Isnin, 10 Oktober 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Luar bandar juga akan tolak BN nanti

Posted: 10 Oct 2011 06:46 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: PAS yakin, penduduk luar bandar juga akan menolak BN sedikit waktu lagi dengan perkembangan pesat teknologi maklumat yang ada sekarang.

Ini kerana, BN tidak akan mampu mengawal media sebagaimana yang dilakukannya sekarang sehingga menyebabkan BN hanya disokong pengundi luar bandar.

Demikian kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) dalam kenyataanya kepada Harakhdaily.

Sehubungan itu, Perdana Menteri diberikan ingatan, dengan teknologi maklumat yang ada sekarang, penduduk luar bandar juga akan menolak BN apabila mereka mendapat maklumat yang tepat nanti.

"Walaupun penduduk luar Bandar tidak begitu pantas untuk mendapat maklumat semasa dan menapis propaganda BN, namun anak-anak mereka yang akan menyalurkan maklumat kepada ibu bapa dan orang kampung," katanya.

Idris berkata, ini akan berlaku kerana sebahagian besar penjawat awam dan eksekutif swasta berasal daripada luar bandar, dan merekalah yang menjadi duta maklumat Pakatan Rakyat di kawasan luar Bandar ketika mereka pulang ke kampung di hujung minggu.

"Fenomena ini bersedialah BN akan menjadi parti pembangkang di negara ini selepas PRU 13 apabila tembelang BN sudah diketahui oleh rakyat termasuk penduduk luar bandar," katanya.

Beliau memetik ingatan bekas presieden Amerika, Abraham Lincoln ada menyebut "Kamu boleh berbohong dalam satu masa, tetapi kamu tidak boleh berbohong dalam semua masa"

Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini melahirkan rasa bimbangnya kerana BN hanya parti yang disokong oleh penduduk luar Bandar sahaja.

Ia mengharapkan seluruh jentera BN bekerja keras supaya menarik perhatian penduduk bandar supaya menyokong BN.

"Inilah luahan rasa kebimbangan beliau ketika memberi taklimat kepada jentera BN Wilayah Persekutuan 9 Oktober 2011.

"Persoalannya sampai bila BN mampu mempertahankan sokongan di kalangan penduduk luar bandar sahaja? " soal Idris.

Bagi beliau, dunia sekarang sudah menjadi seperti satu kampung di era lebuh raya maklumat.

Sedikit masa lagi penduduk luar Bandar juga mampu memiliki kemudahan yang sama, pada waktu itu di manakah BN mahu bersembunyi.

Penduduk bandar yang mempunyai kelebihan untuk akses maklumat dengan lebih cepat tidak lagi boleh ditipu oleh media perdana BN malahan sebahagian besar mereka membakul sampahkan sahaja segala maklumat yang keluar daripada propaganda BN, katanya.

Mampukah Bajet 2012 kembalikan kuasa 2/3 BN?

Posted: 10 Oct 2011 06:45 AM PDT

Dr Rosli Yaakop


Belanjawan 2012 cukup pemurah. Ada yang berlinangan air mata mengenangkan kemurahan hati Perdana Menteri Malaysia. Semua golongan mendapat habuan. Berjuta-juta orang murid sekolah yang belum layak mengundi pun mendapat habuan. Ibu penulis bakal mendapat RM3,000 sebab arwah ayahanda pernah menjadi AC di zaman penjajah.

Nampaknya, kerajaan UMNO-BN betul-betul mahu menjaga kebajikan rakyat – dan mesej itulah yang mahu diangkat setingginya - walaupun terpaksa bergadai bergolok dan dalam keadaan hutang negara semakin menimbun setelah masuk 14 tahun berbelanja boros. Ini betul-betul "Rakyat First" namanya. Hutang bertimbun tidak kesah. Bukan generasi ini yang akan membayar. Yang akan membayarnya generasi hadapan. Hai orang muda, tengoklah! Kerajaan UMNO-BN mewariskan kepada generasi hadapan hutang bertimbun bukan harapan segunung. Lihatlah negara Greek dan Amerika Syarikat. Akibat keborosan generasi lalu, generasi kini yang menanggung bebannya. Generasi lalu menikmati taraf hidup yang luarbiasa tingginya tetapi generasi kini hidup merempat.

Dalam tahun 2012, kerajaan UMNO-BN akan berbelanja RM232.8 bilion, 5.8% lebih tinggi berbanding anggaran belanjawan tahun 2011 (RM220 bilion). Hasil dianggarkan RM186.9 bilion menyebabkan difisit belanjawan sebanyak RM49.4 bilion atau 4.7% daripada KDNK. Ini bermakna kerajaan terpaksa berhutang lagi. Tiap-tiap tahun kerajaan menambah hutang dalam tempoh 14 tahun kebelakangan ini. Nampaknya, kerajaan UMNO-BN tidak mahu langsung mengambil iktibar daripada kerajaan Ireland, Greek, Itali dan Amerika Syarikat. Negara-negara ini berada di ambang keranapan disebabkan perangai suka berhutang.

Sepatutnya, dalam tahun-tahun ekonomi berkembang, longgokkan lebihan belanjawan supaya lebihan ini boleh dibelanjakan semasa ekonomi merosot. Disiplin fiskal ini ditolak ketepi oleh kerajaan UMNO-BN. Mereka berbelanja boros sepanjang masa tanpa langsung mengambil kira betapa beratnya generasi akan datang hendak menanggung beban keborosan generasi kini. Ini adalah pengurusan fiskal yang tidak bertanggungjawab. Dalam tahun 2012 mereka akan berbelanja boros lagi kerana kononnya hendak melawan impak negetif ke atas ekonomi negara akibat tren kitaran menurun yang dihadapi ekonomi dunia sekarang. Sebenarnya, kerajaan UMNO-BN berbelanja besar untuk membeli undi dalam PRU13 yang akan diadakan sebentar sahaja lagi. Ambil "Pakej Rangsangan Khas" dengan peruntukan sebanyak RM6 bilion sebagi contoh. Peruntukan ini akan dibelanjakan untuk menaikkan taraf dan membaik pulih bangunan sekolah dan membina bangunan tambahan, menaikkan taraf hospital, melaksanakan program tebat banjir, menaikkan taraf infrastruktur luar bandar dan membina rumah awam untuk golongan berpendapatan rendah dan nelayan. Setiap kali pilihanraya, inilah projek yang dilaksanakan.

Sayogia diketahui projek-projek ini semuanya tidak mempunyai "forward and backward linkages" yang besar dan tidak memberi impak terbaik untuk melawan kemelesetan ekonomi. Hakikatnyanya ialah, peruntukan ini hendak diagihkan secara segera kepada kontraktor-kontraktor kecil yang terdiri dari ketua-kutua cawangan dan bahagian parti tertentu sebagai "minyak pelincir" kepada jentera pilihan raya. Sudah 54 tahun kita merdeka, takkan rakyat tidak masak lagi dengan tipu muslihat kerajaan UMNO-BN ini? Jalan-jalan kampong yang diturap semula memang tidak berkualiti. Lepas tiga empat bulan ianya berlopak semula. Bangunan sekolah runtuh dan jambatan ruboh,

Belanjawan 2012 bukannya belanjawan satu Malaysia. Ia memberi kasih ke setengah-tengah wilayah dan mengabai dan menganaktirikan wilayah yang lain. Amalan pilih kasih yang keterlaluan oleh kerajaan UMNO-BN dalam pembangunan wilayah ini bukan perkara baru. Amalan buruk ini sudah sebati dan menjadi sebahagian dari perangai mereka. Contohnya, belanjawan 2012 memperuntukkan RM978 juta untuk membangunan lima gerbang wilayah - Lebuhraya pesisiran pantai Johor Baharu-Nusa Jaya di Iskandar, Johor, pembangunan pelancungan warisan di Taiping, skim agropolitan di Besut, Terengganu, projek gugusan industri sawit di Lahad Datu, Sabah dan projek bekalan air Samalaju di Sarawak. Tidak ada peruntukan untuk pempbangunan projek seperti ini di Kelantan dan Kedah semata-mata negeri-negeri diperintah oleh kerajaan selain dari UMNO-BN. Layanan yang diberi seolah-olah menunjukkan negara-negeri ini bukan sebahagian daripada Malaysia.

Penulis teringat peristiwa Gabenor Bank Negara Malaysia (Allahyarham Tun Ismail Mohd. Ali) pergi ke London (awalan tahun 1980an) melancarkan "Dawn Raid" bagi mengembalikan penguasaan syarikat perladangan terbesar di Malaysia (sekarang ini dikenali dengan nama Kumpulan Sime Darby) ke genggaman anak watan Malaysia. "Serangan komando" itu berjaya dan syarikat perlandangan itu kekal sebagai hakmilik rakyat Malaysia sehingga hari ini. Hari ini kerajaan UMNO-BN mahu membuka ruang bagi membolehkan pelabur antarabangsa menguasai sebuah syarikat perladangan bertaraf "blue chip" yang seratus peratus milik kaum Bumiputera dengan menyenaraikan syarikat itu di bursa saham. Kononnya, dengan penyenaraian itu penoraka FELDA akan menikmati "durian runtuh." Pelik sungguh kerajaan UMNO-BN ini. Sesuatu yang berharga yang sudah ada di dalam tangan kaum Bumiputera mahu digadaikan kepada pelabur antarabangsa. Tidakkah mereka tahu peneroka FELDA LBJ Labu dan Sendayan di Negeri Sembilan pernah mendapat "durian runtuh" bila kerajaan Negeri Sembilan membeli tanah mereka kini telah kembali miskin? Hakikatnya, tanah yang tergadai tidak mungkin dapat ditebus kembali. UMNO menjaga kepentingan kaum pemodal yang rakus "at the expense of " kaum Bumiputera yang miskin. Wahai kaum Melayu! Jadilah orang Yahudi yang membeli tanah bukan menjual tanah.

Sejarah memberi tahu kita bahawa tamaddun-tamaddun besar dunia – Greek, Farsi, kaum Ad, Thamud, Lut, Firaun dan lain-lain – ranap kerana keruntuhan akhlak. Nampaknya, kerajaan UMNO-BN tidak mahu mengambil iktibar dari sejarah khususnya dalam hal membangunkan modal insan. Ia masih kekal di dalam mode lama membangunkan modal insan dengan mengabaikan aspek pembangunan akhlak dan rohaniah. Belanjawan 2012 memperuntuk RM100 juta untuk melahirkan insan cemerlang, kreatif dan inovatif. Tiadak ada langsung bahagian daripada peruntukan ini mahu dibelanjakan ke arah mencemerlangkan aspek akhlak. Tidak terperanjat kita sekiranya di masa hadapan negara Malaysia akan akan menghadap masalah gejala sosial, jenayah dan keruntuhan akhlak se kronik yang dihadapi negara-negara barat hari ini akibat dari kecuaian membina insan yang berakhlak mulia. Bila kita membangunkan negara dan ummat mengikuti model Barat maka kita akan tersungkur macam negara Barat juga.

Tidak wajar mengajak rakyat menolak gula-gula yang ditawarkan Belanjawan 2012. Yang ditaburkan adalah harta rakyat, ambillah. Tetapi ingat, janganlah pemberian sekali (one-off gifts) itu menyebabkan kita menggadaikan pendirian yang membawa kerugian besar dalam lima tahun yang akan datang dan selanjutnya. Kerajaan UMNO-BN beri beras, tepong, gula, susu, minyak, kain batik, kain pelikat dan wang tunai, ambillah. Bila mengundi lain ceritanya kerana undi itu sulit. Ingat, selama 54 tahun UMNO-BN memerintah, wajah ekonomi, politik dan sosial Malaysia sudah menjadi cukup buruk. Tawaran-tawaran manis mereka itu tidak lain melain bahan "make-up" murahan untuk memperlihatkan wajah luaran yang anggun tetapi hakikatnya wajah dalamannya sudah terlalu hodoh dengan amalan rasuah, salahguna kuasa, boros dan memperkudakan institusi polis, kehakiman dan lain-lain.

Hari ini rakyat Malaysia hidup dalam zaman media baru yang mampu menyingkap wajah dalaman UMNO-BN betapa pun ia mahu disorokkan. Kalau mereka percaya rakyat Malaysia mudah sahaja termakan dengan gula-gula yang ditawarkan dan akan keluar berduyun-duyun memberi undi kepada mereka dalam PRU13 nanti, kerajaan UMNO-BN sebebarnya " is sadly mistaken."

Undi pos penyelamat Umno di parlimen Jeli

Posted: 10 Oct 2011 06:41 AM PDT

M Faqih


JELI: Rahsia kedudukan selesa Umno dan Barisan Nasional (BN) di kawasan parlimen Jeli, Dun Bukit Bunga dan Dun Kuala Balah sebenarnya banyak bergantung kepada undi pos.

Ini dibuktikan pada pilihan raya umum lalu undi pos di kawasan parlimen Jeli terdapat sebanyak 2,997, Dun Bukit Bunga (1,554) dan Dun Kuala Balah (1,149).

Manakala undi pos di Dun Air Lanas hanya 294 undi. Jumlah pengundi pos yang sedikit membolehkan PAS melalui Abdullah Ya'kub memenangi Dun berkenaan.

Undi pos ternyata banyak membantu Datuk Seri Mustapa Mohamed apabila menang dengan majoriti 4,436 undi pada pilihan raya umum lalu.

Tanpa undi pos calon BN di parlimen Jeli mungkin hanya dapat sekitar 1,300 undi. Begitu juga di Dun Bukit Bunga calon BN Mohd Adhan Kechik menang hanya dengan majoriti 348 undi. Tanpa undi pos Adhan mungkin tewas lebih 1,000 undi.

Begitu juga kemenangan Datuk Abdul Aziz Derashid dengan majoriti 1,381 undi di Kuala Balah, ternyata dibantu undi pos sebanyak 1,149 undi.

Sekiranya tidak ada undi pos calon BN itu hanya menang sekitar 200 undi.

Berpandu kepada kekuatan itu Umno bermati-matian mempertahankan undi pos di parlimen Jeli, Dun Bukit Bunga dan Kuala Balah.

Maka tidak hairanlah senarai daftar pemilih tambahan suku kedua yang dipamerkan baru-baru ini terdapat tambahan 171 undi pos di kalangan isteri anggota tentera di Dun Bukit Bunga.

Tambahan pengundi pos tersebut mendapat bantahan penduduk tempatan dan hari ini diadakan perbicaraan bantahan terbabit di Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli.

Penyelia Dun Bukit Bunga, Suply Abdul Razak (gambar) berkata, seramai 18 pembantah membuat bantahan terhadap pertambahan pengundi pos di kalangan isteri anggota tentera.

"Perbicaraan yang diadakan hari ini bagi memastikan mereka disenarai sebagai pengundi pos secara sukarela atau di luar pengetahuan mereka.

"Pengadil yang mengendalikan bantahan hari ini daripada Suruhanjaya Pilihan Raya," katanya di sini.

Menurutnya pengundi pos terbabit disenaraikan dalam daftar pemilih tambahan suku kedua di kalangan isteri anggota tentera yang bertugas di Kem Batalion 1 Rejimen Sempadan di Batu 11.

Malah hasil bantahan sebelum ini menyebabkan bilangan pengundi pos semakin berkurangan di Jeli.

Ini dapat dilihat pada daftar pemilih suku ketiga 2010 bilangan pengundi pos di parlimen Jeli seramai 1,663, Bukit Bunga (1,278), Kuala Balah (187) dan Air Lanas (168).

Pada awal tahun ini Dewan Pemuda PAS Kelantan membantah tindakan SPR menerima pendaftaran seramai 499 isteri anggota tentera yang bertugas di Kem Desa Pahlawan sebagai pengundi pos.

'Fahamlah saya Rembau tak dilantik dalam Kabinet'

Posted: 10 Oct 2011 06:36 AM PDT

Aziz Muda

KUALA LUMPUR-: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin, dibidas pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, apabila menuduh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim 'berbohong' dengan ucapannya disebabkan tidak selari dengan salah satu data kewangan yang dinyatakan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 yang dibentangkan pada 4 Oktober lalu.

Tuduhan tersebut dibuat oleh Khairy dengan mengatakan dalam ucapannya Anwar menegaskan kerajaan akan dapat menjimatkan RM5 bilion wang rakyat jika melakukan dasar penjimatan melibatkan beberapa projek termasuk bekalan komputer di sekolah-sekolah, tetapi di dalam Belanjawan Pakatan 2012 dinyatakan sekitar RM17 bilion.

"Ini merupakan satu pembohongan bagi mengelirukan orang ramai. Dalam ucapannya, lain, dengan angka yang hanya RM5 bilion, tetapi di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat dinyatakan begitu besar sehingga berbelas bilion," kata Khairy.

Ketika bangun menjawab tuduhan itu bagi sesi perbahasan Bajet 2012 Kerajaan BN pada persidangan Dewan Rakyat di bangunan Parlimen, di sini, hari ini, Anwar berkata, tuduhan tersebut ternyata tidak berasas kerana ucapan beliau itu dibuat ketika Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 belum dibentangkan oleh beliau.

Oleh itu, ucapan beliau mengenai perkara itu hanyalah pada anggaran kasar, tetapi angka yang dinyatakan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 itu adalah jumlah yang lebih terperinci yang sepatutnya dijadikan rujukan dan diterima.

Menurut beliau, Khairy ternyata keliru dengan perkara itu dan beliau tidak sepatutnya membuat tuduhan tersebut kerana jelas berpunca dari kekurangan penelitiannya sendiri mengenainya.

Walaupun Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh meminta Khairy melakukan penelitian lebih mendalam berhubung perkara itu, Khairy tetap menuduh Anwar "berbohong" dan menyifatkan belanjawan Pakatan Rakyat itu hanyalah angka untuk mengelirukan rakyat.

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail yang bangun mencelah turut meminta Khairy lebih cermat dengan ucapannya kerana angka RM5 bilion yang diucapkan oleh Anwar itu hanyalah anggaran kasar, manakala angka sebenar yang dibuat dengan lebih terperinci sememangnya seperti yang dinyatakan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012.

Namun Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno Malaysia tetap mempertahankan tuduhan beliau, malah melebarkan pula hujahnya dengan bukti tidak tepat yang turut dibabitkan perbezaan harga komputer masa lalu dan terkini.

Tindakan Khairy memaksa Anwar yang juga Ketua Umum PKR bangun kembali selepas itu dan berkata, Khairy ternyata keliru dan tidak teliti dalam membaca ucapan beliau dan Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 itu.

"Sikap seperti ini tidak sepatutnya dimiliki. Tetapi sekarang fahamlah saya kenapa Ahli Parlimen Rembau tidak dilantik dalam Kabinet," katanya.

Manakala Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail pula ketika bangun berucap mengingatkan Khairy dan para pemimpin Kerajaan BN agar lebih bertanggungjawab terhadap wang negara dalam melaksanakan sesuatu projek.

Katanya, belanjawan alternatif yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat itu adalah untuk menyelamatkan wang negara dan bagi kepentingan rakyat yang sepatutnya diteliti dengan mendalam sebagai rujukan.

"Tetapi tentang projek komputer ini, di Terengganu sekarang pun (yang diperintah oleh BN) masih juga belum selesai-selesai," katanya.

Skandal telekom: India fail kes ke atas Ananda, Maxis

Posted: 10 Oct 2011 06:34 AM PDT



NEW DELHI - Pihak berkuasa India memfailkan kes terhadap tokoh perniagaan Malaysia T Ananda Krishnan dan ketua eksekutif kepercayaannya Ralph Marshall bersama seorang bekas menteri telekomunikasi negara itu dan adiknya berhubung tuduhan konspirasi jenayah membabitkan urusan telekomunikasi Maxis dan Aircel.

Agensi berita Press Trust of India berkata tiga tiga syarikat termasuk Maxis telah disenaraikan dalam kes itu.

Dua syarikat lain ialah Aspro dan Sun TV dari India.

Bekas menteri India itu ialah Dayanidhi Maran dan adiknya bernama Kalanidhi.

Press Trust of India berkata Biro Siasatan Pusat (CBI) mengadakan serbuan ke atas premis kedua-dua beradik di Delhi dan Chennai.

"CBI telah memfaikan kes ke atas adik-beradik Maran, Ralph Marshall dan T Ananda Krishnan dan tiga syarikat di bawah Seksyen 120b Kanun Keseksaan India yang dibaca bersama Seksyen 13(2) dan Seksyen 13 (1)(d) dan juga Seksyen 7 dan 12 Akta Pencegahan Rasuah.

"Kes ini didaftarkan pada 9 Oktober. Serbuan diadakan di New Delhi dan Chennai," kata jurucakap CBI Dharini Mishra hari ini.

Bekas ketua Aircel C Sivasankaran mendakwa bahawa Dayanidhi Maran ketika menjadi menteri telah bertindak memihak kepada Kumpulan Maxis dalam pengambilalihan syarikat itu dan sebagai ganjaran pelaburan dibuat oleh syarikat itu menerusi rangkaian Astro di Sun TV dimiliki oleh keluarga Maran.

CBI berkata selepas Aircel dijual kepada Maxis pelaburan dibuat oleh firma Malaysia ke dalam bisnes keluarga Maran.

Dalam pada itu jurucakap Maxis ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata pihaknya sedar tentang perkembangan tersebut.

"Kami sedar mengenainya dan kami akan menghubungi anda kemudian," kata pegawai komunikasi itu lagi.

Kumpulan Aircel merupakan rakan kongsi antara Maxis Communications Berhad dan Sindya Securities & Investments Private Limited dari India, yang mempunyai liputan perkhidmatan terbesar di negeri selatan Tamil Nadu.- Malaysian Insider

Cincin Rosmah: Kerja kroni?

Posted: 10 Oct 2011 06:32 AM PDT

Melissa Lee, Malaysia Chronicle


Ketua PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin bimbang dan mahu pihak berkuasa teruskan menyiasat cincin berlian bernilai RM24 juta yang dispekulasikan kepunyaan isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor.

Sambil merasa terbukti dengan pengesahan daripada Jabatan Kastam bahawa cincin yang diimport daripada Jacob & Co New York wujud, dia bimbang sekiranya tidak diperiksa, isteri Perdana Menteri Najib Razak itu akan membebankan negara dengan perbelanjaannya yang berlebihan.

"Sikap boros dan sombong beliau yang kita lihat banyak sangat menghancurkan negara ini dan kerana itu Rosmah boleh cakap apa sahaja seperti juga Imelda Marcos yang langsung tidak mempedulikan protes dan suara rakyat. Dan akhirnya kehancuran Marcos penyumbang besarnya adalah Imelda," katanya kepada TV Selangor.

Riuh-rendah sewaktu pengesahan kewujudan cincin itu

Badrul menjelaskan bahawa dia tidak menuduh Rosmah membeli cincin itu, tetapi cuma membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia untuk mengetengahkan kepada mereka informasi tersebut.

"Mengenai cincin ini saya tidak melemparkan sebarang tuduhan cuma saya mengeluarkan pada peringkat awalnya pada 8 Julai beberapa dokumen yang membuktikan ada kemasukan sebentuk cincin berlian berharga RM24.45 juta yang dalam nama penerima ada tertera nama Rosmah Binti Mansor. Jadi saya bangkitkan dan minta untuk Rosmah atau mana-mana pihak untuk menyatakan kebenaran."

Sememangnya, jika pemerintahaan Najib berharap perkara ini dapat dilupakan, mereka salah. Sekarang timbul curiga samada benarkah cincin itu dihantar kembali ke pengimportnya. Lebih-lebih lagi, sehinggalah pihak yang mengimportnya daripada Jacob & Co menjelaskan niat mereka membawa masuk cincin itu, spekulasi akan terus berleluasa.

Haruslah diambil tahu bahawa jelas tertera pada lampiran Kastam yang cincin itu dibawa masuk oleh Jeremy Beh Sin Tee untuk diperiksa oleh Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.

Dalam mengesahkan kewujudan cincin itu, Nazri Aziz, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, sangat berhemat dalam pemberian informasi kepada Parlimen.

"Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah merujuk perkara ini kepada JKDM dan JKDM telah mengesahkan tidak berlaku sebarang pembelian cincin tersebut. Selepas beberapa hari, cincin itu dipulangkan kepada syarikat yang memilikinya," kata Nazri dalam jawapan bertulisnya kepada MP DAP Segambut, Lim Lip Eng pada hari Selasa.

Dua kemungkinan

Spekulasi kini merebak kepada bagaimana cincin itu "dipulangkan" dan adakah ianya benar-benar dipulangkan ke New York seperti yang dikatakan Nazri. Lebih-lebih lagi, kenapa cincin itu berada di Malaysia dan apakah penglibatan Rosmah? Dan kenapa? Adakah dia berminat untuk membelinya untuk diri dia sendiri ataupun ada orang lain yang menghadiahkan cincin itu kepadanya?

Ini adalah soalan-soalan rakyat Malaysia yang wajar ditimbulkan kerana beliau mempunyai pengaruh yang kuat dalam pentadbiran suaminya. Sekali lagi mereka dibebankan dengan skandal rasuah dan penyalah gunaaan kuasa.

Di Malaysia, perniagaan-perniagaan besar sudah lama dikaitkan dengan politik, dengan kroni-kroni tersekat dalam sistem feudal ketuanan politik dengan imbuhan urusjanji kerajaan dan kontrek-kontrek lumayan.

Antara perkara yang hangat dibincangkan di kedai-kedai kopi adalah dua senario - pertama adalah cincin itu merupakan hadiah daripada ibu mertua anak perempuannya Maira Nazarbayev, yang dispekulasi mempunyai hubungan rapat dengan mafia Russia, dan keduan, ianya adalah hadiah daripada taukeh besar Cina dari Malaysia. Malaysia Chronicle

Ibrahim Si Tidur, Najib Si Pelancong mahu gaji naik!

Posted: 10 Oct 2011 06:31 AM PDT

Ismail Dahlan, Malaysia Chronicle


"Bangun, angkat tangan bagi sesiapa yang berfikir Ahli Parlimen Pasir Mas Ibrahim Ali dan Perdana Menteri Najib Razak berhak mendapat peningkatan gaji. Tidak, tidak, bukan awak Ibrahim, awak tak boleh mengundi untuk diri sendiri! Dan kamu Rosmah, kamu mana boleh mengundi untuk Najib!"

Salah satu perkara yang memeningkan kepala takala Perdana Menteri mengumumkan Belanjawan 2012 tempoh hari ialah Ibrahim Ali akan menerima elaun tambahan mulai tahun hadapan. Ini berlaku selepas beliau dirakamkan tertidur sewaktu sidang Parlimen. Apa pesanan sebenar yang dihantar Najib? Adakah malas dan ketiduran sewaktu bekerja akan diberikan ganjaran? Melainkan Najib mahu menganugerahkan beliau atas khidmat beliau menjadi ketua 'gedebe' kaum Melayu rasis bak 'samseng Kampung Dusun'.

Sudah tentu, semua Ahli Parlimen BN termasuk Najib sendiri akan menerima lebih dari itu. Dan kita perlu bertanyakan soalan ini sekarang, untuk apa peningkatan gaji ini sebenarnya? Untuk memudaratkan ekonomi? Untuk menghuru-harakan hubungan antara kaum? Untuk kenaikkan harga barang? Kerana itu jugalah sebabnya kenapa Ahli Parlimen BN sibuk 'bekerja' selama ini.

Harga naik takala ekonomi mula merudum?

Ahli Parlimen BN tidak berhak mendapatkan tarif pendapatan baru bilamana purata rakyat harus mengikat perut menyara hidup angkara kegagalan dan kelemahan BN. Selain sebuah 'terima kasih' yang tidak ternilai kerana telah menjarah dan mengodam hasil bumi negara sehingga tiada yang tersisa.

Kerana kemarahan inilah Najib cuba mengenengahkan pendekatan ini diwaktu keadaan ekonomi yang tidak baik.

Sekiranya mereka mahu memberikan lebih wang rakyat kepada orang seperti Ibrahim Ali, perlu ada satu referendum disetiap kerusi bahagian untuk menentukannya. Biar pengundi setempat di setiap bahagian menentukan apakah Ibrahim Ali berhak mendapatkan tarif pendapatan baru itu. Dan kepada orang seperti Zahrain, Tan tee Beng, Hee Yit Foong, Wee Choo Keong dan Gobalakrishan 'Si Mulut Besar'. Semua pembelot ini telah menipu pengundi untuk kepentingan peribadi dan mereka ini harusnya tidak dihargai langsung.

Dibayar harga rendah - bukankah kita semua?

Menyedari kemarahan rakyat tentang pemberian gaji tambahan untuk Ahli Parlimen, Timbalan Speaker Dewan Parlimen Wan Junaidi berkata Parlimen Malaysia sedia ada membayar gaji rendah.

"Kamu tahu yang kita antara negara yang membayar gaji terendah didunia. Kita empat kali lebih rendah dari Indonesia dan Thailand…dan tak perlulah kita membandingkan dengan Singapura," ujar Junaidi kepada Malaysian Insider.

Tapi adakah Ahli Parlimen di Singapura berbelanja dengan kereta mewah impot, terlibat dalam konsesi kayu balak, perdagangan hartanah, perniagaan pembinaan, projek-projek pembinaan hospital, sekolah,buku dan juga kantin sekolah. Dan jangan lupa pembelian kapal selam!

Tuntas rasuah dahulu!

Melainkan ada tindakan lanjut untuk mengurangkan penyelewengan di semua tingkat Eksekutif, bermula dengan Najib sendiri, kenapa perlu rakyat yang membayar cukai terus hidup sengsara?

Apapun keputusan itu nanti, tarif pendapatan baru Ahli Parlimen sudah dikedepankan. Cadangan menggandakan jumlah gaji dua kali ganda turut diberitakan.

Menurut Junaidi, 9 Ahli Parlimen yang menyertai Jawatankuasa Pemilihan Parlimen yang ditubuhkan tahun lalu dan tiga rang undang-undang iaitu PSA Bill, House or Parliament (Privileges and Powers) Amendment Bill dan Members of Parliament (Renumeration) Amendment Bill – telahpun dihantarkan kepada Speaker Dewan Parlimen Pandikar Amin, Presiden Dewan Senat Abu Zahar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz.

Gaji Ahli Parlimen telah digubal sebanyak lima kali pada tahun 1992,1997, 2001, 2002 and 2005 semenjak Members of Parliament (Renumeration) Bill diperkenankan pada 1980. Dalam pindaan 2005, gaji asas mereka dinaikkan dari RM5,916.90 tahun 2002 kepada RM6,508.59, tidak termasuk faedah lain seperti elaun pemandu peribadi iaitu RM1,200.

"Kita akur gaji Ahli Parlimen rendah dan perlu ada peningkatan, tetapi gaji semua orang juga rendah. Kenapa perlu mereka dahulu? Sepatutnya merekalah yang perlu dapat terakhir," ujar Eddie Wong, ahli PKR veteran kepada Malaysia Chronicle.

"Dan untuk Ahli Parlimen BN, mereka perlu disiasat sekiranya ada sebarang perniagaan tidak langsung diatas nama mereka, faedah dan keuntungan yang diterima kerana menjadi orang kerajaan. Ambil contoh Najib dan Rosmah sekeluarga bercuti di Perth menggunakan pesawat kerajaan. Beliau tetap mahukan peningkatan gajinya? Adakah beliau berhak?"- Malaysia Chronicle

Jenazah jemaah haji maut jatuh bangunan dikebumi

Posted: 10 Oct 2011 06:23 AM PDT

MALAYSIA KINI

Jenazah jemaah haji dari Malaysia yang meninggal dunia selepas terjatuh dari sebuah bangunan di Madinah, selamat dikebumikan di Perkuburan Baqi' berdekatan Masjid Nabawi, demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Jemaah wanita yang berasal dari Shah Alam dan berusia 39 tahun itu dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan dan meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira 4 petang waktu tempatan kelmarin.

Jamil Khir berkata, kerajaan kini menunggu laporan lengkap siasatan daripada polis Arab Saudi berkenaan kes itu.

"Kita masih menunggu, belum dikeluarkan lagi sebarang laporan lengkap daripada pihak keselamatan dan polis Arab Saudi. Saya sudah pun menghubungi wakil kita dari Tabung Haji yang berada di Madinah yang memaklumkan bahawa kita masih menunggu laporan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Pemahaman Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di Kuala Lumpur hari ini.

Mengulas lanjut seminar itu, beliau berkata penerangan tentang kedudukan sebenar Islam dan makna Islam adalah Agama Persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan akan diberi sepanjang progam sehari anjuran IKIM dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu.

"Bila kita sebut Islam di Malaysia, masyarakat akan mengganggap Islam sebagai agama rasmi, ada juga yang menyifatkan agama Islam hanya digunakan dalam majlis rasmi kerajaan seperti bacaan doa ataupun anggapan Islam itu sebagai cara hidup dalam kalangan umat Islam di negara ini.

"Seminar ini kita amat harapkan akhirnya ia akan membentuk satu kefahaman untuk melihat maksud agama Islam dalam konteks Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Jamil Khir berkata, mereka yang menggubal Perlembagaan Persekutuan sebelum kemerdekaan dulu menggunakan kebijaksanaan dalam merangkanya untuk menyatupadukan kira-kira 82 etnik termasuk di Sabah dan Sarawak dengan satu Perlembagaan yang mempunyai ikatan yang kuat.

Seminar sehari itu akan memberi kefahaman kepada peserta yang terdiri daripada orang awam dan kakitangan kerajaan mengenai kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan menerusi beberapa pembentangan kertas kerja.- Bernama

Kes 'hasut' ADUN Sri Muda ditangguhkan

Posted: 10 Oct 2011 06:21 AM PDT


MALAYSIA KINI

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membenarkan permohonan ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei untuk menangguhkan perbicaraan di Mahkamah Sesyen di atas pertuduhan menghasut sehingga selesai proses rayuannya di Mahkamah Rayuan.

NONEHakim Noor Azian Shaari membenarkan permohonan Shuhaimi, yang diwakili peguam Edmund Bon sementara responden diwakili Timbalan Pendakwaraya Hanafiah Zakaria dan Mohd Farizul Hassan, tidak membantah.

Shuhaimi (kiri), yang juga Timbalan Ketua Cabang PKR Kota Raja, memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan pada 8 Sept lalu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menolak permohonan Shuhaimi pada 26 Ogos sebelum itu untuk mengenepikan pertuduhan ke atasnya di Mahkamah Sesyen.

Pada 26 Ogos itu Mahkamah Tinggi menolak permohonan Shuhaimi untuk mendapatkan perintah mahkamah mengisytiharkan bahawa Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 adalah tidak sah kerana tidak selari dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin rakyat Malaysia hak kebebasan bersuara.

Sebelum itu pada 7 Feb lalu, Shuhaimi mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menerbitkan artikel bertajuk "Pandangan Saya Berasaskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959" yang dikatakan mengandungi ayat-ayat menghasut di laman web http://srimuda.blogspot.com di Pusat Khidmat Rakyat, 6/2, Jalan Anggerik Vanilla R 31/R, Kota Kemuning di Shah Alam pada 30 Dis tahun lalu.

NONEShuhaimi didakwa mengikut Seksyen 4 (1)(c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1)akta yang sama dengan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Beliau mencetuskan kontroversi berikutan kenyataan melalui blognya itu yang dikatakan mempertikai keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru.- Bernama

70,000 hingga 80,000 pelajar tercicir, kata Wee

Posted: 10 Oct 2011 06:15 AM PDT

MALAYSIA KINI

Peruntukan RM50.02 bilion untuk sektor pendidikan dalam Belanjawan 2012 dilihat mampu mengurangkan keciciran pelajar, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong.

mca youth agm 011011 wee ka siongBeliau berkata, ini kerana faktor kemiskinan dan ketidakmampuan keluarga bukan lagi alasan tidak ke sekolah memandangkan kerajaan melaksanakan pendidikan percuma untuk semua.

"Langkah yang diambil kerajaan boleh bukan saja 'education for all' malah 'free education for all'," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada Jumaat lalu turut mengumumkan pemansuhan yuran sekolah dan bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.

Pemansuhan itu membabitkan yuran tahunan kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan Insurans Takaful bagi pelajar sekolah rendah iaitu sebanyak RM24.50 dan sekolah menengah RM33.50.

education high school students 040405Sementara itu, Wee berkata antara 70,000 hingga 80,000 pelajar yang tercicir daripada persekolahan dan antara faktornya ialah tidak berminat dalam pelajaran.

Katanya, kadar keciciran peringkat menengah agak tinggi berbanding peringkat rendah, dan Kementerian Pelajaran akan berusaha memastikan setiap pelajar sekurang-kurangnya menamatkan pengajian Tingkatan Lima.- Bernama

24 aktivis PSM dilepas tanpa dibebaskan

Posted: 10 Oct 2011 06:10 AM PDT


MALAYSIA KINI

Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini melepaskan tanpa bebas semua 24 aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dituduh berhubung pembabitan mereka dalam satu perhimpunan haram dan memiliki dokumen subversif tanpa alasan sah.

Hakim Ikmal Hishan Ahmad Tajuddin membuat keputusan tersebut setelah mendapati pihak pendakwa gagal mengemukakan kes terhadap pertuduhan selepas mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan pada prosiding hari ini.

psm 24 discharged 101011 02Bagaimanapun, di bawah keputusan itu, pihak pendakwaan boleh mendakwa semua 24 orang aktivis itu sekiranya mempunyai bukti kemudian kelak.

Mahkamah juga menetapkan 28 Oktober ini untuk membacakan keputusan terhadap enam aktivis yang tidak hadir pada prosiding hari ini kerana mempunyai urusan lain.

Mereka ialah M Ravindran, 20; M Kavitha, 35; M Santhanadevi, 30; M Sivoosamy, 56; dan M Sugumaran kerana kematian ahli keluarga terdekat, manakala anggota Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj mempunyai perbicaraan kes lain di Putrajaya.

Tertuduh yang lain ialah R Nalayani, 64; A Shanmugam, 57; G Velaitham, 54; S Ramasamy, 35; Chan Mooi, 55; K Kamaladevi, 57; Cheang Sew Yin, 60; K Deeba, 22; K Thanushia, 21; G Packialetchumy, 40; R Saroza, 51; NP Indra, 54; P Jody, 52; K Gana Santhanam, 45; J Reveen Veerasenan, 18; dan S Thivya Kumar, 18; semuanya dari Perak, M Aroklam, 62; dari Perlis dan Soh Sook Hwa, 29, dari Pulau Pinang.

psm released in penang bersih 1Mereka didakwa secara niat bersama memberi bantuan kepada satu pertubuhan haram, iaitu "BERSIH 2.0" dengan membawa 600 helai salinan risalah haram.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 48 (1) Akta Pertubuhan 1966, [Akta 335] yang dibaca bersama Seksyen 34, Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM15,000 atau kedua- duanya, jika sabit kesalahan.

Mereka juga menghadapi pertuduhan alternatif iaitu secara niat bersama telah memberi bantuan dengan membawa 600 helai salinan risalah yang mempunyai tulisan "Perhimpunan Bersih 2.0", bagi tujuan satu pertubuhan haram iaitu "BERSIH 2.0" untuk kegunaan perhimpunan "BERSIH 2.0" di Kuala Lumpur pada 9 Julai.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya.

NONEMereka turut hadapi pertuduhan dengan niat bersama membawa dokumen-dokumen subversif tanpa alasan yang sah mengikut Seksyen 29 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri [Akta 82] 1960, yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan [Akta 574]
yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan dalam sebuah bas di Tol Sungai Dua, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat sini pada 3.30 petang, 25 Jun lalu.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim dan pembelaan diketuai Datuk CV Prabhakaran.- Bernama

Anwar: Kenaikan elaun hanya untuk kepentingan MP

Posted: 10 Oct 2011 06:05 AM PDT

Salhan K Ahmad

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, cadangan kenaikan elaun untuk ahli parlimen hanya memberi kepentingan besar kepada peruntukan elaun dan bukannya untuk menggaji kakitangan.

Atas dasar itulah beliau menolak cadangan berkenaan, kata Anwar (kiri) ketika ditanya wartawan di bangunan parlimen hari ini.

NONE"Sebahagian besarnya pergi kepada elaun ahli parlimen, ini tidak boleh diterima.

"Jika (jawatankuasa kecil) kembali dengan cadangan baru, kata mereka hendak sediakan pegawai penyelidik, pembantu di parlimen, itu perkara lain.

"Tapi apa yang dicadangkan ialah perkara khusus lain," katanya lagi.

Namun beliau tidak menghalang sekiranya ahli parlimen Pakatan Rakyat menyokong cadangan berkenaan, katanya lagi.

Tambahnya, perkara itu juga tidak dapat diterima pada waktu rakyat berdepan dengan beban kos sara hidup.

"Saya tidak kata ahli parlimen tidak boleh pertimbang. Tapi, macam mana anda boleh buat begini.

"Anda lihatlah harga barangan dan harga makanan...," katanya lagi.

Mampukah Bajet 2012 bantu BN rampas P Pinang?

Posted: 10 Oct 2011 06:01 AM PDT


Susan Loone

Meskipun pelbagai pihak memberi pujian yang melangit ke atas pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, namun pemimpin-pemimpin BN Pulau Pinang masih tidak pasti segala janji yang ditaburkan itu mencukupi bagi mereka merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

gerakan teng hock nan Penang AGMPengerusi jawatankuasa kerja BN Datuk Dr Teng Hock Nan berkata bajet itu adalah untuk semua rakyat, sama ada mereka pengundi ataupun bukan dan menafikan dakwaan bahawa ia adalah bajet pilihan raya.

"Ia bukan untuk memenangi pilihan raya semata-mata. Ia adalah untuk semua orang, termasuk kanak-kanak yang belajar di sekolah rendah dan remaja di sekolah menengah, yang belum boleh mengundi lagi," katanya kepada pemberita di ibu pejabat BN di Bayan Baru hari ini.

Pengerusi jawatankuasa negeri MIC perhubungan Senator Datuk PK Subbaiyah pula berkata bajet itu adalah jawapan kepada kos sara hidup yang meningkat.

"Bajet ini bertujuan membantu mereka untuk mengurangkan kesusahan mereka," katanya.

Ketua Penerangan BN Pulau Pinang Loga Bala Mohan pula berpendapat bajet yang dibentangkan kerajaan persekutuan itu telah meletakkan kepentingan rakyat dahulu manakala memenangi pilihan raya adalah perkara kedua.

NONE"PM telah berjanji bahawa rakyat akan menikmati kekayaan negara, dan beliau telah menunaikan janji-janjinya," kata Loga Bala yang juga pengerusi PPP negeri.

"Bajet sahaja tidak boleh memenangi pilihan raya itu, terdapat masih banyak perkara yang perlu kita lakukan."

Bagi Ketua Umno Bukit Mertajam Musa Sheikh Fadzir (kiri), bajet itu adalah untuk semua, tanpa mengira status mengundi mereka.

"Sebaliknya, kerajaan Pulau Pinang akan memastikan bahawa orang-orang yang mendapat manfaat daripada dana negeri adalah pengundi yang sebenar," dakwa senator Umno itu.

Mampukah Bajet 2012 bantu BN rampas P Pinang?

Posted: 10 Oct 2011 06:01 AM PDT


Meskipun pelbagai pihak memberi pujian yang melangit ke atas pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, namun pemimpin-pemimpin BN Pulau Pinang masih tidak pasti segala janji yang ditaburkan itu mencukupi bagi mereka merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

gerakan teng hock nan Penang AGMPengerusi jawatankuasa kerja BN Datuk Dr Teng Hock Nan berkata bajet itu adalah untuk semua rakyat, sama ada mereka pengundi ataupun bukan dan menafikan dakwaan bahawa ia adalah bajet pilihan raya.

"Ia bukan untuk memenangi pilihan raya semata-mata. Ia adalah untuk semua orang, termasuk kanak-kanak yang belajar di sekolah rendah dan remaja di sekolah menengah, yang belum boleh mengundi lagi," katanya kepada pemberita di ibu pejabat BN di Bayan Baru hari ini.

Pengerusi jawatankuasa negeri MIC perhubungan Senator Datuk PK Subbaiyah pula berkata bajet itu adalah jawapan kepada kos sara hidup yang meningkat.

"Bajet ini bertujuan membantu mereka untuk mengurangkan kesusahan mereka," katanya.

Ketua Penerangan BN Pulau Pinang Loga Bala Mohan pula berpendapat bajet yang dibentangkan kerajaan persekutuan itu telah meletakkan kepentingan rakyat dahulu manakala memenangi pilihan raya adalah perkara kedua.

NONE"PM telah berjanji bahawa rakyat akan menikmati kekayaan negara, dan beliau telah menunaikan janji-janjinya," kata Loga Bala yang juga pengerusi PPP negeri.

"Bajet sahaja tidak boleh memenangi pilihan raya itu, terdapat masih banyak perkara yang perlu kita lakukan."

Bagi Ketua Umno Bukit Mertajam Musa Sheikh Fadzir (kiri), bajet itu adalah untuk semua, tanpa mengira status mengundi mereka.

"Sebaliknya, kerajaan Pulau Pinang akan memastikan bahawa orang-orang yang mendapat manfaat daripada dana negeri adalah pengundi yang sebenar," dakwa senator Umno itu.

BAJET 2012, MUSIBAH BAGI PENGHUNI KG TRADISIONAL!

Posted: 10 Oct 2011 05:37 AM PDT

Oleh : HAJI HAMZAH ABDULLAH

PEMBENTANGAN Bajet 2012 tidak ubah seperti 'dentuman guruh di langit, tapi hujannya tidak pasti turun lagi!' Oleh itu, jangan dahulu curahkan air ditempayan, bimbang hujan tak turun, rumah kering kontang kehabisan air.

Tunggu dahulu. Pastikan apa yang digambar-gemburkan sebagai 'angpow' dan hadiah 'duit pilihanraya' bagi kalangan anggota tentera, polis, pemandu teksi, pesara, etc., benar-benar berada dalam genggaman mereka, barulah boleh dikatakan sah ia 'hadiah pilihanraya' yang dijanjikan Najib dalam Bajet 2012.

Bajet kali ini benar-benar berpaksikan kepada matlamat 'do or die' atau 'hidup atau mati' ke atas hayat UMNO/BN yang semakin kehabisan oksigen. Sokongan rakyat yang semakin meningkat ke atas Pakatan Rakyat, membuatkan UMNO/BN gelabah dan mula memandang tinggi iltizam rakyat yang mahu menukar kerajaan sekarang yang diibaratkan sebagai 'makan isi, tetapi tulangnya diberi kepada rakyat.'

Maka, bagi UMNO/BN, penyelesaian terbaik bagi memenangi semula hati rakyat ialah dengan menggula-gulakan hadiah wang yang tidak seberapa berbanding 'ketirisan' yang bakal diraih pemimpin-pemimpin UMNO/BN dari jumlah Bajet yang menghampiri RM233 billion yang diumumkan itu.

Biasalah bagi pemimpin UMNO yang hanya tahu 'mengaminkan' setiap tindakan pemimpin mereka. Musa Aman, Ketua Menteri Sabah dan Datuk Salleh Said Keruak tidak terkecuali dari sikap buruk ini.

Pujian tinggi menggunung oleh Musa Aman dan pemimpin UMNO ke atas Bajet yang diumumkan Najib adalah semata-mata didasarkan kepada kepentingan agenda peribadi. Sokong, puji, ampu, bodek, angkat kaki adalah sebahagian budaya politik para pemimpin UMNO.

Semua ciri-ciri tersebut adalah asas yang boleh mempastikan kelangsungan kerjaya politik mereka seterusnya menjadi penentu kejayaan untuk membolot seberapa banyak projek-projek seperti projek mega Petronas di Kimanis dan pembinaan lebuhraya di Sabah bagi memenuhkan kantong mereka dengan kekayaan melimpah ruah hasil dari duit pembayar cukai.

Bajet 2012 adalah musibah dan malapetaka bagi golongan penghuni kampung-kampung tradisional yang dilabel UMNO/BN sebagai setinggan 'haram.' Tidak kurang daripada 200,000 orang yang menjadi penghuni rumah-rumah 'haram' ini adalah kaum pribumi kerana pada bila-bila masa sahaja tanah-tanah yang mereka duduki akan dirampas dan diserahkan kepada tauke-tauke kroni untuk dibangunkan.

Satu contoh kampung tradisional yang telah dihuni sejak zaman berzaman oleh kaum pribumi tetapi telah diserahkan kepada tauke kroni, Wah Mei Realty, ialah Kampung Karamunting. Begitu juga dengan Kampung Lupak Meluas yang kini dimiliki oleh Mee Kwong Hing Kee, adalah sebuah kampung tradisional kaum pribumi sejak mula bumi ini tercipta. Segala-galanya kini milik tauke Cina yang di belakangnya adalah orang UMNO/BN.

Kenapa Najib tidak membela penghuni kampung-kampung tradisional ini didalam Bajet yang dibentangkan? Siapa penasihat Najib yang bertanggungjawab menyiapkan isi kandungan Bajet 2012 yang telah menganiaya kaum pribumi yang duduk di kampung tradisional?

Kenapa tidak dimasukan peruntukan kewangan bagi membayar pampasan kepada pemilik-pemilik tanah dari kalangan tauke kroni supaya kaum pribumi kekal mendiami kampung-kampung tradisional ini?

Kenapa tiada peruntukan bagi kerja-kerja menyukat tanah-tanah kampung tradisional supaya diwartakan sebagai kampung yang mempunyai geran yang sah? Bukankah pada pilihanraya umum Sarawak baru lalu, kerajaan mengisytiharkan kelulusan peruntukan RM20 juta untuk kerja pengukuran tanah-tanah pertanian kaum pribumi di sana?

Kenapa tidak di Sabah? Kenapa tiada peruntukan kepada pihak berkuasa untuk memulihkan semula tanah-tanah pertanian yang dimiliki oleh kaum pribumi yang telah dianugerahkan oleh BERJAYA di bawah 'Small Holders Scheme' tetapi telah dirompak oleh tauke-tauke kroni yang menyamar sebagai 'Anak Negeri Palsu'? Kenapa?

Apakah kerana tauke-tauke 'Anak Negeri palsu' ini telah melantik beberapa YB-YB dan orang kuat UMNO/BN sebagai 'Board of Directors' yang memiliki jumlah saham tertentu dalam syarikat-syarikat seperti KWANTAS BHD, TSH, GENTING, ABADI MEWAH dan sebagainya; maka mereka sanggup menjadi pengkhianat kepada kaumnya sendiri?

Kenapa tiada dalam pembentangan Bajet 2012 peruntukan untuk meneruskan pembayaran Saham Amanah Rakyat Sabah kepada warga Sabah yang berumur 21 tahun dan ke atas yang telah dimulakan oleh Bapa Kemerdekaan Sabah, Almarhum Tun Mustapha, tetapi telah ditamatkan oleh pemimpin-pemimpin PBS yang kini menumpang di'rumah-rumah' UMNO/BN untuk survival kuasa politik mereka setelah 'istana' mereka roboh pada 1995? Kenapa?

Apakah kerana Najib dan UMNO begitu angkuh dan sombong dengan memandang rendah rakyat Sabah yang selama ini mereka anggap sebagai 'safe fixed-deposit' untuk UMNO/BN?

Kepada rakyat Sabah, khususnya kaum pribumi Sabah, apakah anda tidak merasa hina dengan sikap sombong dan angkuh UMNO/BN yang telah meminggirkan anda dalam Bajet 2012? Apakah anda masih mahu terus menyokong UMNO/BN dalam PRU-13 ini? Anda jawablah sendiri.

Selangor Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa SOP Jais - Abdul Khalid

Posted: 10 Oct 2011 04:47 AM PDT

PETALING JAYA: Kerajaan negeri Selangor akan menubuhkan jawatankuasa khas untuk memperkasakan Prosedur Operasi Standard (SOP) di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam usaha memantau cubaan memesongkan kepercayaan dan akidah umat Islam di negeri itu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata jawatankuasa tersebut akan dianggotai oleh tokoh perundangan dan pakar agama serta pegawai kanan kerajaan dan nama-nama mereka yang dipilih akan diumumkan kelak.

"Kerajaan Selangor tidak akan menoleh ke belakang lagi disebabkan isu ini. Sebaliknya isu ini memberi kesedaran tentang keperluan untuk mengukuhkan penguatkuasaan Jais serta pengumpulan bukti.

"Justeru, kita akan menubuhkan jawatan kuasa khas untuk memperkasakan SOP di Jais agar jabatan itu dapat memantau cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah umat Islam dengan teliti dan berkesan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri menyambut baik dan menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu laporan pemeriksaan Jais terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

"Kerajaan negeri yakin dan percaya, titah baginda ini adalah keputusan terbaik dan adil serta mengambil kira keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini dan Malaysia.

"Sebagai rakyat Selangor, kita mesti menghormati dan menerima titah ini dengan hati terbuka dan positif kerana baginda adalah ketua negeri dan tempat masyarakat berbilang kaum berlindung," katanya.

Pada pagi Isnin, Sultan Sharafuddin bertitah tiada pendakwaan akan dikenakan terhadap mana-mana pihak dalam isu pemeriksaan yang dilakukan Jais terhadap Majlis Malam 'Thanksgiving' di DUMC Ogos lalu.

Baginda bertitah keputusan tersebut diambil selepas meneliti laporan Jais serta mendengar nasihat pakar agama serta pakar udang-undang.

Bagaimanapun, baginda turut menitahkan supaya Jais memberi kaunseling kepada orang Islam yang terlibat dalam majlis tersebut supaya akidah dan kepercayaan mereka terhadap agama Islam dapat dipelihara dan dipertingkatkan

September lalu, Pengarah Jais, Marzuki Hussin dilaporkan berkata kes berkaitan pemeriksaan JAIS ke atas DUMC akan disebut di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 19 Oktober depan.

Pada 3 Ogos lepas, Jais melakukan pemeriksaan ke atas DUMC selepas mendapat maklumat terdapat orang Islam menyertai majlis yang dianjurkan gereja itu serta ada maklumat berlaku penyebaran ajaran Kristian kepada mereka yang beragama Islam di gereja berkenaan.

Bagaimanapun, pihak penganjur yang dikenali sebagai Komuniti Harapan mendakwa mereka hanya menganjurkan majlis kesyukuran atau 'Thanksgiving' di gereja itu.

MENJELANG P/RAYA MUNCUL KEMBALI ISU TUKAR MB SELANGOR

Posted: 10 Oct 2011 04:43 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS


MALAYSIAKINI memetik berita dari AntaraPos.Com, mendakwa ramai di kalangan Adun dan MP di Selangor mahu mendesak agar MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dilucutkan jawatan sebagai MB. Ini satu cerita yang pernah timbul suatu ketika dahulu dan ianya berulang apabila kita semakin hampir ke Pilihanraya Umum ke 13.

Memang diakui, tidak semua pemimpin dan ahli parti yang suka dengan Tan Sri Khalid, bahkan DS Anwar pun bukan semua yang berkenan dengan cara atau pendekatannya. Presiden Parti, DS Wan Azizah pun begitu. Mana ada manusia yang semua orang suka termasuk Presiden PAS malahan Mursyidul Am PAS sendiri. Kita lantik pemimpin bukan di kalangan Malaikat yang suci bersih. Pemimpin tentunya ada kelemahan sama macam kita juga, tetapi kita harus tahu batas-batas kita di dalam parti.

Kelemahan itu berbeza dengan sikap buruk seperti rasuah atau salah guna kuasa mahu pun buruk dari segi moral. Kelemahan tentang pentadbiran, mungkin boleh diperbahaskan dan diperbaiki dengan syarat adanya keikhlasan dan kejujuran semua pihak. Sekiranya pemimpin tidak boleh ditegur jika membuat kesilapan, maka memang wajar diganti. Tetapi jangan kita fikir teguran kita itu sentiasa betul dan wajib diikuti oleh pemimpin. Justeru itu, pentingnya mesyuawarah di dalam mengatasi hal-hal begini.

Jika MB Selangor terbukti melakukan penyelewengan atau rasuah mahu pun bersikap kronisme, itu bukan kelemahan tetapi ianya merupakan perbuatan salah laku dan wajib diambil tindakan tegas serta diganti. Sekarang, masalahnya apa? Jika dilihat dari apa yang disiarkan itu mereka kononnya tidak berkenaan disebabkan MB Selangor tidak cekap menguruskan perkembangan projek di Selangor serta sering mencantas program kemasyarakatan yang dianjurkan oleh parti.

Sudahkah kita siasat mengapa projek itu lewat? Adakah kita siasat terdapatnya unsur-unsur sabotaj terhadap MB Selangor dari dalam? Mengapa isu ini tidak diperdebatkan di dalam Dun Selangor atau di dalam Mesyuarat Majlis Exco? Jika terbukti tiada sabotaj atau memang sengaja dilambat-lambatkan sesuatu projek, ianya merupakan salah laku MB Selangor dan memang patut beliau digantikan kerana ini akan menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan Negeri.

Begitu juga dengan dakwaan bahawa sering program kemasyarakatan anjuran parti yang dicantas oleh MB Selangor. Sudahkah disiasat mengapa program tersebut dicantas? Adakah kerana program itu menggunakan nama parti tetapi dananya mahu diambil dari Kerajaan Negeri? Jika begitu, memang patut program tersebut tidak disokong kerana kita tidak boleh mencontohi Umno yang selalu menggunakan dana Kerajaan untuk menggerakkan parti. Tetapi, apa inisiatif kita untuk mengerakkan parti tanpa perlu dana Kerajaan Negeri? Di sini kebijaksanaan pimpinan sesuatu kawasan dan Dun mahu pun Parlimen itu penting.

Program kemasyarakat boleh dibuat tanpa menggunakan nama parti tetapi atas nama Kerajaan Negeri. Jika ini dilakukan maka tentulah peruntukan boleh dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri. Andaikata program seperti ini pun disekat oleh MB Selangor, maka MB Selangor tidak bertanggungjawab terhadap rakyat dan memang patut diganti.

Oleh yang demikian, pemikiran yang waras dan bijak mesti dibuat sebelum kita mengambil sesuatu tindakan. Walau bagaimanapun, saya kurang percaya dengan berita yang disebutkan oleh portal tersebut. Bagi saya, ini adalah mainan atau `warm-up' pihak-pihak tertentu untuk mengkucar-kacirkan Kerajaan Negeri Selangor. Terbukti, kepimpinan MB Selangor setakat ini jauh lebih baik dari kepimpinan Khir Toyo dan sebelumnya. /wfauzdin.blogspot.com

Rosmah hadiri mesyuarat dalaman bajet?

Posted: 10 Oct 2011 04:11 AM PDT

KL TODAY.COM



Kehadiran Datin Seri Rosmah Mansor dalam perjumpaan tertutup dengan pegawai kanan Kementerian Kewangan, menimbulkan tanda tanya dan kecaman pelbagai pihak.Ia terbongkar apabila nama isteri Datuk Seri Najib Razak tertera dalam senarai kehadiran dalam berita yang dilapor agensi berita rasmi, Bernama pada 6 Oktober lalu.Mengikut laporan itu, Rosmah hadir ketika suaminya itu meninjau operasi persiapan terakhir Belanjawan 2012 di Kementerian Kewangan, sehari sebelum belanjawan dibentang.

Perbuatan Rosmah yang selama ini mengaku sebagai First Lady of Malaysia (FLOM), dikecam Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dan mempersoal kehadiran Rosmah dalam lawatan tersebut.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin, berkata tindakan Rosmah semakin melampau kerana mencampuri urusan negara terutama melibatkan ekonomi.

"Ini tak pernah dilakukan mana-mana isteri PM kerana ia membabitkan menteri di kementerian yang berkaitan ekonomi dan hal ehwal negara.

"Saya mendesak supaya Najib maklumkan apa peranan Rosmah. Apakah dia pakar runding? Atau Menteri Kewangan Kedua yang sebenar? Rosmah tidak perlu menyibuk kerana dia hanya isteri dan tidak ada kuasa eksekutif," katanya.

Penglibatan Rosmah itu turut dikecam dalam laman sosial twitter.

"Sapa (siapa) rosmah mansor untuk hadir dlm meeting bajet?" kata seorang pengguna akaun twitter, emmiza

"Tak boleh beza Mesyuarat Sulit Belanjawan Negara sampai Rosmah blh hadiri? Prihatin pada negara agak2 la sampai mesyuarat sulit kewangan negara diketahui Rosmah," kata pengguna akuan Ikhwan Hafiz pula.

Kali ini video ‘Anwar’ di Bangkok pula

Posted: 10 Oct 2011 04:08 AM PDT

KL TODAY.COM



Skandal klip video adegan lucah yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didedahkan lagi, kini dikatakan berlaku pada 13 Januari lalu di Bangkok, Thailand.Klip video kira-kira dua minit itu mula dimuat naik dalam blog upahan Umno pagi tadi, mendakwa kejadian itu berlaku semasa Anwar berada di Patpong, Bangkok dua hari sejak 12 Januari lalu.Bertajuk "Paman Anwar di Patpong Bangkok", adegan itu dirakam dalam sebuah bilik dan kamera difokuskan ke arah katil menunjukkan tempoh masa bermula pada pukul 1.54 pagi dan waktu terakhir pada 8.30 pagi.

Manakala pelaku yang dikatakan 'Anwar' itu kelihatan memakai jubah mandi sedang berlegar-legar disekeliling bilik sambil memegang telefon bimbit.

Bagaimanapun, visual kamera itu gagal menunjukkan jelas rupa paras individu dalam video tersebut, tambahan ia rakaman hitam-putih.

Penulis blog upahan Umno 'Papa Gomo' dalam blognya mendakwa Anwar berlepas ke Bangkok pada 12 Januari lalu menggunakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) bernombor MH 782 dan berlepas pada jam 3.15 petang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, Anwar kemudiannya tiba di Bangkok pada jam 4.20 petang waktu Thailand atau jam 5.30 petang waktu Malaysia.

"Video ini adalah rakaman tulen dan sahih seratus peratus ketulenannya. Pelaku didalam video ini juga adalah Datuk Seri Anwar bin Ibrahim yang mana beliau tahu dan pasti beliau adalah pelakunya," kata penulis blog itu.

Bukti Nyata Kerajaan BN Menzalimi & Mendiskriminasi Wakil Rakyat PR

Posted: 10 Oct 2011 04:05 AM PDT

KELAB GREENBOC

Permohonan dana RM1juta Jeyakumar ditolak


Permohonan semakan kehakiman ahli parlimen Sungai Siput Dr Jeyakumar untuk mencabar tindakan kerajaan kerana tidak memberi dan menyediakan butiran peruntukan dana tahunan sebanyak RM1 juta kepada bahagian pilihan raya kawasan itu telah ditolak.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini yang membenarkan rayuan kerajaan persekutuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan permohonan semakan kehakiman.

Hakim Datuk Low Hop Bing bersama-sama dengan Hakim Datuk Abdul Wahab Patail (abang kepada Peguam Negara, Abd. Gani Patail - GB) dan Anantham Kasinater sebulat suara membenarkan rayuan itu dan menolak permohonan Jeyakumar.

Pada bulan Februari lalu, hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Aziah Ali memberi kebenaran kepada Jeyakumar untuk memfailkan semakan kehakiman.

Pada 23 September lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak membenarkan kerajaan untuk menangguhkan prosiding semakan kehakiman.

Peguam Datuk Ambiga Sreenevasam yang mewakili Jeyakumar berkata, keputusan itu cukup mengecewakan kerana Jeyakumar berharap keputusan mahkamah akan menentukan ketelusan kerajaan dalam mengagihkan wang rakyat.

Mengulas keputusan mahkamah hari ini, Jeyakumar berkata mahkamah sebagai benteng terakhir untuk rakyat, sepatutnya menyokong keputusan untuk memastikan wang yang diperuntukkan tidak disalahgunakan.

"Saya tidak mahu wang untuk diri sendiri tetapi hanya ingin pastikan wang yang diperuntukkan dibelanjakan dengan betul dan tidak disalah-guna.

"Wakil rakyat pembangkang tidak langsung menerima sebarang peruntukan daripada kerajaan persekutuan dan ini adalah amat mengecewakan. Berikutan keputusan ini, mesej saya kepada rakyat adalah kita tidak boleh bergantung pada mahkamah bagi mendapatkan ketelusan tetapi mengharapkan kuasa rakyat dalam membuat keputusan pada pilihan raya umum akan datang."

Jeyakumar berkata, beliau akan berunding dengan Parti Sosialis Malaysia sama ada untuk meneruskan rayuan berhubung keputusan itu di Mahkamah Persekutuan yang bakal menelan perbelanjaan yang besar meskipun peguamnya melakukannya secara percuma. -mk

Ulasan GB

Keputusan mahkamah di atas membuktikan DISKRIMINASI yang amat nyata kerajaan BN terhadap wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat dengan menafikan peruntukan pembangunan dari kerajaan Persekutuan.

Kerajaan BN hanya memberikan peruntukan tersebut kepada wakil-wakil rakyat BN sedangkan sebagai sebuah kerajaan, wang rakyat yang digunakan untuk pengagihan peruntukan termasuk hendaklah diberikan juga kepada wakil-wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.

Ia bukan wang miik BN, tetapi milik rakyat.

Kedua, rakyat berpersepsi bahawa keputusan hakim itu juga membuktikan bahawa hakim-hakim mengikut kehendak dan telunjuk kerajaan Najib.

Ia adalah implikasi dari pertemuan Najib dengan para hakim pada awal bulan September lalu. GB sudah ulas dahulu di SINI. Petikan:

Istana Keadilan masih mengikut telunjuk eksekutif. Itulah persepsi rakyat.

Bagaimanakah hakim-hakim boleh bertindak dengan adil dan saksama jika mereka kini sedang tidak dapat membebaskan diri dari rasa "terhutang budi" kepada Perdana Menteri dengan menjemputnya untuk bersama-sama di dalam satu pertemuan di Istana Keadilan?

Muslihat apa yang ada disebaliknya? Malah rakyat berpendapat lawatan Najib dilihat cuba untuk memanipulasi institusi kehakiman. Hakim-hakim hendak dijadikan pak angguk-pak angguk kepada kehendak PM? Kedatangan Najib ke Istana Keadilan dilihat untuk "membeli" minda para hakim supaya mudah untuk diperlembukan.

TIDAK BENAR!!! Hu Pang Chow nafi sekeras-kerasnya laporan Sinar Harian

Posted: 10 Oct 2011 04:02 AM PDT

PASPB


Baru terima sms sebentar tadi dari Mr Hu Pang Chow, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, DHPP berkaitan lapuran Surat Khabar Sinar Harian.

"Saya Hu Pang Chow (Ketua DHPP Pusat) menafikan dengan sekeras-kerasnya mengatakan DHPP enggan sokong parti (PAS) jika hudud dilaksanakan dan ancam tinggalkan PAS yang disiarkan dalam Sinar Harian hari ini. Sebagai salah seorang pengasas Kelab yang kini jadi DHPP, tidak ada sebab saya buat demikian, umpama rumah yang dibina dengan duit, masa dan tenaga saya tiba-tiba dibakar oleh saya sendiri atas sebab bocor sikit didapur."

Nah kau Sinar Harian - mana pulak kau dapat berita tak benar ni - jawab jangan tak jawab. Parlimen Kota Raja

PANAS!! Isu Kekayaan Taib Mahmud kini di bincangkan di Parlimen UK

Posted: 10 Oct 2011 04:01 AM PDT

PASPB

Pengetahuan dan kerisauan umum tentang kesalah rasuah kayu balak yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sarawak kini sudah berkembang ke UK. Hanya pada minggu lepas sahaja, nama beliau disebut-sebut dan dibincangkan di dewan tinggi parlimen UK, setelah suatu soalan diajukan kepada kerajaan UK sama ada pernah atau tidak suatu siasatan dilakukan kesalahan rasuah dan kemusnahan yang menimpa orang-orang asal di kawasan tersebut, termasuk hidupan dan tumbuhan liar dalam hutan.

Turut menghadiri persidangan parlimen ketika soalan itu dikemukakan adalah Menteri di Kementerian Perkembangan Hal-Ehwal Antarabangsa, Baroness Verma, menjawab. Menurut Baroness itu, kerajaan UK sememangnya peka dan tahu akan perkembangan berkaitan dengan masalah pembalakan haram dan berleluasa yang telah atau sedang mengganggu kehidupan berjuta-juta penduduk di dunia ini.

Lord St John of Bletso.

Salah seorang sukarelawan kempen alam sekitar Hutan Hujan Tropika telah mengusulkan soalan berkaitan dengan kegiatan haram Abdul Taib Mahmud yang telah mendatangka kesukaran kepada rakyat Sarawak. Lord St John berdiri dan bertanya: "Apakah kita akan mengikut langkah-langkah yang diambil oleh negara-negara Switzerland dan Germany ke atas Ketua Menteri Sarawak yang mengamalkan rasuah itu? Apakah tindakan-tindakan kita untuk membanteras kemusnahan yang dilakukan oleh syarikat-syarikat pembalakan gergasi antarabangsa, agar kerosakan dapat dikurangkan?

The Baroness replied that although she could not respond on a particular individual, the mechanisms are in place to deal with timber corruption: Baroness berkenaan enggan menyatakan nama individu secara spesifik, tetapi beliau meyakinkan dewan bahawa segala siasatan tetap dijalankan bagi menghalang pembalakan secara haram. "Ingin saya jelaskan di dewan ini, bahawa kerajaan kita akan sentiasa memerhatikan perkembangan masalah yang timbul ini. Semua syarikat pembalakan gergasi itu akan tetap kita syorkan untuk dihukum seberat-beratnya."

Harta kekayaan Taib di UK

Perbincangan dalam dewan parlimen UK kini telah menjadi suatu isyarat amaran kepada Ketua Menteri Sarawak dan keluarganya yang memilik harta kekayaan yang amat banyak di seluruh UK. Para sukarelawan kempen anti-pembalakan haram telah menggesa suatu tindakan di Switzerland dan Germany patut diambil. Pada minggu lalu, kerajaan Kanada telah menyatakan mereka telah lama mengetahui tentang wujudnya kekayaan Taib dan keluarganya yang bernilai berjuta-juta dollar di Amerika Utara.

Walau bagaimanapun, setakat ini kerajaan Kanada enggau mengesahkan atau menafikan telah mengambil sebarang tindakan. Pertubuhan Yayasan Bruno Manser telah menyatakan bahawa mereka akan mengemukakan suatu laporan kepada kerajaan UK untuk menyiasat harta Taib di Ridgeford Properties di London, sebuah syarikat yang memegang harta bernilai berjuta-juta pound, termasuk sebuah bangunan berdekatan dengan Bank of England.

Jemputan akan berkurangan?

Pada tahun lalu Ketua Menteri itu telah memulakan suatu majlis keramaian diadakan di House of Lords semasa lawatannya ke UK sebagai suatu usahanya mempromosikan idea penubuhan Hab Halal Antarabangsa. Taib juga diketahui membiayai suatu majlis keramaian di Said Business School di Oxford University, di mana dia berpeluang menjadi penucap utama di situ. Kedua-dua majlis tersebut menerima kritikan dan bantahan umum berdasarkan rekod-rekod buruk Ketua Menteri itu, maka dia mungkin tidak akan disambut semeriah itu di masa-masa akan datang./sarawak report

HABUAN KRONI!!! Bina lebih banyak Kedai 1Malaysia

Posted: 10 Oct 2011 03:56 AM PDT

PASPB

http://dnobiz.com/wp-content/uploads/2011/06/kedai-rakyat-1-Malaysia.gif


KUALA LUMPUR:
Perancangan Kerajaan BN untuk membina lebih banyak Kedai Rakyat 1Malaysia diyakini akan memberikan keuntungan kepada kroni-kroni para pemimpin Umno BN, tetapi akan menimbulkan lebih banyak masalah bagi ekonomi bumiputra, terutama pengusaha-pengusaha kedai runcit di kampung-kampung.

Walaupun peruntukan tersebut melibatkan jumlah kewangan cukup besar sehingga RM40 juta seperti yang dinyatakan dalam Bejet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri 7 Oktober lalu, tetapi ia tetap tidak akan dapat dinikmati oleh keseluruhan rakyat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak akan mempersoalkan tindakan kerajaan mahu memberi bantuan melalui subsidi barangan secara terus di kedai-kedai runcit serta cara Perdana Menteri menggunakan wang rakyat untuk terus mempromosikan jenama 1Malaysianya, sekiranya rakyat mendapat manfaat.

Menurut beliau, namun kenapa hanya satu pihak dan pengusaha iaitu Mydin yang dipilih untuk mendapat bantuan subsidi terus itu, sedangkan pembinaan lebih banyak kedai sebegitu akan mematikan kedai-kedai runcit rakyat terbanyak di seluruh Malaysia?

Katanya, apakah kerajaan tidak boleh mencari sebuah kedai runcit yang maju dan berdaya saing di setiap daerah yang ingin dibantu agar bantuan tersebut akan memberi lebih manfaat kepada lebih ramai pengusaha kedai runcit, bukannya membantu melebarkan sayap pengusaha sebuah pasaraya besar yang akan mematikan pengusaha kecil di kampung-kampung.

"Sudahlah selama ini mereka terpaksa bersaing dengan pasaraya besar, kini kedai runcit pun mahu dibolot dan diberi bantuan terus oleh kerajaan," katanya ketika membahaskan Bajet 2012 Kerajaan BN pada persidangan Dewan Rakyat di bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau memohon Dewan Rakyat menerima hakikat bahawa Bajet 2012 Kerajaan BN itu tidak lebih dari senarai hadiah-hadiah kepada kroni dan golongan berkepentingan.

Menurutnya, ratusan billion ringgit akan dibelanjakan oleh Kerajaan BN semata-mata kerana kroni akan diterus didahulukan, projek-projek diberi keutamaan, kemudian sisa bakinya barulah diagihkan kepada rakyat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh kesal dengan cara Perdana Menteri yang tidak segan silu mengumumkan projek-projek yang bermasalah kerana diberikan kepada kroni seolah-olah ia projek baru demi kesejahteraan rakyat.

Katanya, peruntukan projek pembangunan di bawah RMK10 bagi tahun 2012 berjumlah RM49.2 billion, contohnya melibatkan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Jabor-Kuala Terengganu yang tidak siap-siap dan telah pun menelan belanja yang tinggi, akibat pembabitan pihak-pihak yang berkepentingan, sedangkan fasa yang dibina oleh MTD di antara Sungai Besi ke Ajil telah pun dibuka.

Sebelum itu beliau berkata, Bajet 2012 itu menzahirkan ketagihan BN kepada rasuah dan penyelewengan kerana tidak terdapat tanda-tanda ketagihan itu akan reda, memandangkan pelbagai pengumuman yang dibuat jelas akan menguntungkan pihak-pihak berkepentingan semata-mata.

Beliau kesal kerana cadangan penyenaraian Felda Global Ventures Holding yang merupakan mercu tanda dan harta rakyat yang sensitif langsung tidak dibahaskan terlebih dahulu di Dewan Rakyat, sebelum dipertimbangkan untuk dibawa masuk ke dalam Bajet 2012.

"Saya bukanlah menentang sebarang usaha untuk mengembangkan saiz pasaran saham dan menarik pelabur asing ke Bursa Malaysia, tetapi persoalan yang membabitkan institusi Melayu (Bumiputra) dan harta rakyat yang dibina oleh 3 generasi rakyat Malaysia ini perlukan perdebatan ikhlas dan ilmiah di dewan ini terlebih dahulu," katanya.

Perdana Menteri seharusnya mengambil kira risiko kewangan dan pasaran yang akan mendedahkan Felda kepada susut nilai pasaran mirip kepada nasib yang sedang menimpa MAS, sekiranya penyenaraian itu tidak disertakan dengan tata kelola yang baik, pengurusan yang telus dan bebas dari campur tangan politik dan diperkuatkan dengan segala langkah mengelakkan manipulasi pasaran dan spekulasi.

Menurutnya, harga pasaran saham MAS telah susut sehinggakan harga semasanya hanyalah sekitar 37 peratus berbanding harganya sekitar tahun 1993 hingga 1995.

"Walaupun asetnya besar dan saiz operasinya berlipat kali ganda berbanding AirAsia, harga sahamnya turun naik dan sekarang ini hanyalah 50 peratus dari harga saham AirAsia," katanya.

Beliau yang juga Ketua Umum PKR mengingatkan kerajaan agar berwaspada supaya nasib yang sama tidak menimpa Felda, dengan membahaskan terlebih dahulu di Dewan Rakyat bagi membuat keputusan yang besar itu agar prasyarat berhubung kemantapan pengurusan, amalan tata kelola baik yang ketat dan nilai tambah dapat diambil kira.

"Janganlah kerajaan mengulangi kesilapan dalam penggabungan tiga gergasi perladangan iaitu Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope yang disandarkan semata-mata kepada yuran rundingan dan laba yang bakal diperolehi oleh para perantara (broker) dan penasihat termasuklah CIMB yang rapat dengan Perdana Menteri," tegasnya.

Menyentuh tentang pengumuman Perdana Menteri bagi pembinaan projek-projek melalui kaedah perkongsian awam dan swasta (PPP) termasuklah pembinaan hospital wanita dan kanak-kanak melibatkan perbelanjaan RM700 juta, beliau mengingatkan Kerajaan agar bertindak dengan penuh tanggungjawab.

"Saya memberi ingatan supaya projek ini dilaksanakan dengan penuh ketelusan dan bertata kelola termasuklah dengan memastikan ia menggunakan bidaan terbuka, supaya harganya berpatutan kerana kita faham bila sahaja dipanggil perkongsian awam dan swasta, maknanya perkongsiannya begini: untung dikaut oleh swasta, kerugian dan kos ditanggung oleh awam dan rakyat," katanya.

MP Pakatan Selamatkan RM30 Juta Wang Rakyat

Posted: 10 Oct 2011 03:55 AM PDT

MSO


AKHIRNYA Putrajaya terpaksa menarik balik cadangan untuk menyemak semula kemudahan untuk Ali Parlimen seperti mana diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam Bajet 2012 yang dibentangkan pada Jumaat lalu. Perkara itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz hari ini.

Kata Nazri beliau telah menarik balik cadangan itu selepas mendapati ahli Parlimen pembangkang tidak bersetuju dengan cadangan untuk menyemak kemudahan untuk ahli Parlimen itu. Cadangan itu katanya membabitkan peruntukan sebanyak RM30 juta.

Nasib baik juga ahli Parlimen pembangkang membuat bising kononnya tidak bersetujuan dengan cadangan berkenaan. Syabas kepada ahli Parlimen pembangkang, penolakan itu menunjukkan mereka tidak pelahap untuk menambahkan kemudahan untuk diri sendiri dan berpadan dengan apa yang ada.

Peruntukan itu mebabitkan RM30 juta ringgit. Dengan perkiraan mudah seorang ahli perlimen akan mendapat RM135,000 seorang di mana dengan wang itu membolehkan mereka mendapat sebuah kereta Honda Civi 1.8 untuk diberikan kepada anak gadis atau kekasih atau isteri muda yang berbaju hijau.

Penolakan ahli Pembangkang itu menjelaskan akan keikhlasan mereka. Apa yang mereka perjuangkan bukan untuk diri sendiri tetapi untuk rakyat. Inilah perbezaan sikap di antara ahli parlimen pembangkang dengan ahli pembangkang UBN yang selamanya ketidakcukupan wang.

Sekiranya Menteri Kewangan atau Nazri bermurah hati untuk membantu ahli Parlimen bukan menambahkan kemudahaan saraan hidup tetapi berikan hak kepada mereka untuk sama mengagihkan wang kepada rakyat yang diperuntukan RM1 juta untuk satu parlimen. Selama ini peruntukan diberikan kepada ahli parlimen UBN saja, manakala ahli parlimen Pakatan Rakyat dikecualikan.

Rasanya kalau menteri kewangan mencadangkan mekanisme itu ahli parlimen pembangkang - tidak termasuk enam orang ahli parlimen hantu, tentu akan bersetuju kerana ia melibatkan kepentingan rakyat.

Dengan tindakan Nazri itu - menarik balik peruntukan bererti semakan untuk saraan tambahan ahli parlimen tidak akan jadi kenyataan ini menyebabkan ahli parlimen UBN yang tidak kecukupan wang termasuk enam orang hantu juga akan kebuluran. Sekali lagi tahniah dan syabas kepada ahli parlimen pembangkang - Pakatan Rakyat yang tidak mengutamakan perut tetapi lebih melihat masalah rakyat

Tsu Koon Yakin Gerakan Mampu Beri Khidmat Di Tawau

Posted: 10 Oct 2011 03:52 AM PDT

SABAH DAILY

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/05/Koh-Tsu-Koon-338x300.jpgTAWAU: Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yakin parti itu berupaya memberi perkhidmatan lebih berkesan jika calonnya diberi peluang bertanding di kawasan Tawau pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata dua wakil rakyat sedia ada di kawasan Tawau yang diwakili parti pembangkang dan bebas, gagal memberi perkhidmatan berkesan seperti yang diharapkan rakyat.

"Sebenarnya, di Tawau sejak (hampir) tiga tahun ini, di bawah pembangkang dan pembangkang bebas sudah terbukti tidak begitu berkesan (berkhidmat kepada rakyat).

Jadi sudah sampai masanya rakyat Tawau berubah untuk menyokong parti Barisan Nasional (BN) dan menukar wakil rakyat yang tidak berkesan itu.

"Kita memang bersedia untuk berkhidmat dengan lebih berkesan kepada rakyat di kawasan ini. Kita bersedia untuk membantu Barisan Nasional memenangi kerusi-kerusi di kawasan Tawau dan di sekelilingnya.

"Oleh itu, memang kami berharap supaya diberi pertimbangan sebab kita ada organisasi dan kita juga ada seorang bakal calon yang popular di kawasan ini dan haruslah diberi pertimbangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Perwakilan Gerakan Negeri Sabah ke-15 di sini, Ahad.

Menurut Koh wakil rakyat BN berupaya memberi khidmat lebih berkesan kerana mereka mampu mendapat dan menguruskan peruntukan daripada kerajaan pusat untuk disalurkan kepada rakyat.

Mengenai pendirian parti itu berhubung tiga wakil rakyatnya di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah sekarang, beliau berkata ketiga-tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Gerakan berkenaan terus memberi khidmat terbaik di kawasan masing-masing.

Sehubungan itu beliau yakin sekiranya ketiga-tiga Adun berkenaan dicalonkan semula pada pilihan raya akan datang, mereka mempunyai peluang tinggi untuk memenangi kerusi masing-masing.

"Sememangya sejak SAPP (Parti Maju Sabah) keluar daripada BN, seperti juga parti lain, kita juga menuntut supaya Gerakan diberi peluang (bertanding di kawasan SAPP).

Kita mempunyai organisasi dan bakal calon yang dapat memenangi kawasan berkenaan.

Bagaimanapun kata Koh, selaras dengan semangat BN, parti itu akan menggunakan saluran parti berkenaan untuk membincangkan perkara tersebut dan tidak ingin mengheboh-hebohkannya melalui banyak kenyataan. -BERNAMA

Tiada ulasan: