Isnin, 3 Oktober 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Jeng... Jeng.... Jeng....

Posted: 03 Oct 2011 07:40 AM PDT


Siapa dia....??

SURPRISE!!

Tungguuuuu....


Seorang saksi misteri dijadual memberi keterangan pada perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.

Peguambela Anwar enggan mendedahkan identiti individu berkenaan ketika ditanya oleh pihak pendakwaan dan mahkamah.

Peguam Sankara Nair hanya berkata individu itu akan memberi keterangan selepas ketua pengarah Jabatan Kimia Lim Kong Boon berbuat demikian.

Sankara yang ditemui wartawan di luar mahkamah berkata saksi berkenaan bukan saksi alibi dan tidak berada di senarai saksi pendakwaan.

"Saya tak boleh dedahkan nama orang itu atau beritahu siapa dia kerana bimbang dia mungkin ditekan daripada sekarang sehingga esok," katanya.

"Ini saksi kami. Apa yang saya boleh beritahu adalah saksi itu akan datang esok untuk memberi keterangan."

Peguam pembelaan sebelum ini pernah memberitahu sesi perbicaraan bahawa saksi tambahan akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Mereka termasuk, pakar tulang belakang, Dr Thomas Hoogland, yang melakukan pembedahan ke atas Anwar pada 2004 - Mkini

Habis Madu Sepah Dibuang

Posted: 02 Oct 2011 07:06 PM PDT


Habis madu sepah dibuang. Itulah nasib para anggota tentera kita. Masa diperlukan... merekalah wira. Apabila tidak diperlukan lagi... berambus la hangpa, kerajaan peduli apa!!

Inilah keluhan hati mereka....

"Terdapat sebilangan besar anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan melalui ikhtiar hidup buntu dan ramai menumpang teduh di rumah pusaka atau tinggal menumpang kepada saudara mara terdekat."

Sebab tu.... kita kena berubah. Berubah demi maruah. Berubah demi kesejahteraan. Berubah dengan memilih kerajaan yang lebih prihatin. Berubah dan pilihlah Pakatan Rakyat!!

Kerajaan yang dok ada ni hanya pandai berjanji tetapi tak pandai nak tepati. Mengapa?? Mereka jenis cakap tak serupa bikin. Mereka opportunis yang hanya pandai mengambil kesempatan untuk membaruakan para anggota tentera ketika diperlukan. Lepas tu..... pandai-pandai ler korang nak hidup.
Tak percaya??

Baca apa yang didakwa oleh presiden Seketariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (KERABAT) Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar
Sebab.... mereka tak pandai dan tak cekap mentadbir.

Berdasarkan Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) bertarikh 29 Ogos 1973, setiap anggota tentera dan isteri dijanjikan hak memohon 20 ekar tanah pertanian dan dua tapak perumahan dari kerajaan melalui Kementerian Pertahanan (Kementah).

Bagaimanapun, dakwanya yang pernah berkhidmat dengan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) hampir 28 tahun - berdasarkan rekod Bahagian Perkhidmatan Anggota (BPA) Kementah "tidak sampai 100 anggota tentera yang berjaya memperolehi tanah yang dimaksudkan dengan rekod yang sangat menjengkelkan".

Dakwanya lagi, kehidupan askar yang sentiasa berada di perbatasan sama ada di darat, laut atau udara menyebabkan kesukaran mereka meninjau perolehan tanah untuk dipohon. Ini diburukkan lagi dengan faktor birokrasi dari pejabat tanah tempatan yang menyumbang kepada kegagalan permohonan mereka.

"Termaktubnya PMAT 1973 yang memberi keistimewaan perolehan tanah ini telah tidak diurustadbir dengan cekap malah diabaikan oleh Kementerian Pertahanan.

"Akibatnya, hampir 150,000 tentera yang telah menamatkan tugas bakti kepada negara dengan jayanya sejak 1973, tetapi hak keistimewaan ini telah dibiarkan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang usaha dari kementerian bertanggungjawab.

"Ini adalah pencabulan hak asas kehidupan mereka sekeluarga untuk mendapatkan peluang memiliki tanah perumahan dan pertanian yang termaktub dalam akta dan diluluskan oleh kabinet," kata Mohd Nazari dalam memorandum itu.

Beliau yang juga timbalan yang dipertua PAS Tenggara, Johor berkata walaupun ada usaha veteran tentera menyuarakan masalah perkara itu melalui kumpulan atau persatuan tetapi keluhan mereka itu disifatkannya sebagai "anjing menyalak bukit".

Apa-apa pun.... mereka telah buat keputusan dan tindakan yang bijak dengan mengemukakan resolusi yang dicapai kepada Pakatan Rakyat. Alhamdulillah.... Ini menunjukkan mereka lebih yakin bahawa nasib mereka akan lebih terbela di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

Bagus.... Berhentilah menjadi 'anjing yang menyalak bukit'. Tak der faedahnya. InsyaAllah.... jika Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya, jasa-jasa para anggota tentera tidak akan dilupa dan dipersiakan.

Tetapi.... kejayaan untuk menguasai Putrajaya tidak akan datang bergolek. Ia perlukan jasa baik rakyat daripada semua lapisan masyarakat untuk menjadikannya satu kenyataan. Rakyat mesti istiqamah berjuang bersama-sama dengan berkempen dan menyedarkan keseluruhan rakyat yang lain agar memberikan undi mereka kepada Pakatan Rakyat.

Undi kepada Pakatan Rakuat bermakna kesejahteraan untuk semua. Undi kepada Pakatan Rakyat bermakna maruah kita terbela. Undi kepada Pakatan Rakyat bermakan Putrajaya milik kita bersama.

Aha.... apabila kuasa berada di tangan kita, barulah kita boleh perbetulkan segala kepincangan yang telah berlaku dalam sistem pentadbiran negara yang kita cintai.

Yes... Berubah dan selamatkanlah Malaysia. Undilah Pakatan Rakyat dalam PRU 13 nanti.

[sumber]

Tiada ulasan: