Kerabu Bersuara ® |
- Skandal Projek Lembu: Bukti Seluruh Keluarga Menteri Terlibat
- Piala Malaysia: Usah jadikan harga tiket isu, titah Sultan Ahmad Shah
- Ya Allah, Buka Hati Tun Mahathir, Jangan Engkau Beliau Dalam Kejahilan
- Beza Menu Rakyat Antara Najib Dengan TG Nik Aziz
- Panas! Beg Tangan Rosmah Beharga Lebih Setengah Juta? Wow! Jom Tengok!
- Kegiatan Pelacuran Berleluasa di Labuan
- Tiap Kali Laporan Audit Dikeluarkan, Alasan Bangan Ni La Yang Dikeluarkan
Skandal Projek Lembu: Bukti Seluruh Keluarga Menteri Terlibat Posted: 27 Oct 2011 05:35 AM PDT Sehingga kini Dato' Seri Shahrizat Jalil masih belum membuat sebarang kenyataan mengenai desakan KEADILAN agar beliau menjelaskan kegagalan projek ternakan lembu nasional setelah menelan peruntukan yang besar dan mendapat kurniaan tanah kerajaan yang luas. Malah, syarikat tersebut kini memulangkan soalan untuk dijawab oleh Menteri Pertanian dan Agro-Industri, Dato' Noh Omar seolah-olah mereka mencuci tangan. Sementara kita menunggu siasatan dan penjelasan dari menteri yang diarahkan, rakyat Malaysia jangan ragu-ragu bahawa National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd dimiliki dan ditadbir sepenuhnya oleh suami dan anak-anak Dato' Seri Shahrizat Jalil. Perkara ini sebenarnya lebih besar dari persoalan lembu yang hilang atau kemewahan lembu-lembu ternakan yang dipelihara di ladang yang terlalu besar berbanding saiz ternakan. Soalan-soalan yang perlu dijawab oleh kerajaan dan semua menteri terlibat: 1) Bagaimana sebuah syarikat yang baru ditubuhkan dan diuruskan oleh seorang anak muda di awal 20an diberikan tanggungjawab besar mengendalikan projek berimpak tinggi di bawah RMK9? 2) Berapakah hasil dari kayu kayan yang ditebang untuk membuka ladang sedia ada di atas tanah seluas beribu ekar dan siapakah yang mendapat keuntungan dari urusniaga kayu kayan tersebut? 3) Apakah proses bidaan dan penilaian yang dibuat sebelum syarikat milik anak beranak menteri ini dilantik mengendalikan projek lembu terbesar ini. Sementara kita menunggu jawapan, saya sertakan bukti bahawa syarikat NFC ini benar-benar dimiliki dan diuruskan oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil: |
Piala Malaysia: Usah jadikan harga tiket isu, titah Sultan Ahmad Shah Posted: 27 Oct 2011 05:09 AM PDT PEKAN, 27 Okt - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah meminta penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan mengetepikan isu kenaikan harga tiket sebaliknya datang beramai-ramai ke Stadium Shah Alam pada Sabtu ini bagi menyokong dan membantu pasukan masing-masing dalam perlawanan akhir Piala Malaysia. "Kalau dapat 80,000 orang datang adalah baik untuk kedua-dua pasukan, bukan kepada FAM. "Kesian juga pasukan negeri-negeri telah belanja berjuta-juta untuk nak perbaiki pasukan masing-masing. Marilah kita beramai-ramai menyokong kedua-dua pasukan ini, dalam masa sama menolong menambahkan pendapatan daripada jualan tiket kepada kedua-dua pihak," titah baginda. Baginda bertitah demikian selepas merasmikan Kem Force 136, Rejimen 505 Askar Wataniah di sini hari ini. Kenaikan harga tiket itu telah menimbulkan bantahan penyokong dan beberapa pihak lain tetapi, menurut baginda, Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad telah pun menjelaskan bahawa kenaikan harga tiket itu adalah bagi tujuan menampung pelbagai perbelanjaan yang meningkat. Dipetik Bernama Online, Sultan Ahmad Shah bertitah FAM tidak akan mengubah harga tiket yang telah dipersetujui bersama oleh kedua-dua persatuan bola sepak negeri berkenaan. Bagaimanapun, menurut baginda, FAM akan mengadakan perbincangan dengan semua pihak selepas perlawanan itu bagi memastikan tidak wujud masalah pada masa depan. "Tinggal beberapa jam lagi nak sepak mula, takkan nak tukar," titah baginda. Bagi membantu penyokong masing-masing, kerajaan negeri Terengganu memberi subsidi RM25 untuk 30,000 tiket manakala Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan pula memberikan potongan RM20. Ditanya mengenai penyokong yang menyalahkan FAM berhubung isu itu, Sultan Ahmad Shah bertitah: "Jawatankuasa (Tiket dan Pertandingan Tempatan) dah putuskan, ia baik untuk kedua-dua pasukan." Mengulas mengenai kejadian di Wisma FAM di Kelana Jaya yang dilempar cat dipercayai ada kaitan dengan isu kenaikan harga tiket itu, Sultan Ahmad Shah menyifatkannya sebagai perbuatan bodoh. "Biarkanlah, itu orang bodoh, kita tidak boleh ambil tindakan sendiri, kita ada undang-undang," titah baginda sambil menjelaskan bahawa kejadian itu telah dilaporkan kepada polis. kahkahkahkahkahkahkah |
Ya Allah, Buka Hati Tun Mahathir, Jangan Engkau Beliau Dalam Kejahilan Posted: 27 Oct 2011 05:07 AM PDT Hudud: Hasrat PAS akan wujudkan dua sistem tak adil, dakwa Mahathir Oleh Yow Hong Chieh KUALA LUMPUR, 27 Okt — Tun Dr Mahathir Mohamad terus menyerang hasrat PAS memperkenalkan hukum hudud dengan hari ini menegaskan, perundangan Islam itu akan membawa kepada sistem keadilan yang berat sebelah kepada masyarakat Muslim dan bukan Muslim. "Mereka mengatakan bahawa hudud hanya bagi Muslim. Jadi, jika ada kecurian melibatkan seorang rakan Cina, mereka akan memotong tangan tetapi rakan Cina atau rakan India, mereka (hanya) akan dapat hukuman penjara dua bulan. "Jadi, bagi PAS itu keadilan. Sudah pasti, jika anda melakukan (kesalahan) lain, mereka akan memotong kepala anda," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan teh anjuran Perodua di sini hari ini.Laporan media semalam menyebut kerajaan Kelantan terus meletakkan harapan mahu mencapai hasrat dua dekad melaksanakan hukum hudud mahu bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan perkara tersebut sebaik sahaja segala pendekatan berkaitan selesai diadakan. Isnin lalu, pentadbiran Nik Aziz mengumumkan pembentukan jawatankuasa teknikal berhubung pelaksanaan hukum hudud. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata pihaknya sudah pun menghantar surat kepada Najib berhubung cadangan mengadakan pertemuan dengan kerajaan persekutuan. Mohd Amar berkata pertemuan rasmi dengan Najib belum ada lagi dan ia akan dilakukan apabila semuanya sudah sedia. Bulan lalu, Dr Mahathir berkata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh mengadakan pertemuan dengan Najib jika masih berhasrat meneruskan usaha melaksanakan hukum hudud. Dalam satu surat kepada Nik Aziz pada 1994, Dr Mahathir menolak rancangan Kelantan atas alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Kelantan terus mendakwa hukum hudud gagal dilaksanakan ekoran pendirian dan sekatan kerajaan pusat. Polemik bermusim ini muncul semula akhir bulan lalu dengan wujud pelbagai pandangan iaitu Kelantan boleh melaksanakannya dan pada masa yang sama ia juga bercanggah dengan undang-undang pusat. |
Beza Menu Rakyat Antara Najib Dengan TG Nik Aziz Posted: 26 Oct 2011 11:00 PM PDT yang tok guru nik aziz makan 1 ketul ayam+gulai+sambal+air mineral senyap tak masuk tv. blogger umno pun tak kecoh macam anjing dapat tulang yang ni najib makan ayam masak merah+papadom+daging+sayur+ayam kicap+sambal+air sirap kecoh semua dalam tv dan paper. blog umno terus jilat punggung suami rosmah ni dengan mengatakan najib sanggup turun makan lauk yang hina dan murah macam rakyat kebanyakkan selalu makan. kenapa rosmah tak makan sekali? jijik ke bik? |
Panas! Beg Tangan Rosmah Beharga Lebih Setengah Juta? Wow! Jom Tengok! Posted: 26 Oct 2011 08:50 PM PDT no contoh harga yang kami ambik kat ebay tapi takan rosmah nak beli barang kat ebay kan lu pikir la sendir dari mana minah ni dapat duit? memaang jahanam malaysia dapat duit kat bik mama nak tengok harga korang klik kat bawah ni http://www.ebay.com/sch/i.html?rt=nc&LH_BIN=1&_nkw=birkin&_dmpt=US_CSA_WH_Handbags&_sop=3&_trksid=p3286.c0.m301 |
Kegiatan Pelacuran Berleluasa di Labuan Posted: 26 Oct 2011 08:36 PM PDT Saya ingin membuat aduan di sini dan berharap ada tindakan susulan yang akan di laksanakan . Tahun ini sudah genap 6 tahun saya menetap di Labuan. Ia merupakan satu tempat yang amat tenang dengan penduduk yang ramah mesra serta menpunyai permandangan yang indah. Di sebalik semua ini terdapat keburukan nya aktiviti malam di Labuan sungguh mengaharukan bagi sebuah negara yang menamakan agama rasmi nya agama Islam. Labuan bole di katakan sebagai ' Haadyai Malaysia ' . Kali pertama saya melihat semua ini saya terkejut yang amat , sehingga terdetik di hati adakah ini di Malaysia. Kegiatan pelacuran berlansung secara terang terangan tanpa segan silu. Hampir setiap kelab malam yang beroperasi di Labuan menyediakan perkhidmatan perlacuran dengan harga RM 250 – RM 350 semalam. Saya mengerti akan perniagaan tertua di dunia ini adalah perlacuran hampir setiap negara menpunyai kegiatan ini tapi apa yang ingin saya tekankan di sini ialah kgiatan pelacuran di Labuan berlaku secara terang terangan dan ia seperti sudah mempunyai lesen besar untuk melakukannya. Apa yang saya harapkan di sini ialah pihak tuan dapat membantu penduduk Labuan daripada di timpa bala daripada tuhan akibat perbuatan yang tidak senonoh ini. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah kami hargai.Bawakan lah isu ini ke pihak atasan , atasan di sini bermaksud pihak yang benar benar bole menyelesaikan masalah ini , kerana di labuan juga mempunyai pihak atasan tetapi semuanya hanya berdiam diri. Bantu lah kami di Labuan , selesaikan lah masalah ini. Sekian terima kasih. By: Lan |
Tiap Kali Laporan Audit Dikeluarkan, Alasan Bangan Ni La Yang Dikeluarkan Posted: 26 Oct 2011 04:22 PM PDT KSN mahu pastikan langkah penambahbaikan diperhebat elak berulang PUTRAJAYA: Kelemahan pengurusan kewangan tujuh kementerian dan agensi kerajaan, akan dipastikan tidak berulang, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Beliau berkata, langkah penambahbaikan akan terus diperhebatkan untuk menjamin segala peruntukan yang diberi diurus tabdir dengan berkesan. "Saya tidak risau sangat bila Ketua Audit (Negara) beri pandangan sedemikian, saya risau jika masalah itu ada, tetapi Ketua Audit (Negara) tidak mahu beri pandangan," katanya kepada pemberita di sini, kelmarin. Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyebut tujuh kementerian dan agensi kerajaan berada pada tahap pengurusan kewangan lemah. Tujuh kementerian dan agensi itu ialah Kementerian Kesihatan; Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air; Kementerian Pengangkutan; Lembaga Hasil Dalam Negeri; Kastam Diraja Malaysia; Perbadanan Stadium Nasional dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Terdahulu, Mohd Sidek menyaksikan penyerahan i-Pass kepada 11 tenaga kerja profesional asing yang bekerja di negara ini oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam. Pas itu digunakan sebagai bukti pengenalan di Malaysia tanpa perlu membawa pasport. Pas dikeluarkan Jabatan Imigresen sejak September lalu itu juga, akan dikeluarkan kepada tenaga kerja profesional yang memegang Pas Residen di bawah urus tadbir Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp). – BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan