Khamis, 13 Oktober 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Teerkini! Prof Aziz Bari Sumbat Mulut Ezam 'Katak' Dan Zul 'Hutang' Dengan Tahi!

Posted: 13 Oct 2011 07:42 AM PDT

Prof Aziz Bari Libas Golongan Yang Tak Faham Undang-undang

Shah Alam, 13 OKT : Pakar Perlembagaan Malaysia Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata beliau hanya mempersoal titah seorang Raja Melayu dan bukan menghina institusi Raja-Raja Melayu seperti yang didakwa media pro-Umno.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu berkata Perlembangan memberinya hak untuk membincang titah tersebut dan mereka yang mengkritiknya sebenarnya tidak faham undang-undang.

"Saya tak kata pertikai Tuanku, tak ada. Saya tak kata dia tak ada kuasa. Saya kata kuasa tu memang ada, saya tak pertikaikan. Tiba soal kewajaran, soal keadilan dalam isu ni macam mana. Itu saja."

"Iyalah yang dakwa menghina itu dia. Kalau dia faham peruntukan perlembagaan itu dia tak kata begitu. Dia orang sudah melabel kita macam tu, saya nak buat macam mana."

Dr Aziz berkata demikian ketika dihubungi TV Selangor apabila diminta mengulas langkah beberapa Ahli Parlimen BN yang mendesak supaya tindakan tegas diambil ke atasnya ekoran rencananya semalam yang disiarkan di portal Malaysiakini yang berjudul "Tidak Salah Kritik Raja-raja".

Aziz dengan tegas menyatakan bahawa beliau tidak mempertikaikan kuasa ketua agama. Apa yang diperkatakan ialah kewajaran sesuatu tindakan itu dari segi undang-undang dan Perlembagaan.

"Saya dah kata, saya tak pertikaikan kuasa ketua agama. Saya cuma sebut soalnya adakah kewajarannya ada. Itu boleh. Kalau tengok akta hasutan pun jelas. Kalau kita setakat mencuba nak memperbaiki, nak improve kata orang apa salahnya."

Beliau kecewa kata-katanya telah dipusing oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan politik.

'Orang ni dah twist sentence.... Itu yang sedihnya. Kalau orang yang macam Zulkifli Nordin yang pernah jadi peguam fikir macam itu. Apa jadinya. Ini nak mengapi-api, nak menghasut namanya. Nak memanaskan keadaan yang tak panas."

Dr Aziz memuji sikap terbuka seorang Putera Diraja Negeri Sembilan Tunku Zain Al Abidin Tuanku Muhriz.

Tunku Zain dalam kenyataan kepada portal berita Malaysia Kini hari ini antara lain berkata, titah diraja boleh dibincangkan oleh ahli akademik dan media, selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan yang sebenar.

Tambah Dr Aziz, beliau memberi komen sedemikian kerana kes siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) membabitkan sensitiviti agama lain.

Di dalam titahnya Isnin lalu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata tindakan JAIS menepati skop undang-undang agensi itu.

Sebelum ini, siasatan JAIS terhadap DUMC atas dakwaan ia cuba berdakwah kepada orang Islam dikecam oleh ahli politik Pakatan Rakyat dan NGO.

"Satu lagi yang kita kena faham ialah soal ini dia melibatkan soal agama lain. Jadi dalam soal itu kita kena tengok jugak. Kalau dah sampai kedudukan agama lain terancam dalam soal ini dalam kedudukan soal gerejanya diceroboh, macam mana. Dan bukti tak ada."

Beliau berpendapat jika tidak cukup bukti lebih baik kes sedemikian ditutup kasar, jangan dipanjang-panjangkan kerana ia mempunyai impilasi negatif.

"Saya kata macam ini, kalau bukti tak ada tutup saja. Tutup buku. Apa pulak bukti tak ada masih lagi kita seolah-olah melihat orang-orang ini beralah. Macam mana. Itu yang saya kata mana ada dalam dunia ini undang -undang kata macam tu. Kalau tak ada bukt , tutup buku, itu saja. Tang mana lagi kita nak cuba seolah-olah nak menunjukkan orang ini masih bersalah walaupun tak ada bukti. Itu yang saya katakan."

Menyentuh tindakan Ahli-ahli Parlimen mencabar beliau menyertai politik, Prof Dr Aziz dalam ketawa berkata bahawa dia tidak berminat menyertai politik dan mencabar ahli politik yang mencabarnya agar menjadi golongan akademik sepertinya.

"Nak mencabar saya berhenti pasal apa. Kenapa saya harus berhenti. Saya tak minat poltik. Saya bukan nak kedudukan dia. Kalau dia rasa nak lawan saya masuk ke sinilah, cuba jadi ahli akademik. Apa pulak saya lawan dia. Bila masa saya nak lawan dia. Apa pula timbul soalan berhenti politik masuk bertanding. Ini apa ceritanya."


muka skema ker, muka pakai kopiah tak pernah tinggal ke. kalau hidup sebagai balaci dan penjilat punggung. sampai billa pun jadi bodoh. maaf saya berkasar malam ni

Live! Gambar TG Nik Aziz Di Majlis Makan Malam Di Klang

Posted: 13 Oct 2011 07:12 AM PDT

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/299450_10150325036007592_358919387591_8628509_875855848_n.jpg

Belanjawan 2012 Sahkan GST Akan Dilaksanakan Jika BN Menang PRU13

Posted: 13 Oct 2011 06:00 AM PDT

Angka-angka unjuran ekonomi yang terkini semakin menunjukkan bahawa ramalan pertumbuhan ekonomi yang digunakan Perdana Menteri di dalam Belanjawan 2012 adalah tidak realistik. Terbaru adalah unjuran yang dibuat Malaysian Institute of Economics Research (MIER) yang menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2011 kepada 4.6%.

Berdasarkan realiti ekonomi global, sasaran pertumbuhan 5% – 6% yang digunapakai adalah sukar untuk dicapai. Ini akan memberi kesan kepada jumlah pendapatan negara bagi tahun 2012 akibat kutipan cukai dan hasil lain yang berkurangan berikutan pertumbuhan ekonomi 2012 yang lebih perlahan.

Barisan Nasional perlu meminjam sekurang-kurangnya RM46 bilion untuk membiayai defisit Belanjawan 2012; itu pun jika ekonomi tumbuh pada kadar 5% – 6% bagi tahun 2012. Pada masa yang sama, keupayaan kerajaan mengeluarkan terbitan bon dan instrumen hutang baru dalam tahun 2012 adalah terbatas akibat had keberhutangan negara (debt ceiling) yang dihadkan kepada 55% daripada KDNK di bawah Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983. Hutang negara sudah pun mencecah 53% dari KDNK berdasarkan angka rasmi Bank Negara Malaysia setakat Jun 2011, maka sebarang hutang baru sudah tentu bertentangan dengan undang-undang negara.

Saya berpendapat Perdana Menteri dan pentadbiran Barisan Nasional cukup arif dengan segala angka ekonomi dan had keberhutangan kerajaan di bawah kedua-dua akta tersebut. Saya juga yakin Perdana Menteri telah dinasihatkan bahawa ramalan pertumbuhan 5% – 6% yang digunapakai di dalam Belanjawan 2012 adalah tidak realistik.

Ini membawa kepada satu rumusan semata-mata.

Belanjawan 2012 yang berjumlah RM232 bilion pada ketika pendapatan negara tidak mampu menampungnya dan keupayaan berhutang kerajaan dihadkan mengesahkan niat Perdana Menteri untuk serta-merta melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sekiranya Barisan Nasional kekal berkuasa selepas PRU13.

Ini adalah satu pertaruhan yang diambil oleh Perdana Menteri, dengan niat mengabui mata rakyat dan menawarkan gula-gula bermula dengan bayaran dalam Januari 2012 kelak tetapi akan dicukai kembali melalui GST selepas PRU13 kelak.

Oleh yang demikian, Biro Politik KEADILAN telah memutuskan semalam untuk bersama-sama dengan Pakatan Rakyat membawa isu GST kepada rakyat sebagai isu utama PRU13 bertujuan memastikan rakyat memahami bahawa "undi kepada BN bermakna undi melaksanakan GST".

MOHD RAFIZI RAMLI

PENGARAH STRATEGI

13 OKTOBER 2011

Adakah Rosmah Yang Pegang Laporan Audit Negara? :)

Posted: 13 Oct 2011 04:54 AM PDT

Kemana Hilangnya Laporan Audit Negara

Keadilan Daily

Ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini mempersoal ketiadaan Laporan Audit Negara semasa perbentangan Belanjawan 2012 baru-baru ini.

Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, beliau ada menghubungi pegawai di Jabatan Audit Negara semalam, yang terkejut apabila dimaklumkan ahli parlimen belum dibekal laporan itu.

"Pegawai jabatan itu terkejut dan menyatakan Ketua Pengarah sendiri berpuas hati kerana laporan berkenaan kerana ia siap lebih awal (berbanding tahun) lalu dan lengkap.

"Ini yang kita hairan. Di manakah sangkutnya laporan itu? Adakah di Parlimen atau berada di tangan menteri tertentu?," katanya yang menyifatkan laporan berkenaan penting kerana ia melibatkan wang rakyat, pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Minggu lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan ketiadaan laporan Ketua Audit Negara dalam Belanjawan 2012 yang dikemukakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, 7 Oktober lalu.

Anwar berkata, belanjawan tersebut juga dibentang tanpa meneliti laporan setengah tahun perbelanjaan dan prestasi kewangan negara sepertimana kebiasaan.

Mengulas isu sama, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff pada sidang media itu mendesak Speaker Dewan Rakyat bersikap tegas dan menggunakan kuasa supaya laporan itu sampai ke tangan ahli parlimen seberapa segera.

Beliau juga menyifatkan perbahasan pembentangan Belanjawan kali ini yang dianggap sebagai ibu segala perbahasan , tercemar berikutan ketiadaan laporan berkenaan lantaran tiada angka dan fakta terkini untuk dibahas.

"Adakah kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) masih dihantui angka RM28 bilion rasuah yang didedah dalam Laporan Audit Negara tahun lalu," sindir beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pula bercadang untuk membuat usul berkaitan laporan berkenaan pada Isnin ini yang akan disepakati dibawa salah seorang ahli parlimen dari Pakatan Rakyat.

Beliau juga hairan kerana sesetengah negeri termasuk Kelantan sudah menerima laporan audit negeri masing-masing sedangkan di peringkat Parlimen sebagai institusi tertinggi negara, ia belum diedar walaupun sesi perbahasan masuk hari keempat.

Pelakon Umno Terbaik Jatuh Kepada

Posted: 13 Oct 2011 04:19 AM PDT

Ezam buat laporan polis pada Aziz Bari

http://media1-cdn.malaysiakini.com/403/e6b884cb74921a124287871810db49f7.jpg

Lima laporan polis dibuat terhadap Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari kerana didakwa mempertikai titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Satu laporan dibuat oleh bekas ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Nor manakala empat lagi oleh NGO yang kritikal terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS).

Dalam laporan masing-masing, mereka mendakwa, Aziz tidak sepatunya mengeluarkan kenyataan itu kerana kuasa sultan dalam hal ehwal Islam termaktub dalam undang-undang tubuh negeri.

"Aziz Bari telah berlaku biadap dan derhaka kepada institusi Raja Melayu. Aziz Bari telah menghasut orang ramai membenci institusi Raja-raja Melayu," laporan polis itu dipetik.

Malaysiakini kelmarin melaporkan Aziz sebagai berkata, tindakan Sultan Selangor campurtangan berhubung isu DUMC bukan tindakan yang lazim.

Menurutnya, walaupun sebagai ketua agama Islam negeri baginda mempunyai hak itu, tetapi ia perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

Laporan polis itu juga mendakwa kenyataan Aziz boleh mengundang kemarahan umat Islam di selangor serta boleh mencetuskan suasana tidak harmoni, kacau bilau dan tidak tenteram di negara ini.

Mereka mahu Aziz dan Malaysiakini disiasat bawah akta hasutan. Laporan itu dibuat di balai polis seksyen 6 Shah Alam petang ini. Turut membuat laporan Pengerusi Gaps Hamidzun Khairuddin.

Sultan sebelum itu bertitah, siasatan JAIS mendapati cubaan memesongkan akidah umat Islam dibuktikan tetapi ia tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas itu, Ezam mendakwa, institusi agama dan raja dicerobohi dengan "biadap" oleh Aziz dan Malaysiakini.

"Ini adalah agenda jahat yang terancang. Ini bukan pertama sekali Malaysiakini tampil dengan berita yang merosakkan institusi agama dan raja-raja," dakwanya.

Katanya, beliau percaya Malaysiakini akan terus menyiarkan berita yang merosakkan institusi negara "setiap minit" dan "setiap saat".

islam dihina dengan biadap macam mana pula? kenapa diam?

Dakwaan Umno akan miliki M'kini tak benar

Posted: 13 Oct 2011 01:14 AM PDT

Laporan yang mendakwa bahawa Malaysiakini sedang mengadakan perbincangan bagi pertukaran saham dengan media yang kepentingan Umno adalah tidak benar, kata ketua pegawai eksekutif portal berita itu, Premesh Chandran.

"Tidak ada kebenaran dalam dakwaan bahawa Malaysiakini akan dijual kepada syarikat berkepentingan Umno," kata Premesh.

Menurut beliau, Malaysiakini telah beroperasi sejak tahun 1999 sebagai sebuah organisasi media yang bebas dan akan kekal sebegitu.

Khabar angin bertiup kencang apabila portal The Malaysian Insider mendakwa Malaysiakini akan membekalkan berita kepada akhbar Malay Mail sebagai pertukaran untuk ekuiti dalam tabloid berkenaan.

Berikutan itu, satu lagi portal online Malaysia Chronicle membuat andaian bahawa perjanjian pertukaran saham mungkin berlaku dan beberapa personaliti media yang rapat dengan Umno akan menguasai sidang pengarang Malaysiakini.

"Kami telah meminta Malaysia Chronicle untuk menarik balik cerita mereka dengan segera," kata Premesh, sambil menambah bahawa portal berita itu tidak menghubungi Malaysiakini untuk pengesahan berita berkenaan.

Ketika berita ini ditulis, kedua-dua Malaysia Chronicle dan The Malaysian Insider telah mengemaskini laporan masing-masing berhubung penafian yang dibuat oleh Premesh.

Sepanjang lebih 12 tahun penubuhannya, Malaysiakini sering-kali dikaitkan dengan kepentingan politik dan perniagaan pihak tertentu yang tidak mempunyai sebarang asas.

Kepentingan majoriti Malaysiakini masih terletak di tangan kedua-dua pengasasnya, Steven Gan dan Premesh.

Pemegang saham kedua terbesar pula adalah sebuah pelabur media antarabangsa - Media Development Loan Fund atau Tabung Pinjaman Pembangunan Media - yang membeli hampir 30 peratus saham dalam Malaysiakini pada 2002.

Baki saham syarikat itu pula diagihkan kepada kakitangannya sejak beberapa tahun yang lalu, sebagai pengiktirafan sumbangan mereka kepada organisasi tersebut.

TG Haron Din Dan Ustaz Ismail Kamus Keuzuran. TG Nik Aziz Melawat

Posted: 12 Oct 2011 11:40 PM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjW6JfR1NOrwHvzatIw2RB6bcH0WPbQ9K_NsT8RW2ubzFOZqqLkdAvTLPzMNx1r__-U4k3akM0i627AB_pPM2H2ItJbJt8EtAos2ksjsZIZap_4k2rAYWuAj9WbXlo1ehryNhBdwtUiy3Y/s1600/1.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjiOFbqLz4LlY22AM-QIr54rMLwvdkqzxs5oahcnaGJzmk0fAbT7g0rZeGl5-uSA-RYjt5pFogSj3Y4RYIaGCmfkmFxxJSEonyU-JbW5a921X0e303dedwGxr8W-Vo-njItmNsq3mKPpwY/s1600/2.jpg

Tuan Guru Nik Aziz (kanan sekali) bersama-sama Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri Najib Tun Razak (membelakangkan kamera) sebaik saja selesai Mesyuarat Majlis Raja-raja sebentar tadi.

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang masih berada di Kuala Lumpur untuk mengiringi KDYMM Sultan Muhammad V ke Mesyuarat Majlis Raja-raja dijangka akan menziarahi Ust Ismail Kamus hari ini.

Sama-samalah kita berdoa kepada Allah agar kedua-dua tokoh ini sentiasa berada di dalam keadaan sihat sejahtera, dan sentiasa di dalam rahmatnya demi meneruskan perjuangan menegakkan ad-din di bumi Malaysia ini

Pimpinan Media Prima disusun, orang kanan Najib ketuai NSTP hadapi PRU

Posted: 12 Oct 2011 11:06 PM PDT

Oleh Jahabar Sadiq dan G Manimaran

KUALA LUMPUR, 13 Okt — Penyusun strategi media Datuk Seri Najib Razak, Abdul Jalil Hamid dijangka akan mengetuai New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) mulai Isnin ini dalam usaha Umno menyusun semula unit-unit media miliknya menjelang pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan awal tahun depan.

Pengumuman penting mengenai urusan itu dijangka diumumkan hari ini susulan satu mesyuarat diadakan semalam.

Difahamkan itu akan disusuli dengan perubahan dalam pasukan editorial menjelang akhir bulan ini.

"Saya jangka akan ada pengumuman penting hari ini, lembaga pengarah akan membuat hari ini... itu yang saya dengar setakat malam ini," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

NSTP antara lain mengeluarkan New Straits Times, New Sunday Times, Berita Harian, Berita Minggu dan Harian Metro serta Metro Ahad.

The Malaysian Insider juga difahamkan selain perubahan dalam NSTP, satu lagi akhbar harian yang ada kaitan dengan Umno, Malay Mail, sedang mengadakan perbincangan dengan untuk mendapatkan berita daripada portal berita MalaysiaKini di bawah urusan pertukaran saham dalam tabloid berkenaan.

Malay Mail pernah berada dalam penguasaan NSTP dan kemudian muncul sebagai akhbar percuma.

MalaysiaKini, yang beroperasi sejak 1999, berminat untuk mengeluarkan akhbar dan telah mengemukakan saman ke atas Kementerian Dalam Negeri berhubung isu mendapatkan permit pengeluaran.

Kedua-dua syarikat media mempunyai rancangan untuk melancarkan semula Malay Mail sebagai akhbar berbayar sebelah pagi mulai 11 November ini manakala New Straits Times pula akan membawa reka bentuk yang baru.

Difahamkan pengarang urusan kumpulan NSTP Datuk Zainul Ariffin Mohammed Isa akan kembali mengetuai unit e-Media untuk memfokus usaha meletakkan lebih banyak kandungan atas talian.

Juga difahamkan, Media Prima Berhad (MPB) telah bersetuju dengan pendekatan "pemisahan bersama" membabitkan ketua pegawai eksekutif NSTP Datuk Anthony @ Firdauz Bujang.

Usaha mendapatkan pengesahan pengurusan MPB telah gagal.

MPB juga memiliki TV3 dan tiga saluran televisyen yang lain.

Jawatannya disusun semula menjadi ketua pegawai operasi dan dijangka diambil alih oleh Mohammad Azlan Abdullah, yang kini merupakan ketua pegawai eksekutif Big Tree Outdoor Sdn Bhd milik MPB.

"Keputusan dibuat pada mesyuarat lembaga pengarah semalam. Kedua-dua MPB dan telah bersetuju bahawa beliau boleh keluar tetapi kejutan yang sebenar ialah mengeluarkan Zainul Arifin mulai Sabtu ini," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Sumber itu memberitahu bahawa mesyuarat lembaga pengarah telah dipercepatkan bagi membolehkan tindakan-tindakan berkenaan diambil segera.

Beberapa sumber lain mengesahkan pelantikan-pelantikan baru dengan menjadi bahan percakapan di NSTP bahawa Jalil akan mengambil alih syarikat akhbar itu, yang kini merupakan anak syarikat MPB.

"Apa yang kami dengar di Balai Berita ialah Jalil Hamid, bekas kakitangan Reuters dan bekas Suruhanjaya Sekuriti, akan menjadi pengarang urusan baru kumpulan," kata seorang editor akhbar itu kepada The Malaysian Insider.

Satu lagi sumber mengesahkan bahawa hanya dua perubahan dibuat dalam mesyuarat lembaga pengarah semalam dan pengarah urusan kumpulan MPB Datuk Amrin Awaluddin dijangka memberi taklimat kepada pekerja-pekerja NSTP hari ini berhubung perubahan besar dalam jawatan tertinggi syarikat.

Anthony mengambil alih jawatan itu pada November 2008 manakala Zainul Arifin mengetuai pasukan editorial sejak Julai 2009.

Jalil dipinjamkan ke unit media pentadbiran Najib pada September 2010, dari jawatan ketika itu sebagai pengurus besar Jabatan Hal Ehwal Korporat Suruhanjaya Sekuriti sejak 2009.

Kedua-dua NSTP dan Malay Mail merupakan kumpulan media penyokong pentadbiran Najib, yang bulan lalu mengumumkan bahawa akhbar-akhbar negara ini tidak akan tertakluk kepada pengeluaran lesen tahunan - sebahagian daripada pembaharuan politik yang hendak dibawa kerajaan pimpinannya.

Tazkirah Yb Khalid Samad di Sementa Yang Didakwa JAIS Didedahkan

Posted: 12 Oct 2011 08:19 PM PDT





Berikut merupakan rakaman tazkirah ringkas yang disampaikan di surau Sementa yang akan didakwa oleh pihak JAIS pada 24 November 2011. Diantara lainnya YB Khalid menceritakan pengalamannya semasa di Palestin dan kepentingan menzahirkan keadilan di dalam Islam. Jika terdapat mana-mana perkara yang beliau sampaikan bercanggah dengan ajaran Islam, diharap dapat kita kongsikan bersama disini agar dapat diperbetulkan.

Tiada ulasan: