Muslimeen United |
- TG Nik Aziz: Akta khusus cegah murtad sudah lama wujud jika Umno ‘tak ego’
- TERBUKTI PR LEBIH BAGUS DRP BN... TENGOKLAH SENDIRI !!!
- PAS lancar 'Protes BN' di Sabah
- Kerajaan Pusat Hutang Kelantan RM9.4b - Husam
- Terkini!!!Kesian Sama Ini Apek.Kena terajang Dengan Wanita...
- Siapa Mamat Nii..Sehingga MB Zambry "Ketakutan"..??
- Kesal harga barangan runcit melambung
- Kantoi : 'Misteri Enam Bas' Ke Putrajaya Untuk Anugerah Warganegara Sudah Terbongkar!
TG Nik Aziz: Akta khusus cegah murtad sudah lama wujud jika Umno ‘tak ego’ Posted: 16 Oct 2011 08:49 AM PDT KUALA LUMPUR, 16 Okt ─ Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin negara sudah lama telah menggubal undang-undang khusus mencegah murtad jika tidak terhalang hanya disebabkan oleh sikap ego Umno yang melampau. Menurut Mursyidul Am PAS, jika 'tiada halangan' dalam bentuk itu daripada Umno, undang-undang seumpama sudah pasti telah diterima pakai kira-kira dua dekad yang lalu. Pendirian itu diketengahkan ketika pelbagai pihak mengulas kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, yang diutarakan minggu lalu, agar negara menggubal Akta Murtad bagi mengawal isu berkaitan. "Jika tidak kerana keegoan Umno yang terlampau mengutamakan sentimen politik, pada adatnya negara kita sudah pun memiliki undang-undang khusus menangani gejala murtad. "Paling lewat pun pada sekitar awal 90-an dulu, sudah ada usaha secara serius dan bersaluran oleh PAS untuk membuka jalan perbahasan secara positif dan signifikan ke arah penggubalan suatu undang-undang berkaitan murtad," kata beliau dalam pandangan yang dikeluarkan menerusi laman sosial Facebooknya hari ini. Idea berkenaan undang-undang murtad ini muncul ketika Nik Aziz mengulangi hasrat kerajaan negeri Kelantan mahu memperkenalkan undang-undang hukum hudud. Kerajaan negeri menggubal enakmen berkaitan pada 1993, tetapi tidak dapat dikuatkuasakan ekoran sekatan kerajaan pusat atas faktor peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cadangan supaya Akta Murtad diwujudkan harus dibincangkan secara bersama-sama oleh majlis-majlis agama Islam negeri kerana soal agama terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri. Beliau berkata penguatkuasaan enakmen melarang orang bukan Islam menyebarkan agama mereka kepada kalangan orang Islam juga terletak dalam kuasa kerajaan negeri. "Apa pun hukuman harus diputuskan bersama-sama... kalau tidak akan timbul masalah. Yang saya tahu di setengah-setengah negeri, sudah ada enakmen untuk melarang orang yang bukan Islam menyebarkan agama mereka," katanya. Katanya, sekiranya kesepakatan dicapai, penelitian juga harus dibuat supaya akta yang ingin diwujudkan itu tidak bercanggah dengan bidang kuasa kerajaan persekutuan sebelum ia diteliti oleh Peguam Negara. Akta Murtad dicadangkan Harussaini untuk menghukum individu yang terbukti bersalah memurtadkan orang Islam kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. TMI |
TERBUKTI PR LEBIH BAGUS DRP BN... TENGOKLAH SENDIRI !!! Posted: 16 Oct 2011 08:49 AM PDT |
PAS lancar 'Protes BN' di Sabah Posted: 16 Oct 2011 08:27 AM PDT Pemuda PAS hari ini melancarkan kempen membantah kenaikan harga barang di Kota Kinabalu peringkat Sabah, yang antaranya bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat berhubung isu itu. Pengerusi biro hal ehwal Sabah dan Sarawak dewan itu Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus berkata, kempen yang dikenali "Protes BN" itu akan digerakkan ke seluruh negeri melalui ekspo, siri jelajah dan penyebaran risalah. "Saya pasti bahawa semua rakyat merasai bebanan kenaikan harga barang ini," katanya yang juga anggota jawatankuasa pusat PAS. Beliau menyeru semua pihak turut mengambil bahagian dalam kempen itu. Ahmad Kerdee berkata, beliau menjangkakan pada tahun depan caj 6 peratus terhadap perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikuatkuasakan. Hadir sama dalam majlis perlancaran itu Ketua Pemuda PAS Sabah Lahirul Latigu dan beberapa exco Pemuda PAS. -M'kini |
Kerajaan Pusat Hutang Kelantan RM9.4b - Husam Posted: 15 Oct 2011 10:12 PM PDT Putrajaya perlu men jelaskan hutang tertunggak RM9.4 bilion kepada Kelantan, mencakupi hasil royalti minyak dan pampasan tanah yang diambil untuk dijadikan kawasan Taman Negara. Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa berkata, anggaran hutang merangkumi RM7 bilion bagi hasil royalti minyak dan RM2.4 bilion bagi pampasan kawasan Taman Negara. "Jumlah itu besar dan Kerajaan Pusat sepatutnya bertanggungjawab dengan perkara ini," katanya semasa menjadi berucap di Majlis Forum Rakyat di Balai Islam di sini, yang turut dihadiri Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said. Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, tuntutan di Taman Negara melibatkan kawasan 1,043 kilometer persegi termasuk kawasan hutan. "Berdasarkan kajian awal tuntutan itu ada asas, berikutan kerajaan kehilangan nilai sewa ekonomi terlepas kerana hutan balak daripada hutan kekal tidak dibenarkan dengan nilai bersih terkini iaitu RM1.2 bilion. "Asas kedua adalah pulangan terlepas bagi menerokai sektor perladangan kelapa sawit dengan nilai bersih terkini RM585 juta seluruh kawasan. "Manakala, bagi komoditi getah untuk lateks dan balak pula, kerajaan kehilangan yang dianggarkan bernilai RM353 juta, manakala ladang getah hutan kini bernilai RM242 juta," katanya di hadapan 1,000 penyokong Pakatan Rakyat. -SH |
Terkini!!!Kesian Sama Ini Apek.Kena terajang Dengan Wanita... Posted: 15 Oct 2011 08:54 PM PDT Tsu Koon Buat Muka Walfare. 1- Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe mendesak supaya Presiden Tan Sri Dr Koh Tsu Koon tidak bertanding pada PRU 13 akan datang. Gesaan dibuat semasa persidangan perwakilan kebangsaan Wanita Gerakan, di ibunegara hari ini. "Saya tidak memaksa beliau berundur tetapi Wanita berharap beliau tidak akan jadi calon pada PRU itu nanti. Saya yakin beliau akan jadi lebih baik jika tidak bertanding" - Bernama Kalau Wanita sendiri pun dah reject muka Tsu Koon, beliau harus cermin diri dan akur dengan kehendak akar umbi. Bukan sahaja orang Umno meluat dan lantang mengkritik Tsu Koon, orang China pun sudah menyampah dengan beliau. Ayat yang digunakan oleh Wanita ialah ayat bangun jatuh terduduk seperti yang di amalkan oleh Guan Eng Dap Komunis. Tsu Koon betul-betul kena penyepak dengan Wanita. Lihat ayat di atas betul-betul. Ayat 'Agree to disagree' atau 'tidak memaksa berhenti tetapi berharap berambus lah cepat-cepat' kepada Tsu Koon. Ini muka reject yang katakan Melayu Pendatang. 2- Di ramalkan lepas hari ini Tsu Koon akan tidur tidak lena kerana beliau sudah tidak dikehendaki wanita kerana sudah terlalu lama. Beliau akan announce dan berundur diri dari bertanding pada PRU13 nanti. |
Siapa Mamat Nii..Sehingga MB Zambry "Ketakutan"..?? Posted: 15 Oct 2011 08:54 PM PDT InsYaAllah..Rakyat Perak akan kembali merasai pemerintahan PR dibawah kepimpinan YB Haji Nizar Selepas PRU13 nanti...maklumat terkini daripada sumber yang boleh dipercayai,masalah dalam UMNO Perak bertambah parah kerana ramai yang mempertikaikan calon-calon UMNO yang telah tersenarai dalam PRU13 nanti,ditambah pula banyak kawasan yang menjadi kubu kuat Umno selama ini sudah mampu ditembusi oleh Pakatan Rakyat...Yang pasti 18 kerusi DUN yang dikuasai oleh DAP tidak akan berkurang,malah kerusi PR akan bertambah,InsYaAllah!! |
Kesal harga barangan runcit melambung Posted: 15 Oct 2011 08:50 PM PDT KULIM - Kenaikan harga ayam dan barang keperluan yang mendadak meresahkan pengguna terutamanya mereka yang berpedapatan rendah sekitar daerah ini. Pengerusi Persatuan Pengguna Daerah Kulim, Mohd Zailan Hashim meminta Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Cawangan Kulim memantau harga ayam dan barangan keperluan yang melambung tinggi. Menurutnya, walaupun harga siling telah dikeluarkan tetapi masih ada dalam kalangan peniaga yang tidak mengendahkan sehingga membebankan pengguna. "PPDNKK seharusnya membuat pemeriksaan di sekitar pasar awam dan pasar malam dan sekiranya harga yang dipamerkan penjual tidak mengikut garis panduan diletakkan oleh kerajaan, pihak kementerian boleh mengambil tindakan sepertimana yang dilakukan di Terengganu baru-baru ini," katanya. Beliau berkata, kita terlalu sibuk memberikan bantuan ke negara luar yang terlibat dengan bencana alam dan kebuluran tetapi harga barangan di negara sendiri terlalu mahal. "Bayangkan pengguna memperoleh pendapatan di bawah RM700 sebulan. Apakah mereka mampu membeli ikan dengan kadar harga melebihi RM5 manakala ayam dijual melebihi RM10 sekilogram. "Jangan dianaktirikan rakyat sendiri. Saya minta agensi kerajaan terlibat turun padang dan memantau permasalahan ini. Tidak munasabah sekiranya ada pegawai di kementerian pengguna yang tidak tahu permasalahan ini sedangkan mereka juga seorang pengguna," katanya.[Sinar Harian] |
Kantoi : 'Misteri Enam Bas' Ke Putrajaya Untuk Anugerah Warganegara Sudah Terbongkar! Posted: 15 Oct 2011 03:53 PM PDT Isu ini bukan perkara baru sebenarnya, malah di Pahang ini sendiri sudah berpuluh-puluh buah bas yang membawa warga asing ke Putrajaya sebenarnya. Mereka terutamanya warga Kemboja dan Myanmar ditempatkan di sebuah kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di daerah ini, sebelum dibawa ke Putrajaya (dua hari satu malam) untuk majlis "anugerah kewarganegaraan" di sana. Menurut sumber, setiap kali ke sana pasti sebanyak "enam buah" akan digunakan. Malah, memang terdapat sebuah resort di kawasan Cherating yang digunakan sebagai "port mereka" untuk menjalankan kerja-kerja terkutuk ini. Sesudah mendapat MyKad mereka akan dipindahkan secara berperingkat-peringkat ke parlimen yang kritikal seperti Parlimen Pekan, Rompin, Paya Besar dan juga Indera Mahkota sendiri. Malahan, mereka bukan sahaja ke Putrajaya untuk mendapat anugerah warganegara, pihak terbabit juga dipercayai membiayai penginapan mereka di beberapa buah hotel terkenal di ibukota. Pendekkata warga asing ini akan dibawa melancong ke sana ke sini dan keesokannya baru dibawa mengadap "pemimpin besar negara" untuk menerima anugerah terbabit. Perkara ini tidak perlu dirahsiakan lagi kerana ada dikalangan mereka yang pergi telah mendedahkan kepada pihak tertentu. Makanya dengan isu terbaru seperti yang didedahkan oleh pembangkang sekarang ini, ia seolah-olah mengesahkan lagi apa yang berlaku. Pihak kerajaan tidak perlu buat cerita yang bukan-bukan pasal isu ini, kerana mereka dipercayai "berikan lesen" untuk tujuan tersebut. [Maka itulah kenyataan terbaru yang dibuat oleh OCPD Serdang Superitenden Imran Abdul Rahman menafikan sindiket penganugerahan IC kepada 240 warga asing dari Johor kononnya mengikuti kursus kewartawan jelas sekali satu tindakan terdesak untuk mereka menutup "rahsia yang sudah terbongkar" itu sebenarnya. Mujurlah kes itu berjaya dikesan dan dikepung oleh Pemuda PAS dan akhirnya mereka terpaksa bersidai di Istana Dugang Country Resort tanpa dapat pergi ke destinasi sebenarnya. Jika inilah caranya untuk kekalkan kuasa, maka sudah wajarlah rakyat menolak mereka sekarang. Jika tidak, Malaysia ini akhirnya akan dihuni oleh jutaan warga asing. Rakyat akan merempat dibumi sendiri akhirnya. Fikirlah masa depan anak cucu, dan generasi akan datang. Usah terlena dibuai mimpi lagi, "Misteri Enam Bas Ke Putrajaya" kini terbongkar. - SUMBER WM |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan