Pahang Daily Online |
- Pelik: Isu "MyKad Warga Asing", Lain Yang Rakyat Pertikaikan Tapi Lain Pula Yang Mahu Dilakukan !
- Taktik Mereka Tetap Sama, Video Eksklusif Misteri "Enam Buah Bas" Bawa Warga Asing Ikuti Kursus Keusahawanan Di Putrajaya Berjaya Di Dedahkan
- PAS Pahang Anjur 'Sambutan 60' Tahun Peringkat Negeri Di 'Tapak Kompleks PAS Kerdau' 26 Okt Ini!
Pelik: Isu "MyKad Warga Asing", Lain Yang Rakyat Pertikaikan Tapi Lain Pula Yang Mahu Dilakukan ! Posted: 15 Oct 2011 06:58 AM PDT KLUANG 15 Okt - Mulai Januari tahun depan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang dipertingkatkan ciri-ciri keselamatannya serta tahap kualitinya, kata Menteri Dalam Negeri. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (foto) berkata, MyKad baru itu dapat menangani isu pemalsuan MyKad serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak. "MyKad dengan struktur baru ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau yang juga Ahli Parlimen Semberong berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran pengeluaran MyKad Satu Hari di JPN Kluang dan pengeluaran MyKad dengan strukur baru. Hishammuddin berkata, MyKad baru itu diperbuat daripada bahan polycarbonate yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan laser pada permukaan kad tersebut. [Aneh, lain yang dipertikaikan oleh rakyat lain pula yang dilakukan oleh KDN dan JPN. Nampak benar mereka cuba mengaburi mata rakyat dalam hal pemberian MyKad kepada warga asing yang dipertikaikan sekarang ini. Isu pemalsuan MyKad serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanan hanya itu lama yang memang pun wajar diperbetulkan. Namun, isu besar sekarang ialah tentang penipuan "anugerah warganegara" kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan datang sebenarnya. Apa guna mempunyai MyKad yang canggih dan terbaik di dunia, jika warga asing begitu muda memperolehinya demi kuasa yang ingin "dipertahankan oleh kerajaan" yang memerintah pada hari ini]. |
Posted: 15 Oct 2011 02:50 AM PDT Lucu benar bila mendengar ada "warga asing" mahu diberikan Kursus Keusahawanan dalam negara kita. Itulah alasan yang diberika oleh pihak-pihak tertentu bagi mengalih pandangan rakyat tentang isu warga asing mahu diberikan MyKad untuk membolehkan mereka mengundi pada pilihanraya umum akan datang. Isu ini bukan perkara baru sebenarnya, malah di Pahang ini sendiri sudah berpuluh-puluh buah bas yang membawa warga asing ke Putrajaya sebenarnya. Mereka terutamanya warga Kemboja dan Myanmar ditempatkan di sebuah kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di daerah ini, sebelum dibawa ke Putrajaya (dua hari satu malam) untuk majlis "anugerah kewarganegaraan" di sana. Menurut sumber, setiap kali ke sana pasti sebanyak "enam buah" akan digunakan. Malah, memang terdapat sebuah resort di kawasan Cherating yang digunakan sebagai "port mereka" untuk menjalankan kerja-kerja terkutuk ini. Sesudah mendapat MyKad mereka akan dipindahkan secara berperingkat-peringkat ke parlimen yang kritikal seperti Parlimen Pekan, Rompin, Paya Besar dan juga Indera Mahkota sendiri. Malahan, mereka bukan sahaja ke Putrajaya untuk mendapat anugerah warganegara, pihak terbabit juga dipercayai membiayai penginapan mereka di beberapa buah hotel terkenal di ibukota. Pendekkata warga asing ini akan dibawa melancong ke sana ke sini dan keesokannya baru dibawa mengadap "pemimpin besar negara" untuk menerima anugerah terbabit. Perkara ini tidak perlu dirahsiakan lagi kerana ada dikalangan mereka yang pergi telah mendedahkan kepada pihak tertentu. Makanya dengan isu terbaru seperti yang didedahkan oleh pembangkang sekarang ini, ia seolah-olah mengesahkan lagi apa yang berlaku. Pihak kerajaan tidak perlu buat cerita yang bukan-bukan pasal isu ini, kerana mereka dipercayai "berikan lesen" untuk tujuan tersebut. [Maka itulah kenyataan terbaru yang dibuat oleh OCPD Serdang Superitenden Imran Abdul Rahman menafikan sindiket penganugerahan IC kepada 240 warga asing dari Johor kononnya mengikuti kursus kewartawan jelas sekali satu tindakan terdesak untuk mereka menutup "rahsia yang sudah terbongkar" itu sebenarnya. Mujurlah kes itu berjaya dikesan dan dikepung oleh Pemuda PAS dan akhirnya mereka terpaksa bersidai di Istana Dugang Country Resort tanpa dapat pergi ke destinasi sebenarnya. Jika inilah caranya untuk kekalkan kuasa, maka sudah wajarlah rakyat menolak mereka sekarang. Jika tidak, Malaysia ini akhirnya akan dihuni oleh jutaan warga asing. Rakyat akan merempat dibumi sendiri akhirnya. Fikirlah masa depan anak cucu, dan generasi akan datang. Usah terlena dibuai mimpi lagi, "Misteri Enam Bas Ke Putrajaya" kini terbongkar]. |
PAS Pahang Anjur 'Sambutan 60' Tahun Peringkat Negeri Di 'Tapak Kompleks PAS Kerdau' 26 Okt Ini! Posted: 14 Oct 2011 12:11 PM PDT TEMERLOH, 15 Okt - PAS akan mengadakan Sambutan 60 Tahun Peringkat Negeri Pahang 26 Oktober di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau di sini dengan tema "Sejarah, merealisasikan langkah ke Putrajaya". Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) berkata, program akan dirasmikan Timbalan Presiden Haji Mohamad Sabu dan Kerdau dipilih kerana PAS Pahang diasaskan di situ pada tahun 1955 oleh Pesuruhjayanya yang pertama Allahyarham Mohd Yassin Salleh. "Program akan bermula daripada 25 Oktober lagi dengan pameran sejarah dan jualan serta ceramah pada sebelah malamnya oleh Salehuddin Ayub, Saifuddin Nasution dan Hishamuddin Rais. "Keesokan harinya akan berlangsung sukan rakyat melibatka Pasti, aktiviti konvoi ARC dan motivasi kepada isteri pimpinan PAS Pahang oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat. "Majlis perasmian akan bermula jam dua petang oleh Timbalan Presiden sementara Naib Presiden PAS Sallehuddin Ayub akan membentangkan satu kertas kerja selepas itu," katanya dalam sidang media selepas selesai mesyuarat AJK Harian PAS Pahang di pejabat PAS dekat sini kelmarin. Tambahnya, pada sebelah malam akan ditayangkan pengkisahan sejarah PAS Pahang, anugerah tokoh dan anugerah jasamu dikenang kepada tokoh-tokoh terpilih. Kemuncaknya ialah ceramah umum oleh Mohamad Sabu, beliau sendiri dan beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat. "Matlamat sambutan yang penting ini ialah bagi mencetuskan semangat bagi menghidupkan gelombang pilihan raya umum (PRU) 13 dengan memobilisasi semua peringkat penggerak dan petugas parti," katanya. Sebarang pertanyaan untuk penyertaan, perniagaan dan sebagainya bolehlah menghubungi urusetia di talian 09-2965143. sumber [Sambutan 60 tahun PAS peringkat negeri Pahang ini dijangka meriah dengan berbagai acara yang disediakan oleh pihak penganjur. Krew PDO akan berada dilokasi terbabit untuk memantau acara sambutan tersebut. Kerdau banyak meninggalkan memori kepada kami dan semua pihak kerana disitulah berlakunya Pilihanraya Kecil yang terakhir dalam negara kita sebelum Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Pastinya ia banyak memberi lakaran sejarah buat mereka yang pernah bertandang ke situ. Apapun, inilah masanya kita boleh melihat apakah UMNO BN sudah menjanjikan segala apa yang ditawarkan kepada rakyat pada PRK itu dulu. Pekan Kerdau yang dulunya usang dengan dinding papan apakah kini sudah berubah menjadi bangunan batu atau masih seperti dulu agaknya. Apapun, selamat ulangtahun PAS ke 60, semoga arus perjuangan dapat terus disemarakkan lagi selepas ini dalam merealisaikan hasrat untuk menawan negeri Pahang daripada BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini sebenarnya]. |
You are subscribed to email updates from PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan