Selasa, 18 Oktober 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Utusan lapor Setiausaha WTO, PBB puji Barisan Nasional

Posted: 17 Oct 2011 01:33 PM PDT

AKHBAR propaganda Rosmah Mansor, Utusan Malaysia, hari ini menyiarkan satu laporan yang berjaya menggeletek paru-paru dan ginjal pembaca.

Lantaran Najib menerima sepucuk surat terbuka jemputan menyertai Kempen Tourism Pemimpin-pemimpin Dunia daripada Setiausaha Agung WTO, Dr. Taleb Rifai, Utusan menokok tambah cerita kononnya Dr. Talib mengiktiraf dan memuji Barisan Nasional.

Utusan melaporkan kononnya, Setiausaha Agung WTO, Dr. Taleb Rifai berkata, kejayaan Malaysia muncul selaku salah satu daripada 10 destinasi paling menarik di dunia membuktikan keupayaan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membangunkan sektor pelancongan


Sebaliknya Bernama dan beberapa portal berita lain melaporkan bahawa Najib sekadar menerima surat terbuka memandangkan WTO tidak cukup sokongan di dalam program mereka.

Lantaran itulah WTO menjemput Najib secara terus untuk mendapatkan sokongan di rantau ini, itupun hanya melalui sepucuk surat terbuka. Tapi dengan bangganya Utusan menokok tambah siap kata Barisan Nasional dipuji bagai kah kah kah.


Tak hairanlah Utusan Malaysia ni selalu sangat kena saman sebab suka sangat putar belit dan menokok tambah berita. Dahlah kena saman, kalah pulak tu...

ReJaM© "Setiausaha WTO ni tak kenal pun Barisan Nasional tu menatang apa..."

Tiada ulasan: