Rabu, 5 Oktober 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Skandal Stadium Terengganu, Wang Rakyat Terbuang Ke Laut Cina Selatan

Posted: 05 Oct 2011 12:53 AM PDT

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin telah siap dibina pada tahun 2008 menjelang berlangsungnya sukan SUKMA yang diadakan di negeri Terengganu.

Projek 'kebangaan' kerajaan negeri di bawah kepimpinan Umno/BN ini pada mulanya di jangka siap pada tahun 2007 dengan kos asal projek berjumlah RM191 juta.

Namun akibat daripada berlakunya kelewatan siapnya projek ini lebih dari setahun, kosnya telah melambung naik kepada lebih RM 292 juta.

Projek mega ini telah di serahkan perlaksanaannya kepada tiga 'kontraktor kroni' utama iaitu Bina Struktur, Emarcon dan Genggam Mercu Sdn Bhd. Manakala pembekal utama bumbung stadium berbentuk 'space frame' ini adalah syarikat Sowon Pte Ltd dari Korea Selatan.

Namun pada 2 Jun 2009 suatu tragedi yang amat memalukan seluruh rakyat Terengganu telah berlaku. Pada jam 9.40 pagi, sebahagian daripada bumbung utama stadium kebangaan ini telah runtuh.

Mujurlah tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku dalam insiden ini tetapi terdapat beberapa kenderaan yang rosak teruk akibat daripada keruntuhan itu. Semasa kejadian, projek ini masih lagi dalam tempoh tanggungan kecacatan' dan pihak kontraktor yang sedang melaksanakan kerja-kerja membaiki kecacatan.

Pada 15 Jun 2009, satu Jawatankuasa Khas Penyiasatan telah ditubuhkan oleh Kementerian Kerjaraya (JKR) untuk menyiasat punca berlakunya keruntuhan bumbung stadium ini. Hasil dari penyiasatan yang telah dijalankan ini taklimat telah diberikan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di bawah Parlimen Malaysia.

Antara faktor yang telah dikenalpasti oleh pihak JKR semasa taklimat kepada PAC adalah empat punca utama iaitu;

* Rekabentuk yang tidak memadai; perekabentuk gagal untuk mengambilkira pertimbangnan yang secukupnya terhadap keadaan penyokong kepada struktur bumbung.
* Bumbung tidak dibina dengan sempurna menyebabkan berlaku salah jajaran kepada geometri
* Kawalan kualiti tidak dilaksanakan di tapak.
* Bahan dan kualiti hasilkerja (workmanship) tidak memenuhi spesifikasi yang telah ditentukan. Mutu pembuatan komponen keluli didapati tidak baik dan tidak memenuhi spesifikasi yang ditentukan.


Isu runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan ini adalah amat mendukacitakan serta memalukan seluruh rakyat Terengganu.

Walaupun kerajaan negeri telah berbelanja ratusan juta, kini telah lebih dua tahun stadium ini tidak dapat digunakan langsung. Manakala kerja-kerja baikpulih tidak berjalan lancar seperti yang di jangkakan.

Ramai kalangan rakyat Terengganu yang tertanya-tanya bilakah baikpulih stadium ini akan disiapkan? Dan siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab terhadap keruntuhan yang memalukan ini?

Dan pihak manakah yang akan menanggung kos baikpulih ini? Dan berapakah pula kos sebenar baikpulik stadium ini yang bernilai hampir RM300 juta ini?

Skandal besar yang memalukan ini perlu kepada penjelasan telus dari pihak kerajaan Terengganu khususnya di bawah kepimpinan Datuk Seri Ahmad Said (kiri) sebagai menteri besar. Beliau tidak boleh menutup 'sebelah mata' dengan menyalahkan 'kontraktor kroni' kepimpinan yang lalu di bawah Datuk Seri Idris Jusuh (atas, kanan) semata-mata.

Menurut Ahmad Said, tambahan kos kepada penyelengaraan pembaikan stadium ini adalah di tanggung oleh tiga kontraktor utama yang bertanggungjawab. Kini persoalan besar yang timbul adalah apakah keseluruhan struktur stadium ini selamat untuk digunakan?

Dan berapakah tanggungan kerajaan negeri dalam baikpulih yang sedang berjalan ini?

Amat malang nasib rakyat di negeri Darul Iman ini.

Negeri yang kaya raya ini berhadapan dengan pelbagai skandal, salah-urus dan masalah kepimpinan yang amat lemah. Rakyat terpaksa menanggung bebanan masalah stadium yang runtuh, kolam renang yang bocor, stesen bas yang runtuh bumbungnya serta projek-projek pembaziran seperti zoo di Kemaman, subsidi 'atap biru', penberian air zam-zam dan buah kurma, yang semuanya melibatkan pembaziran dan kerugian ratusan juta ringgit.

Ya... RM300 juta yang di belanjakan untuk Stadium Sultan Mizan ini berkemungkinan besar akan terbuang ke Laut Cina Selatan sahaja... dan penyu terpaksa menangis lagi di negeri Ganu kite ini.

Penulis (Dr Syed AzmanSyed Ahmad) adalah penolong setiausaha Agung PAS dan juga ADUN Batu Buruk, Terengganu.

Pemuda PR Berhimpun Di Rembau Esok Hadapi Gangster UMNO Yang Menyamar Perkasa

Posted: 04 Oct 2011 11:29 PM PDT

Dua minggu lepas Majlis Mesra Aidilfitri anjuran PAS Cawangan Ampangan, dekat Seremban telah di serang ala 'gangster' oleh Pemuda Umno yang menyamar sebagai ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin berkata, jelas tindakan mereka berhimpun secara haram dan melakukan gaduh gempar tempat awam serta mengganggu program yang mendapat permit polis adalah salah.

"Ternyata polis gagal melindungi orang awam apabila ada anggota polis yang dari awal berada ditempat kejadian gagal bertindak," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, sekurang-kurangnya dua orang awam yang hadir majlis tersebut cedera dan berdarah. Satu laporan polis telah dibuat dua hari selepas kejadian.

Badrul Hisham @ CheguBard memberitahu identiti pihak yang terlibat telah pun didedahkan namun sehingga kini seperti tidak ada sebarang tindakan.

"Malah timbul pula persoalan adakah senyapnya pasukan polis ini ada kaitan juga dengan Majlis Jamuan Aidilfitri tajaan Umno yang diadakan dalam premis PDRM (Polis DiRaja Malaysia) yang ditaja oleh Umno Seremban, selepas kejadian tersebut.

Beliau berharap polis bertindak profesional dan yakin polis juga tidak suka dengan tindakan samseng Umno yang jelas tidak menghormati pasukan keselamatan dan undang-undang negara tetapi mereka tersepit dengan tekanan daripada pihak 'atasan'
.

"Kita minta polis bertindak secara profesional khususnya kepimpinan polis di Negeri Sembilan serta beliau amat kesal dengan tindakan menekan dan menghina polis negeri ini oleh mereka yang berkuasa.

"Kita juga memohon orang ramai untuk bersama-sama memberi sokongan kepada polis bagi bertindak profesional dan tidak tunduk dengan tekanan atasan semata-mata.

Ujar CheguBard, "Pemuda Umno berkelakuan sombong dan bongkak serta merasakan polis boleh diperkudakan memandangkan Perkasa Negeri Sembilan secara terbuka memberi amaran kepada Mohamad @ Mat Sabu supaya jangan masuk ke negeri itu.

Menurut beliau, Pakatan Rakyat Rembau akan mengadakan satu majlis Ceramah Perdana bersama Mat Sabu esok, 6 Oktober jam 9 malam di Kg. Pulau Bintongan, Rembau. -FMT

SAH!!! UMNO berlindung dibalik PERKASAM serang ceramah Mat Sabu





[Bergambar & Video] Loji Kimia AS Terbakar, Apa Khabar Lynas?

Posted: 04 Oct 2011 09:22 PM PDT

Dallas - Satu kejadian kebakaran besar di sebuah loji kimia di selatan Dallas menyebabkan asap tebal kelihatan sehingga memaksa ratusan penduduk di bandar Waxahachie dipindahkan kelmarin, kata beberapa pegawai bomba.

Kebakaran di Loji Kimia Magnablend Inc. itu berlaku kira-kira pada pukul 11 pagi dan merebak dengan cepat.

Ketua Bomba Waxahachie, David Hudgins memberitahu wartawan kelmarin, 80 peratus daripada kebakaran itu berjaya dikawal.

Asap daripada kebakaran itu boleh dilihat dari jarak jauh tetapi tiada seorang pun yang mengalami kecederaan.

Sebahagian daripada mereka yang dipindahkan telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada petang kelmarin, jelas seorang jurucakap bandar Waxahachie, Amy Hollywood.

Loji tersebut menghasilkan pelbagai bahan kimia yang digunakan dalam pertanian, pengeluaran minyak, pembersihan perdagangan dan perindustrian serta rawatan air. - Reuters












Ulasan GB

Itu Allah tunjukkan lagi jika pembela Lynas masih berdegil. Mana itu pakar nuklear yang "menjamin" bahawa logi kimia selamat?

Bukalah mata seluas-luasnya!

RM9 Juta Untuk Sewa Pesawat Bawa PM Tahun Ini

Posted: 04 Oct 2011 07:05 PM PDT

Jumlah kos penyewaan sebuah pesawat Airbus A319 yang digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu percutiannya di Perth, Australia pada Hari Kemerdekaan, tahun ini berjumlah RM9.1 juta.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kekerapan penggunaan pesawat itu adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara.

Katanya, kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta itu meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat.

Nazri juga mendedahkan pesawat itu disewa daripada Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) itu bermula 3 Ogos 2007 lagi untuk kegunaan pemimpin terpenting di dalam kerajaan termasuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri.

Nurul melalui soalannya meminta kerajaan menjelaskan siapa pemilik pesawat yang digunakan oleh Najib sewaktu percutiannya di Perth, Australia serta kekerapan penggunaannya dan kos yang telah dibelanjakan.

Nazri juga memberitahu bagi tempoh Januari sehingga Ogos 2011, kekerapan penggunaan pesawat adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara.

Berikutan maklumat daripada pembaca, Malaysiakini melaporkan seorang pegawai perdana menteri telah mengesahkan bahawa Najib sedang bercuti pada Hari Merdeka, 31 Ogos lalu tetapi enggan mendedahkan butirannya.

Bagaimanapun, tiada juga pengumuman rasmi bahawa perdana menteri sedang bercuti seperti yang lazim dilakukan oleh pejabatnya.

Berita itu kemudiannya disahkan bahawa Najib memang berada di Perth bagi mendapat rawatan fisioterapi berikutan pembedahan di lututnya dan juga untuk bercuti.

Ia kemudiannya menimbulkan persoalan sama ada adil atau tidak bagi seseorang perdana menteri untuk bercuti dengan menggunakan dana kerajaan dan kapalterbang milik negara.

Kapalterbang Penerbangan Malaysia Bhd (PMB) itu adalah dimiliki sepenuhnya oleh badan pelaburan kerajaan persekutuan Khazanah Nasional Bhd.

Sebelum ini, Dewan Rakyat tahun lalu juga dimaklumkan bahawa Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin membelanjakan RM21.4 juta wang rakyat bagi pelbagai lawatan di luar negara sejak 2008. -mk

Ulasan GB

Berjuta wang rakyat digunakan untuk menyewa pesawat bagi membawa PM.

Dan ada diantara lawatan-lawatan itu dicampur-aduk dengan lawatan-lawatan peribadi bersama isterinya seperti ke Kazashtan dan Australia. Penyalah-gunaan kuasa yang terlalu nyata.

Tidak mengapalah jika beliau masih terus bersikap demikian.

Allah itu Maha Kaya. Najib tidak boleh mengawal semua.

Ada perkara yang dia tidak boleh kawal. Misalnya soal keselamatan di udara.

Ingat, helikopter yang membawa TPM, Muhyiddin hampir terhempas di Sabah satu ketika.

Apakah pesawat yang membawa Najib tidak boleh berlaku kejadian sedemikian? Ingatlah kamu wahai Najib. Ini peringatan dari rakyat Malaysia!

Sahih! Polis Langgar SOP Tembak Gas Ke Hospital Tung Shin

Posted: 04 Oct 2011 06:20 PM PDT

Bersih 2.0: Polis langgar SOP sasar Hospital Tung Shin, umum KDN

KUALA LUMPUR, 4 Okt — Siasatan Kementerian Kesihatan mengesahkan polis telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan bertindak secara tidak beretika ketika hendak meleraikan perhimpunan Bersih 2.0 di kawasan Hospital Tung Shin di sini, 9 Julai lalu.

Perkara itu disahkan oleh Kementerian Dalam Negeri malam tadi.

Pertengahan Julai lalu, Kementerian Kesihatan memutuskan untuk mengadakan satu jawatankuasa inkuiri tahap tinggi bagi menyiasat insiden pihak polis menyasarkan Hospital Tung Shin ekoran kritikan dan kecaman banyak pihak.

Jawatankuasa itu diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Kamarul Zaman Md Isa.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata anggota polis yang didapati bersalah akan dirujuk kepada lembaga disiplin Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mahmood berkata, Kementerian Dalam Negeri mengambil maklum hasil laporan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Siasatan Dalaman Peringkat Tertinggi, Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai insiden gas pemedih mata dan meriam air ditembak ke dalam kawasan Hospital Tung Shin pada 9 Julai lalu.

"Keputusan siasatan mendapati bahawa memang wujud tindakan tidak beretika dan di luar daripada garis panduan operasi polis oleh kakitangan PDRM ketika tindakan penguatkuasaan dilakukan dalam menangani ahli perhimpunan yang secara salah mempergunakan premis hospital tersebut," kata beliau.

Mahmood menambah, laporan itu antara lain menyebut bahawa berlaku semburan air oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat parkir kenderaan bertingkat dan pintu masuk utama hospital itu.

"Bagaimanapun, tindakan ini adalah semata-mata bertujuan untuk menyuraikan kelompok penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di dalam kawasan hospital," kata beliau lagi.

Mahmood juga berkata laporan itu menunjukan bahawa berlaku tembakan gas pemedih mata dari arah premis Waz Lian oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat letak kereta awam yang terletak di luar kawasan hospital, dan bagaimanapun, dakwaan yang menyatakan berlakunya tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital adalah tidak benar kerana ia berlaku di tempat letak kereta awam yang terletak di luar kawasan hospital berkenaan.

"Berlaku lontaran 'bom asap' oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat parkir kenderaan Hospital Bersalin Cina," kata beliau.

Berhubung insiden lontaran bom asap, kata Mahmood, hasil siasatan mendapati ia bukan berlaku dalam kawasan Hospital Tung Shin tetapi di kawasan Hospital Bersalin Cina di mana dari segi pentadbirannya, adalah berasingan daripada Hospital Bersalin Cina.

"Pihak Hospital Bersalin Cina sebenarnya telah memberhentikan operasinya semenjak September 2006 kerana akan dibuat pengubahsuaian secara makro atau menyeluruh terhadap keseluruhan premisnya yang akan bermula pada bulan Disember 2011," katanya lagi.

Susulan daripada laporan hasil siasatan ini, jelas beliau, Kementerian Dalam Negeri akan merujuk senarai kakitangan berkenaan kepada jawatankuasa tatatertib PDRM untuk pertimbangan dan tindakan selanjutnya.

"Keputusan bagi tindakan ini jelas membuktikan bahawa Kementerian Dalam Negeri mengambil serius etika kerja setiap kakitangan dan tidak berkompromi untuk tindakan tatatertib jika ada antara mereka terbukti melanggar garis panduan kerja ditetapkan," kata beliau lagi.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika menubuhkan jawatankuasa itu berkata beliau percaya langkah itu akan memperjelaskan pelbagai kenyataan yang bercanggah, yang dibuat pelbagai.

"Pada 11 Julai lalu, lembaga Hospital Tung Shin memaklumkan menteri bahawa tiada gas pemedih mata dan air berasid dilepaskan ke arah kawasan hospital," kata Liow ketika itu.

"Pelbagai saksi yang melihat mendakwa keadaan sebaliknya," kata beliau.

Justeru kata Liow, beliau percaya jawatankuasa tersebut akan mengadakan satu proses siasatan mendalam dan secara telus, yang menurutnya sangat penting dan perlu memandangkan keselamatan pesakit dan hospital adalah penting.

Tony Pua, setiausaha publisiti DAP kebangsaan pula pernah meminta kerajaan pusat memohon maaf secara terbuka kepada Hospital Tung Shin kerana melepaskan air berasid dan gas pemedih mata dalam menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0.

Pua mendakwa kerajaan cuba menutup kesalahan polis dan oleh itu, tidak berguna bagi kerajaan untuk terus menafikan apa yang telah berlaku.

"Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar), Menteri Kesihatan dan Presiden MCA (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek) harus dengan segera meminta maaf kepada Hospital Tung Shin kerana melanggar wilayahnya dan kepada semua rakyat Malaysia kerana cuba menutup kesalahan pasukan polis," kata beliau.

Sekumpulan 11 doktor pula menegaskan mereka bersedia untuk menyediakan afidavit berkanun untuk mengatakan bahawa pihak polis ada melepaskan air berasid dan gas pemedih mata ke atas kawasan Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina.

Mereka yang berkata berada di lokasi ketika kejadian menegaskan, mereka kecewa dengan tindakan polis itu tanpa mempedulikan keselamatan pesakit dan doktor. -TMI

Waspada: Merbahaya Memakan Buah-buahan Yang Diperam Dengan Gas Carbide

Posted: 04 Oct 2011 04:40 PM PDT

Buah diperam dengan gas carbide tidak selamat Oleh SM Mohamed Idris

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihati pengguna supaya tidak memakan buah-buahan yang diperam dengan menggunakan gas carbide kerana terdapat maklumat yang cukup mengenai bahayanya kepada kesihatan.

Calcium carbide mempunyai ciri-ciri penyebab kanser dan boleh mengakibatkan gangguan saraf. Ia boleh menyebabkan bunyi berdesing dalam telinga, kebas dan penyakit saraf periferal.

Jika wanita hamil memakan buah yang telah diperam bersama carbide, ada kemungkinan bayi yang akan lahir berkeadaan cacat.

Adalah tidak wajar Kementerian Kesihatan mengatakan bahawa buah-buahan yang diperam dengan menggunakan carbide selamat untuk dimakan sebelum menjalankan siasatan.

Sekadar menyebut bahawa amalan yang sama dilakukan di negara-negara lain bukan bermakna ia selamat.


Di India, kerajaan telah mengharamkan penggunaannya di bawah Akta Pencegahan Pencemaran Makanan, dan terdapat beberapa laporan media bahawa buah-buahan yang diperam dengan menggunakan gas carbide telah dirampas dan dimusnahkan.

Dalam keadaan biasa, buah-buahan akan masak hasil tindak balas hormon ethylene yang dihasilkan secara semula jadi dalam buah.

Tetapi penggunaan calcium carbide mengeluarkan gas acetylene yang mudah meruap dan meletup walaupun pada kepekatan yang rendah berbanding ethylene.

Kementerian Kesihatan perlu menyedari bahawa khasiat makanan dalam buah-buahan akan berkurang apabila ia masak ranum secara tiruan.

Buah-buahan yang menjadi ranum dengan menggunakan gas carbide akan mengalami tindak balas kimia yang berbeza berbanding buah-buahan yang ranum secara semula jadi.

Ketika buah ranum secara semula jadi, perubahan biokimia akan berlaku misalnya penyusutan klorofil, biosintesis karotenoid (antioksidan, penambah sistem imun, bahan pencegah kanser), antosianin (antioksidan yang kuat), essential oils, dan komponen perisa serta aroma.

Tetapi kesemua perubahan kimia yang menyihatkan dan menambah mutu buah-buahan ini tidak berlaku jika buah ranum secara tiruan.

Dengan mengatakan penggunaan gas carbide untuk meranum buah-buahan sebagai amalan yang selamat, Kementerian Kesihatan seolah-olah menggalakkan penggunaan lebih banyak bahan kimia dalam makanan yang sebaliknya boleh memudaratkan kesihatan pengguna.

Saiful Pendusta. Anwar Bukan Idolanya Kerana Sebenarnya Saiful Benci Kepada Anwar

Posted: 04 Oct 2011 09:52 AM PDT

Kredibiliti saksi utama Saiful Bukhari Adzlan terus dipertikai apabila bekas rakan universitinya menyatakan bahawa beliau membenci Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Pilihan Raya Umum 2008.

Perkara itu bertentangan dengan pengakuan Saiful sebelum ini yang menyatakan Ketua Umum itu sebagai pemimpin idolanya. Dia (Saiful) membenci Anwar.

Saya terkejut mengapa dia bekerja dengan Anwar, kerana dia membenci beliau (Anwar) kata Mohd Najwan Ali yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi hari ini Najwan yang dibawa peguambela dalam perbicaraan kes fitnah liwat kedua memberitahu bahawa beliau mengenali Saiful sejak tahun 2003 ketika menuntut di Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

Katanya Saiful adalah seorang individu yang bergiat aktif dalam program Baktisiswa di Uniten dan mempunyai sifat kepimpinan.

Najwan berkata beliau pernah melihat gambar Saiful di laman rangkaian sosial Friendster bersama-sama dengan pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) termasuk Syed Hamid Albar, Mustapa Mohamed dan Azalina Said Othman.

Malah jelasnya, beliau turut pernah bertemu dengan Saiful di ceramah politik termasuk mendakwa berkempen untuk parti Barisan Nasional.

Pada tahun 2008, Saiful meletakkan (status) bahawa dia adalah penyokong BN dan mengisytiharkan bahawa Anwar adalah munafik," kata Najwan di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Dia ketika di soal Sankara Nair.

Najwan yang kini bertugas sebagai pegawai khas kepada pejabat penasihat ekkonomi negeri Selangor berkata Saiful sentiasa dikenali sebagai penyokong pro-Barisan Nasional sewaktu di universiti.

Beliau kemudian berkata terkejut apabila mengetahui Saiful diterima sebagai pekerja di pejabat Anwar pada tahun 2008 walhal telah memberi amaran kepada Ketua Pembangkang itu tentang personaliti pengadu.

Saya memberi amaran kepada Anwar kerana saya fikir Saiful tidak sesuai untuk bekerja untuknya," kata beliau apabila diperiksa balas oleh pendakwa membawa Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Najwan kemudian bertegas menyatakan kepada pendakwaraya bahawa kenyataan beliau bukan spekulasi. Hakim Zabidin kemudian menangguhkan perbicaraan pada jam 9 pagi esok.



Tahniah Pakatan Rakyat Kerana Pembentangan Bajet Alternatif 2012!

Posted: 04 Oct 2011 08:40 AM PDT

Pakatan Rakyat Kemuka Bajet RM220 bilion, jimat RM14 bilion daripada BN.

KUALA LUMPUR 4 OKTOBER: Suri rumah, golongan kelas bawahan dan warga emas bakal mendapat perhatian istimewa di dalam bajet Pakatan Rakyat 2012 yang dilancarkan empat hari sebelum kerajaan Barisan Nasional yang akan membentangkan belajawan mereka sendiri.

Menerusi Bajet mereka, yang bertemakan " Kesejahteraan Untuk Semua", Pakatan juga berjanji akan memecahkan monopoli-monopoli di dalam sektor-sektor kritikal negara seperti penjanaan kuasa, pembuatan beras dan pemberian lesen teksi.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Belanjawan 2012 akan memperuntukan RM220 bilion berasaskan kepada sasaran untuk mengekang defisit pada kadar 4.4% daripada KDNK.

Ia bakal memberi penjimatan RM 14 bilion daripada kadar yang sekarang dibelanjakan oleh Barisan Nasional.

"Keupayaan Pakatan Rakyat menghasilkan sebuah belanjawan menyeluruh yang berlandaskan semangat reformasi rakyat adalah bukti mercu tanda kematangan dan kesediaan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan persekutuan yang baru," katanya ditaklimat Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat di Parlimen hari ini

Kita yakin melalui pengurusan wang negara yang lebih berhemah, telus, bertanggungjawab dan berkesan, jumlah RM220 bilion ini akan memberi 20% nilai tambah kepada rakyat, berbanding apa yang dibelanjakan oleh Barisan Nasional selama ini.

"Belanjawan Pakatan Rakyat akan mengekalkan peruntukan subsidi sebanyak RM22 bilion dengan mengambil kira unjuran harga minyak mentah terkini.

Pakatan akan memberi bonus warga emas sebanyak RM1,000 setahun kepada mereka yang layak, berdasarkan pendapatan kurang dari RM18,000 setahun.

Manakala suri rumah yang layak bakal menerima RM1,000 untuk mengurangkan bebanan keluarga dan menggalakkan mereka menabung melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Belanjawan Pakatan Rakyat juga akan menggunapakai mekanisme penetapan gaji minima sebanyak RM1,100 untuk diangkat dan dikuatkuasakan seperti mana yang dijanjikan dalam Buku Jingga.

"Pengenalan gaji minima dijangka akan memanfaatkan 300,000 orang kakitangan awam yang berada di bawah RM1,100",ujar Anwar.

Anwar berkata Pakatan berhasrat mangalihkan sumber kekayaan negara dari golongan mahakaya kepada program khusus untuk mengurangkan bebanan rakyat.

Selain itu, tumpuan khusus juga akan diberikan untuk menambahbaik sistem penyampaian subsidi agar ia sampai terus kepada rakyat yang memerlukan, bukannya ditadbir dan tersekat di pertengahan akibat monopoli yang diberikan kepada syarikat tertentu.

"Penghapusan subsidi korporat yang selama ini menguntungkan golongan mahakaya dan kroni mereka seperti pemilik-pemilik penjana bebas (IPP), monopoli beras oleh BERNAS, monopoli lesen teksi oleh golongan berkepentingan dan lain-lain." -tvsnews

Anwar: Bajet alternatif bantu rakyat tersepit

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bajet alternatif Pakatan Rakyat yang dibentangkannya hari ini bertujuan membantu rakyat "mengharungi suasana ekonomi yang semakin menghimpit."

Katanya, bajet berkenaan juga akan menumpukan usaha untuk mengurangkan defisit kepada 4.4 peratus berbanding kadar 6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini.

Anwar berkata, Pakatan memperuntukkan RM220 bilion kepada sasaran berkenaan yang melibatkan penjimatan perbelanjaan sebanyak RM4 bilion dari kadar yang dibelanjakan BN.

"(Namun) kita yakin melalui pengurusan wang negara yang lebih berhemah, telus, bertanggungjawab dan berkesan, jumlah RM220 bilion ini akan memberi 20 peratus nilai tambah kepada rakyat, berbanding apa yang dibelanjakan BN selama ini," katanya.

Antara lain, bajet berkenaan turut menyasarkan untuk mengurangkan kuasa perdana menteri, kata Anwar lagi ketika mendedahkan bajet berkenaan hari ini.

"Pakatan dengan itu bercadang untuk memotong belanjawan perdana menteri sebanyak RM10 bilion," katanya.

Selain itu, Pakatan juga akan memperkenalkan dasar untuk menghentikan kecenderungan dan amalan menggunapakai tenaga perunding dalam membuat keputusan kerajaan.

RM4.4 bilion baiki sistem pendidikan

Tindakan berkenaan bertujuan mengembalikan peruntukan berkenaan kepada kementerian berkaitan dan mengurangkan kecenderungan perbelanjaan berlebihan oleh perdana menteri, katanya lagi.

Selain itu, bajet berkenaan menggariskan bantuan "untuk mengalihkan sumber kekayaan negara dari golongan mahakaya kepada program khusus untuk mengurangkan bebanan rakyat", antaranya dengan:

1) Mengekalkan subsidi RM22 bilion dengan mengambil kira unjuran harga minyak mentah terkini bagi mengelakkan sebarang kenaikan harga bahan api.

2) Menghapus subsidi korporat seperti kepada pemilik penjana tenaga bebas, monopoli beras oleh Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) serta monopoli lesen teksi oleh golongan berkepentingan.

3) Bayaran bonus kepada warga emas dijangka menelan balanja RM1.7 bilion setahun.

4) Bayaran kepada suri rumah sebanyak RM1,000, membabitkan peruntukan RM2 bilion.

5) Bayaran tambahan kepada keluarga kategori miskin tegar supaya dapat memastikan pendapatan sekurang-kurangnya sebanyak RM550 sebulan.

6) Menyelaras bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada RM550 sebulan.

Selain itu, bajet berkenaan juga menggariskan RM4.4 bilion untuk memperbaiki sistem pendidikan, termasuk elaun khas guru (RM500 sebulan) dan juga gaji minimum untuk kakitangan awam sebanyak RM1,100.

Beliau mendedahkan sebahagian daripada intipati bajet bertemakan "Kesejahteraan Untuk Semua" itu kepada petugas media dan ahli parlimen pembangkang di bangunan parlimen hari ini. -mk




Ulasan GB

Ramai juga yang bertanyakan kepada GB, apa perlunya Pakatan Rakyat membentangkan Belanjawan 2012 sedangkan PR bukan parti pemerintah.

Soalan mereka, apa yang boleh PR lakukan dengan ketiadaan kuasa dan sumber bagi melaksanakan belanjawan berkenaan?

Tun Dr Mahathir awal-awal secara sinis sudah menyindir "bajet alternatif Pakatan ibarat poket kosong".

Bagi GB, pembentangan Bajet PR kali pertama ini adalah satu langkah ke hadapan di dalam arus politik negara. Ia bererti pakatan Rakyat sudah bersedia pada bila-bila masa untuk dinobatkan sebagai kerajaan Malaysia menggantikan BN.

PR sudah melakukan homeworknya untuk memenuhi ciri sebagai kerajaan pengganti. Dan apabila persediaan itu sudah ada, bererti realitinya menjadi semakin nyata.

Sekalipun masih banyak lagi perkara yang perlu PR lakukan, namun sejarah pembentangan Bajet Alternatif ini adalah titik tolak awal untuk sebuah kerajaan baru yang bakal menduduki Putrajaya.

BN mungkin masih terlena dengan sindrom penafian, menidakkan kemampuan PR dan menganggapnya ia sebagai hanya satu angan-angan. Namun dari satu pilihanraya ke satu pilihanraya membuktikan ia bukan angan-angan, tetapi hakikat yang jelas dan nyata bahawa BN sedang di ambang keruntuhan dan Tuhan akan menamatkan rejim BN tidak berapa lama lagi.

Tahniah kepada semua yang bekerja keras menghasilkan Bajet Alternatif 2012 yang nampaknya lebih ke hadapan dan lebih berkebajikan kepada rakyat.

"Transformasi Kerajaan Dari BN ke PR Berjaya, Rakyat Bahagia"

PAS Bantah Isa Samad Lantik Diri Sendiri Sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan FELDA

Posted: 04 Oct 2011 07:43 AM PDT

Naib presiden PAS, Salehuddin Ayub hari ini menyatakan PAS memandang serius tindakan pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad melantik dirinya sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) dalam satu mesyuarat lembaga penghujung Ramadhan lalu.

Perlantikan ini bertentangan dengan akta kecil koperasi Malaysia kerana perlantikan itu sepatutnya dibuat dalam mesyuarat agung dan bukannya dalam mesyuarat lembaga, ujarnya di dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Apa yang memalukan ialah Isa bukannya ahli koperasi tersebut, bahkan juga tidak layak untuk menjadi ahlinya kerana dia bukannya peneroka atau pun kakitangan Felda, kata Salehuddin.

Lebih tragis lagi apabila Isa melantik dirinya sebagai pengerusi ketika pengerusi yang ada Datuk Dzulkifli Wahab tidak ada iaitu sedang menunaikan umrah di Makkah.

KPF sebagai sebuah koperasi cemerlang di negara ini di bawah kepimpinan Datuk Dzul tidak wajar di rampas oleh Isa atas sekeping surat dari Perdana Menteri itu.

Salehuddin bercadang untuk membawa isu ini ke dalam sessi Parlimen ini demi kepentingan peneroka dan kakitangan Felda seluruh negara kerana kita bimbang Isa dan Najib mempunyai agenda tersendiri dalam KPF ini.

Peneroka juga bantah Isa rampas KPF

KUALA LUMPUR, 4 Okt: Langkah Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad mencalunkan dirinya sendiri sebagai Pengerusi Permodalan Felda Berhad (KPF) bukan sahaja mendapat bantahan dari kakitangan Felda bahkan juga para peneroka.

Kini berita usaha 'rampasan kuasa' itu tersebar luas dan menjadi buah mulut para peneroka Felda.

Rata-rata mereka menunggu apa sikap rasmi Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan kerana turut serta dalam mesyuarat 'rampasan kuasa' itu adalah pengerusinya, Shamsuddin Othman.

Menjelang hari raya Aidil Fitri lepas, Tan Sri Isa Samad telah memanggil satu mesyuarat Lembaga Pengarah KPF dan melantik dirinya sebagai Pengerusi KPF yang baru.

Cadangan itu berdasarkan satu surat sokongan dari Perdana Menteri yang mencadangkan beliau menjadi Pengerusi KPF.

Cadangan itu mendapat sokongan dari Felda Holding, Datuk Sabri Ahmad.

Yang tragisnya bagi warga Felda, pengambilalihan ini dibuat ketika pemegang jawatan itu, Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahad tidak ada.

Ketika itu, Dzulkifli sedang menunaikan umrah di Makkah dan hanya pulang ke tanahair pada hari keempat Aidilfitri.

Bagi warga Felda, Datuk Dzulkifli adalah pemimpin terbaik Felda yang mereka temui.

Atas dasar itulah, mereka berpandangan, ini adalah satu rampasan kuasa.

Menurut sumber, beberapa ahli mesyuarat itu membantah cadangan itu kerana Isa bukan ahli koperasi dan tidak boleh menjadi ahlinya.

"Hanya peneroka dan kakitangan Felda sahaja boleh menjadi ahli KPF. Isa hanya dilantik untuk jangka waktu tertentu sahaja dan bukan kakitangan.

"Jadi dia tidak layak jadi ahli. Bagaimana dia hendak jadi pengerusi kalau jadi ahli pun tidak layak.

"Jadi perlantikan ini bertentangan dengan undang-undang kecil koperasi, bagaimana ia hendak disokong," kata seorang kakitangan Felda yang menghubungi Harakahdaily.

KPF adalah sumber kewangan utama bagi kakitangan dan peneroka Felda selain gaji dan pendapatan mereka sebagai peneroka.

Tahun lalu, KPF memberikan dividen sebanyak 15 peratus kepada ahlinya dan dipilih antara 10 koperasi cemerlang di negara ini apabila menerima Anugerah Koperasi Cemerlang (Kluster Besar) 2011.

"Isa ini mempunyai rekod tidak baik sebelum ini. Itu yang kita bimbang tu. Ramai yang menunggu apa yang dia nak cadangkan kepada KPF yang dikatakan nak tranformasikan KPF itu," kata sumber itu.

Menurut sumber itu, Isa dikatakan diminta oleh Perdana Menteri untuk mentranformasikan KPF kepada peringkat yang lebih tinggi lagi.

"Kita setuju tranformasi tu, takkan nak tahap ni je kan. Tetapi kenapa Isa. Satu lagi apa salahnya dengan Datuk Dzul (Dzulkifli Wahad, Pengerusi KPF sekarang).

"Sepanjang pimpinannya, KPF tidak pernah rugi bahkan berjaya memberikan dividen hingga 15 peratus tahun lalu.

"Lagipun KPF ini milik peneroka, bukan orang politik, kenapa kacau," kata sumber itu lagi.

Bagi beliau, apa yang dibimbangi adalah, ini adalah satu rampasan kuasa dari orang politik untuk menguasai kewangan KPF untuk kepentingan mereka.

"Jangan terkejut kalau selepas ini Isa juga akan ambil alih sebagai pengurus Felda United, pasukan bola yang ditubuhkan Felda," kata beliau lagi. -hd


Pecat & Dakwa Segera Hakim Yang Memplagiat Itu

Posted: 04 Oct 2011 07:13 AM PDT

Plagiat keputusan: Pakatan mahu rujuk hakim ke tribunal

Ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini memfailkan notis kepada Dewan Rakyat untuk mengemukakan usul bagi merujuk seorang hakim Makamah Rayuan (nama tidak disiarkan) ke tribunal kehakiman.

Usul berkenaan adalah untuk menggesa perdana menteri menggunakan kuasa mengikut Perkara 125(3) Perlembagaan Persekutuan untuk merujuk hakim itu ke satu tribunal yang ditubuhkan di bawah perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh berkata, hakim itu perlu dirujuk ke tribunal berkenaan atas dakwaan memplagiat satu keputusan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Singapura.

Beliau didakwa memplagiat sebahagian daripada satu keputusan yang disampaikan Hakim Mahkamah Tinggi GP Selvam, kata Karpal.

Menurut Karpal yang juga pengerusi DAP, beliau sendiri telah menulis kepada hakim kanan itu pada 29 September dan memberi beliau masa selama tujuh hari untuk menjawab dakwaan berkenaan.

Katanya lagi, dakwaan tersebut merupakan sesuatu yang serius dan melanggar salah laku hakim.

Seorang hakim boleh menggunakan keputusan duluan oleh hakim lain, kata Karpal lagi.

"Tetapi dia kena beri penghargaaan (memetik penghakiman itu), jika tidak ia satu plagiarisme," katanya pada sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Namun, menurut Karpal, memandangkan tiada jawapan diterima, maka ia dianggap terjumlah kepada pengakuan terhadap dakwaan tersebut, menurut sepucuk surat ahli parlimen itu yang dihantar kepada setiausaha Dewan Rakyat hari ini.

Keputusan yang didakwa telah diplagiat pada tahun 2000 itu adalah berhubung satu kes melibatkan undang-undang hakcipta. -mk

Ulasan GB

Ini satu jenayah serius. Bagaimana boleh seorang hakim bertindak memplagiat keputusan hakim lain dari negara lain di dalam mengadili kes yang dia sepatutnya melakukan pengadilan secara serius di dalam menegakkan kebenaran dan keadilan?

Lebih memalukan ialah beliau adalah seorang hakim di Mahkamah Rayuan.

Apakah ini standard dan darjat hakim-hakim yang ada di Istana Keadilan negara?

Seorang pelajar pun jika ditangkap memplagiat hasil kerja orang lain, belaiu akan diberikan markah kosong, malah tindakan disiplin diambil menghlangnya menduduki peperiksaan / menyerah tugasan untuk beberapa tahun. Inikan pula seorang "hakim". Binatang punya manusia!

Dahulu pernah Suruhanjaya Diraja Siasatan Kes Lingam, seorang hakim bernama Mokhtar Sidin yang bersikap durjana menggunakan sepenuhnya apa yang ditulis oleh peguam VK Lingam dalam penghakiman rasmi hakim berkenaan.

GB pernah ulas sebelum ini. Petikan:

Rakyat begitu terkejut apabila di dapati terdapat hakim yang sedia melacurkan dirinya kepada golongan mafia dan kapitalis sehingakan mereka sanggup membuat keputusan sesuatu kes dengan mengikut telunjuk golongan mafia tersebut, malah di dalam kes yang ekstrem telah membaca skrip yang disediakan oleh mafia terebut. Petikan dari berita sebelum ini:

Jayanthi berkata beliau "masih ingat dengan jelas" bagaimana Lingam membaca draf penghakiman tersebut dari nota-nota tulisan tangan, manakala seorang lagi kakitangan, J Sumanti menaipnya.

"Lingam kemudiannya membuat pembetulan dengan menggunakan pen dakwat merah. Sumanti kemudiannya membuat pembetulan tersebut dan membuat satu salinan penghakiman tersebut dalam disket untuk diserahkan kepada Mokhtar.

"Saya kemudiannya mendapati penghakiman yang disediakan oleh Lingam itu digunakan sepenuhnya dalam penghakiman rasmi hakim berkenaan," katanya.

Justeru itu rakyat mengutuk keras hakim yang membelakangkan profession mereka tersebut seperti Hakim Mokhtar Sidin yang jelas adalah hakim yang telah mengkhianati profession dan rakyat seluruhnya. Semuga Allah membalas perbuatan jijik dan jelek mereka dengan balasan yang setimpal lantaran pengkhianatan tersebut.


Dan yang perlu dipersalahkan di dalam hal ini adalah KERAJAAN yang sedia ada iaitu UMNO/BN yang BEGITU LEMAH untuk memantau institusi kehakiman sehingga terlacur sedemikian rupa.

Justeru itu kami mengajak dan menyeru rakyat MENOLAK kerajaan yang ternyata korup ini yang telah menghasilkan jabatan-jabaan dan insitusi-institusi yang sama korupnya dengan mereka
.


Kasihannya... Budak 3 Tahun Cedera Diserang Beruk

Posted: 04 Oct 2011 05:15 AM PDT

Lembah Beriah – Ketika sedang leka bermain, seorang kanak-kanak di sini, tiba-tiba diserang seekor beruk dipercayai milik jirannya dalam satu kejadian baru-baru ini.

Kejadian itu mengakibatkan Nurul Iman Abdullah, 3, cedera parah di bahagian belakang badan setelah di serang seekor beruk di halaman rumahnya di Penempatan Penduduk Rakyat Termiskin (PPRT) Lembah Beriah, Bukit Merah, di sini.

Datuknya, Rosli Adom, 45, berkata, beruk itu dikatakan berang dan mengamuk secara tiba-tiba sebelum menyerang cucunya yang leka bermain.

Menurutnya, beruk yang tidak ditambat itu telah menggigit bahagian belakang badan Nurul sehingga menyebabkan luka parah.

"Nurul kehilangan banyak darah dan hampir pengsan, saya segera membawanya ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut," katanya.

Katanya, dia telah membuat laporan polis untuk siasatan lanjut berhubung kes itu supaya kejadian sama tidak berulang ke atas kanak-kanak lain.

Pemilik haiwan nafi dakwaan

Sementara itu, pemilik haiwan itu, Yahya Abdullah, 56, atau lebih dikenali sebagai Pakya Ular menafikan dakwaan yang mengatakan beruk yang menyerang anak jirannya itu adalah beruk peliharaannya.

Beliau yang juga pemain ular terkenal di daerah Kerian berkata, dia mempunyai dua ekor beruk betina yang telah didaftar dan diluluskan lesen pemeliharaannya

"Selain itu, kedua-dua beruk saya ini sentiasa di rantai di bawah pokok besar bersebelahan rumah.

"Cuma beberapa hari sebelum kejadian berlaku, beruk betina ini sering didekati oleh seekor beruk jantan liar yang mencari pasangan," katanya.

Amaran tak diendah

Yahya berkata, sudah beberapa kali dia cuba menasihati dan memberi amaran kepada anak-anak jiran supaya jangan mengganggu beruk itu apatah lagi mendekatinya kerana khuatir beruk berkenaan akan bertindak agresif.

"Sebelum kejadian, saya sudah merancang membina sebuah perangkap khas bagi menangkap beruk jantan liar yang sering menghampiri beruk betina saya kerana khuatir menimbulkan kecederaan penduduk.

"Namun amaran saya tidak di endahkan kanak-kanak ini selain gemar melemparkan batu dan buah sawit ke arah beruk-beruk ini, padahnya mereka di serang," katanya.

Berjaya tangkap beruk liar

Tambahnya turut bersimpati kerana ketika kejadian berlaku dia masih di Hospital Taiping untuk mendapatkan rawatan termasuk mencuci luka lama akibat dipatuk ular tedung selar kira-kira tiga minggu lalu.

"Selepas pulang saya dengar ada anak jiran diserang beruk jantan liar itu sehingga cedera parah dan pengsan di dalam kereta sebelum tiba di Hospital Taiping.

"Saya nekad menangkap beruk jantan liar ini supaya tidak ada lagi anak jiran yang dicederakannya," katanya.

Katanya, kini beruk jantan itu sudah berjaya di perangkap dan di dalam simpanannya dengan harapan tiada lagi kes serangan beruk terjadi terhadap anak-anak jirannnya selepas ini.

Usaha Pakya patut dipuji

Sementara itu, Ketua Kampung Bukit Merah, Mohamad Nor Hassan berkata, sebelum ini Pakya tidak pernah melepaskan beruk peliharaannya yang digunakan untuk membantu memanjat pokok kelapa.

"Mengikut cerita, beruk jantan yang liar itu datang ke kawasan beruk betina peliharaan Pakya untuk mencari pasangan namun, bertindak agresif apabila mendapati kanak-kanak semakin galak membaling batu dan buah sawit ke arah pasangan beruk itu.

"Kita bersimpati ke atas nasib yang menimpa adik Nurul, bagaimanapun usaha Pakya menangkap beruk jantan yang liar itu perlu diberi pujian kerana dia sendiri terpaksa berhadapan dengan risiko diserang," katanya.

Siasat kejadian diserang beruk

Manakala, Adun Semanggol, Ramli Tusin sempat meluangkan masa menziarahi adik Nurul yang cedera diserang beruk dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, 26 September lalu.

Ramli berkata, pihaknya berharap pihak terlibat menyiasat perkara itu dan jika perlu ambil tindakan kepada pemilik beruk berkenaan agar dapat menjadi peringatan untuk lebih berhati-hati termasuk menambat binatang peliharaan tersebut.

"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku lagi selepas ini dan berharap pemilik haiwan ini mengambil iktibar di atas apa yang telah berlaku," katanya. -sh

Cincin RM24 Juta Wujud, Tapi Tak Dibeli Sesiapa? Nazri Cuba Membodohkan Rakyat!

Posted: 04 Oct 2011 03:24 AM PDT

Kastam sahkan cincin RM24 juta wujud

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesahkan cincin berlian RM24 juta yang didakwa dibeli isteri perdana menteri Rosmah Mansor benar-benar wujud.

Bagaimanapun, dalam jawapan bertulis kepada ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, tiada pembelian dibuat terhadapnya.

"Dalam isu yang dibangkitkan ini, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah merujuk kepada JKDM, dan pihak JKDM telah mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut.

"Setelah beberapa hari cincin tersebut dikembalikan semula kepada syarikat pemunya cincin berkenaan," katanya.

Dalam soalannya, Lim meminta perdana menteri menyatakan status siasatan polis, SPRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap dakwaan pembelian cincin bernama 'Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond'.

Isu itu didedahkan bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin Julai lalu yang mendakwa mempunyai bukti kemasukan cincin itu menerusi rekod kastam.

Dakwanya, rekod itu menunjukkan nama Rosmah dimuatkan dalam ruang penerima dalam borang pelanggan, yang didakwanya bukti menunjukkan pembabitan isteri Datuk Seri Najib Razak itu.

Badrul Hisham yang juga pengerusi NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melaporkannya kepada SPRM pada 13 Julai lalu.

Rosmah bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan menyifatkannya sebagai fitnah dan tidak mahu melayannya selepas dua minggu ia ditimbulkan.

Cincin 'Rosmah' sudah dipulangkan dalam beberapa hari, kata Nazri

KUALA LUMPUR, 4 Okt — Datuk Seri Nazri Aziz mengesahkan tiada pembelian cincin bernilai AS$24 juta oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor sebagaimana didakwa oleh beberapa blog sebelum ini.

Sebaliknya, Dewan Rakyat diberitahu bahawa ia telah dipulangkan ke premis asal dalam beberapa hari selepas ia tiba di Malaysia.

Dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut), Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Kastam Diraja Malaysia mengesahkan bahawa cincin itu telah dikembalikan beberapa hari kemudian kepada syarikat miliknya.

Ogos lalu, Perdana Menteri dalam temu bual dengan akhbar Kompas telah menafikan isterinya ada membeli cincin berlian yang nilainya berjuta-juta ringgit.

Akhbar Kompas telah memohon maaf kepada Najib atas laporannya, disiarkan pada 4 Ogos lalu, tetapi misteri kekal mengapa cincin dari Jacob & Co New York dialamatkan kepada Rosmah.

Persoalan timbul sama ada nama Rosmah (gambar) telah digunakan dengan pengetahuan beliau ataupun sebaliknya oleh elemen-elemen jenayah.

Rosmah dalam satu kenyataan pada akhir Julai lalu telah menyifatkan tuduhan itu sebagai satu fitnah.

Dalam kenyataan pertama sejak isu pembelian cincin muncul, Rosmah menyifatkan dakwaan yang mengaitkannya sebagai satu fitnah dan beliau menegaskan tiada masa mahu melayan perkara itu.

Rosmah berkata, sebagai isteri Perdana Menteri beliau lebih senang memberi tumpuan terhadap perkara lebih berfaedah, terutama dalam hal dan agenda pembangunan rakyat daripada melayan isu tidak relevan.

"Tak ada apa yang saya nak cakap sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (pemblog) saja hendak cakap (tuduh)," kata beliau.

Ekoran kemunculan isu itu, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) awal Julai lalu. -TMI


Ulasan GB

Jika tak dipesan oleh sesiapa bagaimana cincin itu boleh tiba ke negara ini?

Dah terbongkar, pandai pulak Rosmah menafikan sedangkan namanya tercatat jelas di skrin komputer yang memaparkan pembelian itu.


Bukankah itu ketara sangat nak memperbodohkan rakyat?

Dan Menteri di JPM, Nazri Aziz itu sentiasa saja menjadi orang suruhan peribadi kepada Najib dan Rosmah? Berapa Najib bayar untuk kerja-kerja penutupan skandal sebegini?

Tiada ulasan: