Kelab Greenboc |
- Ibu Paksa Anaknya Melacur
- Pegawai SPRM Jadi Perompak
- Sudah Di Tahap Ini: Dua Beradik Dicekup Tiru Aksi Lesbian
- Karpal Menang Saman RM2 Juta
- Ulasan Bajet: Banyak Gula-gula Pilihanraya, Rakyat Terus Memikul Bebanan Hutang
- "Bulan Lambang Hatiku" - Warga Internet Cina Belasah MCA, Bela PAS
- Waspada: DVD Hina Nabi & Islam Beradar Di Pasaran
- Dasyat: Polis Gunakan 262 Kanister Gas Pemedih Mata Semasa BERS✔H 2.0
- Akta Kerja Diluluskan Walaupun Dibantah MTUC: Bukti Kerajaan Tak Dengar Suara Rakyat
- Intipati Bajet 2012: Ada Apa Pada Bajet 2012? [updated]
Posted: 08 Oct 2011 12:26 AM PDT Damansara Damai: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun bukan sahaja disuruh menjadi tukang urut sepenuh masa malahan turut dipaksa untuk melayan nafsu orang yang lebih tua daripadanya. Gambar fail Perkara itu diceritakan oleh Imam Masjid Al-Muhtadeen, Ustaz Mohd Fadhil Mohd Nor yang mengetuai satu serbuan cegah maksiat di sebuah apartmen awal pagi kelmarin. Menurutnya, remaja berusia 14 tahun ditahan berdua-duaan bersama seorang warga Nigeria berusia lingkungan 20-an di dalam sebuah bilik. "Remaja itu mengakui kegiatannya itu adalah atas kehendak ibunya yang turut bekerja sebagai tukang urut sepenuh masa di rumah," katanya. Beliau berkata, dia terpaksa akur melayan kehendak ibunya kerana tidak mempunyai tempat lain untuk bergantung. "Ketika ditanya remaja itu cuba menyembunyikan hal sebenar namun setelah didesak dia kemudian menceritakan segalanya," katanya. Difahamkan, remaja itu yang sudah tidak bersekolah tidak tahu berapa jumlah bayaran yang dikenakan jika dia melakukan hubungan seks bersama lelaki kerana hanya mengikut arahan ibunya sahaja. Tambahnya lagi, remaja itu mengaku sudah terjebak dengan kegiatan tidak bermoral itu beberapa bulan lalu. "Kita serahkan pasangan itu bersama tiga lagi warga asing yang berada di dalam rumah itu kepada polis sebelum kes itu dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan selanjutnya," katanya.-SH |
Posted: 07 Oct 2011 10:36 PM PDT Sepang – Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas sembilan pertuduhan termasuk merompak, bersubahat dan menyembunyikan rancangan jenayah terhadap tiga pengurup wang yang kerugian wang berjumlah hampir RM1 juta pada September lalu. Tiga tertuduh ialah S. Vijayarao, 33, Wan Elfie Shafizy Wan Ahmad, 30, dan Aziz Jaafar, 48. Kesemua mereka bertugas di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dengan Vijayarao berpangkat Pemangku Penolong Pesuruhjaya, Wan Elfie Penolong Penguasa manakala Aziz Penolong Kanan Penguasa. Ketiga-tiga tertuduh didakwa bersubahat dengan dua lagi suspek yang masih bebas merompak secara berkumpulan terhadap pengurup wang Singapura, Hameed Saadik Batcha, Abd. Rahman Mohamed Marican dan Mohamed Zakkariya Shatik sebanyak AS$300,000 (RM947,444). Dua suspek yang masih bebas itu ialah T. Sritharan, 32, dan D. Nagarajan, 34. Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu merompak dan dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan. Mereka turut didakwa bersubahat dengan Sritharan menipu kesemua mangsa dengan memperkenalkan Sritharan sebagai pegawai SPRM. Dakwaan itu dibuat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Awang Armadajaya Awang Besar, Mohamad Abazafree Mohd. Abbas, Najib Zakaria dan Peter Gregory Syril. Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di tandas lelaki bersebelahan Restoran Deli France, Tingkat 1, Bangunan Satellite di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang pada pukul 11.25 malam 15 September lalu. Ketiga-tiga tertuduh juga didakwa sengaja menyembunyikan rancangan rompakan itu bagi memudahkan Sritharan dan Nagarajan melakukan jenayah itu. Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 120 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau denda atau kedua-duanya. Terdahulu, Mohd. Abzafree menawarkan jaminan RM100,000 dan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dengan menimbangkan mereka adalah pegawai SPRM manakala dua suspek masih bebas. Bagaimanapun, Vijayarao yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengurangkan jaminan kepada RM10,000 kerana dia ditahan kerja dan perlu menyara dua anak dan isteri hanya bekerja sebagai guru. -kosmo |
Sudah Di Tahap Ini: Dua Beradik Dicekup Tiru Aksi Lesbian Posted: 07 Oct 2011 09:07 PM PDT Jasin: Gara-gara dipercayai meniru aksi pasangan lesbian dalam video lucah yang pernah ditonton, dua beradik dikesan melakukan aksi ghairah itu di rumah mereka di Asahan, di sini. Gambar fail Bagaimanapun, dua beradik berusia sembilan dan tujuh tahun itu yang didakwa pernah melakukan perbuatan terbabit sejak setahun lalu tidak bernasib baik apabila perbuatan mereka dilihat ibunya Rabu minggu lalu. Ketika ditemui ibu mereka, dua beradik itu asyik bergomol umpama pasangan sejenis tanpa seurat benang dalam sebuah bilik di rumahnya. Nasib malang menimpa dua kanak-kanak itu apabila menerima pembalasan daripada bapa angkatnya yang berusia 28 tahun selepas dimaklumkan ibu kandungnya Sabtu lalu. Bapa angkat kanak-kanak itu yang baru pulang daripada bekerja di Pahang pada Sabtu lalu merotan dua kanak-kanak berkenaan sebagai hukuman terhadap perbuatan melampau mereka sehingga didakwa lebam di tangan, kaki dan belakang. Bagaimanapun, kesan lebam pada kanak-kanak berkenaan dilihat beberapa penduduk yang mengesyaki mereka didera lalu membuat aduan kepada Pusat Perkhidmatan BN (Pembela) supaya perkara itu dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang kemudian berkunjung ke rumah ibu tunggal berkenaan, malam kelmarin. Penolong Pengarah Warga Tua dan Keluarga JKM negeri, Zamzuri Mohamad, berkata siasatan awal mendapati ibu kanak-kanak itu menghubungi bapa angkat anak sulungnya itu yang bertugas di Pahang selepas terkejut melihat perbuatan lucah dua anaknya. Katanya, lelaki terbabit merotan sehingga lebam di beberapa bahagian tubuh dua kanak-kanak berkenaan sebagai pengajaran. "Berdasarkan siasatan, dua beradik itu mendakwa pernah menonton video lucah yang ditayangkan sepupu mereka ketika mendiami rumahnya di Selangor. "Mungkin disebabkan terpengaruh atau teringat apa yang pernah ditonton, pasangan kanak-kanak itu cuba aksi terbabit sebelum disedari ibu mereka," katanya, di sini, semalam. Hadir sama dalam siasatan terhadap kes berkenaan Pengarah Pembela, Amir Hamzah Aziz dan Pengerusi Jawatankuasa dan Keselamatan Kampung (JKKK) Asahan, Abdul Ghani Abdullah. Menurut Zamzuri, anak sulung ibu tunggal itu diserahkan kepada satu pasangan untuk dijadikan anak angkat secara sah kepada lelaki berusia 28 tahun dan isterinya berusia 25 tahun itu sejak setahun lalu. Katanya, ketika kejadian, kanak-kanak berusia sembilan tahun itu pulang ke rumah ibu kandungnya selepas ibu angkatnya itu ke Pahang untuk menemui suaminya yang bertugas di negeri itu. "Saya dimaklumkan, adik-beradik itu bukan pertama kali melakukan perkara sumbang itu dan keluarganya pernah melihat mereka berdua-duaan dengan keadaan mengghairahkan," katanya. -hm |
Posted: 07 Oct 2011 06:22 PM PDT Georgetown - Karpal Singh (gambar) menang dalam kes saman membabitkan tuntutan ganti rugi lebih RM2 juta terhadap seorang pengurus bank, Lau Yee Fuat yang melanggar teksi dinaikinya sehingga Pengerusi DAP itu lumpuh dalam kejadian tujuh tahun lalu. Hakim Mahkamah Se- syen, Chan Jit Li memutuskan demikian selepas mengambil kira perubahan hidup yang terpaksa dilalui oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu akibat kemalangan tersebut. Hujah hakim itu, Karpal yang dahulunya aktif, terlibat dalam kemalangan ketika menaiki teksi yang dipandu oleh Soid Abd. Ghani ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Utama di sini. "Kemalangan itu mengubah hidup Karpal dan mungkin jumlah diputuskan tidak memuaskan mana-mana pihak tetapi keputusan telah dibuat," kata Jit Li semasa membacakan keputusannya semalam. Karpal memperoleh ganti rugi kerosakan am berjumlah RM380,000; kos rawatan (RM399,162.37); dua mesin lif kerusi roda (RM56,930 dan RM47,300); penjagaan rawatan selama tujuh tahun (RM212,800) dan ubat-ubatan (RM12,998.06). Jit Li turut mengarahkan Karpal dibayar rawatan susulan berjumlah RM378,000, kenderaan khas (RM276,141,52), penjagaan rawatan (RM135,808), pembedahan susulan (RM66,666), kerusi roda (RM40,170) dan perbelanjaan perjalanan (RM11,951,98). |
Ulasan Bajet: Banyak Gula-gula Pilihanraya, Rakyat Terus Memikul Bebanan Hutang Posted: 07 Oct 2011 04:29 PM PDT Bajet 2012: Najib cedok belanjawan Pakatan Kerajaan hari ini dalam mengumumkan bajet 2012 telah memperuntukan sebanyak RM232.8 bilion bagi melaksanakan semua rancangan pembangunan kerajaan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sewaktu mengumumkan bajet tersebut menjelaskan daripada peruntukan tersebut RM181.6 bilion adalah bagi peruntukan perbelanjaan manakala RM51.2 bilion pula diletakan bagi perbelanjaan pembangunan. Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifly Ahmad ketika diminta mengulas tentang bajet yang telah diumumkan itu menjelaskan bajet tersebut adalah lebih terjurus kepada gula-gula politik ataupun peruntukkan pilihanraya. "Bajet yang diumumkan oleh Najib itu hanyalah lebih kepada untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang. "Secara jelas beliau berada dalam keadaan tertekan apatah lagi apabila melihat belanjawaan yang telah diumumkan oleh Pakatan Rakyat (PR)sebelum ini," jelasnya. Tambah Dr Dzulkifly lagi tekanan yang dihadapi oleh Najib itu apabila melihat belanjawan PR yang lebih tertumpu kepada pengagihan semula pendapatan negara kepada rakyat. "PR melihat tekanan yang dihadapi oleh Najib adalah tentang hasrat PR yang telah berjanji ingin melakukan pengagihan semula pendapatan negara kepada rakyat, kita melihat beliau terpaksa bertindak balas terhadap usaha PR itu. "Tetapi persoalan yang jelas ingin PR utarakan bagaimana pengagihan semula itu ingin dikembalikan semula kepada yang berhak tanpa ada sebarang ketirisan. Sebagai contoh pemberian subsidi kepada pemilik teksi dan kita lihat keuntungan hanya akan diperolehi oleh kroni mereka sendiri bukannya kepada pemilik teksi tersebut," katanya. Persoalan besar Dalam pada itu beliau menjelaskan Najib hanya menumpukan perbelanjaan kepada pembangunan tetapi tidak menyatakan secara khusus bagaimanakah kerajaan ingin menambah pendapatan negara. "Bajet sebelum ini kita melihat kerajaan akan mengumumkan penambahan pendapatan sumber negara akan dikutip melalui cukai-cukai tetapi pada kali ini ia tidak dinyatakan dan ini menjadi persoalan besar kepada kita bagaimanakah kerajaan ingin berbelanja sedangkan tidak pasti sumber pendapatannya. "Najib terus membuat perbelanjaan besar dalam projek mega yang jelas mempunyai risiko tinggi di saat negara berdepan dengan ekonomi global yang muram dan secara jelas ekonomi negara berada pada tahap bahaya jika perbelanjaan yang tidak bertanggungjawab ini diteruskan tanpa pengkajian yang khusus," sambungnya lagi. Beliau memberitahu pada kali ini Najib cuba mengelak dari memberi komitmen kepada rakyat terutamanya pekerja awam dan juga swasta malah dalam pada itu Najib juga tidak berlaku adil terhadap pekerja swasta yang sentiasa ketinggalan setiap kali bajet diumumkan. "Kita melihat bajet kali ini tidak diletakkan gaji minimum sebagai sasaran mereka dan secara jelas saya katakan Najib cuba mengelak untuk terus ada komitmen dengan pekerja awam mahu pun swasta. "Tetapi dalam masa yang sama bajet tersebut memperlihatkan Najib telah menganaktirikan pekerja swasta dengan menafikan hak mereka sebagai tenaga pendapatan negara, tanpa ada peruntukan khusus diberikan oleh Najib kepada golongan pekerja tersebut. "Najib hanya mengumumkan pemberian bonus dan juga kenaikan gaji pekerja awam mengikut gred-gred tertentu dan apa yang kita lihat setiap kali bonus mahupun gaji dinaikkan maka akan wujud inflasi di negara ini dan ia akan terbeban kepada semua rakyat bukannya kepada mereka yang mendapat faedah, inilah ketidak adilan yang wujud dalam bajet kali ini," ulasnya lagi. Cedok bajet Pakatan Beliau menambah bajet ini adalah mencedok dari apa yang telah di umumkan oleh belanjawan Pakatan Rakyat sebelum ini. "Bajet dari PR lebih mesra kepada rakyat dibawah jika dibandingkan dengan apa yang diumumkan oleh Najib tadi dan kita tahu rakyat tidak akan selesa dengan apa yang diberitahu kerana mereka tidak mendapat apa yang dikehendaki," sambungnya lagi. Sebelum itu bajet 2012 yang diumumkan oleh Perdana Menteri itu juga tidak meletakkan sumbangan wanita dan juga warga emas yang telah banyak memberi sumbangan kepada negara, selain itu juga bebanan diberikan kepada rakyat melalui Program Perumahan Rakyat dengan meningkatkan had maksimum harga rumah daripada RM220 ribu kepada RM400 ribu bagi pembiayaan bersama suami isteri. "Kenaikan ini dilihat tidak seimbang kerana tiada sasaran gaji minimum dinyatakan oleh kerajaan dan secara jelas akan melihat rakyat terus terbeban dengan kos tambahan dan bebanan hutang," kata Dr Dzulkifly lagi. -HD Bajet 2012: Bajet pancing undi PRU-13 Bajet: Reaksi pemimpin Pakatan Rakyat Grafik ehsan TMI |
"Bulan Lambang Hatiku" - Warga Internet Cina Belasah MCA, Bela PAS Posted: 07 Oct 2011 11:22 AM PDT Berambuslah MCA: Warga internet Cina tampil bela PAS | Memang sesuatu yang dijangka apabila MCA menggunakan "Hukum Hudud" untuk menyerang Pakatan Rakyat, ketika isu ini kembali semula ke persada politik menjelang PRU ke-13. Namun, ia mungkin sesuatu di luar jangkaan apabila serangan MCA kali ini mengundang reaksi sebaliknya di ruang internet, menyaksikan bagaimana parti Cina ini dibidas sehabis-habisnya oleh warga internet. Artikel berjudul "Orang Cina Malaysia wajib baca! MCA, Saya nak undi PAS!" ditulis oleh seorang penulis dengan nama samaran "yue" (maksud: bulan), disiarkan oleh seorang rakannya melalui laman sosial Facebook pada jam 2 petang, 4 Oktober 2011. Tulisan ini telah dikongsi oleh kira-kira 1,500 rakan Facebook, dalam masa 48 jam. Meskipun diselit dengan kata-kata kesat yang mencaci MCA, namun tulisan ini sempat mengulas alasannya memperlekehkan MCA dan mengapa PAS dibela. MCA dibidas kerana tunduk dan bersekongkol dengan UMNO; sementera PAS disanjung kerana beberapa langkah yang memperlihatkan "keterbukaannya" terhadap golongan bukan muslim. Bagaimanapun, penulis tidak menunjukkan pendirian untuk menyokong pelaksanaan Hukum Hudud, hanya menyebut ia sebagai matlamat tertinggi PAS, dan realiti politik hanya membenarkan pelaksanaan dasar bersama dalam "Buku Jingga", seandainya Pakatan Rakyat memerintah. Malah, menurut penulis, seandainya masyarakat Cina tidak suka jika Hukum Hudud dilaksanakan, maka tukarlah semula kepada Barisan Nasional dalam PRU ke-14 kelak. Yang berikut adalah terjemahan dan suntingan tulisan berjudul "Orang Cina Malaysia wajib baca! MCA, Saya nak undi PAS!" Saya, sebagai warga Malaysia kaum Cina, tiada Roket mahupun Keadilan bertanding di kawasan pengundian saya, hanya pertembungan terus antara UMNO dengan PAS. Sekarang, secara rasminya saya mengumumkan di sini, bahawa pada PRU yang akan datang, saya akan mengundi PAS! Melihat kepada pemimpin MCA yang haprak berucap menyerang Hukum Hudud Islam dalam perhimpunan agung tahunannya, kononnya mempertahankan kepelbagaian budaya Malaysia, saya teringin nak berkata, MCA, pergi mampuslah! XXX, saya sebagai orang Cina di Malaysia, sekarang saya ingin berkata kepada MCA, pada pilihan raya umum yang akan datang, saya pasti akan mengundi PAS! Malas saya nak layan kau! Jangan kata kepada saya penubuhan Negara Islam, akan dipotong tangan dan dipotong kaki, XXX, Malaysia di bawah perintah kau dan UMNO - Teoh Beng Hock pun boleh jatuh dari bangunan! Polis boleh tembak sewenang-wenangnya! Tak kurang tahanan yang mati dalam lokap! Belum sempat kami dipotong tangan dan kaki oleh PAS, mungkin dah mati kena aniaya unit penguatkuasa! XXX, MCA, parti yang haprak, saban hari memfitnah PAS dalam akhbar. Tahukah kau, PAS memperuntukkan tanah untuk 'menyara' sekolah menengah Cina di Kelantan; di Perak, benda yang sama berlaku ketika pemimpin PAS menjadi Menteri Besar. XXX... Dah berapa tahun kau MCA menjadi kerajaan, tapi gagal menginstitusikan peruntukan kepada sekolah Cina, dan sekarang kau suruh kami jangan mengundi PAS, gila! XXX, saya sebagai orang Cina di Malaysia, XXX, satu parti yang besar, dalam perhimpunan agungnya, boleh menggunakan sepenuh masa untuk mengecam idealisme Islam, pada masa yang sama akur secara senyap kepada perkauman sempit UMNO, parti apa yang haprak sebegini? Memang parti haprak yang tidak boleh diselamatkan! Apabila UMNO menyerang, bahawa Cina adalah "pendatang", suruh kami balik ke Tiongsan, PAS yang tampil mempertahankan kita! Apabila UMNO melarang bukan-muslim menggunakan kalimah Allah, PAS yang tampil mempertahankan hak bukan muslim! Apabila UMNO melarang bukan-muslim ke dalam masjid/surau, PAS yang tampil membantah UMNO! Apabila PERKASA yang pro-UMNO menyerang bahawa Pakatan Rakyat mengkhianati Melayu, PAS yang tampil menyanggah mereka! XXX, apa yang kau MCA lakukan? Hanya mampu berkata UMNO tak harus begini, tak patut begitu, kalau betul kau hebat, takkan Cina masih menjadi rakyat kelas kedua? Kalau betul ada tulang belakang, keluarlah kau dari Barisan Nasional-lah, bodoh!" Semakin meluap-luap kemarahan saya... Sekian lama kau MCA makan duit, satu projek PKFZ kau telan RM12.5 bilion, satu Facebook RM1.8 juta, dan wang kopi yang sikit-sikit tu? Kau yang telan wang rakyat! PAS? Pernahkah kau denganr PAS terima rasuah? PAS terkenal dengan bersih dan amanah, 20 tahun memerintah di Kelantan, tiada satu kes rasuah, Menteri Besar duduk dalam rumah kampung, makan nasi lemak! Kau orang senang saja kata kalau menang makan udang galah, masih nak kami undi kau?" MCA, berambuslah kau! Apabila Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan ISA kerana terdesak dengan tekanan rakyat, kau bagaikan anjing, segera bersetuju! XXX, untuk sekian lama kau menyokong akta yang mencabul hak asasi manusia, kini sikap kau berubah dalam sekelip mata? Kau ingat rakyat ni bodoh? Untuk sekian lama, PAS memimpin rakyat untuk berjuang, sama ada perhimpunan anti ISA, BERSIH 1.0 mahupun BERSIH 2.0, PAS berada di baris paling depan untuk menentang kezaliman - menahan gas pemedih mata, menghalang meriam air berkimia! Ketika 9 Julai, UMNO mengecam kami kerana berarak di jalan raya. Pada saat yang paling genting, Unit Amal PAS membuka jalan, kemudian berkata, 'Bagi Cina semua keluar dulu, kita lindung mereka!' XXX, mana kau MCA? Di mana kau sorok ketika itu? Sekarang kau panggil kami jangan undi PAS, mampuslah kau! XXX, dah sekian tahun menjadi kerajaan, Presiden video lucah itu masih berada di atas pentas untuk menggesa agar kerajaan begini, supaya kerajaan begitu... Pernahkah kau anggap diri kau sebagai kerajaan? Kalau kau sendiri tak mampu, tak larat, tukarlah orang! Bodoh! Apa yang paling hebat, Liow Tiong Lai, mencabar DAP untuk keluar dari Pakatan Rakyat. Ketika hukum Islam diluluskan di DUN Kelantan dan Terengganu, ADUN UMNO menyokong dengan mengangkat kedua-dua tangan mereka. Satu undi pun tidak pernah diluluskan DAP. Mengapa tidak kau memimpin MCA untuk keluar dari Barisan Nasional? PAS ingin melaksanakan Hukum Hudud, ini matlamat tertinggi parti mereka. Ia bagaikan Parti Demokratik Progresif di Taiwan yang menuntut kemerdekaan, sudah pasti ia tak jadi, kerana tidak dibenarkan realiti politik. Apatah lagi PAS bersekutu dengan dua parti komponen Pakatan Rakyat, semestinya memerintah berdasarkan Buku Jingga apabila berkuasa - bukan matlamat tertinggi PAS mahupun DAP. Mungkin ada yang akan tanya, bagaimana pula di Kelantan? Saya teringin nak tanya mereka, jikapun terlaksana di Kelantan, apa susahnya? Kau bukannya muslim, apa kena-mengena dengan kau? Lebih-lebih lagi, kau tunggulah sehingga Pakatan Rakyat memperolehi majoriti dua pertiga untuk meminda perlembagaan. Buat masa sekarang, kerajaan pun belum tukar. Kini bertimbun-timbun pengundi hantu, Pakatan Rakyat nak pertahan satu pertiga kerusi pun payah! Ramai lagi Cina bertanya, matilah kalau Pakatan Rakyat memperolehi majoriti dua pertiga. Saya kata XXX, kepala otak kau, kalau Pakatan Rakyat memperolehi dua pertiga, sudah pasti DAP ada 50 kerusi dalamnya. Kalau DAP tidak mengundi untuk sokong, maka tak jadilah pindaan tu. Kemudian lebih ramai Cina tanya, kalau DAP menjadi pengecut, menyokong pelaksanaan Hukum Hudud? Kalau kau tak suka, tukar balik Barisan Nasional-lah! Takkan tiada lagi pilihan raya selepas pertukaran kerajaan pada PRU akan datang? Kan pilihan raya memberi peluang kepada kita untuk tukar kerajaan apabila kita tidak setuju dengan dasar kerajaan yang sedia ada? Sesetengah Cina bodoh betul, saya terus terang di sini. Seandainya pada PRU akan datang, kami menyokong satu kerajaan yang sudah lama korup dan mencabul hak asasi manusia, hanya kerana takut kepada Hukum Hudud yang langsung tak pernah wujud, maka saya perlu kata, benar orang Cina ni hina. Nasib orang Cina dan rakyat akan tergadai pada tangan sendiri! Sedarlah orang Cina, jangan lagi ditipu MCA! Hanya apabila kami mengundi Roket, Keadilan dan Bulan, bersatu menukar kerajaan yang haprak ini untuk memperbaiki nasib orang Cina di tanahair ini. Seandainya kamu mencintai bangsa kau, seandainya kamu mencintai rakyat kau, seandainya kau mencintai negara kau, berkongsilah tulisan ini dengan setiap orang kawanmu. PRU yang akan datang, kami bernyanyi bersama "Bulan lambang hatiku" (lagu Cina terkenal)! *Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia |
Waspada: DVD Hina Nabi & Islam Beradar Di Pasaran Posted: 07 Oct 2011 08:21 AM PDT Johor Bharu: Siri lengkap cakera padat digital (DVD) selama 15 jam bertajuk 'Perjalanan Purba' mengisahkan hidup nabi dipercayai dihasilkan di Timur Tengah dalam Bahasa Arab, dikhuatiri boleh memesongkan akidah umat Islam negara ini berikutan ia melakonkan semula pengalaman dilalui pesuruh Allah ketika berdakwah. Siri lengkap dengan sari kata bahasa Inggeris itu dipercayai menjalani penggambaran di Maghribi, Palestin dan Jordan, sekitar 2003 hingga 2006, dikatakan sudah berada di negara ini melalui pengedarnya yang dipercayai beroperasi di Kuala Lumpur. Lebih mengejutkan, orang ramai boleh menonton sedutan filem itu melalui Internet yang menggambarkan kisah hidup dan dugaan ditempuh nabi dimaksudkan. Antara tajuk siri itu termasuk Adam and Hawa (Dibalik Pintu Tertutup), Ishaak dan Yacoub (Dua Brothers), Nabi Nuh dan Bencana, Nabi Ibrahim (Janji) Nabi Yusuf (Sang Pemimpi), Nabi Musa (40 Tahun Kemudian), Nabi Daoud (Seorang Raja Warrior), Nabi Elia (Nabi Api) dan Nabi Samu'eel (Resah Satu). Dalam siri Adam and Hawa, ia melakonkan watak Nabi Adam dan isterinya, Hawa dihalau dari syurga selepas memakan buah 'Khuldi' yang dilarang Allah, namun tetap dilakukan hasil hasutan syaitan. Mereka kemudian digambarkan sampai ke dunia melalui sebuah pintu sebelum pintu itu ditutup, menyebabkan kedua-duanya kekal hingga dikurniakan anak. Manakala siri Nabi Nuh dan Bencana menggambarkan usaha Nabi Nuh membina bahtera bagi menghadapi banjir selepas mendapat alamat daripada Allah. Bagaimanapun, baginda mendapat tentangan daripada anak serta isteri yang menganggap perkara itu tidak masuk akal dan mengarut. Mengulas kewujudan siri berkenaan, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadut berkata, perkara itu dianggap satu penghinaan kepada rasul dan nabi serta umat Islam amnya, berikutan nabi dan rasul manusia istimewa di sisi Allah, insan kamil dan maksum serta tidak dicatatkan dosa dan terlalu bersih. Kerana itu, katanya, jika watak mereka dilakonkan ia seolah-olah berlaku penghinaan kepada batang tubuh, identiti, sahsiah nabi dan rasul itu sendiri kerana pemegang watak itu insan biasa. Beliau menyatakan kekesalannya kerana tindakan itu dianggap memperdagangkan nabi dan tidak patut berlaku. "Nabi utusan sempurna yang menyampaikan wahyu kepada umat Islam dan tidak boleh disamakan dengan manusia biasa dengan apa cara sekalipun. Lakonan dibuat mungkin tidak tepat daripada segi penyampaian sejarah dan fakta kerana nabi ciptaan Allah yang terpuji. "Perkara boleh dipertikaikan pemegang watak itu sendiri, adakah dia seorang Islam sedangkan Muslim ditegah berlakon sebagai seorang nabi, ditambah lagi tahap keimanannya tidak boleh disamakan dengan mana-mana nabi atau rasul. "Ini boleh jejaskan akidah umat Islam kerana risau ada perkara ditokok tambah atau dikurangkan untuk menyedapkan jalan cerita," katanya. -hm |
Dasyat: Polis Gunakan 262 Kanister Gas Pemedih Mata Semasa BERS✔H 2.0 Posted: 07 Oct 2011 06:30 AM PDT PKR: Serangan gas pemedih mata keterlaluan Jumlah 262 kanister gas pemedih mata yang digunakan untuk menyuraikan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu adalah tidak seimbang dengan keperluan sebenar untuk memantau demonstrasi aman, kata naib presiden PKR, N Surendran. "Tidak boleh dinafikan, bukti-bukti menerusi video dan gambar menunjukkan perhimpunan tersebut adalah aman," katanya. Surendran yang juga seorang aktvis hak asasi manusia, berkata jumlah kelongsong gas pemedih mata yang begitu banyak menunjukkan bahawa pihak polis melepaskan tembakan sewenang-wenangnya dengan tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat dan menghukum mereka yang menyertai perhimpunan itu. Katanya, ini tidak sepatutnya berlaku kerana rakyat semata-mata menyatakan hak mereka untuk berhimpun mengikut Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Disusuli cubaan kerajaan untuk memburuk-burukkan imej BERSIH 2.0, Surendran berkata polis juga telah disalahgunakan untuk memenuhi agenda BN. "Polis digunakan bagi memastikan kegagalan perhimpunan tersebut dan meranapkan pergerakan BERSIH yang menuntut supaya pilihan raya yang adil dan bebas di adakan di negara ini. "Ini adalah penyalahgunaan kuasa yang jelas untuk melanjutkan agenda politik sempit BN untuk terus berkuasa," katanya. 262 Gas Pemedih Mata untuk Bersih 2.0 |
Akta Kerja Diluluskan Walaupun Dibantah MTUC: Bukti Kerajaan Tak Dengar Suara Rakyat Posted: 07 Oct 2011 05:45 AM PDT Akta Kerja: Dewan Rakyat lulus, MTUC putus tindakan susulan Isnin Meskipun dibantah keras oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) selain mengadakan piket di kawasan Parlimen Isnin lalu, Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2010 diluluskan selepas melalui sesi perbahasan lebih lima jam. Pagi tadi, MTUC mengadakan pertemuan dengan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam dan menggesa agar pindaan Akta Kerja ditarik balik dan ditangguhkan. Bagaimanapun kementerian bertegas mahu meneruskan bacaan kali kedua di Parlimen sehingga mengejutkan sebahagian besar kepimpinan MTUC. Rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua oleh Dr Subramaniam petang tadi, lapor Bernama Online. The Malaysian Insider difahamkan jawatankuasa kerja MTUC akan bertemu esok sebelum mesyuarat majlis am petang Isnin ini. "Mesyuarat majlis am akan memutuskan tindakan susulan... apa tindakan yang perlu diambil, hanya majlis am merupakan badan tertinggi MTUC," kata Naib Presiden A Subramaniam ketika dihubungi The Malaysian Insider. Kementerian Sumber Manusia berkata pindaan akta itu akan membolehkan pemantauan dan pengawalan agensi pembekal tenaga buruh yang lebih sistematik, terutama di kawasan terpencil. Selain itu, kementerian juga akan mempunyai rekod komprehensif pekerja bagi memudahkan urusan pemantauan. Semasa menggulung perbahasan rang undang-undang tersebut, Dr Subramaniam berkata pendaftaran subkontraktor dengan kementerian juga dapat memastikan penyumberan luaran tidak menjadi satu budaya dalam sektor pekerjaaan. "Lesen penyumberan luaran sebelum ini di bawah kuasa Kementerian Dalam Negeri... sekarang dah beku, tiada lesen baru... dengan pindaan akta ini, subkontraktor pencari pekerja perlu daftar dahulu dengan kementerian bagi memastikan perlindungan dapat diberi kepada pekerja," katanya. Pengenalan peraturan berkenaan gangguan seksual pula, Dr Subramaniam berkata adalah untuk mengawal dari segi perhubungan antara majikan dan pekerja. Isu pendaftaran agensi pembekal tenaga buruh hangat dibahaskan oleh Ahli Parlimen pembangkang yang mahu ia terus dihapuskan dan pengambilan pekerja serta kebajikan mereka diuruskan secara langsung oleh majikan. Antara wakil pembangkang yang membangkitkan isu tersebut adalah Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kuala Langat), M.Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) dan (PSM-Sungai Siput). Isnin lalu, Dr Subramaniam berkata bacaan kali kedua rang undang-undang itu tetap diteruskan pada sesi Dewan Rakyat kali ini walaupun ditentang MTUC. Dr Subramaniam berkata pindaan akta itu akan membolehkan pemantauan dan pengawalan agensi pembekal tenaga buruh yang lebih sistematik, terutama di kawasan terpencil. Rang undang-undang itu dibentangkan bagi bacaan kali pertama pada sesi Parlimen 8 Julai 2010, namun ditarik balik pada sesi Parlimen 12 Oktober 2010 bagi mengambil kira pandangan saat akhir daripada pelbagai pihak termasuk MTUC mengenai pentakrifan subkontraktor untuk tenaga kerja kepada kontraktor bagi tenaga kerja di bawah Seksyen 2 Akta Kerja 1955. "Kita dah bincang perkara ini sudah 18 kali, bukan sekali dua dan pandangan mereka diterima, sekarang di saat-saat akhir mereka membuat demikian (piket), tapi niat kita ialah untuk memberi perlindungan kepada pekerja bukan untuk buka ruang 'outsourcing' seperti yang dituduh mereka," katanya. Ulasan GB Kementerian Sumber Manusia teruskan juga Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) dan melawan aspirasi MTUC. Bagus! Itu tanda BN tak hiraukan suara rakyat. Itu juga petanda keruntuhan BN di dalam PRU akan datang. Yang jelas lebih ramai kaum pekerja akan tolak BN. |
Intipati Bajet 2012: Ada Apa Pada Bajet 2012? [updated] Posted: 07 Oct 2011 05:26 AM PDT Intipati BAJET 2012 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan Belanjawan 2012, belanjawan yang kedua di bawah tempoh pelan pembangunan lima tahun Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10). Dewan Rakyat dijadual mula membahaskan Belanjawan 2012 minggu depan. Jumlah bajet - RM232.8 bilion Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion * Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia adalah paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion. * Kerajaan jangka pertumbuhan ekonomi terus mantap - antara 5 dan 5.5 peratus tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan. * Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012. * Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi 2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada 2009 kepada 5.6 peratus pada 2010. Peruntukan rancakkan pembangunan Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek, iaitu lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju. Kereta hibrid Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013. RM1 bilion untuk sekolah Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah. RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan. Manakala M100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara. Felda Peneroka Felda akan terima "durian runtuh". Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012. Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global. RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih. Yuran sekolah Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan. Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan. Pencen 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus. Kakitangan awam Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus. Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320 Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun. Polis RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan. Keluarga tentera RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang. Subsidi Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen. Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen. Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50 Tepung - harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35 Skim rumah pertama Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000. Skim Amanah Rakyat 1Malaysia Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100 ribu isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun. Subsidi rumah Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat. Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini. Teksi persendirian Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan. Pengecualian bayaran balik duti eksais dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik. Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian. Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan. Perlindungan kepada gelandangan Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur. Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250 dengan Anjung Singgah. Simpanan persaraan - KWSP Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP. Pinjaman TEKUN Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta. Penjawat Awam Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011. Meringankan Kos Sara Hidup Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos; Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara. Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara. Rancangan Tebatan Banjir Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit. Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan. Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah. Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat. -mk Elaun baru Ahli Parlimen Ahli Parlimen akan diberi elaun baru bermula 1 Januari 2012 selepas jumlahnya dipersetujui semua pihak. Warga Emas Semua warganegara berumur 60 tahun ke atas tidak perlu lagi membayar caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik kesihatan. Mereka juga akan diberi diskaun 50 peratus tambang LRT dan Monorel Intipati Belanjawan 2012 Ulasan GB Bajet Pilihanraya. Tiada apa yang signifikan sangat kecuali: Felda nak disenaraikan di BSKL. Seorang penganalisis berpendapat: Yang menyedihkan pengurusan Felda dan warga peneroka adalah perkara ini tidak dibincangkan secara menyeluruh terdahulu dan keputusan ini menampakkan Felda benar-benar kesusutan dana sedangkan Felda tidak memerlukan sebarang dana hasil dari penyenaraian tersebut. "Pihak yang bakal untung besar tentulah CIMB (milik Nazir Razak -adik Najib) yang menikmati hasil jutaan ringgit seperti hasil menyenaraikan syarikat gula MSM milik Felda sebelum ini serta syarikat kroni Isa dan Najib yang berusaha memiliki perniagaan-perniagaan Felda yang selama ini sangat menguntungkan walaupun tidak disenaraikan dalam bursa," Bonus Penjawat Awam Harapan Cuepacs dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) masing-masing memohon kerajaan memberi bonus dua bulan tidak kesampaian. Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan saja diberikan kepada penjawat awam di hujung tahun nanti. Ulasan lain akan menyusul |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan