Selasa, 25 Oktober 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Laporan Audit: Kelantan Dan Selangor Yang Hutang Paling Sikit Kena Tibai? Bodohnya Pekerja TV3!

Posted: 25 Oct 2011 07:27 AM PDT

Mana lebih besar beritanya aduhai TV3


Banyak diperkatakan berkenaan Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang baru diterbitkan semalam. Baru sebentar tadi berita TV3 mengambil "angle" menyerang kerajaan Selangor dan Kelantan yang dikatakan ditegur oleh laporan berkenaan atas beberapa sebab.

Selangor dan Kelantan lebih penting untuk diserang berbanding RM5.56 juta yang dibelanjakan oleh Institut Sukan Negara untuk membeli 23 ekor kuda tanpa "lampu hijau" kementerian kewangan. Lebih penting dari Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) yang telah terlebih bayar antara 177 hingga 2 805 peratus untuk pembelian peralatan bagi bot baru jabatan berkenaan. Lebih penting dari 41 peralatan yang dibeli oleh UITM berjumlah RM1 juta tetapi tidak langsung digunakan lebih setahun. Lebih penting dari RM142 juta yang dibelanjakan untuk satelit RazakSAT tetapi akhirnya terpaksa dihentikan setelah didapati ia lari sejauh 37km dari sasaran!

Tahniah TV3, anda benar-benar hebat!

Tetapi yang lebih menarik perhatian saya secara peribadi adalah laporan berkenaan "National Feedlot Corporation" satu usaha Kementerian Pertanian dengan kerjasama kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 2008 (bawah Pak Lah) di Gemas, Negeri Sembilan kononnya untuk mempertingkatkan pengeluaran lembu daging tempatan dan mengurangkan impot daging.

Menurut laporan audit ini NFC gagal memenuhi sasarannya tahun lepas untuk menghasilkan 8,000 ekor lembu. Sedangkan di bawah Rancangan Malaysia ke 9 menjelang 2015 NFC sepatutnya mengeluarkan 60,000 ekor binatang ternakan berkenaan.

Menurut pemeriksaan audit yang dilakukan tahun lepas ladang berkenaan sekadar memiliki 3 289 ekor lembu.

Lebih malang lagi ada keluarga Menteri yang terlibat.

Dan bagi saya ini lebih hebat, aduhai TV3 kerana antara senarai penerima bintang kebesaran bergelar "Datuk" sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang adalah orang besar NFC ini. Dahlah lari dari sasaran, diberi gelaran kebesaran pula!

http://n32.blogspot.com/2011/10/mana-lebih-besar-beritanya-aduhai-tv3.html

Projek Ternakan Lembu: Rupanya Anak Shahrizat Jalil Yang Dapat?

Posted: 25 Oct 2011 03:56 AM PDT




DARI KENYATAAN AKHBAR PKR

Kerajaan bayar RM250 juta kepada syarikat milik suami dan anak-anak kepada Dato' Seri Shahrizat Jalil untuk ternak lembu di Gemas yang terbukti gagal sama sekali.

Isu saman Umno Pulau Pinang: Keadilandaily pertahan laporan

Posted: 25 Oct 2011 03:54 AM PDT

(Oleh: Rusnizam Mahat)

KUALA LUMPUR 25 Okt: Akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan dan laman web, Keadilandaily mempertahankan kredibiliti laporannya bertajuk 'Nafi terlibat demo ganas, Pengerusi Umno Pulau Pinang berbohong- Guan Eng' yang disiarkan Julai lalu.

Bercakap kepada Keadilandaily, Ketua Pengarangnya, Fazallah Pit mengesahkan pihaknya menerima surat tuntutan saman daripada Jahaberdeen & Co, mewakili Umno Pulau Pinang, pada 20 Oktober lalu.

Fazallah berkata, pihaknya mempertahankan kredibiliti laporan berkenaan yang memetik kenyataan media yang dikeluarkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bertarikh 3 Julai 2011.

"Saya bagi pihak Suara Keadilan dan Keadilandaily mempertahankan laporan yang disiarkan berdasarkan kenyataan media yang dibuat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

"Laporan itu hanya menyiarkan apa yang diperkatakan oleh Guan Eng dan kami menegaskan ia dari sumber yang betul.

"Justeru kami juga sudah bersedia menghadapi apa juga kemungkinan, termasuk mempertahankan kredibiliti laporan yang kami siarkan di mahkamah," ujarnya.

Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman memfailkan saman malu berjumlah RM30 juta terhadap Guan Eng berhubung kenyataannya mengaitkan Umno dengan demonstrasi dan cubaan membakar ibu pejabat DAP di Pulau Pinang.

Selain Lim yang juga Setiausaha Dap, turut dinamakan sebagai defendan ialah KEADILAN selaku pemilik laman berita elektronik Keadilan Daily dan akhbar Suara Keadilan; Segmen Fleksibel Sdn Bhd yang juga syarikat penerbitan Keadilan Daily dan Suara Keadilan serta ketua penyutingnya, Fazallah Pit.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Zainal Abidin mendakwa pada 3 Julai lalu, Lim menerbitkan satu kenyataan akhbar melalui emel yang kemudiannya disiarkan di Keadilan Daily pada 3 Julai dan di akhbar Suara Keadilan pada 5 Julai lalu.

Zainal berkata, kenyataan Lim itu antara lain membawa maksud kononnya beliau terbabit dalam kegiatan mengguling Ketua Menteri Pulau Pinang melalui cara yang salah serta menyembunyikan pembabitannya dalam satu demonstrasi ganas yang berlaku di Komtar dan Jambatan Pulau Pinang, 1 Julai lalu.

Cyber Trooper Umno: Tak habis-habis dengan gambar tipu, Nik Aziz difitnah lagi

Posted: 25 Oct 2011 12:00 AM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgoXRQHozXCyjun6FP2M2muhiFtHqww1TZ-GBgximr9F7sfYwhBf9-Lhlgm-hwOB4GGeTdzT49ZTkmNJ3OK4U3sBGf3cxCzlFKyUzGUdjrbOkF3sFhXXUO0M_UYexL_CU7n5jLHt-bHX1-t/s400/nik-aziz-kena-fitnah.png

WarkahDaily – Tak ada modus operandi lain dah ke para blogger dan Cyber Trooper upahan Umno-BN ni. Asyik skill yang sama je nak perbodohkan rakyat Malaysia. Nampak sangat mereka ni terlalu merendah-rendahkan taraf pemikiran rakyat Malaysia sehingga menggunakan cara yang sama untuk berbohong demi mendapat kepercayaan rakyat.

Tak habis-habis dengan cara siar gambar ntah apa-apa. Mereka duk suka-suka hati je cilok gambar orang yang tak ada kena mengena dengan tuduhan yang mereka lemparkan. Kalau sekali, mungkin orang ada prasangka tapi kalu asyik hari-hari benda yang sama je cara berbohong, naik muak jugak rakyat.

Anak Lim Guan Eng pun dah kena dengan blogger upahan Umno-BN ni. Tak pasal-pasal pemain catur dari Hong Kong jadi mangsa fitnah kena raba buah dada. Baca sini.

Kali ini lagi bodoh Cyber Trooper upahan Umno melakukan pembohongan. Mereka seolah-olah mahu mengatakan rakyat Malaysia ini memang tiada akal dan mudah ditipu apabila menyiarkan gambar konon MB Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Aziz sedang bersanding ketika muda dulu.

Padahal gambar ini diulang tayang kembali jika tidak silap penulis WarkahDaily Online. Ia telah pun disiarkan oleh blog Malaysiasensasi sekitar tahun 2008. Kemudian diulang tayang kembali oleh Cyber Trooper upahan Umno-BN yang sudah kekeringan modal untuk memfitnah pimpinan Pakatan Rakyat (PR) terutama PAS. Namun blog posting berkaitan di malaysiasensasi sudah pun ditiadakan (delete dah kot).

Namun, sekali lagi ia dijadikan modal bodoh barua Umno. Dipetik dari blog baca-blogspot.blogspot.com, seorang Cyber Trooper upahan Umno-BN bertindak menyiarkan gambar dalam Facebooknya yang didakwa Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa muda sedang bersanding. Konon gambar itu diambil pada tahun 1980-an.

Namun, kelihatan pembohongan itu terlalu nyata apabila gambar berkenaan tiada sedikit pun iras dengan MB Kelantan itu.

Menurut blog Baca Blogspot itu, gambar sebenarnya yang disiarkan ialah seorang VIP yang pangkal namanya juga 'Nik' tapi bukan Nik Aziz.

Kata blog itu lagi, Cyber Trooper upahan Umno-BN yang bertanggungjawab menyebar fitnah berkenaan ialah aktivis UMNO, Wan Suhaizi Wan Senu dari Pekan Naka, Alor Setar, Kedah.

Memang terdesak blogger dan Cyber Trooper upahan Umno-BN menabur fitnah sehingga terlupa ramai di luar sana sedang memerhatikan kebodohan mereka yang terlalu nyata sehingga melakukan pembohongan yang bertaraf budak tadika.

Namun apa yang pasti, fitnah dan pembohongan sudah jadi darah daging blogger dan Cyber Trooper upahan Umno-BN dan tidak keterlaluan, fitnah sudah menjadi 'rukun' nombor satu dalam Umno-BN.

Terkini! Mesej Ringkas Dari Prof Aziz Bari. Sebarkan

Posted: 24 Oct 2011 09:00 PM PDT

Mesej Ringkas:

salam, Jangan silap; mereka hanya mahu simpati rakyat.

Saya masih belum bebas. Saya masih seorang suspek. Polis masih menyiasat. UIA pun begitu. Kita masih belum tahu natijahnya. Akan didakwa? UIA akan ambil tindakan disiplin?

Dalam masa yang sama saya kena kerja macam biasa. Tapi komputer dirampas? Tak lebih zalim ke?

Sebarkan…..supaya kawan-kawan nampak hakikat sebenar..

http://shamsuliskandar.wordpress.com/2011/10/25/mesej-ringkas-dari-prof-aziz-bari/

Rancangan Kartun Nabi Nuh Telah Disiarkan Di TV2. RTM Mohon Maaf!!

Posted: 24 Oct 2011 07:59 PM PDT

http://beritasemasa.com/wp-content/uploads/2011/10/rancangan-kartun.jpg

Kalau ada lihat keratan gambar rancangan kartun yang telah ditayangkan baru-baru ini, adakah anda dapat meneka gambaran cerita yang ingin disampaikan. Kartun ini dihasilkan oleh Walt Disney. Yang menjadi pertikaian sekarang ini ialah isi kandungannya dikaitkan dengan sebahagian sejarah Nabi Nuh sehingga terdapat wataknya yang disamakan dengan Nabi Nuh :

KUALA LUMPUR: Penyiaran sebuah rancangan kartun terbitan Walt Disney di TV2 yang menggambarkan Nabi Nuh a.s bersama keluarga dan sekumpulan haiwan menyiapkan bahtera bagi menghadapi banjir besar berlaku secara tidak sengaja. Sehubungan itu, pihak RTM khususnya TV2 memohon maaf atas kejadian itu dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang bagi memastikan ia tidak berulang lagi.

RTM dalam satu kenyataan turut berharap penonton akan terus memberi maklum balas untuk menambah baik kandungan siaran TV2. Menerusi rancangan kartun slot Mickey Mouse and Friends yang disiarkan kira-kira jam 8.30 pagi semalam, Nabi Nuh digambarkan sebagai seorang lelaki gempal, berjanggut panjang dan botak sedang memegang pelan membuat bahtera.


Bahtera itu disiapkan tiga anak lelaki, menantu dan isterinya bersama sekumpulan haiwan yang turut bertindak menggunakan kemahiran masing-masing bagi memudahkan penyiapan kapal besar itu sebelum banjir tiba.

Dah nama pun Walt Disney, ikut suka mereka sahaja nak hasilkan rancangan kartun yang sbeegini rupa. Disebabkan mereka kafir, mereka ini jahil sehingga menyebabkan mereka tidak sedar yang membikin filem atau rancangan kartun yang menyamakan wajah Nabi termasuk jugalah Nabi Nuh seperti rancangan kartun yang telah ditayangkan di TV2 sebelum ini, sebenarnya tidak boleh dalam Islam. Atau……mereka sebenarnya ada agenda tersembunyi?

Tapi yang jadi masalah & peliknya kita sendiri yang bawa rancangan sebegini dari luar ke Malaysia dilihat kurang peka. Apabila kita sendiri yang ambil rancangan kartun dari luar termasuklah dari Amerika, jadi pihak RTM "mesti lebih peka" & tidak mengambil mudah sahaja setiap rancangan yang ingin disiarkan. Kalau buat kartun sendiri (buatan tempatan, semestinya unsur-unsur sebegini tidak ada.

P/S : Harap lepas ini, kejadian sebegini tidak berulang lagi

PP/S : Kalau dapat boikot pembikin filem/drama Islam yang tahu hukum-hakam, buat filem raba-raba/gomol atas katil dan macam-macam lagi jenis filem yang ada mcam ini sekarang, lagi baik.

http://beritasemasa.com/rancangan-kartun-nabi-nuh

Laporan Audit: Salahguna Kuasa Dan Rasuah Berterusan

Posted: 24 Oct 2011 07:00 PM PDT

Malaysia Chronicle

Di sebalik janji-janji perdana menteri dan presiden Umno Datuk Najib Razak untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa di dalam kerajaannya, melalui Program Transformasi Ekonomi dan sebagainya, jentera pentadbirannya masih dicacati pelbagai perbuatan yang dianggap menyalahi undang-undang, seperti penyalahgunaan kuasa, rasuah, penggelapan wang kerajaan dan sebagainya.

Ini dengan jelas telah menunjukkan bahawa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) tidak memainkan peranan mereka dengan aktif di dalam memerangi gejala ini yang kian berterusan bahkan bertambah, sama seperti mengikut keturunan.

Hampir pada setiap tahun, apabila laporan yang dikemukakan oleh Ketua Audit Negara, maka terdedahlah pelbagai perbuatan yang jelas menunjukkan bahawa penyalahgunaan kuasa dan rasuah amat meluas sekali di dalam sektor awam.

Namum demikian, kerajaan BN yang di bawah pimpinan Najib telah gagal menunjukkan ketegasan mereka di dalam memerangi perbuatan yang tidak bermoral ini. Ini adalah kerana, jelas kontraktor-kontraktor Umno yang mempunyai pelbagai kepentingan di dalam berbagai-bagai bentuk saluran pembekalan kepada kerajaan turut terlibat sama di dalam memperluaskan perbuatan yang keji ini yang boleh juga dikatakan hampir pada setiap tahun, wang yang selalu kita bayar sebagai cukai pendapatan dihabiskan dengan begitu sahaja.

Oleh kerana itulah, para kontraktor-kontraktor dan pemimpin Umno menjadi semakin kaya raya, manakala masyarakat Melayu pada amnya terus hidup di dalam serba kemiskinan yang sungguh memeritkan bahkan masih ada banyak lagi orang-orang Melayu yang masih miskin melarat sehingga tidak mampu membeli makanan, masih buta huruf, tidak mempunyai kediaman, kebuluran dan sebagainya.

Jadi adakah Umno ini benar-benar memperjuangkan hak-hak masyarakat Melayu seperti yang didakwanya selama ini? Dan jika sekiranya Umno benar-benar memperjuangkan nasib bangsa tersebut, kenapa pula masih terdapat sebahagian besar kaum tersebut hidup menderita dengan keadaan yang tak terhingga?

Telan berjuta-juta Ringgit

Kita tengoklah laporan audit yang dikeluarkan baru-baru ini yang menyatakan bahawa Majlis Sukan Negara (MSN) telah membelanjakan lebih daripada RM5.66 juta untuk membeli 23 ekor kuda baka khas. Adalah difahamkan juga bahawa kuda-kuda berbaka yang dibeli oleh MSN itu kesemuanya telah dibayar melebihi harga pasaran.

Sementara dalam laporan audit yang seterusnya turut mendedahkan Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) yang membelanjakan lebih daripada RM128,000, iaitu lebih 2,810 peratus di dalam pembelian pelbagai jenis peralatan kajian lautan yang langsungnya tidak membawa sebarang faedah kepada rakyat.

Selain daripada itu, Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dipertanggungjawabkan untuk membela nasib orang-orang Melayu dan kaum bumiputra yang lain telah membelanjakan lebih daripada RM54 juta untuk membeli pelbagai peralatan dan peralatan yang kebanyakannya langsung tidak mempunyai kaitan dengan usaha-unsaha jabatan tersebut untuk membantu masyarakat Melayu yang miskin dan daif.

Dan jika kita meneliti laporan audit tersebut seterusnya, kita akan dapati lebih banyak jabatan-jabatan kerajaan yang asyik berbelanja besar ke atas pembelian dan perolehan barangan, peralatan dan bahan-bahan yang langsung tidak membawa sebarang faedah kepada rakyat jelata.

GLC lagi rugi teruk

Dalam pada itu, banyak syarikat-syarikat berkaitan kerajaan atau lebih dikenali sebagai GLC turut mengalami kerugian yang berterusan dan ianya berlaku pada setiap tahun.

Antara yang mencatat kerugian yang besar adalah Syarikat Perumahan Negara Bhd (RM21.4 juta), Indah Water Konsortium Bhd (RM33.4 juta), Aset Global Network Sdn Bhd (RM41.1 juta), Keretapi Tanah Melayu Berhad (RM92.6 juta), manakala Prasarana Bhd (RM367.1 juta).

Kerugian yang berterusan oleh beberapa GLC yang besar ini telah menunjukkan bahawa kesemua syarikat-syarikat tersebut tidak belajar daripada kesilapan yang terdahulu dan tidak ada usaha yang menyeluruh daripada para pengurusan GLC ini untuk memperbetulkan keadaan yang semakin meruncing ini.

Hasilnya, wang rakyat dibazirkan dengan sewenang-wenangnya.

Rakyat akan terus diabai

Di dalam saat-saat yang memerlukan, kita tidak melihat SPRM bertindak tegas menyiasat kerugian yang dialami oleh banyak jabatan-jabatan kerajaan dan beberapa GLC ini.

Apa yang SPRM tahu, hanyalah membabitkan diri mereka di dalam kancah politik dengan hanya memerangi para pemimpin pembangkang dengan kononnya mereka ini telah melakukan "rasuah". Yang benar-benar rasuah dan menyalahgunakan kuasa mereka di dalam kerajaan tidak pula diendahkan kerana mereka ini adalah ahli-ahli dan para pemimpin Umno.

Jadi, adakah SPRM ini benar-benar profesional atau sebaliknya?

Oleh yang demikian, selagi BN dan Umno masih berkuasa, selagi itulah wang rakyat akan terus dipertaruhkan seperti suatu perjudian dengan tidak mengendahkan kerugian dan kehilangan wang.

Adakah rakyat memperoleh apa-apa faedah, hasil daripada pertaruhan tersebut?

PRU13 lebih awal kerana Najib takut rahsia terbongkar

Posted: 24 Oct 2011 06:55 PM PDT

MARANG - Semua jentera pilihanraya PAS dan Pakatan Rakyat diminta meneruskan kerja-kerja untuk mencapai kemenangan pada pilihanraya umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali meramalkan, PRU13 akan diadakan sekitar bulan Februari hingga April tahun hadapan (2012).

Menurutnya, walaupun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mahu PRU13 dilewatkan, namun Najib dijangka mememanggilnya lebih awal keana beliau takut rahsianya terbongkar.

"Najib nak cepat sikit, Mahathir dengan Muhyiddin nak lewat lagi, psl apa begitu, Najib nak cepat takut rahsianya terbongkar,

"dia (Najib) nak cepat kerana dia takut dipanggil menjadi saksi dalam perbicaraan di mahkamah Perancis,"ujarnya ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Ceraah Penerangan di Kampung Kubu Pengkalan Berangan dekat sini, Isnin 24 Oktober.

Kataya, menurut sumber, Mahkamah di Perancis sudah mengemukakan kes yang membabitkan dakwaan memberikan rasuah kepada pemimpin Malaysia termasuk Najib.

Sekiranya, Najib dipanggil menjadi saksi dalam kes tersebut, kata beliau, ia akan memberikankan imej yang huruk bukan sahaja kepada Najib malah kepada Malaysia.

Oleh itu, katanya, Najib akan memanggil PRU-13 sebelum beliau dipanggil menjadi saksi dalam perbicaraan yang turut berkait dengan kes pembunuhan model warga Mongolia, alTantuya.

Mengulas lanjut tentang tarikh pilihanraya, menurut Dato' Musatafa, PRU13 tidak akan diadakan kecuali selepas sambutan Tahun Baru Cina pada bulan Januari.

"Bulan sebelas (November) musim orang pergi Haji, tak mungkin diadakan (PRU13) pada musim Haji, awal bulan Dua Belas (Disember) Perhimpunan Agung Umno

"dan akhir bulan, Najib nak menikahkan anaknya, bulan Januari Tahun baru Cina, jadi sebab itu, pada saya (PRU1) akan diadakan selepas raya Cina,"jelasnya.

Beliau menambah, PRU13 akan diadakan selewat-lewatnya pada bulan April, kerana 13 Mei adalah tarikh 'khurafat' bagi Umno yang takut kepada peristiwa rusuhan tersebut yang berlaku pada tahun 1969.

Tiada ulasan: