Sabtu, 15 Oktober 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Aktiviti riadah Tuan Guru Nik Aziz menebas rumput (Video)

Posted: 14 Oct 2011 07:11 PM PDT

Sebelum ini (tahun lalu) ReJaM© pernah kongsikan aktiviti harian Tuan Guru Nik Aziz di masjid bersebelahan rumahnya rujuk sini [Masjid Pulau Melaka].

KALI ini ReJaM© nak kongsi sebuah video ekslusif Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat di dalam mengisi masa lapangnya (riadah).

Tidak dinyatakan di manakah lokasi video ini dirakamkan. Terima kasih kepada pengirim video ini.


Jika anda memiliki video-video ekslusif seperti ini, dan mahu dikongsikan bersama bolehlah hantar ke email MiLo SuaM, share.milosuam@gmail.com.


ReJaM© "Tuan Guru Nik Aziz selalu menyejukkan hati..."

Sultan Brunei ulangi pendirian mahukan Hukum Islam

Posted: 14 Oct 2011 06:18 AM PDT



BAGINDA Sultan Brunei, juga Yang Dipertuan Agong Brunei di dalam titahnya menyebut
"Siapa kita di hadapan Allah, untuk mengatakan tidak atau tunggu dulu? Undang-undang Islam bukan sahaja digubal malah sudah tercatat di dalam Al-Quran dan Hadis lebih 1400 tahun dahulu".
Baginda Sultan Brunei mengulangi seruannya mahu Brunei melaksanakan Undang-undang Islam melalui pembentukan satu Akta Jenayah Islam. Tambah Baginda:
"Kita tidak ada pilihan melainkan untuk taat kepada segala perintah Allah"
Baginda turut bertitah, "tanpa perlaksanaan Hukum Islam, akan menimbulkan persoalan pendirian Brunei terhadap Al-Quran dan Hadis"


Sultan Brunei, bersungguh-sungguh mahu melaksanakan Hukum Islam di negaranya. Tetapi pemimpin negara kita bersungguh-sungguh mencari alasan untuk tidak melaksanakan Hukum Islam.

Bukan itu sahaja, malah pemimpin kita memberi jaminan tidak akan melaksanakan Hukum Islam (Hudud) walaupun percaya ia Undang-undang Allah SWT dengan alasan tidak berpaksi kepada realiti.

Saksikan pengakuan dan jaminan pemimpin kita di bawah ini.




ReJaM© "Pemimpin kita lebih bijak dari Allah yang menciptakannya..."


Rujukan: [Brunei Times]

Tiada ulasan: