Ahad, 2 Oktober 2011

dollah yankee

dollah yankee


Hidup susah,mati lagi susah!

Posted: 02 Oct 2011 06:03 PM PDT

Tahap kesihatan beliau sudah terlalu buruk, melayu kata sudah nazak. Kalau dia orang melayu, dah tentu sekarang ini sedang rancak di-baca Yassin. Doktor yang merawat dia pula telah memberi 'signal' kepada semua ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan yang rapat supaya segera melawat beliau. Dalam erti kata lain, malaikat maut sedang dalam perjalanan untuk menjemput pergi ke-dunia sebelah sana.

Dia juga sudah nyanyok dan tidak mampu berfikir lagi, namun bernasib baik kerana dia adalah bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya dan berhak untuk mendapat kemudahan yang setaraf sebagai pemimpin utama bila dia telah di bekalkan dengan dua orang pembantu dan seorang pegawai khas untuk menguruskan dirinya.

Dalam satu interview dengan akhbar The Star suatu waktu lama dulu, dia ada menyampaikan hajatnya yang mahu mati di-Malaya dan mahu mayatnya di-kebumikan di-Sitiawan,Perak dan berharap tidak akan ada sesiapa yang akan menghalang hajatnya itu.

Dia telah membuat permohonan untuk kembali ke Malaysia pada tahun 2000 tetapi telah di-tolak olih Mahkamah Tinggi kerana dia tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang menunjukan dia adalah seorang rakyat Malaysia, dia mendakwa dokumen pengenalan diri nya telah dirampas olih pihak polis cawangan khas dalam satu serbuan pada tahun1948.

Tidak lah dapat dipastikan bagaimana pihak berkuasa Malaysia dan Thailand akan mengatasi masalah Chin Peng ini kalau di lihat dari sudut politik dan sensitiviti rakyat jika dia mati.

Gurkah-gurkah politik di'port' kata, akan berakhir lah satu bab dalam sejarah Malaysia bila dia mati nanti.

dollah yankee -
Gurkah-gurkah sedang bertaruh kata hajat Chin Peng untuk di-kebumikan di Malaysia akan tercapai.

Tiada ulasan: