DIALOG RAKYAT |
- Isa secara rasmi belum dilantik pengerusi KPF
- Bank Malaysia rugi RM37 juta akibat ditipu
- Mahkamah sivil boleh bicara kes cubaan murtad
- Kem tentera RM214 juta tak lengkap tapi mulai rosak
- Klinik ADUN Skudai dipecah masuk
- 'Tak perlu menang parlimen untuk laksana hudud'
- Air berkuman dibekalkan ke 10 sekolah
- Cyber Trooper Umno: Tak habis-habis dengan gambar tipu, Nik Aziz difitnah lagi
- Manfaatkah Himpunan Selamatkan Akidah berbanding Undang-undang Murtad?
- Bongkar! Polis diarah bekerja untuk Umno-BN
- Lawatan Anwar sempena Deepavali meriah
- Laporan Audit puas hati prestasi kewangan Selangor
- Kerajaan tanggung RM375.60 juta projek Lebuh Raya Senai-Desaru
- Kementerian Noh Omar gantung lesen perniagaan ibu tunggal
- Isu saman Umno Pulau Pinang: Keadilandaily pertahan laporan
- Ke mana hilangnya RM110 juta wang petani ?
- UIA tunduk tekanan batal gantung tugas Aziz Bari, kata badan pelajar
- Gaddafi dikebumi hari ini, lokasi rahsia di gurun
- SPR: Maklumat 40,000 pengundi ‘diragui’ dipamer mulai Khamis
- Peguam: UIA dan Putrajaya perlu henti siasat Aziz jika dukung kebebasan
- Isu UIA: Najib takut temu mahasiswa, dakwa wakil pelajar
- Tujuh staf Risda Plantation tak pulang RM1.6 juta, Audit arah kes saman
- Laporan Audit: Kami akan betulkan kelemahan, KSN
- Kg Baru: Gelojohnya kerajaan gadai tanah orang Melayu
Isa secara rasmi belum dilantik pengerusi KPF Posted: 25 Oct 2011 07:12 AM PDT MALAYSIA KINI Pengerusi Felda Holdings Bhd, Tan Sri Isa Abdul Samad secara rasminya masih belum dilantik sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan. Beliau berkata Pengurus Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab kini masih memegang jawatan sebagai Pengerusi KPF. "Pengerusi KPF sekarang ialah Pengurus Besar Felda yang mempunyai kuasa eksekutif dalam pelbagai bidang dalam perjalanan urusan Felda. "Sekiranya Tan Sri Isa menjadi Pengerusi KPF, beliau tidak mempunyai kuasa eksekutif, maka tidak akan timbul konflik kepentingan," katanya ketika menjawab soalan Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2012 berkaitan Felda pada persidangan Dewan Rakyat, semalam. Ahmad Kasim mempertikai pelantikan Isa sebagai Pengerusi KPF yang dianggap akan menimbulkan konflik kepentingan. Ahmad Maslan berkata pelantikan Isa sebagai Pengerusi KPF akan diputuskan oleh Lembaga Pengarah Felda mengikut undang-undang yang diperuntukkan dalam Akta Koperasi 1993 dan undang-undang kecil KPF. - Bernama | ||
Bank Malaysia rugi RM37 juta akibat ditipu Posted: 25 Oct 2011 06:46 AM PDT MALAYSIA KINI Sebuah bank tempatan mengalami kerugian teruk sepanjang 26 tahun tempoh perniagaannya selepas ditipu sebanyak RM37 juta melalui satu komplot pinjaman sebuah syarikat, dua tahun lalu. Hala tuju PAS dipersoal Dalam laporan lain, akbar milik Umno itu memetik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim berkata hala tuju perjuangan PAS semakin kabur dan bercelaru apabila parti tersebut sanggup mengorbankan akidah semata-mata untuk tujuan politik.Ini kerana, kata beliau, parti berkenaan tidak menyokong Akta Murtad dan penganjuran Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN). Sebaliknya, Mashitah dipetik berkata, PAS sanggup menyertai perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang dipengerusikan oleh Datuk S Ambiga, individu yang menyokong tuntutan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) kepentingan politik mereka. "Apabila HIMPUN diadakan, apakah pendirian PAS? Apabila ada cadangan Akta Murtad perlu diwujudkan, apakah pendirian PAS? "Tetapi, apabila perhimpunan haram BERSIH diadakan, PAS menyokong dengan penuh semangat. Di manakah pendirian dan perjuangan PAS untuk membela Islam?' katanya lagi dipetik akhbar itu. | ||
Mahkamah sivil boleh bicara kes cubaan murtad Posted: 25 Oct 2011 06:45 AM PDT MALAYSIA KINI Orang bukan Islam yang menyebarkan fahaman agama mereka kepada umat Islam boleh didakwa di mahkamah sivil mengikut Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada Orang Islam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kesalahan yang diperuntukkan di bawah enakmen itu antaranya melibatkan kesalahan memujuk, mempengaruhi atau menghasut orang beragama Islam supaya mengubah keimanan. Kesalahan lain ialah menerbit dan menyebarkan terbitan mengenai apa-apa agama selain Islam serta mendedahkan orang belum dewasa beragama Islam kepada pengaruh agama bukan Islam. Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 yang berkaitan portfolionya pada persidangan Dewan Rakyat,semalam. "Sangat ramai yang tidak sedar kewujudan enakmen ini yang sudah dilaksanakan pada tahun 1980, dan ia (mereka yang bersalah) tidak akan didakwa di mahkamah syariah," katanya. Beliau berkata antara negeri yang menguatkuasakan enakmen itu ialah Terengganu, Kelantan, Selangor, Melaka, Kedah, Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Perlis. Jamil Khir berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan terus bekerjasama dengan semua Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dalam usaha mengawal dan menyekat perkembangan ajaran agama lain yang boleh memesongkan akidah umat Islam. Beliau berkata kerajaan, melalui Jakim selaku badan penyelaras telah menjalankan usaha penyelarasan undang-undang bagi tujuan menyeragamkan undang-undang Islam di setiap negeri. "Walaupun isu mengenai hal ehwal agama Islam adalah di bawah bidang kuasa majlis agama Islam negeri masing-masing, tetapi kerjasama perlu demi menjamin kehormatan dan kesucian Islam," katanya. Bagi menangani isu fahaman Syiah di negara ini, beliau berkata kerajaan mengambil pendekatan berhemah dengan memberi kebebasan pengikut Syiah mengamalkan fahaman itu, tetapi mereka dilarang menyebarkannya kepada umat Islam yang mempunyai pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. "Pemantauan secara turun padang dilakukan bersama-sama. Jakim, majlis agama negeri dan polis sentiasa mengikuti aktiviti dan perkembangan terkini fahaman itu," katanya.- Bernama | ||
Kem tentera RM214 juta tak lengkap tapi mulai rosak Posted: 25 Oct 2011 06:24 AM PDT Aidila Razak Projek pembinaan Kem Muara Tuang, Sarawak yang eslesai pada Februari tahun lalu, masih belum lengkap dan beberapa kecacatan serta kepincangan mula terserlah, kata Laporan Ketua Audit Negara 2010. Kos penjara naik tetapi saiz jadi kecil | ||
Klinik ADUN Skudai dipecah masuk Posted: 25 Oct 2011 06:09 AM PDT MALAYSIA KINI ADUN Skudai Dr Boo Cheng Hau kerugian kira-kira RM800 apabila kliniknya di Taman Universiti, di Johor Baharu, dipecah masuk dalam kejadian yang dipercayai berlaku awal pagi ini. Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor ACP Che Yusoff Che Ngah berkata kejadian berkenaan disedari seorang pekerja klinik terbabit kira-kira pukul 8 pagi sebelum polis menerima laporan mengenainya sejam kemudian. "Siasatan awal mendapati tiada sebarang kerosakan serius pada klinik terbabit," katanya di Johor Baharu, hari ini. Che Yusoff berkata polis akan menjalankan siasatan berpandukan kesan cap jari yang ditinggalkan suspek. Dr Boo ketika ditemui berkata kejadian terbabit merupakan kali pertama sejak klinik itu dibuka 13 tahun lalu.- Bernama | ||
'Tak perlu menang parlimen untuk laksana hudud' Posted: 25 Oct 2011 06:01 AM PDT Salhan K Ahmad Exco hal ehwal agama Islam Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, PAS tidak perlu menang di peringkat parlimen untuk membolehkan parti itu melaksanakan hudud. Sebaliknya, Umno hanya perlu memberi laluan untuk membolehkan undang-undang itu dilaksanakan, katanya dalam satu sidang media di Shah Alam hari ini. "Sekarang ini kita tidak perlu menang di peringkat parlimen. Kalau Umno bagi laluan sekarang pun kita boleh pinda (akta yang menyekat pelaksanaan hudud). Tak ada masalah," katanya. Pindaan berkenaan adalah ke atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), 1998 yang sekadar memperuntukkan kuasa kepada mahkamah berkenaan untuk menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan. "Itu yang kita minta dengan penuh rendah hati kepada pemimpin BN supaya menimbangkan hasrat kita. "Kita tidak perlu tunggu pilihan raya. Kalau sekarang dia bagi laluan, tidak ada masalah," katanya lagi. Terdahulu, dalam wacana "Hudud: Dilema dan Pelaksanaannya" itu, Mohd Amar berkata masalah yang dihadapi PAS sekarang ialah kerajaan BN yang tiada tekad politik untuk menjayakan hudud. "(Sedangkan) kita bukan minta untuk laksanakan di Malaysia tetapi supaya buka laluan supaya boleh dilaksanakan di Kelantan," katanya. Tanpa pindaan perlembagaan Malah, kerajaan negeri juga telahpun memulakan kajian untuk membolehkan undang-undang hudud dilaksanakan tanpa pindaan perlembagaan. Satu jawatankuasa teknikal telah dibentuk kerajaan negeri bagi usaha itu dan hasilnya akan dikemukakan kepada kerajaan persekutuan, katanya lagi. Bagaimanapun, belum ada sebarang pertemuan diadakan di antara menteri besar dan perdana menteri untuk membincangkan perkara itu, katanya lagi. "Kita nak tengok penemuan oleh jawatankuasa teknikal. Bila jawatankuasa dah (kenalpasti masalah), masa itu baru Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) boleh jumpa dan berbincang dengan perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak). "Sekarang ini belum ada (perkara) untuk bincang nak jumpa buat apa?" katanya lagi dalam sidang media tersebut. Jelasnya, Kelantan mengambil sikap berhati-hati dalam isu ini kerana telah diancam oleh kerajaan persekutuan pada 1993 apabila PAS menyatakan kesediaannya untuk melaksanakan undang-undang tersebut. Katanya, perdana menteri pada waktu itu, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengancam untuk mengambilalih kerajaan Kelantan melalui undang-undang darurat. Ridhuan Tee belum nampak kesediaan "Maka kita bimbang juga. Kita pernah ada pengalaman dengan Umno mereka pernah 'memagerankan' Kelantan tahun 1978 dulu. "Sebab itu kita freekan gear. Tapi kita tak matikan enjin. Sebab itu kita rasa lepas pilihan raya itu lampu akan jadi hijau," katanya lagi. Seorang lagi ahli panel dalam majlis wacana berkenaan, Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah turut mengulas mengenai peranan kerajaan pusat dalam pelaksanaan hudud. Namun, Mohd Ridhuan berkata beliau masih belum nampak kesediaan untuk usaha itu "berdasarkan kepada perkembangan dan ucapan-ucapan (pemimpin BN). "Tapi kalau bertanya kepada individu itu, saya rasa tidak ada yang menolak dengan jelas hukum Islam ini. "Saya yakin orang Islam yang mengucap syahadah ini menerima undang-undang ini. Cuma mungkin ada kekangan tertentu, maka timbullah kenyataan sedemikian," katanya lagi dalam sidang media sama. Seorang lagi anggota panel dalam majis wacana berkenaan ialah presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Mohd Isa Abd Ralip. | ||
Air berkuman dibekalkan ke 10 sekolah Posted: 25 Oct 2011 05:14 AM PDT Aidila Razak Laporan Ketua Audit Negara 2101 mendapati bahawa bekalan air terawat ke kantin sepuluh sekolah rendah mengandungi tahap bakteria dan logam yang tidak selamat untuk diminum. Penemuan ini berdasarkan ujian air tawar, yang dijalankan pasukan audit ke atas air yang telah dirawat dan air paip ke kantin di 13 buah sekolah. Air yang digunakan di kantin SK Kg Kudong, Segamat; SK Sejagong, Batu Pahat didapati mengandungi kehadiran bakteria seperti Total Coliform dan E Coli yang tinggi. "Pihak KKM memanadang berat pelanggaran paarmeter bakteria dalam air terawat yang dikesan dalam kajian ini kerana kehadiran bakteria seperti Total Coliform dan E Coli dalam air minum boleh menyebabkan wabak penyakit bawaan air seperti kolera, tifoid dan hepatitis A sekiranya air yang tercemar diminum secara terus dan berterusan," petik laporan itu. Air yang dianggap selamat untuk diminum tidak seharusnya mempunyai sebarang Coliform dan E Coli manakala paras 6.5 hingga 9 pada skala pH. Sekolah-sekolah lain yang disenaraikan mempunyai tahap 'terlalu tinggi' bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan, adalah:
| ||
Cyber Trooper Umno: Tak habis-habis dengan gambar tipu, Nik Aziz difitnah lagi Posted: 25 Oct 2011 05:10 AM PDT Tak ada modus operandi lain dah ke para blogger dan Cyber Trooper upahan Umno-BN ni. Asyik skill yang sama je nak perbodohkan rakyat Malaysia. Nampak sangat mereka ni terlalu merendah-rendahkan taraf pemikiran rakyat Malaysia sehingga menggunakan cara yang sama untuk berbohong demi mendapat kepercayaan rakyat. Tak habis-habis dengan cara siar gambar ntah apa-apa. Mereka duk suka-suka hati je cilok gambar orang yang tak ada kena mengena dengan tuduhan yang mereka lemparkan. Kalau sekali, mungkin orang ada prasangka tapi kalu asyik hari-hari benda yang sama je cara berbohong, naik muak jugak rakyat. Anak Lim Guan Eng pun dah kena dengan blogger upahan Umno-BN ni. Tak pasal-pasal pemain catur dari Hong Kong jadi mangsa fitnah kena raba buah dada. Baca sini. Kali ini lagi bodoh Cyber Trooper upahan Umno melakukan pembohongan. Mereka seolah-olah mahu mengatakan rakyat Malaysia ini memang tiada akal dan mudah ditipu apabila menyiarkan gambar konon MB Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Aziz sedang bersanding ketika muda dulu. Padahal gambar ini diulang tayang kembali jika tidak silap penulis WarkahDaily Online. Ia telah pun disiarkan oleh blog Malaysiasensasi sekitar tahun 2008. Kemudian diulang tayang kembali oleh Cyber Trooper upahan Umno-BN yang sudah kekeringan modal untuk memfitnah pimpinan Pakatan Rakyat (PR) terutama PAS. Namun didapati posting berkaitan di blog malaysiasensasi sudah pun ditiadakan (delete dah kot). Namun, sekali lagi ia dijadikan modal bodoh barua Umno. Dipetik dari blog baca-blogspot.blogspot.com, seorang Cyber Trooper upahan Umno-BN bertindak menyiarkan gambar dalam Facebooknya yang didakwa Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa muda sedang bersanding. Konon gambar itu diambil pada tahun 1980-an. Namun, kelihatan pembohongan itu terlalu nyata apabila gambar berkenaan tiada sedikit pun iras dengan MB Kelantan itu. Menurut blog Baca Blogspot itu, gambar sebenarnya yang disiarkan ialah seorang VIP yang pangkal namanya juga 'Nik' tapi bukan Nik Aziz. Kata blog itu lagi, Cyber Trooper upahan Umno-BN yang bertanggungjawab menyebar fitnah berkenaan ialah aktivis UMNO, Wan Suhaizi Wan Senu dari Pekan Naka, Alor Setar, Kedah. Memang terdesak blogger dan Cyber Trooper upahan Umno-BN menabur fitnah sehingga terlupa ramai di luar sana sedang memerhatikan kebodohan mereka yang terlalu nyata sehingga melakukan pembohongan yang bertaraf budak tadika. Namun apa yang pasti, fitnah dan pembohongan sudah jadi darah daging blogger dan Cyber Trooper upahan Umno-BN dan tidak keterlaluan, fitnah sudah menjadi 'rukun' nombor satu dalam Umno-BN. | ||
Manfaatkah Himpunan Selamatkan Akidah berbanding Undang-undang Murtad? Posted: 25 Oct 2011 05:07 AM PDT Memang betul apa yang dinyatakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, agenda menyelamatkan akidah merupakan agenda murni tetapi ia mesti diurus dengan cara berhemah. Islam perlu diperlihat umatnya sebagai agama yang toleransi dan bijak. Kita perlu berhati-hati dalam tindakan agar tidak menimbulkan polemik perkauman dan agama antara rakyat di negara ini yang berbilang kaum. Tujuan Islam bukan menunjukkan kekuatan fizikal semata-mata tetapi perlu kepada kecantikan cara hidup Islam itu. Berfikir dengan waras, apakah perhimpunan yang dianjurkan untuk mengumpul seberapa ramai umat Islam boleh menyelamatkan akidah umat Islam berbanding kita perlu bersatu mendesakkan pihak berkuasa untuk menggubalkan undang-undang berkaitan murtad. Sudah tentu dengan akal yang waras, mencegah lebih bagus daripada mengubatinya. Kita perlu mencegahnya dengan melaksanakan hukum Islam di negara ini, perlu menggubalkan akta Murtad supaya ianya isu murtad dapat diselesaikan dengan hukum Islam. Tak kan selesai apa-apa jika kita hanya beriya duk kumpul ramai-ramai tunjukkan kekuatan tetapi perlakuan murtad masih lagi berlaku kerana tiada akta yang tegas yang boleh menghalang daripada terjadinya kes murtad. Bahkan, dengan cara kita menonjolkan kekuatan itu, ianya boleh menimbulkan rasa kurang senang di pihak bukan Islam dan sudah tentu mereka akan menjauhi Islam dan kerja dakwah Islam akan terbantut. Objketif dakwah Islam bukanlah untuk menakut-nakutkan bukan Islam terhadap Islam, tetapi kita wajib memperlihatkan Islam itu selamat untuk dianuti. Kita boleh kaji, bagaimana di negara bukan Islam seperti di Eropah, ramai bukan Islam boleh mendekati Islam dan ada yang memeluk Islam walaupun umat Islam di sana adalah golongan minoriti dan Islamofobia yang dipersepsikan dunia barat terhadap Islam dituduh membabi-buta. Dalam keadaan Islam dianggap barat sebagai agama yang ganas, tiba-tiba ramai bukan Islam memeluk Islam. Cuba kita bandingkan pula di Malaysia, negara yang diperintah oleh orang Islam, majoriti rakyat adalah Islam, didakwa pula negara ini adalah negara Islam tetapi bagaimana umat Islam boleh pula murtad (keluar daripada Islam). Tak ke pelik namanya tu? Di manakah silapnya? Kita jangan terburu-buru untuk melatah dengan kenyataan-kenyataan berbaur perkauman dan politik sempit beberapa pemimpin parti politik pemerintah yang mempunyai kepentingan peribadi yang mahu menangguk air keruh untuk terus kekal berkuasa selepas mengatahui sokongan terhadap mereka semakin pudar dari kalangan umat Islam. Golongan ini bukan berfikir panjang, tidak kira agama atau perkauman, semuanya diambil kesempatan untuk meraih sokongan murahan dari rakyat dalam pilihanraya umum (PRU) nanti yang semakin hampir. Penulis WarkahDaily Online amat bersetuju dengan pendirian yang dibuat PAS melalui Presidennya Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi dalam hal ini, iaitu pengukuhan akidah umat Islam hendaklah dilaksanakan menerusi jalan dakwah secara damai sebagaimana Islam telah diterima oleh masyarakat rantau ini secara damai. Ia adalah bagi menghalang pihak-pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya. | ||
Bongkar! Polis diarah bekerja untuk Umno-BN Posted: 25 Oct 2011 05:01 AM PDT WarkahDaily – Dah semakin caca marba negara ini apabila pegawai keselamatan yang sepatutnya menjaga keamanan dan keselamatan negara dan rakyat tiba-tiba 'bekerja' untuk sebuah parti pemerintah pula. Borang banci undi pilihanraya dari polis cawangan khas (SB). "Tetapi di borang yang mereka berikan, ada diminta untuk menulis nombor kad pengenalan. Maka ini bukanlah secara rawak jika dokumen pengenalan diri juga diminta bersama," beritahu Mardiany lagi.Kemudian dua pegawai polis dari cawangan khas kembali lagi untuk menuntut kembali borang yang diagihkan sebelum itu. Mardiany dilihat enggan mengalah dengan permintaan dua SB berkenaan sambil menjawab, "Bukankah undi adalah rahsia? Sepatutnya kamu sebagai polis lebih tahu". SB berkenaan menjawab, apa yang dilakukan mereka itu adalah atas 'ARAHAN PIHAK ATASAN'. Mardiany bertindak menghubungi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk menjelas perkara itu. "Saya telah menelefon pihak Suruhanjaya Pilihanraya dan mereka sekali lagi menegaskan bahawa tindakan pegawai polis tersebut adalah salah dari segi undang-undang," cerita Mardiany lagi. Sambil SPR menyatakan 'UNDI ADALAH RAHSIA'. Mardiany akhiri suratnya dengan memberi nasihat kepada Ketua Polis Negara dan OCPD agar menghentikan usaha banci undi pilihanraya yang sepatutnya menjadi rahsia individu. "Hentikanlah kerja sia-sia ini kerana kami tidak akan memberikan hak kami untuk dinodai," tegas Mardiany dalam suratnya. Atas kapasiti apa pihak polis diminta untuk membanci undi pilihanraya yang menjadi suatu kerahsiaan bagi setiap individu. Apakah pihak polis kini sudah bertukar tugas untuk membantu parti politik pemerintah untuk mengekalkan kuasa mereka? | ||
Lawatan Anwar sempena Deepavali meriah Posted: 25 Oct 2011 04:59 AM PDT KEADILAN DAILY Oleh: Sidiqin Omar
BRICKFIELDS : Meskipun padat dengan tugasan harian, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa meninjau persiapan akhir masyarakat India bagi menyambut perayaan Deepavali di Brickfields, malam tadi. Ketibaan Anwar dan pimpinan KEADILAN disambut dengan Laungan 'Hidup Anwar', 'Hidup Pakatan Rakyat', oleh ribuan masyarakat India. Dengan paluan gendang Maetallam dan letupan mercun, Anwar disambut mesra oleh pemilik gerai yang dikunjunginya, sambil dikalungkan bunga malai dan kain pattu sebagai tanda hormat. Meskipun bukan acara rasmi, ribuan pengunjung Brickfields mengambil peluang bersalaman dan mengambil gambar sambil mengucapkan – 'Nal Valthukal', ucap selamat menyambut pesta cahaya – Deepavali. Turut mengiringinya ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dan Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun. Sementara itu, beberapa pegawai polis beruniform dan berpakaian preman dilihat sepanjang masa mengekori dan merakam video, namun keadaan terkawal. Dalam pada itu, kehadiran Anwar turut diumumkan di beberapa buah pasaraya. Malah seorang DJ di kedai muzik – Ruddra Veenay, memainkan lagu tema – Nan Anai Detaiyal – dari filem Tamil terkenal lakonan MGR sempena ketibaannya. Seorang pekerja kedai sari di Sri Kannan Darees., K Rani, 38 berkata, beliau berasa bertuah kerana kedai tempatnya bekerja menjadi lokasi pertama lawatan Anwar dan pimpinan Pakatan Rakyat. Selepas hampir sejam, Anwar meluangkan masa untuk singgah minum teh dan makan thosai di Seetharam Curry House. Di sana premis tersebut menjadi sesak dengan kehadiran penyokong dan pengunjung untuk bergambar dan bersalaman. Program yang serba ringkas, namun cukup meriah itu berakhir dengan laungan slogan 'Mattram Vendum' yang bermaksud 'Perubahan' secara beramai-ramai bersama pimpinan Pakatan Rakyat dan orang ramai. | ||
Laporan Audit puas hati prestasi kewangan Selangor Posted: 25 Oct 2011 04:56 AM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR : Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan semalam secara umumnya berpuas hati dengan prestasi kewangan yang ditunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. "Secara keseluruhannya, analisis Audit mendapati kedudukan kewangan Kerajaan Negeri adalah memuaskan," laporan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang itu dipetik. Menurutnya, Kumpulan Wang Disatukan kerajaan negeri meningkat sejumlah RM266.91 juta (20.2 peratus) kepada RM1,586.88 juta pada 2010. Bagaimanapun hasil kerajaan negeri berjumlah RM1,571.50 juta menurun RM192.36 juta berbanding 2009 sebanyak RM1,763.86 juta. Perbelanjaan mengurus pula menurun sejumlah RM382.56 juta menjadi RM1,447.26 juta, sekaligus menunjukkan perbelanjaan berhemat yang dilakukan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Dalam laporan itu juga dinyatakan kerajaan negeri berjaya mengurangkan tunggakan hasil berjumlah RM99.87 juta kepada RM502.05 juta berbanding tahun sebelumnya. "Usaha memperkukuhkan ekonomi, menambah hasil dan belanja berhemat tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan, sistem penyampaian awam dan sumbangan kepada rakyat dapat membantu mempertingkatkan lagi kedudukan kewangan kerajaan negeri," laporan itu dipetik. Namun, pulangan atas pelaburan jangka panjang yang dilakukan tidak memuaskan di mana secara purata, kerajaan Selangor hanya mendapat pulangan dividen sejumlah RM5.89 juta (1.6%). Manakala pencapaian pengurusan kewangan jabatan dan agensi negeri pula, secara umumnya dicatatkan berada pada tahap sangat baik, jelas laporan itu. Analisis Audit menunjukkan pada tahun 2010, baki hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan menurun sejumlah RM58.91 juta (5.5%) menjadi RM1,004.64 juta berbanding RM1,063.55 juta pada tahun 2009. Penurunan ini disebabkan Kerajaan Negeri telah membayar balik hutang sejumlah RM58.91 juta bagi menjelaskan pinjaman bagi Rumah Awam Kos Rendah dan Projek Ladang Hutan masing-masing sejumlah RM52.42 juta dan RM6.49 juta. Dalam rumusannya, Kerajaan Negeri disyorkan supaya meneruskan perbelanjaan berhemat dan terus berusaha mengutip baki pinjaman boleh dituntut di samping usaha berterusan terhadap kutipan tunggakan bayaran pinjaman boleh dituntut. "Kerajaan Negeri juga hendaklah mengambil tindakan terhadap syarikat subsidiari Kerajaan Negeri bagi mendapatkan pulangan dividen terhadap pelaburan yang dibuat," jelasnya. | ||
Kerajaan tanggung RM375.60 juta projek Lebuh Raya Senai-Desaru Posted: 25 Oct 2011 04:55 AM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR : Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan kos pengambilan balik tanah bagi projek Lebuh Raya Senai-Desaru meningkat hampir 103 peratus dengan kerajaan terpaksa menanggung tambahan RM375.60 juta. Ekoran perkembangan itu, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mahu kerajaan menentukan pendekatan baru dengan menetapkan 'capping' yang akan diperuntukkan kerajaan. Pada awalnya, syarikat konsesi Senai-Desaru Expressway Bhd (SDEB) menganggarkan kos pengambilan balik tanah hanya berjumlah RM365 juta sedangkan jumlah akhir yang dibayar adalah sebanyak RM740.6 juta iaitu perbezaan sebanyak 102.9 peratus, kata laporan itu. Lebuh Raya Senai-Desaru yang bermula pada Julai 2004, merupakan sebahagian daripada pembangunan Iskandar Malaysia yang menghubungkan Senai di barat Johor dengan Desaru di timur Johor. Fasa pertama sepanjang 77 kilometer siap pada Ogos 2009 manakala fasa kedua pula siap pada Jun 2011, lapor The Malaysian Insider. Laporan Audit berkenaan berpendapat Lembaga Lebuh Raya (LLM) tidak meneliti perancangan pembinaan lebuh raya dan aggaran kos pengambilan balik tanah menyebabkan berlakunya pertambahan kos yang ketara. "Ini menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kos pengambilan balik tanah yang berjumlah RM740.6 juta iaitu peningkatan sejumlah RM375.6 juta atau 102.9 peratus. "Sehubungan itu, syarikat konsesi tidak membuat anggaran kos pengambilan balik tanah projek lebuh raya ini dengan tepat dan realistik," katanya. Kata Amrin, walaupun perancangan awal telah dibuat dengan teliti, namun faktor pertukaran status tanah dan pemberian oleh pihak berkuasa negeri telah menyumbang kepada kenaikan kos pengambilan tanah. "Ini kerana kerajaann terpaksa membayar pampasan yang tinggi ke atas bangunan yang telah dibina," katanya lagi. | ||
Kementerian Noh Omar gantung lesen perniagaan ibu tunggal Posted: 25 Oct 2011 04:50 AM PDT Oleh: Masdar Wahid PETALING JAYA : KEADILAN Selangor memberi tempoh tujuh hari kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani agar menarik balik penggantungan lesen perniagaan pasar tani beberapa individu, termasuk seorang ibu tunggal. Tindakan kementerian diketuai Datuk Seri Noh Omar itu disifatkan sebagai zalim, hanya kerana individu berkenaan tidak menghadiri program anjuran kementerian tersebut. "Sangat tidak wajar pihak kementerian Industri Asas Tani yang diterajui Noh Omar menggantung lesen perniagaan ibu tunggal ini hanya kerana tidak dapat hadir ke program yang turut dihadiri beliau. "Jika Noh enggan menarik balik penggantungan itu, ternyata beliau seorang politikus samseng yang sanggup menzalimi ibu tunggal semata-mata memenuhi kepentingan politik sempitnya," kata Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Suhaimi Shafiei dalam sidang media di pejabat KEADILAN di Petaling Jaya hari ini. Salinan surat penggantungan lesen pasar tani itu turut diedar kepada media yang antaranya menyatakan ibu kepada tiga anak itu digantung lesen perniagaannya kerana tidak menghadiri program kementerian pada 19 September 2011 yang turut dihadiri Noh Omar. Mengulas lanjut, Suhaimi menjelaskan, penggantungan pada 16, 23, 30 Oktober dan 6 November itu menyebabkan ibu tunggal berkenaan kehilangan punca pendapatan lebih sebulan. "Kami difahamkan, pendapatan ibu tunggal itu selama seminggu mampu menampung perbelanjaan mereka anak-beranak untuk 10 hari dan penggantungan selama empat minggu itu menyebabkan beliau kehilangan punca pendapatan selama 40 hari atau lebih sebulan. "Baru jadi pembangkang negeri sudah bersikap zalim terhadap ibu tunggal, pemimpin seperti inikah yang kononnya bercita-cita mahu menjadi menteri besar," soalnya. Noh ialah Timbalan Perhubungan Umno Selangor dan antara yang disebut-sebut akan dilantik menjadi MB Selangor jika Umno berjaya merampas negeri itu yang kini diperintah Pakatan Rakyat. Beliau turut menasihatkan Noh agar insaf dengan perbuatannya itu. "Kesimpulannnya, kembalikanlah semula hak peniaga kecil ini atau Noh Omar bakal dikenang sebagai pemimpin zalim dalam sejarah Selangor seperti tragedi hadiah penyapu di era pemerintahan Umno BN sebelum ini yang meranapkan mereka pada pilihan raya umum lalu," katanya. | ||
Isu saman Umno Pulau Pinang: Keadilandaily pertahan laporan Posted: 25 Oct 2011 04:42 AM PDT KEADILAN DAILY Oleh: Rusnizam Mahat
KUALA LUMPUR : Akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan dan laman web, Keadilandaily mempertahankan kredibiliti laporannya bertajuk 'Nafi terlibat demo ganas, Pengerusi Umno Pulau Pinang berbohong- Guan Eng' yang disiarkan Julai lalu. Bercakap kepada Keadilandaily, Ketua Pengarangnya, Fazallah Pit mengesahkan pihaknya menerima surat tuntutan saman daripada Jahaberdeen & Co, mewakili Umno Pulau Pinang, pada 20 Oktober lalu. Fazallah berkata, pihaknya mempertahankan kredibiliti laporan berkenaan yang memetik kenyataan media yang dikeluarkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bertarikh 3 Julai 2011. "Saya bagi pihak Suara Keadilan dan Keadilandaily mempertahankan laporan yang disiarkan berdasarkan kenyataan media yang dibuat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. "Laporan itu hanya menyiarkan apa yang diperkatakan oleh Guan Eng dan kami menegaskan ia dari sumber yang betul. "Justeru kami juga sudah bersedia menghadapi apa juga kemungkinan, termasuk mempertahankan kredibiliti laporan yang kami siarkan di mahkamah," ujarnya. Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman memfailkan saman malu berjumlah RM30 juta terhadap Guan Eng berhubung kenyataannya mengaitkan Umno dengan demonstrasi dan cubaan membakar ibu pejabat DAP di Pulau Pinang. Selain Lim yang juga Setiausaha Dap, turut dinamakan sebagai defendan ialah KEADILAN selaku pemilik laman berita elektronik Keadilan Daily dan akhbar Suara Keadilan; Segmen Fleksibel Sdn Bhd yang juga syarikat penerbitan Keadilan Daily dan Suara Keadilan serta ketua penyutingnya, Fazallah Pit. Dalam pernyataan tuntutan itu, Zainal Abidin mendakwa pada 3 Julai lalu, Lim menerbitkan satu kenyataan akhbar melalui emel yang kemudiannya disiarkan di Keadilan Daily pada 3 Julai dan di akhbar Suara Keadilan pada 5 Julai lalu. Zainal berkata, kenyataan Lim itu antara lain membawa maksud kononnya beliau terbabit dalam kegiatan mengguling Ketua Menteri Pulau Pinang melalui cara yang salah serta menyembunyikan pembabitannya dalam satu demonstrasi ganas yang berlaku di Komtar dan Jambatan Pulau Pinang, 1 Julai lalu. | ||
Ke mana hilangnya RM110 juta wang petani ? Posted: 25 Oct 2011 12:01 AM PDT Oleh: Masdar Wahid PETALING JAYA : KEADILAN Selangor menuntut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar menjawab isu mengenai 'kehilangan' RM110 juta peruntukan untuk golongan pesawah dan petani. Ketua Penerangannya, Shuhaimi Shafiei berkata, peruntukan itu sepatutnya disalur kepada golongan terbabit bagi meningkatkan hasil padi mereka seperti dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010. "Namun, seperti yang dinyatakan dalam laporan Ketua Audit Negara semalam, peruntukan itu tidak sampai kepada sasaran," katanya dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Petaling Jaya hari ini. "Buat permulaan, kita tuntut penjelasan dari Datuk Seri Noh Omar mengenai isu ini dan jika enggan jawab, ini membuktikan kegagalan beliau sendiri, selaku menteri berkenaan dan pemimpin Umno Selangor secara keseluruhan yang mengkhianati wang rakyat khasnya petani," tegasnya. Beliau turut bimbang jika wang itu berkemungkinan disalur untuk tujuan selain kepentingan petani sebagaimana yang sepatutnya. Selain menjadi menteri, bertanggungjawab, Noh Omar ialah Timbalan Pengerusi Umno Selangor dengan Pengerusinya ialah Datuk Seri Najib Razak. Semalam, berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2010, Kerajaan Persekutuan didapati masih belum membayar sebanyak RM110.67 juta kepada kira-kira 73,291 pesawah padi menerusi Skim insentif Peningkatan Hasil Padi (IPH) sejak 2007. Insentif di bawah kementerian Industri Asas Tani itu bertujuan memberi galakan kepada petani untuk meningkatkan hasil padi semasa dan sara diri mereka. | ||
UIA tunduk tekanan batal gantung tugas Aziz Bari, kata badan pelajar Posted: 24 Oct 2011 11:58 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR ― Dua pertubuhan pelajar menyambut baik keputusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menarik balik keputusan menggantung tugas pensyarah undang-undangnya Prof Dr Abdul Aziz Bari, disifatkan sebagai kejayaan ekoran tekanan banyak pihak. UIA mengumumkan keputusan itu lewat petang semalam dan Aziz diarah lapor tugas hari ini. Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, pihaknya menyambut baik dan mengalu-alukan penarikan balik arahan penggantungan tugas dan menganggap bahawa peristiwa menggantung tugas merupakan satu tragedi keilmuan kepada institusi pendidikan tinggi negara. Ini kerana menurut beliau, isu tersebut sebenarnya dibangkitkan oleh pihak luar berkepentingan yang sengaja mencari publisiti murahan yang akhirnya membawa kepada penggantungan beliau yang pada dasarnya boleh diselesaikan dengan cara berhikmah tanpa menimbulkan polemik yang tidak berkesudahan. "PKPIM sekali lagi menyambut baik penarikan balik arahan penggantungan tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari (gambar) dan mengharapkan kebijaksanaan Rektor UIA Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin dalam menyelesaikan kemelut ini dengan baik dengan proses siasatan yang telus dan adil lantas memberikan gambaran dan respons yang positif terhadap institusi Taman Ilmu dan Budi ini," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, PKPIM berpandangan jika tafsiran, pandangan dan hujah ahli akademik yang dilihat menyalahi kebenaran, sewajarnya pendokong ilmu mahupun universiti sebagai gedung ilmu harus mengangkat dan menghormati perbezaan pendapat secara ilmiah dengan mengutarakan tafsiran, pandangan balas tandingan dan bukannya melalui tindakan yang memberi tekanan melalui elemen undang-undang dan sebagainya. "PKPIM memandang Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai seorang intelektual yang konsisten dan dilihat berjalur inteligensia dan bersosok massa dalam memasyarakatkan hujah dan idea beliau agar difahami masyarakat berbanding kebanyakkan ahli akademik lain yang kebanyakkannya terikat, takut dan tidak melangkaui batasan dunia universiti. "Justeru, PKPIM melihat sokongan yang ditunjukkan oleh mahasiswa bukanlah diminta-minta, tetapi diangkat dan diusulkan sendiri oleh golongan ini yang memahami bahawa budaya ilmu yang sebenar adalah apabila meletakkan ilmu dan ilmuan di tempat tertinggi, menganiaya ilmuan bukan langkah yang berilmu dan membela ilmuan teraniaya merupakan langkah yang berilmu," kata beliau lagi. Katanya, PKPIM berharap peristiwa sebegini dijadikan iktibar dan pengajaran oleh pihak tertinggi universiti di seluruh Malaysia agar tidak terjadi lagi pada masa depan. Dalam pada itu, Ketua Penerangan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) pusat, Mohd Yusof Hadhari turut mengucapkan tahniah kepada UIA kerana menarik balik penggantungan ke atas Aziz. "UIA adalah sebuah institusi pengajian tinggi yang bertaraf antarabangsa yang sepatutnya mempertahankan hak ahli akademik menyuarakan pendapat dan idea bukannya menekan ahli akademik yang berbeza pandangan terhadap parti memerintah," katanya dalam kenyataan berasingan. Kata beliau, kemungkinan keputusan menarik balik penggantungan ini disebabkan ekoran tekanan daripada kakitangan universiti, mahasiswa, ahli akademik dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah sendiri serta orang awam. "Apa pun kita semua kesal dengan tindakkan UIA sebelum ini yang mengunakan Seksyen 15(1) terhadap pakar undang-undang itu dan tidak menggunakan pertimbangan yang baik serta mengakibatkan persepsi bahawa pihak berkuasa universiti di Malaysia kurang kebebasan dan hanya bertindak sebagai alat kepada parti pemerintah. "Universiti-universiti sepatutnya menggalakkan perkongsian pendapat dan debat untuk membuka minda mahasiswa serta masyarakat. Jika seorang ahli akademik yang dihormati dihukum kerana memberi ulasan dalam bidang beliau, maka semua ahli akademik secara tidak langsung akan dibisukan," katanya. Mohd Yusof berkata Gamis menyeru semua pihak supaya menghayati dan menghormati serta mempertahankan hak kebebasan akademik. | ||
Gaddafi dikebumi hari ini, lokasi rahsia di gurun Posted: 24 Oct 2011 11:57 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER TRIPOLI — Jenazah bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi akan dikebumikan pada upacara ringkas di satu lokasi yang dirahsiakan di padang pasir negara itu, demikan menurut pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan semalam. Muammar yang memerintah negara itu selama 42 tahun terbunuh dengan satu kesan tembakan di kepala Khamis lalu. "Dia akan dikebumikan esok (hari ini) dalam majlis yang ringkas dengan dihadiri oleh ulama. Ia satu lokasi tidak diketahui di kawasan gurun terbuka," kata pegawai itu kepada Reuters menerusi telefon. "Tiada persetujuan dicapai antara kumpulan sukunya untuk mengambil jenazah (Muammar)," kata beliau. Ditanya jika anak lelaki Muammar, Mo'tassim akan dikebumikan pada upacara yang sama, pegawai itu berkata: "Ya." — Reuters | ||
SPR: Maklumat 40,000 pengundi ‘diragui’ dipamer mulai Khamis Posted: 24 Oct 2011 11:54 PM PDT KUALA LUMPUR ― Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan senarai 40,000 nama pemilih yang tidak dapat disahkan kesahihan maklumatnya selama seminggu mulai Khamis ini. Ia akan dipamerkan bersama daftar pemilih suku ketiga tahun ini di sekitar 1,000 tempat pameran yang diwartkan dan juga menerusi laman web SPR. Difahamkan kebanyakan nama itu melibatkan kawasan luar bandar. Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar (gambar) berkata, pemilih-pemilih yang terdapat dalam senarai itu boleh menghubungi suruhanjaya itu untuk mengesahkan kedudukan masing-masing. "Pengesahan ini boleh dilakukan dalam tempoh satu minggu sepanjang pameran diadakan," kata Wan Ahmad ketika dihubungi The Malaysian Insider. Kata beliau, jika tiada pengesahan daripada mana-mana pihak selepas pameran berakhir, nama-nama yang diragui akan dikeluarkan daripada daftar pemilih induk. Wan Ahmad berkata, selama ini pihaknya tidak dapat mengeluarkan nama-nama yang diragui itu sebab maklumat yang diterima daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan butiran terbabit adalah sahih. Bagaimanapun beberapa pihak khususnya parti-parti pembangkang mendakwa daftar pemilih terdiri daripada maklumat yang meragukan. Wan Ahmad menambah selama ini pihaknya tidak dapat mengeluarkan nama-nama yang diragui itu sebab "kami kena berlaku adil." "JPN sudah mengatakan bahawa butiran itu sah, jadi kita mengikut undang-undang, sebenarnya pengesahan sudah mencukupi. "Dan, SPR tidak boleh dengan sewenang-wenangnya boleh mengeluarkan nama-nama yang tidak dapat disahkan kesahihan maklumat pemilih terbabit," kata Wan Ahmad lagi. Ketika ditanya sama ada pemilih terbabit boleh menghubungi SPR selepas tempoh berkenaan, Wan Ahmad berkata, "ya, boleh. Tetapi mereka kena menyediakan dokumen sokongan untuk tujuan tersebut." Baru-baru ini Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata nama-nama itu disiarkan untuk tatapan umum di laman web dan media bagi membolehkan individu berkenaan mengunjungi pejabat SPR bagi membantu menjelaskan kedudukan. "Ada maklumat yang tidak dapat dipastikan seperti terdapat kes nama pengundi di senarai daftar pemilih dan Jabatan Pendaftaran Negara berlainan dan sebagainya. "Kita juga hendak memastikan status seseorang pengundi itu sama ada hidup ataupun tidak," katanya. Aziz menyifatkan sebagai kecil bilangan 40,000 nama yang tidak dapat dipastikan kesahihan maklumatnya itu dan SPR dalam proses memperbaikinya. | ||
Peguam: UIA dan Putrajaya perlu henti siasat Aziz jika dukung kebebasan Posted: 24 Oct 2011 11:53 PM PDT KUALA LUMPUR — Prof Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan keputusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menarik balik penggantungan tugas semalam tidak akan memberi apa-apa makna sebaliknya sekadar hanya mahu menyelamatkan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan rektornya yang "bingung" dengan perkembangan semasa. Sehubungan itu, peguamnya Dr Zulqarnain Lukman berkata pihak UIA dan kerajaan jika benar-benar komited dengan kebebasan akademik, maka apa jua siasatan dan tindakan yang tidak berasas, yang dijalankan sekarang perlu dihentikan. Lewat petang semalam, UIA mengumumkan keputusan menarik balik penggantungan tugas sejak Rabu lalu dan mengarahkan Aziz melaporkan diri hari ini. Bagaimanapun siasatan UIA, sebagaimana siasatan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) masih berjalan. "Anak guam berpandangan bahawa pengguguran penggantungan oleh pihak UIA ini tidak memberi apa-apa makna kerana kerosakan telah berlaku. "Pengguguran penggantungan ini hanyalah sekadar menyelamatkan perdana menteri dan rektor (Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin) yang jelas bingung dan salah faham tentang apa yang berlaku," kata Zulqarnain dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Najib dijadual mengadakan kunjungan ke UIA malam ini. Zulqarnain berkata penyiasatan masih diteruskan dan keadaan itu cukup mengganggu minda dan ketenangan fikiran Aziz (gambar) selaku pensyarah undang-undang UIA. "Bagaimana mungkin beliau nak mengajar dan balik seperti biasa macam mana?" katanya lagi. Zulqarnain menambah, pihak polis masih teruskan siasatan dan begitu juga dengan pengurusan UIA manakala keputusan mendakwa belum diketahui. "Ertinya kerosakan sudah pun dilakukan dan menarik balik penggantungan tadi tidak ada makna," kata beliau lagi. Beliau juga berkata pengguguran penggantungan kerja juga jelas satu bentuk tindakan untuk mengatasi kerosakan yang telah diakibatkan dan mungkin diarahkan pihak-pihak tertentu supaya pihak tersebut dapat bernafas lega dan supaya anak guam terus tidak dapat bersuara. Aziz, yang juga pakar perlembagaan telah digantung tugas sejak Rabu lalu dan dibenarkan kembali ke kampus UIA pagi ini. Beliau disiasat berhubung kenyataannya mengenai titah keputusan Sultan Selangor berkaitan isu Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya. | ||
Isu UIA: Najib takut temu mahasiswa, dakwa wakil pelajar Posted: 24 Oct 2011 11:51 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak takut untuk berhadapan dengan perkembangan semasa dengan sanggup membatalkan kunjungan saat-saat akhir ke pusat pengajian tinggi itu. Berdasarkan jadual asal Najib sepatutnya mengadakan lawatan ke UIA bagi menyempurnakan final debat Piala Perdana Menteri antara universiti malam ini. Ekoran demonstrasi Jumaat lalu, SMM merancang untuk meneruskan protes dengan menyerahkan memorandum kepada Najib (gambar) hari ini. Dalam satu kenyataan pagi ini, Pengerusi SMM Ahmad Syukri Ab Razab berkata, SMM menyifatkan bahawa tindakan Perdana Menteri membatalkan lawatan malam ini adalah atas dasar takut untuk berdepan dengan mahasiswa. "SMM masih berpendirian untuk meneruskan perjuangan mempertahankan kebebasan akademik. Perjuangan SMM adalah mempertahankan kebebasan akademik dan bukan hanya mempertahankan Prof Dr Aziz Bari," kata beliau merujuk kepada isu menyelubungi Aziz. UIA sedang menyiasat Aziz berhubung kentataannya menyentuh titah Sultan Selangor awal bulan ini. Banyak pihak mengkritik tindakan UIA mengeluarkan surat tunjuk sebab dengan menggantung tugas Aziz sejak Rabu lalu. Beberapa jam selepas Aziz menjawab surat tunjuk sebab petang semalam, UIA menarik balik penggantungan tugas dan beliau diminta lapor diri hari ini. Jumaat lalu, sekitar 700 pelajar mengadakan demonstrasi di kampus UIA mendesak tindakan ke atas Aziz ditarik balik. Dalam kenyataan hari ini, Syukri berkata, demonstrasi dan penyerahan memorandum pada malam ini tetap akan berlangsung. "Kami menjangkakan, (Menteri Dalam Negeri) Datuk Seri Hishammuddin Hussien akan menerima memorandum kami pada malam ini selaku wakil Perdana Menteri," kata beliau. | ||
Tujuh staf Risda Plantation tak pulang RM1.6 juta, Audit arah kes saman Posted: 24 Oct 2011 11:48 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Risda Plantation Sdn Bhd diarah mengambil tindakan undang-undang ke atas tujuh kakitangannya — pegawai pembeli — yang tidak memulangkan RM1.16 juta, yang disalurkan untuk tujuan pembelian komoditi, kata laporan Ketua Audit Negara 2010. Menurut laporan itu, semakan mendapati wang pendahuluan RM1.16 juta itu untuk pembelian komoditi yang diberi kepada tujuh kakitangan Risda Plantations antara 2001 dan 2005 tidak dipulangkan. "Pihak Audit berpendapat Risda Plantation perlu mengambil tindakan sivil terhadap tujuh kakitangan untuk menuntut semula wang pendahuluan tersebut," kata laporan itu. Laporan itu menambah kes itu membabitkan enam kakitangan cawangan Kuala Kangsar, yang dikesan pada 201 dan seorang lagi di cawangan Machang yang dikesan pada 2005. Risda Plantation didaftarkan pada 1 Ogos 1996 dengan Risda memegang ekuiti 70 peratus sementara Koperasi Pekebun Kecil Getah Nasional Berhad memegang ekuiti 30 peratus. Ia ditubuhkan untuk meneruskan program tanam semula getah dan sawit pekebun kecil secara komersial di bawah pendekatan pengestetan. Ia menguruskan ladang seluas 76,000 hektar kebun getah dan sawit. Menurut penjelasan digariskan dalam laporan itu, peguam telah dilantik untuk mengambil tindakan sivil bagi menuntut semula wang pendahuluan tersebut bagi kes staf cawangan Kuala Kangsar dan bagi kes staf cawangan Machang. Bagaimanapun katanya, seorang staf dari cawangan Kuala Kangsar telah meninggal dunia dan tiada sebarang perjanjian dibuat yang boleh mendakwa warisnya. "Kes cawangan Kuala Kangsar telah melebihi had masa iaitu enam tahun, oleh itu walaupun kesemua kes telah difailkan, hanya satu kes diteruskan sebagai percubaan. "Sekiranya kes ini boleh dimenangi, syarikat akan membawa lima kes yang berikutnya," kata laporan itu lagi. Perbicaraan kes tersebut telah dijadualkan untuk didengar di Mahkamah Sesyen Ipoh pada 22 Ogos lalu, tetapi hakim telah menangguhkannya sehingga 31 Oktober ini. Laporan itu menambah, bagi kes membabitkan cawangan Machang, staf terbabit telah berhenti kerja dan belum dapat dikesan. "Peguam yang dilantik sedang berusaha mendapatkan alamat terbarunya. Bagaimanapun surat tuntutan telah dikeluarkan dengan menggunakan alamat lamanya," kata laporan itu lagi. Laporan itu menambah, kakitangan Risda yang terlibat sebagai pegawai pembeli telah ditamatkan tempoh pinjaman dan penempatan di anak syarikat Risda Plantations dan diarah bertugas balik agensi induk. "Seterusnya jawatankuasa tatatertib pusat Risda yang bermesyuarat pada 13 November 2006 telah menjatuhkan hukuman buang kerja ke atas mereka. "Jawatankuasa Rayuan yang bermesyuarat pada 13 Mac 2007 telah mengubah hukuman tersebut kepada hukuman turun tiga kenaikan gaji selama 36 bulan," katanya lagi. | ||
Posted: 24 Oct 2011 11:48 PM PDT | ||
Laporan Audit: Kami akan betulkan kelemahan, KSN Posted: 24 Oct 2011 11:45 PM PDT PUTRAJAYA — Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata kerajaan akan bertindak mengikut peraturan dalam berurusan dengan sembilan kementerian dan jabatan yang dilaporkan berbelanja melebih had sehingga mengakibatkan penggunaan peruntukan tambahan berjumlah RM3.73 bilion tahun lalu. Ketua Setiausaha Negara berkata langkah-langkah sewajarnya akan diambil ekoran Laporan Ketua Audit Negara 2010 dikeluarkan semalam bagi memastikan kesilapan-kesilapan lalu tidak berulang. "Kami sedang mengambil tindakan susulan ekoran laporan (Ketua Audit) dan akan bertindak mengikut peraturan," kata beliau kepada The Malaysian Insider. Terdahulu Mohd Sidek (gambar) juga memberitahu sidang akhbar bahawa laporan audit menunjukkan masih ada ruang untuk penambahbaikan. | ||
Kg Baru: Gelojohnya kerajaan gadai tanah orang Melayu Posted: 24 Oct 2011 11:44 PM PDT
|
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan