Isnin, 10 Oktober 2011

OTAI MANJUNG

OTAI MANJUNG


GENAP 2 TAHUN IKTIBAR KD SRI INDERAPURA

Posted: 09 Oct 2011 08:56 AM PDT

08.10.2011, Lumut.

Genap 2 Tahun pemergian kapal pendarat terbesar Tentera Laut DiRaja Malaysia.

TRIBUTE kepada semua Ex-Crews & Ex-Commanding Officers yang pernah berkhidmat di KD SRI INDERAPURA 1505 (TLDM) dan juga sebelumnya di USS SPARTANBURG COUNTY LST 1192 (US NAVY).

 
Gabungan Video dari sumber Youtube (tagged US Navy & RMN) dan Wikipedia.

Peristiwa yang tidak akan dilupakan seluruh warga TLDM dan turut dirasai oleh bekas-bekas krewnya dari US Navy. Imbas kembali sejarah sebelum ditauliahkan kepada KD SRI INDERAPURA 1505 kepunyaan US Navy yakni USS SPARTANBURG COUNTY LST 1192 pernah menguji laluan sungai dengan Kapal pendarat terbesar ini melalui Hudson River ke Albany, New York pada tahun 90an. Kapal berusia 40 tahun itu dibina pada 1970 dan ditauliahkan dalam perkhidmatan TLDM pada 1995 dengan kekuatan 324 anggota. Pada tahun 2004, kapal yang sama kelasnya milik US Navy iaitu USS SCHENECTADY LST 1185 menjadi Target (Sasaran) Ujian Senjata USS navy.

KD PARI Tenggelam

Di Malaysia, baru-baru ini dikejutkan kemalangan Kapal KD PARI tenggelam dan isu yang masih terbuka oleh peguam Francis iaitu unsur-unsur korupsi pembelian 2 buah kapal selam KD TUNKU ABDUL RAHMAN & KD TUN ABDUL RAZAK yang juga alami kerosakan teknikal sistem torpedo dan tidak boleh selam dalam waktu 'jaminan'.


 Rosmah Merasmikan KD TUNKU ABDUL RAHMAN

Ini semua membabitkan Wang Rakyat, dan TLDM menjadi mangsanya oleh pihak-pihak tertentu yang tidak menekankan keperluan sebenar TLDM dan hanya memikirkan keuntungan sahaja. TLDM dan Rakyat menjadi mangsa menanggung pembaikannya. Moga segala apa yang berlaku menjadi iktibar buat TLDM, dan masyarkat harus melihat dengan terbuka bukan hanya menuding jari semata-mata kepada pihak TLDM.

Tiada ulasan: