Muslimeen United |
- Zahid Hamidi akui Najib cedok Belanjawan Pakatan Rakyat?
- Najib Sembunyikan Peruntukan Untuk Permata Di Dalam Bajet 2012
- Alhamdulilah Dulu dia ni maki orang Pas , le ni dia dah joint Pas.
- Tengokk...Najib Yang "Ketakutan"...
- Akibat Mohamad Sabu ‘celupar’
- Karpal Menang Saman RM2 Juta
- PERKOSA - SIANG TIDOR, MALAM GANGGU CERAMAH MAT SABU
- Ceramah Yb Husam Musa Di Jeli (video)
- Anggota Unit Amal PAS dicederakan oleh Pemuda Umno
- Ulasan Bajet: Banyak Gula-gula Pilihanraya, Rakyat Terus Memikul Bebanan Hutang
- Pelakon Enot dikecam teruk gara gara isu Hudud...
Zahid Hamidi akui Najib cedok Belanjawan Pakatan Rakyat? Posted: 08 Oct 2011 04:42 AM PDT Itupun secara kebetulan kata Zahid Hamidi.. Betullah tu.. secara kebetulan.. seperti juga 1Malaysia dikatakan sebagai idea Najib yang secara kebetulan kononnya menyamai 1Israel padahal penasihat datang dari Israel.. Bajet 2012: Hanya dua perkara menyerupai Buku Jingga KOTA BHARU 8 Okt. — Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, daripada beratus-ratus insentif untuk rakyat dalam Belanjawan 2012 dibentangkan semalam, hanya dua perkara sahaja yang kebetulan menyamai belanjawan Buku Jingga pembangkang. Beliau berkata, perkara itu adalah pemberian insentif kepada wanita RM500 yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 dan bantuan pendidikan kepada anak sekolah rendah dan menengah. Katanya, secara keseluruhan belanjawan tahun depan adalah lebih holistik untuk rakyat yang lebih berpijak di bumi nyata berbanding cadangan belanjawan pembangkang dalam Buku Jingga. "Belanjawan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah lebih praktikal berbanding Buku Jingga pembangkang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Taklimat Perdana, di Terminal Agrobisnes Negara (Teman) dekat sini, hari ini. — Bernama |
Najib Sembunyikan Peruntukan Untuk Permata Di Dalam Bajet 2012 Posted: 08 Oct 2011 04:32 AM PDT Di mana peruntukan untuk Permata? KUALA LUMPUR, 8 Okt: "Walaupun bajet kali ini tidak dinyatakan secara khusus peruntukan untuk program Permata, tapi saya pasti tidak mustahil peruntukan tersebut diselit pada mana-mana program kerajaan," jelas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Pada Bajet 2012 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak petang semalam telah memperlihatkan tiada peruntukan khusus diberikan kepada Program Permata sedangkan pada bajet sebelum ini sebanyak RM110 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan program tersebut. Mahfuz juga menjelaskan tindakan Najib untuk tidak menyenaraikan peruntukan tersebut mungkin telah menyedari bahawa terdapat bantahan dari rakyat. "Mungkin beliau sudah menyedari bahawa rakyat sudah memberontak dengan tindaknya sebelum ini yang telah memberi peruntukan kepada isterinya sendiri, Datin Seri Rosmah Mansor. "Tetapi dalam pada itu walaupun tiada penyenarai kita perlu melihat kembali kemungkinan besar peruntukan tersebut dimasukkan ke dalam peruntukan-peruntukan yang lain dan ini bagi mengaburi rakyat di luar," jelasnya. |
Alhamdulilah Dulu dia ni maki orang Pas , le ni dia dah joint Pas. Posted: 07 Oct 2011 11:56 PM PDT Pengarah Tarbiah PAS Pusat bersama Dato'Adnan Ibrahim (gambar), bekas Pengarah Jabatan Pendidikan Perak ,dulunya UMNO kini akhir hayatnya ingin bersama PAS.Foto di ambil semasa program Liqa al-fikri PAS Perak ,7 Oktober 2011. Changkat Jering,Taiping- Dulu Dato' Adnan Ibrahim merupakan Pegawai PPD LMS(Taiping).Semasa berkhidmat dulu teruk cikgu-cikgu PAS kena maki dan marah dengan Dato' Adnan. Kelmarin PAS Perak menjadikan beliau ikon masyarakat kenapa perlu masuk PAS.Difahamkan beliau mendapat hidayah di Makkah ,untuk beliau terus meninggalkan UMNO.Lantas menyertai PAS. Beliau mendakwa,Hishamudin Husein dan pimpinan UMNO memanggil beliau menasihatkan beliau agar terus dengan UMNO. Tapi bagi Dato' Adnan Ibrahim, akhir hayatnya ingin bersama dengan PAS. Ustaz Idris Ahmad,Pengarah Tarbiah PAS Pusat mengalu-alukan kemasukan bekas Pengarah Jabatan Pendidikan Perak (Jabtan Pelajaran Perak) ke dalam PAS. "Bekas Pengarah Jabatan pelajaran Negeri Perak, boleh masuk PAS, kenapa JKKK atau penoreh getah tak boleh masuk PAS"ulas Ustaz Idris Ahmad. Zaman sekarang, orang sudah pencen tak suka masuk UMNO. Pesara-pesara kerajaan tahu UMNO sebusuk-busuknya sehingga ke usus. Mereka tahu UMNO parti mengamalkan rasuah. Mereka tukar rasuah kepada politik wang. sisi bukit |
Tengokk...Najib Yang "Ketakutan"... Posted: 07 Oct 2011 10:11 PM PDT |
Posted: 07 Oct 2011 10:10 PM PDT KUALA LUMPUR, 8 Okt: Setelah mendengar Budget 2012, akibat keceluparan mulut Mat Sabu, para bekas anggota tentera sama ada balu, duda dan sebagainya akan mendapat 'durian runtuh' sebanyak RM3,000 setiap keluarga secara one-off. Begitulah antara pandangan yang dilontarkan oleh rakyat Malaysia di dalam beberapa blog selepas pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak petang semalam. "Itulah jasa Mat Sabu kepada bekas-bekas pejuang yang kalau tak ditimbulkan isu ni, aku confirm depa-depa ni tak merasa duit pampasan ni. "Dan mereka ini PATUT BERTERIMA KASIH kepada Mat Sabu kerana mengutarakan isu Bukit Kepong dan secara tak langsung nasib mereka terbela," tulis seorang yang menghantar komen di dalam Tranungkite online yang ditulis perkataan penuh Harakahdaily. Seorang lagi menulis, Kanang Anak Langkau pun dapat pingat kali kedua baru-baru ini atas jasa sebagai perwira negara, mungkin kebetulan kot atau ada agenda di sebaliknya. "Bajet kununnya menghargai pejuang...dah 54 tahun baru nak ingat bagi...berapa orang yang dapat...berapa orang yang tak sempat dapat?" satu lagi pandangan yang dilontarkan. Najib mengumumkan petang semalam bahawa kerajaan akan memberi sumbangan RM3,000 secara one-off kepada setiap bekas anggota pasukan keselamatan serta duda dan balu mereka, kesemuanya hampir 62,000 orang untuk membantu meringankan kos sara hidup. "Mereka yang apabila telah mendengar panggilan Pertiwi untuk berkhidmat, telah menyahutnya tanpa berlengah. Ini termasuklah lebih 48,000 bekas anggota polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat. "Mereka terdiri daripada anggota Home Guard, Special Constable, Extra Police Constable, Auxilliary Police, Women Auxilliary Police, Women Special Constable, Border Scout dan Jungle Scout," kata Najib. Komen yang disiarkan melalui Malaysiakini pula, ada pandangan yang mengatakan kerana marahkan Mat Sabu, akhirnya bekas anggota polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat mendapat faedah. "Di sinilah pentingya Malaysia mempunyai pembangkang yang kuat. So, sebelum marah Mat Sabu, perlu fikir sejenak," tulisnya. Pandangan lain pula: Yg tu baru Pakatan sound melalui Mat sabu, kerajaan dah bagi insentif pd bekas anggota pasukan keselamatan. Blom pun kerajaan Pakatan memerintah lagi. Klau betul2 nak terbela nasibnya, undilah Pakatan! Insyaallah x ada siapa yg akan tercicir, semuanya terbela, termasuk bekas anggota pasukan keselamatan... Antara komen lagi: "Di sini mat sabu adalah hero. Tanpa dia jangan mimpi la depa nak pandang kat hampa. tu pun jangan, ada lagi yg dok marah kat dia. "Kepada bekas tentera, balu, duda tu ingat sikit......terima kasih kat Mat Sabu...kalau tak tak merasalah duit tu..."Hrkh |
Posted: 07 Oct 2011 10:09 PM PDT Georgetown - Karpal Singh (gambar) menang dalam kes saman membabitkan tuntutan ganti rugi lebih RM2 juta terhadap seorang pengurus bank, Lau Yee Fuat yang melanggar teksi dinaikinya sehingga Pengerusi DAP itu lumpuh dalam kejadian tujuh tahun lalu. Hakim Mahkamah Se- syen, Chan Jit Li memutuskan demikian selepas mengambil kira perubahan hidup yang terpaksa dilalui oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu akibat kemalangan tersebut. Hujah hakim itu, Karpal yang dahulunya aktif, terlibat dalam kemalangan ketika menaiki teksi yang dipandu oleh Soid Abd. Ghani ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Utama di sini. "Kemalangan itu mengubah hidup Karpal dan mungkin jumlah diputuskan tidak memuaskan mana-mana pihak tetapi keputusan telah dibuat," kata Jit Li semasa membacakan keputusannya semalam. Karpal memperoleh ganti rugi kerosakan am berjumlah RM380,000; kos rawatan (RM399,162.37); dua mesin lif kerusi roda (RM56,930 dan RM47,300); penjagaan rawatan selama tujuh tahun (RM212,800) dan ubat-ubatan (RM12,998.06). Jit Li turut mengarahkan Karpal dibayar rawatan susulan berjumlah RM378,000, kenderaan khas (RM276,141,52), penjagaan rawatan (RM135,808), pembedahan susulan (RM66,666), kerusi roda (RM40,170) dan perbelanjaan perjalanan (RM11,951,98). |
PERKOSA - SIANG TIDOR, MALAM GANGGU CERAMAH MAT SABU Posted: 07 Oct 2011 04:25 PM PDT |
Ceramah Yb Husam Musa Di Jeli (video) Posted: 07 Oct 2011 04:11 PM PDT |
Anggota Unit Amal PAS dicederakan oleh Pemuda Umno Posted: 07 Oct 2011 04:07 PM PDT LABIS 7 Oktober - Salah seorang anggota Unit Amal PAS dicederakan oleh beberapa orang pemuda Umno yang dipercayai dari Felda Redong, yang gagal dikawal oleh pihak polis yang turut berada di tepi jalan utama lokasi ceramah Mohd Sabu, malam tadi. Bila samseng sibuk nak berpolitik, inilah jadinya. Orang nak berpolitik dia nak berpolitik. Orang nak dengar ceramah dia datang buat kacau pukul dan cederakan orang. |
Ulasan Bajet: Banyak Gula-gula Pilihanraya, Rakyat Terus Memikul Bebanan Hutang Posted: 07 Oct 2011 04:06 PM PDT Bajet 2012: Najib cedok belanjawan Pakatan Kerajaan hari ini dalam mengumumkan bajet 2012 telah memperuntukan sebanyak RM232.8 bilion bagi melaksanakan semua rancangan pembangunan kerajaan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sewaktu mengumumkan bajet tersebut menjelaskan daripada peruntukan tersebut RM181.6 bilion adalah bagi peruntukan perbelanjaan manakala RM51.2 bilion pula diletakan bagi perbelanjaan pembangunan. Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifly Ahmad ketika diminta mengulas tentang bajet yang telah diumumkan itu menjelaskan bajet tersebut adalah lebih terjurus kepada gula-gula politik ataupun peruntukkan pilihanraya. "Bajet yang diumumkan oleh Najib itu hanyalah lebih kepada untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang. "Secara jelas beliau berada dalam keadaan tertekan apatah lagi apabila melihat belanjawaan yang telah diumumkan oleh Pakatan Rakyat (PR)sebelum ini," jelasnya. Tambah Dr Dzulkifly lagi tekanan yang dihadapi oleh Najib itu apabila melihat belanjawan PR yang lebih tertumpu kepada pengagihan semula pendapatan negara kepada rakyat. "PR melihat tekanan yang dihadapi oleh Najib adalah tentang hasrat PR yang telah berjanji ingin melakukan pengagihan semula pendapatan negara kepada rakyat, kita melihat beliau terpaksa bertindak balas terhadap usaha PR itu. "Tetapi persoalan yang jelas ingin PR utarakan bagaimana pengagihan semula itu ingin dikembalikan semula kepada yang berhak tanpa ada sebarang ketirisan. Sebagai contoh pemberian subsidi kepada pemilik teksi dan kita lihat keuntungan hanya akan diperolehi oleh kroni mereka sendiri bukannya kepada pemilik teksi tersebut," katanya. Persoalan besar Dalam pada itu beliau menjelaskan Najib hanya menumpukan perbelanjaan kepada pembangunan tetapi tidak menyatakan secara khusus bagaimanakah kerajaan ingin menambah pendapatan negara. "Bajet sebelum ini kita melihat kerajaan akan mengumumkan penambahan pendapatan sumber negara akan dikutip melalui cukai-cukai tetapi pada kali ini ia tidak dinyatakan dan ini menjadi persoalan besar kepada kita bagaimanakah kerajaan ingin berbelanja sedangkan tidak pasti sumber pendapatannya. "Najib terus membuat perbelanjaan besar dalam projek mega yang jelas mempunyai risiko tinggi di saat negara berdepan dengan ekonomi global yang muram dan secara jelas ekonomi negara berada pada tahap bahaya jika perbelanjaan yang tidak bertanggungjawab ini diteruskan tanpa pengkajian yang khusus," sambungnya lagi. Beliau memberitahu pada kali ini Najib cuba mengelak dari memberi komitmen kepada rakyat terutamanya pekerja awam dan juga swasta malah dalam pada itu Najib juga tidak berlaku adil terhadap pekerja swasta yang sentiasa ketinggalan setiap kali bajet diumumkan. "Kita melihat bajet kali ini tidak diletakkan gaji minimum sebagai sasaran mereka dan secara jelas saya katakan Najib cuba mengelak untuk terus ada komitmen dengan pekerja awam mahu pun swasta. "Tetapi dalam masa yang sama bajet tersebut memperlihatkan Najib telah menganaktirikan pekerja swasta dengan menafikan hak mereka sebagai tenaga pendapatan negara, tanpa ada peruntukan khusus diberikan oleh Najib kepada golongan pekerja tersebut. "Najib hanya mengumumkan pemberian bonus dan juga kenaikan gaji pekerja awam mengikut gred-gred tertentu dan apa yang kita lihat setiap kali bonus mahupun gaji dinaikkan maka akan wujud inflasi di negara ini dan ia akan terbeban kepada semua rakyat bukannya kepada mereka yang mendapat faedah, inilah ketidak adilan yang wujud dalam bajet kali ini," ulasnya lagi. Cedok bajet Pakatan Beliau menambah bajet ini adalah mencedok dari apa yang telah di umumkan oleh belanjawan Pakatan Rakyat sebelum ini. "Bajet dari PR lebih mesra kepada rakyat dibawah jika dibandingkan dengan apa yang diumumkan oleh Najib tadi dan kita tahu rakyat tidak akan selesa dengan apa yang diberitahu kerana mereka tidak mendapat apa yang dikehendaki," sambungnya lagi. Sebelum itu bajet 2012 yang diumumkan oleh Perdana Menteri itu juga tidak meletakkan sumbangan wanita dan juga warga emas yang telah banyak memberi sumbangan kepada negara, selain itu juga bebanan diberikan kepada rakyat melalui Program Perumahan Rakyat dengan meningkatkan had maksimum harga rumah daripada RM220 ribu kepada RM400 ribu bagi pembiayaan bersama suami isteri. "Kenaikan ini dilihat tidak seimbang kerana tiada sasaran gaji minimum dinyatakan oleh kerajaan dan secara jelas akan melihat rakyat terus terbeban dengan kos tambahan dan bebanan hutang," kata Dr Dzulkifly lagi. -HD Bajet 2012: Bajet pancing undi PRU-13 Bajet: Reaksi pemimpin Pakatan Rakyat Grafik ehsan TMI |
Pelakon Enot dikecam teruk gara gara isu Hudud... Posted: 07 Oct 2011 04:04 PM PDT Enot dikecam teruk Pelakon komedi Enot, mengakui sangat tertekan apabila dikecam gara-gara TERSILAP mengeluarkan kenyataan tentang hukum HUDUD di akhbar Sinar Harian, Kemarin. Selain dikecam menerusi twitter dan facebook, perniagaan keknya turut terjejas, apabila ada pelanggan yang menarik balik tempahan GARA-GARA kurang senang dengan komennya. Enot turut kesal apabila arwah ibu bapanya turut dicemuh. Dalam pertemuan dengan Sinar Harian , Enot menyatakan kekesalannya dan memohon maaf di atas kesilapan itu. Ikuti kenyataan selanjutnya dalam akhbar Sinar Harian esok. Berikut adalah kenyataan Enot yang mengundang cemuhan orang ramai: "Memang zaman dulu orang islam mengamalkan hukum hudud kepada mereka yang membuat kesalahan, contohnya bagi mereka yang berzina hukuman sula akan dikenakan,tapi rasanya ia tidak lagi sesuai,malah kita wajar memberi peluang kepada pesalah untuk berubah.Kalau hulum hudud dijalankan,pesalah terbabit terpaksa hidup dalam keadaan yang tidak sempurna seperti tiada tangan kaki dan sebagainya.Bagaimanapun,semua ini tidak menjamin mereka insaf sepenuhnya." * Nauzubillahiminzalik.....mana ada hukum sula dalam hudud... tak tau apa apa jangan lah komen Not! Lebih baik diam dan jangan buat-buat pandai tentang sesuatu Hukum Allah S.W.T. Inilah yang Tun Dr.Mahathir bangga-banggakan apabila Artis2 Melayu2 mengikut jejak langkahnya mengatakan Hudud tidak sesuai.......King |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan