Jumaat, 21 Oktober 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Teras: Tindakan UIA gantung tugas Aziz Bari tidak dapat diterima

Posted: 21 Oct 2011 02:23 AM PDT


KUALA LUMPUR, 20 Okt – Kecaman ke atas pengurusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ekoran tindakan ke atas pensyarah undang-undangnya Prof Dr Abdul Aziz Bari meningkat dengan yang terbaru Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menganggap hukuman digantung dari menjalankan tugas "bagaikan legenda Hang Nadim dalam cerita purba Singapura di langgar todak" dan mahu ia ditarik balik.

Pengerusinya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, akibat beliau mengeluarkan pendapat berdasarkan kepakaran dan kelimuan akademiknya, beliau telah dihukum hanya kerana dilihat tidak memihak kepada pihak wewenang dan dianggap mengancam masa depan kelompok politikus bernafsu.

Kata beliau, ia adalah hari yang hitam untuk dunia ilmu dari sebuah universiti yang bertaraf antarabangsa.

"Menghukum seorang ilmuan untuk tunduk kepada desakan dari golongan yang jahil," kata beliau dalam satu kenyataan lewat malam ini.

Mohd Azmi menambah, tuduhan yang liar dan cuba mengheret seorang sarjana ke kancah dunia politik tidak beradab serta membuat laporan polis atas alasan menghina Raja-raja Melayu adalah petanda kerendahan politikus bertaraf kelas ketiga.

Kata beliau, Teras dan tidak dapat menerima tindakan pihak pegurusan UIA yang menggantung tugas pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah undang-undang universiti itu atas alasan "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" yang telah dimaklumkan dalam surat yang dikeluarkan kepada beliau."

"Soalnya apakah kepentingan universiti yang telah beliau gugat? Adakah taraf universiti tersebut tercemar? Jika benar, apa buktinya ia tercemar?" kata beliau lagi,

Mohd Azmi menambah, bagi Teras perkembangan semasa ini adalah prisiden dan kejadian yang sangat tidak sihat bagi dunia akademik.

"Prof Aziz Bari berkhidmat dengan UIA sejak 22 tahun lalu menjadi mangsa kepada kegelojohan ahli politik yang hanya mahu seluruh sistem yang ada di negara ini ditundukkan kepada kehendak mereka.

"Yang jelas beliau tidak sama sekali boleh dimasukkan dalam kelompok yang mempunyai kepentingan meraih keuntungan politik seperti terdapat setengah ahli politik yang hanya mempunyai cita-cita dangkal untuk memenuhi ego masing-masing," kata beliau lagi.

Sehubungan kata beliau, "kami kesal bagaimana beliau telah dilihat sebagai orang yang melakukan hasutan apatah lagi tuduhan bahawa beliau telah melakukan suatu yang menjejaskan imej atau kepentingan UIA."

"Padahal beliau adalah antara pensyarah kanan dalam bidang undang-undang perlembagaan yang ulung dinegara ini," kata Mohd Azmi lagi.

Katanya, adalah tidak munasabah beliau mengeluarkan kenyataan yang tidak berasaskan ilmu yang menjadi bidang kajiannya sehingga beliau menjadi sarjana yang mempunyai autoriti untuk memberi pandangan.

"Kesan dari tindakan ini bukan sahaja menjejaskan imej UIA yang seharusnya menghormati kebebasan akademik, malah ia juga menghilangkan keyakinan warga akademik dan masyarakat awam terhadap wibawa universiti itu sendiri," kata Mohd Azmi yang juga pengerusi bersama Himpunan Sejuta Umat.

Selaian itu implikasi kepada pelajarnya daripada daripada peringkat sarjana muda hingga ke doktor falsafah juga akan turut terjejas, kata beliau.

"Teras juga kesal dengan tindakan beliau disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung reaksinya kepada titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan sebuah gereja di Petaling Jaya. Seolah beliau telah melakukan suatu jenayah besar untuk dihadap dengan sesiatan polis," katanya lagi.

Soal beliau, apakah hanya dengan mengeluarkan pendapat terhadap Sultan Selangor bahawa baginda sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campur tangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam, menjadi suatu kesalahan.

"Teras menggesa hukuman gantung dari tugas itu ditarik balik dan Prof Aziz diberi kebebasan sebagai seorang sarjana untuk memberi pandangan dalam bidang yang beliau adalah pakarnya," katanya lagi.

Peguam Muslim: Himpun tiada pilihan kerana ‘dialog kadang-kadang gagal’

Posted: 21 Oct 2011 02:15 AM PDT


KUALA LUMPUR — Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) berkata Himpunan Sejuta Umat (Himpun) esok terpaksa diadakan kerana isu gejala pemurtadan umat Islam tidak dapat diuruskan dengan baik kerana saluran "dialog kadang-kadang gagal mencapai matlamat."

Presiden PPMM Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, Himpun bertujuan mahu menzahirkan rasa tidak puas hati umat Islam atas gejala pemurtadan umat Islam yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun pemimpin peguam ini tidak menyatakan perangkaan. Isu murtad akan menjadi fokus agenda esok.

Sehubungan itu kata beliau, perhimpunan esok bukan bertujuan untuk menimbulkan ketegangan antara umat Islam dan orang bukan Islam kerana Islam itu sendiri menganjurkan toleransi beragama.

"Kepedulian umat Islam yang menyertai Himpun adalah terhadap segelintir orang bukan Islam dan orang Islam yang menganut fahaman liberal masih menyanggah undang-undang yang berkuatkuasa memurtadkan umat Islam," kata beliau dalam satu kenyataan.

"Sekali lagi ditegaskan Himpun bukan melancarkan peperangan terhadap mana-mana pihak tetapi hanya manifestasi kepedulian umat yang sayangkan aqidah Islam.

"Perhimpunan juga bukanlah suatu yang asing dalam Islam kerana Islam sendiri menganjurkan perhimpunan seperti semasa menunaikan haji dan solat berjemaah," kata beliau.

PPMM juga kata beliau, sebagai salah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang membentuk Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) menyokong Himpun dan akur ia bukan satu-satunya wadah bagi memartabatkan Islam dan menyatukan akidah umat Islam, tetapi kesemua wadah tersebut perlu diambil termasuklah transformasi sistem pendidikan, pengagihan zakat sistem sosial dan politik.

Himpun yang menyasarkan lebih 100,000 orang mewakili lebih 2,000 pertubuhan bukan kerajaan.

Kata Zainul Rijal, himpun tidak dinaungi oleh mana-mana parti politik tetapi parti politik dijemput hadir bagi menzahirkan kesatuan umat Islam tanpa mengira ras, bangsa dan ideologi politik.

"Dakwaan bahawa Himpun mempunyai agenda politik tertentu adalah tidak benar dan ia merupakan andaian semata-mata.

"Setakat ini, PPMM telah dimaklumkan bahawa tidak ada rujukan yang dibuat kepada Sekretariat Himpun oleh mana-mana pihak bertanyakan apa-apa isu yang dibangkitkan itu termasuklah andaian agenda politik tersebut," kata Zainul Rijal lagi.

Malah menurut beliau, sepatutnya bagi mendapatkan penjelasan lanjut semua pihak perlu menghubungi Sekretariat Himpun bagi mendapatkan input sebenar bukan melalui pandangan pihak ketiga.

"Prinsip asas ini perlu diamalkan bagi mengelak salah tanggapan terhadap mana-mana pihak," katanya lagi.

Aziz Bari balas surat Selasa ini, lagi pemimpin kecam UIA

Posted: 21 Oct 2011 02:12 AM PDT


KUALA LUMPUR− Sementara pemimpin politik dan badan bukan kerajaan melahirkan sokongan moral kepada Prof Dr Abdul Aziz Bari, pensyarah undang-undang itu menegaskan beliau sama sekali tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengecam Sultan Selangor.

Sebaliknya kata Aziz, beliau hanya memberi pandangan mengenai aspek perundangan yang perlu diketahui oleh masyarakat awam mengenai institusi diraja dan peruntukan perlembagaan.

"Sebagai ahli akademik, saya ada peranan untuk memberitahu rakyat, itu yang saya lakukan," kata beliau dalam kenyataannya mengulas perkembangan semasa.

Dengan merujuk kepada laporan Kosmo! hari ini, kata Aziz (gambar), "ada media mengeluarkan laporan bahawa saya mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan Sultan Selangor."

"Saya akan bercakap dengan peguam saya mengenai perkara ini," katanya lagi.

"Saya tidak mengecam Sultan Selangor," kata Aziz sambil menambah beliau akan menjawab surat tunjuk sebab pada Selasa ini.

"Saya akan bertemu dengan peguam saya nanti untuk menyediakan penjelasan kepada surat tunjuk sebab yang diberikan (oleh UIA)... mungkin saya akan hantar Selasa ini," kata beliau.

Dalam pada itu Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman berkata, tindakan surat tunjuk sebab terhadap Aziz merupakan satu tindakan yang bukan sahaja pelik, tetapi juga terkebelakang dari perspektif menyuburkan budaya pemikiran kritis.

"Pada padangan saya, mana-mana pandangan ilmiah seharusnya diberikan jawapan secara ilmiah dengan diadakan perdebatan secara ilmiah.

"Tidak seharusnya pandangan ilmiah dijawab dengan kekuasaan politik," kata beliau sambil menambah, "justeru adalah tidak harian mengapa indeks universiti terbaik di Malaysia jatuh merudum pada tahun ini.

Justeru beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang berkata, "adakah Malaysia sedang menuju ke arah politik seperti negara Afrika Timur yang membunuh kaum intelektual?"

"Seperti yang kita maklumi, Uganda sebelum ini diperintah oleh Milton Obote. Namun selepas rampasan kuasa oleh Idi Amin, beliau menjadi diktator yang telah membisukan kaum intelektual.

"Mereka yang tidak mahu dibisukan terpaksa nyah keluar dari negara Uganda. Adakah nasib yang sama akan menimpa Malaysia? Saya medoakan agar Malaysia tidak ke arah itu," katanya lagi.

Kata beliau, tindakan terhadap Aziz juga adalah langkah yang tidak selari dengan seruan Perdana Menteri ketika pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10 yang telah menyebut salah satu lagi agenda nasional bagi merealisasikan matlamat Malaysia sebagai sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi ialah penghasilan modal insan yang berkualiti.

"Justeru, saya berharap agar YAB Perdana Menteri dapat mengotakan janji beliau," katanya.

Dalam pada itu, Adun DAP Kampung Tunku Lau Weng San pula menyifatkan tindakan UIA menggantung tugas Aziz sebagai zalim terhadap para akademik dan telah mencalah imej antarabangsa Malaysia.

"Saya mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pengurusan UIA yang menggantung tugas dan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Profesor Abdul Aziz Bari kerana kenyataan beliau berkenaan dengan peranan yang dimainkan oleh Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama.

"Tindakan UIA yang bertujuan untuk menghukum anggota-anggota akademik yang mengeluarkan pandangannya berdasarkan pengetahuan dan kepakaran dalam bidang kajiannya adalah amat silap. Tindakan ini tidak lain tidak bukan mempunyai motif politik dan bertujuan untuk melenyapkan pandangan yang berbeza dengan pihak berkuasa," katanya lagi.

"Oleh itu, saya mengkritik dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan UIA dan saya juga menyeru pihak UIA supaya segera menarik balik penggantungan tugas Profesor Abdul Aziz Bari ini dan memulihkan tugas beliau di UIA dengan serta-merta," katanya lagi.

Pendirian yang sama diutarakan oleh Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan.

"Kami warga Dewan Pemuda PAS Malaysia cukup tersinggung dengan perkembangan ini. Sudahlah mahasiswa mereka belenggu dengan pelbagai peraturan seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti, kini pensyarahnya pula berdepan dengan tindakan yang tidak bertamadun oleh sebuah pusat pengajian yang kononnya bertaraf antarabangsa.

"Kami mendesak agar Prof. Dr. Abdul Aziz Bari segera dibebaskan dari penggantungan yang telah mencemar dunia ilmu dan merosakkan reputasi universiti sebagai menara ilmu dalam negara ini," kata beliau.

Nasrudin berkata, kalaupun gagal menaikkan prestasi universiti di peringkat antarabangsa maka janganlah pula dirosakkan lagi pencapaian sedia ada kerana ia sangat memalukan.

PAS Bukit Katil nafi laporan Sinar Harian

Posted: 21 Oct 2011 02:09 AM PDT

Ahmad Danial









MELAKA: PAS Kawasan Bukit Katil menggesa akhbar Sinar Harian membuat penafian berita mengenai penyertaan bekas ketua PAS cawangan ke dalam Umno.

Setiausahanya, Ramli Dalip (gambar kecil) menyatakan demikian sebagai respons kepada laporan akhbar tersebut hari ini bahawa 30 ahli PKR Ranting Bukit Piatu Parlimen Bukit Katil bertindak membubarkan ranting tersebut dan bertindak menyerahkan borang menyertai Umno kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Dalam laporan itu, bekas Ketua Ranting PKR Bukit Piatu, Md Said Abu berkata mereka sudah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan PKR yang tidak menjaga kebajikan ahli.

Gambar dalam akhbar itu juga menunjukkan bahawa bekas Ketua PAS Cawangan Bukit Piatu, Abdul Samad Mamat ada bersama-sama dengan Mohd Ali dan Md Said.

Menurut Ramli, malam tadi beliau telah bertemu sendiri dengan kedua-dua bekas pemimpin cawangan PAS dan ranting PKR Bukit Piatu itu.

Katanya, mereka menafikan sekeras-kerasnya bahawa mereka telah menyertai Umno dan menyerahkan borang kepada Mohd Ali.

"Gambar itu diambil semasa satu majlis yang melibatkan NGO bukannya majlis Umno atau majlis penyerahan borang Umno, mereka telah manipulasikan program tersebut ambil gambar kata Md Said masuk Umno.

"Cikgu Samad juga menafikan beliau menyertai Umno dan beliau masih aktif membantu Penyelia PAS Dun Kuala Linggi," ujarnya yang juga anggota Perhubungan PAS Negeri Melaka.

Ramli berkata tindakan media itu menyiarkan berita tersebut adalah berniat jahat dan cuba memburuk-burukkan PAS dan PKR khususnya di Bukit Piatu dan Parlimen Bukit Katil.

"Kita menyelidik berita tersebut sebelum menyiarkannya kepada umum, ianya memberikan impak yang besar kepada imej individu yang ditunjukkan dalam gambar tersebut," jelas Ramli.

Mansuh ISA: 13 bebas, 16 bela diri

Posted: 21 Oct 2011 02:07 AM PDT

Hazayani Zakaria Foto: Wan Zahari


KUALA LUMPUR: Seramai 13 daripada 29 tahanan yang menyertai Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 hari ini dibebaskan manakala 16 lagi diarahkan membela diri.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad membacakan keputusan tersebut di Mahkamah Sesyen Jalan Duta selepas hampir dua tahun kes itu dibicarakan.

13 tahanan yang merupakan anggota Unit Amal iaitu pertubuhan di bawah Dewan Pemuda PAS Pusat didakwa di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Pihak pendakwa bagaimanapun gagal mengemukakan bukti-bukti bahawa ianya pertubuhan haram dan tidak boleh disabitkan dengan menyertai perhimpunan haram.

Manakala 16 tahanan lagi yang didakwa di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dipanggil membela diri pada 1 dan 2 Disember depan kerana pihak pendakwa berjaya membuktikan prima facie kes bagi pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 27 Akta Polis dan dipanggil membela diri.

Tiga daripada 16 tahanan tersebut ialah aktivis Gerakan Mansuhkan Isa (GMI) sendiri, Nashita Md Nor dan Norlaila Othman dan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi.

Bercakap kepada pemberita di luar kamar mahkamah, peguambela Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi yang juga berkata, berdasarkan keptusan awal, pihaknya yakin mempunyai pembelaan yang kukuh terhadap 16 tahanan tersebut.

"Kami di pihak peguam bela berasa yakin bahawa kita mempunyai pembelaan yang kukuh untuk 16 tahanan ini dan kita akan terus mendapatkan keterangan daripada saksi-saksi untuk membuat persiapan dalam kes pada 1 dan 2 disember nanti," katanya yang juga Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Pusat.

Gembira dengan pembebasan 13 tahanan itu, beliau bersama pasukan peguam bela yang lain bagaimanapun katanya perlu mempersiapkan diri untuk perbicaraan Disember depan.

"Perasan bercampur baur...kita gembira dengan pembebasan semua anggota Unit Amal yang didapati tidak bersalah dalam dua-dua pertuduhan tapi dalam masa yang sama perlu membuat persiapan untuk membela 16 yang mempunyai pertuduhan pilihan iaitu terlibat dalam perhimpunan haram," katanya.

Tambahnya kes itu agak unik kerana mereka menang pertuduhan pertama namun dipanggil membela diri untuk pertuduhan pilihan.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamed mengucapkan tahniah kepada 13 Unit Amal yang bebas dan terima kasih kepada pihak peguam yang bertungkus-lumus memenangkan kes.

Beliau berkata, kemenangan itu harus dijadikan suntikan semangat untuk konsisten dalam perjuangan manakala yakin pihak peguam mampu mengulangi kejayaan untuk kes 16 tahanan lagi.

"Pemuda mengucapkan terima kasih kepada Juham yang menyediakan tenaga peguam daripada awal sehingga akhir kes.

"Tahniah kepada 13 Unit Amal dan kita harap ini memberi semangat untuk kita terus beri komitmen dalam perjuangan.

"Kepada 16 yang masih diminta membela diri, saya yakin Juham akan memnebri pembelaan yang terbaik untuk pastikan semua tahanan dibebaskan," katanya.

Turut hadir memberi sokongan ialah Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr. Siti Mariah Mahmud, Ketua Muslimat Wilayah Persekutuan, Nuridah Salleh.

Sebutan semula Husam saman Utusan 11 Jan 2012

Posted: 21 Oct 2011 02:03 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Kes saman Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa terhadap Utusan Melayu (M) Bhd akan disebut semula pada 11 Januari tahun depan.

Dalam saman itu, Husam selaku plaintif telah menamakan Utusan Melayu (M) Bhd, Azran Fitri Rahim dan Ketua Pengarang Mingguan Malaysia sebagai defendan-defendan berhubung artikel bertajuk "Nik Aziz beri cuti lima hari untuk tenangkan fikiran, Husam letak jawatan?" yang disiarkan di dalam akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 23 Nov 2009 berkaitan kemelut perletakan jawatan Ir Abdulariff Fahmi Abd Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMBK.

Pada prosiding hari ini ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar, Norazlin Othman di kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Husan diwakili oleh Dr Zulqarnain Lukman dan defendan-defendan diwakili oleh Cik Rohanidah.

Pada prosiding hari ini juga, pihak defendan memohon perlanjutan tempoh masa bagi mendapatkan rakaman televisyen sidang akhbar oleh Badan Perhubungan PAS Kelantan dan beberapa dokumen lain.

MIC Kedah yakin tawan semula 2 kerusi tradisi pada PRU-13

Posted: 21 Oct 2011 02:01 AM PDT

MALAYSIA CHRONICLE


PADANG SERAI - MIC Kedah yakin dapat menawan semula dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tradisinya iaitu Lunas dan Bukit Selambau pada pilihan raya umum ke-13 berdasarkan perkembangan positif pengundi di situ.

Pengerusinya S. Ananthan berkata sambutan yang diterima pada majlis anjuran MIC dan Barisan Nasional (BN) menunjukkan pengundi India di negeri itu kini semakin condong kepada BN.

"Keadaan ini lebih memudahkan pekerja-pekerja parti menjalankan tugas mereka menyelami hasarat kaum India di Kedah," katanya kepada pemberita selepas program penyampaian sumbangan duit raya sempena Deepavali kepada lebih 1,700 murid di tiga sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil (SRJKT) dalam DUN Lunas hari ini.

Tiga sekolah terbabit yang dikunjungi Ananthan dan Naib Ketua Umno Bahagian Padang Serai Mohd Bakri Hashim ialah di Ladang Victoria, Ladang Henerita dan Ladang Lunas/Wellesley Lunas.

Ananthan berkata pemerhatian di lima kawasan mengundi dalam DUN Lunas yang majoritinya keturunan India yang sebelum ini menyokong pakatan pembangkang kini memihak kepada BN.

"Dianggarkan 6,000 pengundi India, iaitu 70 peratus daripada pengundi di kawasan itu memihak kepada BN, lebih-lebih lagi dengan keadaan kucar-kacir dalam Parti Keadilan Rakyat serta isu undang-undang hudud yang dibawa PAS," katanya.

Beliau berkata MIC Kedah juga tidak bimbang jika ada pengundi menyertai parti kaum India lain, asalkan mereka menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SKJT Ladang Lunas/Wellesley Lunas P. Parameswaran yang turut hadir mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada kerajaan pusat atas pembinaan sebuah bangunan tiga tingkat di sekolah itu yang siap akhir tahun lepas.

Bangunan bernilai RM1.8 juta itu telah digunakan awal tahun ini dan dapat menampung 840 murid, katanya.- Bernama

Kamu salah, Chua Soi Lek: Politik kotor tidak akan jadi ‘kebiasaan’!

Posted: 21 Oct 2011 01:59 AM PDT

Jackson Ng


Saya membaca dengan jijik laporan mulut MCA, The Star yang memetik tuannya, Presiden MCA Chua Soi Lek berkata politik kotor adalah kebiasaan pada masa kini.

Betapa sombong tidak tahu malu dan tidak beretika boleh seorang ahli politik itu jadi? Chua pastilah yang paling teruk sekali.

Dengan berkata begitu, adakah beliau menggalakkan politik kotor, menyokong dan menjustifikasi tindakan tidak beretika itu?

Betapa hinanya Presiden MCA akan pergi untuk mengampu ahli-ahli politik bengap seperti UMNO? Chua sangat menghina dan memalukan kaum Cina.

Dalam percubaannya untuk menjustifikasi amalan politik kotor terhadap anak lelaki Lim Guan Eng, pada masa yang sama beliau tidak mengindahkan peraturan asas menegakkan kebenaran.

Chua berkata beliau juga mangsa politik kotor apabila beliau ditangkap melakukan hubungan zina. Beliau juga berkata ramai ahli politik BN adalah mangsa politik kotor oleh Pakatan Rakyat. Jangan lupa kebanyakan politik kotor itu merupakan kerja-kerja orang dalaman!

Dakwaan cabul salah

Walau bagaimanapun, dalam kes Guan Eng, kelihatan tiada kebenaran dalam tuduhan bahawa anak lelakinya mencabul rakan sekolahnya.

Pengetua sekolah telah mengesahkan tiada pencabulan berlaku dan penulisan dib log-blog UMNO juga telah menggunakan gambar perempuan asing sebagai "mangsa".

Dalam kes ini, tiada satu kebenaran pun dalam tuduhan itu. Ia hanyalah fitnah yang digunakan terhadap musuh politik tetapi fitnah yang akan menghantui budak sekolah yang tidak bersalah dan tidak berbuat apa-apa. Dia hanya dilahirkan sebagai anak seorang ahli politik bernama Lim Guan Eng.

Zina itu benar

Tetapi, dalam pendedahan DVD seks Chua, insiden itu benar. Beliau menipu isterinya dan hanya boleh menyalahkan dirinya sendiri.

Bagaimana perlauan seks itu boleh terdedah, samada ianya beretika atau tidak, boleh diperbahaskan.

Sudah tentu ada yang berkata ianya soal peribadi dan penggunaan kamera pengintip itu adalah tidak beretika.

Walau bagaimanapun, saya ingin bercanggah apabila soal isu moral yang mengaitkan seseorang yang seharusnya mewakili komuniti. Tiada apa yang peribadi dalam soal perilaku mana-mana Presiden MCA.

Tanpa ragu-ragu, saya tidak akan mempercayai lelaki yang berzina untuk mengetuai saya ataupun komuniti. Jika dia boleh menipu isteri dan keluarganya, kamu ingat kamu boleh percaya dia untuk mewakili kepentingan kamu?

Seperti yang telah saya tulis sebelum ini, mengampuni dosa Chua adalah satu perkara. Menerimanya sebagai pemimpin adalah perkara yang lain lagi.

- Jackson Ng merupakan seorang jurnalis bersara dan pembaca Malaysia Chronicle

Isu Aziz Bari: Pakatan hentam UIA tunduk kepada UMNO

Posted: 21 Oct 2011 01:53 AM PDT

Maria Begum, Malaysia Chronicle

Seperti yang dijangka, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah tunduk kepada pentadbiran Najib dan menggantung professor undang-undang Abdul Aziz Bari selepas ahli akademik itu berkata tiada sebab kenapa rakyat tidak boleh mempersoal dan mengkritik tindakan Sultan, selepas keputusan kontroversi oleh Sultan Selangor berkenaan serangan Jais-DUMC.

Sehari yang lalu, berita tergempar dengan pihak polis memanggilnya untuk penyiasatan di bawah Akta Hasutan kerana menyatakan pandangannya. Tindakan pihak berkuasa dan pentadbiran UIAM telah dihentam keras.

Kata MP Bukit Gantang Nizar Jamaluddin: "Tindakan ini adalah suatu tragedy dan penghinaan kepada institusi pengajian tinggi seperti UIA, yang merupakan salah satu daripada universiti yang mendapat penghargaan dunia di negara ini. Saya rasakan ada tangan di belakang tabir yang telah mengarahkan pihak universiti mengeluarkan surat tunjuk-sebab kepada professor itu. Jelas ini datang dari pihak atasan dalam UMNO-BN kerana mereka rasa ulasan professor itu akan menggalakkan budaya pandangan bebas daripada ahli-ahli akademik dan rakyat."

Kata MP PJ Utara Tony Pua: "Kita tidak selalu setuju dengan pandangan Dr Aziz, tapi kita percaya setiap orang, apa lagi ahli akademik dalam bidang berkenaan, harus mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat mereka dalam semua perkara berkaitan perlembagaan. Malaysia adalah negara yang dibangunkan melalui kedaulatan undang-undang, bukannya undang-undang yang dihambakan untuk kuasa mutlak. Tindakan daripada pihak kerajaan dan universiti hanya membuktikan tiada ruang untuk kebebasan akademik di institusi tertieri negara kita, da Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) digunakan sebagai alat untuk memastikan kepatuhan di antara ahli akademik dan pelajar.

Dilaksana serta-merta, untuk jangka masa yang tidak diketahui

Aziz didakwa 'membuat kenyataan yang bercanggah dengan kepentingan universiti'. Penggantungannya akan dilaksana serta-merta dan untuk tempoh masa yang tidak diketahui. Cumanya penggantungan ini dibayar walaupun tidak jelas untuk berapa lama UIA akan terus membayar gajinya.

Sementara itu, satu kumpulan bernama Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) telah menghentam tindakan media mainstrim, terutamanya akhbar UMNO, dalam "pemfitnahan" ke atas professor itu, yang terkenal di kalangan pelajar-pelajarnya dan ramai rakyat Malaysia.

"Pergerakan ini kecewa dengan fitnah dalam bentuk serangan peribadi terhadapnya," Rosli Mahat, setiausaha agung Gerak, dilaporkan berkata kepada Harakahdaily.

Menurut Gerak, Prof Aziz dihormati dan berkelayakan untuk memberikan penjelasan yang mendalam sebagai salah satu peranannya sebagai seorang pakar dalam bidang itu. Mereka yang tidak bersetuju dengannya sepatutnya mengeluarkan hujah berdasarkan rasionaliti dan profesionaliti di sebalik mengugut dan menyerangnya secara peribadi.

Sebagai seorang ahli akademik, Aziz mempunyai hak untuk berkongsi pandangannya. Ini adalah sebahagian daripada kebebasan akademik untuk semua ahli-ahli akademik. Mana-mana negara yang mahu berbangga dengan universiti-universiti mereka harus memastikan institusi-institusi pengajian tinggi mereka menghasilkan pelajar yang baik, dan ini termasuk memberi sokongan, hormat dan membela kebebasan akademik.

"Kebebasan akademik disarankan oleh UNESCO dalam terbitan mereka berjudul Recommendation Concerning the Status of Higher Education Teaching Personnel," kata Gerak, menyentuh terbitan itu diluluskan oleh badan dunia itu pada 11 November 1997.

Sultan tidak kebal daripada kritikan

Dalam kesudahan keputusan kontroversi Sultan berkenaan serangan Jais-DUMC, Aziz berkata Pemerintah itu ada hak untuk campur tangan tetapi keputusannya harus selari dengan Islam. Dia juga berkata Sultan tidak kebal daripada kritikan selagi pengkritik itu tidak menyokong pembuangan sistem diraja, yang dikira sebagai satu hasutan berdasarkan perlembagaan Malaysia.

Aziz juga dipersoal oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, selepas bekas Perdana Menteri menyebutnya "kurang ajar".

"Apa yang patut dilakukan oleh kerajaan dan juga institusi-institusi pengajian tinggi ialah memberi kebebasan dan ruang untuk ahli-ahli akademik meyuarakan pandangan mereka kerana ia tidak melibatkan politik partisan. Sebagai seorang professor dan pakar dalam perlembagaan Malaysia, Abdul Aziz patut diberi hak untuk bersuara dan bukan menghalangnya daripada berbuat demikian," kata Nizar.- Malaysia Chronicle

Anya sahkan tiada gangguan seksual, apa kata UMNO?

Posted: 21 Oct 2011 01:47 AM PDT

Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle



TERKINI Jaguh catur asal UK, Anya Sun Corke telah mengeluarkan kenyataan rasminya menafikan beliau pernah bertemu anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang, berusia 16 tahun itu. Beliau turut menyatakan rasa simpati beliau kepada remaja itu "yang dimalukan dengan pelbagai tohmahan tidak benar".

Anya pencatur bertaraf dunia itu terkejut dan marah bila beliau diheret ikut "khabar angin yang tidak benar dan menghina" angkara sebaran blog pro-UMNO, satu lagi tamparan ke muka Perdana Menteri Najib Razak dan parti pimpinannya.

"Ini bukan sesuatu yang remeh. UMNO dan Najib sekali lagi memalukan nama baik negara. Mereka harus berhenti segera dari memerintah Malaysia," ujar Timbalan Presiden PKR, Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.

UMNO memalukan diri sendiri dan nama baik negara

Blog pro-UMNO yang diuruskan oleh ketua bahagian Bukit Gelugor Novandri Hasan telah menyiarkan gambar Anya duduk bersebelahan anak lelaki Lim Guang Eng itu. Mereka menuduh remaja itu telah melakukan perlecehan seksual yang mengakibatkan dia dipindahkan dari Sekolah Heng Yee ke Sekolah St. Xavier di Pulau Pinang. Tujuan mereka hanya satu iaitu untuk menjatuhkan maruah Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP yang semakin popular di kalangan penduduk Pulau Pinang.

"Saya tidak pernah bertemu atau kenal orang-orang yang terlibat. Dan saya juga tidak pernah diperlaku secara fizikal dalam apa cara sekalipun. Saya tidak pernah diperlaku dalam apa cara sekalipun oleh remaja itu mahupun keluarganya," Anya dipetik dari kenyataannya.

"Hanya penyebaran dan penerbitan gambar dan cerita tentang saya dengan tuduhan dan khabar angin menghina itu telah membuatkan "diri saya dicabul."

Jaguh catur dunia berusia 21 tahun itu ialah penuntut Wellesley College di Amerika. Anya ialah jaguh catur bahagian wanita dan antara pemain catur terkemuka dari Hong Kong. Beliau kini mewakili England dan sebelumnnya memenangi beberapa pertandingan catur terbuka Hong Kong pada tahun 2004, 2005, 2006 dan 2008.

Di dalam kenyataannya, Anya menyatakan beliau tidak pernah mengunjungi Malaysia sejak tujuh tahun yang lalu, dan terkejut, kesal dan bingung bagaimana gambarnya digunakan dengan cara yang jahat tanpa pengesahan dan pengetahuannya.

"Saya ingin merakamkan rasa simpati saya kepada remaja itu yang telah dimalukan dengan tohmahan yang tidak benar. Saya berharap rakyat Malaysia dan pihak media boleh menghormati diri saya dan mengelak dari membuat sebarang hubungan tanpa pengesahan dari diri dan keluarga saya, rakan-rakan kolej, pertubuhan catur dan mana-mana yang berkaitan," kata Anya.

Apa yang Anya tidak tahu?

Sesungguhnya Anya memang tidak tahu menahu tentang parti yang memerintah Malaysia sangat gemar perihal seks.

Ia bermula sejak tahun 1998, bila bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad cuba meyakinkan dunia antarabangsa tuduhan liwat Anwar Ibrahim itu benar guna mematikan karier politiknya.

Walaupun kesannya besar kepada negara dan 'sudah terang lagi bersuluh' yang tuduhan itu direka-reka, Mahathir tetap berkeras menghancurkan karier politik Anwar. Kekejaman Mahathir itu hanya boleh difahami dengan satu tujuan – untuk terus berkuasa selama-lamanya.

Perkara yang sama berlaku lagi pada tahun 2008, bila Perdana Menteri sekarang, Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor didakwa menggunakan taktik Mahathir, mereka-reka cerita untuk 'menggantung' Anwar dengan dakwaan yang sama untuk tujuan yang sama – terus berkuasa.

Dalam tempoh tiga tahun ini, politik keji telah digunakan secara besar-besaran oleh para pembesar UMNO – mengetahui yang mereka akan lingkup – menggunakan isu seks yang menjijikkan terhadap musuh politik mereka. Mereka tidak mempedulikan cemuhan rakyat jelata yang risau nama baik negara akan tercemar. Dendam dan keinginan untuk terus berkuasa telah menjadi senjata ampuh menghalalkan apa sahaja cara.

"Tidak ada ungkapan untuk segala perbuatan mereka ini. Kes liwat yang direka-reka sangat memalukan, video seks Datuk T adalah sesuatu yang tidak dapat dibayangkan dan menggunakan Anya adalah satu perbuatan yang bodoh," ujar Jui Meng.

"Kesemua ini adalah satu kerja gila dan amat merbahaya kerana UMNO beranggapan asalkan serangan itu ditujukan kepada PKR, DAP atau PAS, ia adalah wajar dan berasas. 'Buatlah Apa Sahaja' ialah slogan hidup mereka selama ini, yang semakin hari semakin tidak boleh dibiarkan lagi. Terdesak atau tidak, UMNO harus bertanggungjawab."

Tidak boleh berpatah balik lagi

Memang benar, ramai pemimpin UMNO telah melangkau titik dimana mereka tidak boleh berpatah balik lagi. Mereka berdegil mempertahankan kenyataan mereka seperti yang dibuat Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang menghalalkan perlecehan seks.

Graduan Universiti Oxford yang mempunyai dua orang anak itu tidak tahun membezakan kenapa ianya salah menyerang remaja berusia 16 tahun yang sepanjang usianya akan dilabel 'gila seks' di dalam gambar yang dipalsukan, berbanding dengan gambar-gambar anak pemimpin Menteri Kabinet UMNO yang jelas tidak ditokok-tambah banyak di dalam laman internet, berkepit dalam kemewahan bersama teman wanitanya.

Yang melegakan, tidak semua pemimpin UMNO bersetuju dengan Khairy.

"Sekiranya ia tidak benar, pihak polis harus mengambil tindakan terhadap blogger itu. Parti UMNO juga harus mengambil tindakan terhadap perbuatan Dr. Novandri itu," kata Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin.

"Pertama sekali, sebelum menuduh sesiapa, periksalah dahulu. Saya ingin mengingatkan semua ahli politik, tidak kira dari Kerajaan atau Pembangkang untuk tidak mengheret anak-anak mereka ke dalam kancah politik," ujar Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Jalil.

Mungkin masanya untuk Majlis Tertinggi UMNO melakukan pembersihan menyeluruh di dalam parti itu bermula dengan Presidennya Najib Razak.

Sejak dilantik menjadi Perdana Menteri bulan April 2009, beliau telah memalukan negara dalam banyak hal termasuk kes rasuah dan skandal seks, tak lupa juga tindakannya yang membuli rakyat berhimpun aman menuntut pilihanraya bersih dan adil yang mana telah mendapat reaksi keras dari Amerika, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB dan kritikan secara tidak langsung dari Permaisuri England, Ratu Elizabeth.Malaysia Chronicle

Mansor Othman: Penggantungan Aziz Bari kolot

Posted: 21 Oct 2011 01:42 AM PDT

MALAYSIA CHRONICLE



Tindakan surat tunjuk sebab terhadap Prof. Dr. Aziz Bari serorang ahli akademi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) merupakan satu tindakan yang bukan sahaja pelik tapi terkebelakang dari perspektif menyuburkan budaya pemikiran kritis di negara kita. Pada padangan saya, mana-mana pandangan ilmiah seharusnya diberikan jawapan secara ilmiah dengan diadakan perdebatan secara ilmiah. Tidak seharusnya pandangan ilmiah dijawab dengan kekuasaan politik. Justeru tidak harianlah mengapa indeks universiti terbaik di Malaysia jatuh merudum pada tahun ini sehingga gagal menempatkan diri dalam senarai 400 buah universiti terbaik di dunia dalam kedudukan Times Higher Education (THE) baru-baru ini. Lebih menyedihkan kerana Malaysia jauh tertinggal berbanding dengan negara Asia seperti Hong Kong, Jepun dan China malah negara jiran seperti Singapura dan Thailand.

Adakah Malaysia sedang menuju ke arah politik seperti negara Afrika Timur yang membunuh kaum intelektual? Seperti yang kita maklumi, Uganda sebelum ini diperintah oleh Milton Obote. Namun selepas rampasan kuasa oleh Idi Amin, beliau menjadi diktator-brutal yang telah membisukan kaum intektual. Mereka yang tidak mahu dibisukan terpaksa nyah keluar dari negara Uganda. Adakah nasib yang sama akan menimpa Malaysia? Saya medoakan agar Malaysia tidak ke arah itu.

Tindakan terhadap Prof. Dr. Aziz Bari juga adalah tindakan yang tidak selari dengan seruan Perdana Menteri ketika pembentangan Rancangan Malaysia Ke 10 yang telah menyebut: "Salah satu lagi agenda nasional bagi merealisasikan matlamat Malaysia sebagai sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi ialah penghasilan modal insan yang berkualiti. Untuk itu, kita mahukan institusi pengajian tinggi awam mempunyai murabbi yakni tenaga pengajar dan penyelidik yang terbaik dan bermotivasi." Justeru, saya berharap agar YAB Perdana Menteri dapat mengotakan janji beliau.

Dalam masa yang ssama saya melahirkan perasaan bimbang dengan perkembangan ini. Institusi Pengajian Tinggi (IPT) merupakan "the last bastion" yakni kubu terakhir tradisi keintelektualan. Sekiranya IPT terseret ke kancah politik dan dirampas otonomi dan kebebasan akademik dengan ditundukkan kepada politik kepartian, maka IPT akan kehilangan misi intelektualnya. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) harus mempertahankan dirinya sebagai "Garden Of Knowledge and Virtue"

Akhir sekali saya mencadangkan agar saranan yang dikemukakan oleh Ali Mazrui, seorang sarjana di Universiti Binghamton diambil kira untuk memastikan kecemerlangan institusi pendidikan Malaysia. Beliau telah menulis dalam makalah bertajuk Towards Re-Africanizing African Universities: Who Killed Intellectualism in Post Colonial Era?

: "A university has to be politically distant from the state: second, a university has also to be culturally close to society; and the third, a university has to be intellectually linked to wider scholarly and scientific values in the world of learning"

Tindakan UIA bacul, kata PSM

Posted: 21 Oct 2011 01:40 AM PDT

PSM bidas tindakan UIA yang menggantung tugas profesor undang-undang Aziz Bari.



PETALING JAYA: Parti Sosialis Malaysia (PSM) hari ini menyifatkan tindakan pihak pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang menggantung tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari sebagai bacul.

Setiausahanya S Arulchelvan berkata, PSM menganggap tindakan menggantung pensyarah kanan kulliyyah undang-undang itu sebagai tindakan bacul dan kurang profesional.

"Tindakan ini juga menjurus kepada mencabul hak kebebasan akademik dan hak memberikan pendapat iaitu satu hak perlembagaan," kata Arutchelvan dalam satu kenyataan media.

Semalam UIA telah menggantung perkhidmatan Aziz Bari dan turut mengemukakan surat tunjuk sebab berikutan kenyataan beliau di dalam laporan Malaysiakini pada 12 Oktober.

Aziz Bari dilaporkan sebagai berkata bahawa Akta Hasutan 1948 tidak mepunyai peruntukan untuk menyabitkan seseorang untuk komen yang dibuat terhadap sultan.

Beliau digantung perkhidmatan berdasarkan Peraturan 15(1), Peraturan Disiplin Kakitangan 2005 UIA.

Campurtangan Umno

Arutchelvan turut menyifatkan penggantungan Aziz menunjukkan bahawa golongan akademik hanya boleh memberi kenyataan pro-pemerintah lantas menunjukkan bahawa wujud campurtangan Umno dalam keputusan penggantungan itu.

"Tindakan ini membuktikan ada campurtangan politik memandangkan desakan untuk mengambil tindakan terhadap beliau datangnya dari Umno dan kuncu-kuncunya.

Arutchelvan turut membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berucap mengenai hak kebebasan dan pentadbiran yang lebih telus walhal tindakan dalam kes Aziz Bari adalah bertentangan sekali.

"Tindakan ini sekali lagi mencetuskan persoalan, "cakap tak serupa bikin". Tetapi pada realitinya, setiap suara pembangkang diambil tindakan dengan pelbagai cara yang anti demokratik.

"Justeru itu, PSM mahu UIA memaafkan Aziz Bari dan membenarkan beliau bertugas seperti biasa.

Dalam perkembangan berkaitan satu demonstrasi bagi menyatakan sokongan untuk Aziz Bari dianjurkan hari ini di pekarangan Masjid UIA Gombak oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia.

Lihat juga:

University suspends Aziz Bari

Syarikat Umno ambil wang, tapi jalan tak bina

Posted: 21 Oct 2011 01:39 AM PDT

"Kembalikan wang pendahuluan itu jika tidak mahu bina jalan," katan Husam Musa.



PETALING JAYA: Kerajaan Kelantan mendakwa sebuah syarikat kontraktor milik pemimpin Umno negeri tidak melaksanakan projek walaupun telah menerima wang pendahuluan sebanyak RM5 juta.

Exco Datuk Husam Musa berkata, syarikat berkenaan mendapat projek pembinaan jalan raya empat lorong dari Kota Baru ke Melor.
Beliau ternyata berang dengan tindakan syarikat tersebut.

"Kembalikan wang pendahuluan itu jika tidak mahu bina jalan," katanya tetapi tidak menyebut kos projek berkenaan.

Husam juga mendakwa kerajaan pusat meminggirkan projek pembinaan jalan dari Kota Baru ke Kuala Krai menyebabkan ia terpaksa dibina oleh kerajaan negeri.

Katanya, projek itu diluluskan untuk pembinaan dalam Rancangan Malaysia Ke 10 tetapi akhirnya ditarik balik dengan alasan kerajaan pusat tidak ada peruntukan kewangan.

Projek tertangguh

"Jadi sudah 15 tahun projek itu tertangguh menyebabkan kerajaan negeri membina sendiri denmgan kerjasama syarikat swasta.

"Dan jangan kata ini projek pilihan raya umum ke 13," katanya lagi.

Menurut Husam, kerajaan negeri belum membuat keputusan sama ada jalan tersebut akan dikenakan bayaran tol atau sebaliknya.

Katanya, ia tidak akan dikenakan bayaran tol jika kerajaan negeri mempunyai kewangan yang mencukup.

Untuk itu, tambahnya kerajaan negeri akan memastikan laluan pembinaan jalan berkenaan di atas tanah milik kerajaan dan mengurangkan pembinaan jambatan.

Laporan SPRM terhadap MB Perak

Posted: 21 Oct 2011 01:31 AM PDT

Laporan dibuat berikutan dakwaan ketua DAP Perak Ngeh Koo Ham bahawa Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah meluluskan penjualan tanah di bawah harga pasaran kepada kroninya.



PETALING JAYA: Ketua DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham yang juga Ahli Parlimen Beruas yang mempunyai bukti kukuh telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Ipoh, Perak hari ini.

Laporan ini dibuat susulan daripada dakwaan beliau terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Sri Dr Zambry Abdul Kadir.

"Saya mempunyai bukti kukuh bahawa tanah tersebut diluluskan oleh kerajaan BN sejak rampasan kuasa kerajaan Perak", kata Ngeh yang juga adalah ADUN Sitiawan.

"Saya mengesyaki ada penyalahgunaan terutamanya dalam kelulusan tanah pertanian dan industri yang dijual pada harga RM375 seekar," kata beliau lagi.

Ngeh menambah bahawa harga pasaran tanah di Perak adalah sekitar RM500,000 seekar.

Menurut Ngeh, terdapat empat jenis tanah yang diluluskan oleh Zambry iaitu tanah kuari seluas 528.56 ekar pada harga premium RM 7.1 juta. Tanah lombong seluas 4502.97 ekar pada harga premium RM297,357. Tanah skim perumahan seluas 2,910.61 ekar pula pada harga premium RM123.5 juta manakala 60,561.73 ekar tanah perindustrian dan pertanian dikenakan premium RM22.7 juta.

24, 500 hektar

Lelong secara terbuka akan membawa hasil sekurang-kurangnya RM1.2 billion untuk kerajaan negeri yang membabitkan 24,500 hektar tanah pertanian dan perindustrian.

Pada hari Sabtu yang lepas Ngeh mendakwa bahawa Zambry menjual tanah seluas 60,000 ekar kepada kroni beliau pada harga RM375 seekar.

Ngeh membuat dakwaan tersebut berdasarkan maklumat dari sumber dalaman Umno yang tidak mahu Zambry kembali menerajui negeri Perak sekiranya BN berjaya dalam pilihanraya umum ke 13.

Zambry telah menolak dakwaan tersebut pada hari Isnin. Beliau dilaporkan sebagai berkata bahawa tanah tersebut telah diperuntukkan untuk sekolah agama rakyat dan agensi kerajaan negeri lain di bawah harga pasaran.

Lihat juga:

Komplot pastikan Zambry bukan MB

Tanah runtuh di Genting Highlands, lelaki cedera

Posted: 21 Oct 2011 01:26 AM PDT


MALAYSIA KINI

Seorang lelaki cedera ringan selepas bahagian hadapan keretanya dihempap tanah runtuh dalam kejadian di KM 13.9 Genting Highlands, Bentong malam semalam.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong ketika dihubungi berkata dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam, mangsa yang berumur awal 40-an sedang memandu berseorangan menuju ke tanah tinggi tersebut.

Beliau berkata mangsa dihantar ke klinik berdekatan untuk menerima rawatan.

"Disebabkan kejadian itu, jalan selepas check point pertama itu terpaksa dilencongkan," katanya.

Tanah runtuh berlaku akibat hujan lebat sejak petang semalam membabitkan laluan menuju ke arah Genting Highlands dan ia tidak menjejaskan pergerakan trafik di sekitar kawasan terbabit.
- Bernama

Hadiah Deepavali bagi penduduk Kg Buah Pala

Posted: 21 Oct 2011 01:23 AM PDT

Susan Loone


24 keluarga setinggan yang diarah mengosongkan rumah masing-masing pada tahun 2009 bagi sebuah projek perumahan di Kampung Buah Pala akan menerima hadiah Deepavali mereka pada Ahad ini.

Difahamkan mereka akhirnya akan mendapat kunci untuk unit rumah masing-masing sebagai pampasan menyerahkan sebidang tanah yang dahulunya diduduki mereka dan dikenali sebagai "kampung tradisional India yang terakhir".

NONEMajlis rasmi penyerahan kunci itu bagi rumah yang bernilai RM500,000 ini dijadualkan pada jam 10 pagi, dan akan dihadiri oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng, timbalannya P Ramasamy dan ADUN Seri Delima, RSN Rayer.

Adalah difahamkan bahawa Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah diminta supaya menyegerakan pengeluaran sijil menduduki rumah supaya penduduk boleh berpindah sebelum Deepavali yang jatuh pada 26 Oktober ini.

Rumah-rumah yang dibina di kawasan seluas 1,400 kaki persegi dengan saiz setiap satu 20 kaki kali 60 kaki, sepatutnya siap pada bulan Ogos lalu, tetapi tertunda disebabkan masalah teknikal semasa pembinaan.

Sultan mahu masjid diimarah lebih sistematik

Posted: 21 Oct 2011 01:13 AM PDT

MALAYSIA KINI

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menitahkan setiap pegawai pentadbiran dan ahli jawatankuasa masjid menekankan beberapa aspek penting bagi tujuan mengimarahkan lagi rumah ibadat itu secara lebih bersistematik.

Titah baginda, masjid merupakan medan institusi keilmuan serta panduan untuk umat Islam mendapatkan ilmu.

Selain itu, masjid juga merupakan tempat untuk umat Islam mengeratkan lagi silaturahim tanpa mengira status seseorang mahupun fahaman parti politik.

"Bagi tujuan itu, pegawai dan ahli jawatankuasa perlu menyusun struktur kerja masjid untuk dijadikan sebagai sebuah pusat pentadbiran dan tanggungjawab ini terletak pada pegawai dan ahli jawatankuasa kerja masjid yang dinamik dan berkaliber," titah baginda pada majlis tahlil dan doa selamat serta perasmian Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj bernilai RM14.4 juta di Pekan malam tadi.

Sultan Ahmad Shah bertitah setiap pegawai dan ahli jawatankuasa masjid juga perlu mempunyai pengetahuan luas tentang Islam serta wawasan bagi membantu mereka yang mempunyai masalah tentang agama.

"Mereka perlu kreatif menggerakkan aktiviti berunsurkan keagamaan seperti ceramah, forum dan dialog umum serta program lain yang dapat mengembangkan lagi peranan masjid dalam usaha memperkukuhkan lagi akidah umat Islam," titah baginda.

Sehubungan itu, baginda turut meminta Jabatan Agama Islam setiap negeri memantau pembangunan serta kemajuan masjid bagi mengelakkan ia disalah guna individu atau kumpulan tertentu yang bertujuan mencorak pemikiran umat Islam ke arah persepsi negatif.

Turut berangkat ke majlis itu adalah Sultanah Pahang Sultanah Kalsom, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.- Bernama

Muhyiddin gempur Selangor esok

Posted: 21 Oct 2011 01:06 AM PDT

MALAYSIA KINI

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan merentasi beberapa daerah di Selangor esok untuk bertemu rakyat dalam program turun padangnya.

Berdasarkan aturcara program beliau, Muhyiddin akan memulakan harinya di Selangor dengan Sarapan Pagi 1Malaysia bersama rakyat dan menyampaikan sumbangan Deepavali di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Dengkil.

Beliau kemudian ke Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat untuk bertemu warga guru agama dari Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Tahfiz.

Pada tengah hari, Muhyiddin akan menghadiri Majlis Penerangan Perdana Barisan Nasional Selangor di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia, Serdang. Beliau seterusnya akan ke Kajang untuk menghadiri Perjumpaan 1Malaysia anjuran MCA dan penyampaian bantuan Deepavali di SJKC Sungai Chua.

Pada sebelah petang, Muhyiddin dijadual menziarahi rumah Ketua Masyarakat dan Veteran Umno di Kampung Pasir Puchong, sebelum mengakhiri lawatan di Selngor dengan Perjumpaan 1Malaysia dan penyampaian bantuan Deepavali di SJK Tamil Batu 14, Puchong.- Bernama

Anya Corke nafi dirinya mangsa 'pencabulan'

Posted: 21 Oct 2011 12:57 AM PDT


MALAYSIA KINI

Gadis yang didakwa oleh blog pro-Umno menjadi mangsa pencabulan oleh anak ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, tampil menafikan dakwaan itu.

Anya Corke, pelajar tahun ketiga di sebuah kolej di Amerika Syarikat yang gambarnya disebarkan oleh blog pro-Umno itu dalam e-melnya berkata beliau terkejut dengan dakwaan itu dan berharap ia tidak lagi berulang.

"Saya ingin jelaskan bahawa foto saya telah disalahgunakan tanpa pengetahuan atau persetujuan saya, sedangkan pada hakikatnya saya tidak pernah menjadi mangsa dalam apa-apa cara oleh budak ini ataupun keluarganya.

"Saya tidak melawat Malaysia selama tujuh tahun lalu. Saya juga tidak pernah berjumpa ataupun mengenali nama-nama orang yang terlibar itu. Saya juga nafikan bahawa pernah secara fizikal diserang dalam apa-apa cara sekalipun, " tulis gadis itu.

NONEIsnin lalu, blog pro-Umno itu mendakwa anak pemimpin tinggi politik Pulau Pinang mencabul kehormatan budak sekolah dan bagi menutup perbuatan itu, bayaran RM200,000 disogok kepada ibu bapa budak perempuan itu supaya tidak menghebohkannya.

"Siapalah VVIP negeri Pulau Pinang yang ada ilmu kira-kira dan matematik hingga dapat mengira RM100,000 untuk 1 buah dada yang diramas oleh anak lelaki beliau?" tulis blogger dengan nama Dr MiM di novandri.blogspot.

Rasa simpati

Rabu lalu, setiausaha publisiti DAP, Tony Pua mendedahkan bahawa gambar yang digunakan oleh penulis blog berkenaan dikenalpasti sebagai Anya Sun Corke, 21, seorang warga Britain.

tony pua and lim kit siang press conference 191011 01Gadis itu juga dikatakan tidak mempunyai kaitan dengan Pulau Pinang mahupun pernah berhubungan dengan anak Lim.

Berikutan pendedahan Pua itu, Malaysiakini menghubungi seorang rakan Corke, yang kebetulan adalah warga Malaysia yang menuntut di universiti yang sama.

Dalam emelnya, menurut gadis itu yang juga merupakan pemain catur handalan, satu-satunya cara yang dirinya "dicabuli" ialah apabila gambarnya berkaitan khabar angin yang keji dan tidak berasas itu disebarkan.

"Saya juga ingin luahkan rasa simpati saya terhadap remaja lelaki itu yang telah difitnah dengan dakwaan tidak berasas ini," katanya.

Beliau juga berharap semua pihak, termasuk media menghormati kehidupan peribadinya dengan tidak menghubungi dirinya, keluarga, kolej, persatuan catur dan lain-lain yang berkaitan.

Siswa berdemo desak tarik balik gantung tugas Aziz Bari

Posted: 21 Oct 2011 12:42 AM PDT

Fadzly Esa dan Abd Rahim Sabri

GALERI FOTO

Tidak kurang 700 mahasiswa hari ini berhimpun bagi membantah tindakan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) yang menggantung tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah.

NONEPerhimpunan itu berlansung di perkarangan masjid di UIA selepas solat Jumaat.

Mereka melaungkan "Hidup Ilmu", "Lawan Kezaliman", "Bebas Aziz Bari" dan menuntut kebebasan akademik di universiti khususnya di kampus berkenaan dipelihara.

Mereka yang berang itu menyokong dan mendokong Abdul Aziz serta mendesak universiti membatalkan hukuman penggantungan kepada pakar pelembagaan itu.

Sewaktu hendak berarak menghantar memorandum, berlaku kekcohan apabila pengawal keselamatan universiti cuba menghalang mereka daripada menuju ke pejabat rektor UIA, menyebabkan berlakunya tolak menolak berlaku.

Semalam UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Beliau didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

NONETindakan terhadap pakar perlembagaan itu dipercayai berikutan reaksinya sebelum ini terhadap titah Sultan Selangor dalam isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Beliau berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Sebelum itu, sejak tengahari tadi, pengawal keselamatan melakukan pemeriksaan ketat di pintu gerbang UIA manakala orang awam dihalang daripada memasuki bangunan tersebut.

Menurut seorang pengawal keselamatan, selain orang awam, pihak media juga tidak dibenarkan masuk.

NONE"Hanya sidang media jam 12 tengahari sahaja dibenarkan, selepas itu orang awam tak dibenarkan masuk, nak sembahyang Jumaat pun tak boleh.

"Kami terima arahan tak benarkan orang awam dan media masuk hari ini," kata pengawal keselamatan itu.

Pagi tadi, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak Rektor UIA Prof Datuk Zaleha Kamarudin menarik balik hukuman terhadap pakar perlembagaan itu.

Mereka menuntut penggantungan tersebut ditarik balik dengan kadar segera "bagi memulihkan imej UIA sebagai institusi akademik yang disegani".

Mereka juga mendesak agar pihak universiti mengadakan siasatan secara adil terhadap kenyataan akademik Abdul Aziz dan bukan melalui "tekanan undang-undang-undang yang bercanggah dengan prinsip akademik".

NONE"Mahasiswa menuntut agar pihak universiti menghormati prinsip kebebasan akademik selaras dengan tuntutan universal yang termaktub dalam Deklarasi Prinsip Kebebasan Akademik dan Ahli Akademik 1970, Senarai Hak Akademik 2001 dan Kempen Akademik untuk Kebebasan Akademik," kata mereka dalam satu memorandum.

Memondum tersebut disokong oleh sembilan ahli gabungan dalam SMM antaranya Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Pro Mahasiswa Nasional (Pro-MN), Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS) dan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI).

Kenyataan Jamil Khir sah Umno gagal jaga Islam

Posted: 20 Oct 2011 05:03 PM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengenai Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah telah menyerlahkan dan mengesahkan kegagalan Umno selama ini untuk menjaga agama Islam di dalam negara ini.

Ketuanya, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, sepatutnya Umno yang selama ini mendabik dada sebagai pembela orang Melayu dan agama Islam telah memartabatkan Islam di tempat yang selayaknya.

Tambahnya, tetapi amat malang setelah 54 tahun Umno memerintah negara ini, agama Islam telah semakin terpinggir daripada sudut pengamalan masyarakat Islam masakini dan yang paling dikesali Islam menjadi sasaran cemuhan dan hinaan masyarakat bukan Islam.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan sepatutnya Jamil Khir sebagai seorang agamawan Islam sepatutnya mengambil kesempatan di atas jawatan beliau untuk menyokong undang-undang hudud yang telah diluluskan di Dun Kelantan dan Terengganu dan diberikan nilai tambah untuk diluluskan dan dilaksanakan di peringkat Kerajaan Pusat," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tegasnya, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor tetap berpandangan dengan pembabitan Pemuda Umno, Perkasa dan rakan seangkatannya di dalam perhimpunan tersebut akan menyebabkan program tersebut dimonopoli oleh mereka keseluruhannya.

Akhirnya, kata beliau program tersebut akan menjadi medan politik murahan Umno dan akan dipenuhi dengan hamburan maki keji nista terhadap agama lain seterusnya merosakkan hubungan baik antara agama di dalam negara ini.

Menurutnya, Umno, Perkasa dan rakan-rakan sekutu mereka selama ini telah terbukti dan terkenal di dalam meng'hijack' program orang lain dan memainkan isu-isu sentimen agama dan perkauman untuk kepentingan politik sempit mereka.

Oleh itu, ujarnya Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan semoga penganjur program Himpun akan mempastikan program tersebut tidak akan menjadi medan yang akan merosakkan hubungan murni antara kaum dan agama di dalam negara ini.

"Sekiranya ianya berlaku maka ia akan menjadi episod malang dan bencana kepada negara dan agama Islam itu sendiri dan semuanya adalah kesalahan daripada Umno dan Kerajaan Barisan Nasional," ujarnya.

Aziz Bari: Warga UIA tuntut penjelasan

Posted: 20 Oct 2011 04:59 PM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (MPPUIAM) melahirkan rasa dukacita terhadap tindakan penggantungan yang dikenakan terhadap seorang pakar perlembagaan di Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari (gambar).

Presidennya, Mohamad Iqbal Ab Wahab berkata, apatah lagi, Dr Aziz telah menyumbang bakti di bumi UIAM digantung tanpa diadili terlebih dahulu, kata

"Perkara ini jelas bertentangan dengan Fasal 10 Perlembagaan Malaysia yang menyentuh berkenaan kebebasan bersuara. Yang lebih menyedihkan, kebebasan akademik secara jelas telah dicabul," katanya kepada Harakahdaily pagi ini.

Baginya, jenayah akademik dan intelektual sebegitu tidak dapat diterima oleh seluruh rakyat Malaysia secara amnya dan warga UIAM khususnya.

Tegasnya, yang nyata, isu yang dibangkitkan oleh ahli akademik ini perlu dijawab dengan secara ilmiah, bukan dengan cara politik murahan dan tidak bertamadun.

Tambahnya, tindakan penggantungan sebegitu serta layanan terhadap Dr Aziz sedikit sebanyak telah menjejaskan imej UIAM di mata dunia.

"Oleh hal yang demikian, kami mewakili seluruh warga UIAM menuntut penjelasan dari pihak tertinggi UIAM berkenaan isu ini kepada seluruh warga UIAM," katanya.

Beliau menambah, MPPUIAM juga menuntut pihak universiti perlu menarik balik penggantungan terhadap Dr Aziz dan satu sesi public hearing (pengadilan di tempat terbuka) dijalankan di dalam UIAM bagi mendapatkan penjelasan kedua-dua belah pihak.

"Kami juga menolak sebarang campur tangan pihak luar terutama bagi mereka yang mempunyai kepentingan politik dan peribadi dalam menyelesaikan isu ini.

"Akhir kata, kami menyeru kepada semua pihak untuk menghormati kesucian taman ilmu dan budi , demi nusa, bangsa dan agama Islam yang tercinta," ujarnya lagi.

Tambahan pula, ujarnya apabila membawa nama Universiti Islam Antarabangsa.

Agong mahu UiTM ubah nasib anak bangsa

Posted: 20 Oct 2011 04:57 PM PDT

FREE MALAYSIA TODAY

Seri Paduka bertitah agar semua graduan dapat menjadi warganegara yang berguna, berjasa kepada agama, bangsa dan negara.



SHAH ALAM: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mahu Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus memainkan peranan penting dalam mengubah nasib anak bangsa.

Seri Paduka bertitah peranan dan nama baik UiTM perlu diperkukuhkan supaya kedudukan universiti itu terus terpelihara dalam apa jua keadaan.

"Teruskan usaha meningkatkan kualiti program agar modal insan UiTM terus berdaya saing, berintegriti dan bertanggungjawab sebagai pewaris dan penerus bangsa di bumi bertuah ini," titah Tuanku Mizan pada sidang pertama Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-75 di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) sini hari ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.

Tuanku Mizan bertitah agar semua graduan dapat menjadi warganegara yang berguna, berjasa kepada agama, bangsa dan negara serta memanfaatkan ilmu yang telah diperoleh sebaik-baiknya.

Seri Paduka turut bertitah supaya semua graduan tidak menjadikan majlis konvokesyen pada hari ini sebagai titik akhir dalam pencarian ilmu sebaliknya meneruskan usaha dalam menuntut ilmu dan berpegang teguh terhadap falsafah mencari ilmu sepanjang hayat.

Yang di-Pertuan Agong turut melahirkan rasa bangga kerana UiTM hari ini mengukir sejarah apabila kumpulan pertama seramai 27 orang graduan Fakulti Pergigian menamatkan pengajian dan menerima ijazah masing-masing.

"Tahniah dan syabas beta ucapkan. Dengan itu lengkaplah penawaran program UiTM melalui 25 buah fakulti.

"Sesungguhnya orang-orang Melayu atau Bumiputera boleh terus menikmati pengajian yang berkualiti di UiTM yang diiktiraf oleh badan-badan profesional dari dalam dan luar negara," titah baginda.

Istiadat konvokesyen kali ini merupakan kali terakhir dihadiri Tuanku Mizan sebagai Canselor selama lima tahun.

Tuanku Mizan turut mengucapkan tahniah kepada Prof Dr Atta-ur-Rahman, saintis Islam tersohor dunia dari Pakistan yang menerima Ijazah Kehormat Doktor Sains pada majlis itu.

Istiadat konvokesyen kali ini berlangsung dalam 16 sidang di kampus Induk Shah Alam, empat sidang masing-masing di kampus cawangan Perlis dan Terengganu, tiga sidang di Sarawak dan dua sidang di Perak membabitkan 22,774 orang graduan.

Istiadat itu berlangsung bermula hari ini sehingga 31 Okt.-Bernama

Terus perkasakan bahasa Melayu

Posted: 20 Oct 2011 04:54 PM PDT

Sasterawan Negara

Dalam tempoh seminggu dua terakhir ini, kedengaran suara positif dari kerajaan, terutamanya YAB Timbalan Perdana Menteri, untuk kembali memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Hal ini ditegaskan lagi oleh beliau ketika merasmikan Bulan Bahasa Kebangsaan di Melaka baru-baru ini.

Pandangan positif tersebut adalah sejajar dengan usaha pembinaan jati diri bangsa, yang berpaksikan bahasa kebangsaan sebagai tiang serinya.

Sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat, sudah menjadi tanggungjawab sejarahnya untuk mengekal dan memperkasakan sistem pendidikan dalam bahasa kebangsaan, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bahasa ini bukan sahaja menjadi alat pengajaran tetapi juga alat pemikiran, pembentuk konsep dan pandangan hidup khusus Malaysia.

Namun kami percaya sebagai sebuah negara yang menjadi warga dunia maka bahasa dunia lainnya, termasuk Inggeris harus diperkenalkan dan diajar di sekolah-sekolah kita.

Kami berpegang kepada kebijakan wira tempatan kurun ke-16, iaitu Hang Tuah, yang diperikan sebagai menguasai 12 bahasa, untuk menunjukkan betapa pentingnya kita menguasai bahasa-bahasa lain tanpa menggadaikan maruah bahasa Melayu sendiri.

Sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia tidak mungkin menawarkan pilihan, sama ada untuk menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran tertentu.

Ini bukanlah cara yang berkesan dalam menyatupadukan warga negara dan membina sebuah negara bersama. Cara begini akan memperingkatkan dan membahagi-bahagikan kita dalam berbagai-bagai kelompok, di samping memperluaskan jurang pendidikan dan ekonomi antara bandar dan luar bandar.

Pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris kurang berkesan sebagai wahana untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar, kerana kedua-dua subjek ini tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk memperhalus dan meninggikan bahasa Inggeris melalui kosa kata yang merentas bidang, segala nuansa serta mEtaforanya – semua ini wajar dikuasai pelajar untuk menjadi pengguna bahasa Inggeris yang berkesan.

Di samping itu, sebuah kajian oleh Pemuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) pada 2007-2008, yang melibatkan 50 penyelidik yang mewakili kepakaran pendidikan peringkat universiti, yang melibatkan 70 sekolah menengah dan 90 sekolah rendah, yang termuat dalam buku laporan mereka setebal 186 halaman (tidak termasuk tiga lampiran penting) – menunjukkan bahawa dasar PPSMI telah gagal untuk mencapai matlamatnya.

Sehubungan itu, yang perlu diperbaiki ialah modul serta kurikulum bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kita. Adalah menghairankan, setelah para pelajar kita belajar bahasa Inggeris selama enam tahun di sekolah rendah, dan lima tahun di sekolah menengah, kebanyakan mereka masih belum dapat menguasai bahasa ini dengan baik.

Sebaliknya, sebahagian pelajar lepasan sekolah menengah kita hanya memerlukan masa dua tahun untuk menguasai bahasa Jepun, Perancis, Jerman, dan terbaharu bahasa Rusia – bagi mengikuti kursus sains, teknologi dan perubatan di negara-negara berkenaan. Kita harus mencari contoh di Sweden, Denmark atau Belanda, di mana pengajaran lebih berkesan dan pelajar cepat menguasai dengan baik bahasa Inggeris, Perancis dan Jerman.

Bukti bahawa bahasa Melayu boleh dikekalkan dalam sistem pendidikan kebangsaan kita hingga ke peringkat universiti, dan dalam masa yang sama mahasiswa boleh mengasah kemahiran bahasa Inggeris mereka, dapat dilihat melalui kisah kejayaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak penubuhannya pada tahun 1970.

Sehingga tahun 1990-an, UKM telah menghasilkan lebih 450 tesis PhD dan lebih 2,000 tesis Sarjana (MA & M.Sc.) dalam bidang sains dan pelbagai bidang lain, yang ditulis dalam bahasa Melayu.

Lepasan UKM ramai yang telah menjadi profesional yang dihormati di dalam dan luar negara, termasuk dalam bidang sains, matematik, kejuruteraan dan perubatan.

Walau pun telah mengikuti kurus-kursus dalam bahasa kebangsaan di Malaysia mereka tidak banyak menghadapi masalah apabila mengikuti kursus-kursus ijazah tinggi di UK, AS, Australia, Perancis, Jepun, negara-negara Timur Tengah, Rusia dan Ukraine.

Untuk terus memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, penerbitan buku-buku ilmiah dalam pelbagai bidang, dan untuk bacaan pelbagai peringkat pembaca, mestilah terus ditingkatkan jumlah serta mutunya.

Janji YAB Timbalan Perdana Menteri untuk memberi dana khas penerbitan buku ilmu, seperti yang diumumkan baru-baru ini, merupakan peluang yang harus diambil oleh semua pihak, terutamanya tenaga pengajar di semua universiti awam negara ini.

Sehubungan itu juga, pihak universiti awam wajar mengiktiraf sumbangan tenaga pengajar mereka yang menghasilkan penulisan dalam jurnal atau dalam bentuk buku dalam bahasa Melayu, bagi pertimbangan sumbangan ilmiahnya, termasuk kenaikan pangkat – selain sumbangan dalam jurnal antarabangsa.

Jika universiti awam di Malaysia tidak mengiktiraf penerbitan dalam bahasa kebangsaan, kepada siapa lagi nasib bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu hendak diserahkan?

Kami percaya jika sumbangan penulisan dalam bahasa Melayu oleh tenaga pengajar diiktiraf oleh universiti awam masing-masing, 1,700 professor yang diwakili dalam Majlis Profesor Negara, dan 25,000 tenaga pengajar di universiti-universiti awam kita akan kembali aktif menulis karya-karya ilmiah dalam bahasa Melayu dan memulakan suatu gerak baru dalam sejarah bahasa kita.

Kami juga mengharapkan Dewan Bahasa dan Pustaka akan memainkan peranan penuhnya secara terbuka, melibatkan semua suku bangsa, dinamik dan imaginatif. Kehadiran bahasa Melayu di dunia juga harus ditegaskan. Hubungan antarabangsa yang lama terbina dalam hal-hal kebahasaan harus diteruskan.

Kami juga ingin mencadangkan supaya diisytiharkan Hari Bahasa Melayu Sedunia pada salah suatu hari dalam Bulan Bahasa Kebangsaan. Hari Bahasa Melayu Sedunia ini dapat dirayakan di semua negara berbahasa Melayu dan di institusi pengajian tinggi dan diplomasi di luar daerah Asia Tenggara.

Kami juga mencadangkan supaya diiktiraf penutur bahasa Melayu yang baik di kalangan warga negara Malaysia dan juga diplomat, pengusaha serta penduduk yang berasal dari luar negara.

Kita perlu semarakkan suatu bahasa dunia yang besar lagi penting ini, supaya apinya dapat menerangkan ilmu dan memberi warna indah kepada jati diri kita.

Nota: Tulisan di atas adalah kenyataan bersama Sasterawan Negara:

Dato' Prof. Shahnon Ahmad
Dato' A. Samad Said
Prof Dr. Muhammad Haji Salleh
Dato' Noordin Hassan
Dato' Dr. Anwar Ridhwan
Dato' Dr. Ahmad Kamal Abdullah

Anwar berang buku Umno memfitnah Pakatan

Posted: 20 Oct 2011 04:50 PM PDT


MALAYSIA KINI

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas tidak senang dengan percubaan oleh Umno Selangor untuk memperkecilkan pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri itu dengan menghasilkan versi Buku Jingga mereka sendiri.

NONEBuku itu menggariskan janji-janji yang dibuat oleh Pakatan Rakyat yang akan dilaksanakan jika ia berjaya merampas pentadbiran di Putrajaya.

"Umno begitu berminat dengan Buku Jingga, sehingga mereka juga mempunyai versi sendiri," kata ahli parlimen Permatang Pauh kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mendakwa buku-buku itu diterbitkan oleh Umno bagi menangkis strategi ekonomi yang dijanjikan menerusi Buku Jingga.

NONEAnwar juga menunjukkan bahan-bahan bercetak lain yang menggambarkan Pakatan Rakyat sebagai "penipu" sambil menekankan kelebihan menyokong BN.

Antaranya, sebuah buku kecil itu yang bertajuk 'Tranformasi vs Reformasi' memaparkan janji-janji yang ditawarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Anwar.

Komik berjudul, 'Siapa Rosmah?'pula mempertahankan isteri Perdana Menteri daripada dakwaan pembangkang bahawa beliau membazirkan dana negara dengan mengamalkan gaya hidup mewah.

"Saya tidak bimbang tentang hujah-hujah mereka terhadap Buku Jingga, tetapi apa yang saya mahu timbulkan adalah serangan mereka terhadap saya, pemimpin-pemimpin PAS dan DAP, dengan cara yang kurang ajar," kata Anwar.

NONE"Mereka menggambarkan kami sebagai penjenayah, menggunakan dana negeri untuk memburuk-burukkan kerajaan ... malah mereka juga timbulkan isu perut buncit saya, yang saya tidak ingat pernah ada perut yang buncit.

"Mereka boleh kata Rosmah ini pemurah dan dermawan dan berjimat cermat ... Tidak menjadi masalah tetapi janganlah fitnah orang lain," katanya dengan berang.

Tiada ulasan: