Sabtu, 8 Oktober 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: 'Terbongkar', Rupanya Khairy Jamaluddin Dan Juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO Sebulat Suara Setuju Kelulusan Projek Lynas Di Batalkan!

Posted: 07 Oct 2011 11:28 PM PDT

Ini satu berita panas dan mengejutkan kami terima. Ia berkaitan dengan isu bantahan rakyat Kuantan terhadap pembinaan kilang memproses rare-earth (nadir bumi) milik Lynas Corporation dari Australia. Selama ini ada pihak-pihak tertentu yang menuduh kononnya, isu ini sengaja dimainkan oleh pembangkang bagi tujuan untuk menidakkan sokongan rakyat kepada UMNO Barisan Nasional terutamanya menjelang pilihanraya umum akan datang. Bantahan yang kian memuncak itu sengaja dijadikan isu politik oleh pihak terbabit yang kononnya mengatakan ia didalangi oleh parti pembangkang. Malah, lebih jelek lagi ada juga pemimpin UMNO yang menuduh kononnya hanya orang "Cina" sahaja yang membantah kerana mereka dipengaruhi dengan sentimen "bangsa". Malah, ada pula yang tergamak mengatakan bahawa orang Cina di Kuantan telah "diupah" oleh "orang Cina di Negara China" agak membantah pembinaan kilang tersebut di sini. Malah mereka juga menuduh kononnya orang Cina di sini bersekongkol dengan orang Cina di negara China. Alasan ini kerana mereka mendakwa, kerana itulah orang Cina di Kuantan begitu sibuk membantah kilang Lynas didirikan di negara ini. Bukankah tidak masuk akal semua itu. Alasan dangkal ini diberikan bagi membuktikan bahawa China cemburu dengan pembinaan kilang rare-earth di negara ini kerana negara itu merupakan pengeluar bahan itu yang utama di dunia pada masa sekarang. Jika Lynas membina kilang terbesar di Malaysia, bermakna syarikat terbabit akan mengawal pasaran rare-earth dunia selepas ini. Itulah alasan "daif" yang digunakan oleh pihak-pihak tertentu.

Isu Lynas Adalah Isu Rakyat Kuantan Sebenarnya

Persoalannya sekarang, benarkah hanya orang Cina sahaja yang membantah Lynas?. Bukankah begitu ramai orang Melayu turut berbuat demikian sejak sekian lama. Malah, itu itu diperjuangkan di parlimen oleh wakil rakyat Kuantan yang berbangsa Melayu iaitu YB Fuziah Salleh (foto). Beliau telah perjuangkan isu ini sejak sekian lama, kemudian kini dibantu oleh NGO Melayu yang lain terutamanya Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (BADAR) dan yang lainnya. Alasan kononnya Fuziah perjuangkan isu itu bagi meraih sokongan agar parti pembangkang (PKR) berjaya mengekalkan kuasanya di Parlimen Kuantan juga terlalu dangkal. Ini kerana, sebagai Wakil Rakyat di Kuantan maka sudah pastilah dia perlu bangkit memperjuangkan nasib rakyat di kawasannya. Kenapa UMNO tidak bangkit perjuangkan isu ini dan membela rakyat terbanyak?. Bukankah UMNO BN itu sepatutnya yang perjuangkan isu ini. Kenapa perlu mengatakan ia isu parti pembangkang, sedangkan isu Lynas adalah isu rakyat. Kami cuba menyelongkar puncanya dan berjaya memperolehi maklumat sulit bahawa UMNO melalui Pergerakan Pemudanya telah juga perjuangkan isu ini. Malah, menerusi mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda UMNO pada 11 Mac 2011 yang lalu telah membuat ketetapan yang meminta Kerajaan Malaysia mengkaji semula kelulusan yang diberikan oleh Atomic Energy Licensing Board (AELB) kepada Lynas Corporation untuk membina kilang memproses memproses tanah jarang (rare earth) di Kuantan yang dikhuatiri memberi kesan kepada orang ramai serta kepada alam sekitar.

Pemuda UMNO Gesa Kelulusan Lynas Di Batalkan

Ketuanya, Khairy Jamaluddin (foto) berkata pergerakan itu bimbang perkara yang sama berlaku pada 1980-an di Bukit Merah yang mana kilang seumpama itu telah mengeluarkan bahan-bahan radioaktif yang akhirnya terpaksa ditanam di tempat yang dirahsiakan. "Perkara ini telah dibangkitkan oleh salah seorang Exco Pemuda, Mohd Suffian Awang yang merupakan Ketua Pemuda Kuantan pada mesyuarat Exco hari ini dan kita amat berharap ketelusan kerajaan untuk bentangkan laporan yang terperinci mengenai kesan daripada kilang tersebut. "Kita amat berharap kerajaan mengkaji semula kelulusan berkenaan dan sekiranya ada kesan kepada alam sekitar dan kesan kepada orang ramai melalui sisa-sia radioaktif kami harap kelulusan ini dibatalkan," kata Khairy Jamaluddin dalam sidang medianya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda UMNO tersebut ketika itu. Apa yang memusykilkan kita ialah kenapa Pemuda UMNO kini "menikus" selepas isu ini semakin panas sekarang? Apakah mereka ditekan atau tidak berani lagi untuk bersuara mempertahankan hak rakyat. Apakah mereka sanggup membiarkan rakyat menanggung risiko untuk terus hidup dalam ketakutan gara-gara kelulusan projek tersebut agaknya?.

Sila klik SINI untuk bukti keputusan mesyuarat exco pemuda sepenuhnya

Dengan pendedahan ini, maka diharapkan agar pihak-pihak yang mengatakan bantahan projek Lynas ini didalangi oleh parti pembangkang atau bangsa Cina agar "menutup mulut" mereka sekarang. Ini kerana terbukti bahawa ia juga turut dibantah oleh orang Melayu, malah "sayap kanan" parti UMNO sendiri sebenarnya turut mahu kerajaan batalkan kelulusan lesen projek berisiko dan berbahaya itu.

Suffian Awang 'Di Cabar' Nyatakan Pendiriannya

Memandangkan namanya disebut dengan jelas oleh Ketua Pemuda UMNO sebagai individu yang membawa usul berkenaan untuk dibincangkan dalam mesyuarat exco pergerakan itu maka dengan ini, kami mencabar Pemuda UMNO terutamanya Ketua Pemuda UMNO Kuantan, Suffian Awang (foto) untuk menyatakan pendirian beliau dalam hal ini. Tambahan pula dia adalah Exco yang bertanggungjawab membawa usul ini untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Exco Pemuda UMNO ketika itu. Difahamkan juga beliau kini merupakan Setiausaha Politik Kepada Perdana Menteri Malaysia sendiri sekarang. Maknanya, dia mempunyai kuasa dan kekuatan yang cukup untuk membawa kes ini dan membela rakyat Kuantan. Jika UMNO bertindak bersama-sama dengan pembangkang, apakah ini isu politik?. Bukankah ini jelas membuktikan bahawa isu Lynas adalah isu rakyat dan bukan isu politik seperti yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak itu sebenarnya. Tidak perlulah berdolak-dalih dengan menuduh ia dibangkitkan oleh pembankang untuk meraih undi simpati pada pilihanraya umum akan datang. Apa yang dibuktikan ini jelas menunjukkan tindakan biadap beberapa kerat individu ketika himpunan aman bantah Lynas anjuran NGO Save Malaysia Stop Lynas di Hotel Hyatt, Teluk Chempedak Kuantan dulu adalah satu tindakan salah dan tidak sewajarnya dilakukan. Mereka menghalau pihak yang membantah dengan berbagai tuduhan, sedangkan hakikatnya Pemuda UMNO sendiri juga mahukan projek itu dibatalkan. Dengan ini, pihak terbabit digesa memohon maaf secara terbuka kepada mereka yang telah dianiaya oleh mereka secara kasar ketika insiden itu berlaku dulu.


[Apa yang menjadi kemusykilan sekarang, kenapa media arus perdana menyembunyikan maklumat ini (bantah Pemuda UMNO) kepada orang ramai terutamanya pemimpin UMNO Pahang sendiri. Wajarkah mereka menuduh bahawa isu Lynas itu bukan isu rakyat seperti mana yang diperkatakan oleh Karam Singh TV3 sebelum ini. Ternyata, Karam telah tersalah fakta dengan membela pihak kerajaan sedangkan rancangannya di TV3 adalah "Aduan Rakyat". Sepatutnya beliau membela rakyat, namun dek kerana "untung yang sedikit" dia akhirnya tergamak memesongkan fakta sedangkan hakikatnya Pemuda UMNO juga membantah projek ini. Harapan kita agar kerajaan mendengar rintihan rakyat Kuantan ini. Usahlah mengejar keuntungan duniawi semata-mata, sedangkan ribuan rakyat akan menanggung derita dan sengsara akibat kesilapan kerajaan ini. Ingatlah anak cucu dan generasi akan datang yang bakal menghadapi risiko ini nanti. Apa yang akan mereka kata kepada kita bila sesuatu yang buruk terjadi ke atas diri mereka kelak. Marilah bersama membantah Lynas !!].

Zalim: Najib "Sengaja Pinggirkan" Sekolah Agama Rakyat Bila Satu Sen Pun Tidak Di Hulurkan Dari Berbilion Peruntukan Kepada Sektor Pendidikan!

Posted: 07 Oct 2011 11:11 AM PDT

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) pasti akan dicela oleh sebahagian besar daripada orang Melayu dan umat Islam di negara ini, apabila sengaja meminggikan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dalam pembentangan Bajet 2012 yang dibuatnya di Dewan Rakyat petang semalam. Ramai ibubapa terutamanya yang menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan pendidikan Islam di sekolah terbabit terkilan dengan sikap kerajaan UMNO BN ini. Malah mereka juga terkejut najib selaku pemimpin Melayu yang beragama Islam gagal membela nasib pendidikan Islam yang dipelopori oleh SAR sejak zaman berzaman. Bayangkan, disaat Najib mengumumkan peruntukan besar sektor pendidikan Dalam Bajet 2012, iaitu sebanyak RM50.2 bilion satu sen pun tidak diagihkan kepada SAR. Kenapa begitu hina layanan diberikan kepada sekolah terbabit, sedangkan majoriti pelajarnya adalah anak-anak orang Melayu yang beragama Islam?. Inikah caranya pemimpin Melayu Islam yang kononnya memperjuangkan agama, bangsa dan negara melakukan tindakan. Tambah memilukan daripada jumlah besar yang diberikan Kementerian Pelajaran itu, peruntukan pembangunan sebanyak RM1.9 bilion akan dibelanjakan untuk semua jenis sekolah terdiri daripada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, Sekolah Mubaligh serta Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.


Jika bukan pemimpin Islam bela mereka, siapa lagi mahu diharapkan
[Sebagai tambahan, peruntukan RM1 bilion akan disediakan melalui Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan. Najib berkata daripada peruntukan itu, RM500 juta diberikan kepada Sekolah Kebangsaan dan masing-masing RM100 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Mubaligh, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Soalnya sekarang, kenapa Sekolah Agama Rakyat (SAR) dipinggirkan? Inilah yang menjadi kemusykilan rakyat sekarang ini. Benarkah pemimpin Melayu UMNO itu benar memperjuangkan agama Islam atau sebaliknya?].

Bajet 2012: Anwar Akan Beri Rumusan Pada Isnin Ini Dan Dakwa Najib Ciplak Idea Pakatan Rakyat !

Posted: 07 Oct 2011 10:50 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Okt - Ketua Pembangkang iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) menyifatkan pembentangan Bajet 2012 semalam sebahagian besarnya mencedok Bajet 2012 Pakatan Rakyat yang diumumkan beberapa hari lalu. Menurut Anwar mencedok idea Pakatan Rakyat itu boleh, tetapi jangan dicedok dengan penyelewengan, rasuah dan ketirisan yang berterusan. Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan di lobi Parlimen selepas pembentangan bajet 2012 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang juga Menteri Kewangan itu. Anwar juga berkata bahawa Najib turut menyentuh sedikit isi kandungan Buku Jingga Pakatan Rakyat. Sebahagian besar dicedok daripada Pakatan Rakyat. Anwar akan memberi rumusan Bajet 2012 pada Isnin ini. sumber


[Jika benar dakwaan Ketua Pembangkang itu, maka ia satu senario yang sungguh memalukan sebenarnya. Malah, tindakan Perdana Menteri menyediakan bajet yang mirip kepada apa yang telah dibentangkan oleh pembangkang jelas membuktikan kerajaan BN pimpinannya kini benar-benar gusar dengan tawaran kebajikan yang akan diberikan oleh Pakatan Rakyat jika berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara selepas pilihanraya umum ke-13 nanti. Apapun, rakyat perlu bijak menilai segala apa yang ditawarkan. Jika ia membawa kebaikan maka terimalah seadanya dan jika ia membawa keburukan maka tolaklah BN pada puilihanraya umum akan datang. Kuasa berada ditangan mereka untuk menentukannya].

Tiada ulasan: