Ahad, 23 Oktober 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Pakatan batal GST jika memerintah

Posted: 23 Oct 2011 08:49 AM PDT

Fakhri Ali

PERMATANG PAUH, 23 Okt: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan tetap dibatalkan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah negara kerana ia membebankan rakyat.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis ramah mesra 'Sepetang Bersama Masyarakat' di Dewan Orang Ramai Batu 5, Permatang Janggus, Permatang Pauh, kelmarin.

Menurut beliau lagi, GST adalah satu bentuk paksaan yang dikenakan oleh pemerintah kepada rakyat yang sedang menghadapi masalah bebanan dengan kenaikan harga barangan.

"Sekiranya cukai ini dikenakan kepada rakyat, ia bukan saja membebankan mereka, tetapi menjadikan rakyat terpaksa tunduk kepada hasrat kerajaan untuk menekan dan menzalimi secara hormat.

"Oleh itu, seandainya PR berjaya memenangi kerusi pilihan raya umum yang akan datang, kita berjanji akan membatalkan GST yang tidak memberi manfaat kepada rakyat, khususnya golongan yang berpendapatan rendah," ujarnya yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh.

Anwar yang juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, turut menyelar kepimpinan Datuk Seri Najib kerana mempermainkan rakyat apabila menangguhkan GST sehingga selepas pilihan raya yang akan datang.

Katanya, apabila cukai yang hendak dikenakan ditangguhkan sebelum pilihan raya, adalah tidak mustahil ianya akan dilaksanakan selepas ini.

"Ini membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ada tidak prihatin terhadap keperluan rakyat, sebaliknya memberi prioriti terhadap keperluan mereka bagi memeras dan mencekik darah rakyat," tambahnya lagi.

Dalam pada itu, beliau juga membidas BN yang cuba mempolitikkan isu berkaitan pelajar sekolah yang didakwa terlibat dalam kes serangan seksual dikaitkan dengan anak Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Jelasnya lagi, cara politik yang dimainkan bukan saja mempamerkan kedangkalan modal oleh BN, sebaliknya memperlihatkan bahawa parti tersebut senantiasa menjadikan kelucahan sebagai modal politik terdesak.

"Adalah sesuatu yang merbahaya sekiranya, BN terus diberi mandat untuk menerajui kepimpinan dalam negara apabila mereka tidak dapat menjustifikasikan mana yang baik dan mana yang buruk untuk dipolitikkan," tambahnya lagi.

[Video] MotoGP Malaysia Batal, Penunggang Honda Mati Dalam Kemalangan Di Litar Sepang

Posted: 23 Oct 2011 03:26 AM PDT



Sepang: Penunggang Honda, Marco Simoncelli (gambar kecil) dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dan kepalanya dilanggar dua pelumba lain pada perlumbaan kategori MotoGP di Litar Sepang, sebentar tadi. TERKINI.

Kecelakaan besar menimpa MotoGP Malaysia di litar Sepang petang ini. Pada lap kedua penunggang pasukan San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli terjatuh dan kepalanya dilanggar oleh dua pelumba lain Colin Edwards serta Valentino Rossi. Penunggang Honda itu dilaporkan meninggal dunia.

Super Sic, julukan Marco Simoncelli, gagal mengendalikan motorsikalnya di tikungan 11 sehingga dia terjatuh di litar. Malangnya, Edward dan Rossi yang datang terlanggar beliau hingga akhirnya kedua-dua penunggang tersebut ikut terjatuh.

Edwards dan Rossi masih mampu bangkit. Sementara Simoncelli yang masih terkapar tak sadarkan diri dengan helmet tercabut langsung dinaikkan ke ambulans. Beliau diberitakan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala akibat dilanggar dua pelumba itu, Edward dan Rossi.

Bendera merah tanda acara dihentikan juga terus berkibar. Sebelum ini ada berita bahawa acara tersebut akan kembali diteruskan, namun setelah menunggu beberapa ketika pihak penganjur Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports akhirnya mengumumkan acara petang ini secara rasmi dibatalkan.

Sementara Edward, diberitakan menderita cedera serius di bahunya.

Badan Gemuk Macam Ni Boleh Ke Bersilat?

Posted: 23 Oct 2011 12:45 AM PDT

http://myglobalwoman.com/Images/cover%20in%20navy.jpg

Tiga akhbar minta maaf kepada Kalimulah

Posted: 22 Oct 2011 11:40 PM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Okt — Tiga akhbar terbitan Kumpulan Utusan dan New Straits Times Press (NSTP) Berhad hari ini memohon maaf kepada Pengerusi ECM Libra Financial Group Berhad Datuk Seri Kalimullah Hassan berhubung penyiaran artikel mengenai majlis makan malam individu-individu tertentu dengan ahli politik Singapura.

Tiga akhbar yang berbuat demikian ialah Berita Minggu dan New Sunday Times keluaran NSTP dan Mingguan Malaysia yang diterbitkan Kumpulan Utusan.

Dalam kenyataan disiarkan hari ini, Berita Minggu berkata pihaknya memohon maaf kepada Kalimullah berhubung penyiaran artikel yang menyebabkan kesedihan dan kesusahan terhadap beliau, keluarga dan rakan perniagaannya.

"Akhbar ini mengakui laporan berkenaan yang memetik Ketua Penerangan Perkasa Ruslan Kassim, adalah tidak berasas dan Berita Minggu sebagai media bertanggungjawab, sepatutnya melakukan usaha mengesahkan laporan itu sebelum menyiarkan artikel itu.

"Justeru, pada masa akan datang, akhbar ini tidak akan menyiarkan sebarang artikel mengenai dakwaan berkaitan isu ini yang membabitkan Kalimullah tanpa melakukan pengesahan lebih awal," kata akhbar itu.

Akhbar edisi Ahad ini menambah, Kalimullah yang menerima permohonan maaf dalam reaksinya berkata, laporan yang mendakwa beliau berkemungkinan terbabit menganjurkan makan malam dengan beberapa pemimpin kanan PAP dan membocorkan rahsia adalah satu fitnah serta mempersoalkan kesetiaannya sebagai rakyat Malaysia.

"Tiada apa yang salah atau menyalahi undang-undang mengenai perbuatan makan malam dengan pemimpin PAP atau mana-mana ahli politik lain. Sepanjang tempoh kerjaya saya sebagai wartawan dan ahli perniagaan, saya sudah bertemu dan makan malam bersama dengan pemimpin kanan kerajaan pelbagai negara seperti mana rakyat Malaysia lainnya. Saya juga masih berkawan dengan ramai kenalan dan kekal berhubung sehingga kini.

"Untuk membuat sebarang kesimpulan bagi motif pertemuan ini, selain perniagaan dan persahabatan peribadi adalah hasil minda tidak aktif dan kecil yang bertujuan mempersoalkan profesionalisme dan kesetiaan saya sebagai rakyat Malaysia dan satu cubaan untuk memburukkan dan mencemarkan nama baik serta reputasi saya.

"Saya berasa kesal kerana Berita Minggu yang pernah di bawah saya selaku Ketua Pengarang Kumpulan dan Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarahnya sehingga 2008, boleh menyiarkan laporan itu dengan hanya bersandar kenyataan tidak berasas itu.

"Paling kurang pun, mereka sepatutnya memeriksa fakta berkenaan dan menghubungi saya sebelum menyiarkan artikel itu sejajar amalan kewartawanan beretika," kata Kalimullah dalam kenyataan dipetik Berita Minggu di muka surat tiga.

Mingguan Malaysia juga berkata Kalimullah menerima penyataan maaf pihaknya.

Dalam laporan di muka 19 hari ini, Mingguan Malaysia melaporkan Kalimullah juga menafikan dakwaan yang dibuat oleh Ruslan bahawa ahli perniagaan Datuk Azman Yahya dan beliau telah bertemu dengan Presiden Kita Datuk Zaid Ibrahim meminta beliau supaya tidak membuat sebarang kenyataan berkaitan isu pembelian saham E&0 Berhad oleh Sime Darby Berhad dan juga pertukaran saham antara AirAsia dan Malaysia Airlines.

Aziz Bari hantar notis pada Dr M, Utusan, Zul Nordin

Posted: 22 Oct 2011 11:37 PM PDT

Hafiz Yatim

Peguam yang mewakili profesor undang-undang dan pakar perlembagaan negara Profesor Abdul Aziz Bari akan menghantar notis tuntutan kepada tiga entiti, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, minggu ini.

Dua entiti lain itu adalah Utusan Malaysia dan ahli parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Nordin.

Notis itu akan menuntut ketiga-tiga mereka membuat permohonan maaf dan membayar pampasan berikutan pernyataan atau penerbitan mereka yang telah mencemarkan nama baik Abdul Aziz.

Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, peguam Mohd Hanipa Maidin berkata profesor itu akan memfailkan saman fitnah ke atas mereka.

"Kami menerima arahan untuk menghantar notis tuntutan daripada Abdul Aziz dan kami akan menghantarnya mulai esok," katanya kepada Malaysiakini.

Dr Mahathir selepas menyempurnakan pasa satu majlis 16 Oktober lalu, dilaporkan oleh Utusan sebagai berkata tindakan Abdul Aziz mempertikaikan titah Sultan Selangor adalah perlakuan kurang ajar.

"Kalau dalam bahasa Melayu, kita kata kurang ajar. Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar," kata Mahathir dipetik akhbar milik Umno itu.

Pakar perlembagaan itu kemudiannya menempelak Dr Mahathir dan mempersoalkan siapa yang sebenarnya tidak bermoral terhadap raja-raja.

"Cuba bandingkan, apa yang saya katakan dan tulis (mengenai Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama) dengan apa yang diperkatakan dan dilakukannya pada tahun 1983 dan 1993," kata Abdul Aziz.

Tindakan ke atas Zulkifli pula, dipercayai berkaitan kenyataan yang dikeluarkannya dalam beberpa media termasuk Utusan. Ini termasuk kerana melabelkan pensyarah itu bersifat biadab dan kurang ajar berhubung ulasannya terhadap titah Sultan Selangor.

Hanipa berkata profesor itu juga sedang mempertimbangakan mengambil tindakan undang-undang ke atas Senator Ezam Mohd Nor berikutan kenyataan beliau kepada media yang berasaskan laporan Utusan sehingga menyebabkan dirinya disoal-siasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan pihak polis.

Usia 60 tahun PAS – Pengalaman di Kelantan

Posted: 22 Oct 2011 11:00 PM PDT

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-60 Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Sejarah penubuhannya dicatatkan Funston (1980) ialah bermula dengan penubuhan Persatuan Ulama Malaya tahun 1951. Diikuti dengan Persatuan Islam Se-Malaya berikutan para pemimpinnya melalui proses saringan liku-liku perjuangan menerusi parti kebangsaan (bersama Umno), reformis agama (menggerakkan Hisbul Muslimin) dan mirip sosialis (mantan Parti Kebangsaan Melayu Malaya). Selepas itu PAS telah berkembang sebagai parti kebangsaan Islam menuntut kemerdekaan dan seterusnya menyertai pilihan raya 1955 dan menguasai kerajaan di Kelantan dan Terengganu pada pilihan raya pertama pasca merdeka 1959.

Sejarah bertapak dan berkembangnya PAS di Kelantan telah dicatat oleh Amaluddin Darus (1977) adalah hasil daripada majlis penerangan di surau-surau dan menemui guru-guru agama di pusat pengajian pondok sekitar Pasir Mas dan Tanah Merah. Hasilnya, cawangan PAS pertama berjaya ditubuhkan ialah di Pasir Mas pada Julai 1953. Enam tahun selepas itu, iaitu PAS di Kelantan berkongsi dengan PAS di Terengganu telah mencapai kemenangan sulung pada pilihan raya pertama pasca merdeka 1959.

Mengimbau kemenangan

Ia merupakan kemenangan fasa pertama PAS di Kelantan yang bertahan selama 12 tahun, sebelum bersama Kerajaan Campuran tahun 1971 dan menyertai Barisan Nasional mulai tahun 1974 sehingga 'didaruratkan' dan tewas dalam pilihan raya khas pada Mac 1978.

Sebenarnya, saat kemenangan PAS di Kelantan adalah berbeza dengan di Terengganu. Tatkala PAS di Terengganu hanya bertahan 1959 sehingga 1961 sahaja. Menurut Mohd Asri (1993) Kecundang di Terenggani disebabkan tindakan undi tidak percaya pihak UMNO setelah Adun PAS menyertai UMNO tahun 1961. Hal ini tidak berlaku di Kelantan, meskipun ada usaha Umno pada 1968 yang dikenali dengan rancangan turn about-about turn. Namun ia gagal kerana tidak berlaku Adun PAS yang menyokong usul undi tidak percaya dari pihak UMNO. Ia membuktikan wakil rakyat PAS di Kelantan mempunyai keutuhan yang jitu terhadap perjuangan parti. Nilai keutuhan ini masih kekal ke hari ini.

Justeru mengimbau sejarah itu, pilihan raya 1959 PAS di Kelantan menyaksikan kemenangan 28 daripada 30 kerusi Dun. Bermulalah pemerintahan PAS di Kelantan. Justeru, menurut Badlihisham (1999) ia membuktikan PAS telah menjadi parti dominan di Kelantan sehingga kini. Meskipun sebelum 1990, PAS melalui fasa kekalahan sebelum bangkit semula dan terus mantap sampai kini berusia 60 tahun.

Fasa terulung

Berasaskan nilai keutuhan ini, rancangan UMNO untuk menggulingkan pemerintahan PAS di Kelantan terus hidup setiap kali pilihan raya. Ia bermula dengan konspirasi perintah darurat pada 8 November 1977. Sehinggalah pada Mac 1978 Umno yang bersekongkol dengan Berjasa telah berjaya merampas Kelantan dari tangan PAS. Berakhirlah fasa pertama kerajaan PAS di Kelantan.

Namun, selepas pergolakan UMNO tahun 1987 telah menyebabkan tertubuhnya parti Semangat 46 di bawah pimpinan Tengku Razaleigh dan kemudian ditubuhkan pula kerjasama parti pembangkang Melayu dinamai Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan). Melalui kerjasama ini, PAS bersama-sama Angkatan berjaya dalam pilihan raya umum 1990 kembali semula berkuasa di Kelantan dengan memenangi kesemua 39 kerusi yang dipertandingkan. Hasil kemenangan itu, PAS memasuki fasa kedua kemenangan dengan mendapat mandat penuh rakyat memerintah Kelantan.

Nama ulung di Kelantan

Kini, dalam usia 60 tahun, PAS di Kelantan pula mencapai usia 58 (sejak 1953-2011). Satu seumur yang sudah mencapai edah usia emas. Sewajarnya PAS di Kelantan berjaya melahir ramai tokoh pemimpin dan perjuang Islam terulung di Malaysia. Bermula dengan Amaludin Darus (1960-an) sebagai pengasas, diikuti dengan Mohd Asri Muda (1970 dan 1980-an) dan kini yang terulung ialah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (sejak 1990-2011) mantan Ketua Ulama Pusat dan kini Al-Mursyidul Am.

Justeru menelusuri nama-nama terulung itu, kini PAS berjaya melalui kerjasama politik daripada Kerajaan Campuran dan Barisan Nasional (1970-an), Angkatan Perpaduan Ummah (1990-an), Barisana Alternatif (1999-2008) dan kerjasama Pakatan Rakyat yang diasaskan selepas memenangi pilihan raya Mac 2008. Laiku-liku Pakatan Rakyat adalah lebih mencabar, lebih-lebih lagi bagi PAS di Kelantan.
Pengalaman fasa kedua PAS di Kelantan adalah sarat dengan peristiwa 'berkerajaan' dengan penuh mencabar. Ia cukup mematangkan nilai perjuangan Islam dibawa dan dipersembahkan secara Kerajaan Negeri. Bergerak dengan tema Membangun Bersama Islam, sudah membuktikan kemantapan sokongan rakyat Kelantan begitu komited mahukan Islam menjadi teras politik. Ia serasi dengan jolokan Negeri Serambi Mekah.

Maka PAS di Kelantan terus utuh 'mencipta kemenangan dan menerajui perubahan' yang boleh dikongsi bersama oleh semua PAS di negeri-negeri lain. Kini sudah 21 tahun Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar yang terus segar mengulungkan seri perjuangan dengan rupa dan bau harmoni. Harapannya, pasca 60 tahun PAS ini, Kelantan kekal utuh dengan sistem politik dan pentadbrian Islam.

http://greencresent-wanibrah.blogspot.com/2011/10/usia-60-tahun-pas-pengalaman-di.html

Kenyataan Rektor bercanggah: Peguam

Posted: 22 Oct 2011 10:15 PM PDT

SHAH ALAM – Kenyataan Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin dianggap bercanggah dengan isi kandungan surat yang universiti berikan kepada Profesor Dr Abdul Aziz Bari bertarikh 19 Oktober lalu.

Peguam kepada Abdul Aziz, Dr Zulqarnain Lukman berkata, surat itu jelas menyatakan Abdul Aziz digantung tugas dan dilarang memasuki kawasan universiti tersebut.

"Surat itu memberitahu anak guam saya digantung serta-merta dengan bergaji penuh sehingga siasatan selesai dan bukannya dalam tempoh tujuh hari seperti yang dilaporkan akhbar semalam.

"Di dalam surat itu turut memaklumkan di dalam tempoh penggantungan, anak guam saya tidak dibenarkan memasuki premis universiti tanpa kebenaran bertulis daripada Dekan Kulliyah Undang-undang," katanya.

Zulqarnain berkata, terdapat penegasan yang jelas terhadap larangan-larangan tersebut dalam surat itu.

Dalam kenyataan semalam, UIAM menjelaskan tindakan menggantung tugas Abdul Aziz bukanlah hukuman, tetapi bagi memastikan siasatan terperinci dijalankan berikutan kenyataan beliau berkaitan titah Sultan Selangor mengenai pemeriksaan gereja di Damansara Utama oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 3 Ogos lalu.

Zaleha, dalam kenyataannya, menafikan laporan media dan portal berita bahawa Abdul Aziz tidak dibenarkan masuk ke kawasan UIAM serta berurusan dengan pihak universiti berkenaan.

Katanya, Abdul Aziz digantung tugas selama tujuh hari mulai Rabu lalu, dan dalam tempoh itu, pensyarah tersebut perlu menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga Disiplin, Tatatertib dan Kakitangan UIAM mengenai kenyataan beliau.

:Abdul Aziz dikehendaki menjawab surat tunjuk sebab itu sebelum jam 4 petang 25 Oktober ini.

Menurut Zulqarnain, tempoh tujuh hari yang dinyatakan Rektor UIA itu adalah merujuk kepada tempoh menjawab surat tunjuk sebab, bukan tempoh penggantungan. :

"Tempoh penggantungan tidak ditetapkan, ertinya (penggantungan itu) sepanjang yang mungkin selagi tidak ditamatkan secara rasmi oleh UIAM," katanya.

Beliau berkata, anak guamnya turut memohon pihak pengurusan UIAM tidak mengeluarkan kenyataan yang bercanggah antara satu sama lain yang membingungkan masyarakat.

"Setakat ini anak guam saya tidak menerima apa-apa notis yang memberitahu ada perubahan tentang perkara ini. Jika benar ada perubahan pihak universiti perlu mengeluarkan notis baru dan membatalkan kandungan notis yang bertarikh 19 Oktober itu," katanya.

Tambah beliau, surat tunjuk sebab daripada anak guamnya akan dihantar pada Isnin atau selewatnya pagi Selasa.

Zul Nordin jahil undang-undang Islam?

Posted: 22 Oct 2011 10:00 PM PDT

Oleh Dr Dzulkefly Ahmad

Ahli Parlimen Bebas YB Kulim Bandar Baru (KBB) bukan sahaja tidak asing dengan kontroversi. Bahkan umum mendakwa beliau telah sinonim dengan pembohongan dan memfabrikasi atau mereka-cipta pelbagai "fakta" untuk mensensasi pengkisahan apa jua cerita yang tidak masuk akal dan berlawanan dengan penilaian pemikiran yang waras.

Kalau semasa beliau bersama dengan parti lamanya lagi pun telah banyak kontroversi yang beliau cetuskan, antara lainnya tentang tambahan cerita "rempah-ratus" tentang simptom-simptom keracunan arsenik DSAI sehingga penulis ini (berkebetulan seorang Toksikologis) malu mendengarnya dan juga tentang hal-hal gejala murtad, apatah lagi hari ini, yang beliau telah, kononnya, menjadi ahli parlimen bebas. Pembohongan KBB telah meningkat kekemuncaknya dan kekesempurnaannya.

Kelmarin, dalam memperbahaskan Belanjawaan 2012, Ahli Parlimen Kulim Bandar Bandar ini, sekali telah merancang untuk mengulangi "antic" atau gelagat kesukaannya. Penulis, yang berkebetulan sedang makan di ruang makan MP terpaksa bergegasan masuk mendengar perbahasan beliau kerana sudah tidak senang lagi untuk menghabiskan "lunchnya". Amat malang sekali, Dewan sudah terlibat dengan satu "shouting match" ketika Kuala Selangor memasukki Dewan, setelah cubaan awal Kubang Kerian membuat pencelahan dan penjelasan tidak lagi dilayani oleh KBB.

Dua perkara utama yang dipertikaikan KBB lantas membuat kesimpulan dan menuduh bahawa Enakmen Syariah Terengganu (2003) dan juga Kelantan (1993) itu sebagai Hudud PAS, adalah bersabitan definisi Mukallaf dan Liwat.

Dalam menghuraikan kedua-dua isu ini, jelas bahawa beliau tidak langsung menunjukkan bahawa beliau mempunyai ilmu tentangnya khususnya Ilmu Syariah dan juga Undang-Undang Islam (Qanun).

Sebaliknya, apa yang nyata KBB sememang mempunyai niat jahat (mala fide) dalam membawa isu ini dalam perbahasan "Belanjawaan" beliau, guna untuk menjatuhkan kredibiliti Enakmen Syariah (Terengganu dan Kelantan) dan sekali gus maruah PAS sebagai sebuah parti dan Jamaah Islam yang mendukungi cita-cita untuk melakasankan Syariah Allah seperti yang dituntut Allah SWT.

Menyebut tentang hal "Mukallaf", KBB mengatakan Enakmen tersebut kononnya bercanggah dengan Islam khususnya mengenai umur akhil baligh, apabila perlaksaan hudud hanya akan dikenakan ke atas mereka yang berumur 18 tahun ke atas.

Menurutnya, "dengan hanya akan melaksanakan Enakmen tersebut terhadap mereka yang berumur 18 tahun ke atas, katanya ini bermaksud PAS telah mengubah hukum Islam yang mengatakan seseorang lelaki akil baligh setelah bermimpi, manakala perempuan pula setelah datang haid".

Katanya lagi, dari segi umur, "setelah berusia 15 tahun tidak juga bermimpi atau datang haid bermakna mereka telah dikira 'mumayyiz' dan sampai umur serta boleh dilaksanakan undang-undang Islam terhadap mereka".

Dengan ini, terpaparlah kejahilan seorang yang selama kini memberi tanggapan dan perspesi kepada umum khususnya umat Islam bahawa dia arif agama khususnya perundangan Islam dan akan terus memperjuangkannya dan mendedahkan "Hudud PAS" dan pembohongan PAS.

Pertamanya, ternyata bahawa KBB tidak punya pengetahuan hatta tentang persoalan mumayyiz dan jahil bahawa penetapan persoalan "mukallaf" dalam enakmen adalah satu yang tertakluk kepada "Ijtihad", bukan satu "Tetap-Thabit" yang punya nas yang Qat'iy.

Mumayyiz adalah umur yang boleh membezakan (sin al-tamyiz) yang sudah boleh membezakan baik-buruk dan lazimnya digunakan dalam perbincangan Fiqah, untuk kanak-kanak di sekitar umur 7 hingga 8 tahun. Zul Nordin semacam tidak ada pengetahuan langsung tentang perkara ini.

Zul Nordin melemparkan tuduhan bahawa "Enakmen" itu "Hudud PAS bukan Hudud Islam sebenar" kerana dakwaan kononnya bahawa "telah mengubah hukum Islam". Tegas beliau, "ini jelas bercanggah dengan Islam yang mewajibkan dilaksanakan hudud setelah seseorang itu 'mumayyiz' iaitu yang telah mencapai usia 15 tahun". Zul Nordin juga menyanggah "Enakmen" ini kerana menetapkan umur "Mukallaf" sebagai 18 tahun.

Jelasnya KBB tidak ada pengetahuan tentang pandangan imam-iman Mazaahib. Jumhur ulama termasuk menetapkan 18 tahun sebagai umur matang atau mukallaf (sin al-rashd). Pokoknya urusan menetapkan umur itu adalah satu perkara Ijtihadi. Ia bukan satu yang tetap bahkan tertakluk kepada Ijtihad.

Orang yang ada sedikit pengetahuan tentang Syariah dan perundangan atau Qanun Islam akan tahu bahawa is perlu diqanunkan dalam "proses legislative" untuk menjadi undang-undang didalam sebuah negeri dan negara. Zul Nordin menyerlahkan kejahilannya dalam mempertikaikan perkara segampang ini.

Penetapaan perkara-perkara seperti mungkin sahaja akan mengalami perubahan kerana perhitungan-perhitungan itu termasuklah mengambil kira hal-hal adat dan budaya setempat sesuai dengan kaedah Usul al-Fiqh — "Al-Adat Muhakkamah". Itu yang menyebabkan Imam as-Syafi'e membuat perbezaan Ijtihad dalam urusan "Sin al-At-Taqaa'ad" — umur putus haid yang berbeza, semasa di Baghdad (Qaul Qadim), Iraq berbanding Kaherah, Mesir (Qaul Jadid). Semua ini perkara-perkara ijtihady atau "umurud ijtihadiy".

Zul Nordin lalu menghukum Enakmen Syariah (Terengganu dan Kelantan) sebagai Hudud PAS kerana menetapkan umur 18 tahun sebagai takrif Mukallaf (sin al-rashd) atau "Age of Maturity". Malang bagi seorang yang ada pendidikan Undang-undang Common-Law, langsung buta dan jahil tentang Undang-undang Islam.

Cubaan beliau untuk menjatuhkan kredibiliti Enakmen Syariah Terengganu dan Kelantan tentang Hudud adalah lebih jahat lagi. Usaha beliau untuk mencemar Enakmen Syariah sekaligus menjatuhkan kredibiliti Syari'ah Islam mengikut tanggapan umum.

Dengan merujuk kepada Seksyen 14 Enakmen Syariah Terengganu yang menyebutkan bahawa takrif tentang liwat, antara lainnya ialah hubungan seks antara lelaki dan wanita, di mana seseorang lelaki memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang lelaki atau perempuan, kecuali isteri.

Katanya, perkataan kecuali dengan isteri itu jelas membawa maksud seseorang suami boleh memasukkan zakarnya ke dalam dubur isterinya kerana ia tidak dimaksudkan meliwat. Zul Nordin mendapat peluang menegaskan perkara ini tatkala Kinabatangan "melabongkan" soalan dengan kembali bertanya "Apakah Hudud PAS ,mengizinkan suami melewat isterinya".

"Inilah hudud PAS. Ini bercanggah dengan Islam. Dalam Islam, jika seseorang lelaki itu memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang tidak kira dengan sesiapapun termasuk dengan isteri sendiri, ia tetap liwat".

"Tetapi dalam hudud PAS, itu tak dikatakan liwat. Maknanya suami boleh berbuat begitu dalam hudud PAS walaupun ia jelas bercanggah dengan ajaran Islam," kata ketika berucap pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Dengan itu, menurut beliau, enakmen tersebut bukanlah undang-undang Islam, tetapi hudud PAS yang dibuat oleh mereka yang kononnya tidak faham dengan undang-undang Islam tetapi hanya berlagak pandai untuk kepentingan politik.

Dalam hal ini, Zul Nordin benar-benar bukan hanya mempamerkan kejahilan tentang undang-undang Islam tetapi juga tidak tahu membaca undang-undang umumnya.

Perkara Seksyen 14 itu membawa satu maksud "Proviso" atau "Pengecualian" (Istisna'). Bermaksud "Liwat" ditakrifkan sebagai hubungan seks antara lelaki dan wanita, di mana seseorang lelaki memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang lelaki atau perempuan, kecuali isteri.

Ini bukan bermaksud ke atas isteri itu di bolehkan! Tetapi ini bererti memasukkan zakar dalam dubur isteri itu tidak jatuh dalam "Hukum Hudud" seperti yang lain, tetapi tetap ia satu kesalahan yang termasuk dalam "Hukum Takzir".

Hukum Hudud memerlukan satu pembuktian yang terlalu "berat", justeru kerana mungkin sahaja boleh timbul "syubahah" di antara suami-isteri maka, Ulama' tidak meletakkan kesalahan suami ke tas isterinya itu sebagai dalam "Hukum Hudud" tetapi Hukum Takzir yang proses pembuktian adalah lebih "ringan" untuk disabitkan hukuman. Namun ia tetap salah dan berdosa sebagai satu jenis jarimah atau jenayah syari'ah dalam Islam. Zul Nordin menzahirkan kebodohan dan kejahilannya sekali lagi!

Perkara yang sama telah pernah dibangkitkan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Zaid Ibrahim berhubung isu itu.(UM 30 Ogos 2003) dan telah pun dijawab oleh Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato Harun Taib.

Zul Nordin dan seangkatan dengannya, jelas membuktikan mereka jahil dengan perundangan Islam. Itu masih boleh dimaafkan kalau kita bersedia belajar. Tetapi bertegas akan pendirian itu adalah sangat membimbangkan Takut-takut kita akan menjadi "sesat dan menyesatkan" seperti disebutkan oleh RasulAllah (saw) — "Dhollu wa Adhollu"!

Kami akan mengusulkan supaya KBB dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk diadili atas segala usaha beliau menyelewengkan Dewan pada perbahasan belanjawaan beliau itu.

Allahu' Alamu bit-Thawab!

Liwat Isteri Jenayah Takzir

Posted: 22 Oct 2011 09:30 PM PDT

Oleh Dr Khairuddin Razali

Menurut al-Imam al-Syarbini iaitu seorang tokoh Mazhab Syafie: "Adapun menyetubuhi isterinya atau hambanya pada dubur (liwat) maka pendapat Mazhab ialah wajib dita'zir sekiranya berulang. Sekiranya tidak berulang maka tidak dikenakan ta'zir." (Rujuk Mughni al-Muhtaj, Juz 16, hlm. 356-357.)

Malah, Imam Abu Hanifah tidak mengkategorikan liwat sebagai Hukuman Hudud tetapi Hukuman Ta'zir meskipun ianya haram berbeza dengan Imam Syafie yang mengkategorikannya sebagai hukuman Hudud

Al-San'ani iaitu salah seorang tokoh ulama mazhab Hanafi menyebut dalam Bada'i al- Sana'i :

"dan demikianlah persetubuhan pada dubur lelaki atau perempuan tidak mewajibkan Hudud di sisi Abu Hanifah meskipun ianya adalah haram kerana persetubuhan tidak berlaku pada kemaluan depan, maka ia bukannya zina. Manakala di sisi kedua-duanya –Imam Muhammad dan Imam Hasan ( dua tokoh besar mazhab Hanafi) dan juga di sisi Imam Syafie perbuatan itu mewajibkan hukuman hudud." (Bada'I al-Sana'i`, Juz 15, hlm 24). Ini kerana pada pendapat Imam Abu Hanifah zina yang disebut dengan jelas hukumnya di dalam al-Quran merujuk kepada "persetubuhan pada kemaluan depan."

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 2002 telah mengambil pendapat Imam Syafie dan Mazhab Syafie dalam mengkategorikan jenayah liwat sebagai Hukuman Hudud dan tidak menkategorikan liwat isteri sebagai Hukuman Hudud.

Hukuman jenayah dalam Islam terbahagi kepada tiga. iaitu Hukuman Hudud, Hukuman Qisas dan Hukuman Ta'zir. Kesalahan jenayah yang tidak termasuk dalam kategori Hudud dan Qisas dimasukkan dalam kategori Ta'zir. Kadar Hukuman Hudud telah ditetapkan oleh Allah antaranya zina yang mesti disebat atau dibuang negeri. atau direjam Kadar Hukuman Ta'zir pula boleh diijtihad oleh para ulama dan pemerintah berdasarkan beberapa peraturan dan syarat yang telah ditetapkan.

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 2002 adalah Enakmen untuk memperuntukkan dua jenis jenayah dalam Islam, iaitu Hukuman Hudud dan Hukuman Qisas sahaja. Adapun Hukuman Ta'zir tidak dihuraikan terperinci oleh Enakmen ini. Apa-apa kesalahan jenayah Islam yang tidak disebut dalam Enakmen ini secara automatic termasuk dalam kategori jenayah Ta'zir yang hukumannya diserahkan kepada budi bicara badan perundangan atau mengikut Enakmen ini hukumannya diserahkan kepada budi bicara Mahkamah. Kesalahan-kesalahan itu dinamakan kesalahan-kesalahan takzir dan hukumannya dinamakan hukuman takzir.

Hal ini disebut dalam Seksyen 3. Jenis-Jenis Kesalahan, ceraian (c) "kesalahan-kesalahan yang lain daripada kesalahan-kesalahan Hudud dan kesalahan-kesalahan Qisas, tetapi hukumannya diserahkan kepada budi bicara badan perundangan atau mengikut Enakmen ini hukumannya diserahkan kepada budi bicara Mahkamah. Kesalahan-kesalahan itu dinamakan kesalahan-kesalahan takzir dan hukumannya dinamakan hukuman takzir." (Rujuk Tr. P.U. 4/2002 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M, Bahagian 1, Seksyen 3. Jenis-Jenis kesalahan. (www2esyariah.gov.my/esyariahmal/portalv1/)

Begitu juga Bahagian XI Seksyen 65. Pemakaian Hukum Syarak Dalam Tafsiran menetapkan: (1) semua kesalahan-kesalahan dalam Enakmen ini dan peruntukan-peruntukan mengenainya hendaklah ditafsirkan mengikut Hukum Syara'; dan rujukan kepada hukum itu, hendaklah dibuat mengenai apa-apa perkara yang tidak diperuntukkan dalam Enakmen ini." (Rujuk Tr. P.U. 4/2002 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M, Bahagian XI, Seksyen 65. Pemakaian Hukum Syarak Dalam Tafsiran www2esyariah.gov.my/esyariahmal/portalv1/enakmen/)

Seksyen 14 Enakmen tersebut yang dirujuk oleh salah seorang ahli parlimen hari ini menetapkan "Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur". (Rujuk Seksyen 14. Liwat, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M, www2esyariah.gov.my/esyariahmal/portalv1/enakmen/ )

Seksyen 14 dengan tajuk Liwat ini menjelaskan takrifan jenayah Liwat yang dikenakan Hukuman Hudud. Menurut seksyen ini, jenayah Liwat yang akan dikenakan Hukuman Hudud tidak merangkumi keadaan di mana isteri diliwat oleh suami.

Persoalannya, bagaimana pula dengan isteri yang diliwat oleh suami? Apa hukumannya? Adakah ianya halal? Jawapannya ialah meliwat isteri adalah haram dengan sepakat ulama. Ia adalah perlakuan jenayah yang termasuk kategori Hukuman Ta'zir bukannya Hukuman Hudud. Apabila hukuman bagi jenayah Liwat Isteri nya tidak disebut dalam Seksyen 14, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M, maka ia termasuk dalam kategori Ta'zir sebagaimana penjelasan dalam Seksyen 3. Jenis-Jenis kesalahan dan juga dirujuk kepada Bahagian XI Seksyen 65. Pemakaian Hukum Syarak Dalam Tafsiran.

Amat malang sekali apabila ada ahli parlimen yang berstatus peguam telah gagal memahami dengan tepat peruntukan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M sehingga membuat kesimpulan kefahaman yang boleh memberikan kefahaman negatif kepada masyarakat seolah jenayah Liwat Isteri adalah dibenarkan dan dibolehkan.

Kesimpulannya tidak mengkategorikan sesuatu perlakuan jenayah sebagai Hukuman Hudud tidak bererti ianya halal dan dibenar dan tidak dianggap sebagai jenayah, malah ia dikategorikan sebagai Hukuman Ta'zir. Untuk maklumat lebih lanjut tentang Hukuman Jenayah Islam, Ulama sepakat bahawa zina termasuk kategori Hukuman Hudud yang telah ditetapkan hukumannya. Namun, mereka berbeza pendapat adakah liwat termasuk kategori Hukuman Hudud atau Ta'zir? Imam Abu Hanifah tidak mengkategorikan liwat sebagai hukuman hudud meskipun haram kerana pada pendapat beliau, zina yang disebut dengan jelas hukumnya di dalam al- Quran merujuk kepada "persetubuhan pada kemaluan depan." Hal ini berbeza dengan Imam Syafie yang mengkategorikannya sebagai Hukuman Hudud.

Perbezaan pendapat di kalangan ulama besar ini dalam beberapa perkara cabang melibatkan hukum hudud, qisas dan ta'zir menggambarkan keluasan fiqh Islam. Ia memberi ruang untuk setiap pemerintah mengambil pendapat dan pandangan yang lebih bermaslahat pada zamannya untuk dijadikan sebagai perundangan Negara atau negeri yang akan dilaksanakan.

Antara contoh perbezaan pendapat ulama lagi dalam kes Hudud dan Ta'zir ini ialah melibatkan Hukuman Zina. Hukuman Hudud Zina tidak dikenakan kepada Kafir Harbi yang diberi keamanan di negeri Islam apabila berzina dengan wanita Islam menurut Mazhab Hanafi berbeza dengan pendapat Abu Yusof iaitu salah seorang tokoh mazhab Hanafi. Begitu juga menurut Abu Hanifah menyetubuhi wanita mati walaupun pada kemaluan depan, dan menyetubuhi binatang tidak dikategorikan zina meskipun ianya adalah haram. Maka ia tidak termasuk dalam hukuman hudud tetapi termasuk dalam ta'zir. Begitu juga Imam Abu Hanifah tidak mengkategorikan persetubuhan dengan mahram yang dinikahi sebagai Hukuman Hudud tetapi dikategorikan Ta'zir, berbeza dengan Imam Syafie yang menjadikannya sebagai Hukuman Hudud.

Kesimpulannya, tidak mengkategorikan sesuatu perlakuan jenayah sebagai Hukuman Hudud tidak bererti ianya halal dan dibenar dan tidak dianggap sebagai jenayah, malah ia dikategorikan sebagai Hukuman Ta'zir.

Penulis adalah Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat

Artikel di atas adalah respons kepada kejahilan sesetengah pihak tertentu terhadap Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas).

Hilangnya Idealisme Universi-Universiti Malaysia

Posted: 22 Oct 2011 09:00 PM PDT

Oleh Dr Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi

Baru-baru ini saya terbaca tentang universiti awam kita yang gagal menduduki senarai 400 universiti terbaik dunia mengikut sistem penyenaraian Times Higher Education World [gambar dalam untuk rencana prof tajuddin] University Rankings. Mengejutkan. Atau perlukah kita terkejut?

Saya menulis rencana ini untuk menunjukkan bahawa institut pengajian tinggi awam (IPTA) Malaysia sudah hilang segala bentuk tanggungjawab dalam pembangunan bangsa (nation) dan hanya ghairah mengejar kedudukan ranking.

Mengapa saya mengajar di universiti

Apabila saya menyertai UTM, hampir 25 tahun lalu, apa yang saya mahu lakukan adalah semata-mata untuk menyelidiki seni bina Islam dan Malaysia, dan menggunakan pengetahuan itu bagi menghasilkan seni bina yang lebih bermakna kepada masyarakat kita di negara ini serta menyumbang kepada pembangunan intelektual dan pemikiran tentang seni bina Islam.

Saya berjanji pada diri sendiri untuk menulis seberapa banyak buku, kertas akademik, rencana media massa dan media elektronik untuk menyebarkan sebanyak mungkin ilmu pengetahuan yang ada.

Saya juga berjanji pada diri saya bahawa saya mesti melatih sekurang-kurangnya 20 sarjana PhD yang akan membangunkan dua bidang akademik dan mewujudkan beberapa pusat seni bina Islam, masjid dan pembangunan komuniti, perumahan yang lebih baik dan seni bina kemasyarakatan. Itu sahaja.

Tidak pernah dalam sejarah kerjaya saya, terfikir saya untuk menjadi world class atau memaksa diri untuk "tokoh yang diiktiraf di peringkat antarabangsa" atau membantu UTM menjadi satu daripada 10 universiti terbaik dunia. Tidak pernah sama sekali.

Mengapa? Semata-mata kerana saya rasa ilmu seni bina sepatutnya membantu kita hidup dalam persekitaran yang lebih bermakna dan berdaya mampan.

Saya juga mahu menghasilkan seberapa banyak alat bantuan pengajaran seperti video dan portal laman web yang akan menjadikan pembelajaran sebagai sesuatu yang menyeronokkan bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga orang awam yang dapat membantu mempengaruhi dasar-dasar politik yang bakal mengubah undang-undang kecil pembinaan atau garis panduan untuk pembinaan masjid, rumah, sekolah, bangunan komuniti dan banyak lagi.

Setahu saya, tugas seorang ahli akademik adalah untuk membantu masyarakat memahami keadaan mengikut kepakaran dalam bidang khususnya. Bukan untuk mengejar geran bernilai berjuta-juta ringgit. Bukan untuk mendapatkan Geneva Award. Bukan untuk bergambar tersenyum lebar bersama dengan Perdana Menteri. Jika ditakdirkan pun saya mendapat ketiga-tiga perkara ini, baguslah, tetapi saya tidak akan keluh-kesah tak tidur malam memikirkan bagaimana mahu menjadi seorang superstar.

Apa yang IPTA lakukan hari ini

Apa yang telah berlaku kepada universiti-universiti kita sekarang? Naib-naib Canselor tidak peduli tentang pembangunan negara bangsa tetapi hanya berminat memperkenalkan dasar-dasar pengurusan yang akan membolehkan IPTA "melonjak jauh" memasuki sistem ranking bertaraf dunia.

Bagaimana mereka melakukannya? Mula-mula sekali mereka membuat promosi universiti melalui jurnal-jurnal antarabangsa terkenal yang mempunyai indeks penerbitan Scopus atau ISI. Dengarnya, untik disiarkan dalam kebanyakan jurnal ini, harga yang perlu dibayar amat mahal sekali.

Kemudian pengurusan universiti kita ini mengupah khidmat pakar asing yang mereka rasakan mampu menulis kertas akademik yang lebih baik daripada ahli akademik kita untuk mendapat pengiktirafan. Jadi, tidak banyak ruang untuk "sumbangan kepada komuniti dan masyarakat' tetapi hanya untuk kertas akademik dan geran penyelidikan, dan begitulah seterusnya.

Ia menjadi satu perlumbaan yang gila dan saingan yang tidak masuk akal semata-mata mengejar pengiktirafan. Kini "pengiktirafan", "world class", "ranking" menjadi kata-kata hikmat dalam dunia akademik semasa.

Apa kesan keghairahan mengejar ranking

Apakah kesan daripada pendekatan baru ini kepada pengurusan universiti kita? Tidak ramai yang mahu menulis buku teks untuk pelajar. Hampir tidak ada ahli akademik yang mahu menulis rencana atau buku popular menjelaskan tentang ilmu pengetahuan mereka kepada masyarakat.

Setiap ahli akademik akan melihat pelajar pasca-siswazah mereka sebagai individu yang hanya menghasilkan kertas akademik yang bakal mengharumkan nama pensyarah sebagai sebagai penulis untuk jurnal akademik.

Penyelia pengajian PhD dan ijazah sarjana tidak peduli lagi tentang usaha memupuk sarjana tetapi hanya melayan pelajar sebagai orang suruhan untuk mengendalikan seminar, menulis kertas akademik, mencari data, dan melayan mereka sebagai pembantu makmal.

Bagaimana pula dengan sarjana dan ahli akademik muda? Selepas mendapat PhD mereka terpaksa berdepan dengan petunjuk prestasi utama (KPI) yang menjadikan mereka tidak ada masa untuk renungan hidup.

Jadi apa yang sarjana muda ini lakukan? Lima dari mereka akan memeterai perjanjian bahawa jika seorang dari mereka, atau seorang dari mana-mana pelajar pasca-ijazah mereka menghasilkan satu kertas akademik, kesemua nama mereka akan terpampang di atas kertas itu.

Melalui cara ini, sarjana-sarjana muda ini akan memenuhkan CV masing-masing dengan pelbagai kertas akademik yang tidak ada kena-mengena dengan bidang kepakaran mereka.

Satu lagi bencana menimpa apabila sistem KPI yang berteraskan kertas akademik diamalkan. Pelajar pra-siswazah terkantong-kantong sendirian untuk mempertahankan kertas akademik mereka apabila pensyarah-pensyarah mereka terlalu sibuk mencari geran, terbang ke sana sini untuk menyampaikan syarahan dan menguruskan seminar, menulis kertas akademik atau naik turun pejabat Menteri untuk meminta itu dan ini.

Pemerintah sebagai inspirasi dunia akademik

Dahulunya penyelidikan dan pusat penyelidikan diwujudkan untuk merintis usaha pembangunan dalam bidang akademik yang akan membantu rakyat kita.

Tetapi hari ini saya melihat pusat-pusat pengajian ditubuhkan dan buku-buku diterbitkan atas isu-isu yang berkaitan dengan Perdana Menteri.

Saya pernah mendengar tentang sebuah IPTA yang memberi sejumlah besar peruntukan kewangan untuk kajian mengenai Islam Hadhari dari idea seorang bekas Perdana Menteri. Baru-baru ini pula satu penyelidikan dilakukan dan seminar diadakan tentang seni bina Bugis, semata-mata kerana seorang pemimpin besar negara adalah dari keturunan Bugis!

Naib-naib Canselor sibuk dengan permainan perhubungan awam kerana ingin menarik geran dan peruntukan, dan banyak masa dan usaha di IPTA telah ditumpukan kepada perhubungan awam.

Di manakah kewibawaan ahli akademik dan sarjana kita? Di manakah "jarak pendirian falsafah dan moral" di antara mereka dan pihak yang berkuasa? Jika ahli akademik dan sarjana terikat dan tunduk kepada pemerintah, siapa yang akan memberitahu rakyat tentang apa yang perlu dilakukan dan apa yang perlu diubah?

Memang sentiasa ada ketakutan di kalangan ahli akademik bahawa mereka tidak akan dinaikkan pangkat jika mengigit tangan pemerintah.

Malah Majlis Profesor Negara kelihatanya sangat takut dan sanggup membodek pemerintah dan ini telah memalukan idealisme ketinggian moral dunia akademik.

Para profesor sepatutnya menjadi teras ilmu pengetahuan untuk kebaikan rakyat tetapi mereka memilih untuk membodek bagi mendapatkan pangkat, kedudukan, projek dan geran.

Saya lebih gembira berbual tentang keadaan negara dengan pemandu teksi berbanding dengan pihak pengurusan universiti dan golongan yang kononnya bergelar akademik.

Di benak fikiran sata, universiti-universiti kita sepatutnya menghentikan keghairahan mereka terhadap sistem ranking, dan masya'Allah, hentikanlah daripada bersaing untuk mendapatkan status Research University atau Apec University.

Utamakan rakyat Malaysia

Kerajaan sepatutnya berhenti daripada menggalakkan perlumbaan keanak-anakan ini untuk menumpukan kepada pemberian geran dan keistimewaan kepada sarjana, fakulti dan institusi yang akan dapat memberi khidmat sepenuhnya kepada rakyat kita yang lebih memerlukannya.

Jika ditakdirkan kita berjaya memberi sumbangan kepada dunia, baguslah, tetapi janganlah pinggirkan ahli akademik kita yang menangani isu tempatan atau menulis untuk jurnal tempatan atau menerbitkan buku tempatan.

Kita mesti menjadi Malaysian First (utamakan rakyat Malaysia) dan dunia di tempat kedua. Mengapalah kita ghairah sangat untuk dunia sedangkan di negara kita ada berlambak masalah yang perlu diselesaikan?

Jika kita menumpukan semua sumber akademik yang ada untuk membantu pelajar kita, membantu guru sekolah mengajar anak kita, membantu rakyat kita memahami isu-isu ekonomi, alam sekitar, agama dan lain-lain lagi, saya melihat bahawa kita telah pun memberi satu sumbangan yang besar.

Setelah kita berjaya laksanakan itu semua, jika sistem ranking oleh Times mahu mengiktiraf kita mengikut kriterianya dalam excellence in academia, baguslah, tetapi jika kita gagal mencapai piawaian mereka, peduli apa kita!

Sekarang apa yang kita ada? Kita tidak termasuk dalam senarai 400 universiti terbaik dunia. Rakyat Malaysia tidak tahu pun apa yang universiti kita sumbangkan kecuali mengajar pelajar kita untuk mendapatkan pekerjaan.

Kita ada sekumpulan ahli akademik yang kecewa dan tertekan. Ahli-ahli akademik ini yang hanya menulis dan bercakap dalam Bahasa Melayu merasa diri mereka dipinggirkan. Jurnal tempatan semakin berkurangan dan hambar. Tidak ramai yang mahu menulis buku untuk Dewan Bahasa & Pustaka atau penerbitan universiti.

Pelajar pra-siswazah kita tidak mempunyai wibawa sebagai pemimpin kerana mereka tidak dilayan seperti orang dewasa, dan mereka juga tidak dilihat sebagai pemimpin masa depan, hanya sebagai kanak-kanak sekolah yang mahu lulus kertas peperiksaan.

Apa dah jadi? Apa lagi nak jadi?

Permainan menghitung petikan tulisan akademik untuk mencerminkan kehebatan ilmiah adalah sesuatu yang melucukan. Sesetengah ahli akademik meluangkan sebahagian besar masa mereka untuk mengira berapa banyak petikan tulisan mereka; malah memantau dan meminta rakan-rakan akademik lain memetik tulisan mereka.

Apa yang menyedihkan ialah ada pengurusan akademik yang hanya mengambil kira petikan tulisan-tulisan ini untuk kenaikan pangkat.

Apa yang menggembirakan saya

Saya tidak pernah peduli untuk melihat kembali berapa ramai sarjana yang memetik hasil kerja saya. Saya lebih gembira apabila mengetahui seorang guru besar sekolah Australia memetik tulisan saya tentang seni bina nasional untuk dibincangkan dengan kakitangan dan pelajar sekolahnya.

Saya juga gembira apabila laman web Majlis Peguam memuatnaikkan tulisan saya mengenai jenayah yang telah disiarkan dalam akhbar The Star. Saya amat bangga apabila rencana saya mengenai orang bukan Islam dan masjid dipaparkan dalam blog Lim Kit Siang, dan apabila majalah Christian Herald menyiarkan tulisan saya mengenai isu azan.

Bagi saya, itu semua adalah petikan hasil kerja yang dapat merapatkan hubungan rakyat dan perpaduan negara. Sudah tentu ada ahli akademik yang memperkecilkan hasil kerja saya dengan mengatakan semua ini rendah mutu akademiknya kerana tidak diberi ulasan sebaya atau academic peer review.

Kepada ahli akademik seperti ini, saya ingin katakan bahawa saya tidak menyertai dunia akademik untuk masuk ke dalam satu kumpulan elit yang hanya bergaul sesama sendiri, tetapi saya menyertai universiti kerana mahu berbuat sesuatu yang baik untuk rakyat dan negara kita.

Apa yang perlu kita lakukan

Jadi, ini yang saya mahu kerajaan dan semua universiti kita lakukan. Hentikan kegilaan usaha mendapatkan status Research University dan berikan sahaja RM50 juta kepada semua IPTA untuk mempupuk bakat sarjana muda mereka.

Lebih baik kita belanjakan wang itu untuk membentuk generasi akademik akan datang daripada membina sebuah lagi masjid besar bernilai RM300 juta atau beberapa Menara Warisan atau melaksanakan semula lanskap Putrajaya setiap kali sambutan Hari Kebangsaan diadakan.

Hentikan juga kegilaan mengejar status Apec University yang telah menjadikan setiap IPTA melihat yang lain sebagai saingan untuk mengejar penerbitan akademik dan geran semata-mata.

IPTA di Malaysia pada suatu masa dahulu adalah satu keluarga yang besar tetapi sekarang mereka bercakaran untuk menyimpan kemahiran yang ada dan enggan berkongsi bakat.

Apabila UKM memohon mendapatkan khidmat saya untuk dipinjamkan selama dua tahun bagi menghasilakn penyelidikan tentang budaya dan seni bina Islam, UTM telah menolaknya tanpa berbincang dengan saya. Begitulah keangkuhan dan amalan kuku besi serta sifat "kedekut" yang wujud dalam IPTA hari ini.

Gelombang Pertama ahli akademik kita berusaha untuk mewujudkan tapak ilimiah serta menghasilkan graduan untuk keperluan industri.

Kita sekarang dalam Gelombang Kedua yang mana kita perlu menghasilkan suasana penyelidikan yang baru, menghasilkan graduan yang bukan sahaja pekerja tetapi juga pemimpin, dan mempersiapsediakan sarjana muda dalam kajian pasca-siswazah untuk menghadapi Gelombang Ketiga, iaitu inovasi dan keusahawanan, selain meningkatkan tapak Gelombang Kedua.

Dengan cara yang perlahan tetapi pasti berjaya ini, Gelombang Keempat dan Kelima akan memastikan kita duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Barat. Tamadun dan kreativiti tidak boleh dipaksa dan dilajukan walau pun beribu bilion ringgit dibelanjakan.

Kunci kejayaan

Memupuk sarjana muda adalah kunci kejayaan. Ahli-ahli akademik veteran perlu memastikan setiap tugasan yang diberi kepada mereka yang muda adalah tugasan yang kita sendiri mampu laksanakan jika usia kita masih muda. Dan bukan diberi kepada mereka untuk ditiru seperti cut and paste semata-mata untuk mendapatkan kenaikan pangkat kita sendiri.

Peruntukan kewangan mesti diutamakan kepada sebanyak mungkin sarjana muda dan bukannya kepada segelintir ahli akademik veteran. Kasih sayang dan rasa hormat mesti ditunjukkan kepada yang muda manakala sistem anugerah boleh-laksana perlu diwujudkan untuk memberi galakan yang sewajarnya.

Akhir sekali, apa yang paling penting adalah untuk mengajar sarjana muda bahawa tugas utama mereka dalam pembangunan bangsa (nation) adalah mendahulukan rakyat dan kepada kemanusiaan.

Usaha mereka bukan semata-mata untuk kerjaya mementingkan diri dan hidup dalam kumpulan elit, tetapi mesti berteraskan moral dan kerohanian. – Roketkini.com

Penulis adalah Profesor Jabatan Senibina, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia

Najib disabotaj isu Aziz?

Posted: 22 Oct 2011 08:19 PM PDT

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Semasa pemerintahan Najib Razak nampak terkial-kial menyusun program menagih sokongan rakyat, banyak pula insiden menimpa yang makin menyukarnya untuk memulihkan imej BN bagi berdepan pilihan raya umum ke-13.

Beberapa pengumuman transformasi politik, seperti janji untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada malam Hari Malaysia lalu, menjadi pudar apabila dalam masa sama ia disusuli tindakan-tindakan "keras, tidak demokratik, dan menutup ruang perbahasan secara sihat".

Misalnya, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth di bawah Kanun Keseksaan kerana pandangannya berhubung peristiwa Bukit Kepong pada tahun 1950, ketika berceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu.

Apakah hanya kerana mempunyai pandangan berbeda tentang sejarah perjuangan kemerdekaan negara, maka mahkamah terpaksa dipilih untuk mengadili Mat Sabu, dan bukannya melalui perdebatan, perbahasan atau dialog?

Terkini, tambah membebankan Najib apabila pakar undang-undang perlembagaan, Prof Abdul Aziz Bari, digantung tugas dan dilarang memasuki kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) disebabkan pandangan beliau terhadap isu yang berkaitan dengan bidangnya.

Gejala ini bukan perkara baru. Sebelum ini ramai tenaga akademik menerima surat amaran daripada pentadbiran universiti ekoran pandangan atau kenyataan akhbar yang dilihat menimbulkan "kegemparan", walaupun ia menyentuh bidang kepakaran atau hasil penyelidikan mereka.

Hanya kerana isu jerubu melanda negara atau masalah sosial generasi muda, yang ditimbulkan oleh pensyarah dalam bidang berkenaan, mereka boleh mendapat "surat cinta" dan terpaksa "menutup mulut" kemudiannya. Ada juga pensyarah sains politik yang ditegur kerana bercakap dengan pihak akhbar mengenai tuntutan bertindih dengan negara jiran.

Justeru, golongan cendekiawan kita semakin bersendirian, tinggi di menara gading, terpisah dengan realiti masyarakat, ibarat "mati di pucuk". Mereka seperti dilarang menyumbang idea dan menyalur pandangan bernas terhadap pergolakan atau konflik di persekitaran. Waduh ... bukan saja malang berganda tetapi juga membazirkan wang rakyat.

Ternyata, kebebasan akademik dan hak bersuara warga kampus dinafikan serta dicabuli pentadbiran (baru) UIAM. Reaksinya, seperti diduga, merata dan merebak dengan cepat. Suara simpati dan sokongan terhadap Aziz segera tumpah di mana-mana, terutama di laman sosial, facebook.

Dalam waktu singkat, selepas sehari Aziz digantung tugas, aksi protes melalui demonstrasi berjaya digembleng, di UIAM sendiri. Anak-anak muda, mungkin sebahagiannya anak murid beliau, bingkas bangun bersuara lantang. Selama ini kampus Gombak itu tidak pernah mengizinkan kelompok mahasiwa pro-Umno menerajui gerakan pelajarnya.

Ia juga difaktorkan oleh kewibawaan dan keberanian Aziz, yang diakui ramai. Malah beliau pernah membidas keras Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sehingga mencetuskan polemik dalam parti. Suatu bukti Aziz bersuara tanpa takut, tanpa segan.

Dalam mempertahankan Abdul Aziz, Presiden Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) yang juga prof madya undang-undang, Dr Azmi Sharom berkata, Akta Hasutan sendiri membenarkan kritikan membina terhadap pemerintah.

Baginya, Aziz semata-mata memberi pandangan bahawa seorang raja telah bertindak di luar batasan perlembagaan. Menurut Azmi, ia adalah komen yang sah dengan tiada kenyataan - secara langsung atau tersirat - yang dibuat untuk menimbulkan kebencian terhadap raja.

Setiausaha Agung Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak), Prof Madya Dr Rosli Mahat turut melahirkan rasa terkilan atas celaan berbentuk peribadi yang dikenakan terhadap Aziz.

"Aziz seorang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau. Mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau sepatutnya menghujah balas secara rasional dan profesional tanpa sebarang ugutan atau celaan peribadi," ujarnya dalam satu kenyataan.

Dari Universiti Oxford, London, bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin mengkritik keras: "Tindakan ini tiada asas ilmu sama sekali sebab dalam dunia ilmu setiap orang berhak berbicara atas asas fakta dan ijtihad. Ia tindakan mengampu dan paling tidak bertamadun dalam dunia akademik. UIA yang patut bertaraf pusat pendidikan dunia bertukar menjadi pejabat agama yang penuh kesempitan fikiran."

Secara peribadi Aziz mudah didekati, tidak lokek idea, dan sebagai pengamal media, saya begitu senang sekali dengan minat mendalamnya terhadap dunia penulisan dan penerbitan. Lebih 10 tahun lalu, semasa saya menerbitkan majalah Detik, Wasilah dan siri akhbar tidak berkala di Medan Idaman, tidak jauh daripada kampus UIAM Gombak, Aziz agak kerap mengunjungi pejabat Penerbitan Pemuda.

Selain bertukar-tukar fikiran dan cerita, Aziz cukup prihatin dengan mutu bahan penerbitan kami. Lebih mengujakan, ziarah beliau bersama-sama bahan yang kami boleh manfaatkan. Bukan sekadar kritikan membina, tetapi juga tulisan yang boleh dikongsi pembaca.

Lama sebelum komentarnya terhadap Sultan Selangor, bicara Aziz menampakkan beliau benar-benar independen. "Selepas Prof Jomo KS ke PBB, saya lihat satu-satunya tokoh pemberani di kalangan ahli akademik adalah Prof Aziz Bari. Hairan ya, dia seperti tidak takut langsung untuk bersuara," kata seorang sahabat lama dari Skudai, Johor.

Saya kira tekanan ke atas pentadbiran UIAM untuk mengambil tindakan ke atas Aziz bukan semata-mata disebabkan kenyataan terakhirnya itu. "Dendam" ini sudah lama meruap. Pihak tertentu hanya menunggu masa sesuai untuk "memerangkapnya".

Apa pun, yang pasti, episod gelita ini bukan sahaja meninggalkan kesukaran berpanjangan buat Najib tetapi telah menggagalkan usaha tungkus-lumusnya membina imej baru BN menjelang PRU13. Tokoh sehebat Aziz tidak rugi apa-apa jika disingkirkan. Peluangnya terbuka luas di tempat lain.

"Soalnya, apakah ini petanda jelas ada perancangan untuk sabotaj Najib daripada dalam? Generasi muda dan masyarakat kelas menengah terkesan dengan isu Aziz Bari ini," kata seorang editor kanan, yang mengakui hairan dengan tindakan drastik UIAM itu.

ucapan penuh YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS di Persidangan ICT dan Media Baru 2011 pada 22 Oktober 2011 bertempat di KUIZM

Posted: 22 Oct 2011 06:03 PM PDT



Ikuti ucapan penuh YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS di Persidangan ICT dan Media Baru 2011 pada 22 Oktober 2011 bertempat di KUIZM, Taman Melewar.

Tiada ulasan: