Khamis, 6 Oktober 2011

Era Pasca

Era Pasca


HUDUD KEJAM KEPADA WANITA!

Posted: 06 Oct 2011 12:57 AM PDT

Ini di kata oleh SIS...

Baca lagi di (MiloSuam)


[N/C-1] Bersama-sama Baginda sertai Churp-Churp. setiap pendaftaran akan di bayar 20-40 sen. (KLIK dan Daftar)
[N/C-2] Castrol Auto Service centre bagi I-Pad! Sini untuk tuntut I-Pad anda!

[N/C-3] Cipta Permainan anda sendiri di MILO! 10 000 menanti kepada pemenang!



SYABAS JANGAN MAIN POLITIK

Posted: 05 Oct 2011 11:09 PM PDT


SAYA sebagai penduduk Selangor ingin menyokong kenyataan Setiausaha Agung FOMCA, Mohammad Shaani Abdullah, yang meminta supaya tiada percangahan kenyataan berkaitan dengan bekalan air di Selangor.(Rujuk laporan Sinar Harian 26 September 2011)

Bagi saya, SYABAS sepatutnya menjelaskan mengapa LUAS (Lembaga Urus Air Selangor) yang bertanggungjawab terhadap bekalan air mentah mendapati bekalan air mencukupi bagi Lembah Kelang?

SYABAS juga harus menjelaskan mengapa mereka masih berdegil dengan kenyataan awal mereka yang menyatakan bekalan air di Lembah Kelang terancam.

Setahu kami rakyat Selangor ini, SYABAS cuma bertanggungjawab di atas pembersihan dan pensulingan air sahaja. Hal ehwal bekalan air terletak di bawah kuasa LUAS. Maka, LUAS lebih mengetahui keadaan sebenar bekalan air di Selangor dan Lembah Kelang berbanding SYABAS.

Amat dikesali pihak SYABAS cuba bermain politik dengan isu bekalan air di Selangor dan Lembah Klang.

Sudah menjadi maklumat umum, SYABAS adalah syarikat yang dikuasai oleh mereka-mereka yang pro kepada UMNO.

Kenyataan SYABAS yang terbaru ini jelas berbau politik dan mahu memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor serta MB Selangor.

Bagi saya rakyat Selangor, kenyataan dari LUAS sudah cukup untuk memberikan saya rasa tenang terhadap keadaan bekalan air di masa hadapan.

RAKYAT SELANGOR PRIHATIN (Surat Pembaca)



[N/C-1] Bersama-sama Baginda sertai Churp-Churp. setiap pendaftaran akan di bayar 20-40 sen. (KLIK dan Daftar) [N/C-2] Castrol Auto Service centre bagi I-Pad! Sini untuk tuntut I-Pad anda! [N/C-3] Cipta Permainan anda sendiri di MILO! 10 000 menanti kepada pemenang!



HARGA MINYAK TERUS TURUN.. NAJIB NAK UMUM WAKTU BUDGET KE?

Posted: 05 Oct 2011 05:58 PM PDT

HARI INI TPM KATA MALAYSIA DI JAJAH PULA!!

Posted: 05 Oct 2011 05:05 AM PDT

Muhyiddin akui Zainal Kling Bohong?

"Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," kata sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling pada 9 September lalu.

Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.

"Dinaungi tidak sama dengan kolonial... Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

Dan hari ini...

TPM akui Malaysia pernah dijajah

Timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menolak pandangan pakar sejarah bahawa Malaysia tidak pernah dijajah.

Muhyiddin berkata, pendirian kerajaan adalah demikian walaupun sebelum ini didebatkan bahawa negara masih ditadbir oleh sultan, dengan nasihat British.

"Sebabnya kita tahu bahawa kita dijajah. Dalam sejarah dulu residen British atau penasihat pada waktu itu beri nasihat kepada raja.

"Dan dalam konteks ini, nasihat pesuruhjaya atau residen itu perlu diterima.

"Bermakna walaupun ada (sultan) itu tetapi dia tidak bebas, dia terpaksa mengikut apa yang dianjurkan pihak (British).

"Atas dasar itulah kita kata kita harus berjuang untuk memerdekakan negara," katanya ketika menjawab satu soalan tambahan daripada Azmin Ali (PKR-Gombak) di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya lagi atas sebab itu, isu yang mencetus kontroversi sebelum ini, tidak harus didebatkan dengan lebih panjang lebar.

Malaysiakini


[N/C-1] Bersama-sama Baginda sertai Churp-Churp. setiap pendaftaran akan di bayar 20-40 sen. (KLIK dan Daftar) [N/C-2] Castrol Auto Service centre bagi I-Pad! Sini untuk tuntut I-Pad anda! [N/C-3] Cipta Permainan anda sendiri di MILO! 10 000 menanti kepada pemenang!

Tiada ulasan: