Kelab Greenboc |
- Rektor UIAM Pendusta, Surat UIA Amat Jelas Aziz Bari Dihalang Masuk Kampus
- Kalau Mahu Selamatkan Aqidah Islam, Mari Bersama PAS
- Paksa Buka Seluar
- Ali Rustam Sudah Umpan Wartawan Dengan Pingat Untuk Tulis Berita Palsu
- Hassan Ali Menongkah Arus, Tolak Keputusan Pimpinan PAS Pusat, Sertai HIMPUN
- Murid Tahun 3 Diperkosa Cikgu Razak Dalam Kereta
- Sindiket Pelacuran Guna Facebook Cari Pelanggan
- Video-Video Menarik Demo UIA Bantah Penggantungan Aziz Bari
- Rektor Ini Cemarkan Imej UIA & Negara, Pelbagai Pihak Bantah Tindakannya Gantung Aziz Bari
- Shamsul Dikasari & Ditahan Polis Ketika Iqamat [updated]
- Gantung Aziz Bari Lengkapkan Dunia Akademik Sebagai Sarang Professor Kangkung
Rektor UIAM Pendusta, Surat UIA Amat Jelas Aziz Bari Dihalang Masuk Kampus Posted: 22 Oct 2011 12:22 AM PDT Peguam: Surat UIA amat jelas Aziz Bari digantung, dilarang masuk kampus Prof Dr Abdul Aziz Bari menafikan kenyataan Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Zaleha Kamaruddin (gambar) bahawa pensyarah itu tidak pernah ditegah memasuki pusat pengajian tinggi tersebut sehingga siasatan ke atasnya selesai, demikian menurut peguam beliau hari ini. Sebaliknya Dr Zulqarnain Lukman berkata, kandungan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan, bertarikh 19 Oktober lalu, dengan jelas menunjukkan Aziz digantung perkhidmatan beliau berkuasa "serta-merta sehingga siasatan selesai dan bukan hanya dalam tempoh tujuh hari" sebagaimana dikatakan oleh Rektor UIA itu semalam. "Berhubung kenyataan yang diberikan oleh Rektor UIA Prof Dr Zaleha Kamaruddin, yang disiarkan oleh akhbar hari ini khususnya oleh Bernama (semalam), saya mendapat arahan anak guam bahawa kenyataan Rektor UIA berkaitan penggantungan perkhidmatan selama tujuh hari dan bahawa beliau bebas masuk ke dalam premis UIA adalah tidak tepat," kata Zulqarnain sambil menambah, beliau diarah membuat penjelasan berhubung perkembangan terbaru ini. Kenyataan Zaleha itu keluar semalam ketika banyak pihak menggesa UIA menarik balik penggantungan perkhidmatan ke atas Aziz sehingga siasatan dijalankan. Zulqarnain berkata, berdasarkan surat tunjuk sebab dikeluarkan, Aziz digantung perkhidmatan dengan gaji penuh, dengan serta-merta sehingga notis susulan. Katanya, surat itu juga mengingatkan bahawa ketika tempoh penggantungan, Aziz tidak dibenarkan memasuki premis universiti tanpa kebenaran bertulis daripada Dekan Kulliyah Undang-undang. Selain itu kata beliau, surat tersebut juga menyebut bahawa Aziz tidak dibenar mengadakan sebarang transaksi bagi pihak universiti atau menghubungi staf universiti atau sekutu bisnes UIA tanpa kebenaran Dekan Kulliyah Undang-undang. "Oleh itu, adalah jelas bahawa penggantungan perkhidmatannya adalah berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan selesai dan bukan hanya tempoh tujuh hari. "Tempoh tujuh hari yang dinyatakan Rektor UIA itu adalah merujuk kepada tempoh menjawab surat tunjuk sebab, bukan tempoh penggantungan. Tempoh penggantungan tidak ditetapkan, ertinya sepanjang yang mungkin selagi tidak ditamatkan secara rasmi oleh UIA," kata beliau. Aziz dikehendaki menjawab surat tunjuk sebab sebelum 4 petang 25 Oktober ini. Begitu juga bahawa adalah jelas, kata Zulqarnain, pelangganya tidak dibenarkan masuk ke premis universiti atau berhubung dengan mana-mana staf UIA melainkan terdapat kebenaran bertulis daripada Dekan Kulliyah Undang-undang. "Jika benar terdapat sebarang perubahan kepada notis yang diberikan kepada anak guam, seharusnya pihak universiti mengeluarkan notis baru membatalkan kandungan notis bertarikh 19/10/2011 ini," kata beliau lagi. Zulqarnain menambah, anak guamnya juga memohon pengurusan UIA tidak mengeluarkan kenyataan yang berkonflik dan bercanggah satu sama lain yang membingungkan masyarakat awam. Dalam satu kenyataan semalam, UIA menjelaskan tindakan menggantung tugas Aziz bukanlah hukuman, sebaliknya bagi memastikan siasatan terperinci dapat dijalankan berikutan kenyataan beliau mempertikai titah Sultan Selangor. Zaleha turut menafikan laporan media dan portal berita bahawa Aziz tidak dibenarkan masuk serta berurusan dengan pihak universiti, dan digajinya turut ditahan. Beliau berkata UIA tetap membayar gaji Aziz seperti biasa dan pensyarah itu dibenarkan memasuki kawasan universiti untuk berurusan dengan fakulti. Zaleha berkata Aziz digantung selama tujuh hari mulai Rabu lalu dan dalam tempoh itu, pensyarah berkenaan perlu menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga Disiplin, Tatatertib dan Kakitangan UIA berhubung tindakan mempertikaikan titah Sultan Selangor mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor sebuah gereja di Damansara Utama pada 3 Ogos lepas. Beliau berkata jika Aziz tidak membalas surat tunjuk sebab itu dalam masa yang ditentukan, pensyarah berkenaan boleh dihadapkan ke Lembaga Displin, Tataterib dan Kakitangan UIAM untuk dibicarakan. Zaleha berkata kenyataan Aziz berhubung titah ucapan Sultan Selangor akan disiasat mengikut Peraturan 15 Peraturan Tatatertib Kakitangan universiti itu. -TMI |
Kalau Mahu Selamatkan Aqidah Islam, Mari Bersama PAS Posted: 21 Oct 2011 10:43 PM PDT PAS konsisten selamatkan akidah umat Islam PAS istiqamah untuk membersihkan dan mempertahankan akidah kerana ia adalah dasar perjuangannya sejak 1951. Pengerusi Lajnah Tarbiah PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, dasar Islam di dalam Perlembagaan PAS fasa 3 tidak pernah diubah walaupun kepimpinannya bertukar, sama ada dalam suasana menang atau kalah. "Malahan penubuhan PAS, apabila sekelompok ulamak di dalam Umno yang tidak berpuas hati dengan sikap Umno mengenai isu Natrah pada tahun 1950," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Jelasnya, sejarah perjuangan PAS untuk mempertahankan akidah di negara ini terpaksa membayar harga yang begitu mahal. Katanya, sewaktu PAS mempertahankan akidah umat, Umno bukan sahaja tidak membantu malahan memfitnah PAS sehingga pemimpinnya ditangkap ISA. Beliau berkata, antara jasa PAS kepada umat ialah memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai batas-batas iman dan kufur sehingga masyarakat tidak berani menghina hukum Islam. Di samping itu, ujarnya tidak ada lagi masyarakat yang menghina Islam seperti hukum Islam hanya sesuai di zaman unta, jika laksanakan hukum Islam boleh membawa huru hara. PAS juga, katanya telah menekankan pendidikan akidah kepada ummah di negara ini melalui kuliah-kuliah dan ceramah umum. "PAS sudah tiga kali membawa undang undang persendirian di Parlimen sejak 1990 oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk mengawal murtad. Malangnya usul yang memerlukan cadangan daripada anggota kabinet tidak diangkat walaupun sidang Parlimen habis," katanya. Selain itu, ujarnya lagi, ketika isu murtad Noraishah Bukhari, Lina Joy, Hartina Kamarudin, maka PAS ke depan melawan isu gejala murtad pada ketika itu. "Di manakah Umno dan NGO Umno?" soalnya. Beliau menambah, penyokong PAS mengadakan demo membantah seminar untuk membenarkan orang Islam murtad di Pulau Pinang dan Johor tetapi malangnya seorang menteri Umno mengatakan itu tindakan bodoh. Ini semua, katanya membuktikan bahawa PAS konsisten untuk menyelamatkan akidah ia bukan agenda bermusim. "Kita harap Umno berubah sikap selepas ini terhadap Islam dan hukum Islam. Perlu diingat bahawa murtad bukan sahaja menukar agama, tetapi juga boleh berlaku jika menghina hukum Allah," jelasnya. -HD Ulasan GB Tajuk GB menyimpulkan segala-galanya. Kalau mahu selamatkan aqidah Islam, mari berjuang bersama PAS yang memperjuang Islam sepanjang masa, bukan bersama HIMPUN yang berjuang cuma sehari, jauh sekali bersama UMNO yang berjuang atas nama kebangsaan. |
Posted: 21 Oct 2011 09:18 PM PDT Sungai Siput (U) – Seorang lelaki warga Bangladesh yang bekerja sebagai pembantu kedai makan didakwa mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun. Gambar fail Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superitendan Azman Salim berkata, pada 14 Oktober lalu, lelaki berumur 21 tahun itu menjemput seorang pelajar di hadapan sebuah sekolah di Pekan Sungai Siput. Menurutnya, perbuatan remaja itu menunggang motosikal bersama lelaki warga asing tersebut disedari beberapa guru dan rakannya. "Difahamkan pelajar berkenaan memang mengenali lelaki itu dan sudah berhubung melalui telefon pada malam sebelum kejadian. "Mereka berjanji untuk bertemu di hadapan sekolah sebaik sahaja pelajar itu turun dari bas," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini, kelmarin. Beliau berkata, berdasarkan laporan dibuat ibu mangsa yang berusia 48 tahun, lelaki berkenaan didakwa mencabul anaknya dan ada memaksa pelajar itu membuka seluar. Jelasnya, menurut laporan, lelaki itu membawa pelajar berkenaan ke rumah sewanya di Taman kemiri dan anaknya memberitahu diraba di situ. "Lelaki itu juga ada memaksa mangsa membuka seluar trek yang dipakai dan kebetulan pada hari kejadian terdapat aktiviti kokurikulum di sekolah. "Pelajar itu menolak perbuatan lelaki tersebut dan warga asing berkenaan kemudiannya meninggalkan mangsa di belakang sebuah kafe siber di pekan Sungai Siput," katanya. Azman berkata ,kira-kira jam 10 pagi pada hari yang sama, suspek ditangkap orang awam apabila guru dan rakan mangsa menyampaikan maklumat mengenai tindakan pelajar itu kepada ibunya. Katanya, lelaki itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Sungai Siput untuk siasatan lanjut dan dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan. "Lelaki itu disiasat di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat jika sabit kesalahan. "Dia dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 yang dibayar majikannya dan lelaki itu memiliki Kad Pendatang Asing menerusi program pemutihan baru-baru ini," katanya. Ulasan GB Murid sekolah yang masih mentah. Awasi perlakuan anak-anak kita, agar tidak ditmpa musibah kepada satu keluarga. |
Ali Rustam Sudah Umpan Wartawan Dengan Pingat Untuk Tulis Berita Palsu Posted: 21 Oct 2011 07:30 PM PDT PAS Bukit Katil nafi laporan Sinar Harian MELAKA, 21 Okt: PAS Kawasan Bukit Katil menggesa akhbar Sinar Harian membuat penafian berita mengenai penyertaan bekas ketua PAS cawangan ke dalam Umno. Setiausahanya, Ramli Dalip menyatakan demikian sebagai respons kepada laporan akhbar tersebut hari ini bahawa 30 ahli PKR Ranting Bukit Piatu Parlimen Bukit Katil bertindak membubarkan ranting tersebut dan bertindak menyerahkan borang menyertai Umno kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Dalam laporan itu, bekas Ketua Ranting PKR Bukit Piatu, Md Said Abu berkata mereka sudah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan PKR yang tidak menjaga kebajikan ahli. Gambar dalam akhbar itu juga menunjukkan bahawa bekas Ketua PAS Cawangan Bukit Piatu, Abdul Samad Mamat ada bersama-sama dengan Mohd Ali dan Md Said. Menurut Ramli, malam tadi beliau telah bertemu sendiri dengan kedua-dua bekas pemimpin cawangan PAS dan ranting PKR Bukit Piatu itu. Katanya, mereka menafikan sekeras-kerasnya bahawa mereka telah menyertai Umno dan menyerahkan borang kepada Mohd Ali. "Gambar itu diambil semasa satu majlis yang melibatkan NGO bukannya majlis Umno atau majlis penyerahan borang Umno, mereka telah manipulasikan program tersebut ambil gambar kata Md Said masuk Umno. "Cikgu Samad juga menafikan beliau menyertai Umno dan beliau masih aktif membantu Penyelia PAS Dun Kuala Linggi," ujarnya yang juga anggota Perhubungan PAS Negeri Melaka. Ramli berkata tindakan media itu menyiarkan berita tersebut adalah berniat jahat dan cuba memburuk-burukkan PAS dan PKR khususnya di Bukit Piatu dan Parlimen Bukit Katil. "Kita menyelidik berita tersebut sebelum menyiarkannya kepada umum, ianya memberikan impak yang besar kepada imej individu yang ditunjukkan dalam gambar tersebut," jelas Ramli. -HD 30 ahli PKR keluar parti Ulasan GB Sebenarnya GB tidaklah merasa pelik sangat dengan berita-berita keluar PR masuk UMNO seperti tersiar di dalam akhbar tersebut di atas. Yang nyata, Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam, sudah lebih awal "membeli" wartawan-wartawan ini dengan penganugerahan pingat-pingat kepada wartawan ini termasuklah wartawan daripada Sinar Harian. Wartawan Sinar Harian terima PJK Bagi sang wartwan, pingat itu walaupun kecil, namun ia amat besar ertinya apatah lagi dianugerahkan di hari yang sama Datuk-Datuk menerima pingat masing-masing dan dapat menghadiri pula majlis-majlis dinner bersama pembesar negeri.. Justeru sebagai "membalas budi", maka sang wartawan itu menulislah hal-hal yang wangi-wangi, yang indah-indah untuk kerajaan/parti Ali Rustam. Dan Ali Rustam boleh pada bila-bila masa mereka-reka majlis dan kemudian memanggil wartawan-wartawan yang dianugerahkan pingat ini untuk membuat liputan. Hal yang sama berlaku dengan mana-mana pimpinan UMNO Pusat juga. Malah blogger cybertrooper telah diberikan upah dan sogokan yang mahal untuk menulis hal-hal untuk memburukkan Pakatan Rakyat sekalipun terpaksa menulis dan melakukan fitnah. Sebab bagi UMNO, agama tu terpisah dari politik. Dalam politik boleh buat apa saja sebab tidak ada hukum dosa dan pahala. Maka mereka buat dan tulis apa saja yang mereka mahu. Mencarut, memaki, memfitnah, penyiaran dan penyebaran video dan gambar lucah.... itulah dunia mereka. Jika itu semua mereka boleh lakukan, tentulah berita orang Pakatan masuk UMNO dan seumpamanya lebih mudah untuk ditulis dan direkakan. Kebenaran akan tetap terserlah jua. |
Hassan Ali Menongkah Arus, Tolak Keputusan Pimpinan PAS Pusat, Sertai HIMPUN Posted: 21 Oct 2011 06:22 PM PDT Shah Alam: Exco Hal Ehwal Islam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata beliau akan menyertai Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang bakal berlangsung esok (hari ini) di Stadium Shah Alam. Hassan Ali berkata kehadirannya itu bukan atas kapasiti rasmi atau mewakili PAS namun sebagai individu beragama Islam. "Saya akan hadir, melangkah keluar dari rumah atas nama Aqidah, saya akan berada di situ selama tiga jam atas nama Aqidah serta kepulangan saya ke rumah juga atas nama Aqidah, tidak tidur malam kalau saya tidak pergi kerana ia adalah isu Aqidah, kalau bola, Selangor lawan Kelantan tiada keperluan untuk saya hadir." Hassan Ali berkata demikian dalam program bual bicara fokus berita terbitan TvSelangor di sini hari ini. Terdahulu, PAS mencapai kata sepakat untuk tidak menyertai HIMPUN. Keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat biro politik di pejabat agung PAS Selasa malam lalu. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata keputusan PAS bersikap berkecuali kerana menghormati kehendak penganjur program yang tidak mahu melibatkan mana-mana parti politik. Menurut penganjur HIMPUN, yang merupakan badan bukan kerjaan (NGO) Islam, perhimpunan tersebut bertujuan menentang apa yang dikatakan percubaan untuk menyebar ajaran Kristian kepada orang Islam. Hassan dengan tegas mengulangi pendiriannya untuk menyertai HIMPUN sebagai individu. Menurutnya lagi, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut memberi kelepasan kepada mana-mana penjawat kerajaan Selangor yang mahu menyertai perhimpunan atas dasar individu. "Kita harus bersyukur kerana masih ada dari kalangan kita yang tampil untuk membela, berjuang dan individu ini telah membuka langkah, takkanlah Hassan Ali yang berumur 64 sebagai seorang muslim tidak tergerak untuk hadir." Mengulas lanjut, Hassan Ali menafikan dakwaan kononnya beliau adalah salah seorang pengerak HIMPUN. "Saya tidak terlibat dalam penganjuran HIMPUN, saya dalam apa cara dan keadaaan sekali pun tidak pernah terlibat secara langsung bagi menghubungkan penganjur ini dengan mana-mana pihak."jelasnya. Tegasnya, HIMPUN bukan bertujuan menimbulkan ketengangan mahupun meniup api kemarahan dikalangan umat Islam dan penganut Kristian. Katanya kesempatan perjumpaan ini adalah untuk menyedarkan serta umat Islam tentang kebejatan isu keruntuhan aqidah. Hassan Ali berkata masyarakat bukan Islam turut mempunyai hak untuk berhimpun secara aman. Beliau turut mengalukan dialog antara agama lebih giat diadakan dari kalangan pakar. "Ini adalah perhimpunan yang aman, berbudaya dan sopan, yang penting penganjuran ini bukalah untuk menimbulkan ketegangan dan emosi yang tidak terkawal antara penganut Islam dan bukan Islam."katanya. Ulasan GB GB dah kata dulu, Hassan Ali dan kumpulan UG ini memang jahatlah. Dia menongkah arus, tidak menghormati keputusan pimpinan PAS untuk tidak terlibat di dalam HIMPUN. Beberapa blogger pro-UMNO telah bertepuk sorak dengan keputusan Hassan Ali tersebut. Apa maknanya jika blogger pro-UMNO bersikap demikian? Anda endiri boleh manjwabnya. Tindakan Hassan Ali itu menyerupai tindakan Ketua Pemuda PAS yang telah memberikan komitmen 200% untuk menyertai HIMPUN sekalipun ketika itu PAS Pusat belum membuat sebarang keputusan melibatkan diri dalam HIMPUN. Baca di SINI. Keputusan Hassan Ali itu bukan sahaja membelakangkan keputusan PAS Pusat dan PAS Selangor, malah juga kerajaan negeri, dimana Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan kerajaan negeri tidak terlibat dalam penganjuran Himpunan Sejuta Umat (Himpun), Selamatkan Akidah Umat di Stadium Shah Alam. Sekalipun MB Selangor tidak menghalang mana-mana pegawai kerajaan termasuk Exco kerajaan negeri menyertai perhimpunan tersebut selagi tidak mencampuri urusan dan masa bekerja, namun tindakan Hassan Ali selaku seorang exco kerajaan negeri jelas memaparkan watak sebenarnya. PAS Selangor sebelum ini telah melarang ahlinya menyertai perhimpunan berkenaan. Baca SINI. Pecat segera Hassan Ali dari barisan pimpinan PAS dan barisan exco negeri Selangor. Kerana jika, tidak percayalah, kerajaan PR Selangor bakal runtuh di dalam PRU13 nanti. Sengaja membiarkan duri menyucuk dan bernanah di dalam daging yang kelak merebakkan parasit ke seluruh anggota badan. Jangan sampai nanti sudah terhantuk baru nak tengadah. |
Murid Tahun 3 Diperkosa Cikgu Razak Dalam Kereta Posted: 21 Oct 2011 04:59 PM PDT Pekan – Seorang murid tahun tiga sebuah sekolah rendah di Felda Chini Timur, dekat sini terpaksa melalui detik hitam dalam hidup apabila dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika pulang dari sekolah. Gambar fail Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Amran Sidek berkata, kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun itu sedang menunggu abangnya yang dalam perjalanan untuk menjemputnya pulang ke rumah. Menurutnya, ketika sedang menunggu kira-kira jam 1.10 tengah hari, sebuah kereta Proton yang dipandu seorang lelaki menghampiri mangsa di luar kawasan sekolah. "Suspek kemudiannya keluar dan memperkenalkan diri kepada mangsa dengan nama 'Cikgu Razak' sebelum dia mempelawa mangsa menaiki keretanya untuk dihantar pulang ke rumah. "Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudiannya menerima pelawaan 'cikgu' terbabit dan tidak menyedari bahawa lelaki tersebut menyimpan niat jahat," katanya ketika ditemui di sini. Amran berkata, suspek kemudiannya membawa mangsa ke satu kawasan ladang berhampiran sekolah sebelum merogolnya dalam kereta namun kemuadian mangsa berjaya melepaskan diri keluar dari kawasan ladang berkenaan sebelum berjalan kaki pulang ke rumah. "Mangsa yang kemudiannya ditemui ahli keluarganya menceritakan kejadian yang menimpanya sebelum mereka membuat laporan polis dan membawa mangsa melakukan pemeriksaan di hospital. "Polis kini giat mengesan suspek melalui gambaran wajah yang diberikan oleh mangsa selain pelbagai kaedah bagi memberkas suspek yang kini masih bebas," katanya. Beliau turut mengingatkan ibu bapa serta penjaga agar lebih peka dengan keselamatan anak masing-masing selain mengawasi pergerakan anak-anak dan memastikan mereka menanti anak-anak ketika pergi dan pulang dari sekolah. "Kepekaan ibu bapa membantu mengekang masalah jenayah berkaitan selain mengelak kejadian seumpama ini berlaku tanpa sebarang pengawasan yang sewajarnya," katanya. -SH Ulasan GB Khabarkan malah beri amaran kepada anak-anak usah terima pelawaan daripada sesiapa pun yang tidak dikenali untuk menumpangkan mereka kemana juga. Kes-kes sebegini sudah kerap berlaku, maka kita sewajarnya berwaspada selalu. |
Sindiket Pelacuran Guna Facebook Cari Pelanggan Posted: 21 Oct 2011 03:23 PM PDT Laman sosial popular, Facebook bukan sekadar menjadi kegemaran sesetengah penggunanya untuk berkomunikasi secara canggih tetapi disalahguna oleh individu tidak bertanggungjawab. Terbaru dapat dikesan, Facebook digunakan untuk membuat tempahan pelacur. Malaysia No 1 Call Girl Service . 3C Agent 012959****, antara alamat dalam laman itu yang dikenalpasti sebagai medium untuk melanggan gadis negara luar antaranya dari China, Thailand dan Indonesia. Setakat jam 7 petang semalam, laman tersebut ditanda 'like' oleh seramai 2,080 individu. Perkhidmatan ditawarkan hanya di sekitar Lembah Klang seperti entri terbaru pemiliknya iaitu 3C Agent, kira-kira jam 5.15 petang; "Sila ambil Perhatian . Customer . Service 3C hanya Di KUALA LUMPUR . Negeri Lain Tak Ada . Jangan Telephone Tanya Lagi. Memang Tak Ada di Negeri Lain. Tolong Berkerjasama." Hanya dengan tiga cara mudah, pelanggan perlu mencari hotel, menghubungi 3C Agent di talian tertera, memaklumkan jenis gadis dan membuat pembayaran sebelum perkhidmatan seks dilakukan. Bagaimanapun, ketika Sinar Harian cuba menggunakan talian itu, didapati ia gagal dihubungi. 3C Agent melalui komen balas di laman tersebut berkata; "Customer Terlalu Ramai ini Bulan . Kadang kala tak sempat Angkat telepon Customer. sila memahami. Minta Maaf . SMS boleh diterima." Laman tersebut juga memaparkan harga ditawarkan bagi setiap gadis yang dilanggan iaitu dari RM 180 hingga RM700 mengikut jam selain gambar wanita dipercayai pelacur turut diletakkan untuk menarik minat pelanggan. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyedari kewujudan laman terbabit di Facebook yang berkemungkinan berpangkalan di dalam mahupun luar negara. :Katanya, PDRM sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memastikan kegiatan tersebut tidak terus meluas. "Setakat ini tiada lagi tangkapan dibuat terhadap individu yang menawarkan perkhidmatan seks di Internet. |
Video-Video Menarik Demo UIA Bantah Penggantungan Aziz Bari Posted: 21 Oct 2011 08:00 AM PDT SMM Demo Desak UIAM Tarik Balik Gantung Tugas Aziz Bari KUALA LUMPUR: Persatuan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan menghantar memorandum bantahan bagi mempertahankan kebebasan bersuara pensyarah di negara ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengadakan demonstrasi di perkarangan masjid UIAM sebagai membantah tindakan penggantungan tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari. -Foto THE STAR oleh: AZMAN GHANI Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Ab Razab berkata kumpulan berkenaan akan menyerahkan memorandum berkenaan kepada Perdana Menteri yang dijangka mengadakan lawatan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada minggu hadapan. "Kami dimaklumkan Perdana Menteri akan melawat UIAM minggu hadapan, jadi kami bercadang untuk menyerahkan memorandum ini pada masa tersebut. "Ini adalah satu masalah yang serius terhadap pakar akademik kita. Mereka sepatutnya diberikan kebebasan serta ruang untuk menyuarakan pendapat dalam isu kritikal serta berdebat mengenainya," katanya kepada pemberita pada sidang media yang diadakan di masjid universiti berkenaan pada Jumaat. Terdahulu, kumpulan SMM mengadakan demonstrasi selepas solat Jumaat di perkarangan masjid UIAM menggesa pihak pentadbiran universiti menarik balik penggantungan tugas yag dikenakan terhadap pensyarah undang-undang, Prof Dr Abdul Aziz Bari. Ahmad Syukri turut memaklumkan bahawa mereka telah menyerahkan memorandum tersebut kepada kakitangan pentadbiran universiti. Dalam demonstrasi berkenaan empat orang pelajar telah ditahan kerana didakwa menimbulkan kekecohan. Ahmad Syukri berkata kumpulan berkenaan akan mengambil tindakan selanjutnya sekiranya pihak universiti masih gagal menangani masalah tersebut dengan segera. Pada Rabu, unit undang-undang UIAM telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Abdul Aziz kerana didakwa mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti. Surat tersebut dikeluarkan ekoran daripada kenyataannya yang didakwa mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) baru-baru ini. Abdul Aziz diberi tempoh sehingga 25 Oktober ini untuk menjawab surat berkenaan dan sepanjang tempoh tersebut beliau tidak dibenarkan memasuki perkarangan universiti berkenaan tanpa kebenaran dekan. Media sebelum ini melaporkan Abdul Aziz sebagai berkata, tindakan Sultan Selangor untuk campur tangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja itu bukan sesuatu tindakan yang biasa terjadi. Menurutnya, sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campur tangan tetapi ini perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam. Ekoran tindakannya itu, beberapa laporan polis telah dibuat terhadapnya dan bekas Ketua Pemuda PKR, Senator Ezam Mohd Nor turut menggesa supaya Abdul Aziz disiasat di bawah Akta Hasutan. Pada Rabu, pensyarah kanan UIAM itu telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis dan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948. Bukan itu sahaja, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah pergi ke pejabat Abdul Aziz Isnin lalu untuk merekodkan kenyataan berhubung isu yang sama. -mstar |
Rektor Ini Cemarkan Imej UIA & Negara, Pelbagai Pihak Bantah Tindakannya Gantung Aziz Bari Posted: 21 Oct 2011 06:16 AM PDT Jangan hukum Aziz Bari kerana tekanan pihak ketiga, gesa staf akademik UIA KUALA LUMPUR, 21 Okt ― Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Islam Antarabangsa (PKAUIA) menyatakan sokongannya kepada Profesor Dr Abdul Aziz Bari dalam menjalankan amanahnya sebagai sarjana sambil mengkritik atas campur tangan pihak luar ke atas sistem pendidikan negara ini, yang sepatutnya bebas dan bersifat profesional. Gambar: Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Datuk Prof Dr. Zaleha Kamaruddin yang juga ahli . Kenyataan itu menegaskan, Aziz tidak harus dihukum hanya disebabkan reaksi pihak ketiga dalam isu semasa. "Tohmahan serta tekanan yang tidak berasaskan ilmu yang dilemparkan kepada Profesor Abdul Aziz Bari hanya membuang masa dan merendahkan status negara di mata dunia," kata kenyataan persatuan itu dikeluarkan petang ini. Tegas kenyataan itu, Aziz merupakan seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau. Justeru katanya, mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau sepatutnya memberi ruang kepadanya untuk berdebat secara lebih terbuka kerana proses konstruktif akan meningkatkan tahap pemikiran masyarakat. "Profesor Abdul Aziz Bari sepatutnya diberi penghargaan kerana berjaya membuat satu negara berfikir dan memberi reaksi di dalam pelbagai cara," kata kenyataan itu lagi. Sebaliknya kenyataan menegaskan, Aziz tidak harus dihukum kerana reaksi pihak ketiga ini. Aziz yang disiasat polis dan SKMM diberi surat tunjuk sebab oleh UIA dan digantung tugas. Kenyataan itu menambah, sebagai seorang ahli akademik, Aziz berhak menyatakan pendapat seperti yang telah dilakukannya. "Ini adalah sebahagian dari kebebasan akademik yang dipunyai oleh setiap ahli akademik. Mana-mana negara yang mahukan universiti mereka disanjungi dan dihormati sebagai universiti bertaraf dunia pasti menyokong, menghormati dan melindungi kebebasan akademik ini," katanya lagi. Kenyataan itu juga menambah, "kami tidak mahu tindakan ini kelak dijadikan satu 'precedence' pada masa akan datang kerana ia boleh menyekat sumbangan intelektual dari ahli akademik terhadap isu-isu kenegaraan sama ada yang dianggap sensitif atau sebaliknya." Ia juga menegaskan sebarang tafsiran dan pandangan yang dibuat dari hasil kepakaran seseorang ahli akademik sewajarnya disambut secara lapang dada oleh mana-mana pihak. "Kritikan inteletek adalah sangat penting di dalam dunia akademik kerana dengannya budaya keilmuan di sesebuah universiti itu boleh berkembang dan menyumbang sesuatu kepada pembangunan anak bangsa dan negara," katanya sambil menambah, "kebebasan akademik ini telah disaran oleh Unesco." -TMI TERAS tidak dapat menerima tindakan menggantung Aziz Bari
Ulasan GB SKMM, Polis dan Rektor Universiti - kesemuanya bertindak mengikut telunjuk UMNO. Itu persepsi yang ada di kalangan rakyat. Mungkin bukan persepsi lagi tetapi kenyataan. Bagi SKMM dan Polis, mungkin GB boleh terima apabila melakukan siasatan terhadap Prof Aziz sebab SKMM dan Polis memang tak tahu dunia akademik. Mereka adalah dari kalangan IQ-zero yang hanya mengikut arahan. Mereka tak faham apa yang profesor-profesor tulis atau bicarakan dalam makalah, jurnal, akhbar dan sebagainya. Yang dia tahu semua kena sokong kerajaan. Itu mentaliti mereka, bebalisme namanya. Tetapi malang apabila seorang yang telah memegang jawatan Rektor boleh mengambil sikap yang sama dengan mereka yang tidak berilmu yang sepatutnya Rektorlah yang menghormati kebebasan akademik dan membela Aziz Bari. Hukum kebenaran bakal menambil tempatnya. Berdasarkan kepada kehendak banyak pihak dan demontrasi hari inim Rektor itu perlu diberhentikan, atau Tuhan sendiri yang akan menghukumnya. "Alaisallahu bi ahkamil hakimiin?" Bukankah Allah sebaik-baik Hakim? |
Shamsul Dikasari & Ditahan Polis Ketika Iqamat [updated] Posted: 21 Oct 2011 04:03 AM PDT Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin ditahan selepas dikasari sekumpulan 15 anggota polis di Masjid Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di sini, hari ini. Ketika dihubungi KeadilanDaily, Shamsul berkata, beliau ditahan ketika sedang iqamat untuk menunaikan solat Jumaat dan diheret dari masjid ke kereta peronda dan dibawa keluar dari kawasan berkenaan. Beliau bersama pembantunya dikenali sebagai Khalid kemudian ditempatkan dalam kereta di tepi jalan sekitar Taman Melati, Gombak dengan dikawal polis dan pengawal keselamatan UIA. Ribuan anak muda terutama golongan mahasiswa dari pelbagai universiti menyertai perhimpunan membantah penggantungan Dr Aziz Bari di Masjid UIA. Mengikut paparan twitter, perhimpunan aman itu mula terjejas selepas campur tangan polis menyebabkan ramai jemaah solat dan mahasiswa dikasar Kenyataan Shamsul Iskandar Berhubung Penangkapannya Polis biadap, halang saya solat Jumaat – Shamsul Ulasan GB Hairan kita di Malaysia ini, polis dan pengawal keselamatan IPTA tak dirikan solat Jumaat, sudah lah tu, tangkap pula orang yang hendak solat. Kan ker besar dan berlapis dosanya itu? sila klik untuk baca |
Gantung Aziz Bari Lengkapkan Dunia Akademik Sebagai Sarang Professor Kangkung Posted: 21 Oct 2011 02:14 AM PDT Tindakan ala-ISA ke atas Prof Dr Abdul Aziz Bari akan 'mengkangkungkan' lagi dunia akademik negara ini, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Gambar: Demo pelajar UIA desak tarik balik gantung tugas Aziz Bari. "Di negara kita sudah terkenal gelaran 'profesor kangkung' yang diberikan kepada pembodek-pembodek yang berjaya mendapat pangkat besar di universiti-universiti hasil membodek dan kemudian bercakap merapu melalui TV dan media tanpa mengikut fakta sebenar semata-mata mengampu pemerintah. "Tindakan UIA (Universiti Islam Antarabangsa) menggantung tugas Dr Abdul Aziz akhirnya akan melengkapkan tindakan menjadikan dunia akademik negara ini sebagai sarang dan dunia professor kangkung," kata beliau. Mohamad juga menyifatkan tindakan menggantung tugas Dr Abdul Aziz sebagai tindakan ala-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). "Itu tindakan ala-ISA. Dia belum sempat dan tidak diberi peluang yang munasabah untuk membela diri terus digantung. "Nampak benar kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) ketagih ISA seperti ketagih dadah dan cakap-cakap kononnya hendak hapuskan ISA adalah pembohongan dan helah semata-mata," katanya sambil merujuk dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya ISA akan dihapuskan oleh kerajaannya. Sambil memohon maaf kerana tidak dapat bersama-sama di dalam protes di Masjid UIA membantah tindakan ke atas pakar perlembagaan itu lantaran berada di luar negara, Mohamad berkata tindakan sedemikian sukar dielakkan oleh pelajar dan rakyat yang mahu menghalang dunia akademik negara ini menjadi dunia professor kangkung. "Rakyat yang berkesedaran tidak ada pilihan melainkan menggerakkan lebih banyak protes sedemikian bagi menghalang dunia akademik negara ini menjadi dunia professor kangkung. "Jika perkara itu berlaku, dunia akademik negara ini pasti menjadi dunia yang sangat hina dan apa maknanya rakyat negara ini menghantar anak-anak mereka ke universiti-universiti? "Tidakkah berdosa dan mengkhianati ilmu jika menghantar anak-anak belajar kepada professor-professor kangkung yang hina, penjilat dan langsung tidak bermaruah?" kata beliau. -HD |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan