Rabu, 5 Oktober 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Ramai Kecewa, Keputusan PM Najib Razak Umum Bebaskan 125 Orang Tahanan Kediaman Terhad !!

Posted: 04 Oct 2011 09:23 PM PDT

Ramai pihak terkejut dan kecewa dengan keputusan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan pembebasan 125 orang yang dikenakan perintah tahanan kediaman terhad. Perintah berkenaan berkuat kuasa serta merta hari ini, katanya ketika membentangkan usul untuk memansuhkan Akta Kediaman Terhad untuk kali kedua di Dewan Rakyat. Serentak itu juga, kerajaan membatalkan sebanyak 200 waran perintah sama yang belum diserahkan kepada individu berkenaan, tambahnya. Ramai yang mengesyaki seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena atas keputusan ini. Apakah ada desakan atau paksaan dari kumpulan tertentu yang menyebabkan keputusan drastik itu dilakukan secara tergesa-gesa. Sebelum ini Najib telah mengumumkan pemansuhan Akta Keselataman Dalam Negeri (ISA) dan kini Akta Buang Negeri 1959 pula menyusul atas alasan ia sudah lapuk dan tidak boleh digunakan lagi. Persoalannya sekarang, apakah motif keputusan itu dilakukan dikala Piliharaya Umum Ke-13 yang semakin hampir menjelma sekarang ini. Kemusykilan yang jelas di sini ialah tindakan itu dilihat sengaja mempermainkan undang-undang sedia ada. Tambahan pula kebanyakkan mereka yang melakukan kesalahan dan dikenakan tindakan terbabit adalah individu yang cukup membahayakan keselamatan negara seperti ahlong, kongsi gelap, gengster dan sebagainya. Bukankah ini akan menggalakkan jenayah itu berleluasa kerana sikap berlembut kerajaan itu. Sewajarnya, akati tersebut diperhalusi kerana ia tidak sama dengan ISA yang lebih menjurus kepada kepentingan politik semata-mata. Membebaskan semua tahanan kediaman terhad terbabit seolah-olah membuka ruang untuk menggalakkan penjenayah terus menjalankan operasi mereka tanpa batasan. Bayangkan jika kesalahan merompak bank itu disamakan dengan mencuri ayam dan kedua-duanya dibebaskan, ini amatlah tidak adil buat rakyat.

[Sewajarnya, hanya mereka yang sudah menunjukkan prestasi membanggakan untuk perubahan sahaja yang dibebaskan tetapi bukan semua. Pembebasana pula wajar mengikut tempoh tahanan terbabit menjalani hukuman terbabit. Ia sama seperti yang diamalkan di penjara, mana-mana banduan yang menunjukkan tingkah laku yang baik akan dibebaskan lebih awal biar pun belum sampai tempohnya. Tindakan Najib ini dilihat satu langkah terdesak dalam mencari sokongan rakyat terutamanya kaum Cina supaya kembali menyokong BN pada pilihanraya umum akan datang sebenarnya. Oleh itu, rakyat perlu bijak menilai tindakan ini kerana kelak mereka yang akan menerima padah semua ini].

Pengerusi PKR Pahang Jawab Tohmahan Blogger UMNO Tentang Pertemuan Dengan Duta Amerika

Posted: 04 Oct 2011 08:14 PM PDT

KUANTAN, 5 Okt - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang hari ini menjawab dakwaan dan tuduhan pihak tertentu kononnya pertemuan pemimpin Pakatan Rakyat dengan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Paul W.Jones di Hotel Hyatt dekat sini minggu lalu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang. Menerusi satu kenyataan dalam blog rasmi PKR Pahang, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri parti itu Dato' Fauzi Abd Rahman (foto) berkata beliau ingin menjelaskan perkara yang sebenar kerana beliau tahu UMNO Pahang amat susah hati apabila mendapat tahu adanya perjumpaan tersebut. "Sebenarnya saya tidak bercadang untuk mengulas lebih panjang tentang perjumpaan tersebut kerana secara rengkasnya telah dilaporkan melalui blog PKR Pahang di sini dan juga di sini. Tetapi oleh kerana Pahang Daily ada mengulas isu berkenaan di sini yang mungkin mengambil berita daripada pihak lain yang mendakwa pertemuan tersebut tidak dirancang bahkan mendakwa kepimpinan PR Pahang yang seolah-olah terhegeh menanti untuk bergambar dengan Duta berkenaan, maka lebih baik saya selaku Pengerusi PKR Pahang memberikan penjelasan sebenar tanpa ada rasa megah jauh sekali untuk mendewa-dewakan Amerika", kata beliau. Ikuti seterusnya DI SINI.

Kontroversi: Berhati-Hati 'Memilih' Calon Popular Jika Mahu Cipta Kemenangan Pada PRU-13 Nanti !

Posted: 04 Oct 2011 07:46 PM PDT

Desas-desus pilihanraya umum ke-13 kini kian hampir. Semua pihak nampaknya sibuk mencongak percaturan siapakah calon-calon popular untuk diketengahkan. Seperti biasa, bila saja berlaku pemilihan calon, sudah pasti akan ada pihak yang kecewa dan "makan hati" terutamanya bagi mereka yang berkaliber dan sudah lama berjuang untuk parti masing-masing. Senario ini adalah perkara biasa dan ia berlaku dalam mana-mana parti politik sekali pun. Soalnya, apakah parti-parti tersebut benar-benar bersedia untuk mendengar suara rakyat atau sekadar meletakkan calon-calon "proksi" yang mendapat "wahyu" dari pucuk pimpinan tertinggi sama ada di peringkat negeri mahu pun pusat. Ada sesetengah calon popular yang diterima rakyat terkadang terpinggir gara-gara "percaturan politik" pihak-pihak berkenaan. Akhirnya timbulkan perasaan "tidak puas hati dan kecewa" yang menjurus ke arah "undi protes" apabila tiba masanya. Lantaran itu, keputusan muktamad akhirnya dimenangi oleh pihak lawan yang calonnya tidak popular, gara-gara sikap sesetengah pemimpin berkenaan. Pemilihan calon yang sesuai dan popular amatlah perlu terutamanya bagi kawasan-kawasan yang berpotensi untuk menang. Kesilapan yang sedikit akan menyebabkan parti terbabit dirundung "derita" buat sekian lamanya hingga ke PRU yang seterusnya.

[Justeru itu kepada semua parti politik yang akan bertanding pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang, digesa lebih berhati-hati memilih calon yang sesuai untuk mewakili parti masing-masing kali ini. Jika tersilap langkah, senario yang sama pasti akan berlaku. Rakyat mahukan perubahan dan mereka akan melihat calon yang mempunyai potensi besar mencipta kememenangan. Sebaik-baiknya pilihlah calon popular yang benar-benar popular dan tidak perlu diperkenalkan lagi kepada rakyat. Jika istilah popular digunakan kepada calon yang baru ingin membina populariti dan mencari identiti maka dikhuatiri "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". Apapun, perjuangan membela rakyat haruslah diteruskan demi masa depan generasi akan datang. Oleh itu, selamat berjuang buat semua serta semarakkanlah demokrasi seadilnya].

Chegubard: Skandal Kontroversi Isu Cincin RM24 Juta Rosmah Mansor, Makin Nafi Makin Bercelaru

Posted: 04 Oct 2011 10:50 AM PDT

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesahkan cincin berlian RM24 juta yang didakwa dibeli isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor benar-benar wujud. Bagaimanapun, dalam jawapan bertulis kepada ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, tiada pembelian dibuat terhadapnya. "Dalam isu yang dibangkitkan ini, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah merujuk kepada JKDM, dan pihak JKDM telah mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut. "Setelah beberapa hari cincin tersebut dikembalikan semula kepada syarikat pemunya cincin berkenaan," katanya. Dalam soalannya, Lim meminta perdana menteri menyatakan status siasatan polis, SPRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap dakwaan pembelian cincin bernama 'Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond'. Isu itu didedahkan bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin (Chegubard), Julai lalu yang mendakwa mempunyai bukti kemasukan cincin itu menerusi rekod kastam. Dakwanya, rekod itu menunjukkan nama Rosmah dimuatkan dalam ruang penerima dalam borang pelanggan, yang didakwanya bukti menunjukkan pembabitan isteri Datuk Seri Najib Razak itu. Chegubard yang juga pengerusi NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melaporkannya kepada SPRM pada 13 Julai lalu. Rosmah bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan menyifatkannya sebagai fitnah dan tidak mahu melayannya selepas dua minggu isu itu ditimbulkan.


Bukti, maklumat penerima dan jumlah harga yang dipaparkan pada skrin

Bukti, paparan skrin komputer yang sempat dirakamkan oleh Chegubard

Sementara itu Chegubard turut menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap jawapan menteri berkenaan berhubung perkara itu. "Saya tidak puas hati dan jawapan (menteri) tidak menjawab misteri di sebalik cincin itu," katanya. Chegubard berkata, siasatan SPRM terhadap laporannya yang dibuat pada 13 Julai, termasuk terhadap pegawai syarikat kargo, membuktikan dokumen yang didedahkan sah. "Lepas itu puak-puak blogger (penulis blog) Umno dan lain-lain jawab konon cincin itu masuk untuk pameran sulit dan sudah keluar semula. Dan ada yang siar borang cincin itu keluar. "(Tetapi) borang itu banyak keraguan, antaranya ada pindaan tanpa pengesahan dan tandatangan pegawai kastam itu ialah pegawai kastam yang bertugas di bahagian latihan HQ (ibu pejabat) kastam," katanya. Bagaimanapun, Chegubard berhujah, barangan untuk pameran seharusnya melalui prosedur dan borang berbeza. "Semakin mereka nafi nampaknya isu ini semakin bercelaru. Sekarang rakyat kena hakimi," katanya lagi.


Chegubard dikerumuni oleh para pemberita selepas membuat laporan
ke pihak SPRM dibuat di Pulau Pinang pada 13 Julai 2011 yang lalu


[Di sebalik kontroversi cincin mewah itu, Chegubard turut membangkitkan tentang gelang bernilai RM1.65 juta yang juga didakwa dipakai Rosmah dan dikeluarkan syarikat sama. Chegubard juga berkata, SAMM pada minggu depan akan mula mengedarkan 25,000 naskhah risalah buku kecil mengenai cincin itu dan "pembaziran lain" kepada umum. Kandungannya tidak didedahkan buat masa ini. Chegubard Julai lalu tampil mendedahkan kemasukan barang itu dan mendakwa rekod menunjukkan nama Rosmah dimuatkan dalam ruang penerima dalam borang pelanggan yang didakwa bukti menunjukkan pembabitannya. Chegubard melaporkannya kepada SPRM dan Rosmah Mansor kemudiannnya menafikan dakwaan itu dengan menyifatkannya sebagai fitnah selepas dua minggu isu kontroversi itu ditimbulkan oleh Chegubard].

Tiada ulasan: