Rabu, 12 Oktober 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


Dakwa dapat IC, 200 pendatang dikepung

Posted: 12 Oct 2011 07:18 AM PDT

Sekumpulan kira-kira 240 orang yang dipercayai pendatang dikepung di sebuah resort dekat Putrajaya hari ini.
NONEExco Pemuda PAS, Mohd Adram Musa berkata pihaknya bersama-sama penduduk kampung mengepung mereka yang berada dalam sebuah pusat peranginan kerana mendakwa mereka akan diberi kerakyatan dan didaftar sebagai pengundi.
Mohd Adram yang berada di tempat berkenaan, memberitahu demikian ketika dihubungi Malaysiakini.
Beliau juga merupakan timbalan pengerusi lajnah pemulihan demokrasi dan mobilisasi Rakyat Pemuda PAS.
Mohd Adram mendakwa pihaknya mendapat maklumat tersebut melalui risikan jentera mereka dan mengekori enam buah bas yang membawa kumpulan tersebut sejak jam 7.30 pagi tadi.
Dakwanya lagi, semua yang majoritinya warga Indonesia itu dibawa dengan bas dari negeri Johor untuk diberi MyKad yang dipercayai ada kaitan untuk pengundian pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

NONEBagaimanapun, katanya, bas-bas berkenaan telah beredar dari situ, meninggalkan kumpulan tersebut di resort berkenaan.
Mohd Adram berkata kumpulan pendatang itu berada dalam sebuah pusat peranginan dekat Kampung Bukit Dugang. Pintu pagarnya telah dikunci.
"Saya sendiri masuk ke dalam resort berkenaan, dan mendapati memang warga asing di dalamnya.

"Kita tanya mereka bagitahu datang untuk kursus," katanya pada sidang media kemudiannya.

NONEMenurutnya, kehadiran mereka bagaimanapun tidak disenangi 'ketua' rombongan itu dan mereka mengambil pendirian untuk keluar dari kawasan resort tersebut yang pagarnya kemudian dikunci pemilik resort.

Berikutan itu juga mereka bertindak mengepung jalan masuk dari depan dan belakang resort tersebut.

Turut serta pada sidang media di hadapan resort itu ialah AJK PAS Pusat Mazlan Aliman.
NONEMenurut Mazlan, beliau turut mendapat maklumat dari sumber dalaman yang didakwanya tidak mahu bersubahat dengan operasi jahat itu.

"Dia hubungi saya bagitahu terdapat dokumen tebal dalam bas serta mendengar cakap-cakap penumpang bas yang mendakwa akan mendapat MayKad hari ini.

"Dia bagitahu saya maklumat ini kerana beliau tidak mahu bersubahat," katanya.http://www.malaysiakini.com/news/178430

BENARKAH UMNO MENIPU IBU BAPAK BAB SEKOLAH?

Posted: 12 Oct 2011 03:26 AM PDT

Pengalaman ibu bapa apabila hari persekolahan bermula mereka terpaksa membayar wang tambahan mencecah hampir RM100 dengan dinamakan pakej tambahan.
"Apakah maksud yuran percuma?" tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berhubung Bajet 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri, Jumaat lalu.
Katanya, yang memeningkan kepala nanti ialah guru-guru yang bertugas kerana dimarah oleh ibu bapa kerana Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah tidak tahu apa yang akan berlaku di sekolah nanti.
"Sebab itu Najib mesti mengeluarkan kenyataan hitam putih perkara ini supaya guru-guru di sekolah senang menjawab kepada ibu bapa," katanya.
Beliau menambah, jangan dimangsakan guru-guru kerana hendak meraih undi, sehingga guru-guru bermasam muka dengan ibu bapa.
Contohnya, kata beliau ketika Tun Abdullah Badawi mengumumkan belanjawan 2008 pada 7 September 2007, mengatakan yuran percuma.
Namun begitu, katanya ketika sesi persekolahan baru bermula kerajaan telah mengumumkan tiga pakej bayaran tambahan (PBT) bagi menggantikan yuran sekolah.


Ini, katanya belum lagi yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang tidak kurang RM20 malahan ada yang mencecah RM100.
"Yuran PIBG terpaksa dipungut ,kerana hendak menampung beberapa kegiatan sekolah, ini semuanya gara-gara sekolah tidak cukup wang," ujarnya lagi.
Katanya, kalau benar kerajaan prihatin, PIBG tidak perlu memungut wang daripada pelajar lagi kerana ia menambahkan bebanan ibu bapa.
Najib juga, ujarnya tidak bercakap benar kerana memaklumkan bahawa inilah pertama kali dalam sejarah Malaysia diberikan pendidikan percuma.
Pada hal, katanya Tun Abdullah Badawi sewaktu membentang perbelanjaan untuk tahun 2008 pengumumkan yuran percuma.
Malahan mengumumkan pemansuhan yuran peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), susulan selepas yuran peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dimansuhkan pada tahun sebelumnya. Tambahnya, tentu Abdullah tersenyum apabila Najib mengatakan inilah pertama kali dalam sejarah pendidikan Malaysia.
Sebab itu, katanya ibu bapa yang cerdik sudah mengatakan ini semua hanya coklat getah untuk modal pilihan raya sahaja.
"Ibu bapa mesti hentikan pembohongan ini, jika kerajaan BN masih menipu ibu bapa dengan menolak BN di dalam PRU akan datang," ujarnya.

Kepentingan politik ATAU KRONI?

Posted: 12 Oct 2011 12:09 AM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mendapatkan mandat lebih besar pada pilihan raya umum akan datang dan juga pemilihan Umno bagi melaksanakan beberapa pembaharuan yang dicadangkannya.

Jika tidak, kata ketua pegawai eksekutif  Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS)Wan Saiful Wan Jan, kepentingan politik lain akan menghalang usaha seumpama itu.

"Ia perlu berlaku. Kita tidak boleh nafikan realiti politik," katanya kepada wartawan sambil menambah sebelum ini berlaku, inisiatif reform atau pembaharuan hanya boleh dilakukan secara sederhana.

Sebelum itu, ketika melancarkan Economic Freedom of the World 2011, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon berkata 'kepentingan tertentu' itu adalah cabaran kepada liberalisasi ekonomi.

"Kita hadapai pelbagai cabaran... halangan dalam meliberalisasi adalah melawan kepentingan tertentu. Sebagai contoh, bergerak menuju ke arah lebih banyak tender terbuka (dalam pemerolehan kerajaan)," katanya.

K'jaan alu-alukan isu Kg Baru dibawa kepada Agong

Posted: 11 Oct 2011 09:56 PM PDT

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mengalu-alukan cadangan Pakatan Rakyat bagi membawa isu Kampung Baru kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Bawalah, kita dah luluskan di Dewan Rakyat. (Pakatan Rakyat) hanya 28 orang datang. Yang kuat menentang (pun) tak hadir.

"(Jadi) Adakah mereka komited terhadap (pembangunan Kampung Baru) atau menentang rang undang-undang itu. Kerajaan ikhlas membantu khususnya pemilik tanah orang Melayu," katanya dalam satu sidang media.

Katanya, Perbadanan Pembangunan Kampung Baru ditubuhkan sebagai pemudah cara, penyelaras, perancang dan tidak sekali-kali mengambil alih tanah pemilik Kampung Baru.

"Kerajaan tidak sekali-kali hendak mengambil alih tanah, seolah-olah rampas (untuk diberikan) kepada pemaju atau menjual kepada pemaju yang lain," katanya dalam satu sidang media.

Beliau menjawab soalan pemberita berhubung cadangan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencadangkan isu Kampung Baru diketengahkan kepada Yang di-Pertuan Agong kerana baginda mempunyai kuasa untuk meluluskan undang-undang tersebut

Pegawai Imigresen MATI mengejut

Posted: 11 Oct 2011 06:31 PM PDT

Seorang pegawai imigresen maut selepas terjatuh dari tingkat 12 kondominium Magnaville di Selayang dekat Kuala Lumpur, semalam.

Mohd Irwan Mohd Ishak, 29, dikatakan terjatuh dari rumahnya di tingkat 12 dalam insiden kira-kira 5.30 petang itu ketika tiga lelaki datang ke rumah tersebut untuk mencarinya.

Isteri mangsa, Suhaidah Suhardi, 35, berkata suaminya enggan bertemu dengan lelaki berkenaan apabila beliau memaklumkan kedatangan mereka kepadanya.

"Saya bagi tahu suami ada orang datang hendak berjumpa, tapi dia tak mahu jumpa, dia kata abang keluar, panjat tingkap lalu ikut tangga sahaja," katanya.

Suhaidah berkata beliau telah menghalang suaminya daripada keluar melalui tingkap sebelum terdengar bunyi dentuman kuat di bawah rumah mereka.

"Saya tergamam dan terkejut lihat suami dah jatuh ke bawah," kata surirumah sepenuh masa itu ketika ditemui di tempat kejadian.

Mangsa merupakan Pegawai Penguatkuasa Imigresen di Damansara dan mempunyai dua anak berumur dua dan tujuh tahun serta sedang bercuti tanpa gaji sejak Ramadan lalu.

Jiran Suhaidah membuat laporan polis kira-kira pukul 7 petang semalam dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

Polis mengklasifikasikan tersebut sebagai mati mengejut.

- Bernama

HUDUD AKAN DILAKSANAKAN DENGAN KADAR SEGERA?

Posted: 11 Oct 2011 04:28 PM PDT

Sultan Brunei hari ini menitahkan agar pemerintah negara itu melihat keperluan untuk melaksanakan undang-undang syariah dengan segera, serentak dengan undang-undang sivil di negara itu.Baginda yang bertitah di mesyuarat Majlis Agama Islam di bangunan Majlis Undangan di sini berkata,perlaksanaan undang-undang itu tidak harus lagi ditangguh lebih lama kerana kelengkapan untuk melaksanakannya sudah ada.
Akta Jenayah Islam jika difahami dengan betul ujarnya, adalah yang terbaik kerana ia datang dan dicipta oleh Allah Yang Maha Kuasa dan tidak manusia.

"Kita tidak harus melambatkan dan sebaliknya merebut petunjuk itu secara positif.

"Apa lagi di sana untuk menunggu? Kita sudah mempunyai bangunan mahkamah yang mengagumkan, ramai pakar telah dihasilkan dan bahawa negara telah mencapai kemerdekaan. Apa lagi?" soal baginda.

Menurutnya, setiap individu bertanggungjawab untuk melakukan perbuatan baik yang merupakan permintaan dari Allah Maha Kuasa.

Sehubungan itu ujarnya,undang-undang Islam penting untuk mengawal semua masalah dalam hidup, agama, keturunan, minda dan kekayaan.

"Walaupun ia adalah tanggungjawab kita, ia perlu dipenuhi bagi Allah Maha Kuasa," titah baginda lagi.

Memetik laporan Brudirect.com, undang-undang Islam ujar baginda, adalah pengetahuan dan sistem yang unik dan sangat cantik dan sudah tentu akan dipilih apabila difahami, namun jika ia tidak difahami, ia akan dibenci.

"Tetapi sejak manusia tidak mahu memahami, undang-undang itu dilihat sebagai buruk dan menakutkan. Segala puji bagi Allah yang Maha Kuasa, kita dipandu oleh-Nya untuk melihat dengan jelas keindahan undang-undang Islam.

"Saya memberi mandat kepada agensi-agensi atau institusi yang berkaitan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Majlis Agama Islam, Negeri Jabatan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Mahkamah Syariah dan semua pihak untuk bekerjasama dan berurusan secara kolektif dan telus sehingga undang-undang ini mula membuahkan hasil," titah baginda lagi.

Terdahulu, Menteri Hal Ehwal Ugama, Pg Dato Seri Setia Dr Hj Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman berkata, Majlis Agama Islam Brunei adalah badan tertinggi dalam membantu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda dalam menegakkan kesucian Islam di negara ini.

BERAPE JUTA PULAK KOS YG INI?

Posted: 11 Oct 2011 10:25 AM PDT

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke Australia dengan menggunakan pesawat kerajaan pada Hari Kemerdekaan, 31 Ogos lalu adalah atas kapasiti peribadinya, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

najib private jet 020911"Untuk makluman Dewan yang mulia ini, lawatan YAB Perdana Menteri ke Perth, Australia pada 31 Ogos hingga 3 September 2011 merupakan lawatan peribadi," kata Kementerian Luar dalam jawapan bertulis kepada soalan ahli parlimen Batu, Tian Chua.

Namun, kementerian luar juga menjelaskan, perdana menteri menggunakan peluang berkenaan untuk berjumpa dengan pelajar dan rakyat Malaysia  yang menetap di negara itu sempena majlis  Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Konsulat Jeneral Malaysia.

"Perdana Menteri juga telah meluang masa bertemu dan berbincang dengan wakil-wakil sebuah kumpulan Muslim di Perth."

Pendedahan itu susulan selepas Dewan Rakyat minggu lalu dimaklumkan bahawa pesawat Airbus A319 yang digunakan oleh perdana menteri telah disewa dari Syarikat Penerbangan Malaysia Bhd (PMB) oleh kerajaan sejak 3 Ogos 2007.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
pada 4 Oktober lalu berkata pesawat berkenaan untuk kegunaan pemimpin terpenting di dalam kerajaan.

Mereka termasuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri dan kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta itu meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat.

Berikutan maklumat daripada pembaca, Malaysiakini melaporkan seorang pegawai perdana menteri telah mengesahkan bahawa Najib sedang bercuti pada Hari Merdeka, 31 Ogos lalu tetapi enggan mendedahkan butirannya

Tiada ulasan: