BRIGED MP SEGAMBUT |
- Beri IC, PAS dakwa ada bukti
- POLITIK MAHADHIR UNTUK MENJAGA SISA SISA LEGASI?
- BUKU SEKS ALA AL ARQAM?
- Kedutaan Malaysia di Jakarta diserang
- BUBAR DUN SERENTAK UMNO TERSENYUM MANIS?
- Sultan K'tan pengerusi mesyuarat Majlis Raja-Raja
- KDN lulus 27,293 permohonan warganegara
Posted: 13 Oct 2011 09:22 AM PDT PAS Selangor mendakwa mempunyai bukti wujudnya pergerakan bas-bas yang membawa pendatang asing - yang didakwanya untuk diberi kad pengenalan dan didaftar sebagai pengundi - dikesan berlaku hampir setiap hari. Setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman berkata mereka mendapat maklumat berdasarkan risikan jentera mereka termasuk mengekori bas terbabit dan mengambil gambar sebagai bukti. "Kita memang ada bukti sahih, kita ada sumber dalaman yang mengesahkan ia melibatkan 10 hingga 15 buah bas," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. "(Modus Operandi) itu dibuat secara terang-terangan membawa (pendatang asing) dengan bas," katanya sambil menambah pendatang berkumpul di beberapa lokasi antaranya Paya Jaras, Hentian Sungai Buloh dan Hentian Serdang. Bagaimanapun, Khairuddin berkata pihaknya kekurangan petugas dan hanya dapat memantau pergerakan bas tersebut sebelum ianya menuju ke lokasi - antaranya dari Paya Jaras ke Janda Baik dan Putrajaya. Khairuddin mendakwa, ianya berlaku sejak dua atau tiga minggu yang lalu. Khairuddin mengulas tindakan Pemuda PAS semalam yang bertindak mengepung 240 pendatang asing di sebuah pusat peranginan yang didakwa diberikan kad pengenalan dan didaftarkan sebagai pemilih. Sebelum ini, beliau juga mendedahkan pihaknya pernah menyerbu dua buah rumah berasingan di Paya Jaras di parlimen Subang dalam satu operasi Februari lalu bagi menangkap kumpulan sindiket yang didakwa mengedar kad pengenalan kepada warga asing. Khairuddin mendakwa kegiatan itu "rancak" menjelang akhir September dan didakwanya akan berterusan hingga Disember tahun ini dengan andaian pilihan raya umum mungkin diadakan pada Februari atau Mac tahun depan. Beliau mendakwa wujudnya 'tangan hantu' yang melindungi pihak yang membawa pendatang asing bagi tujuan tersebut, tanpa mahu merujuk kepada mana-mana pihak. Khairuddin berkata, sehingga ini pihaknya berjaya menjejaki dan membuat serbuan di tiga lokasi berlainan sejak awal tahun lalu - iaitu Salak Tinggi (Sepang), Paya Jaras (Subang) dan terbaru di Kampung Bukit Dugang dekat Putrajaya semalam. Pihaknya juga telah membuat laporan polis, dan setakat ini masih belum mendapat apa-apa maklum balas, kata Khairuddin. Sementara itu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan terlibat dengan program yang didakwa memberikan kerakyatan untuk warga asing untuk didaftar sebagai pengundi. "Setakat ini, tiada maklumat berhubung sebarang program itu sama sekali dalam dua atau tiga hari ini," kata pegawai perhubungan awamnya Jainisah Mohd Nor. |
POLITIK MAHADHIR UNTUK MENJAGA SISA SISA LEGASI? Posted: 13 Oct 2011 07:25 AM PDT Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyokong Bajet 2012, khususnya keputusan untuk memberi bonus tunai one-off. Dr Mahathir menyifatkan langkah kerajaan itu umpama "membunuh dua ekor burung dengan satu batu". "Pilihan raya ambil kira, juga tingkatkan kualiti hidup," katanya. Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan persidangan Persekutuan Pengilang Malaysia mengenai inovasi, beliau berkata, apa yang dilakukan oleh kerajaan itu adalah satu perkara yang baik. Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan masih perlu melihat melalui pelaksanaan bonus tersebut. Ditanya mengapa beliau mengambil sikap berbeza terhadap bajet Pakatan Rakyat yang turut menawarkan bonus yang sama, Dr Mahathir menganggapnya sebagai 'kosong'. "Sudah tentu apabila anda tidak mempunyai kuasa untuk membelanjakan wang, anda tahulah bagaimana hendak membelanjakan wang orang lain. "Tunggu sehingga mereka menjadi kerajaan, maka mereka akan tahu betapa sukarnya untuk mendapatkan wang dan bagaimana bijak atau bodohnya mereka membelanjakan wang itu," katanya. |
Posted: 13 Oct 2011 02:20 AM PDT Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mungkin mengenakan tindakan ke atas Kelab Taat Suami berhubung pengedaran buku panduan seks di ranjang yang setebal 115 muka surat. "Kita akan siasat dengan teliti kandungan buku ini dan melihat sejauh mana tindakan yang boleh diambil, termasuk kepada KTS yang diketuai Hatijah Aam (isteri Assari) ini," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam laporan Berita Harian hari ini. Menurut laporan itu, Jakim akan juga menyekat pengedaran buku kontroversi yang mengulas seks suami isteri secara terperinci. Buku panduan kepada isteri dan pengantin baru untuk melayan suami di ranjang itu, kata Jamil Khir tidak wajar kerana ia ditonjolkan dengan cara tidak beradab serta boleh mengundang tanggapan negatif. Buku berjudul: Seks Islam, perangi Yahudi untuk kembalikan seks Islam kepada dunia itu memaparkan gambar bekas pemimpin Al-Arqam, allahyarham Asaari Muhammad di kulitnya. Berita Harian juga memetik Jamil Khir berkata buku itu "sebagai mengarut dan memalukan" kerana mencemar Islam. Ini bukan kali pertama KTS mencetuskan kontroversil. Pada Jun lalu, naib presidennya, Dr Rohaya Mohamed, mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti "pelacur kelas pertama". Buku terbaru itu dipercayai diterbitkan di Pasir Puteh, Kelantan kira-kira dua bulan lalu dan hanya dijual kepada ahli atau pengikut Al-Arqam dengan harga RM50 senaskah |
Kedutaan Malaysia di Jakarta diserang Posted: 13 Oct 2011 12:01 AM PDT Isu sempadan Malaysia-Indonesia di Kalimantan Barat yang dihangatkan oleh media tempatan telah menyebabkan sekumpulan rakyat Indonesia mengadakan demonstrasi dan bertindak liar depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta pada Rabu sehingga merosakkan cermin pos pengawal. Kumpulan dari Forum Betawi Rempug (FBR) yang berjumlah kira-kira 650 orang berdemonstrasi selama satu setengah jam mulai pukul 1 petang Rabu, melempar benda keras seperti batu, kayu dan buluh serta telur ke dalam kawasan kedutaan. Ini menyebabkan cermin pos pengawal dan beberapa lampu pagar kedutaan pecah hingga melukakan sembilan anggota polis yang berkawal di situ. Para penunjuk perasaan itu dikatakan membantah tindakan Malaysia yang didakwa kononnya mengambil tanah seluas lebih 1,000 hektar secara haram di Kalimantan Barat. Kumpulan itu dipimpin Pengarah FBR Edwan Hamidy. Pejabat Kedutaan Besar Malaysia tidak melayani sebarang nota bantahan dari kumpulan itu kerana mendakwa tuduhan mereka itu tidak benar. Para penunjuk perasaan menjadi marah apabila dihalang oleh pihak polis daripada memasang bendera FBR di pintu pagar bangunan pejabat kedutaan itu sehingga mereka bertindak liar merempuh anggota polis. Pasukan polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata ke arah mereka bagi mengawal keadaan daripada menjadi bertambah buruk. Isu pertikaian sempadan itu berlaku apabila Timbalan Ketua Suruhanjaya 1, Dewan Perwakilan Rakyat Tb Hasanuddin hujung minggu lalu mendakwa Indonesia kehilangan 1,400 hektar di Camar Bulan serta 800 meter garis pantai di Tanjung Datu, yang didakwa telah diambil oleh Malaysia. Dakwaan beliau bagaimanapun segera disangkal beberapa menteri kabinet Indonesia kerana ia tidak berasas. Mereka ialah Menteri Penyelaras Kementerian Politik, Undang-Undang dan Keselamatan Djoko Suyanto; Menteri Luar Marty Natalegawa; Menteri Dalam Negeri Gamawan Fauzi; dan Menteri Pertahanan Purnomo Yusgiantoro. "Tidak timbul sebarang pertikaian sempadan antara Indonesia dan Malaysia kerana kedua-dua negara merujuk pada perjanjian persefahaman yang dibuat semasa era pemerintahan Belanda dan British pada 1891, 1915 dan 1928," kata Marty. Perjanjian yang ditandatangani antara Belanda dan Inggeris itu telah menetapkan garis sempadan kedua-dua negara itu dan sejak sekian lama tidak ada sebarang pertikaian mengenainya. Sehubungan kejadian itu, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta akan menghantar nota diplomatik kepada kerajaan Indonesia berikutan kerosakan yang berlaku. Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan berkata pihaknya akan meminta penjelasan bagaimana kekacauan itu boleh tercetus sehingga keadaan menjadi tidak terkawal. "Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta hampir setiap tahun berhadapan dengan kumpulan penunjuk perasaan sehingga berlaku pelbagai kerosakan pada aset negara. "Nota diplomatik yang akan dikirim ini ialah bagi meminta penjelasan daripada kerajaan Indonesia bagaimana mereka dapat membantu kita menyelesaikan isu ini," katanya di Jakarta. Pengiriman nota diplomatik itu adalah selaras dengan Konvensyen Vienna yang menetapkan bahawa pihak berkuasa sesebuah negara harus melindungi harta benda setiap pejabat perwakilan asing di negara berkenaan. -Bernama |
BUBAR DUN SERENTAK UMNO TERSENYUM MANIS? Posted: 12 Oct 2011 10:50 PM PDT Kerajaan Pakatan Rakyat di empat negeri berkemungkinan tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan itu berkemungkinan merupakan strategi Pakatan untuk menumpukan kekuatan dan meraih sokongan rakyat di negeri-negeri pemerintahan BN. Pakatan menerajui pentadbiran kerajaan negeri di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah. "Dengan ini, mereka (Pakatan) dalam tangan ada empat buah negeri. Mereka tumpu di negeri-negeri lain untuk menambah kekuatan mereka," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penganjur Larian Sahara di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, semalam. "Bagi pilihan raya di peringkat DUN, ia bergantung kepada kerajaan negeri sama ada bubar atau tidak dewannya. Kalau keempat-empat DUN di bawah pemerintahan Pakatan tidak dibubar, kita akan lihat pilihan raya terhad kepada negeri-negeri yang diperintah BN," katanya. "Namun begitu, sekiranya pilihan raya umum diadakan dekat dengan tamat tempoh penggal lima tahun, nak tak nak, dia (Pakatan) kena buat (membubarkan DUN) juga," katanya. Dr Mahathir berkata kerajaan BN tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan pilihan raya umum ke-13 kerana tempoh penggal hanya berakhir pada Mac 2013. Katanya kerajaan BN perlu membuat ujian dan kaji selidiki untuk mengetahui pandangan rakyat terhadap usaha-usaha kerajaan dan rakyat akan menunggu dengan apa yang dijanjikan oleh kerajaan. "Jangan-jangan yang dijanji tidak ditunaikan. Kalau cakap tidak serupa bikin, susah. Jadi, cakap seperti apa yang akan dibikinkan," katanya. Mengenai Belanjawan 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen, Jumaat lalu, katanya kerajaan BN harus memastikan semua projek dilaksanakan dengan jayanya kerana rakyat akan menilai hasil dan usaha kerajaan. - Bernama |
Sultan K'tan pengerusi mesyuarat Majlis Raja-Raja Posted: 12 Oct 2011 08:46 PM PDT Sultan Kelantan Sultan Muhammmad V hari ini mempengerusikan Mesyuarat ke-225 Majlis Raja-Raja di Istana Negara. Mesyuarat hari pertama itu dihadiri semua Raja Melayu kecuali Terengganu diwakili Tengku Seri Bendahara Raja Tengku Mustaffa Kamel dan Pahang oleh Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Baginda semua diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri-Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sabah dan Melaka diiringi Ketua Menteri masing-masing kecuali Sarawak yang tidak hadir dalam mesyuarat itu. Santapan malam bagi memuliakan Mesyuarat ke-225 Majlis Raja-Raja diadakan di Istana Negara malam ini. - Bernama |
KDN lulus 27,293 permohonan warganegara Posted: 12 Oct 2011 09:32 AM PDT KUALA LUMPUR: Sebanyak 27,293 permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia telah diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri dari tahun 2008 hingga Ogos 2011. Demikian jawapan bertulis Menteri Dalam Negeri kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar di dewan rakyat hari ini. Namun, Kementerian Dalam Negeri tidak menyatakan jumlah kelulusan permohonan kewarganegaraan baru sejak 2008 mengikut kawasan Parlimen, seperti yang dituntut dalam soalan. Jawapan berkenaan sangat mengejutkan ekoran Pakatan Rakyat sebelum ini menimbulkan isu pemberian kerakyatan kepada warga asing, termasuk warganegara Indonesia dan Bangladesh bagi tujuan mengundi Umno-Barisan Nasional. Ia termasuk isu penduduk tetap (PR) yang mendaftar sebagai pengundi sebelum didedahkan mendapat taraf warganegara daripada Jabatan Imigresen, sepertimana kes yang berlaku terhadap seorang pengundi bernama Mismah. Laman web Biro Hal Ehwal NGO pejabat Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina pada September lalu pula menyiarkan laporan yang mendakwa pekerja Bangladesh di Malaysia diberi warganegara mudah dengan syarat mengundi parti pemerintah di Malaysia. Bagaimanapun artikel kontroversi berkenaan dikeluarkan dari laman itu dalam tempoh 24 jam selepas disiarkan, manakala Pejabat Suruhanjaya Tinggi Bangladesh turut menafikan dakwaan berkenaan. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Jariah Mohd Said pula dalam satu kenyataan media berkata, hanya 37 rakyat Bangladesh yang diberikan kerakyatan Malaysia sejak 1998 sehingga Ogos tahun lalu. Pada masa sama, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein membidas portal Malaysiakini berhubung dua laporan berita mengenai pemberian kewarganegaraan Malaysia. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan