Selasa, 4 Oktober 2011

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Mari Lawan Semua Fatwa Menindas Perempuan Bersama Sisters in Islam!

Posted: 04 Oct 2011 05:50 PM PDT


Aku takut baca paper The Star, sebab bila aku baca, aku merasakan artikel-artikel dalam The Star tu mengajak orang Melayu yang membaca jadi lebih liberal..lebih open. Terlalu banyak artikel dalam tu yang ditulis oleh orang-orang Melayu yang moden, Islam..tapi mempunyai pandangan yang aku tak suka.

Aku bagi contoh satu artikel minggu lepas yang ditulis oleh seorang columnist bernama Zainah Anwar (tiada kaitan dengan Anwar Ibrahim) yang bertajuk "No Hudud Please..We Are Malaysians First!" atau Jangan Laksana Hudud Sebab Kita Pertamanya Adalah Bangsa Malaysia (Aku tak ingat sangat tajuk dia...tapi lebih kurang camtu la. Di dalam kolum itu...penulis memperkatakan mengenai betapa "ketinggalan zamannya" hukum hudud itu..menggunakan pemahaman dia sendiri.

Orang alim kalau baca benda artikel tu akan berkali kata "Astaghfirullahalaziim.." Sebab aku kurang alim bila aku baca artikel tu dalam hati aku "tahilembujantan!" Apa yang aku paling kelakar adalah bila dia dengan jelas mempermainkan hukum hudud bila dia mempersoalkan hukuman potong tangan kepada pencuri dengan memberi pelbagai situasi yang agak dangkal level of thoughts nya.

Mungkin dia tak paham. Aku sendiri tak paham hudud tu macam mana pelaksanaan dia kalau buat kat Malaysia ni. Gambaran tu ada tapi samar2,masih banyak grey area yang perlu clearkan. Tapi kalau aku seorang Melayu tau hukuman orang yang mencuri adalah potong tangan...berat aku nak mencuri. Kalau aku tau kena kantoi beromen dengan awek-awek hot/bini orang bukan mahram adalah kena rejam/sebat...beratus kali jugakla aku fikir sebelum melakukan proses perzinaan sukarela tersebut.

Mungkin itu kot yang si Zainah Anwar ni tak nampak. Faedah pelaksanaan undang2 jenayah Islam ni bukannya kita tengok dari end productnya (potong tangan,kena rejam,kena sebat) tapi dari segi membentuk pemikiran masyarakat daripada mula-mula sekali, sebelum dia buat benda tu. Keyword dia kat sini adalah "SEBELUM DIA BUAT BENDA TU.." 

Tapi bila berbincang pasal hudud kita selalu akan tengok end result dia..itu yang membuatkan orang takut dengan Hudud ni. Masyarakat kita masih ramai yang tak nak bukak mata tengok bagaimana hukuman2 tu akan buat kau takut masa nak buat benda jahat.

Zainah Anwar tak silap aku ada bertanya "Macam mana orang lain akan tengok orang Melayu Malaysia mampu hidup dengan undang-undang yang buat hidup diorang sentiasa dalam ketakutan?" Ketakutan is necessary. Apa? Takleh ke beriang-gembira sambil takut dengan Tuhan? Boleh maa.

Biarlah ketakutan itu sintetik sekalipun (seperti yang berlaku sekarang di negara Arab, diorang takut dengan undang2 negara diorang tapi keluar aje negara..PERGHH! IT'S ARAB'S CLEAVAGE SHOWING TIME!) tapi point pentingnya adalah objektifnya tercapai. Dalam negara mereka, pemimpin mereka dah buat masyarakat patuh apa yang wajib. Tanggungjawab pemimpin kepada masyarakat tu dah lepas..apa yang berlaku di luar negara diorang..itu antara dia dengan Tuhan.

Dan berbalik kepada topik asal...selama ni aku boleh pejam mata tengok iklan arak atau resipi daging babi dalam The Star, sebab aku tau market diorang bukan setakat orang Melayu. Tapi makin lama apa yang aku nampak adalah The Star seolah-olah mengangkat benar perjuangan meliberalkan orang Melayu supaya ambik agama 50/50. Yang peliknya..nada perjuangan seperti itu selalu didokongi oleh seorang wanita tidak bertudung yang suaranya berbunyi sangat liberal, tapi menggelarkan diri mereka pejuang agama atau lebih karut lagi..pejuang hak asasi manusia berasaskan agama.

Tapi bila perjuangan golongan liberal ini lebih kepada perjuangan supaya "mereka boleh buat apa saja mereka nak sebab hak asasi manusia," aku tertanya-tanya.... Kakak, kau tak pernah baca ke keistimewaan wanita ikut hukum Islam ke? Apa yang tak fairnya di situ? Dalam Islam, wanita diletakkan di satu tempat yang sangat special. Sebagai ketua kepada pergerakan ramai wanita Islam..that is something that you should already know la....

Bagaimanapun pihak kerajaan...khasnya pihak Jabatan Agama Islam, sila pantau2 sket perjuangan golongan Melayu liberal dalam paper The Star ni. Ada sesuatu yang sangat fishy bila kerap benar artikel The Star mengambil pandangan "tokoh-tokoh Sisters in Islam" ni. Sekali sekala bukakla website The Star.com.my...baca dan nilai lah sendiri.

....................

ps - aku baru tau Zainah Anwar ni adalah orang kuat Sisters in Islam masa dah halfway menulis benda ni. Dan ini adalah link kepada artikel asal yang aku sebutkan.

Dan sorilah Kak Zainah...aku ada terbaca satu artikel tahun 2006 pasal kau dalam New York Times yang menyebut "kau tak pernah kahwin dan kau tak nak kahwin..sebab kau tak nak jadi hamba kepada seorang lelaki." Persoalan aku adalah:


1. Bagaimana anda boleh jadi pejuang kepada hak wanita dalam perkahwinan dari segi Islam sedangkan anda sendiri tidak percaya kepada institusi perkahwinan dalam Islam? 

2. Apa pandangan anda mengenai teori Darwin?

3. Apa rahsia anda dapat mengawal nafsu dan keperawanan begitu lama? 

Tiada ulasan: