Isnin, 10 Oktober 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Isteri TOLAK Seks, Gigit Telinga Suami

Posted: 10 Oct 2011 06:57 AM PDT



Telinga pemandu teksi berusia 61 tahun hampir putus gara-gara digigit oleh isterinya, warganegara Vietnam yang enggan melakukan hubungan seks. Isterinya yang berusia 29 tahun juga memercikkan minyak angin ke dalam matanya serta mengancam untuk memotong kemaluannya sebelum melarikan diri lapor Daily Chilli.

Chin Weng Seng kini mengesyaki bahawa dia dijangkiti  HIV daripada isterinya melalui  gigitan tersebut.

"Dia  mendakwa dirinya HIV positif untuk menghalang saya daripada menyentuhnya," kata Chin.

Semasa tempoh tiga bulan perkahwinan mereka, Chin pernah bermalam di sebuah stesen minyak berhampiran apabila wanita itu tidak membenarkannya masuk ke rumah.

"Saya memilihnya kerana dialah yang paling cantik dalam katalog yang ditunjukkan oleh agensi," katanya.

Chin menghabiskan wang simpanan KWSP sebanyak  RM18 000 untuk mendapatkan isterinya itu. Namun, yang tinggal kini hanyalah anak patung kepunyaan wanita itu ketika meluah nasibnya pada sidang akhbar di Pusat Aduan MCA di Kuala Lumpur.

Datuk Michael Chong berkata beliau akan mengaturkan pertemuan dengan wanita Vietnam itu serta wakil agensi untuk mendengar cerita sebelah mereka.

"Kita akan menyiasat sebab wanita itu melayan suaminya dengan cara ini dan cuba untuk mendapatkan wangnya daripada agensi semula," kata Chong, sambil menambah agensi itu mungkin menjadi sebahagian daripada sindiket yang bekerja dengan "pengantin baru" untuk menipu orang-orang. -DCM



[Wajib Baca] Wanita, Anda Mahu Payu Dara yang Lebih Besar TANPA Pembedahan? Baca!

Posted: 10 Oct 2011 02:30 AM PDT


Seorang pengamal perubatan tradisional Thailand mendakwa dia boleh menambahkan saiz payu dara wanita sebanyak dua inci dengan hanya MENAMPAR kedua-dua aset berharga wanita itu. Rawatan menampar payu dara mengambil masa antara enam - sepuluh minit untuk satu sesi yang melibatkan teknik menguli, mengurut, dan menampar bahagian payu dara.
 

Khemmikka Na Songkla, 44, (gambar) pengamal tunggal berlesen kaedah tersebut di Thailand memberitahu Bangkok Post bahawa rawatan tersebut membantu lemak beralih  dari satu kawasan ke kawasan lain dan mengalihkan lebihan lemak ke arah dada.
 

Lebih dikenal dalam kalangan pelanggan sebagai Khunying Tobnom,  Khemmikka  telah mengamalkan terapi tradisional ini selama lebih daripada dua dekad. Neneknya mengajarkan teknik tersebut ketika dia melihat Khemmikka cuba untuk menambahkan saiz payu daranya dengan menggunakan krim.
 

Bagi skeptis di luar sana, teknik ini telah diluluskan oleh kerajaan Thailand sebagai alternatif kepada pembedahan plastik. The Independent melaporkan bahawa Kementerian Kesihatan Thailand telah menjalankan kajian terhadap teknik menampar payu dara dan mendapati rawatan itu berjaya menambahkan saiz  payu dara sukarelawan.
 
Khemmikka mendakwa teknik yang mungkin menyakitkan sedikit mampu menambahkan saiz payu dara sehingga beberapa inci bagi setiap sesi. Namun, rawatan ini tidak begitu berkesan kepada wanita yang mempunyai payu dara yang terlalu kecil.


Yang menariknya, rawatan menampar juga disediakan untuk pelanggan yang mahu membentuk bahagian-bahagian lain di badan mereka, misalnya, untuk membentuk punggung atau muka. Seorang pelanggan memberitahu Bangkok Post bahawa rawatan tersebut berjaya membentuk muka dan dagu yang lebih tajam. -DCM



Zaman Paklah - Anak Menantu, Zaman Najib - Bini: Siapa Rosmah untuk Hadiri Mesyuarat Kementerian Kewangan?

Posted: 10 Oct 2011 01:17 AM PDT


Saya petik:

[KD] PUTRAJAYA: Kehadiran Datin Seri Rosmah Mansur dalam perjumpaan tertutup dengan pegawai kanan Kementerian Kewangan, menimbulkan tanda tanya dan kecaman pelbagai pihak.

Ia terbongkar apabila nama isteri Datuk Seri Najib Razak tertera dalam senarai kehadiran dalam berita yang dilapor agensi berita rasmi, Bernama pada 6 Oktober lalu.

Mengikut laporan itu, Rosmah hadir ketika suaminya itu meninjau operasi persiapan terakhir Belanjawan 2012 di Kementerian Kewangan, sehari sebelum belanjawan dibentang.

Perbuatan Rosmah yang selama ini mengaku sebagai First Lady of Malaysia (FLOM), dikecam Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dan mempersoal kehadiran Rosmah dalam lawatan tersebut.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin, berkata tindakan Rosmah semakin melampau kerana mencampuri urusan negara terutama melibatkan ekonomi.

"Ini tak pernah dilakukan mana-mana isteri PM kerana ia membabitkan menteri di kementerian yang berkaitan ekonomi dan hal ehwal negara.

"Saya mendesak supaya Najib maklumkan apa peranan Rosmah. Apakah dia pakar runding? Atau Menteri Kewangan Kedua yang sebenar? Rosmah tidak perlu menyibuk kerana dia hanya isteri dan tidak ada kuasa eksekutif," katanya.

Penglibatan Rosmah itu turut dikecam dalam laman sosial twitter.

"Sapa (siapa) rosmah mansor untuk hadir dlm meeting bajet?" kata seorang pengguna akaun twitter, emmiza

"Tak boleh beza Mesyuarat Sulit Belanjawan Negara sampai Rosmah blh hadiri?Prihatin pd negara agak2 la smpi mesyuarat sulit kewangan negara diketahui Rosmah," kata pengguna akuan Ikhwan Hafiz pula.


P/s: Pening!

Remaja Perempuan Pecah Masuk Rumah Jiran Cari Duit Beli CD Porno

Posted: 10 Oct 2011 12:00 AM PDT


Seorang remaja berusia 18 tahun di Minnesota mengaku memecah masuk rumah jirannya sebanyak tiga kali untuk mencuri dan mencari barang yang boleh dijual untuk memuaskan ketagihan pornonya seperti yang dipetik oleh AP.

Sherif di Anoka berkata, jirannya membuat laporan polis kerana mempunyai rakaman video menunjukkan Amanda Rose Owens menyelinap masuk ke rumahnya melalui lubang anjing di pintu belakang. Jirannya itu memasang kamera litar tertutup di rumahnya apabila wang tunai AS$300 (RM947) dan barang lain kepunyaannya, dicuri.

Pegawai penyiasat berkata, Owens mengaku mencuri masuk ke rumah jirannya itu sebanyak tiga kali. Katanya, dia mencuri masuk kerana dia memerlukan wang untuk membeli 20 hingga 30 DVD pornografi.

Sehingga semalam, tidak dapat dipastikan sama ada dia mempunyai peguam untuk membelanya di mahkamah. -DCM

Lanjut di sini.


P/s: Macam-macam!



Suami Kantoikan Isteri Pesta Arak di dalam Bilik Tidur Bersama 2 Lelaki

Posted: 09 Oct 2011 11:10 PM PDT

Sekadar hiasan.

Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang suami berusia 32 tahun apabila menangkap isterinya sedang 'berpesta' arak di dalam bilik di rumahnya di Pantai Dalam, di sini, bersama dua lelaki tidak dikenali, Khamis lalu.

Lebih mengejutkan, pemeriksaan lanjut si suami di dalam bilik itu menemui puluhan botol dan tin arak disembunyikan dalam almari di bilik tidurnya itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, berang dengan tindakan isterinya berusia lewat 20-an itu, si suami menghalau kedua-dua lelaki terbabit sebelum membuat laporan di Balai Polis Pantai, di sini.

Menurut sumber, si suami yang baru pulang dari kerja berasa curiga apabila melihat dua pasang kasut lelaki di hadapan pintu rumahnya.

"Sebaik masuk ke dalam rumah, lelaki terbabit mendengar bunyi gelak tawa dari dalam bilik tidurnya. 

"Si suami terkejut apabila melihat isterinya dan dua lelaki tidak dikenali berada dalam keadaan khayal di dalam bilik tidurnya. 

"Si suami menghalau kedua-dua lelaki terbabit sebelum menemui puluhan tin dan botol arak disembunyikan dalam almari di bilik itu menyebabkan mereka bertengkar hampir 20 minit," katanya.

P/s: Mengapa berpesta arak di dalam bilik tidur?



Warga Emas Meninggal Dunia Selepas Kecil Hati dengan Anak, Apa Perasaan Si Anak Tidak Sempat Pohon Ampun?

Posted: 09 Oct 2011 09:19 PM PDT


Saya petik:
[HM] KODIANG: Seorang warga emas merajuk hingga mati apabila mayatnya dijumpai di Kampung Kubang Lintah, Padang Perahu, dekat sini, semalam, selepas dia meninggalkan rumah sejak enam hari lalu kerana merajuk dengan seorang anaknya yang menjual lembu miliknya.

Mat Zain Mahmud, 80, dikatakan keluar dari rumahnya di kampung berkenaan Selasa lalu selepas kecewa dengan tindakan seorang daripada lima anaknya menjual sebahagian daripada tujuh lembu yang dipelihara tanpa pengetahuannya.

Mangsa keluar berjalan kaki ke ladang getah dan hutan berhampiran rumahnya sebelum mayatnya yang lengkap berpakaian dijumpai kira-kira jam 11 pagi semalam, 500 meter dari rumahnya.

Harian Metro yang turut menyertai operasi mencari bersama polis dengan bantuan anjing pengesan menemui mayat Mat Zain dalam keadaan mengiring di dalam hutan berkenaan.

Operasi mencari oleh 15 anggota polis diketuai Asisten Superintendan Mohd Khairi Kamil menjumpai mayat Mat Zain yang masih berpakaian lengkap iaitu berkemeja-T putih dan berseluar biru gelap serta memakai but getah. Namun terdapat kesan kecederaan di tangan kirinya dipercayai akibat digigit haiwan.

P/s: Kalau si anak itu sedarlah...



[Wajib Baca] "Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?" - Suatu Pengajaran

Posted: 09 Oct 2011 05:00 PM PDT


P/s: Sila ambil pengajaran!



[Video] Mat Sabu SEKOLAHKAN Konco2 PERKASA (Geng Songkok Tinggi)

Posted: 09 Oct 2011 04:23 PM PDT




P/s: Buat malu sahaja! Moralnya: Jangan baca Utusex


Tiada ulasan: