labun KulupSakah... |
siri bercakap dengan Che'gubard.. Posted: 25 Oct 2011 11:16 PM PDT Bangsar Foodcourt Nasi lemak Famous malam raya deepavali maaf interbiu di tempat gelap tetapi jawapan cukup terang. aku : Che'gubard (CB) ni sebok-sebok lancarkan jentera PRU di Rembau ni yakin ke jadi calon situ? Sekali parti tak calonkan macamana? CB : Kita teruskan buat kerja. Persoalannya sekarang regim yang mesti kita robohkan. Najib akan buat PRU sebelum Suruhanjaya Pilihanraya buat kerja. Kita mesti robohkan regim. Soal nak jadi calon ke, tawar diri bertanding ke ~ macamana kau masuk PRU dalam keadaan 8 tuntutan Bersih2.0 tak dipenuhi? Bagaimana nak masuk dalam keadaan kita akan ditipu? aku : Jatuhkan regim, tak ke nampak percubaan CB ni bodoh? CB : Aku cuba sekurang-kurangnya tapi masuk PRU dalam keadaan dah gerenti kalah adalah lebih bodoh. aku : Jadi? CB : SAMM (Solidariti Anak MUda Malaysia) sedang berbincang dengan pimpinan parti Pakatan Rakyat dan kita sedikit masa lagi akan menuntut agar Najib jika berani~ umumkan tarikh PRU. Kita akan tuntut ini dan jika dia berani dia akan umum dan kita galakkan semua rakyat menuntut ini. Lagi bagus kalau cakap dia pengecut jika tak umum. aku : Apa cerita kes kau pada Pemilihan PKR hari tu? CB : Takde apa. aku : Ke mana hala tuju AMK? Mengapa ada Jingga 13 la, Road To pUtrajaya laa,... CB : Maleh nak cito lah bang.... aku : ok ..ok... er sokongan anak muda terhadap SAMM? CB : Alhamdulillah, kita ada rangkaian di seluruh negara. Paling kuat di Johor dan Sabah bang. aku : Rock! untuk baca lebih lanjut, sila ke blog Che'gubard di sini - aku nak tanya apa pandangan dia ada orang parti dan dari AMK yang kata dia lone rangerlah atau dia buat benda ni jadi pecah-belahlah atau tindakan berani mati ni bahayalah nanti jadi macam Ezam.... aku rasa TAK RELEVAN. Akupun tau jawapannya. Kau pun boleh jawabkan? - ada yang kata dia politisi bodoh , buku apa yang dia baca pasai revolusilah... macam-macam! Blog KulupSakah pun tak suka tanya dan perkecilkan apa orang itu buat apa orang ini juang? Kulupsakah pun bukan kem mana-mana..bukan orang itu bukan pecacai orang ini. cuma aku boleh komen, "Che'gubard tak berhenti-henti kerja dari dulu sampai hari ini!" Mungkin lepas ni KulupSakah akan pergi jumpa anak-anak muda yang lain untuk interbiu. RUNTUHKAN REGIM! |
You are subscribed to email updates from KulupSakah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan