BRIGED MP SEGAMBUT |
- 'Sindiket IC': IGP tak terima apa-apa laporan lagi
- MENGAPA INDONESIA MALAYSIA WAJIB BERPERANG? INI JAWABNYA
- topeng' Isa Samad di tanggalkan oleh tv3
- PATUTLA MAHADHIR TAKUT SANGAT MELAYU HILANG KUASA? INI RUPANYA?
- GST PERLU DI KENAKAN PADA RAKYAT UNTUK BIAYAI BELANJAWAN?
- MAHADHIR PUNCA PERPECAHAN MELAU YG SEBENARNYA?
- Hudud: PAS panggil Pang Chow
'Sindiket IC': IGP tak terima apa-apa laporan lagi Posted: 14 Oct 2011 07:18 AM PDT Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar enggan mengulas dakwaan Pemuda PAS berhubung kegiatan satu kumpulan yang didakwa sindiket yang memberi kad pengenalan kepada warga asing. "Saya tak terima apa-apa laporan lagi," katanya ketika ditanya dalam satu sidang media di pusat latihan polis hari ini. Pemuda PAS mendakwa telah mengesan dan mengepung kumpulan disyaki sindiket tersebut kelmarin di sebuah pusat peranginan di kawasan sekitar Putrajaya. Dalam serbuan tersebut, Pemuda PAS telah mengepung seramai 240 pendatang asing yang didakwa diberikan kad pengenalan dan didaftarkan sebagai pemilih. Sebelum ini, Pemuda PAS juga pernah menyerbu dua buah rumah berasingan di Paya Jaras di parlimen Subang dalam satu operasi Februari lalu. Operasi berkenaan dijalankan untuk menangkap kumpulan sindiket yang juga didakwa mengedar kad pengenalan kepada warga asing. Pemuda PAS mendakwa kegiatan itu berjalan rancak menjelang akhir September dan dibimbangi akan berterusan hingga Disember tahun ini - dengan andaian pilihan raya umum mungkin diadakan pada Februari atau Mac tahun depan. Sementara itu, akhbar Sinar Harian hari ini memetik ketua polis daerah Sepang, Imran Abdul Rahman menafikan dakwaan Pemuda PAS itu. Beliau dilaporkan berkata selepas menjalankan siasatan didapati perkara itu tidak benar. Akhbar itu memetik Imran sebagai berkata, maklumat yang diperolehi menunjukkan semua warga asing itu berada di pusat peranginan itu untuk menghadiri kursus keusahawanan. |
MENGAPA INDONESIA MALAYSIA WAJIB BERPERANG? INI JAWABNYA Posted: 14 Oct 2011 03:54 AM PDT Indonesia tidak akan menoleransi tindakan negara lain yang mengancam kedaulatan, termasuk menggeser tapal batas. "Tidak ada kompromi soal kedaulatan," kata Juru Bicara Kepresidenan Julian Aldrin Pasha, Selasa (11/10/2011). Hubungan Indonesia kembali memanas. Setelah kian kali, dua Negara serumpun-seakidah ini kembali diributkan persoalan nasionalisme yang sama sekali tidak diajarkan ulama-ulama Melayu tempo dulu. Kasusnya sederhana, namun luar biasa bagi kaum nasionalis, yakni permasalahan tapal batas Camar Bulan di Sambas yang diduga telah dicaplok Malaysia. Kita harus membuka mata bahwa konflik antara Malaysia dan Indonesia ini tidak terjadi dengan sendirinya. Ada unsur-unsur pemicu layaknya api yang menimbulkan asap besar. Pertanyaannya siapakah pemantik api itu? Umat Muslim? Bukan, karena kita hanya korban. Pakar Melayu Prof. Dr. Dato' Nik Anuar Nik Mahmud dari Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengamini bahwa ada intervensi pihak luar di balik perseteruan kedua Negara serumpun muslim ini. Dalam memoar buku Thomas Raffles disebutkan, Barat harus memastikan bahwa alam Melayu ini lemah. Untuk melemahkan, Raffles mengusulkan dua buah strategi. Pertama, imigran-imigran asing masuk ke Melayu supaya kawasan ini tidak menjadi kawasan Melayu, melainkan majemuk (dibawa orang-orang China dan India). Kedua, pastikan bahwa raja-raja Melayu yakni Semenanjung, Sumatera, Jawa dan sebagainya, tidak mengambil para ulama Arab menjadi penasehat mereka. Jadi, tujuan mereka memang untuk memisahkan Arab dengan Melayu. Bersatunya antara Malaysia dan Indonesia membentuk Imperium Islam Melayu inilah yang sangat ditakuti oleh Zionisme. Mereka sadar Melayu adalah potensi kuat dalam membangkitkan Islam dari tenggara Asia, maka itu jalur ini harus dihabisi, apapun caranya. Dan pengalaman bangsa Indonesia yang kerap mudah diadu domba adalah kunci yang selalu mereka pegang saat zaman devide et impera. Yang juga kita harus faham adalah Thomas Stamford Raffles sendiri seorang Freemason. Menurut Th Stevens dalam bukunya Tarekat Mason Bebas, Raffles pada tahun 1813 dilantik sebagai mason bebas di bantara "Virtutis et Artis Amici". "Virtus" merupakan suatu bantara sementara di perkebunan Pondok Gede di Bogor. Perkebunan itu dimiliki Wakil Suhu Agung Nicolaas Engelhard. Di situ Raffles dinaikkan pangkat menjadi ahli (gezel), dan hanya sebulan kemudian dinaikkan menjadi meester (suhu) di loge "De Vriendschap" di Surabaya. Raffles pula yang mendirikan Singapura modern yang kini menjadi basis Israel di Asia Tenggara. Agen-agen zionis melalui Singapura adalah penghasut sebenarnya dalam mengeruhkan hubungan sesama muslim Melayu. Kebanyakan koruptor Indonesia pun bermukim di Singapura setelah merampok uang hasil keringat anak-anak Indonesia dan rakyat jelata. Singapura adalah sekutu zionis. Mereka tidak mau menandatangani perjanjian extradisi dengan Indonesia semata-mata melindungi koruptor ini karena mereka bawa banyak uang ke Singapura. Untuk mengalihkan isu ini dari masyarakat Indonesia, mereka akan coba cari isu supaya masyarakat Indonesia lebih fokus pada isu yang mereka cipta. Maka diwujudkanlah isu sekarang, konfrontasi Malaysia-Indonesia. Melalui media sekular di Negara ini, mereka terus berupaya agar rumpun Melayu bangga akan identitas negara-nya masing-masing. Adanya inflitrasi Zionis di Malaysia juga bukan barang baru. Tahun lalu mantan wakil perdana menteri Malaysia yang juga tokoh oposisi, Anwar Ibrahim, pernah membeberkan fakta adanya keberadaan intelijen Zionis di markas kepolisian federal Malaysia. Kala itu bersama dengan Kelompok Muslim, mereka menyatakan memiliki dokumen yang memperlihatkan kemungkinan adanya intelijen Zionis kedalam strategi informasi negara lewat perusahaan kontraktor bernama "Osiassov", yang melaksanakan proyek pengembangan sistem komunikasi dan teknologi di markas besar polisi federal Malaysia. Anwar Ibrahim menjelaskan bahwa perusahaan "Osiassov" terdaftar di Singapura namun berkantor pusat di negara penjajah Zionis Tel Aviv. Menurut Anwar, kehadiran dua mantan perwira tentara Zionis di perusahaan yang bersangkutan, adalah sepengetahuan petugas polisi senior Malaysia dan Menteri Dalam Negeri Malaysia sejak jaman Syed Ahmad Albar. Yakinlah, jika umat muslim Melayu tidak kembali ke ajaran Islam sejati dimana tak ada ruang pada nasionalisme yang memberhalakan bangsa, benih permusuhan itu akan selalu muncul, walau kedua Negara itu makmur dan sama-sama beragama muslim. Maka itu, bersatulah bangsa Melayu. Bersatulah diatas Panji Islam yang akan membuka jalan tegaknya dienullah ini di tanah perjuangan kita, tanah Melayu Darussalam. ( |
topeng' Isa Samad di tanggalkan oleh tv3 Posted: 13 Oct 2011 11:35 PM PDT Ketakutan dan kerisauan nampak jelas di raut wajah Tan Sri Isa Samad (Isa Samad) dalam rancangan Soal Jawab TV3 pada malam 12 Oktober 2011. Fakta-fakta diberikan sama sekali adalah sekadar alasan dan Warga Felda keseluruhannya berterima kasih kepada TV3 kerana menanggalkan topeng yang dipakai Isa Samad dan menampakkan sisi wajah kerakusan dan kedangkalan pengetahuan Isa Samad. Gerakan-gerakan yang dimulakan oleh ANAK diketuai oleh saudara Mazlan Aliman dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menunjukkan bahawa Warga Felda tidak lagi meyakini UMNO sebagai pembela Felda yang sebenar, bermula pada hari pertama Isa Samad memulakan tugasnya sebagai Pengerusi Felda. Meneruskan lagi kesinambungan perjuangan warga Felda dalam menentang kerakusan Isa Samad dan konflik-konflik yang ditimbulkan oleh beliau dengan restu Perdana Menteri, Warga Felda akan memulakan kempen Gelombang Jingga dengan penubuhan Gerakan Mansuhkan ISA 2.0. Tujuan penubuhan Gerakan Mansuhkan ISA 2.0 ini adalah untuk menyatukan kumpulan-kumpulan peneroka, golongan belia Felda, golongan profesional kelahiran Felda serta NGO-NGO yang bersimpati dengan perjuangan warga Felda bagi menghalau Isa Samad dan konco-konconya dari agenda peribadi masing-masing. Pelancaran dan penamaan Jawatankuasa Gerakan Mansuhkan ISA 2.0 akan diumumkan kelak melalui sebuah sidang akhbar yang dijangka diadakan dalam masa terdekat. NGO-NGO yang ingin turut bersama dan bersimpati dengan warga Felda diminta berhubung dengan Saudara Mazlan Aliman, Pengerusi ANAK yang dilantik sebagai Setiausaha Kehormat Gerakan Mansuhkan ISA 2.0. Sementara itu, Warga Felda diseru memakai warna kebanggan kita iaitu warga jingga sekerap mungkin yang akan dijadikan permulaan sebuah gelombang bagi menumbangkan Isa Samad dan konco-konco korporatnya yang rakus. Menteri Besar - Menteri Besar di mana terletaknya tanah-tanah Felda Plantation yang cuba dicagarkan oleh Isa Samad kepada Felda Global Ventures selama 60 tahun diminta terus mempertahankan tanah masing-masing iaitu hak rakyat negeri dari cuba digadaikan di Bursa Saham. |
PATUTLA MAHADHIR TAKUT SANGAT MELAYU HILANG KUASA? INI RUPANYA? Posted: 13 Oct 2011 08:39 PM PDT PAS mampu menyelamatkan Melayu Islam daripada hilang kuasa setelah Umno gagal menjaga amanah bangsa. "Inilah jawapan kepada kebimbangan Tun Dr Mahathir yang mengatakan Melayu kana hilang kuasa dalam sepuluh tahun lagi," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Sebenarnya, kata beliau itu hanyalah kenyataan untuk memberikan talian hayat baru supaya orang Melayu terus menyokong Umno, ketika parti itu tidak popular di kalangan generasi muda yang celik maklumat. Katanya, kenyataan itu adalah bayangan mimpi ngeri Tun ketika menghadapi hari tuanya. "Beliau sedang menyaksikan parti yang pernah beliau pimpin hampir 22 tahun mengalami muflis sokongan," ujarnya kepada Harakahdaily. Menurutnya, Umno bukan lagi parti keramat orang Melayu, ia hanya parti untuk menjadi pangkalan sementara bagi membolot kekayaan peribadi bukan untuk kepentingan bangsa dan agama. "Insya Allah doa almarhum Ustaz Fadzil Noor dikabulkan Allah, supaya umur Tun Mahathir panjang dan ia akan melihat sendiri hasil daripada beliau memimpin negara. Bibit-bibit kerisauan sudah pun nampak pada hari ini," ujarnya. Oleh itu, katanya PAS perlu mengganti Umno demi kelangsungan perjuangan agama, bangsa dan negara. PAS, tambah beliau terbukti dan teruji kerana mampu mentadbir dengan baik negeri yang mewakili majoriti Melayu Islam di Kelantan sejak 1990 sehingga kini telah berjaya menaikkan taraf orang Melayu. Katanya lagi, kadar kemiskinan di Kelantan daripada nombor dua pada tahun 1990 kepada nombor enam adalah satu bukti PAS mampu memelihara Melayu Islam. Begitu juga, ujarnya ketika Umno berbangga partinya pandai menjaga Melayu tetapi begitu dhaif untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di negeri di bawah penguasaan mereka, contohnya Terengganu nombor dua termiskin di negara ini. Jelasnya lagi, PAS yang menerajui Kelantan berjaya melunaskan hutang kepada kerajaan pusat sebanyak RM220 juta setakat 2010 sedangkan hutang yang ditinggal oleh Umno pada tahun 1990 sebanyak RM718 juta. Katanya, Kelantan mampu mengurus dengan baik walaupun royalti minyak dirampas. PAS, tambahnya mampu kerana pemimpin yang berpegang kepada prinsip amanah dan adil, merasakan bahawa pemimpin akan disoal di hari akhirat kelak, menolak sebarang bentuk perkauman dan pilih kasih kerana berlainan ideologi politik, bantuan diberi kepada mereka yang berhak, tanpa mengira parti politik. "Melayu akan hilang kuasa kerana politik Umno yang tidak menghayati Islam sebagai cara hidup, menafikan hak sesama bangsa kerana berlainan ideologi politik, dendam sesama bangsa sehingga menafikan hak rakyat untuk memilih berlainan politik, diskriminasi sesama bangsa kerana berlainan ideologi, agensi yang menjaga Melayu seperti Felda, Felcra banyak ketirisan, sikap sombong yang tidak boleh menerima kritikan dan perbezaan pendapat walaupun dengan fakta dan data, menyalah gunakan Hak Keistimewaan Orang Melayu untuk peribadi, pendekatan Umno Putera bukan Bumiputera, menafikan keboleh peniaga Melayu yang berwibawa kerana berlainan ideologi, mengkambinghitamkan DAP kononnya kerana Melayu tertinggal sejak BN hilang kuasa di Pulau Pinang," ujarnya. |
GST PERLU DI KENAKAN PADA RAKYAT UNTUK BIAYAI BELANJAWAN? Posted: 13 Oct 2011 08:32 PM PDT Pakatan Rakyat yakin kerajaan Barisan Nasional akan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) jika kekal berkuasa selepas PRU13. Menurut Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli, melaksanakan GST adalah satu satunya jalan keluar bagi membolehkan Belanjawan 2012 yang berjumlah RM232 bilion dapat direalisasikan dalam keadaan pertumbuhan ekonomi yang menurun sekarang. Katanya, ini kerana ekonomi negara sukar untuk mencapai sasaran pertumbuhan 5% - 6% memandangkan angka unjuran ekonomi terkini yang dibuat Malaysian Institute of Economics Research (MIER) menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2011 kepada 4.6%. "Ini akan memberi kesan kepada jumlah pendapatan negara bagi tahun 2012 akibat kutipan cukai dan hasil lain yang berkurangan berikutan pertumbuhan ekonomi 2012 yang lebih perlahan," katanya. Untuk merealisasikan Belanjawan 2012, BN ujarnya perlu meminjam sekurang-kurangnya RM46 bilion untuk membiayai defisit Belanjawan 2012; itu pun jika ekonomi tumbuh pada kadar 5% - 6% bagi tahun 2012. Pada masa yang sama, keupayaan kerajaan mengeluarkan terbitan bon dan instrumen hutang baru dalam tahun 2012 adalah terbatas akibat had keberhutangan negara (debt ceiling) yang dihadkan kepada 55% daripada KDNK di bawah Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983. Tambahnya, hutang negara kini sudah pun mencecah 53% dari KDNK berdasarkan angka rasmi Bank Negara Malaysia setakat Jun 2011, maka sebarang hutang baru sudah tentu bertentangan dengan undang-undang negara. " Ini mengesahkan niat Perdana Menteri untuk serta-merta melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sekiranya Barisan Nasional kekal berkuasa selepas PRU13. "Ini adalah satu pertaruhan yang diambil oleh Perdana Menteri, dengan niat mengabui mata rakyat dan menawarkan gula-gula bermula dengan bayaran dalam Januari 2012 kelak tetapi akan dicukai kembali melalui GST selepas PRU13 kelak," tegasnya. |
MAHADHIR PUNCA PERPECAHAN MELAU YG SEBENARNYA? Posted: 13 Oct 2011 06:50 PM PDT Kenyataan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Melayu akan kehilangan kuasa ekonomi, sosial dan politik di Malaysia amatlah mengerikan. Katanya, menilai suasana politik hari ini, keadaan ini akan berlaku dalam tempoh 10 tahun lagi. Malah, contoh dilema Melayu Singapura yang tidak berdaya memprotes daging babi dihidangkan dalam majlis rasmi membabitkan orang Melayu yang dikemukakan Tun Mahathir seharusnya menginsafkan betapa porak perandanya negara ini jika ramalan beliau jadi kenyataan. Teras hujah beliau ialah perpaduan yang menjadi unsur utama kekuatan politik Melayu kini sudah terburai oleh sengketa politik sesama Melayu. Perpecahan ini akan melemahkan segala rongga dan raga Melayu – baik di segi ekonomi, sosial dan agama mereka. Tun Mahathir menggambarkan, dalam keadaan di mana orang Melayu menjadi anggota minoriti dalam mana-mana perkongsian kuasa, mereka akan terpaksa "berhutang" kepada pihak lain untuk memperkukuhkan kedudukan. Setiap hutang perlu dibayar. Maka semakin lunturlah penguatkuasaan Melayu di bumi sendiri. Sudah pasti tanpa perlu dirujuk kembali kepada mantan Presiden Umno ini apakah penawar kepada persoalan yang akan menjadi igauan bangsa Melayu zaman berzaman ini, semua yang berkepentingan akan dapat menggapai formula penyelesaiannya – kukuhkan perpaduan Melayu, insyaAllah, kemurungan bangsa dapat dielakkan. Yang berat di bahu setiap insan Melayu yang ingin mengelakkan ramalan Dr Mahathir ini menjadi kenyataan ialah bagaimana cara mereka menyusun kesatuan dan perpaduan daripada puing-puing perpecahan hari ini? Mengapakah mudah sangat Melayu terdorong untuk memperkecil, mempersenda dan paling jelek sekali mememufarakahkan Melayu lain dalam persaingan mengukuhkan kuasa dan penguasaan? Keyakinan diri yang melampau lazimnya menelurkan keangkuhan dan apabila dibelit dengan pengaruh kuasa mutlak akan melorong kepada kezaliman! Ini hakikat. Dalam lipatan sejarah Melayu keadaan ini terus berulang. Dengki, irihati dan taksub pada kebolehan sendiri menternak perpecahan di kalangan Melayu. Sudah tentu Tun Mahathir yang banyak berfikir tentang perkara perpecahan Melayu ini akur akan realiti sejarah Melayu ini. Soalnya bolehkah citra negatif ini dikikis? Tentu boleh. Tun Mahathir sendiri pernah berjaya melakukannya. Apabila mengambil alih kuasa Perdana Menteri pada 1981, Tun bermula dengan keikhlasan menghimpunkan segala unsur dan potensi kekuatan Melayu. Tiada banteng ideologi yang boleh mengalih fokusnya. Sebagai pemikir, Tun Mahathir mengenalpasti individu, pertubuhan dan gerakan Melayu yang ada. Beliau juga cekap memahami jalur yang boleh mengukuhkan perpaduan Melayu ialah Islam – ideologi yang perlu dibentangkan dari kacamata yang positif. Pertama sekali beliau mengenalpasti individu. Maka Presiden Angkatan Belia Islam (Abim) Anwar Ibrahim ditambatnya. Pemuda itu dilamar menyertai Umno. Jalur agama disulam dengan idealisme belia. Peremajaan Umno segera menjadi realiti. Tun Mahathir pun menggandingkan Anwar dengan Sanusi Junid, Rais Yatim, Adib Adam, dan ramai lagi untuk sentiasa menghangat dan mengakrabkan perpaduan Melayu. Berduyun anak muda Melayu berjinak dengan Umno. Keghairahan berpolitik, memelihara kepentingan agama, ekonomi Melayu, menjadi pendorong asli. Sejak itu, Melayu yang agak konservatif anutan mereka kurang mendapat perhatian ummah. Mereka hanya berlingkar di kalangan orang yang berfikiran jumud dan tercicir dalam sayembara mempupuk kekuatan umat Melayu. Saat kritikal sama ada program kejuruteraan sosial atau tindakan afirmatif untuk menyusun semula masyarakat yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru masuk ke penghujung hayat pelaksanaannya pada 1990, dilalui dengan mudah kerana kuasa politik Melayu ketika itu amat gah. Itu adalah dividen perpaduan. Namun yang jadi persoalannya mengapa realiti hari ini tidak demikian bagi orang Melayu? Mengapa perlu ada Umno, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Islam seMalaysia (PAS), bersaing dan berdendam bunuh membunuh sesamai sendiri hanya didorong oleh idealisme Melayu yang songsang? Pelaku politik yang menentukan perpaduan Melayu 1990an masih wujud. Malah masih aktif. Umum tahu, perpecahan yang melumpuhkan perpaduan Melayu berlaku dalam zaman pemerintahan Tun Mahathir sendiri. Malah beliau sendiri menguasai lebih 40 peratus senario politik Melayu moden pasca kemerdekaan. Hingga hari ini ketokohannya masih dhormati. Beliau yang mentautkan perpaduan Melayu tetapi di zaman beliau juga terungkai kekuatan Melayu. Cuma Tun Mahathir paling layak dan yang perlu memulakan gerak Melayu berpadu – cari kekuatan dari syariah agama, tenaga orang muda, gilap idealisme bangsa – dan paling penting lunturkan keyakinan diri yang melampau bahawa hanya satu pihak sahaja (tidak kira ia bermaksud Dr Mahathir atau Umno sahaja) layak menerajui perpaduan Melayu. Menafikan ada pihak Melayu lain yang mampu menyumbang pada pengukuhan ikatan Melayu adalah satu dosa. Itulah punca kekalutan, ketakutan Tun Mahathir mengenai masa depan Melayu. Berilah salam kepada mereka yang dianggap seteru. Rangkullah mereka dalam selimut Melayu yang berpadu. Dan bukan kerap menghamburkan kebencian, kedengkian dan persengketaan di khalayak generasi baru yang sentiasa dahagakan iklim politik, ekonomi, sosial dan penghayatan agama umat yang berpadu. Jadikanlah perbezaan pendapat benar-benar satu rahmat! Tulisan ini merupakan pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini. |
Posted: 13 Oct 2011 06:47 PM PDT Ekoran beberapa kenyataan media yang dilihat tidak selari dengan dasar parti, PAS hari ini bertindak untuk mendapatkan penjelasan sebenar daripada pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chow atas dasar mengeratkan muafakat dan sangka baik dalam parti. Dalam satu kenyataan hari, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Jawatankuasa PAS Pusat akan memanggil Hu dalam masa terdekat untuk memberi maklumat sebenar berhubung beberapa kenyataan terbuka beliau di media yang dilaporkan tidak selari dengan dasar parti. "Sebagai sebuah parti politik yang besar, kita memahami terdapat kadang-kala berlaku salah lapor dalam media berhubung beberapa kenyataan pimpinan. Oleh kerana itu, jalan terbaik ialah mendapat penjelasan langsung dari yang terlibat," kata beliau. Kebelakangan ini, kenyataan Hu yang mempertikaikan keinginan PAS Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud telah dimainkan secara hangat di media arus perdana. Awal minggu ini, akhbar Sinar Harian hari telah menyiarkan di muka depannya laporan kenyataan Hu yang kononnya 20,000 ahli DHPP akan keluar meninggalkan PAS jika hudud dilaksanakan. Hu bagaimanapun telah menafikan sekeras-kerasnya ugutan tersebut dan berkata beliau sebagai "salah seorang pengasas kelab penyokong PAS yang kini menjadi DHPP, tidak ada sebab saya buat demikian." Tuan Ibrahim berkata PAS tidak menafikan sebagai parti yang besar, parti Islam tersebut juga dilanda pelbagai isu dalaman. "Atas dasar itu, PAS sudahpun mempunyai pelbagai saluran parti untuk mendapatkan maklumbalas dan penjelasan tentang sesuatu isu dalaman. Diharapkan ahli-ahli PAS dan DHPP boleh menggunakan saluran ini untuk mendapatkan penjelasan kepada isu-isu yang bersifat dalaman, yakni jabatan penerangan akan cuba menyelesaikannya secepat mungkin," kata beliau. Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menasihatkan semua ahli PAS and DHPP untuk bersangka baiklah sesama sendiri untuk membawa kemajuan dalam parti. "Ruang demokrasi dalam PAS adalah besar, namun apabila ia melibatkan isu dalaman, disarankan agar semua ahli selesaikan secara demokrasi di dalam parti. Jangan jadikan isu dalaman menjadi isu luaran yang seringkali diambil kesempatan oleh musuh untuk menyerang parti. Jangan sesekali bagi media perdana, terutamanya yang dikuasai musuh, peluang untuk 'mengadakan yang tiada dan memperbesarkan yang kecil' lebih-lebih lagi dalam keadaan PRU13 semakin mendekat," nasihat beliau. Beliau juga menyeru agar seluruh jentera parti menumpukan usaha mempertahankan kemenangan yang telah dicapai serta meningkatkan usaha bagi mencapai kemenangan menyeluruh dalam PRU13 nanti. Tuan Ibrahim juga menasihatkan kesemua ahli PAS and DHPP bahawa kemuncut-kemuncut dalam perjuangan seharusnya tidak menjadi dan dijadikan alasan untuk mengganggu fokus dan tumpuan kerja. "Dalam situasi parti sedang membuat persiapan akhir bagi memperkemaskan jentera pilihanraya umum, sewajarnya semua ahli PAS dan DHPP perlu mengeratkan kerjasama dan muafakat untuk menghadapi musuh. Senjata perlu dihalakan kepada musuh," nasihat beliau lag |
Posted: 13 Oct 2011 05:28 PM PDT Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan terlibat dengan program yang didakwa memberikan kerakyatan untuk warga asing untuk didaftar sebagai pengundi. "Setakat ini, tiada maklumat berhubung sebarang program itu sama sekali dalam dua atau tiga hari ini," kata pegawai perhubungan awamnya Jainisah Mohd Nor said. Ketika dihubungi Malaysiakini, Jainisah juga menolak dakwaan pegawai jabatan itu kelihatan bertemu warga asing yang datang dengan enam bas di Masjid Putrajaya sebelum tiba di resort berdekatan. "(Dakwaan bahawa) pegawai kami bertemu (dengan warga asing)... Tiada maklumat sebegitu, tiada perkara sebegitu," katanya. Tiada sindiket, dalam apa pun bentuk, untuk mengeluarkan kad pengenalan MyKad biru kepada kumpulan itu, jelasnya lagi. "Kami tidak terlibat kerana menurut undang-undang negara ini, kamu tidak boleh mudah-mudah berikan kerakyatan," kata Jainisah. Semalam, sekumpulan kira-kira 240 orang yang dipercayai pendatang dikepung oleh penyokong PAS. Pintu pagar resort itu didakwa berkunci ketika kejadian. Anggota jawatankuasa PAS Mazlan Aliman mendakwa warga asing yang majoritinya daripada Indonesia itu didatangi seorang yang mengakui pegawai JPN yang kemudiannya mengiringi pendatang itu keluar daripada resort. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan