Ahad, 23 Oktober 2011

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Bahagian 04 : Perasaan Insecure Seorang Bapak 01

Posted: 23 Oct 2011 06:43 PM PDT

Aku tak tau kalau aku sorang aje rasa camni..sure ramai lagi yang berperasaan sama macam aku. Dari aku bujang lagi..aku nak jadi bapak. Nampak macam seronok.

Tapi ada banyak benda yang aku cukup takut bila aku nak kahwin.
Bagaimanapun...ada satu benda yang aku paling takut bila aku nak kahwin.
Benda ni selalu bermain-main kat kepala aku.

Mampu ke aku hasilkan zuriat lepas aku kahwin?

Aku hidup kat asrama penuh. Jadi ada banyak kali jugak aku kena belasah dengan senior aku. Hisap rokok? Kena belasah. Keluar sekolah malam2 tak mintak lesen senior? Kena belasah. Gosok seluar senior sampai kain koyak sebab seterika panas sangat ? Kena belasah. Tu tak masuk lagi kena bola kat perut masa bersukan.

Flying kick ke, penerajang ke, penampar ke semua aku dah rasa. Bila aku masuk U,fikir-fikir balik..ada la dekat 6 kali aku kena belasah. Jadi aku takut jugak la kalau sistem pembiakan aku ada terganggu. Ada terlalu banyak hentakan yang "sistem" aku dah kena.

Jadi,aku selalu berada dalam keadaan paranoid pasal benda ni, sebab aku tak tau. Jadi bila aku nak kahwin, sedaya upaya lah aku pegi swimming, jogging keliling rumah dua tiga kali. Konon-kononnya nak mengaktifkan sistem pembiakan yang tak pernah dipakai.

Lepas kahwin, aku dengar member isteri aku bunting pelamin. Aku dengar ada orang tu kahwin lepas aku dah mengandung bini dia. Aku dengar ada orang tu mampu perform 5 kali satu malam.

Gila!
Aku jadi lagi paranoid.Tapi pada satu hari,selepas 2 bulan setengah kahwin...wife aku kata, dia pregnant. Semua plan aku nak gi cek dengan doktor nak tau sperm count aku normal ke tidak hilang macam tu aje. Serius shit..ada satu masa...aku nak gi doktor nak cek aku ok ke tak. Gila insecure aku selama dua bulan setengah lepas kahwin tu...

Terus aku rasa diri aku lah lelaki paling perkasa dalam dunia dan aku pun terus ambik dumbbell angkat beberapa set nak kasi build up otot dan buat beberapa kali seat up.

Ada sesape rasa macam ni?
Macam mana kita nak tolong remaja2 kita sekarang yang kebanyakannya rasa insecure tetapi mempunyai banyak peluang untuk menghilangkan rasa keinsecure-an itu.

Tiada ulasan: