DUNIACACAMARBA |
- [Berita Baik] Penawar Kanser Tahap Lewat Kini di Malaysia
- "Adik-beradik" DICEKUP Khalwat
- Kumpulan Penentang Kebumi Jenazah Gaddafi yang Mula Mereput
- Remaja 15 Tahun Hamil ANgkara Abang Berahi-Lahanat
- RTM Mohon Maaf Siar Kartun Menggambarkan Nabi Nuh AS
[Berita Baik] Penawar Kanser Tahap Lewat Kini di Malaysia Posted: 25 Oct 2011 02:00 AM PDT Saya petik: [Bernama] KUALA LUMPUR: Terdapat harapan baru untuk pesakit kanser di Malaysia. Sebuah vaksin yang terkenal bagi merawat kanser tahap lewat hampir semua jenis kanser kecuali leukemia kini diperolehi di negara ini. Vaksin Human Initiated Therapeutic Vaccine (HITV), yang hanya didapati di Jepun sebelum ini, mampu memusnahkan sarang sel mikroskop dan kecil, sekali gus mencegah sebarang serangan kanser berulang. Vaksin tersebut ditemui pada 2005 oleh pakar perubatan dan penyelidik Jepun, Dr Kenichiro Hasumi dan HITV merupakan imunoterapi yang menghasilkan sel aktif pesakit sendiri bagi metastatik atau pesakit tahap lewat kanser. Ia berdasarkan imunologi yang dihasilkan secara semula jadi oleh sistem keimunan manusia dan kemampuan mudah suai bagi memerangi penyakit. Dr Hasumi, pengasas dan pengerusi Yayasan Penyelidikan Antarabangsa Hasumi di Amerika Syarikat, telah mengabdikan lebih 40 tahun hidupnya untuk mencari penawar kepada penyakit kanser. Bercakap pada sidang media di sini Isnin, Dr Hasumi berkata terapi itu bersama kombinasi radioterapi amat berkesan bagi pesakit yang menderita kanser tahap lewat. "Penggunaan TomoTherapy (sejenis terapi radiasi) adalah penting dalam protokol ini. Ia boleh mensasar dengan tepat kanser tumor dalam satu sapuan manakala mengurangkan pendedahan radiasi kepada tisu-tisu sekitarnya," katanya. Rawatan itu termasuk tuaian sel imun dari pesakit, mengkulturnya dalam makmal supaya menjadi sel dendrit, sel yang mempunyai cabang-cabang unjuran badan sel dan kemudian memasukkan semula ke badan pesakit menerusi suntikan ke dalam tumor. Rawatan HITV mengambil masa kira-kira tiga minggu dengan 10 hari daripadanya merupakan rawatan sebenar. Selepas rawatan itu, pesakit berkenaan kemudian diperiksa dengan imbasan PET-CT secara berskala bagi memantau rosot kembali kanser. Ketika rawatan itu hanya diperolehi di Jepun, seramai sembilan pesakit Malaysia yang menderita kanser tahap lewat pelbagai jenis kanser mengambil keputusan untuk mencuba rawatan itu. Lima daripada mereka telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan sepenuhnya. Mereka termasuk Goh Sai Wah, 58, seorang bukan perokok yang dikesan menghadapi kanser paru-paru tahap lewat dengan merebak ke bahagian tulang belakang dan tulang pada Mei tahun lepas. Beliau menjalani terapi HITV di Jepun pada 30 Okt tahun lepas dan dalam pemeriksaan susulan enam minggu kemudian, hampir kesemua sel kanser telah hilang. Kini, selepas 365 hari kemudian, wanita itu masih hidup dan sihat. Dr Hasumi berkata oleh kerana kanser tahap lewat adalah tahap yang amat sukar untuk dipulihkan, beliau berharap pada masa depan, terdapat inovasi untuk menyembuhkan kanser tahap awal. Rawatan terapi HITV di Jepun memerlukan kos kira-kira RM200,000 dan sekiranya di Malaysia, ia hanya memerlukan perbelanjaan sebanyak RM150,000. Rawatan terapi itu kini diperolehi di Pusat Perubatan Antarabangsa Mahameru tetapi pengamal perubatan kini sedang rancak mencuba untuk memperkenalkan HITV di semua hospital di Lembah Klang dalam usaha memberi harapan baru kepada pesakit kanser tahap lewat. | |||
"Adik-beradik" DICEKUP Khalwat Posted: 24 Oct 2011 11:00 PM PDT Saya petik: [SH] PETALING JAYA – Lakonan drama sepasang kekasih berusia 26 dan 28 tahun yang menyamar sebagai adik-beradik bagi mengelak dicekup berkhalwat terbongkar apabila wanita itu ketakutan selepas digertak mengenai balasan orang yang berzina ketika di akhirat. Mereka ditahan selepas didapati berdua-duaan di sebuah hotel bajet di Taman Medan dalam operasi cegah maksiat Ahli Jawatankuasa dan Pemuda Masjid Nurul Ehsan dengan kerjasama polis awal pagi semalam. Pasangan itu mengambil kesempatan mengaku sebagai adik-beradik selepas pemeriksaan pada MyKad mendapati kedua-duanya mempunyai nama bapa yang sama namun berbeza alamat tempat tinggalnya. :Pihak masjid yakin sesuatu yang tidak kena berikutan pasangan itu memberi alasan tidur di situ kerana berpindah rumah, malah ketika pintu bilik dibuka si perempuan masih berselimut di atas katil dan hanya memakai pakaian dalam selain mengakui sering melakukan hubungan seks di situ. Dalam serbuan di hotel yang sama juga, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang ditahan bersama kekasihnya merayu meminta dilepaskan atas alasan ibunya mengenali imam yang terlibat dalam operasi. Operasi selama tiga jam itu turut menahan seorang guru wanita menyembunyikan diri di dalam bilik air dengan hanya berkemban selepas menyedari rumahnya diserbu. Ketika ditahan guru terbabit berusia 29 tahun berdua-duaan dengan seorang lelaki berstatus duda berusia 33 tahun di rumah sewa lelaki terbabit. Manakala seorang lagi penjawat awam berusia 25 tahun dicekup selepas disyaki berkhalwat dengan seorang janda berusia 35 tahun, anak tiga di rumah. Imam 1 Masjid Nurul Ehsan, Abdul Muin Abdul Hamid berkata, operasi besar-besaran tersebut akan diteruskan bagi membanteras kegiatan maksiat di kawasan Taman Medan. "Operasi ini adalah susulan daripada aduan dan maklumat daripada penduduk setempat yang merasakan tempat disyaki seperti hotel bajet dan rumah persendirian perlu diberi perhatian agar tidak menjadi lokasi mudah melakukan perbuatan sumbang," katanya kepada Sinar Harian. Kesemua pasangan dibawa ke Balai Polis Petaling Jaya sebelum diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan selanjutnya. | |||
Kumpulan Penentang Kebumi Jenazah Gaddafi yang Mula Mereput Posted: 24 Oct 2011 08:06 PM PDT
Jenazah bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi akan dikebumikan pada upacara ringkas di satu lokasi yang dirahsiakan di padang pasir negara itu, kata pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) semalam. Muammar yang memerintah negara itu selama 42 tahun terbunuh dengan satu kesan tembakan di kepala Khamis lalu. "Dia akan dikebumikan esok (hari ini) dalam majlis yang ringkas dengan dihadiri oleh ulama. Kawasan pengebumian itu terletak di lokasi itu yang dirahsiakan di kawasan gurun terbuka," kata pegawai itu kepada Reuters menerusi telefon. "Tiada persetujuan dicapai antara kumpulan sukunya untuk mengambil jenazah (Muammar)," kata beliau. Ditanya jika anak lelaki Muammar, Mo'tassim akan dikebumikan pada upacara yang sama, pegawai itu berkata: "Ya." P/s: Sampai begitu sekali jasad Muammar dihina dan diseksa oleh kumpulan penentang! | |||
Remaja 15 Tahun Hamil ANgkara Abang Berahi-Lahanat Posted: 24 Oct 2011 06:44 PM PDT Saya petik: [HM] PADANG BESAR: Seorang lelaki bertindak rakus apabila sanggup merogol adik perempuannya sendiri beberapa kali sejak Julai lalu menyebabkannya mengandung. Malah, remaja perempuan berusia 15 tahun itu turut diugut supaya menutup mulut berhubung kegiatan sumbang mahram yang berpunca akibat nafsu buas abangnya berusia 21 tahun. Namun, tindakan kejam abangnya itu terbongkar apabila ibu saudara gadis berkenaan menyedari perubahan ke atas anak saudaranya yang kelihatan seperti orang mengandung pada Sabtu lalu. Difahamkan, mangsa yang tinggal bersama bapa dan suspek yang bekerja sendiri di rumah mereka di Batu 18, Kaki Bukit, di sini, mendakwa dirogol berulang kali sehingga mengandung tiga bulan. Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros berkata, mangsa dipercayai dirogol buat kali pertama oleh abang kandungnya sejak Julai lalu dan perbuatan itu dilakukan berulang kali selepas itu. P/s: Lahanat! | |||
RTM Mohon Maaf Siar Kartun Menggambarkan Nabi Nuh AS Posted: 24 Oct 2011 05:30 PM PDT Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Penyiaran sebuah rancangan kartun terbitan Walt Disney di TV2 yang menggambarkan Nabi Nuh a.s bersama keluarga dan sekumpulan haiwan menyiapkan bahtera bagi menghadapi banjir besar berlaku secara tidak sengaja. Sehubungan itu, pihak RTM khususnya TV2 memohon maaf atas kejadian itu dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang bagi memastikan ia tidak berulang lagi. RTM dalam satu kenyataan turut berharap penonton akan terus memberi maklum balas untuk menambah baik kandungan siaran TV2. Menerusi rancangan kartun slot Mickey Mouse and Friends yang disiarkan kira-kira jam 8.30 pagi semalam, Nabi Nuh digambarkan sebagai seorang lelaki gempal, berjanggut panjang dan botak sedang memegang pelan membuat bahtera. Bahtera itu disiapkan tiga anak lelaki, menantu dan isterinya bersama sekumpulan haiwan yang turut bertindak menggunakan kemahiran masing-masing bagi memudahkan penyiapan kapal besar itu sebelum banjir tiba. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan