Kerabu Bersuara ® |
- Terkini! Sekitar Ceramah Pimpinan Pakatan Bersama TG nik Aziz Di Perak Malam Ni
- Isu Hudud: Otak Mahathir Semakin Tidak Betul. Maaf Saya Kasar
- Apa Pendirian Umno Tentang Hukum Allah Wahai Muhyiddin? Umno Parti Orang Islam Ke?
- DAP Boneka PAS Kata MCA. Bengong Dah BN Kali Ni
- Karpal: Saya tak boikot sambutan 60 tahun PAS
- Mahathir: Umno boleh kalah besar jika PRU-13 sekarang
- Presiden MCA: Tee Keat patut letak jawatan
- PenjelasanBalas Berkaitan Kenyataan Ketua DHPP Sdr Hu Phang Chow oleh Mingguan Malaysia Ahad 2/10/2011
- Gambar Semasa Ceramah Perdana Pemimpin Pakatan Rakyat Di Konvesyen PAS 60 Tahun
- Tee Keat: MCA bukan saja tak relevan, tapi dibayangi sindrom naïf
- Rendahnya kualiti ceramah UMNO.
- Video: Umno,saya tahu siapa kamu
Terkini! Sekitar Ceramah Pimpinan Pakatan Bersama TG nik Aziz Di Perak Malam Ni Posted: 02 Oct 2011 08:00 AM PDT |
Isu Hudud: Otak Mahathir Semakin Tidak Betul. Maaf Saya Kasar Posted: 02 Oct 2011 07:00 AM PDT Mengenai parti PAS yang mengulangi hendak melaksanakan hukum hudud, beliau berkata: "Mereka buat begitu kerana rasa nak kalah." "Negara ini mengandungi penduduk berbilang agama dan bangsa. Kalau 100 peratus Islam tiada masalah. Hudud yang hendak dilaksanakan terhadap orang Islam sahaja seperti kata (Datuk) Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am Pas), itu betul... tidak adil. Islam menuntut keadilan dalam semua perkara. "Dalam satu kes melibatkan seorang Islam dan seorang bukan Islam, orang Islam dihukum potong tangan dan bukan Islam dijel... adilkah itu. Bagi Nik Aziz adillah, bagi saya tidak adil. "Kalau nak potong tangan, sama-sama kena potong tangan, kalau jel, sama-sama masuk jel. Jenayah sama hukuman pun patut sama," kata beliau lagi. "Kerajaan bukan tidak setuju dengan hukum hudud tetapi keadaan dalam negara kita tidak sesuai. Berapa banyak negara Islam yang benar-benar melaksanakan hukum hudud," soal Dr Mahathir. Kenapa tun tidak pertikai mengapa orang islam kena bayar zakat tapi orang bukan islam tidak bayar zakat? kenapa tun tidak pertikai mengapa orang islam kena bersunat tapi orang bukan islam tidak kena sunat? tolong la mahathir, jangan bodoh sangat la dalam bab agama. |
Apa Pendirian Umno Tentang Hukum Allah Wahai Muhyiddin? Umno Parti Orang Islam Ke? Posted: 02 Oct 2011 06:25 AM PDT Hudud: Muhyiddin mahu DAP, PKR perjelas pendirian KUALA LUMPUR, 2 Okt – DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu menyatakan pendirian jelas berhubung pelaksanaan hukum hudud memandangkan PAS sudah bertekad untuk meneruskan undang-undang itu di Kelantan dan seterusnya di negara ini, jika pembangkang mengambil alih pentadbiran kerajaan pada pilihan raya umum ke-13 kelak. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata gabungan pembangkang itu perlu segera menzahirkan pendirian sebenar mereka, dan tidak mengelirukan rakyat dan meletakkan mereka dalam keadaan tidak menentu. "Yang penting sekarang bukan soal pendirian Barisan Nasional (BN) tetapi pendirian parti lain dalam PKR itu sendiri. Sebelum ini mereka telah menyatakan tidak setuju pelaksanaan hukum hudud, tetapi PAS masih bertekad untuk teruskan. "Ini memberi kesan kepada rakyat yang perlu fikir dan membuat pilihan pada PRU nanti," katanya selepas menyampaikan ucaptama pada seminar bersama pemimpin penjawat awam Malaysia-Singapura 2011 di sini hari ini. Menurut laporan Bernama Online, Muhyiddin menggesa Anwar, Pengerusi DAP Karpal Singh dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk 'bersuara' dengan jelas dan tidak lagi berdolak-dalik dalam isu itu. "Setakat ini yang konsisten hanya Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat). "Biar Anwar, Karpal dan Hadi cakap dengan jelas apa pendirian mereka, kerana bukan sahaja orang Islam, tetapi orang bukan Islam juga mahu tahu apa pendirian pakatan pembangkang dalam soal ini," katanya. Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, "eloklah pihak media tanya mereka apa pendirian rasmi pakatan pembangkang, biar mereka jelaskan perkara sebenar atau kalau tak boleh sangat, buatlah kenyataan media dan bacakan sahaja." Mengulas cadangan pembentangan bajet alternatif pakatan pembangkang minggu depan, Muhyiddin berkata, beliau yakin ia akan membentangkan "bulan dan bintang" seperti yang dijanjikan ketika mahu menubuhkan kerajaan alternatif. |
DAP Boneka PAS Kata MCA. Bengong Dah BN Kali Ni Posted: 02 Oct 2011 06:00 AM PDT |
Karpal: Saya tak boikot sambutan 60 tahun PAS Posted: 02 Oct 2011 05:00 AM PDT Pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh menafikan bahawa beliau memulaukan majlis penutupan sambutan ulang tahun ke-60 PAS di Kepala Batas malam tadi. Katanya, keadaan kesihatan yang kurang memuaskan memaksa beliau tidak hadir dan perkara itu telah dimaklumkan kepada ibu pejabat DAP semalam. Karpal pada upacara malam semalam sepatutnya dijadualkan berucap kepada kira-kira 10,000 hadirin bersama-sama pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. Menurutnya lagi, perkara itu bukan disengajakan ataupun beliau mempunyai niat untuk mengelakkan atau memboikot PAS dan penyokong parti itu. Semalam, pemimpin-pemimpin kanan PAS dan DAP tidak dapat memberikan jawapan mengenai ketidakhadiran Karpal. Majlis profil tinggi itu malam tadi, turut dihadiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir. Hadir sama adalah presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang; timbalannya Mohamad Sabu; mursyidul am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin kanan lain parti itu. "Saya telah memberitahu ibu pejabat bahawa saya tidak sihat baik ... bukan, ini bukan boikot," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini. Sebelum ini, timbul ura-ura ketidak-hadiran Karpal ada kaitan dengan kontroversi baru-baru ini berhubung desakan PAS untuk melaksanakan hukum hudud. |
Mahathir: Umno boleh kalah besar jika PRU-13 sekarang Posted: 02 Oct 2011 04:00 AM PDT JITRA, 2 Okt — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Umno perlu balik kepada perjuangan asal parti demi agama, bangsa dan tanah air dengan mengetepikan kepentingan diri untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 yang disebut-sebut akan diadakan tidak lama lagi. Malah, bekas perdana menteri menegaskan Umno boleh kalah teruk jika pilihan raya umum diadakan pada masa sekarang kerana semangat telah pudar dan "perpecahan masih kritikal." Justeru katanya, hanya dengan cara itu penyakit yang menjadi 'duri dalam daging' iaitu mencantas atau menikam belakang dalam diri orang-orang Umno akan terhapus. "Dulu orang Umno berkorban apa saja untuk parti, sanggup gadai barang kemas dan sebagainya untuk bantu parti tetapi sekarang mereka pegang jawatan sebab hendak dapat kontrak, jadi calon atau sebab tertentu. "Jika diadakan PRU waktu ini, Umno boleh kalah besar kerana sokongan dan semangat mereka telah pudar," kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas menyampaikan 'Bicara Negarawan' pada perhimpunan perdana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) siri kedua peringkat negeri di sini, hari ini. Dr Mahathir berkata Barisan Nasional (BN) bagaimanapun boleh menang besar pada pilihan raya umum ke-13 sekiranya penyakit dalam diri orang Umno ini terhapus. Beliau yang ditanya adakah sesuai pilihan raya umum diadakan sekarang, menjawab: "Pada pendapat saya sekarang belum sesuai. Banyak lagi yang perlu dilakukan lagipun Umno belum cukup kuat." "Dalam Umno masih ada puak. Saya fikir perpecahan masih kritikal. Kalau ada kesedaran dan perasaan syukur dan terus bersatu, BN boleh menang. Orang Umno seharusnya buang sifat tidak puas hati. Walaupun tidak dapat apa yang dihajati mereka tetap menikmatinya dalam bentuk lain," katanya dipetik Bernama Online. Mengenai parti PAS yang mengulangi hendak melaksanakan hukum hudud, beliau berkata: "Mereka buat begitu kerana rasa nak kalah." "Negara ini mengandungi penduduk berbilang agama dan bangsa. Kalau 100 peratus Islam tiada masalah. Hudud yang hendak dilaksanakan terhadap orang Islam sahaja seperti kata (Datuk) Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am Pas), itu betul... tidak adil. Islam menuntut keadilan dalam semua perkara. "Dalam satu kes melibatkan seorang Islam dan seorang bukan Islam, orang Islam dihukum potong tangan dan bukan Islam dijel... adilkah itu. Bagi Nik Aziz adillah, bagi saya tidak adil. "Kalau nak potong tangan, sama-sama kena potong tangan, kalau jel, sama-sama masuk jel. Jenayah sama hukuman pun patut sama," kata beliau lagi. "Kerajaan bukan tidak setuju dengan hukum hudud tetapi keadaan dalam negara kita tidak sesuai. Berapa banyak negara Islam yang benar-benar melaksanakan hukum hudud," soal Dr Mahathir. Beliau yang ditanya seorang wartawan akhbar Cina mengenai sama ada kerajaan akan membenarkan Chin Peng yang dilaporkan sakit untuk balik ke Malaysia, Dr Mahathir berkata, rakyat masih marah pada komunis. "Dia pilih untuk mengkhianati negara... kita kena ambil kira perasaan orang kerana ramai jadi mangsa komunis, kehilangan keluarga, putus kaki. Ramai orang tidak maafkan dia. Kita kena fikir perasaan mereka bukan Chin Peng," tambahnya. Dr Mahathir menegaskan, Chin Peng berjuang kerana hendak mendirikan kerajaan komunis bukan menuntut kemerdekaan, berlainan dengan perjuangan Datuk Onn Jaafar, Tun Sambanthan dan beberapa lagi tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan. |
Presiden MCA: Tee Keat patut letak jawatan Posted: 02 Oct 2011 02:30 AM PDT Nigel Aw Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini berkata bahawa Datuk Seri Ong Tee Keat perlu meletak jawatan jika dia tidak yakin terhadap parti itu lagi. "Jika awak mempunyai apa-apa integriti (dan) tidak lagi yakin terhadap parti, awak sepatutnya letakkan jawatan," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat agung tahun ke-58 MCA di Wisma MCA, Kuala Lumpur. Bagaiamanapun, Chua kemudiannya menafikan bahawa beliau meminta Ong untuk meletakkan jawatan dari parti atau sebagai ahli parlimen. Soalan: Adakah awak maksudkan berundur dari parti? Chua: Tidak ... Letak jawatan dan berundur dari parti adalah berbeza. S: Awak mahu dia letakkan jawatan sebagai ahli parlimen? Chua: Tidak, saya tidak minta beliau letakkan jawatan sebagai ahli parlimen. Chua kemudiannya berkata terpulang kepada "kebijaksanaan" Ong untuk membuat keputusan seterunya. Ulanginya, jika bekas presiden MCA itu tidak lagi yakin dengan parti Cina itu, beliau tidak seharusnya berkhidmat di bawah nama parti. "Jadi saya membuat satu kenyataan yang membentuk satu premis, bagaimana beliau membentuk kesimpulan adalah terpulang kepadanya." Chua mengulas kenyataan Ong baru-baru ini yang mengatakan bahawa MCA sudah tidak lagi menjadi relevan. Dalam membidas seterunya itu, Chua mengunakan huraian yang sama ke atas Ong yang katanya akan hanya tinggal sebagai "nota kaki" dalam sejarah MCA. "Beliau mempunyai peluang memimpin MCA selama 17 bulan, selepas pilihan raya (umum) 8 Mac. Beliau tidak melakukan apa-apa pembaharuan atau transformasi, apa yang dilakukannya adalah hanya menghukum atau memecat orang," kata Chua. |
Posted: 02 Oct 2011 01:47 AM PDT Oleh Mohamed Fadzli Hassan AssalamuAlaikum. Saya ingin merujuk kepada laporan berhubung kenyataan Ketua DHPP Sdr Hu Phang Chow oleh Mingguan Malaysia Ahad 2/10/2011. Saya berpandangan laporan itu tidak tepat dan lari dari maksud sebenar beliau. Pembaca boleh membandingkan laporan itu dengan laporan oleh Sinar Harian Kelantan pada hari yang sama. Ianya amat jelas berbeza dan bagi saya laporan Sinar Harian adalah lebih menepati maksud Sdr Hu Phang Chow. Atas nama Ketua Penerangan PAS Kelantan, saya ingin membuat penegasan seperti berikut: 1. DHPP lahir dari kesedaran di kalangan masyarakat bukan Islam bahawa perjuangan yang dibawa oleh PAS bukan sahaja untuk menentang kezaliman BN malah adalah untuk keadilan dan kesejahteraan semua kaum tanpa mengira agama. Pengalaman Rakyat bukan Islam di bawah kerajaan PAS dan PR di Kelantan sudah cukup membuktikan hal ini. 2. Sebelum DHPP dinaikkan taraf menjadi salah satu sayap penting PAS, kelab penyokong PAS di kalangan masyarakat bukan Islam sangat faham akan matlamat perjuangan PAS untuk melaksanakan keseluruhan Syariat Islamiyyah termasuk juga hukum hudud. Malah ada dikalangan pimpinan DHPP sendiri yang meminta supaya hukuman hudud ini dilaksanakan menggantikan undang-undang jenayah yang ada kerana ia lebih adil dan diyakini mampu menyelesaikan ancaman jenayah yang amat menggerunkan dalam negara kita sekarang ini. 3. Jadi tidak patut timbul soal DHPP tidak faham dengan sikap PAS kerana saya yakin keseluruhan ahli DHPP sudah sedia maklum dan faham benar akan matlamat perjuangan PAS ini. 4. Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 1993 yang dikenali sebagai Enakmen Hudud ini telah diluluskan oleh Kerajaan negeri Kelantan sejak tahun 1993 lagi. Jadi isu DHPP tidak dibawa berbincang berhubung dengan hudud ini adalah tidak timbul langsung (ketika itu DHPP belum wujud). 6. Kita juga ingin menegaskan sekali lagi bahawa dua golongan yang tidak perlu takut kepada hudud. Pertama orang bukan Islam kerana PAS hanya akan melaksanakan hudud ini kepada orang Islam di Kelantan sahaja. Ini telah ditegaskan oeh YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Yang kedua adalah orang yang tidak mempunyai niat untuk melakukan jenayah hudud, kerana hudud adalah hukuman bagi para penjenah berat sahaja. 7. Bagi masyarakat Islam, hudud adalah hukum dari Allah. Tidak boleh soal, sama ada kita boleh melaksanakannya atau tidak. Apa yang boleh kita bincangkan adalah bagaimana cara untuk melaksanakannya. Sebelum Enakmen Hudud Kelantan diluluskan, ia telah dibincang dan dimaklumkan pada rakyat. Manakala penggubalannya dilakuman oleh para pakar dalam dan luar Kelantan juga dari Universiti tempatan dan luar negara. 7. Kerajaan negeri dan PAS Kelantan akan menggerakkan agensi kerajaan dan organ parti bagi menjelas dan meningkatkan kefahaman hudud ini terutamanya kepada masyarakat bukan Islam. Bagi langkah seterusnya, pada hari Sabtu 8/10/2011 kerajaan negeri menganjurkan Seminar Sehari Keharmonian Masyarakat Majmuk: Pengalaman Kelantan bertempat di PCB Resort, Pantai Cahaya Bulan. Antara pembentangnya adalah Dr Ann Wang Seng, Cik Kumutha, Dr Wong Chin Huat, Lau Chit Fang, Prof. Viveka Sri A. Rajaretinam, Shah Kirit Kakulal Govindji, YB Dato' Husam musa, YB Dr Mujahid Yusuf Rawa, saya sendiri dan Wacana Khas bersama YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Borang penyertaan boleh didapati di www.buletin. kelantan.gov.my. Penyertaan dari masyarakat bukan Islam amatlah dialu-alukan. Terima kasih. YB Dr Mohamed Fadzli Dato Hassan Exco Kerajaan Negeri Kelantan Ketua Penerangan PAS Kelantan. |
Gambar Semasa Ceramah Perdana Pemimpin Pakatan Rakyat Di Konvesyen PAS 60 Tahun Posted: 01 Oct 2011 09:49 PM PDT |
Tee Keat: MCA bukan saja tak relevan, tapi dibayangi sindrom naïf Posted: 01 Oct 2011 09:47 PM PDT Oleh Shazwan Mustafa Kamal KUALA LUMPUR, 2 Okt — Ketika Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyampaikan ucapan pada perhimpunan agung ke-58 parti itu pagi ini, bekas penyandang jawatan tersebut meneruskan serangan dengan menegaskan, ia bukan sahaja tidak relevan, malah berada dalam sindrom penafian. Datuk Seri Ong Tee Keat berkata Timbalan Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong semalam menafikan dakwaan bahawa parti itu tidak relevan lagi. "Tiong Lai dan Ka Siong menafikan MCA tidak relevan lagi. Kini (parti) dalam keadaan tidak relevan dan (dibayangi) sindrom penafian. "Penafian Tiong Lai (mengenai kenyataan) MCA sudah tidak relevan lagi bukan sesuatu yang besar jika dibandingkan dengan penafian beliau berkaitan insiden (hospital) Tung Shin (pada 9 Julai lalu)," kata Ong dalam mesej dihantar menerusi Twitter ketika Dr Chua menyampaikan ucapannya. Kedua-dua Liow dan Wee mengecam Ong semalam dengan menafikan parti komponen BN itu semalam tidak relevan. |
Rendahnya kualiti ceramah UMNO. Posted: 01 Oct 2011 06:00 PM PDT Oleh: Rossem Suatu malam, dalam bulan Oktober 2011, di halaman rumah batu yang sederhana besar, di bawah cahaya lampu separuh terang, kurang lebih 30 orang berkumpul, sebahagiannya duduk di kerusi yang disediakan dan sebahagian berdiri. Sementara di luar- di pinggir jalan besar beberapa mobil dan speda motor dipakir rapi. Acara bermula sekitar jam 9.45 malam. Pengerusi majlis menjemput tuan rumah berucap. Satu penghormatan buat tuan rumah kerana membenarkan rumahnya dijadikan tempat ceramah kelompok. Di sisi lain, sewajarnya ia diminta berucap, kerana selain sebagai tuan rumah, lelaki warga emas itu adalah ketua UMNO kampung Padang Tekukur yang sangat dihormati tua dan muda. Ucapannya mantap dan bersemangat. Pertama-tama ia melahirkan rasa terharu yang tak terhingga atas kehadiran khalayak yang baginya sangat memuaskan hati. "Saya tak menduga kehadiran sebegini ramai, barangkali ini adalah tanda, Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) nanti kemenangan akan berpihak kepada kita" ujarnya dengan penuh yakin. Ceramah kelompok malam itu tujuannya lebih kepada agenda pelancaran jentera pilihan raya simulasi yang akan diadakah dua hari lagi, hal ini dinilai berdasarkan ucapan tuan rumah yang mengatakan " Pilahan raya olok-olok atau simulasi ini bukan bertujuan untuk mengetahui kalah atau menang parti kita pada PRU 13 nanti, tapi lebih kepada latihan untuk menilai sejauh mana jentera parti kita berfungsi. Bilik gerakannya bagaimana? Perayu undinya bagaimana? Mobil untuk angkutan pengundi pula bagaimana?" beritahu tuan rumah kepada orangramai yang hadir. Seusai tuan rumah memberi mukadimah, tibalah giliran penceramah yang diundang khas untuk berucap. Saya tak kenal sosok ini. Dengan emosional setinggi gunung, dengan semangat berkobar-kobar beliau menghentam PAS di depan khalayak yang hadir. Hal seperti itu bukan suatu yang pelik kerana PAS merupakan musuh politik nombor satu UMNO. Dan jangan terkejut, dalam politik Malaysia, Melayu lawan Melayu, Cina lawan Cina dan India lawan India. Begitulah kondisinya sejak dulu sampai sekarang. Satu persatu diceritakan kelemahan pentadbiran kerajaan PAS Kelantan. Tentang wakil rakyatnya yang tak berpendidikan tinggi. Tak punya pengalaman sebagai pentadbir, bahkan disebut juga amat sedikit sekali wakil rakyat PAS yang benar-benar berpendidikan agama. PAS yang sudah 21 tahun memerintah Kelantan dirujuk sebagai "pembangkang". Daripada awal sampai akhir ceramahnya yang memakan masa kurang lebih satu setengah jam istilah itu yang digunapakai. Jadi, kalau PAS yang memerintah disebut "pembangkang", UMNO yang hanya mendapat enam kerusi itu apa statusnya? Sikap pemimpin UMNO yang tak mahu mengaku parti mereka kalah di Kelantan menjadikan saya merasa malu ikut sama mendengar ceramah pada malam itu. Saya tak mampu berbuat apa-apa, bahkan mahu mengundurkan diri juga tak bisa. Kerana rumah saya bersebelahan rumah tersebut. Justeru, mahu atau tak mahu, biarkan saja telingga menangkap apa saja yang dihemborkan lewat pengeras suara, lagi pun grantis. Bila leterannya sampai kepada bab hudud, justeru saya jadi sedih. Dari liok litok lidah sang penceramah, satu gambaran yang jelas bahawa mereka lebih banyak menghantar sindiran kepada PAS, kerana parti Islam itu, 18 tahun dulu (25 November 1993) telah memperkenal dan meluluskan Kanun Jenayah Syariah (II) Negeri Kelantan. Dewan Undangan Negeri yang bersidang waktu itu sebulat suara meluluskan pelaksanaan hukum hudud, bahkan dua orang wakil rakyat dari UMNO juga mengangkat tangan memberi persetujuan. Namun ditolak Kerajaan Pusat. Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mengizinkan Kelantan melaksanakan hukum hudud walaupun Dewan Undangan Negeri telah meluluskannya. "Ibarat orang lelaki, bercakap merata riti nak kahwin, tapi tak pernah menjadi, selidik punya selidik puncanya kerana tenaga batinya lemah. Begitulah dengan pemimpin PAS yang mentadbir Kelantan, cakap bergegar-gegar nak laksanakan hudud, tapi keupayannya dan kepakarannya tak ada." Kata sang penceramah. Ia langsung tidak menyebut Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir melarang dari dilaksanakan, bahkan diugut dengan pelbagai ugutan. Yang berceramah itu orang Islam. Dimulai dengan ucapan assalamualaikum, dipetiknya beberapa ayat al-Quran untuk menguatkan hujah , tapi bila sampai bab hudud lain nadanya. PAS yang menjadai sasaran. Apakah wajar sebagai orang Islam bercakap seperti itu. Sedang tugas melaksanakan hudud terletak dibahu setiap individu Muslim tanpa mengira dari PAS atau UMNO. Pelaksanaan hudud adalah lambang ketaatan seseorang pemimpin Islam terhadap hukum Islam dan agama Islam yang dianutinya. Justeru seharusnya setiap umat Islam tidak mempertikaikannya, sebaliknya berusaha, mencari jalan bagaimana perundangan itu bisa ditegakkan semampu mungkin. Seperti kata Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat saat menyampaikan ucapan perasmian hari peringatan Hudullah di Balai Islam, Kota Bharu, (20 September 20110) " Saya sifatkan golongan yang menolak, menghina dan mengenepikan syariat Islam khususnya hudud merupakan golongan yang jahil dan tidak mengetahui keindahan syariat Islam itu sendiri. Sekalipun mungkin mereka beragama Islam, tetapi Islam yang dianuti hanya di ruang yang terbatas tanpa didaulatkan sebagai undang-undang yang memerintah. Hakikatnya, menolak undang-undang syariah samalah ertinya dengan menafikan kebijaksanaan Allah SWT selaku Pentadbir alam ini. Kalaulah seorang warganegara yang berani mengkritik undang-undang negaranya sendiri boleh dianggap sebagai menghina dan mempersendakan undang-undang tersebut, maka lebih besar kesalahannya jika seorang Islam berani mengkritik undang-undang Islam sebagai ketinggalan zaman dan tidak sesuai dengan masa, orang ini bukan sahaja mencabar kebijaksanaan dan kekuasaan Allah SWT, tetapi boleh menjejaskan imannya sebagai seorang muslim. |
Posted: 01 Oct 2011 04:59 PM PDT Ustaz Azhar di UIA: 'Tangan jahat' ganggu program Muhammad Hafizuddin Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran kepada Allah atas rezekiNya yang melimpah-limpah untuk hambaNya. Malam Jumaat bertarikh 30 September menjadi sejarah bagi mahasiswa UIAM apabila kehadiran lebih kurang 4000 ke majlis kuliah Ustaz Azhar Idrus mendapat sambutan yang hangat. Fenomena Ustaz Azhar Idrus telah menarik Persatuan Mahasiswa Terengganu untuk merisik beliau sejak bulan Februari yang lepas lagi. Dengan kerjasama kelab yang giat dalam aktiviti dakwah, Ma'ruf Club, program ini diluluskan oleh pihak pentadbiran UIAM pada awal semester ini. Masjid SHAS UIAM bakal menjadi sasaran mahasiswa bahkan seluruh masyarakat dan peminat Ustaz Azhar Idrus daripada seluruh negara. Promosi digiatkan di masjid-masjid sekitar Gombak menghebahkan kedatangan seorang ulama terkenal ke Masjid UIAM. Sehari sebelum program, pihak Ma'ruf Club dikejutkan dengan penarikan balik kelulusan tempat program iaitu Masjid SHAS yang boleh memuatkan 6,000 orang. Dalam masa berbaki, pihak pentadbiran UIAM cuba membantu dan hanya meluluskan tempat di Experimental Hall yang mampu memuatkan seramai 300 orang. Berita tersebar dengan cepat di alam maya Facebook menyebabkan mahasiswa mula tidak berpuas hati. Bagi kami Pro-Mahasiswa (WUFI), perkara sebegini seolah-olah telah menjatuhkan institusi masjid sendiri apabila menyekat seorang pendakwah profesional untuk berada di masjid menyampaikan kuliahnya. Namun, mahasiswa perlu berhati-hati dalam menghukum dan meletakkan pendirian. Beberapa jam sebelum program, dikhabarkan pimpinan Ma'ruf Club melalui Presiden, saudara Mohd Eikhwan Ali dengan kerjasama Exco MPP, saudara Fitry Hussin telah cuba berusaha untuk berjumpa dengan Puan Rektor bagi memohon rayuan supaya dibenarkan berkuliah di masjid. Namun, Puan Rektor tiada di pejabat. UIAM tidak bersalah. Pentadbiran UIAM tidak bersalah. Pihak masjid juga tidak bersalah. Mereka ditekan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kami mendapat maklumat daripada urusetia program yang berjumpa dengan Direktor Masjid, bahawa beliau telah mendapat panggilan telefon daripada 'kuasa' lain supaya tidak membenarkan program Ma'ruf Club ini dijalankan di masjid. Penangkapan akan dibuat oleh 'SB' jika program tersebut diteruskan juga di masjid. Justeru, pendirian kami Pro-Mahasiswa (WUFI) berkenaan dengan peristiwa ini adalah seperti berikut: 1. Mahasiswa jangan cepat menghukum khususnya terhadap pihak Rektor UIAM dan Direktor Masjid SHAS kerana mereka telah ditekan oleh 'tangan jahat', kami mendoakan agar pihak UIAM diberikan pertolongan untuk berhadapan dengan mereka. 2. Campur tangan politik 'tangan jahat' telah merencatkan Insitusi Pendidikan Tinggi (IPT) khususnya di universiti awam sebagai pusat intelektual, perbuatan ini telah memakan diri mereka sendiri 3. Mereka juga perlu waspada kerana mengkhianati ulama adalah mengkhianati pewaris Rasulullah (selawat dan salam ke atasnya) selaras dengan sabda Rasulullah (selawat dan salam ke atasnya), "Ulama adalah pewaris Anbiya" 4. Kerajaan 'tangan jahat' ini mesti faham, mereka boleh menyekat masjid, mereka boleh mengganggu program, mereka juga boleh menangkap sesiapa sahaja tetapi mereka tidak boleh menghalang idealism anak muda yang lebih intelek 5. Mahasiswa bersedia menghadapi PRU-13 Justeru, saya mewakili Pro-Mahasiswa (WUFI) mengajak seluruh rakan mahasiswa untuk bersatu dalam isu ini menyahut seruan Allah dalam Al-Quran yang bermaksud, "Bertolong-tolonglah dalam perkara kebaikan dan Taqwa". Kami menyokong penuh usaha pihak Ma'ruf Club yang bertungkus-lumus dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada One Heart Creative Solution yang sudi menaja program Kuliah Ustaz Azhar Idrus. "We Unite For Islam" Muhammad Hafizuddin MN Pengerusi Pro-Mahasiswa (WUFI) UIAM |
Video: Umno,saya tahu siapa kamu Posted: 01 Oct 2011 04:47 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan