Kerabu Bersuara ® |
- Gosip Panas! Khairul Fahmi Apek Bersosial Dengan Kekasih Di Tempat Hidangan Minuman Arak?
- Bakar bendera Terengganu di stadium, lelaki dibelasah teruk
- Menanti Sebuah Jawapan Dari Puak Umno
- SU Agung: Ahli PAS kena terima sistem dua parti jika mahu tumbang BN
- Koh Tsu Koon: PapaGomo Kencing!
- Aziz Bari buat laporan di Taiping, polis sah peluru jenis caliber 9mm
- Cis DAP
- Pendedahan Penting Cincin Cincin RM24.5 Juta oleh Chegubard dan SAMM !!
- Isu bahasa lambang hipokrasi Umno
- Kegagalan kerajaan Umno-BN kekang masalah hutang
Gosip Panas! Khairul Fahmi Apek Bersosial Dengan Kekasih Di Tempat Hidangan Minuman Arak? Posted: 30 Oct 2011 08:00 AM PDT Apek! kamu ada masa lagi. Tolong kembali ke pangkal jalan. Team kami pun bukan orang sempurna juga, tapi menjadi tanggungjawab kami ajak mung balik ke jalan lurus. Balik Apek! Tolong la. Banyak benda yang kami tengok mung buat semakin tersasar. Banyak dah berita yang datang kat meja blog kami ni. Keluar dari tempat yang penuh pancaroba dan fitnah ni. |
Bakar bendera Terengganu di stadium, lelaki dibelasah teruk Posted: 30 Oct 2011 05:17 AM PDT SEORANG lelaki yang dipercayai penyokong pasukan bola sepak Negeri Sembilan dibelasah teruk di Stadium Shah Alam malam tadi selepas perlawanan akhir Piala Malaysia, Terengganu menentang Negeri Sembilan. Lelaki tersebut dibelasah beramai-ramai oleh penyokong bola sepak Terengganu kerana tindakannya yang didakwa telah membakar bendera Negeri Terengganu serta mencetuskan provokasi setelah pasukan Terengganu tewas 1 - 2 kepada Negeri Sembilan. Lelaki tersebut dikatakan mencetuskan provokasi dengan membakar bendera Negeri Terengganu di kawasan tempat letak kereta penyokong Terengganu. Rakan-rakan yang cuba menyelamatkannya juga turut terkena pukulan sekumpulan penyokong Terengganu yang berang dengan tindakan itu. Tindakannya yang cuba menyelamatkan diri dengan melarikan diri ke dalam sebuah bas penyokong Terengganu memburukkan lagi keadaan. Meskipun ada segelintir penumpang yang simpati, lelaki tersebut terus dipukul. |
Menanti Sebuah Jawapan Dari Puak Umno Posted: 30 Oct 2011 04:33 AM PDT |
SU Agung: Ahli PAS kena terima sistem dua parti jika mahu tumbang BN Posted: 30 Oct 2011 03:57 AM PDT KUALA LUMPUR, 30 Okt – Di sebalik spekulasi pilihan raya umum ke-13 akan dipanggil dalam waktu terdekat, PAS menegaskan sistem dua parti pasti akan menjadi kenyataan di negara ini dalam waktu terdekat dan ia sangat penting untuk mengakhiri penguasaan Barisan Nasional (BN). PAS kini menganggotai Pakatan Rakyat yang dibentuk secara formal selepas pilihan raya umum 2008. Dua rakannya ialah DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat - dalam tempoh enam bulan akan datang. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menjangkakan sistem dua parti akan menjadi realiti sekitar lima tahun lagi dan paling lewat 10 tahun dari sekarang. Sehubungan itu kata beliau, kewujudan sistem itu berdasarkan perkembangan dan tuntutan semasa, tetapi bergantung kepada kesediaan ahli-ahli PAS sendiri untuk menerimanya setelah mereka memahami dengan jelas mengenai perkara tersebut. Mustafa berkata keadaan sekarang masih tidak mengizinkan untuk diwujudkan sistem itu kerana masih terdapat di kalangan ahli PAS sendiri yang tidak bersedia untuk menerimanya. Menurut beliau, keadaan itu berlaku disebabkan sesetengah ahli PAS masih tidak memahami keperluan sistem dua parti ekoran kegagalan mereka memahami tahaluf siyasi atau kerjasama politik antara PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat. Sebelum ini meskipun ada pelawaan Umno untuk mewujudkan kerjasama politik dan mengadakan kerajaan perpaduan, PAS tetap menolak tawaran itu, sebaliknya berjanji akan kekal bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat. Kerjasama itu membawa kepada kemenangan di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor selain Kelantan pada 8 Mac 2008. Pakatan Rakyat yang memperoleh 84 kerusi juga menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen. Mustafa setersunya berkata perkembangan ke arah kewujudan sistem dua parti telah pun berlaku di negara ini dan ia tercetus hasil kerjasama politik antara PAS dan parti Melayu Semangat 46 (S46) pada pilihan raya umum 1990 dan 1995. "Sistem dua parti merupakan perkara penting bagi PAS dan Pakatan Rakyat kerana dengan itu akan lebih memudahkan usaha bersama untuk mengalahkan BN dalam pilihan raya. "Dengan adanya sistem dua parti barulah PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat boleh menggunakan lambang satu parti seperti yang dilakukan oleh parti-parti dalam BN yang hanya menggunakan lambang BN ketika menghadapi pilihan raya," katanya dipetik Harakahdaily. Mustafa berkata, kerjasama politik antara PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat tidak seharusnya menjadi pertikaian ahli-ahli PAS kerana ia berasaskan hukum syarak. "Sebelum diadakan kerjasama itu, pucuk kepimpinan tertinggi PAS telah pun 'bermerah mata' membincangkannya secara mendalam berhari-hari, termasuk membawa kepada perbincangan bersama ulama-ulama Islam di seluruh dunia yang berada dalam gerakan Islam," katanya. Konsep tahaluf siyasi kata beliau, adalah salah satu strategi atau pendekatan yang diambil oleh PAS dalam politik untuk menang dalam pilihan raya dan ia berbeza sama sekali dengan dasar perjuangan PAS untuk mendaulatkan Islam di negara ini. Jelas beliau, perkara itu perlu difahami dengan mendalam oleh setiap ahli PAS agar tidak menimbulkan kekeliruan mengenainya, apatah lagi sehingga boleh melemahkan semangat perjuangan untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen di muka bumi ini. "Tapi walaupun tidak faham, ahli-ahli PAS tetap juga wala dengan pemimpin. Itulah sifat terpuji yang ada pada ahli-ahli PAS. Sungguhpun begitu, jika tidak faham kenalah bertanya kepada pemimpin. Paling tidak, bertanyalah kepada pesuruhjaya PAS di negeri masing-masing," katanya. Sehubungan itu, beliau akan mengarahkan bahagian penerangan PAS agar menerangkan keperluan tersebut kepada ahli-ahli parti bagi membolehkan konsep tahaluf siyasi difahami oleh ahli-ahli PAS di segenap peringkat. |
Koh Tsu Koon: PapaGomo Kencing! Posted: 30 Oct 2011 01:46 AM PDT PRU: Koh nafi maklum blog mahu cabar Guan Eng KUALA LUMPUR, 30 Okt — Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini menafikan bahawa beliau ada ditemu bual oleh blogger yang memuatkan artikel dalam sebuah laman blog yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada pilihan raya umum akan datang. Sambil menepis laporan itu Koh menyifatkan penulis blog sebagai golongan yang suka menulis apa sahaja walaupun ia tidak benar. Beliau berkata penulis blog menulis apa sahaja yang dikehendaki dan ada juga blog-blog lain yang menulis pelbagai perkara mengenai dirinya. "Saya tidak akan memberikan komen berdasarkan hanya satu penulisan di blog, mereka boleh kata apa sahaja yang mereka mahu... ada juga beberapa blog yang menulis pelbagai perkara lain berkaitan diri saya. "Setiausaha akhbar saya sudah pun menafikannya, saya tidak pernah ditemu bual oleh mana-mana blogger ... jadi bagaimana mereka boleh menyebut saya yang bercakap," katanya dipetik Bernama Online. Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri diminta mengulas tulisan dalam blog PapaGomo yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Lim, yang juga Setiausaha Agung DAPdi mana-mana kawasan untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13. Dalam entri bertajuk 'Koh Tsu Koon Cabar Lim Guan Eng Satu Lawan Satu' itu, Koh dipetik sebagai berkata "Saya secara peribadi berhasrat bertanding menentang Lim Guan Eng tidak kira di mana kerusi yang beliau akan tandingi di Pulau Pinang. Menurut entri di blog itu lagi, Koh didakwa sudah pun menyampaikan hasratnya bertanding pada pilihan raya umum ke-13 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan juga kepada seluruh kepimpinan Gerakan. |
Aziz Bari buat laporan di Taiping, polis sah peluru jenis caliber 9mm Posted: 30 Oct 2011 01:43 AM PDT KUALA LUMPUR, 30 Okt — Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari hadir di ibu pejabat Polis Daerah Gombak dekat sini bagi memberi keterangan susulan berhubung sebutir peluru dan nota ugutan yang diterimanya pagi semalam. Beliau berkata dalam kejadian pada pukul 11.45 pagi semalam peluru dengan nota ugutan yang tertulis "jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti" itu, dihantar melalui pos ketika beliau mahu pulang ke rumah mertuanya di Taiping, Perak. Aziz kini disiasat pengurusan UIA, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kenyataannya menyentuh titah Sultan Selangor berkenaan kes Gereja Methodist Damansara Utama, awal bulan ini. "Saya telah membuat laporan semalam di Balai Polis Taiping dan hari ini saya datang untuk memberi keterangan lanjut . . . pihak polis telah mengambil peluru tersebut untuk siasatan," katanya. Dipetik Bernama Online, Aziz berkata ugutan yang diterima tidak akan mematahkan semangatnya untuk meneruskan tugas seperti biasa dan beliau yakin mungkin ada segelintir pihak yang kurang berpuas hati dengan komen beliau terhadap titah Sultan Selangor baru-baru ini. Tindakan Aziz mempertikai titah Sultan Selangor dibantah beberapa pihak, termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan keengganan pensyarah itu meminta maaf sebagai "kurang ajar". Polis mengesahkan peluru yang diterima Aziz adalah jenis caliber 9mm dan motif pihak tertentu menghantarnya masih dalam siasatan. Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan daripada Aziz pada pukul 7 petang semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah. |
Posted: 29 Oct 2011 11:00 PM PDT PPSMI: Gunakan semula sistem lama, DAP gesa Putrajaya Oleh Debra Chong KUALA LUMPUR, 30 Okt — Kementerian Pelajaran perlu lebih fleksibel dan wajar memberi ospyen untuk belajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris, kata DAP sambil menegaskan dasar sedemikian akan membolehkan Malaysia mengekalkan bakat-bakat terbaik dalam negara. Parti pembangkang itu melahirkan pendirian menyokong pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang terus mendesak kerajaan agar mengekalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dengan memberi opsyen kepada para pelajar. "Prinsip paling penting yang Kementerian Pelajaran harus terima pakai ialah pelajar-pelajar yang cerdik tidak harus ketinggalan di belakang hanya kerana ada pelajar yang lemah dalam akademik," kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. "Kedua, dan yang paling penting ialah usaha perlu diambil untuk memastikan sekolah-sekolah berupaya untuk melahirkan modal insan terbaik bagi Malaysia ketika kita sedang berusaha menjadi sebahagian daripada ekonomi berasaskan pengetahuan dalam muncul sebagai negara berpendapatan tinggi," kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini. |
Pendedahan Penting Cincin Cincin RM24.5 Juta oleh Chegubard dan SAMM !! Posted: 29 Oct 2011 09:20 PM PDT |
Isu bahasa lambang hipokrasi Umno Posted: 29 Oct 2011 09:14 PM PDT Oleh: Mat Zain Mat Isa Banyak sangat kenyataan dan gesaan dibuat para pemimpin Umno yang tidak konsisten dengan keputusan dan dasar diterimapakai kerajaan Barisan Nasional (BN) diterajuinya sendiri. Percanggahan pendirian itu bukan sahaja mengelirukan rakyat, malah kerap menyumbang kepada gagalnya dicapai apa-apa gesaan dimaksudkan. Contoh terbaru ialah bagaimana para pemimpin Umno kelihatan sangat bersetuju agar satu akta bagi membendung gejala kemurtadan umat Islam digubal dan dilaksanakan. Mereka nampaknya tidak mahu dinilai sebagai gagal menghayati mood semasa khalayak umum umat Islam, apabila seluruh negara bercakap merasionalkan wujudnya undang-undang berkenaan. Lalu tak semena-mena para pemimpin Umno menyatakan sokongan dan pandangan positif terhadap cadangan itu. Media-media arus perdana pro-BN juga memaparkan pendirian para pemimpin parti itu yang sealiran dengan kecenderungan massa. Sikap itu agak janggal apabila sejak sekian lama Umno diketahui paling lantang membantah pelaksanaan hukum Islam, terutama hudud yang dicadangkan oleh PAS. Pendirian itu malah terus dipegang hingga kini. Kenyataan Presiden Umno baru-baru ini jelas menunjukkan bahawa ia tidak pernah berhasrat melaksanakan undang-undang itu dan tidak juga bersedia memberi laluan mudah kepada pihak lain (baca 'PAS') mendaulatkannya. Sedangkan umum mengetahui bahawa salah satu cabang utama hukum hudud ialah berkaitan murtad. Hanya di sisi hukum Islam kesalahan murtad dianggap sebagai jenayah. Justeru, sepatutnya jika mereka benar-benar bersetuju diwujudkan undang-undang menangani gejala murtad itu, mereka sepatutnya menjadi antara pihak yang sangat menyokong hudud dikuatkuasakan. Begitu juga dalam hal menangani gejala sosial dan keruntuhan akhlak masyarakat, khususnya muda-mudi. Ada ketikanya, terutama apabila berucap di majlis bertemakan penyelesaian masalah sosial, para pemimpin Umno sangat lantang mengutuk kebobrokan moral remaja kini. Berbagai kes sosial, termasuk salahlaku seksual, jenayah dan moral dinukilkan. Mereka kelihatan sangat prihatin dan amat bimbang dengan kecenderungan negatif dalam masyarakat. Cadangan dan pandangan positif bagaimana menanganinya juga disuarakan. Malah ada ketikanya para pemimpin Umno kelihatan jauh lebih alim dan lebih mengambil berat soal penyelesaian menurut ajaran agama berbanding para agamawan atau pemimpin PAS. Lebih-lebih lagi jika khalayak yang ada di depan mereka ketika itu kebanyakannya yang cenderung kepada kehidupan beragama. Sedangkan di masa sama kerajaan ditunjangi Umnolah juara menganjurkan cara hidup yang menyimpang dari lunas-lunas ajaran Islam. Kerajaan sama bertanggungjawab mempromosi berbagai bentuk pesta hiburan, yang bukan sahaja melalaikan masyarakat daripada mengingati Tuhan malah mendorong mereka terjerumus ke arah berbagai permasalahan sosial. Bahkan pernah ada pemimpin parti itu menentang secara terbuka teguran mufti dan agamawan mengenai beberapa program hiburan yang dilulus tayang di kaca tv. Jangan lupa kerajaan BN dipimpin Umno juga pernah menolak mentah-mentah garis panduan hiburan yang telah siap disusun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) beberapa tahun lalu. Penat lelah dan ketekunan para pegawai jabatan itu bertungkus-lumus menyiapkan tata peraturan berkenaan, kononnya atas andaian bahawa kerajaan dipimpin Umno akan merai dan menerimapakai cadangan mereka, akhirnya menjadi sia-sia dan langsung tidak dihargai. Kini para pemimpin Umno sedang bercakap mengenai keagungan dan kehebatan bahasa Melayu. Sehinggakan jika dinilai daripada cakap-cakap mereka kini, seolah-olah negara kita sedang bergerak dalam kadar konsisten ke arah melaksanakan segala urusan rasmi kerajaan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Namun jangan salahkan rakyat jika bersikap amat skeptikal terhadap kenyataan para pemimpin Umno itu. Oleh kerana isu memartabatkan bahasa Melayu ini bukan isu baru dan rekod parti Melayu itu dalam memperjuangkan penggunaan bahasa ini bukan lah suatu yang membanggakannya, rakyat ada sebab untuk meragui keseriusan Umno. Cakap para pemimpin Umno sering dianggap 'tidak serupa bikin'. Sikap dan pendirian Umno kerapkali tidak konsisten dengan dasar dan peraturan diterimapakai kerajaan diterajui parti itu sendiri. Seketika ia muncul seolah-olah seperti juara memperjuangkan bahasa, tetapi di ketika lain ia juga menggubal dasar yang memperkeleh dan menjatuhkan marbata bahasa itu. Sebab itu gesaan pemimpin Umno agar bahasa Melayu dimartabatkan dianggap tidak lebih sekadar memenuhi mood semasa. Faham-faham saja lah, ia hanya keghairahan sementara dan sekadar meraikan kehadiran Bulan Bahasa. Nasib menimpa bahasa Melayu sebenarnya lambang hipokrasi Umno dalam menjulang warisan bangsanya sendiri. |
Kegagalan kerajaan Umno-BN kekang masalah hutang Posted: 29 Oct 2011 09:00 PM PDT Oleh DR MUJAHID YUSOF RAWA SAYA mengharapkan bahawa kerajaan memberi jaminan cara untuk mengekang defisit ini tetapi nampaknya dalam suasana global yang ada hutang dan suasana keberhutangan ini akan terus menghimpit negara kita.Apatah lagi kita mendapat maklumat betapa hari ini ramai yang menjadi muflis. Muflis salah satu sebabnya adalah kerana berhutang. Jadi, kita harap apa yang disebutsebut dahulu bahawa negara kita akan muflis sebelum 2020 itu adalah suatu yang tidak benar. Akan tetapi, sebagai melihat trend yang ada hari ini, kita mengharapkan supaya isu hutang ini dapat diselesaikan dengan cara yang bijak. saya juga ingin memberikan pandangan tentang tumpuan kepada sektor awam. Saya tidak ada masalah apabila sebahagian besar daripada bajet ini meletakkan pendekatan baru tangga gaji, sistem saraan baru perkhidmatan awam. Cuma, bagi saya, bagi kami kita melihat bahawa persoalan gaji ini apa yang kita cuba dekati dalam permasalahan ini ialah dengan mengemukakan apa yang kita namakan gaji minimum. Bermakna pemikiran dan kerangka kita dalam melihat permasalahan kehidupan hari ini dengan gaji, kita memperkenalkan apa yang kita katakan dengan gaji minimum. Saya tidak tahu kerangka apakah yang dipakai dalam melihat tetapi malangnya sektor awam ini hanya diberikan tumpuan kepada sektor awam. Saya di bawah sana apabila berjumpa dengan sektor swasta mereka mengatakan kami tidak ada apa-apa habuan dalam bajet baru-baru ini. Jadi, saya juga mengharapkan kerangka pemikiran kita untuk meletakkan masalah ini mestilah jelas. Kita mencadangkan kerangka itu di bawah konsep atau kerangka pemikiran gaji minimum ataupun 'minimum wages'. Kedua, dari sudut bajet ini saya juga ingin memberikan pandangan tentang apa yang kita namakan bajet seimbang ataupun bajet jangka panjang. Ya kita ada Rancangan Malaysia Kesepuluh sebagai satu program jangka panjang tetapi dalam kita menangani suasana yang kita sedang lalui hari ini di negara kita mahupun di peringkat global. Saya bersetuju bukan semua masalah ini kita boleh longgokkan kepada satu sektor ataupun kepada satu pihak. Ia merupakan masalah global, masalah ekonomi di Amerika, masalah ekonomi di negaranegara membangun. Semua ini bukan masalah kita sematamata. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan