BRIGED MP SEGAMBUT |
- MALAYSIA RESMI ADAKAN HUBUNGAN DIPLOMATIKDENGAN ISRAEL?
- Peluru dipos ke rumah Aziz Bari
- DEMI MENGHAPUS BAYANG BAYANG ALTANTUYA?
MALAYSIA RESMI ADAKAN HUBUNGAN DIPLOMATIKDENGAN ISRAEL? Posted: 29 Oct 2011 08:33 AM PDT Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut penjelasan kerajaan berhubung pendedahan peninju Israel, Ilya Grad yang mendakwa telah memasuki Malaysia dengan bantuan menteri belia dan sukan untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai untuk stesen TV AXN. Mahfuz berkata, perkembangan itu mengejutkan, apatah lagi apabila peninju kelas middleweight itu mendakwa bahawa pasportnya tidak dicop. "Sebarang kemasukan rakyat ke negara Israel diharamkan, malah rakyat Malaysia masuk ke (Israel) juga diharamkan. "Bagaimana (Grad) boleh masuk dengan (dakwaan) restu menteri, malah tanpa melalui proses imigresen sebenar? Ini menunjukkan betapa longgarnya pintu sempadan, boleh bolos begitu saja. "Jadi kementerian luar negeri, kementerian dalam negeri harus beri kenyataan kenapa perkara ini boleh berlaku. Apakah benar dakwaan dia masuk dengan keizinan daripada menteri belia dan sukan?," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini semalam. "Sekiranya benar perkara itu berlaku, ia menunjukkan bahawa menteri berkenaan telah "merosakkan dasar negara," kata Mahfuz lagi yang turut menuntut penjelasan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berhubung dakwaan tersebut. Bekas juara muay thai Israel itu mendakwa telah memasuki Malaysia pada satu tarikh sebelum ini untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai yang dirakamkan di dalam kampus Universiti Putra Malaysia, Serdang untuk stesen TV AXN. Difahamkan, rakaman program pada Jun itu baru saja dikeudarakan oleh stesen TV berkenaan baru-baru ini. Dalam satu tulisan di blog tinju Muay Thai Authority pada 15 Oktober, Grad menceritakan bahawa dia tidak sabar untuk mengibarkan bendera Israel ketika berada di Malaysia. Beliau yang memasuki Malaysia melalui Thailand ditahan selama 25 jam di satu pintu masuk negara sebelum berjaya mendapatkan bantuan Persekutuan Muay Thai Malaysia, "dengan sokongan menteri sukan Malaysia." Sesudah itu, barulah dia kemudiannya mendapatkan dokumen yang diperlukan untuk memasuki Malaysia, katanya di blog yang banyak memaparkan kegiatan dan pertandingan sukan itu. "Dengan begitu sahaja saya melepasi sempadan itu dengan pas khas – pas yang sememangnya khas kerana pasport Israel saya tidak dicop," katanya lagi. |
Peluru dipos ke rumah Aziz Bari Posted: 29 Oct 2011 03:27 AM PDT Sebutir peluru diposkan ke rumah pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari di rumahnya di Gombak hari ini, dipercayai ekoran reaksinya terhadap titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) sebelum ini. Katanya, bersama peluru itu, diselitkan juga sepucuk surat bertulis: "Jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti". "(Dihantar dengan) pos biasa saja. "Saya waktu itu baru hendak keluar rumah, dalam perjalanan ke Utara, ke satu program forum dengan (Timbalan Presiden PAS) Mohamad Sabu di Bagan Serai," katanya yang kini dalam perjalanan bersama keluarganya. Ketika dihubungi Malaysiakini awal petang ini, Aziz berkata, peluru itu dihantar oleh posmen dalam sampul surat biasa warna coklat ke peti surat rumahnya pada jam 11.45 pagi tadi. Oleh kerana dalam keadaan tergesa-gesa, laporan polis akan dibuat akan dibuat selepas ini, selewat-lewatnya esok, kata Aziz. Beliau bagaimapun tidak tahu jenis peluru itu tetapi menggambarkannya sebagai "kecil sahaja". Ditanya perasaannya sama ada takut, beliau berkata "tidak" kerana pernah mendapat ancaman bertulis sebelum ini ketika mengkritik kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelang muktamar pemilihan parti itu pada 2009. "Saya OK. Saya bukan biadap dengan sultan. Saya bukan kata 'natang'. Itu jauh sekali. "Saya cuma bercakap tentang exercise of power," kata pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu. Pada 23 Mac 2008, sekumpulan orang, dipercayai penyokong bekas Menteri Besar Terengganu dilaporkan mengadakan perhimpunan di hadapan kediaman rasmi menteri besar di Kuala Terengganu sambil membawa kain rentang bertulis "kami nak Idris, natang". "Natang", dalam loghat Terengganu, bermaksud binatang. Aziz sebelum ini berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan dalam isu DUMC tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam. Tindakan itu menyebabkannya disiasat pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan UIA yang turut menggantung jawatannya selama beberapa hari. Dalam masa yang sama, pelbagai pihak, termasuk mahasiswa, kakitangan akademik universiti, NGO, pemimpin pembangkang, bahkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah tampil menyatakan simpati terhadapnya. |
DEMI MENGHAPUS BAYANG BAYANG ALTANTUYA? Posted: 28 Oct 2011 05:04 PM PDT Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengupah orang asing untuk menaikkan imejnya adalah membazir, sia-sia dan tidak adil."Jika benar Najib mengupah Alastair Campbell yang pernah menjadi ketua komunikasi bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair untuk menaikkan imejnya dan wang rakyat digunakan untuk tujuan itu, ia bukan sahaja membazir dan sia-sia, malah amat tidak adil menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan partinya," kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. Sarawak Report sebelum ini melaporkan, Campbell kini menasihati Najib untuk memastikan kemenangan Umno Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang. "Mana pergi pakar-pakar tempatan yang hebat-hebat untuk menaikkan imej Najib setelah imej Umno BN jatuh merudum terutama di kalangan pengundi bukan Melayu? "Kita difahamkan ada pakar dari stesen TV terkenal diambil untuk menaikkan imej imej Najib dan partinya. Adakah pakar itu gagal menaikkan imej Najib dan memperbaiki imej (isteri Najib, Datin Seri) Rosmah (Mansor)?" Ahli Parlimen Kubang Kerian itu mempersoalkan. Beliau berkata, Najib tidak perlu mengkaji pergi jauh-jauh dan mengikis wang negara mengupah konsultan luar untuk menyedari tahap penerimaan rakyat terhadap beliau dan kerajaannya. "Ambil perhimpunan Bersih 2.0 dan Himpun (Himpunan Sejuta Umat) sebagai contoh. Walaupun sebelum perhimpunan Bersih 2.0 media-media pro-Umno BN seperti kerasukan menghasut dan menakut-nakutkan orang ramai malah dengan pelbagai sekatan dan tindakan ganas terhadap perhimpunan aman itu, Kuala Lumpur tetap dibanjiri rakyat yang mahukan pilihan raya yang bersih dan adil. "Malah terdapat ramai penganalisis yang menyifatkan perhimpunan Bersih 2.0 yang mendapat liputan seluruh dunia itu sebagai kebangkitan rakyat tanpa pemimpin," kata Salahuddin. Sebaliknya, kata beliau lagi, Himpun yang mendapat 'tacit approval' dari kerajaan Najib dan disertai pula oleh histeria media-media pro-Umno BN menyokong dan mendorong orang ramai menyertainya serta ditambah pula dengan sambutan mesra polis yang sebelum itu mengganasi Bersih 2.0, hanya 10,000 orang sahaja yang hadir. "Saya ambil angka 10,000 orang yang disebut oleh akhbar pro-Umno BN sebagai tanda simpati walaupun terdapat banyak laporan yang lebih dipercayai yang menyatakan bahawa kehadiran sebenar amat jauh lebih kecil dari itu," kata beliau. Perbezaan sambutan rakyat terhadap Bersih 2.0 dan Himpun merupakan bukti yang sangat jelas tentang penerimaan mereka terhadap Umno BN, kata beliau. Malah, kata Salahuddin lagi, tidak cukup dengan tamparan hebat rakyat melalui perbezaan sambutan mereka terhadap Bersih 2.0 dan Himpun itu, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengakui imej Najib jatuh merudum akibat penangan Bersih 2.0. "Tak perlulah Najib membazir wang rakyat secara tidak adil untuk memulihkan imejnya dengan mengambil konsultan asing seperti Campbell, jika benar beliau berbuat demikian. "Saya bersetuju dengan pandangan yang menyatakan konsultan asing pun tak akan mampu menukar sang kodok menjadi putera raja," katanya. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan