Ahad, 9 Oktober 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


Belanjawan jangka pendek, kata Hadi

Posted: 09 Oct 2011 08:07 AM PDT

Belanjawan 2012 yang diumumkan kelmarin tidak mampu menyelesaikan masalah jangka panjang dalam menangani strategi pembangunan dan kos sara hidup rakyat, kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

hadi awang and pasSebagai contoh, katanya, harga minyak sebagai elemen kos paling sensitif dan paling memberi kesan kepada hampir semua struktur kos, masih kekal tinggi dan membebankan rakyat.

"Ini menyebabkan jurang kaya miskin semakin melebar. Ini tidak termasuk kos-kos lain seperti masalah tol dan sebagainya," kata Abdul Hadi (kanan).

Dalam kenyataan hari ini, Abdul Hadi berkata, untuk jangka masa panjang, kerajaan gagal mendidik rakyat supaya berhemat, malah rakyat terus digula-gulakan dengan pemberian jangka pendek.

Sehubungan itu, anggota parlimen Marang itu berkata, pengstukturan semula subsidi perlu dibuat supaya lebih membela rakyat.

azlanSebagai contoh, subsidi minyak RM17 bilion, hanya RM5 bilion dinikmati oleh Petronas, mengikut penguasaan pasaran dan lebih RM12 bilion masih dinikmati syarikat luar, tambahnya.

"Ini merupakan pengaliran keluar sumber," katanya yang akan memperincikan pandangannya tentang belanjawan kali ini dalam perbahasannya di Dewan Rakyat nanti.

Secara umumnya, Abdul Hadi berpendapat, tiada apa-apa perubahan yang mampu melonjakkan negara dalam belanjawan kali ini kerana ia masih sama dan hanya dipersembahkan dalam bentuk baru.

"Ini adalah belanjawan  pilihan raya. Malah majlis pembentangan belanjawan menjadi seumpama majlis pembahagian wang ehsan dengan pembahagian pelbagai one-off," katanya.

Malaysians are pitting each other for RM10K and you have the power to decide who wins! #NescafeChilllah

Posted: 09 Oct 2011 02:38 AM PDT

Bajet P Ramlee

Posted: 08 Oct 2011 10:52 PM PDT

Bajet 2012 kali ini seolah-olah menggambarkan apa yang sebenarnya terkandung dalam pemikiran perdana menteri kita sepertimana dialog dalam filem P Ramlee yang masyhur, "budak-budak tak boleh pegang duit banyak-banyak ".

Justeru, mahasiswa sekali lagi kecewa dengan pembentangan bajet kali ini yang juga seolah-olah tidak langsung memikirkan soal pembinaan generasi akan datang.

Boleh jadi kerajaan sekarang beranggapan mahasiswa tidak boleh terlalu selesa, nanti mereka malas belajar.

Cadangan peringkat kita mahasiswa sebelum ini antaranya seperti pemberian pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengikut zon berdasarkan kenaikan kos sara hidup mutakhir ini, namun ia ibarat mencurah air ke daun keladi.

Belum lagi kita cadang supaya PTPTN diubah menjadi biasiswa! Lahirlah pelacur daripada kalangan mahasiswi yang rata-rata tidak sanggup untuk berhadapan dengan krisis kewangan walaupun telah menuntut ke menara gading.

Boleh jadi ianya bukan menara gading lagi, tapi menara taring yang misinya membunuh masa depan mahasiswa dan belia remaja! Banyak lagi berita-berita di dada akhbar yang mengejutkan kita, ada yang jadi keldai dadah kerana bayarannya sangat lumayan dan tidak kurang ada yang sanggup menjadi pencuri kecil-kecilan di kampus!

Mana tidaknya, sebaik sahaja mahasiswa keluar bergraduasi mereka sudah punyai belenggu hutang kiri dan kanan sehingga mencecah puluhan ribu ringgit. Mahasiswa juga dikenali sebagai OKU iaitu "orang kuat utang"!

Pendirian di peringkat mahasiswa adalah untuk pihak kerajaan mempertimbangkan soal yuran pengajian di universiti. Sebagai contoh mudah, yuran internet dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) sehingga mencecah RM100 untuk satu semester.

Dalam masa sama juga dikenakan yuran perpustakaan RM100. Tidak kurang lagi bas universiti pun dikenakan kos perkhidmatan. Bas kilang pun percuma,ini pula bas universiti!

Boleh jadi ia jumlah yang tidak besar di mata para menteri dan mereka yang menaiki kereta import yang mewah, namun ia adalah beban di peringkat kami mahasiswa!

Ada yang ikat perut dek kerana kos sara hidup benar-benar menjerut kehidupan mahasiswa terutama mereka yang berada di lokaliti Lembah Klang.

Kenapa tidak kerajaan memperuntukkan sejumlah bajet bagi menampung kos kemudahan internet dan ICT di institut pengajian tinggi ini? Bukankah kerajaan sebelum ini beria-ria sangat mahu memperkenalkan emel percuma kepada seluruh rakyat Malaysia?

Mana mahu guna e-mel tanpa internet! Nah, itulah persoalannya. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga pula. Malang sungguh mahasiswa di Malaysia!

Bukan tidak bersyukur dengan kerajaan yang memberikan baucer RM200 untuk pembelian buku melalui syarikat kroni ini, tetapi tidak lagi percaya. Jom ubah kerajaan sekarang!

Tiada ulasan: