jiwo kelate |
Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya Posted: 26 Oct 2011 09:17 PM PDT Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya Dewan Rakyat pada 3 Oktober 2011 telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya bagi mengkaji perkara-perkara berkaitan proses pilihan raya Malaysia. Jawatankuasa ini adalah berkuat kuasa selama enam bulan dari tarikh penubuhannya. Tanggungjawab, peranan dan tugas Jawatankuasa ini adalah mengkaji perkara perkara yang akan memperkukuhkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mengkaji proses pilihan raya yang bebas dan adil. Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut hendaklah akan menyiapkan dan membentangkan laporan itu serta syor-syor yang berkaitan untuk diserahkan kepada Majlis untuk dipersetujukan atau mengikut apa cara yang diperintahkan oleh Majlis. Ahli – Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya: YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili YB Dato' Seri Mohd Radzi bin Sheikh Ahmad YB Tan Sri Dr. Fong Chan Onn YB Datuk Alexander Nanta Linggi YB Tuan Kamalanathan a/l Panchanathan YB Tuan Mohamed Azmin bin Ali YB Tuan Loke Siew Fook YB Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli YB Tuan Wee Choo Keong Akta-akta dan Peraturan-peraturan pilihan raya boleh didapati di laman web ini Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya boleh diajukan kepada Urus setia Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat, Aras 6, Bangunan Parlimen Malaysia (Telefon: 03-26017489 Encik Che Seman bin Pa Chik, 03-26017199 Encik Amisyahrizan bin Amir Khan, 03-26017181 Encik Mohd Ikram bin Rahimi) dan boleh diakses melalui laman web Parlimen di http://www.parlimen.gov.my Jawatankuasa Pilihan Khas ini ingin mempelawa wakil-wakil pertubuhan-pertubuhan / persatuan-persatuan yang berdaftar dan individu untuk mengemukakan cadangan-cadangan atau syor-syor mengenai proses pilihan raya di Malaysia. Sebarang cadangan hendaklah dikemukakan seberapa segera ke alamat seperti berikut: Setiausaha Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, Parlimen Malaysia, Bangunan Parlimen atau melalui portal MyIdeas di http://www.myideas.my Jadual tarikh-tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas ini menemui wakil-wakil pertubuhan-pertubuhan / persatuan-persatuan yang berdaftar dan individu adalah seperti berikut: 11 & 12 November 2011 (Jumaat & Sabtu) 9.30 pagi 25 & 26 November 2011 (Jumaat & Sabtu) 9.30 pagi 8 & 9 Disember 2011 (Khamis & Jumaat) 9.30 pagi 15 & 16 Disember 2011 (Khamis & Jumaat) 9.30 pagi 7 & 8 Januari 2012 (Sabtu & Ahad) 9.30 pagi 12 & 13 Januari 2012 (Khamis & Jumaat) 9.30 pagi |
You are subscribed to email updates from jiwo kelate To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan