Isnin, 3 Oktober 2011

Muslimeen United

Muslimeen United


Video: Negara Berkebajikan and Buku Jingga

Posted: 03 Oct 2011 08:44 AM PDT


Panas!!Lagi Artis Masuk Pas!!!!

Posted: 03 Oct 2011 08:43 AM PDT


Kelihatan Zahid AF bersama-sama Pemuda PAS dalam program ARC ( Alternatif Riding Club ) baru- baru ni..

Moga di ketemukan hidayah untuk bersama-sama mendokong perjuangan PAS...
insyaallah...
http://demokrasi93.blogspot.com

USTAZ AZHAR - PARTI KOROK KERING (UMNO)

Posted: 03 Oct 2011 08:40 AM PDT


Ong Tee Keat Rela Potretnya Diturunkan Drp Digantung Bersebelahan Soi Lek

Posted: 03 Oct 2011 08:39 AM PDT

Bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata beliau tidak kisah jika potretnya diturunkan daripada ibu pejabat parti itu di Wisma MCA, Kuala Lumpur.

Ini kerana katanya, beliau juga tidak mahu potretnya digantung bersebelahan "orang yang korup dari segi moral."

Adalah menjadi tradisi MCA untuk meletakkan potret presiden di ibu pejabat parti itu.

Justeru, menurut Ong, legasi beliau terhadap parti Cina itu juga bukan bagi presiden MCA sekarang, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek untuk memutuskannya.

"Beliau mempunyai kuasa untuk mengeluarkan potret saya dari ibu pejabat MCA jika mahu berbuat demikian. Lagipun, tidak apa yang seronoknya bagi potret seseorang (digantung) bersebelahan dengan orang yang korup dari segi moral," katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Ong mengulas serangan lisan yang dibuat oleh Chua terhadapnya semasa perhimpunan agung parti itu semalam. Chua menyifatkan Ong sebagai "nota kaki" dalam sejarah MCA.

Ong juga mengulas kenyataan Chua mendesaknya meletak jawatan jika dia tidak lagi percaya atau menaruh ketyakinan terhadap parti itu.

"Benar, saya telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau tetapi ini sama sekali disalah fahamkan sebagai hilang kepercayaan terhadap parti saya pilih untuk menyertai pada tahun 1981."

Mengenai desakan supaya beliau meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Pandan, Ong berkata mandatnya itu diberikan oleh pengundi pada pilihan raya umum Mac 2008 dan bukannya datang daripada Chua.

"Adalah menjadi kewajipan saya untuk mengingatkan beliau bahawa tidak ada seorangpun presiden sebelum ini yang secara terbuka mengarahkan seseorang ahli meninggalkan parti itu semata-mata kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan seseorang kerana MCA bukan harta persendirian presiden.

"Begitu juga, parti tidak harus ditadbir sebagai sebuah pertubuhan mafia semata-mata mengikut kehendak penerajunya, jika beliau benar-benar menghormati demokrasi." -M'kini

Menjawab Tomahan Ustaz Kazim Alias Terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik - Ust. Wan Ahmad Tarmizi

Posted: 03 Oct 2011 02:00 AM PDT


Video-Piket : MTUC bantah pinda Akta Pekerjaan 1955

Posted: 03 Oct 2011 01:57 AM PDT


Dr Hatta, Azmin, Anthony Loke wakil Pakatan di PSC

Posted: 03 Oct 2011 01:51 AM PDT


Pakatan Rakyat hari ini mengulangi pendirian mereka menyokong pembentukan Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen berhubung pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini tetapi menegaskan bahawa tindakan itu tidak sepatutnya dijadikan alasan bagi Suruhanjaya Pilihan Raya bagi tidak melaksanakan reformasi atas usaha mereka sendiri.

azlan"Kami tidak mahu PSC dijadikan sebagai alasan kepada SPR untuk menangguh, menunggu dan tidak melaksanakan sebarang reformasi," kata ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada siadang media bersama dengan PAS dan DAP di dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga mengumumkan bahawa tiga perwakilan dari Pakatan akan menganggotai jawatankuasa berkenaan.

"Dari PKR adalah Azmin Ali, dari PAS pengarah pilihan rayanya, Dr Hatta Ramli dan dari DAP pula adalah juga pengarah pilihan rayanya Anthony Loke," katanya.
Azmin adalah timbalan presiden PKR dan juga ahli parlimen Gombak, manakala Dr Hatta adalah ahli parlimen Kuala Krai dan Loke, ahli parlimen Rasah.
"Pendirian Pakatan Rakyat sepakat untuk beri laluan dan kerjasama. Serta saya ingatkan jangan jadikan alasan melengahkan dan untuk ketepikan tuntutan BERSIH.

"Jaminan belum ada. Kalau Perdana Menteri serius dia patut bangun dan pertahankan prinsip SPR yg bebas dan adil," katanya.

Sebelum itu Anwar pada sidang Dewan Rakyat hari ini mempersoalkan peranan SPR yang mengabaikan tanggungjawab untuk menguruskan pilihan raya secara adil dan bersih.

Beliau menyatakan SPR seolah-olah mengambil sikap bersahaja terhadap tuntutan gabungan BERSIH 2.0 pada Julai lalu. -M'kini

Putrajaya Tarik Balik Rang Undang-undang Kg Baru

Posted: 03 Oct 2011 01:49 AM PDT

Rang undang-undang Kg Baru ditarik balik

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin menarik balik Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru yang sepatutnya dibaca kali kedua di parlimen hari ini.

Bagaimanapun, menurutnya, undang-undang kontroversi itu akan digantikan dengan versi baru yang ditambah baik selepas mendapat maklum balas pelbagai pihak.

Sebelum itu, Pakatan mengisytiharkan kemenangan terhadap perjuangan menentang rang undang-undang itu selepas menteri menariknya kembali dalam sidang parlimen ke-12 yang bersambung hari ini.

"Viva, kejayaan untuk Pakatan Rakyat dan arwah Dr Lolo," kata Tian yang juga naib presiden PRK, merujuk kepada bekas anggota parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali yang meninggal dunia Mei lalu akibat barah.

PAS menjadi peneraju utama kempen menentang rang undang-undang itu. Mereka menuntut termanya dirunding semula dengan penduduk, pemilik tanah dan kampung tradisional Melayu.

Rang undang-undang yang antaranya bertujuan menubuhkan perbadanan bagi mengambil alih pembangunan di Kampung Baru dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 14 Disember, 2010.

Bacaan kedua rang undang-undang itu sepatutnya dibuat semasa persidangan Parlimen pada Mac, tetapi ditangguhkan bagi membolehkan tuan tanah dan waris mereka memberi maklum balas. -M'kini


Putrajaya tarik balik akta baru pembangunan Kg Baru


KUALA LUMPUR, 3 Okt — Di sebalik tekanan dan bantahan berterusan, Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru yang sepatutnya dibacakan buat kali kedua di Parlimen yang bermula hari ini, ditarik balik.


Perkara itu dimaklumkan pada hari pertama sidang Dewan Rakyat pagi ini oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.


Memaklumkan perkara itu menerusi mesej Twitter sebentar tadi, Naib Presiden PKR Tian Chua berkata, ia satu kemenangan kepada perjuangan Pakatan Rakyat.


"Agenda pertama di sesi Parlimen ini, Menteri Wilayah Persekutuan Raja Nong Chik tarik balik Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru. Kemenangan Pakatan, Kg Baru selamat!" katanya.


Selain itu beliau yang juga Ahli Parlimen Batu turut menulis bahawa "penduduk Kg Baru boleh beraya betul-betul hari ini, buat kenangan pengorbanan (Allahyarhamah) YB Titiwangsa Dr Lo'Lo yang banyak berusaha membantah Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru."


Maklumat mengenai perkara itu turut dimaklumkan oleh seorang lagi Naib Presiden PKR Fuziah Salleh, yang antara berkata, "Menteri Wilayah umum tarik balik Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru."


Pertengahan bulan lalu, Raja Nong Chik berkata rang undang-undang yang tertangguh tiga kali sebelum ini akan dibawa ke Parlimen pada sesi yang bermula bulan depan bagi membolehkan pembangunan dilakukan di kawasan itu.


Beliau berkata, input dalam rang undang-undang itu antara lain adalah daripada perbincangan mendalam dengan beberapa pihak termasuk badan bukan kerajaan, pemilik dan waris tanah di kawasan itu.


Tambah beliau, pihak Peguam Negara juga meneliti rang undang-undang tersebut tanpa membelakangkan pandangan daripada pihak-pihak berkepentingan di kawasan penempatan eksklusif orang Melayu itu.


Raja Nong Chik berkata dengan adanya akta khusus bagi pembangunan Kampung Baru, ia akan membawa kawasan itu setanding dengan lain-lain kawasan yang pesat membangun di bandar raya ini.


Bagaimanapun pengumuman Raja Nong Chik bulan lalu menerima reaksi bercampur-campur.


Pemilik tanah di kawasan penempatan eksekutif orang Melayu itu terus menentang keras akta pembangunan itu dilaksanakan.


Malah ketika ditemui The Malaysian Insider, rata-rata pemilik dan pewaris tanah berusia 111 tahun itu mahu Putrajaya membatalkan terus cadangan penubuhan sebuah perbadanan di kawasan itu.


Selain itu, ada juga antara mereka menegaskan tidak pernah sama sekali memberi persetujuan agar rang undang-undang digubal bagi membangunkan kawasan itu.


Sementara itu, Setiausaha Kehormat MAS Shamsuri Suradi berkata, tiga klausa penting yang mendapat bantahan keras daripada pemilik dan pewaris tanah harus dipinda sebelum ia dibawa untuk bacaan kali kedua.


"Kita mahu MAS tidak dibubarkan, keanggotaan kepada pemilik dan pewarisn tanah ditambah dan imuniti kepada perbadanan dipinda, ini yang perlu dilakukan.


"Sebelum ini ia telah banyak kali dibincangkan dan kerajaan bersetuju untuk meminda tiga perkara ini, jadi saya harap ia dilaksanakan," katanya.


Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru dibaca kali pertama pada Disember lalu, tetapi menerima protes berterusan daripada pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru.


Kemudian Putrajaya mengadakan referendum di kalangan pemilik dan pewaris tanah tetapi difahamkan sambutan kurang memuaskan.


Akhir Jun lalu, majlis pentadbir Kampung Baru meminta Putrajaya agar menangguhkan bacaan kali kedua Rang Undang-undang Perbadanan Kampung Baru memandangkan respons ke atas referendum dingin.-TMI

Walau bagaimanapun Pakatan Rakyat perlu berhati-hati taktik licik UMNO BN ini.

Mereka mungkin sedang mengatur penipuan, rang undang-undnag yang sama bakal dibentangkan semula selepas pilihanraya umum ke 13. -GB

Menobatkan Dr. Burhanuddin sebagai 'Pahlawan Umat'

Posted: 02 Oct 2011 11:10 PM PDT

- Sejarah yang dinantikan golongan muda
KUALA TERENGGANU
- PAS Terengganu menyifatkan gelaran ' Pahlawn Umat'  yang dinobatkan kepada bekas Yang DiPertua PAS, Allahyarham Dr. Burhanuddin al-Helmy, mengembalikan roh kemerdekaan negara.

Menurut Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat, cebisan sejarah yang dicetuskan oleh Timbalan Presiden PAS telah membuka pintu hati rakyat kepada ingatan lampau.

"Cebisan sejarah yang dicetuskan oleh Timbalan Presiden PAS telah membuka pintu hati sejarahwan untuk menukilkan semula ingatan masa lampau,

"yang telah digelapkan oleh penjajah dan dipanjangakn melalui lidah Umno dan Barisan Nasiona (BN),"katanya.

Katanya, penyelewengan sejarah terbukti apabila setiap kali sambutan kemerdekaan, ianya seolah-olah perayaan Umno.

Justeru, ledakan konflik sejarah pejuang melayu Islam kini menjadi diskusi samada diperingkat akademik, propesional, teknokrat, koperat, politikus, kelas menengah malah rakyat marhaen.

"akirnya (seluruh rakyat) mengambil kata sepakat bahawa Dr Burhanuddin alHelmy, Pahlawan Umat, (adalah) antara yang terkedepan mengepalai sebuah parti (PAS),

"yang berjuang bagi mencapai kemerdekaan hakiki,"jelasnya

[Gambar - Haji hanafiah bersama rombongan PAS Kemaman, mengambil peluang bertemu dengan Haji Subky Latiff pada program Sambutan 60 tahun PAS di Kepla Batas, Subky adalah bekas calon PAS yang bertanding di Parlimen Kemaman]

Oleh itu, katanya, wajarlah disaat rakyat sudah hilang roh merdeka kerana dilalaikan oleh Umno/BN, PAS bangun ditengah masyarakat menobatkan Dr Burhanuddin alHelmy dengan gelar 'Pahlawan Umat.

"Maka sewajarlah di saat rakyat sudah hilang roh merdeka akibat dilalaikan dengan kemajuan jasmani sambil diiringi alunan irama penuh kayalan (oleh Umno/BN), PAS bangun ditengah masyarakat menobatkan Dr Burhanuddin alHelmy dengan gelar 'Pahlawan Umat,"ujarnya.

Beliau menegaskan, anugerah kepada pejuang kemerdekaan itu menyerlahkan kehebatan pimpinan PAS dibawah pimpinan Dato' Seri Tuan Guru Abd Hadi Awang.

Presiden PAS, katanya, bukan sahaja menyanggah pemikiran melayu Umno tetapi sekaligus menabalkan pimpinan PAS sebagai seorang pahlawan yang menerajui kemerdekaan di alam Melayu Raya.

"Syabas buat pimpinan, kerana sejarah inilah yang sedang dinanti olih golongan muda,"tambah Haji Hanafiah. -BO

NGO: 75 peratus tentera kesempitan hidup

Posted: 02 Oct 2011 11:04 PM PDT


Ngo tentera bagi memorandum kpd pakatan rakyatHampir 75 peratus dari anggota tentera dan bekas didakwa hidup dalam kesempitan hidup dan menghadapi tekanan emosi, kata presiden Seketariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (KERABAT) Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar.
 
Selain itu, katanya lagi, masalah kewangan semasa dan masa depan yang kabur menghantui mereka sepanjang perkhidmatan.

"Terdapat sebilangan besar anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan melalui ikhtiar hidup buntu dan ramai menumpang teduh di rumah pusaka atau tinggal menumpang kepada saudara mara terdekat," katanya.

Selain itu, Mohd Nazari juga mendakwa ganjaran gaji bulanan yang diperolehi khususnya oleh anggota tentera lain-lain pangkat (LLP) tidak setimpal dengan beban tugas, lebih-lebih lagi dengan harga barangan keperluan asas yang semakin mahal.

"Kebajikan yang ala kadar menjadikan kehidupan mereka menderita hampir sepanjang tempoh dalam kerjaya mereka khususnya bagi anggota lain-lain pangkat yang kerap ditugaskan di lokaliti terpencil berhampiran perbatasan yang daif dengan prasrana.

Ngo tentera bagi memorandum kpd pakatan rakyatSehubungan itu, beliau yang mengetuai NGO tentera - Seketariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (KERABAT) malam tadi menyerahkan memorandum kepada Pakatan Rakyat.

Memorandum itu sebagai memohon bantuan agar kebajikan anggota tentera dan veteran yang telah berkhidmat mempertahankan negara dari anasir luar diperjuangkan jika pembangkang berjaya menguasai Putrajaya.

Memorandum itu diserahkan oleh Mohd Nazari Mokhtar kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Stadium Tertutup Subang Jaya di Serdang Jaya jam 9.30 malam yang hadiri kira-kira 300 orang termasuk bekas tentera.

Antara pemimpin Pakatan yang turut hadir, termasuk Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, setiausaha oolitik menteri besar Selangor Faekah Hussin, ahli jawatankuasa PAS Pusat Mazlan Aliman dan pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman.

Ngo tentera bagi memorandum kpd pakatan rakyatalam memorandum itu, Mohd Nazari berkata berdasarkan Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) bertarikh 29 Ogos 1973, setiap anggota tentera dan isteri dijanjikan hak memohon 20 ekar tanah pertanian dan dua tapak perumahan dari kerajaan melalui Kementerian Pertahanan (Kementah).

Bagaimanapun, dakwanya yang pernah berkhidmat dengan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) hampir 28 tahun - berdasarkan rekod Bahagian Perkhidmatan Anggota (BPA) Kementah "tidak sampai 100 anggota tentera yang berjaya memperolehi tanah yang dimaksudkan dengan rekod yang sangat menjengkelkan".

Dakwanya lagi, kehidupan askar yang sentiasa berada di perbatasan sama ada di darat, laut atau udara menyebabkan kesukaran mereka meninjau perolehan tanah untuk dipohon. Ini diburukkan lagi dengan faktor birokrasi dari pejabat tanah tempatan yang menyumbang kepada kegagalan permohonan mereka.

Ngo tentera bagi memorandum kpd pakatan rakyat"Termaktubnya PMAT 1973 yang memberi keistimewaan perolehan tanah ini telah tidak diurustadbir dengan cekap malah diabaikan oleh Kementerian Pertahanan.

"Akibatnya, hampir 150,000 tentera yang telah menamatkan tugas bakti kepada negara dengan jayanya sejak 1973, tetapi hak keistimewaan ini telah dibiarkan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang usaha dari kementerian bertanggungjawab.

"Ini adalah pencabulan hak asas kehidupan mereka sekeluarga untuk mendapatkan peluang memiliki tanah perumahan dan pertanian yang termaktub dalam akta dan diluluskan oleh kabinet," kata Mohd Nazari dalam memorandum itu.

Beliau yang juga timbalan yang dipertua PAS Tenggara, Johor berkata walaupun ada usaha veteran tentera menyuarakan masalah perkara itu melalui kumpulan atau persatuan tetapi keluhan mereka itu disifatkannya sebagai "anjing menyalak bukit".

Ngo tentera bagi memorandum kpd pakatan rakyatOleh sebab itu, Mohd Nazari mendakwa sebilangan besar pegawai dan anggota LLP ini "bercita-cita besar" untuk menamatkan perkhidmatan berdasarkan peraturan "semata-mata untuk merasai hidup tanpa tekanan, bebas dari ancaman undang-undang tentera dan adat resam budaya penjajah" yang masih menjadi amalan tradisi tentera.

Sehubungan itu, bagi merealisasikan tuntutan tersebut, beliau mencadangkan lapan resolusi utama pemerkasaan kebajikan dan sosio-ekonomi anggota dan bekas tentara jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya dalam tempoh 100 hari .

Lapan resolusi tersebut dibacakan oleh Mohd Nazari, antara lain memperkasakan NGO itu di bawah kerajaan pusat dan negeri serta bertanggungjawab memberikan khidmat nasihat kepada kebajikan untuk mempastikan khidmat balas jasa dan kebajikan veteran Angkatan Tentera (ATM) dan tanggungan.

Tujuh resolusi lain adalah:-
  • Mengambil alih dan memperkemaskan dasar dan urustadbir Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Syarikat Perumahan Angkatan Tentera (SPAT).
  • Memberikan keutamaan kepada kebajikan tentera, veteran, balu-balu dan anak-anak yatim tentera khususnya dalam pemilikan tanah Felda Plantation dan rumah mesra rakyat.
  • Melaksanakan bantuan pendidikan sepanjang hayat secara percuma kepada tentera, balu dan tanggungan mereka.
  • Memberikan rebet 50 peratus untuk bayaran api dan air bagi setiap premis kediaman kepada tentera dan bekas tentera sepanjang hayat.
  • Pelarasan kenaikan gaji dan pencen sebanyak RM500 sebukan kepada semua tentera dan veteran serta imbuhan khas sebanyak RM500 setiap bulan kepada bekas tentera yang tidak berpencen.
  • Setiap anggota tentera dan pesara tentera dikecualikan dari cukai untuk pendapatan gaji dan pencen kerajaan.
  • Memberikan peruntukan dana khas dan merancang plan dasar penempatan Bandar Baru Veteran yang lengkap dengan prasarana latihan medan tempur untuk bekas tentera agar ketrampilan kepakaran semasa berkhidmat dapat dikekalkan.
Ditemui pemberita selepas majlis tersebut, Mohd Nazari berkata sejak ditubuhkan pada 18 Julai lalu, jumlah anggota tentera yang menyertai NGO itu setakat ini mencecah kira-kira 2,900 orang, khususnya dari Johor dan Perak

Katanya, selepas ini pihaknya akan menjelajah dan memberikan penerangan di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. -M'kini

Artis "Puji" Tindakan PAS...

Posted: 02 Oct 2011 03:46 PM PDT

Pelakon popular, Zed Zaidi (gambar) mengalu-alukan langkah yang dilakukan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat yang menemui Ahmad Idham Ahmad Nadzri, bagi menyelesaikan kontroversi yang timbul berhubung filem terbaru arahan pengarah itu pada 26 September lalu.

Menurut beliau, dengan adanya pertemuan seperti itu, golongan artis akan lebih terbimbing dengan baik bagi membolehkan mereka menghasilkan filem-filem lebih bermutu pada masa akan datang.

"Pada saya, langkah yang diambil oleh golongan agama tidak kira sama ada dari PAS dan pertubuhan-pertubuhan lain untuk mendekati artis sememangnya dialu-alukan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Dengan adanya langkah seperti itu, katanya, ternyata golongan agama bukan sekadar hanya tahu 'membantai' golongan artis, tetapi turut sama berperanan menyelesaikan masalah yang berlaku berhubung pembikinan dan penerbitan sesebuah filem serta kehidupan golongan artis.

Pengarah Ahmad Idham baru-baru ini diselubungi masalah apabila filem terbaru arahannya, Hantu Bonceng mencetuskan kontroversi disebabkan beberapa adegan di dalamnya didapati menghina Islam.

Filem Hantu Bonceng yang diterbitkan oleh syarikat kepunyaan Ahmad Idham sendiri, Excellent Pictures Sdn Bhd ditayangkan bermula 31 Ogos sehingga 4 September 2011 lalu secara serentak di 80 pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Hantu Bonceng dibintangi Mohd Razizan Abd Razak atau lebih dikenali sebagai Zizan Raja Lawak, Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie, Tai, Zahid Baharudin dan beberapa orang pelakon lain.

Filem ke-23 arahan Ahmad Idham itu merupakan filem komedi dan mengisahkan Amran yang gemar berlumba haram yang tiba-tiba terlibat dalam satu kemalangan yang meragut nyawa gadis yang memboncengnya.

Sejak itu, gadis yang tidak tenteram itu menghantui Amran dan Amran meminta kekasihnya, Halimaton dan rakannya Kunyit menyempurnakan mayat gadis tersebut.

Namun filem yang menghasilkan kutipan tiket melebihi RM8 juta itu dikecam hebat oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia kerana dalam satu adegannya, Zizan jelas menghina Rasulullah saw dengan menyebut "Ashaduanna Muhammadar ... syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu ... syaitan".

Selain itu turut ditambah dengan adegan mempersendakan azan, memakai baju yang mempunyai tanda salib ke masjid dan beberapa isu tahyul seperti bogel depan hantu.

Dewan Pemuda PAS Malaysia menerusi Ketuanya, Nasrudin Hassan ketika membuat teguran terhadap filem itu sejak 19 September lalu turut kesal yang teramat sangat dengan kelemahan ketara pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), sehingga membenarkan filem-filem berbaur penghinaan kepada Islam diterbitkan.

20 September lalu, Dewan Pemuda PAS melanjutkan lagi tegurannya kepada pihak penerbit, pengarah dan pelakon filem itu agar menyedari kesalahan tersebut dan mendesak agar penayangan filem itu dihentikan dan jika mahu ditayangkan juga, sekurang-kurang babak mengucap syahadah secara salah itu mesti dipotong untuk tayangan berikutnya.

Bagaimanapun, teguran itu tidak dipedulikan oleh Ahmad Idham, malah beliau dilaporkan menjawabnya dengan nada dan ayat-ayat yang tidak sewajarnya.

Tindakan beliau memaksa Dewan Pemuda PAS Malaysia membuat keputusan untuk mengadakan pertemuan khas dengan pengarah tersebut bagi menjelaskan maksud sebenar teguran itu demi kepentingan Islam, para penonton filem itu dan orang ramai di segenap peringkat pada 26 September lalu.

Pertemuan tersebut diadakan di pejabat Ahmad Idham dan melibatkan Nasrudin bersama beberapa kepimpinan Pemuda PAS Pusat lain serta menghasilkan natijah yang cukup baik.

Menurut Zed, beliau yakin pertemuan seperti itu tidak sia-sia, tetapi pasti terdapat hasil yang baik yang turut membantu Ahmad Idham menyelesaikan masalah yang dialaminya sekarang dan menghasilkan filem yang lebih baik selepas ini.

Beliau yang juga Pemangku Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) berkata, golongan artis sememangnya golongan yang berpengaruh dalam masyarakat dan perlu menjalani kehidupan yang baik seperti yang dituntut dalam Islam.

"Jadi golongan artis memang amat perlu didekati oleh golongan agama. Golongan artis perlu dibimbing supaya dapat memainkan peranan yang baik untuk masyarakat.

"Sekiranya golongan artis melakukan kesalahan, mereka perlu ditegur dengan baik, bukan dengan cara mengutuk dan membantai mereka seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak," katanya.

Tiada ulasan: