BRIGED MP SEGAMBUT |
- PENJAJAHAN BARU BRITISH TERHADAP MALAYSIA?
- HARGA TIKET FINAL: FAM BERKORBAN DEMI UMNO?
- dr MAHADHIR PUNCA KEKALUTAN NEGARA?
- Lim dakwa difitnah portal Umno Online pula
- KERJA GILA BAWA GARI DAN SENJATA API
- KES ALTANTUYA:WAJIB DISEGERAKAN
- JANGAN JADI BODOH DENGAN IKUT MENGHINA MUAMMAR GADDAFI
- Aziz Bari umpama 'guru perlembagaan'
PENJAJAHAN BARU BRITISH TERHADAP MALAYSIA? Posted: 27 Oct 2011 08:44 AM PDT Bekas ketua komunikasi Perdana Menteri British, Tony Blair - Alastair Campbell dikatakan sedang bekerjasama dengan BN untuk membantu kerajaan memenangi pilihan raya umum akan datang. Menurut portal Sarawak Report, Campbell baru-baru ini telah dilihat di Astana, ibu negeri Kazakhstan dan juga di Kuala Lumpur bagi menjalankan kerja-kerja perundingan. "Berdasarkan sumber-sumber eksklusif, kami difahamkan Campbell sedang memberi nasihat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai cara memenangi pilihan raya akan datang. "Menurut sumber kami, Campbell mengadakan pertemuan dengan Najib di KL baru-baru ini dan adalah orang di sebalik yang menasihatkan perdana menteri sejak beberapa bulan lalu untuk menampilkan imej lebih mesra, seperti janji untuk reformasi undang-undang tahanan dan konsep 'Najib Cool'," kata laporan itu. Campbell pernah menerajui kempen 'Cool Britannia' untuk Blair (kanan) pada sekitar 1990an. Beliau juga terkenal kerana menyakinkan rakyat Britain melalui usaha perhubungan awam untuk menyokong pencerobohan ke atas Iraq. Menurut Sarawak Report, Najib mengupah Campbell bagi mendapatkan kepakaran strateginya bagi memenangi pilihan raya akan datang. "Ia adalah mengenai cara untuk berhadapan dengan pembangkang, bagaimana untuk memaparkan imej Najib dan apa yang perlu dilakukan untuk menang, berdasarkan kejayaan Tony Blair. "Kerjasama ini mencetuskan kebimbangan di kalangan pembangkang kerana Campbell menggunakan hubungan antarabangsa dan pengaruh beliau melalui Blair untuk meningkatkan imej Najib dan BN, di sebalik rekod parti itu yang terbukti mengamalkan rasuah, penindasan dan penafian hak-hak asasi manusia serta kegagalan mengadakan pilihan raya yang bersih di Malaysia," petik laporan itu. Lewat petang ini, Campbell, dalam twitternya, menafikan dia telah dilantik sebagai penasihat kepada Najib. Katanya, dia sendiri pun tidak pernah datang ke Malaysia |
HARGA TIKET FINAL: FAM BERKORBAN DEMI UMNO? Posted: 27 Oct 2011 07:45 AM PDT nak naikkan imej dua kerajaan negeri.? karena keduanya di perintah umno..? dapat nama baik pasal bagi diskaon? hu hu |
dr MAHADHIR PUNCA KEKALUTAN NEGARA? Posted: 27 Oct 2011 04:29 AM PDT Kelewatan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara adalah kerana kelemahan institusi yang disebabkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi perdana menteri, kata pakar perlembagaan negara Profesor Abdul Aziz Bari. Pakar undang-undang UIA itu berkata Mahathir telah meminda perlembagaan persekutuan pada tahun 1993 dengan melucutkan raja-raja daripada kekebalan mereka dan menyediakan peruntukan bagi kerajaan untuk "memberi arahan" kepada Yang di-Pertuan Agong. Ini dilakukan dengan cara memasukkan Artikel 40 (1A) dalam perlembagaan yang menyatakan bahawa Seri Paduka perlu bertindak mengikut nasihat jemaah menteri. "Pada dasarnya ini merupakan legasi yang ditinggalkan oleh pentadbiran Mahathir, yang mahu monarki disenyapkan," katanya kepada Malaysiakini hari ini. Menurut beliau, pada masa yang sama, negara mempunyai seorang eksekutif yang tidak memperdulikan kuasa badan yang lain dan monarki yang tidak pasti peranannya. Kenyataan Abdul Aziz itu dibuat bagi mengulas kelewatan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara yang tertangguh dua minggu. Laporan itu biasanya dibentangkan pada hari yang sama dengan pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Bajet 2012 dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober lalu. Kelewatan itu dikatakan kerana jemaah menteri mahu meneliti laporan berkenaan sebelum ia dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong kerana kebimbangan bahawa laporan audit tersebut akan mencuri tumpuan berbanding Bajet 2012. Menurut Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, mengemukakan laporan kepada jemaah kabinet sebelum diperkenan oleh Seri Paduka adalah amalan yang diguna-pakai sejak 1982, iaitu sejurus selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri. Kata beliau, ia bertujuan untuk membolehkan kabinet membiasakan diri dengan isu-isu yang dibangkitkan dalam laporan itu dan menjelaskannya di Dewan Rakyat. |
Lim dakwa difitnah portal Umno Online pula Posted: 27 Oct 2011 12:00 AM PDT Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang ke atas portal umno-online.com berhubung laporan berjudul "Dari Rambut Panjang ke Gejala Dadah, Guan Eng makin berputar belit". Laporan itu mendakwa Lim berputar belit bagi mengaburi mata rakyat termasuk memberikan alasan anaknya ditukarkan sekolah kerana mahu berambut panjang. Bagaimanapun, pada 19 Oktober lalu, sebuah akhbar berbahasa Cina, melaporkan Lim memindahkan anaknya dari Sekolah Cina Heng Ee ke Sekolah St Xavier's kerana bimbang terjebak dengan gejala negatif dan sendiket dadah di kalangan pelajar sekolah itu. "Ini satu lagi fitnah. Saya tidak pernah berkata perkara seumpama itu. Ini bukan sesuata tuduhan oleh blog pro-Umno, ini media rasmi parti," katanya. Lim juga mengemukakan salinan laporan Guang Ming Daily, yang menafikan bahawa ia membuat laporan dan ulasan seperti yang didakwa oleh Umno Online. Sebelum ini, beberapa penulis blog pro-Umno, termasuk Papagomo mendakwa bahawa anak remaja Lim telah mencabul kehormatan rakan sekelasnya dan dan akibat itu terpaksa dipindahkan dari sekolah SMK Heng Ee. Ketua Menteri itu juga didakwa membayar wang pampasan kira-kira RM200,000 kepada ibu bapa gadis itu untuk menutup skandal berkenaan. Namun gadis yang dituduh itu, Anya Ann Corke, Lim dan pengetua SMK Heng Ee semuanya telah menafikan kejadian berkenaan. Lim juga menjelaskan, anaknya itu berpindah sekolah bukan kerana masalah disiplin seperti yang didakwa oleh blog pro-Umno tetapi kerana mahu menyimpan rambut yang lebih panjang. Di sekolah asalnya, SMJK Heng Ee, pelajar lelaki diwajibkan menggunting pendek rambut mereka. "Apa kata Timbalan Perdana Menteri sekarang?" soalnya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis rumah terbuka Deepavali di Time Square Pulau Pinang, semalam. Lim masih tidak berpuas hati dengan Muhyiddin yang dilaporkan berkata: "Penafian adalah tidak mencukupi. Kalau tidak buat, minta polis untuk menyiasat dan bersihkan nama." |
KERJA GILA BAWA GARI DAN SENJATA API Posted: 26 Oct 2011 11:00 PM PDT Penduduk Orang Asli suku kaum Semai, di Perkampungan Orang Asli Palawan, Sungai Manik di Teluk Intan kesal dengan tindakan pegawai Jabatan Perhutanan Negeri yang didakwa membawa senjata api dan gari ketika berunding dengan mereka mengenai status tanah berkenaan pada Isnin. Tok Batin, Apong a/l Bah El, 45, berkata perkara itu berlaku ketika kira-kira 10 anggota jabatan itu berunding dengan penduduk kampung yang meneroka tanah di pinggir Hutan Simpan Kekal Chikus untuk menanam sayur-sayuran dan sawit. "Mereka tidak membenarkan kami meneroka kawasan itu yang telah diluluskan untuk tanaman herba. Kami pula terpaksa meneroka (hutan ini) kerana tiada lagi kawasan untuk kami bercucuk tanam... kami masih memerlukan hutan rayau untuk mencari rezeki," katanya kepada pemberita di Teluk Intan, semalam. Beliau berkata anggota Jabatan Perhutanan Negeri melarang masyarakat Orang Asli bercucuk tanam di kawasan itu tetapi pada masa sama mereka "membutakan mata, memekakkan telinga" apabila ada pihak lain mengusahakan tanaman betik, limau, kelapa sawit berskala ladang serta penternakan itik di situ. Apong turut mempersoalkan tindakan pilih kasih itu. Halang Orang Asli Tinjauan Bernama di kawasan hutan seluas 4,000 hektar itu mendapati sebahagian besar hutan telah dibersihkan dan diusahakan dengan tanaman sawit. Sebahagian jalan di dalam kawasan hutan diletakkan dengan batang kayu, longgokan tanah dan lubang-lubang dipercayai bagi menghalang penduduk Orang Asli melalui kawasan ini. ADUN Sungai Manik Datuk Zainol Padzi Paharuddin berkata beliau dimaklumkan mengenai insiden berkenaan semalam. "Saya terkejut dengan tindakan kakitangan jabatan terbabit yang membawa senjata api dan gari ketika berunding sedangkan ia tidak perlu," katanya. Zainol Padzi, yang juga exco kerajaan negeri, berkata masalah penduduk Orang Asli itu telah dibawa kepada Yayasan Bina Upaya dan permohonan telah dikemukakan agar sebahagian hutan simpan itu dibenarkan bagi kegiatan pertanian penduduk Orang Asli di situ. Katanya walaupun permohonan tanah itu diluluskan semasa mesyuarat exco kerajaan negeri, Jabatan Perhutanan Negeri menghalang kelulusan itu dengan alasan Hutan Simpan Chikus akan dijadikan tapak kajian pelbagai jenis tumbuhan. "Tetapi apa yang kita lihat hari ini, ia dikuasai sesetengah pihak yang menanam pelbagai jenis tumbuhan untuk mengaut keuntungan," katanya. - Bernama |
KES ALTANTUYA:WAJIB DISEGERAKAN Posted: 26 Oct 2011 09:51 PM PDT Setelah tergendala sekian lama, bapa kepada warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dibunuh dengan kejam, merayu kepada mahkamah di negara ini agar mempercepatkan perbicaraan sivil RM100 juta yang difailkannya terhadap kerajaan. Setev Shaariibuu (kiri), yang memfailkan saman itu pada 4 Jun, 2007, menyaman kerajaan Malaysia dan mereka yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan kejam Altantuya di sebuah hutan di Shah Alam pada 19 Oktober, 2006. Dalam sepucuk surat yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh peguam Mukhsaruul Mijiddorj, Shaariibuu berkata beliau telah membayar sejumlah besar wang kepada mahkamah Malaysia pada tahun lalu. Wang, berjumlah RM60,000 itu sebagai bon keselamatan, dibayar oleh kerajaan Mongolia bagi pihak Shariibuu. Walau bagaimanapun, setahun sudah berlalu tetapi beliau masih belum menerima sebarang berita mengenai tarikh kesnya itu akan dibicarakan. Kesan buruk "Hakikat bahawa kerajaan anda tidak mengambil sebarang langkah positif terhadap isu yang dibangkitkan oleh Mongolia mungkin (menimbulkan) kesan buruk terhadap ratusan warga Mongolia yang belajar dan tinggal di Malaysia," katanya. "Sedangkan kerajaan Mongolia telah mencadangkan isu ini dibincangkan dengan melantik dan menghantar wakilnya ke Malaysia, namun satu tahun sudah berlalu tanpa sebarang maklum balas," katanya. Shaariibuu tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai siapa dan bila perwakilan yang dimaksudkannya itu telah datang ke negara ini bagi membincangkan perkara ini. Adalah difahamkan bahawa surat itu, yang sesalinannya diberikan kepada Malaysiakini, pada masa ini, dalam simpanan peguam Karpal Singh (kiri), yang mewakili Shariibuu dalam kes berkenaan secara pro-bono (percuma). Awal bulan ini, Karpal melahirkan kekecewaannya, kes saman itu telah ditangguhkan kerana kedua-dua anggota polis yang didapati bersalah berhubung pembunuhan berkenaan telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan. Karpal berkata beliau telah berulang-kali menulis mahkamah untuk memohon pengurusan kes saman itu, tetapi masih belum menerima jawapan. |
JANGAN JADI BODOH DENGAN IKUT MENGHINA MUAMMAR GADDAFI Posted: 26 Oct 2011 02:00 PM PDT ANAK TERBAIK BUMI AFRIKA JAWAPAN SAYA KEPADA TUAN Tuan yang saya muliakan: Tuan menulis kepada saya dan bertanya kenapa saya memberi penghormatan kepada Gadaffi. Kenapa saya tidak menulis dan mengutuk Kolonel Gadaffi. Tuan terus bertanya dan menghambat dengan soalan kenapa saya bersimpati dengan seorang ditaktor yang telah merampas kuasa semenjak tahun 1969. Tuan bertanya apakah saya tidak tahu bahawa selama 42 tahun ini Libya tidak pernah melihat kepimpinan selain dari Kolonel Gadaffi. Kenapa saya tidak menulis tentang kezaliman yang berlaku di Libya. Tuan yang saya muliakan, Saya juga disedarkan bahawa Kolonel Gadaffi ini telah memberi pembelajaran percuma dari sekolah rendah hingga ke universiti di Libya. Saya juga sedar bahawa Gadaffi memberi warga Libya perubatan percuma. Saya juga sedar yang Gadaffi telah menggunakan duit minyak petrol untuk membuat rumah dan memberikan secara percuma kepada warga Libya. Saya juga sedar Gadaffi memberi sokongan kepada banyak perjuangan pembebasan antarabangsa pada tahun-tahun 70'an dahulu. Sokongan dana dan diplomatik untuk PLO, Japanese Red Army, IRA dari Ireland Utara, ETA dari Sepanyol – termasuk juga menyokong dan memberi dana dan senjata kepada Moro National Liberation Front dari Mindano. Dalam masa yang sama - saya amat sedar bahawa ruang demokrasi amat sempit di Libya. Saya sedar Gadaffi memerintah Libya tanpa ada pemilihan. Gadaffi naik tahtha kerana rampasan kuasa. Dalam hal ruang demokrasi saya tidak bersama menyokong Gaddafi. Malah ketika Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), ABIM, Persatuan Bahasa Melayu Universiti Melaya (PBMUM) - mengangkat dan menjulang Kolonel Gadaffi pada tahun tujuh puluhan dahulu – saya secara sinis telah mentertawakan kumpulan kumpulan ini. Ketika ini Gaddafi sedang menjual agama dengan Buku Hijaunya. Gadaffi membuat Buku Hijau kerana Pengerusi Mao pada ketika itu ada Buku Merah. Saya tersenyum sinis apabila melihat kumpulan-kumpulan Islam amat senang ditipu. Saya perhatikan mereka memiliki kecetekkan fikrah dan gagal untuk memahami konsep ruang demokrasi yang lebih luas. Ini berlaku lebih dari 30 tahun dahulu. Ini ketika saya telah bangun menyokong perjuangan adil rakyat Vietnam. Kita saya menyokong pejungan rakyat Kamboja. Kita kami anak muda keluar ke jalan raya untuk bersetiakawan dengan rakyat Palestine dan warga Afrika Selatan. Ketika ini anak muda seluruh dunia sedang bangun melawan kuasa imperialis Anglo-Amerika. Biar saya jelaskan disini. Saya tidak pernah menghalalkan apa sahaja bentuk kezaliman. Sama ada kezaliman yang dilakukan kerana idealoji kiri seperti di Russia dan di China, atau kerana dogma agama di Iran dan Pakistan atau atas nama keselamatan seperti di Malaysia dan di Israel. Kezaliman adalah kezaliman tidak kira dari mana datangnya. Yang dizalimi tetap terseksa. Tuan yang saya hormati, Disini biar saya luaskan pandangan siasah agar kita bukan hanya memahami Gaddafi dengan Buku Hijaunya atau dengan Libya wujud tanpa pilihanraya. Saya ingin membuka wacana yang lebih luas. Dalam bahasa German, saya ingin membuka wacana realpolitik – politik yang dieja dengan huruf k. Saya harapkan apa yang saya huraikan ini akan membuka fikrah kita bersama untuk melihat tanda dan makna politik yang sedang berlaku dihadapan mata kepala kita. Tuan yang saya hormati, Libya ialah anggota OPEC – negara pengeluar minyak. Ertinya Libya negara kaya. Ertinya jika duit minyak tidak digunakan secara membazir. Atau digunakan hanya untuk isteri Gadaffi membeli intan berlian dari kedai Jacob di New York atau membeli beg tangan Jane Birkin – sudah pasti warga Libya tidak hidup lumayan. Ini tidak berlaku di Libya justeru pendapatan warga Libya adalah yang tertinggi di Afrika. Sebagai anggota OPEC kelihatan Libya dibawah pimpinan Kolonel Gadaffi selalu membantah keputusan dan cadangan OPEC yang diajukan oleh Saudi Arabia. Arab Saudi sering mengajukan dasar pengeluaran minyak yang tidak akan menggangu gugat sistem ekonomi kapitalis yang dikepali oleh Amerika Syarikat. Saudi mahu harga minyak petrol terus rendah. Amat jelas - Raja Saudi adalah budak suruhan Amerika yang paling setia. Raja Saudi akan menjaga kepentingan ekonomi kapitalis Amerika lebih baik dari menjaga Makam Nabi. Dasar Saudi yang pro Amerika inilah yang sering ditibai oleh Gadaffi. Apa yang ingin saya nyatakan disini ialah dalam politik antarabangsa Gadaffi ini ialah sosok anti imperialis. Justeru sokongan Libya terhadap gerakan pembebasan antarabangsa pada tahun tahun 70an dahulu wajib dilihat dalam konteks ini. Kerana anti imperialis ini Gadaffi ialah ' budak jahat' dalam kitab rujukan Rumah Puteh. Kolonel ini tidak disukai oleh kuasa Anglo-Amerika. Kolonel Gadaffi tidak disukai oleh Shell, Esso, BP atau Cheveron Oil – kerana semua syarikat ini dikekang dari masuk menjarah minyak di Libya. Dalam pandangan geopolitik kaum imperialis dan kaum pemodal antarabangsa Gaddafi telah membuat beberapa kesalahan. Biar saya terangkan kesalahan Gadaffi ini. Kesalahan-kesalahn inilah yang membuatkan bala tentera NATO datang menyerang Libya dan membunuh Gadaffi. Tuan yang saya muliakan biarkan saya senaraikan satu demi satu kesalahan Kolonel Gadaffi ini. Di harapkan tuan akan terbuka mata dan hati untuk memahami siasah dunia dengan lebih lengkap. Jika tuan memahami ini maka saya berharap tuan memahami kenapa saya menyokong Gadaffi. Pertama: Gaddafi telah mengeluarkan dana lebih dari 300 juta dolar Amerika untuk membuat sistem Satelit Afrika. Sistem satelit ini membolehkan 42 negara-negara Afrika berkomunikasi bebas dari kongkongan sistem komunikasi syarikat-syarikat Eropah. Saban tahun sebelum adanya sistem Satelit Afrika ini – negara negara Afrika terpaksa membayar 500 juta dolar satu tahun harga sewaan. Gaddafi membebaskan negara Afrika. Kaum pemodal antarabangsa lesap mata pendapatan sebanyak 500 juta dolar setahun. Kedua: Gadaffi telah merancang untuk menubuhkan AMF – African Monetary Fund. Lembaga AFM ini berperanan seperti International Monetary Fund (IMF)– meminjamkan dana untuk negara Afrika yang memerlukan. Bezanya AMF ini bukan untuk mencari keuntungan. AMF ini bukan untuk memberi hutang atau menjadi Along untuk negara Afrika. AMF bertujuan membebaskan negara-negara Afrika dari sistem penjajahan ekonomi yang sedang memiskin benua ini. Lembaga AFM ini juga akan mewujudkan Central Bank of Africa yang beribu pejabat di Abuja Nigeria. Ini bererti nilai duit Afrika bukan lagi ditetapkan oleh dolar, bukan lagi ditetapkan oleh pound sterling atau ero. Dengan wujudnya Central Bank of Afrika ini maka putuslah penjajahan ekonomi kaum pemodal antarabangsa dengan benua Afrika. Gadaffi juga akan mewujudkan Africa Bank of Investman a yang beribu pejabat di Libya. Tujuan bank ini ialah untuk mencari modal dan melabor di negara-negara Afrika. Semua lembaga keewangan ini akan diwujudkan pada tahun 2011. Semua perancagan telah berjalan dengan lancar. Semua perjanjian telah ditanda tangani. Kini semuanya tinggal impian. Kini semuanya dimusnahkan oleh serangan Nato. Ketiga: Kuasa imperial Anglo-Amerika tidak mahu Afriak bebas. Kuasa imperialis mahu rakyat Afrika terus bodoh dan dibodohkan. Ramai warga Afrika datang belajar di Libya. Sistem pembelajaran pecuma di Libya menjadi ancamaan kepada kaum pemodal. Bertambahnya warga Afrika yang bijak bermakna berkurang pula pengaruh kuasa pemodal antarabangsa di Afrika. Justeru, kaum pemodal antarabangsa mahu Afrika terus diperintah oleh para ditaktor seperti Mobutu Sese Seko, Idi Amin Dada atau Emperor seperti Bokasa. Melalui Lolonel Gadaffi kesatuan African Union menjadi satu organisasi yang bukan sahaja beretorik tetapi berupaya melakukan sesuatu. Melalui duit minyak Gadaffi telah menyalurkan dana yang banyak ke negara-negara Afrika. Ini dilihat oleh kaum pemodal sebagai satu yang bahaya. Sebagai satu ancaman. Bahaya kerana jika Afrika bangun membina negara mereka sendiri maka kaum pemodal antrabangsa dan kehilangan tempat untuk merompak dan menjarah kekayaan. Tuan yang saya hormati, Tiga pekara yang telah dilakukan oleh Gadaffi ini telah dengan terang-terang menentang kepentingan kaum kapitalis antrabangsa. Semua ini adalah jenayah Gadaffi terhadap kaum pemodal antrabangsa. Semua ini adalah kesalahan Gadaffi terhadap imperialis Anglo-Amerika. Jelas, apa yang saya tuliskan bukan jenayah Gadaffi terhadap warga Libya. Ini bukan bermakna Gadafy ini seorang sosialis – tidak. Apa yang Gadaffi lakukan ialah secara jujur dia ingin membebaskan Afrika dari cengkaman kaum pemodal antarabangsa. Tuan yang saya hormati, Pekara yang saya tulis ini tidak akan dilaporkn oleh CNN, BBC, New York Times , Washington Post atau pun Utusan Melayu. Tidak ada media arus perdana yang berani menyentuh pekara ini. Laporan yang kita baca, dengar dan tonton hanya menyatakan bahawa warga Libya telah bangun menentang Kolonel Gadaffi. Apakah ini betul? Saya hanya ada satu pemintaan kepada tuan yang saya hormati. Sila cari gambar, sila cari klip di YouTube, sila selidiki semua media dunia – adakah pernah tuan ternampak beribu-ribu anak anak muda berkumpul menentang Gadaffi seperti di Dataran Tahrir? Adakah tuan pernah terlihat gambar puluhan ribu rakyat Libya berdemo menentang Gadaffi seperti demo Bersih 7 Julai dahulu? Atau ternampak gambar beribu-ribu anak anak muda berdemo dan terus bermalam berminggu-minggu di Benghazi? Tidak. Tuan jangan membuang masa. Imej ribuan anak muda Libya berdemo ini tidak wujud. Kerana bukan warga Libya yang bangun menyerang kerajaan Gadaffi. Yang datang menyerang ialah soldadu upahan Amerika dan jet pengebom Nato yang bertungkus lumus siang dan malam menyerang Libya. Sejarah Libya ini tidak tamat disini. Saya akan sambung lagi minggu hadapan.(TT) NOTA: tulisan ini telah disiarkan dalam SUARA KEADLIAN terbaru sesiapa ingin berlanggan akhbar mingguan ini sila pukul talipon 03-22-72-40-45 |
Aziz Bari umpama 'guru perlembagaan' Posted: 26 Oct 2011 09:36 AM PDT Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mengirim surat 'tahniah' dan rasa syukur di atas penarikan semula penggantungan pensyarah UIA, Prof Dr Abdul Aziz Bari dua hari lalu. Menurut Tuan Guru, penarikan itu amat wajar memandangkan Aziz Bari adalah pakar perlembagaan seumpama guru dalam undang-undang perlembagaan. Menurutnya, sebagaimana guru ilmu feqah yang mempunyai gurunya yang arif dan tersendiri, Aziz Bari juga demikian yang diibaratkan 'guru perlembagaan'. "Penggantungan sebelum ini terhadapnya memang melampau, tak kenal jenis orang macam mana, professional ke, ahli akademi ke, tahu nak sekat. "Kita bagi kebebasan pada semua lapisan masyarakat untuk bersuara selagi ianya tidak melanggar peraturan dan bersalahan dengan dengan undang-undang," ujarnya. Namun apa yang berlaku, tambahnya adalah sebaliknya pula. Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan projek perlombongan Interbumi Mining Sdn Bhd dan Majlis Penyampaian sumbangan sempena Aidiladha, di Rantau Panjang, dekat sini. Bagaimanapun, Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkeflyi Ahmad semalam mendakwa penarikan itu hanya sandiwara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memandangkan profesor itu masih menghadapi tekanan dalam siasatan. Baru-baru ini, Aziz Bari digantung dari perkhidmatannya sebagai pensyarah kanan di UIA kerana mengeluarkan pandangan dari sudut akademik dan perundangan berhubung Sultan Selangor |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan