Pahang Daily Online |
- Kerajaan Tarik Balik Cadangan Menaikkan Elaun Ahli Parlimen Berikutan Bantahan Pembangkang
- Eksklusif: Ikuti "Video Penjelasan" Menteri Besar Pahang Berkaitan Isu Kontroversi Kilang Lynas !!
- Jika Isu Lynas Itu Mainan Pembangkang, Kenapa Pemimpin MCA Serta UMNO Juga Turut Hadirkan Diri Dalam "Himpunan Hijau 109" Pagi Semalam !
- Laporan "Media Perdana" Di Sangkal, Himpunan Hijau 109 Sebenarnya "Dapat Sambutan" Rakyat, Lagi Foto Serta Bukti Kukuh Sokongan Tersebut !
Kerajaan Tarik Balik Cadangan Menaikkan Elaun Ahli Parlimen Berikutan Bantahan Pembangkang Posted: 10 Oct 2011 01:48 AM PDT KUALA LUMPUR 10 Okt - Kerajaan menarik balik cadangan menaikkan elaun ahli parlimen berikutan bantahan daripada pemimpin kanan pembangkang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (foto). Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas kerajaan mengambil kira bantahan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Mohamed Azmin Ali (PKR), Lim Guan Eng (DAP) dan Salahuddin Ayub (PAS). "Cadangan itu dibantah pemimpin pembangkang, jadi saya ambil maklum mereka bercakap bagi pihak ahli parlimen yang lain daripada parti masing-masing," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini. |
Eksklusif: Ikuti "Video Penjelasan" Menteri Besar Pahang Berkaitan Isu Kontroversi Kilang Lynas !! Posted: 09 Oct 2011 10:11 PM PDT Wawancara secara santai ini telah dibuat oleh warga Australia, Ryan Albrey pada bulan September 2011 yang lalu. Sila klik DI SINI untuk seterusnya [Bagi memberikan peluang kepada seluruh rakyat untuk mendengar pandangan daripada kedua-dua belah pihak tentang isu ini, maka kami akan menyiarkan apa jua komen-komen serta ulasan tentang isu ini. Kepada mana-mana pemimpin baik kerajaan mahu pun pembangkang yang ingin memberi komentar mereka sila emailkan ke pahangdaily@yahoo.com. Rakyat perlu diberi peluang untuk membuat penilaian daripada berbagai sudut dan tidak terdorong dengan sentimen politik semata-mata. Isu Lynas kini menjadi topik panas yang bermain di mulut rakyat dan mereka berhak mendapatkan maklumat yang seimbang sebelum membuat sebarang tindakan. Kami juga berharap tidak ada manaa-mana pihak memberikan komen yang negatif atau berbaur lucah terhadap pandangan yang diberikan oleh pihak-pihak tertentu. Rakyat Pahang perlu lebih realistik dalam menerima maklumat tentang isu ini. Ada kalanya kita juga perlu bersikap terbuka dan tidak terikut-ikut dengan persepsi semata-mata. Pilihan setersunya kini ditangan anda !!]. |
Posted: 09 Oct 2011 01:30 PM PDT KUANTAN, 10 Okt - Kerajaan Negeri Pahang digesa tidak bertindak keterlaluan dan melampaui batas dalam menghalang kebangkitan suara rakyat yang memprotes dan membantah projek kilang memproses rare-earth Lynas Corporation di Kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini. Ini kerana, sokongan terhadap bantahan itu kini bukan sahaja melibatkan masyarakat kaum Cina atau parti pembangkang semata-mata. Sebaliknya, kini lebih ramai rakyat berbilang kaum telah mula sedar tentang risiko projek ini. Mereka bukan tidak mahu menerima pembangunan, namun projek tersebut tetap berisiko biar pun ia berskala kecil. Rakyat tidak mahu hidup dalam risiko, lantaran itulah mereka secara berani membantah projek tersebut sekarang ini. Sokongan terbuka itu kini bukan saja melibatkan pemimpin parti pembangkang, malahan secara jelas melibatkan juga pemimpin Barisan Nasional terutamanya dari parti UMNO dan MCA. Terbaru dalam Himpunan Hijau 109 di Taman Gelora dekat sini semalam, turut dilihat hadir sama ialah YB Chang Hong Seong (foto) selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Teruntum, David Choi (Ketua Pemuda MCA Indera Mahkota) dan juga Mohammad Amir Hussin (Pemimpin UMNO selaku Pengerusi JKKK Kg.Tanjung Api yang terletak di DUN Teruntum). Pengerusi JKKK Kg.Tanjung Api, Mohamad Amir Hussin juga turut hadir Bukti, ADUN Teruntum juga turut hadir berikan sokongan program itu |
Posted: 09 Oct 2011 11:43 AM PDT Rakyat Malaysia di seluruh dunia digesa tidak terpedaya dengan laporan berita media perdana seperti Astro Awani dan TV3 yang mengatakan kononnya Himpunan Hijau 109 di Taman Gelora, Kuantan semalam gagal mendapat sambutan. Alasan yang diberikan kononnya himpunan itu tidak berjaya menghimpunkan jumlah peserta seperti yang dirancang. Demikian dijelaskan oleh beberapa orang peserta perhimpunan yang ditemui lewat malam tadi. Mereka terkejut dengan kenyataan Astro Awani dan TV3 itu yang jelas cuba menipu rakyat dan memesongkan fakta sebenarnya yang berlaku. Tindakan mereka adalah terlalu biadap dan jelas cuba memperbodohkan jutaan penonton yang menyaksikan siaran berita tersebut. Soalnya, benarkah himpunan tersebut tidak mendapat sambutan atau sengaja digagalkan oleh pihak yang berkenaan?. Untuk makluman lebih dua ribu peserta telah hadir sejak jam 6.00 pagi lagi untuk bersama memberi sokongan program tersebut. Biar pun kehadiran mereka penuh dengan "ranjau yang berliku" akibat sekatan jalanraya oleh polis trafik dan gangguan terhadap program itu sendiri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Namun ternyata orang ramai berjaya merempuh sekatan dan terpaksa berjalan dalam jarak yang jauh untuk hadir ke program itu semalam. Media terbabit mungkin memaparkan gambar-gambar ketika himpunan terbabit sudah selesai, kemudian mengatakan ia tidak mendapat sambutan dari kalangan rakyat. Semua ini bagi menutup kebenaran dan mengampu pihak tertentu bagi kepentingan "periuk nasi" mereka. Semua ini sememangnya sudah pun boleh dinilai oleh rakyat. [Nampaknya, media arus perdana berlumba-lumba untuk mengelirukan rakyat dan menolak kebenaran sekarang ini. Trend terbaru yang dilihat akan menyebabkan rakyat semakin benci dan meluat dengan media perdana sebenarnya. Apapun, jika tiada sebarang provokasi oleh pihak berkenaan, ramai lagi yang sepatutnya boleh hadir ke lokasi terbabit. Sekatan jalanraya yang dibuat oleh pihak polis menyebabkan mereka terpaksa berpatah balik. Soalnya sekarang, kenapa pihak polis dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) menarik balik permit secara tergesa-gesa sedangkan ia diadakan secara aman. Bukankah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri bersedia membenarkan perhimpunan aman diadakan ketika mengumumkan pemansuhan ISA baru-baru ini. Undang-undang sudah jadi carca merba bila ada campurtangan politik. Kedaulatannya sudah tercemar dan melanggar prinsip demokrasi itu sendiri. Oleh itu, rakyat diseru bangkit untuk menolak BN pada PRU-13 ini nanti jika mahu melihat perubahan besar berlaku dalam sistem pentadbiran di negara kita]. |
You are subscribed to email updates from PDO :: Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan