Sabtu, 8 Oktober 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Akhirnya ..... Mahathir vs Najib

Posted: 08 Oct 2011 10:26 PM PDT

Mahathir Mohamad bukanlah seorang yang boleh berdiam diri apabila berlaku sesuatu yang menarik perhatiannya. Selepas persaraannya pada tahun 2003, Mahathir menyepi buat seketika, memberi perhatian kepada perpustakaan peribadinya, dan malah membuka kedai kek di Langkawi. Tetapi itu tidak lama sebelum dia kembali semula.

Lawannya yang kurang bernasib baik adalah tidak lain dan tidak bukan, Abdullah Badawi, pengganti yang dipilihnya sendiri. Tetapi walaupun hubungan mereka baik sebelum ini, apabila Badawi mula memansuhkan projek-projek besar Mahathir, orang tua itu tidak menyukainya dan menunjukkan rasa tidak puas hatinya. Tetapi itu tidak mencukupi bagi Abdullah, yang ketika itu sedang menunjukkan imej reformnya. Badawi telah melakukan sesuatu yang tidak disangka, dengan melepaskan musuh ketat Mahathir, Anwar Ibrahim, yang Mahathir telah bersusah payah untuk memasukkannya ke dalam penjara. Dan penambahnya pula, Badawi mendakwa kawan lama Mahathir, Eric Chia, atas tuduhan jenayah penyelewengan.

Semua perbuatan-perbuatan ini melukakan Mahathir, tetapi yang menambah garam pada luka ialah apabila langkah-langkah ini disambut dengan hebat dan meriah. Tidak biasa diketepikan, Mahathir tidak dapat berdiam diri dan mula mengeluarkan kenyataan demi kenyataan, bertujuan untuk memperlekehkan dan akhirnya menjatuhkan penggantinya itu. Ia mengambil masa beberapa tahun dan kegagalan dalam pilihanraya pada tahun 2008 untuk akhirnya menyingkirkan Badawi, tetapi itu kerana sebelumnya Badawi telah membawa kemenangan besar untuk BN pada pilihanraya tahun 2004.

Begitu juga, pada April 2009, Abdullah digantikan oleh Najib Razak, seorang lagi pengganti Mahathir yang dipilihnya sendiri. Sekali lagi, Mahathir menyepi, timbul sekali-sekala seperti seekor jerung yang mengamati mangsanya pada majlis-majlis seperti pelancaran Perkasa dan lain-lain lagi badan-badan pro-Melayu. tetapi secara kasarnya, dia masih berdiam diri, memberi ruang kepada Najib untuk menjadi Perdana Menteri walaupun terdapat desas-desus yang Najib takut untuk melakukan apa-apa yang boleh menyinggung perasaan orang tua itu.

Mahathir kembali di atas pelana?

Tetapi hari-hari itu sudah mula berakhir. Kini Mahathir berada dalam berita hampir setiap hari. Apaila ada isu yang keluar, seperti pelancaran Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat Selasa lepas, pemberita berpusu-pusu untuk mendapatkan pandangannya. Beberapa bulan kebelakangan ini, Mahathir juga telah memberi amaran keras kepada Najib Razak untuk menangguhkan pilihanraya atau UMNO akan "kalah besar". Amaran yang kelihatannya seperti tidak diendahkan oleh Najib Razak, dan ini menimbulkan kemarahan bekas Perdana Menteri itu.

"Senang untuk kita belanjakan wang yang bukan di bawah kawalan kita. Kita boleh buat apa sahaja seperti berjanji memberi 20 peratus royalti minyak. Ya, kiat boleh membuat janji-janji itu kerana kita bukan kerajaan. Berjanji, asalkan kamu menang pilihanraya," kata Mahathir kepada pemberita pada hari Selasa.

Dan sewaktu hujung minggu, ini yang dikatakan oleh Mahathir. "Jika pilihanraya umum diadakan sekarang, UMNO mungkin akan kalah besar kerana sokongan terhadapnya sudah pudar," lapor Bernama seperti yang dikatakan oleh Mahathir pada hari Ahad.

Bekas Perdana Menteri itu sudah pastinya mempunyai alsan yang kukuh untuk memberi amaran kepada Najib kerana Perdana Menteri itu sekarang ini sarat dengan skandal yang memalukan Malaysia. Najib akan membentangkan Belanjawan 2012 BN pada hari Jumaat tetapi peluangnya untuk meneggelamkan Belanjawan Pakatan adalah sangat tipis, walaupun kita boleh menjangka media yang dikawal kerajaan akan menggembar-gemburkannya.

Kehilangan kepercayaan rakyat

Tetapi mungkin Mahathir benar. Tentunya ini bukan waktu yang sesuai untuk Najib mengadakan pilihanraya. Semangat rakyat tidak bersamanya. Rakyat Malaysia mahukan perubahan dan ini tidak diberikan oleh Najib. Sebaliknya, mereka terpaksa akur dengan apa yang Mahathir mahu atau apa yang difikirnya adalah yang terbaik kerana Najib terlalu lemah untuk melawannya.

Oleh itu, adalah agak terlambat untuk Najib mendapat kembali tumpuan dan melakukan sedaya-upayanya. Sentimen awam bertentangan dengannya, dan rakyat menyalahkan Najib. Yang sering terngiang-ngiang di minda mereka adalah skandal-skandalnya dan sememangnya, tidak pernah ada dalam sejarah Malaysia seorang Perdana Menteri yang dibebani dengan begitu banyak skandal seperti Najib Razak. Dan kerana ini, tiada orang lain yang patut dipersalahkan selain dirinya sendiri.

Saga kes Altantuya-Scorpene yang berterusan menyebabkan pemerhati-pemerhati internasional menggeleng kepala tidak percaya. Tetapi di Malaysia, UMNO dan kuncu-kuncunya berpura-pura tidak tahu menahu tentang perkara ini, walaupun mereka mengikuti perkembangannya. Skandal rasuah yang melibatkan wang imbuhan untuk pembelian dua kapal selam Scorpene ini sedang menunggu perlantikan hakim penyiasat Perancis.

Kes pembunuhan Altantuya ini menunggu penyudahannya, kerana hakim yang menjatuhkan hukuman gantung ke atas dua pengawal peribadi Najib masih belum menulis penghakimannya lagi; membuatkan ramai yang bertanya - adakah ini penututpan kes bunuh yang terbesar dalam sejarah Malaysia yang melibatkan sistem kehakiman dan kerajaan?

Kemudian ada pula isu cincin berlian bernilai RM24 juta, yang dikaitkan dengan isterinya Rosmah Mansor. Bersama dengan desas-desus mengenai pembelian barangan mewah, percutian ke luar negara bersama kuncu-kuncunya yang menggunakan wang rakyat, Rosmah Mansor merupakan tanggungan berat tabung negara dan juga untuk imej politik Najib.

Kemudian ada juga kes perbicaraan Sodomi II yang sedang berlangsung, dengan adegan 'beri kami sepina kalau mahu lihat kami di mahkamah' yang dimainkan oleh Najib dan Rosmah. Adalah mencabar logik akal sekiranya paasngan itu alah kepada mahkamah untuk membersihkan nama mereka daripada tuduhan memerangkap Anwar Ibrahim. Halim dijangka membuat keputusan mengenai alasan bertulis Najib yang beliau tidak tahu-menahu tentang kes perbicaraan Sodomi II itu pada hari Khamis, alasan yang sama yang diberikan oleh Rosmah.

Mahathir memberi amaran kepada Najib

Sudah pastinya Mahathir sedang marah. Ekonomi yang merudum, kos sara hidup yang meningkat dan pergolakan dalaman UMNO sudah pastinya membebankan fikirannya tetapi tidak pada Najib. Sebaliknya, Najib kelihatan seperti hanyut ke sana-sini.

Dan yang terbaru sekali, Najib yang berumur58 tahun itu sedang berusaha keras untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang paling 'cool'. Mudah sahaja untuknya, yang tidak merasa apa-apa dengan membazirkan berjuta-juta wang rakyat untuk publisiti palsu.

Patutlah berpendapat sekiranya pilihanraya diadakan pada tahun ini, BN dan UMNO akan hilang kuasa dalam kerajaan. Jadi sekarang, Mahathir Mohamad bertindak dengan serupa seperti apa yang beliau lakukan terhadap Abdullah Badawi - untuk memastikan Najib masuk balik ke dalam botol, seperti jin buruk, dan jika perlu, digantikan sebelum pilihanraya akan datang.

Najib lawan balik

Barangkali inilah puncanya Najib tidak mengambil peduli. Dia masih berusaha keras untuk meraih kembali sokongan untuk menang dalam PRU-13 dengan seberapa besar majoriti yang mungkin. Ya, Najib mempunyai alasan yang kukuh untuk mengadakan pilihanraya sebelum mesyuarat agung UMNO pada bulan Disember. Dia merupakan seorang Perdana Menteri tanpa mandat rakyat, mengambil kuasa daripada Abdullah Badawi di atas pengundurannya daripada kerusi Presiden UMNO pada tahun 2009. Jika Najib meraih mandat rakyat sebelum mesyuarat agung UMNO pada bulan Disember nanti, adalah lebih sukar untuk menyingkirnya daripada kerusi Presiden UMNO.

Terdapat juga spekulasi bahawa majlis tertinggi UMNO mahukan rancangan pemindahan kuasa yang terperinci daripadanya kepada Muhyiddin. Najib tidak dijangka untuk menghabiskan tahun 2012 sebagai PM walaupun BN berjaya mengalahkan Pakatan pada PRU-13. Oleh itu, adalah lebih penting lagi buat Najib untuk meraih mandat rakyat untuk mempunyai apa-apa kuasa dalam kepimpinan UMNO.

Untuk Mahathir pula, persembangan-persembangan di kedai-kedai kopi di seluruh negara adalah untuk membuang masa sehingga pilihanraya parti diadakan pada Oktober 2012, di mana Najib dijangkamendapat tentangan keras daripada timbalannya, Muhyiddin Yassin. Alternatifnya, Mahathir mahukan rancangan pemindahan kuasa bermula semasa pertemuan delegasi parti pada minggu pertama Disember tahun ini. Bagi Mahathir, kemenangan PRU-13 adalah segala-galanya. Lebih baik kehilangan seorang individu daripada mengalami kekalahan di tangan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh musuh yang paling dibencinya, Anwar Ibrahim.

Inilah pergolakan Mahathir vs Najib, dan ia semakin menjadi-jadi setiap hari. Najib mahu tetap berkuasa melaui persepsi rakyat, manakala Mahathir mahukan BN tetap berkuasa dengan mengorbankan seorang individu. Dan pada akhirnya, pihak yang kalah itu bukanlah pihak yang melawan tetapi pihak yang direbutkan. Dan pihak ini adalah rakyat yang sentiasa diketepikan untuk hanya menonton perlawanan politik UMNO.

- Malaysia Chronicle

Ribuan hadiri Perhimpunan 109 – protes Lynas

Posted: 08 Oct 2011 08:58 PM PDT

Kira-kira 2,000 membanjiri pantai Taman Gelora, Kuantan bagi memberikan menyatakan bantahan terhadap pembinaan loji nadir bumi di Gebeng.

Dinamakan "Himpunan Hijau 109″, penhimpunan itu dipendekkan oleh anggota polis yang menghalang penceremah membuat ucapan.

Mengikut Malaysiakini, permit berhimpun dalam program NGO alam sekitar itu ditarik balik malam tadi ekoran terdapat program khidmat negara.

Bagaimanapun pagi ini, mereka tetap berkumpula mulai jam 8.30 pagi di bawah pemerhatian kira-kira 50 anggota polis.

Orang ramai kelihatan enggan berganjak dan membina perisai manusia tetapi selepas ditolak polis polis mereka menjadi marah dan mula mengebu serta meneriakkan slogan "Hidup rakyat".

Ketua Polis Daerah Kuantan Mohd jasmani Yusof bagaimanapun tetap menegaskan supaya orang ramai bersurai.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=21522

HUDUD : PAS hadapi risiko kehilangan sokongan bukan Islam

Posted: 08 Oct 2011 08:28 PM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Okt — PAS berhadapan dengan risiko kehilangan sokongan dan mencetuskan keadaan keluar beramai-ramai dari sayap bukan Muslim jika parti Islam itu tidak mengalah dalam isu hukum hudud, kata Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Hu Pang Chaw.

Menurut Hu, ramai ahli dewan itu tidak gembira dengan langkah PAS mahu memperkenalkan hukum hudud di Kelantan.

Justeru beliau memberi amaran langkah itu akan menyebabkan ahli-ahli sayap paling muda PAS itu meninggalkan secara besar-besaran, sekali gus menjejaskan peluang parti komponen Pakatan Rakyat itu dalam pilihan raya umum.

Dewan itu dibentuk secara formal tahun lalu dengan dinaikkan taraf daripada sebuah kelab yang wujud sejak enam tahun lalu.

"Kita perlu mengakui bahawa dalam politik apa sahaja boleh berlaku," kata Hu kelahiran Kelantan ketika menegaskan pendiriannya kepada The Malaysian Insider.

"Apabila anda jatuh cinta dengan seseorang, kalau apa pun terjadi, anda akan bersama. Tetapi apabila cinta sudah mula hilang, apabila perasaan sudah tiada, anda akan ikut jalan anda, saya akan ikut jalan saya sendiri," katanya.

Minggu lalu, Hu mempertahankan pendiriannya bahawa parti itu perlu memberi penjelasan secukupnya kepada masyarakat bukan Islam berhubung cadangan untuk melaksanakan hukum hudud.

Katanya, jika penjelasan itu tidak diberikan dan bukan Islam belum memahaminya, selagi itulah PAS tidak boleh melaksanakan hukum berkenaan di sebuah negara yang didiami masyarakat majmuk.

"PAS perlu mengambil kira dan menerima pandangan saya sebagai ketua dan pemimpin yang mewakili masyarakat bukan Islam," katanya sebelum ini.

Beliau memberitahu The Malaysian Insider bahawa persekitaran semasa ini adalah benar apabila penyokong-penyokong kalangan kaum Cina dalam PAS, yang bersedia untuk meninggalkan parti itu, jika mereka merasakan mereka sudah tidak memperoleh "hasil pelaburan."

"Apabila mereka merasakan parti ini, tidak boleh dilihat sebagai parti terbaik, mereka akan bertindak keluar. PAS perlu ingat perkara ini," katanya lagi.

PAS seharusnya menerima bahawa Malaysia merupakan negara pelbagai kaum dan oleh itu, melupakan usaha mahu mengenakan hukum hudud ke atas bukan Muslim kerana tindakan seumpama hanya akan menyebabkan kesan ke atas parti tersebut, tambah Hu.

Katanya, PAS seharusnya menggugurkan "fobia" bukan Muslim dan menerima persekitaran blok undi baru berbanding berpegang kepada pemikiran lama hanya memperjuangkan kepentingan kaum Melayu.

"Nasihat iklhas saya kepada pemimpin-pemimpin PAS ialah jika mereka benar-benar mahu mengambil alih Putrajaya, mereka harus menerima cara hidup ini," katanya.

Dewan Himpunan Penyokong PAS yang mempunyai 20,000 ahli dikatakan berjaya merapatkan jurang antara PAS dan bukan Islam dan mewujudkan imej baru parti itu di kalangan kaum Cina dan India.

Awal bulan ini, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau masih menaruh harapan hukum hudud dapat dilaksanakan di negara ini sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13.

Bulan lalu, Nik Aziz berkata hukum hudud bukan ideologi sebaliknya adalah wajib untuk dilaksanakan dalam undang-undang Islam.

Nik Aziz juga menegaskan beliau lebih rela jika DAP mahu keluar dari Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud.

Baru-baru ini Pakatan Rakyat mengambil pendirian tegas bahawa hukum hudud tidak akan menjadi sebahagian daripada dasar bersama perikatan itu sehingga kesemua parti komponen menzahirkan persetujuan dan konsensus.

Tambah Nik Aziz, hukum hudud hanya melibatkan orang Islam dan orang bukan Islam tidak perlu risau sekiranya ia dilaksanakan. - The Malaysian Insider



Bajet 'Gula-Gula' 2012 - Akan bebankan rakyat lepas PRU 13

Posted: 08 Oct 2011 07:47 PM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Sambil menyifatkan Bajet 2012 diumumkan semalam sebagai belanjawan pilihan raya dengan pelbagai pemberian'gula-gula' oleh kerajaan BN kepada rakyat untuk dinikmati dalam jangka pendek, Pemuda PAS mendakwa kesannya akan membebankan orang ramai setelah selesai pilihan raya umum ke-13.

"Sebelum pilihan raya, mereka sanggup memberikan apa sahaja kepada rakyat dengan melibatkan peruntukan yang besar, tetapi setelah selesai pilihan raya dan kemenangan pula berpihak kepada mereka, rakyat pasti akan dikenakan pelbagai bebanan lain pula nanti," kata Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan hari ini.

"Jika dalam pilihan raya umum ke-13 nanti dimenangani oleh BN juga, selesai sahaja pilihan raya, barangan keperluan utama rakyat pasti akan dinaikkan secara mendadak oleh kerajaan, di samping pelbagai jenis cukai," kata beliau.

Permainan seperti itu, menurut beliau, sememangnya telah dilakukan oleh BN sejak dulu dan ia amat perlu disedari oleh seluruh rakyat negara ini agar tidak terus tertipu.

Malah sekarang pun, kata Nasrudin, rakyat juga boleh menilai tentang permainan BN itu apabila banyak juga peruntukan lain yang disediakan itu jelas memberikan keuntungan kepada para pemimpin BN dan kroni-kroni mereka sendiri.

"Tindakan itu dilakukan menerusi pemberian subsidi tertentu kepada pihak-pihak terbabit, tetapi tidak pula ditambah peruntukan subsidi petroleum bagi menurunkan harga minyak untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh orang ramai," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Kata beliau, kerajaan BN ternyata terus kekal dengan ketidakadilannya apabila menganaktirikan 12 juta pekerja yang juga rakyat negara ini menerusi Bajet 2012.

Bajet 2012 dengan dana RM232.8 bilion dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menerusi bajet tersebut, jelas beliau, kerajaan hanya mementingkan 1.3 juta pekerja sahaja yang juga para penjawat awam dengan kenaikan gaji RM500 sebulan mulai tahun hadapan, tetapi menafikan hak pekerja-pekerja lain yang jauh lebih besar jumlahnya.

Nasrudin menambah, dengan ketidakadilan itu, bajet tersebut ternyata hanya bersifat one off dan ia tetap gagal menyelesaikan masalah kewangan serta kos sara hidup tinggi yang dialami oleh rakyat negara ini.

Menurut beliau, dengan itu, bajet tersebut jelas bertujuan untuk menggula-gulakan rakyat bagi memancing undi pilihan raya, tetapi tetap gagal menyelesaikan permasalahan dan bebanan yang dialami oleh rayat dalam jangka masa panjang.

Katanya, ketidakikhlasan kerajaan BN dalam membantu rakyat turut kelihatan apabila bekas polis dan tentera termasuk yang bertugas ketika zaman darurat sama ada balu, duda dan sebagainya hanya baru dibantu sekarang dengan sumbangan RM3,000 seorang.

"Pada hal mereka sepatutnya dah lama diberikan bantuan seperti itu. Kenapa baru sekarang hendak diberikan?" katanya lagi.

Bagaimanapun, menurut beliau, kesemua pihak terbabit wajar menerima sumbangan tersebut kerana ia sememangnya merupakan hak mereka sendiri yang sepatutnya sudah lama diberikan oleh kerajaan.

Katanya, sungguhpun begitu, Pemuda PAS tetap meragui sama ada sumbangan tersebut benar-benar akan sampai kepada sasaran.

"Sejak dulu, BN sememangnya terkenal dengan masalah ketirisan dalam pengagihan sumbangan-sumbangan seperti itu kepada golongan sasar.

"Kali ini, pelbagai pihak turut meragui sama ada wang tersebut akan sampai sepenuhnya kepada sasaran atau tidak atau tetap terus tiris di tengah jalan juga seperti yang lalu," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau berharap agar seluruh rakyat negara ini tidak terpengaruh dengan gula-gula BN itu kerana ia tetap tidak akan memihak kepada rakyat. - TMI

BERSIH 2.0 : Siasatan Kementerian Kesihatan sahkan polis telah langgar SOP

Posted: 08 Oct 2011 07:46 AM PDT

Bersih: Anggota taraf koperal langgar SOP, polis masih kumpul bukti

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Polis memberi jaminan akan mengambil tindakan disiplin ke atas anggotanya – seorang yang berpangkat koperal – jika didapati bersalah melanggar garis panduan operasi (SOP) semasa meleraikan perhimpunan Bersih 2.0 di kawasan Hospital Tung Shin pada 9 Julai lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, anggota yang telah dikenal pasti itu berpangkat koperal.

Namun beliau berkata pihaknya masih mengumpulkan bukti bagi menyiasat kesahihan dakwaan bahawa anggota berkenaan bertindak di luar garis panduan operasi polis (SOP) semasa melaksanakan tugas.

"Kita akan ambil tindakan disiplin dan tatatertib di peringkat IPK (ibu pejabat polis Kuala Lumpur) jika siasatan mendapati perkara itu benar," kata beliau selepas merasmikan Program Cegah Jenayah Bersama Polis KL dan Yayasan Cegah Jenayah di Institut Latihan Perindustrian di sini hari ini.

Dipetik Bernama Online, Mohmad berkata, setiap anggota polis yang didapati melanggar peraturan SOP semasa melaksanakan tugas perlu diberikan ruang dan peluang untuk membela diri sebelum sebarang tindakan disiplin atau undang-undang diambil ke atas mereka.

"Buat masa ini anggota itu masih lagi bertugas dan kita telah beri dia peluang untuk bela diri serta minta dia berikan alasan atas dakwaan itu dan mengapa dia berbuat demikian (sekiranya perkara itu berlaku)... setakat ini, kita belum terima apa-apa maklum balas daripada anggota berkenaan," katanya.

Kenyataan Kementerian Dalam Negeri Selasa lalu menyebut siasatan Kementerian Kesihatan mengesahkan polis telah melanggar SOP dan bertindak secara tidak beretika ketika hendak meleraikan perhimpunan Bersih 2.0 di kawasan Hospital Tung Shin.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata anggota polis yang didapati bersalah akan dirujuk kepada lembaga disiplin Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mahmood berkata, Kementerian Dalam Negeri mengambil maklum hasil laporan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Siasatan Dalaman Peringkat Tertinggi, Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai insiden gas pemedih mata dan meriam air ditembak ke dalam kawasan Hospital Tung Shin.

"Keputusan siasatan mendapati bahawa memang wujud tindakan tidak beretika dan di luar daripada garis panduan operasi polis oleh kakitangan PDRM ketika tindakan penguatkuasaan dilakukan dalam menangani ahli perhimpunan yang secara salah mempergunakan premis hospital tersebut," kata beliau.

Mahmood menambah, laporan itu antara lain menyebut bahawa berlaku semburan air oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat parkir kenderaan bertingkat dan pintu masuk utama hospital itu.

"Bagaimanapun, tindakan ini adalah semata-mata bertujuan untuk menyuraikan kelompok penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di dalam kawasan hospital," kata beliau lagi.

Mahmood juga berkata laporan itu menunjukan bahawa berlaku tembakan gas pemedih mata dari arah premis Waz Lian oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat letak kereta awam yang terletak di luar kawasan hospital, dan bagaimanapun, dakwaan yang menyatakan berlakunya tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital adalah tidak benar kerana ia berlaku di tempat letak kereta awam yang terletak di luar kawasan hospital berkenaan.

"Berlaku lontaran 'bom asap' oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat parkir kenderaan Hospital Bersalin Cina," kata beliau.

Berhubung insiden lontaran bom asap, kata Mahmood, hasil siasatan mendapati ia bukan berlaku dalam kawasan Hospital Tung Shin tetapi di kawasan Hospital Bersalin Cina di mana dari segi pentadbirannya, adalah berasingan daripada Hospital Bersalin Cina.

"Pihak Hospital Bersalin Cina sebenarnya telah memberhentikan operasinya semenjak September 2006 kerana akan dibuat pengubahsuaian secara makro atau menyeluruh terhadap keseluruhan premisnya yang akan bermula pada bulan Disember 2011," katanya lagi.  - TMI

Al Fatihah : OCPD Subang Jaya meninggal dunia

Posted: 08 Oct 2011 12:38 AM PDT

PETALING JAYA: Subang Jaya police chief Asst Comm Zainal Rashid (pix) passed away of a heart attack on Saturday. He was 56.

"He was playing golf in Kota Permai when he complained of chest pains and collapsed.

"He was rushed to Colombia Hospital in Kota Kemuning where he was pronounced dead," Subang Jaya police administration chief Deputy Supt J.G. Raj said.

ACP Zainal, who turned 56 on Sep 16, leaves behind a wife and five children. He was Subang Jaya OCPD since 2007

Tiada ulasan: