Rabu, 12 Oktober 2011

dollah yankee

dollah yankee


Apa ada pada angka dan nombor??

Posted: 12 Oct 2011 05:43 AM PDT

Apa ada pada angka dan nombor?? Gurkah-gurkah di'port' ingatkan yang orang putih, cina atau hindu saja yang begitu obses pada angka dan nombor, rupa-rupanya orang melayu juga sudah mula terpengaruh dengan angka dan nombor termasuklah Pak Lah yang semua orang tau dia begitu obses dengan nombor 13. Begitu juga dengan Najib yang dibantu olih Rosmah di kabarkan sedang mencari nombor dan angka yang sesuai dan yang cantik untuk membubarkan parlimen dan mengisytiharkan tarikh pilihanraya umum yang ke-13. 

Bagi pasangan melayu yang hendak berkahwin pada tahun 2011 ini, gurkah-gurkah di'port' telah diberitahu olih tok-tok imam dan tok-tok kadi bahawa tarikh 11.11.11 telah menjadi rebutan bagi pasangan-pasangan yang mahu melangsungkan perkahwinan. Tetapi tarikh yang lebih popular yang telah menyaingi 11.11.11 pula ialah 20.11.2011.

Kedua-dua tarikh ini yang mengandungi angka dan nombor ini bukanlah special sangat pun atau bawa tuah terlebih pada pasangan yang akan kawin tu, tetapi ia lebih merupakan satu kegilaan masa kini untuk mencari angka dan nombor yang senang untuk diingati.

dollah yankee -
Nombor favourate ialah 19

Tiada ulasan: