Selasa, 4 Oktober 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Cuti-cuti Australia

Posted: 04 Oct 2011 09:53 AM PDT


Hu hu hu.... Lanun bermewah-mewah, cuti-cuti di Australia dengan menggunakan DUIT RAKYAT.

Pulak tu, bukan sikit duit yang derang gasak. Banyak manyiak ooooo...

Hahahaha... Ini dia berita dari Parlimen.

Jumlah kos penyewaan sebuah pesawat Airbus A319 yang digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu percutiannya di Perth, Australia pada Hari Kemerdekaan, tahun ini berjumlah RM9.1 juta.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kekerapan penggunaan pesawat itu adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara.

Katanya, kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta itu meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat. [Seterusnya di sini]

Gilerr... Pergi bersenang-lenang makan angin ke luar negara, gasak sampai RM9.1 juta. Rakyat nak bikin ends meet untuk hidup pun susah, derang senang-senang jer joli katak duit rakyat sampai begitu banyak sekali.

Cisss... Cilakees betooi!!

“WANITA itu ISTIMEWA”

Posted: 03 Oct 2011 10:22 PM PDT


Sukaaaa sangat!! Like sangat!! And.... I would like to share it with you.

MENARIK UNTUK LELAKI TAHU... NEVER MAKE WOMEN CRY...


Wahai Tuhan, mengapa wanita sering menangis?

Jawabnya:

Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
Ku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh "orang" yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Ku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

"WANITA itu ISTIMEWA"

Hidup lawannya mati

Posted: 03 Oct 2011 07:02 PM PDT

Hidup di dunia hanya sementara. KepadaNYA jua kita akan kembali.

Inalillahi wainailaihi roji'un....



ADUN Johol, Negeri Sembilan, Datuk Roslan Md Yusof, meninggal dunia jam 4 pagi tadi.

Menurut Berita Harian Online, allahyarham dipercayai meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru.

Jenazahnya dijadual dikebumikan di Johol selepas solat Zuhur nanti.

Sebelum ini, timbul spekulasi bahawa allahyarham mempunyai masalah kesihatan, sehingga pada 2009, Menteri Besar Negri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan terpaksa tampil membuat kenyataan bahawa Roslan, yang mewakili Umno itu telah meninggal dunia.

Menurut beliau, Roslan bercuti selama sebulan untuk menjalani rawatan fisioterapi di hospital selepas menderita akibat sakit tulang belakang kerana terjatuh semasa bermain badminton.

Tidak ada pilihan raya kecil akan diadakan kerana Dewan ungan Negeri telah melului tempoh dua pertiga daripada penggalnya. Kekosongan kerusi di Johol akan diisi pada pilihan raya umum akan datang.- Mkini

Al-Fatihah untuk allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Amin...

Tiada ulasan: