Sabtu, 1 Oktober 2011

dollah yankee

dollah yankee


Ahmad Maslan, KENCING ya??!

Posted: 01 Oct 2011 08:20 PM PDT

"Untuk menyelami masalah hidup penduduk-penduduk di kawasan felda, saya akan bermalam dan tidur di rumah peneroka-peneroka pada setiap malam minggu..."- Ahmad Maslan.
dollah yankee -
Kah..Kah..Kah.., hari ini dah genap satu tahun setengah Ahmad Maslan kata benda ni.. gurkah-gurkah nak tanya...dah berapa buah rumah peneroka Ahmad Maslan pergi tidur??

Hukum hudud: Kalau tikam ekor,apa hukuman??

Posted: 30 Sep 2011 09:52 PM PDT

Dalam kes yang dibawah ini, kadang-kadang gurkah-gurkah di'port' rasa 'undang-undang hudud' tak semestinya di perlukan kerana mereka telah pun dihukum dengan serta merta ...

Dalam kejadian ini satu 'group' kawan-kawan baik lagi 'kam-cheng' dari Tikam Batu,Kedah nasib baik tak mati semua, cuma satu orang saja yang mati. Mereka ini adalah insan-insan yang 'kaki nombor ekoq'. Tersebar lah cerita mengatakan yang salah seorang dari mereka ini telah kena nombor ekor pada cabutan 'special' hari rabu lepas, banyak mana yang kena pun tak tau lah, tapi diceritakan lagi olih orang yang banyak juga laa yang kena.

Apa lagi? Yak..Yak..Yehh.. laa, macam P.Ramlee kata "Raya hindu aku!". Jadi mereka telah mengambil kesempatan untuk 'enjoy' duit tu di Penang. Dah nama pun 'enjoy' @ 'raya hindu' dengan duit haram, apa lagi? mabok-mabok mesti ada punya, pompuan sikit, kalau yang 'kaki dam' tu, mesti kepala penuh punya. Baru rancak nak 'enjoy'!.

Akibat terlebih botol, maklumlah...duit buta!, sampai cari jalan nak balik ke-Tikam Batu pun tak jumpa, maklumlah jam pulak dah dekat-dekat pukul 2 pagi, kepala pula pening!. 

Apalah malang nasib mereka bila mereka telah tersilap jalan dan telah memasuki jalan yang menuju ke dermaga dalam pelabohan pulau pinang di Bagan Dalam, dan penghujung dermaga itu adalah laut.

Nasib baik 4 dari mereka sempat di-selamatkan olih anak-anak kapal sebuah kapal yang sedang berlabuh memunggah kargo, manakala pemandu telah tenggelam bersama-sama dengan kereta itu.

Melihat kepada kejadian ini, gurkah-gurkah di'port' telah merumuskan yang pemandu yang terkorban itu lah yang telah kena nombor ekor ini, sebab dalam lima orang itu, dia yang telah di-hukum. 
Kah..Kah..Kah..


dollah yankee -
Hari ini punya 'draw' nombor kereta itu 1227, telah menjadi nombor taruhan olih kaki-kaki nombor ekor yang telah melihat operasi menyelamat yang di-jalankan olih bomba dan apmm.

Tiada ulasan: