Khamis, 20 Oktober 2011

labun KulupSakah...

labun KulupSakah...


lagu tiga kupang

Posted: 19 Oct 2011 11:16 PM PDT

ini status di fb aku:
Ronasina Kartunis siapakah burung hitam yang patuk batang hidung dayang dalam "Lagu Tiga Kupang"? Dan saku siapakah yang penuh padi? Dan kenapa bila padi masak burung nyanyi saja tentu sedap makan bagi pada raja? Kenapa Raja buat kira-kira dan suri makan roti gula? HAAAAIHHH??

maka mengomenlah akan sahabat-sahabat tentang lagu ini seperti di bawah:-

Zack Rahim Nanti lah, wa bwk isu Dayang Tepi Kolam ni ke Kongres nanti!
Hariyati Ahmad menarik tu..
Eiza Ibrahim Hahaha...kreatif sungguh penulis lirik itu...
Faszt Alin Adan Dan juga siapa pencipta lagu asal Sing A Song A Sixpense A Pocket Full Of Rye yg mana lagu ni berasal, DAN penterjemah lagu yg mengambil kesempatan ke atas lagu ni (atau mungkin penterjemah lagu sendiri tak perasan impak senikata lagu ni pada dekad 2010an??)
Nije Black ‎1 lagi lu tertinggal bro....siapakah 6 ekor burung masuk dalam kuali?
Raja Rohaisham Raja Muhaiddin burung hitam yg patuk batang hidung dayang tu rais yatim kot...
Raja buat kira-kira..aperr yg d kira2 derr.??4
Zack Rahim Sbnrnya, byk lg persoalan: 1. Apakah kuali yg digunakan utk masak 6 ekor burung itu kuali import? 2. Apkahkah tahap kebersihan dapur di pantau oleh JAIS? 3. Berapakah kos utk memulihkan hidung dayang yg dipatuk dan apakah K'jaan pusat yg menanggungnya? 4. Berapakah kerugian kepada hasil padi negara bila terdapat padi di dlm saku? 5. Kenapakah Jabatan Audit Negara membiarkan Raja buat kira2? Bukankah ia kerja Jabatan Akauntan Negara? 6. Apakah Kementerian Pengguna tahu bahawa gula diseludup ke istana? 7. Apakah tindakan Menteri Kebudayaan atas royalti kpd lagu yg burung nyanyi saja tu? 8. Apakah PM sedar bahawa lagu tiga kupang ni bukti bahawa rakyat dlm tahap miskin yg melampau? 3 kupang je!!! 9. Apakah Parlimen akan dibubarkan bila 6 ekor burung dah masuk dalam kuali?
Ronasina Kartunis mungkin 6 ekor burung tu bermaksud 6 kotak yg dibawa seekor burung masuk dlm kuali

korang macamana?

Tiada ulasan: