakhir". Paling mengejutkan ada pula yang berkata "jika BN tewas, maka tidak ada mana-mana parti yang akan menang". Semua kenyataan itu jelas satu provokasi yang boleh menimbulkan kontroversi dalam sebuah negara demokrasi sebenarnya. Ramalan awal mengatakan Najib akan membubarkan parlimen pada 7 Oktober lalu, iaitu beberapa hari selepas beliau membentangkan Bajet 2012 ternyata meleset. Maknanya, tarikh 11 November 2011 atau tarikh keramat 11.11.11 juga kini mungkin kian tersasar. Soalnya sekarang, bilakah pilihanraya umum akan diadakan?. Jika di negara lain, rakyat diberi hak untuk mengetahui tarikh tersebut lebih awal. Hatta dinegara yang dianggap "polis dunia" sekali pun iaitu Amerika Syarikat dan negara yang dianggap "pengganas dunia" iaitu Israel, kerajaan negara itu akan mengumumkan tarikh pilihanraya tanpa prejudis. Tetapi, di Malaysia lain caranya. Malah kelainan itu juga berbeza dengan negara-negara jiran sekitar kita iaitu Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan yang lainnya. Ketakutan untuk mengumumkan tarikh pilihanraya lebih awal, mencalarkan sedikit amalan demokrasi berpalimen di negara kita. Malah, kerajaan Britrish yang satu ketika dulu pernah menjajah Tanah Melayu juga mengumumkan tarikh keramat itu tanpa rasa takut kepada mana-mana parti yang bertanding. Tapi di Malaysia, tidak begitu. Hanya PM sahaja yang tahu dan berhak menentukannya. Maknanya, hanya beliau yang boleh memastikan partinya bersedia berhadapan dengan pilihanraya umum, sedangkan parti-parti lain dibiarkan terkapar-kapar. Lantaran itulah, kini parti pembangkang terutamanya terpaksa bersedia sepanjang masa tanpa mengira waktunya. Mereka terus mengadakan kempen dan program di sana sini tanpa melihat bilakah tarikh keramat itu bakal diumumkan sebenarnya.

[Soalnya sekarang, jika tarikh pilihanraya itu terus menjadi seperti lagi Siti Nurhaliza "Biarlah Rahsia" maka apakah kita boleh katakan pilihanraya itu adil untuk seluruh rakyat Malaysia agaknya?. Inilah faktor utama yang menyebabkan kepincangan berlaku setiap kali pilihanraya di negara kita. Awal-awal lagi sudah bermain dengan "teka teki" yang menguntungkan sebelah pihak. Demokrasi tidak wajar seperti itu. Ia harus disuburkan agar semua pihak tahu lebih awal tarikh penting berkenaan. Apakah fenomena ini akan terus kekal buat selamanya hatta ketika pembangkang (Pakatan Rakyat) memerintah kelak. Mungkinkah ia akan diubah dan keadilan sejagat diberikan kepada semua untuk berhadapan dengan pilihanraya secara adil dan saksama akhirnya. Apapun, semua pihak teruskan persediaan PRU-13].

Panas: Ketua UMNO Cawangan Di Tangkap Ketika Leka Main Mesin Kuda Dalam Pusat Siber Haram !

Posted: 18 Oct 2011 03:36 PM PDT

KUANTAN, 19 Okt - Para penduduk Felda Sg.Panching Utara dekat sini gempar apabila dimaklumkan seorang pemimpin peneroka di situ telah ditangkap oleh pihak polis ketika sibuk berjudi di sebuah pusat siber haram Jalan Air Putih dekat sini. Pemimpin terbabit yang dikenali sebagai Che Mamat Abdullah, adalah merupakan Ketua UMNO Cawangan B Felda terbabit. Beliau ditangan ketika sedang asyik bermain "mesin kuda" di premis berkenaan. Menurut sumber, kejadian itu sudah berlaku sejak beberapa hari yang lalu sebenarnya. Namun, dek kerana takut mendapat aib dan malu terhadap beliau serta parti yang dipimpinnya (UMNO) maka kes tersebut sengaja disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai. Namun, atas sikap prihatin beberapa orang saksi pada hari kejadian maka perkara ini akhirnya didedahkan. Sementara itu, beberapa orang penduduk yang ditemui terkejut dengan insiden berkenaan. "Sungguh memalukan, beliau yang disanjung sebagai pemimpin masyarakat peneroka di sini tiba-tiba menconteng arang ke muka kami. Jika inilah sikap pemimpin yang kami pilih, maka sia-sia sahaja harapan yang diberikan kepada beliau selama ini. Tergamak dia berjudi, sedangkan dia tau perbuatan itu haram di sisi agama. Malah, tindakan berjudi mesin kuda itu juga jelas membuktikan sikap sebenar pemimpin berkenaan", kata mereka.

[Kejadian yang berlaku ini jelas sekali telah menjatuhkan imej parti UMNO dimata masyarakat dan penduduk Felda berkenaan. Ramai yang kecewa dan hilang kepercayaan kepada parti, kerana gagal mentarbiyah pemimpin dan ahli-ahli mereka ke jalan yang diredhai Allah. Sedangkan semua pemimpin berkenaan adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Difahamkan, Felda Panching Utara terletak dalam DUN Panching, Parlimen Paya Besar yang kedua-duanya diwakili oleh parti UMNO BN. Kemungkinan besar, insiden yang berlaku ini sedikit mencalarkan sokongan rakyat terhadap parti itu pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Rakyat mula sedar kebobrokan sikap segelintir pemimpin mereka yang gemar berjudi dan berpoya-poya. Inilah hakikat yang berlaku sejak sekian lama. Pendekatan dakwah dan didikan Islam terus dipinggirkan dalam jiwa-jiwa mereka. Politik suku agama suku terus ditanam dalam minda mereka. Akhirnya, kemewahan dan keseronokan duniawi menjadi amalan hidup mereka ini. Apakah pemimpin sebegini boleh diharap membela agama Islam agaknya].

Tiada ulasan: