Rabu, 5 Oktober 2011

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Tulisan Rojak : Proton,Awek Tidak Seksi dan ASB

Posted: 05 Oct 2011 05:30 PM PDT

1. Aku malas nak komen apa-apa pasal benda ni sebab aku selalu tulis pasal benda ni. Aku nak tanya kepada mereka2 yang mengalami zaman Proton baru muncul tu (aku waktu tu baru 4 tahun) apa reaksi korang bila kerajaan naikkan cukai kenderaan lain? Atau masa tu anda sendiri sebenarnya tak sedar cukai kenderaan sedang dinaikkan sebab masing-masing gembira Proton wujud? Aku siap ada t-shirt Proton Saga kaler coklat waktu tu.


2. Calon "Anugerah untuk Komen Paling Intelek Tahun 2011"


Ramai lagi orang yang pakai lebih seksi daripada saya. 
Saya rasa pakaian itu lebih modest berbanding yang lain.


Sebelum ini pun, saya pernah menerima teguran yang sama 
walaupun pakaian itu bertutup. 
Mungkin, bentuk tubuh kurniaan tuhan ini yang membuatkan 
saya kelihatan seksi di mata orang ramai

Ya dik...aku setuju, Tuhan memang buat kau berbadan seksi sebab dia suruh kau tayang kat semua orang. Tapi,seperti kata dia, pakaian dia lagi modest berbanding orang lain pada waktu itu, maksudnya..orang lain datang dalam keadaan bertelanjang bulat kah?A fully nude red carpet gala....itu adalah sesuatu yang sangat menghiburkan.

Bagaimanapun...seriously...siapa dia ni?Apasal dia tak ikut cadangan aku?


3. Aku baru tau pasal benda ni bila tengok buletin board kat masjid semalam.



Duit dividen ASB itu tidak halal,dia tulis situ "tidak halal" bukan "haram". Sebab pelaburan ASB tak memenuhi hukum syariah.Ke mana pelaburan anda tu dilaburkan tidak diketahui halal haramnya sebab pelaburan itu 30% dilaburkan ke sebuah bank yang mengamalkan sistem perbankan konvensional yang "membolehkan" riba.....itu alasan Majlis Fatwa Selangor. Dah diputuskan pada April 2011.

Kau nak debate pasal benda ni? Gi lah debate dengan Majlis Fatwa Selangor. Terpulanglah pada kau sama ada nak ikut ke tak. Agama kita ni bukan susah.

Kau rasa ragu-ragu dengan sesuatu benda?Jangan buat, tak kiralah kau orang negeri lain,tak kiralah kau setuju atau tidak dengan keputusan Majlis Fatwa Selangor itu. Kalau kau ragu-ragu....jangan buat. Tak kiralah ada pihak lain yang kata harus..ada pihak lain yang kata boleh... Kalau kau sendiri ragu-ragu....jangan buat.

Kontranya, samalah jugak kalau kau ragu-ragu kau ada terkentut tak sekejap tadi sebelum kau mula semayang? Ada ragu-ragu? Gi lah ambik air semayang balik. Kena buat balik semula. Sebab apa agama ajar camtu? Sebab itu jalan yang selamat. Menghilangkan keraguan.

Oh ya..perlu diberitahu di sini supaya korang tahu...Anda ada buat loan untuk labur ASB dengan pinjaman bank? Nak tau apa status pelaburan anda? Haram. Yang ni 100% haram. Takde keraguan di situ. Gi stop loan bank untuk ASB tu.

Bacaan lanjut
Khilaf mengenai ASB

Tiada ulasan: