Khamis, 13 Oktober 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Gempar: Aksi 'Najib Sembah Salib' Yang Di Pegang Oleh Pope Pula Kini Tersebar Meluas Di Internet !!

Posted: 13 Oct 2011 02:40 AM PDT

Suatu ketika dahulu ramai yang mungkin masih ingat insiden Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dimalukan oleh UMNO BN menjelang Pilihanraya Umum, gara-gara penyebaran gambar beliau memakai tengkolok. Ku Li ketika itu adalah Presiden Parti Melayu Semangat 46 yang bergabung tenaga untuk menjatuhkan BN dalam pakatan yang dinamakan Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Susulan gambar kontroversi tersebut akhirnya pembangkang tewas teruk pada pilihanraya itu. Taktik yang digunakan oleh UMNO BN menjadi dan Ku Li dijadikan mangsa gara-gara gambar berkenaan. Kini, satu lagi berita gempar yang pasti mengejutkan semua pihak. Heboh disebarkan di internet terutamanya menerusi laman sembang sosial Facebook aksi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menyembah salib yang dipegang oleh Pope Benedict XVI di Apostolic Palace ketika kunjungan beliau ke kediaman musim panas pemimpin penganut Katolik itu di Castel Gandolfo di pinggir Rome pada 19 Julai 2011 yang lalu. Najib bersamanya rombongan kemudian mengadakan perbincangan peringkat delegasi dengan Setiausaha Negara bagi Holy See, Cardinal Tarcisio Bertone. Memang, ramai penyokong UMNO yang akan marah dan mengatakan gambar ini "fitnah" dan sebagainya. PDO hanya sekadar melaporkan apa yang disebarkan di internet (facebook) dan bukan tentang persoalan gambar ini tulen 99.9% atau pun tidak sebenarnya. Jika mereka marah, maka mereka juga harus sedar dan faham betapa rakyat juga marah dengan penyebaran video seks serta gambar yang dibuat oleh blogger upahan mereka untuk jatuhkan maruah pemimpin pembangkang?. Kenapa harus melenting dengan gambar ini, jika mereka telah melakukan lebih teruk daripada itu?.


Inilah gambar kontroversi PM Najib sembah salib yang dipegang Pope itu


[Rombongan PM itu termasuklah isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, dua Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok serta Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dan Ketua Bishop Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam. Pertemuan itu merupakan pertemuan kedua antara seorang Perdana Menteri Malaysia dan seorang Pope selepas pertemuan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pope John Paul pada Jun 2002. Holy See merupakan kerajaan yang mentadbir gereja Katolik di seluruh dunia dan beroperasi dari Vatican City State, yang merupakan sebuah wilayah bebas dan berdaulat terletak di satu kawasan seluas 0.44 km persegi. Pope adalah pemerintah Vatican City State dan the Holy See. Persoalannya, kenapa Najib Razak selaku pemimpin sebuah negara Islam sanggup menyembah salib yang dipegang oleh Pope itu?. Bukankah aksi ini sungguh berbahaya dan boleh menimbulkan spekulasi yang bakal menjahanamkan sokongan orang Melayu (Islam) terhadap Barisan Nasional pada PRU-13 ini nanti].

Spekulasi: 'Adnan Yaakob' Perlulah Lebih Berhati-Hati, Gerakan Untuk Menjatuhkan MB Kini Sudah Bermula Dari Dalaman UMNO Pahang Sendiri Itu !

Posted: 13 Oct 2011 12:33 AM PDT

Agak lama PDO tidak mengulas mengenai senario politik UMNO di negeri Pahang Darul Makmur ini sebenarnya. Sejak dua menjak itulah banyak kontroversi, spekulasi dan berita sensasi yang diterima terutamamya berkaitan "berita" akan berlakunya perubahan tampuk kepimpinan kerajaan negeri selepas Pilihanraya Umum ke-13 nanti anda Barisan Nasional (BN) masih mengekalkan kuasanya. Terdapat laporan, "Gerakan Jatuhkan Adnan Yaakob" kini sedang rancak dijalankan oleh seteru politik MB Pahang itu didalam UMNO sendiri. Difahamkan, kumpulan berkenaan kini sudah mula bergerak dan menyalurkan maklumat-maklumat sulit kepada pembangkang untuk dijadikan modal menghentam kerajaan Adnan pada PRU-13 nanti. Sumber-sumber yang rapat dengan Istana juga mengesahkan bahawa tempoh pentadbiran Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob sebagai MB bakal berakhir penggal ini. Antara calon-calon yang dinamakan bakal mengambil alih ialah Dato' Jamaluddin Jarjis (Ketua UMNO Bahagian Rompin dan Duta Besar Malaysia Ke Amerika), Dato' Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan Ahli Parlimen Temerloh) dan Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin (ADUN Lanchang dan Exco Kerajaan Negeri Pahang). Antara nama-nama panas itu, calon yang paling kedepan sekali dari segi sokongan pusat ialah Dato' JJ, ini kerana beliau adalah proksi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang paling rapat dan boleh dipercayai sekarang ini. Tidak hairanlah, ketiadaan JJ di Rompin diambil alih oleh Setiausaha Politik Najib iaitu Suffian Awang (Ketua Pemuda UMNO Kuantan dan Exco Pemuda UMNO). Senario ini sudah berlaku sejak JJ dilantik sebagai Duta ke Amerika Syarikat sejak PM Najib berkuasa dulu.

Tiga calon terpopular untuk ganti Adnan, Dato' JJ, Sharkar dan Saifuddin
Saiffudin Abdullah pula dikatakan berada pada ranking kedua kerana beliau mendapat sokongan daripada istana. Sementara itu. Sharkar hanya mendapat sokongan kerana dia adalah proksi Adnan pada masa ini. Soalnya sekarang, ke mana perginnya Adnan Yaakob seandainya beliau tidak dilantik ke jawatan MB untuk penggal akan datang?. Ada maklumat mengatakan Adnan bakal berkompromi dengan Dato' Ahmad Tajuddin Sulaiman (Ketua UMNO Bahagian Paya Besar) untuk mengambil tempat Datuk Abd Manan Ismail sebagai calon parlimen itu pada PRU-13 nanti. Tambahan pula Mana kini tidak mempunyai apa-apa jawatan diperingkat bahagian selepas tewas pada pemilihan parti itu sebelum belum ini. Tajuddin sendiri akan kembali bertanding di DUN Lepar, sebagai balasan menyokong MB bertanding di Paya Besar. Umum mengetahui hubungan MB dan Tajuddin sedikit renggang selepas bekas ADUN Lepas itu tidak dicalonkan pada PRU-12 yang lalu. Tajuddin begitu marah hingga meletakkan jawatan Setiausaha Kerja UMNO Pahang dan membongkarkan beberapa penyelewengan Adnan berkaitan tanah UMNO di Paya Bungor. Namun, kes itu akhirnya senyap apabila Adnan akhirnya mencari jalan berdamai dengan Tajuddin. Hasilnya Tajuddin diberikan berbagai konsesi projek "hasil bumi" termasuk yang bernilai tinggi di kawasan parlimen Paya Besar. Makanya, pada PRU-13 ini, Tajuddin pasti akan membalas jasa Adnan dengan memberi laluan kepada pemimpin terbabit untuk bertanding Parlimen Paya Besar kali ini. Tambahn pula hanya kerusi itu saja yang masih terbuka dan dilihat selesa untuk BN menang. Kawasan lainnya termasuk Bentong sudah mempunyai calonnya.


Adnan perlu dapat mandat Tajuddin untuk ganti Manan di Paya Besar

ADUN di Paya Besar, Shohaimi Md Shah, Shuhaimi Jusoh dan Zaili Besar

Tajuddin punyai kuasa untuk itu kerana beliau adalah Ketua UMNO Bahagian Paya Besar pada masa ini. Khabarnya juga dua daripada ADUN BN yang merupakan orang Datuk Abdul Manan Ismail (Ahli Parlimen) juga akan ditendang keluar iaitu Shuhaimi Jusoh (Lepar) dan Zaili Besar (Panching). Tambahan pula mereka antara yang dikenakan tatatertib oleh Lembaga Displin UMNO dan kini tiada jawatan langsung hatta dilantik dalam UMNO Bahagian Paya Besar. Hanya Shohami Md Shah (ADUN Sg.Lembing) yang dilihat selamat bila kembali masuk team Tajuddin sekarang ini. Ahmad Tajuddin sebelum ini menggesa Adnan meletak jawatan sebagai mengambil tanggungjawab terhadap keputusan Lembaga Disiplin UMNO menggantung keahlian Ahli Parlimen Paya Besar itu selama setahun dan memberi amaran kepada, Sohaimi (Timbalan Ketua Bahagian), Shohaimi Jusoh (Naib Ketua Bahagian) dan Zaili (Ahli Jawatankuasa bahagian). Kesemua mereka adalah anggota UMNO Bahagian Paya Besar yang didapati bersalah melanggar Tata Etika Ahli UMNO.

Pemimpin lama UMNO Pahang, Dato' Tan, Dato' Omar dan Dato' Hassan
Soalnya sekarang, apakah Adnan rela kerusi empuknya dilepaskan? Dalam keadaan beliau masih berupaya untuk memimpin negeri Pahang ini?. Terdapat sumber mengatakan, gerakan jatuhkan Adnan kini sudah mula bertindak. Malahan, terdapat juga dikalangan wakil rakyat sedia ada kini dipercayai turut terlibat. Tambah mengejutkan, ada dikalangan mereka merupakan Exco Kerajaan Negeri pimpinan Adnan sendiri. Pada masa ini, sokongan kita UMNO Bahagian terhadap kepimpinan Adnan hanya diterima daripada Bahagain Bentong, Temerloh dan Paya Besar. Sebaliknya semua bahagian lain UMNO di Pahang kini mula menolak kepimpinan beliau sebenarnya. Manakala, bahagian lain mahukan perubahan dan pemimpin baru dilantik ke jawatan itu. Adnan perlu ingat, ramai dikalangan seteru politiknya yang dijatuhkan seperti Dato' Hassan Ariffin (bekas Timbalan Menteri Besar dan ADUN Bukit Ibam), Dato' Omar Othman (bekas Exco dan ADUN Jelai), Dato' Shahruddin Moin (bekas Exco dan kini ADUN Dong), Suhaimi Ibrahim (bekas ADUN Benta), Dato' Halim Mansor (bekas ADUN Padang Tengku), Ariff Sabri Aziz (Bekas ADUN Pulau Manis) serta ramai lagi, kini sedang mengintai ruang untuk kembali ke persada politik. Hanya Shaharuddin sahaja yang dilihat tidak mengidam ke situ kerana dia selesa dilantik sebagai Pengerusi Giat Mara. Sementara yang lainnya, kemungkinan akan berbuat sesuatu untuk menghalang Adnan daripada meneruskan kuasanya sebagai MB Pahang, jika BN masih terus menang lagi pada PRU-13 ini nanti.

[Apapun, senario politik UMNO ini pasti akan dipanaskan lagi kerana Adnan selaku Pengerusi Perhubungan UMNP Pahang pasti tidak akan membiarkan nasibnya ditentukan oleh orang lain. Hubungan rapat Adnan dengan istana dilihat memberi "millage politik" untuk dirinya terus mempimpin Kerajaan Negeri Pahang kiranya BN masih terus merintah. Dari segi tenaga dan ketrampilan, Adnan dilihat masih berupaya untuk berkhidmat walau pun banyak kontroversi yang berlaku terhadap dirinya mutakhir ini termasuk isu Lynas. Apapun, Adnan diminta lebih berhati-hati dengan gerakan pihakpihak tertentu yang cuba menjadi "gunting dalam lipatan". Tersilap langkah, beliau pasti akan berputih mata kali ini. Ura-ura untuk Adnan dihantar ke pusat sudah kedengaran sejak PRU umum yang lalu. Namun ia tidak menjadi kenyataan sehingga ke hari ini. Namun, apakah dengan gelaran "Dato' Sri DiRaja" yang dikurniakan oleh Sultan Pahang ia seolah-olah memberi isyarat terakhir buat Adnan di negeri ini. Apapun, masih ramai rakyat Pahang yang memerlukan khidmat beliau biarpun diasak oleh pembangkang selama ini. Senario yang berlaku ini, mungkin memberi ruang untuk pembangkang mengatur strategi baru dalam usaha bagi menakluki negeri ini pastinya. Selamat berjuang semua!].

Ratusan Penduduk Di 'Segamat' Berdemo Bantah Kehadiran Ketua Menteri Pulau Pinang Ke Johor!

Posted: 12 Oct 2011 08:18 PM PDT

SEGAMAT, 13 Okt - Ratusan penduduk di bandar ini melakukan demo aman dihadapan Restoran Siang Kee Kg Abdullah Segamat bagi membantah kedatangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng malam semalam. Pada lewat petang itu dilaporkan juga kekecohan tercetus antara para penduduk Segamat dan juga unit Amal PAS yang turut dibantu AMK dan juga ahli DAP Segamat dan Muar dalam menghalang pendemo dari memasuki perkarangan lokasi ceramah. Pihak Polis turut menghantar FRU bagi mengawal keadaan. Walaupun terkawal terdapat beberapa insiden membaling batu diantara kedua dua pihak. Ketua Menteri Pulau Pinang itu dilaporkan belum sampai ke lokasi ceramah ketika kejadian. Menurut pendemo yang berada dilokasi demo aman yang diadakan adalah bagi membantah kunjungan Lim dari menjejakkan kaki ke negeri Johor ekoran penghinaan yang dilakukan beliau yang tersebar baru baru ini dalam memburuk burukkan negeri Johor dihadapan para diplomat asing di Singapura.

[Nampaknya, semakin banyak tindakan keganasan berlaku dalam negara kita sekarang ini. Soalnya, kenapa harus bertindak ganas sedangkan negara kita punyai undang-undang. Kenapa perlu menimbulkan kekecohan sedangkan mereka boleh membuat laporan polis di balai-balai polis yang berhampiran. Kenapa perlu menyerang dan membuat provokasi sedangkan media arus perdana sudah menjawab isu ini. Semua yang berlaku adalah sesuatu yang amat mendukacitakan dan tidak sewajarnya dibiarkan. Pihak polis perlu lebih bertegas dalam mengawal keselamatan rakyat, bukan sekadar pihak-pihak tertentu semata-mata. Kini rakyat berhadapan dengan satu tindakan yang jelas sungguh tidak bermoral serta bertamadun itu?].

Tiada ulasan: