Sabtu, 8 Oktober 2011

bumiperak

bumiperak


Najib tidak faham Negara Berkebajikan

Posted: 08 Oct 2011 05:36 PM PDT

http://www.niknasri.com/wp-content/uploads/2011/09/konsep-asas-negara-berkebajikan-212x300.jpgBerikutan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan belanjawan 2012 di parlimen semalam bahawa BN telah melaksanakan konsep Negara Berkebajikan, PAS ingin menegaskan bahawa Najib tidak memahami konsep Negara Berkebajikan yang hendak dibawa oleh PAS dan Pakatan Rakyat. Paling penting beliau harus memahami tiga ciri asas Negara Berkebajikan yang hampir tidak dilaksanakan oleh pemerintahan Barisan Nasional sehingga kini.

Pertamanya, Negara Berkebajikan mestilah ditadbir oleh pemerintah yang berintegriti atau beriman dan juga rakyat yang berintegriti. Dengan membazirkan wang rakyat untuk membayar bil air dan elektrik rumah Perdana Menteri berjumlah jutaan ringgit tidaklah menggambarkan pemimpin yang berintegriti.

Keduanya, Negara Berkebajikan mestilah bercirikan kerajaan yang wajib memberi pertolongan kepada rakyat yang memerlukan secara adil.

Ketiga, negara berkebajikan menekankan ciri kepimpinan yang beriman, berakhlak, menepati janji dan adil untuk semua. Nampaknya Perdana Menteri yang membentangkan belanjawan ini sebagai Menteri Kewangan gagal sama sekali memahami apa yang dimaksudkan oleh PAS sebagai Negara Berkebajikan.

Tindakan kerajaan terus menafikan royalti minyak di Kelantan dan Terengganu sejak bertahun-tahun, jelas menggambarkan ciri pengkhianatan dan tidak menepati perjanjian, malah jauh sekali memenuhi ciri Negara Berkebajikan.

Begitu juga dengan pemberian bantuan kepada rakyat yang bersifat bermusim di kala kerajaan memerlukan undi rakyat dan membiarkan rakyat tersepit dengan kenaikan harga barang dan petrol di luar waktu pilihanraya. Ini semua jelas kepada kita, hampir tiada ciri-ciri Negara Berkebajikan yang dilaksanakan oleh pemerintahan Barisan Nasional.

Begitu juga dengan manipulasi sistem pilihanraya melalui undi pos, daftar pemilih yang kotor, penggunaan jentera kerajaan dan memberi IC kepada warganegara asing untuk mengundi, jelas satu tindakan tidak berintegriti dan tidak amanah serta menutup pintu muhasabah oleh rakyat dalam pilihanraya. Ini hanya beberapa contoh jelas bahawa BN jauh sekali menepati konsep negara berkebajikan yang hendak dibawa oleh PAS.

Oleh itu, rakyat harus sedar bahawa 'Negara Berkebajikan' yang hendak dibawa oleh Pas bersama Pakatan Rakyat jauh lebih besar dan luas kerangkanya meliputi hak rakyat untuk dilayan secara adil, agihan ekonomi yang adil, hak bepolitik secara bebas, keperluan sosial yang wajib dipenuhi, pemimpin dan rakyat yang berintegiti dan seterusnya membentuk Malaysia yang sejahtera dalam semua aspek, bukan sekali-kali bersifat pemberian habuan bersifat sementara di masa rakyat diperlukan semata-mata.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Bekas Pengarah Pendidikan Perak masuk PAS, cikgu bila lagi?!

Posted: 08 Oct 2011 03:33 PM PDT

TAIPING, 8 Okt: PAS Negeri Perak menerima ahli baru daripada dua tokoh yang dikenali iaitu bekas Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Adnan Ibrahim dan bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid. Kedua-dua tokoh itu telah hadir di Program Pelancaran 'Jom Masuk PAS' di Markas Tarbiyyah PAS, Air Kuning di sini.

Adnan berkata, beliau menyertai PAS setelah mendapat hidayah untuk menyertai perjuangan PAS dan meninggalkan Umno selepas pulang dari tanah suci.

"Ketika saya berkhidmat dahulu, teruk saya maki dan memarahi guru-guru yang menyokong PAS. Saya ketika itu sangat benci dengan PAS dan memandang PAS ini sebagai parti yang mempergunakan agama demi politik," katanya dengan nada kesal.

Beliau mendakwa, Naib Presiden UMNO, Datuk Hishammuddin Tun Husein dan pimpinan Umno memanggil beliau dan menasihatkan agar terus dengan Umno tetapi beliau berpegang dengan pendiriannya untuk bersama dalam PAS demi mendokong perjuangan Islam.

Bagi Mohamad Imran pula, beliau masuk PAS kerana tidak yakin dengan perjuangan Umno.
"Perjuangan Umno hanya retorik semata-mata. Kata memperjuangkan Islam tetapi sebaliknya," katanya yang ingin bersama dalam PAS hingga ke akhir hayatnya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam ucapannya berkata, beliau mengalu- alukan kemasukan dua tokoh besar masyarakat ke dalam PAS. "Bekas pegawai tinggi TLDM dan bekas Pengarah Pendidikan pun boleh masuk PAS, kenapa JKKK dan penoreh getah tidak boleh masuk PAS?" soalnya ketika melancarkan Program 'Jom Masuk PAS' anjuran Badan Perhubungan PAS Perak.

"Sekarang ini, orang dah pencen semua nak masuk PAS setelah lama 'digari' . Mereka tidak percaya Umno. Umno tidak relevan lagi, Umno sudah busuk hingga ke usus," tegasnya lagi.
perak.pas.org.my

Tiada ulasan: